Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-7-10/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 1) SAYUTI BIN SHAFIE (K/P: 790822-71-5013)
DA-45A-7-10/2018
High Court of Malaysia2 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“he case for S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40 the prosecution under Section 173(f) or Section 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutt”
“rify the originality of this document via eFILING portal 52 The crucial question to ask is this: Is the defence reasonable and probable and sufficient enough to rebut the two presumptions under the Dangerous Drugs Act 1952 (Act 234) on the balance of probabilities? On proper assessment of the evidence, it is probable t”
“the fact in issue. Yet the learned trial Judge in his judgment said there was no overt act. The conduct of the Respondents was relevant on the issue of knowledge and admissible under section 8 of the Evidence Act,”
“Sabarudin Non v PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 di mana Mahkamah telah merujuk kepada kes Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344 yang menyatakan seperti berikut: “Section 34 of the Indian Penal Code recognises the principle of vicarious liability in the criminal jurisprudence. It makes a person liable”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263.” [20] Hasil dari pemahaman saya terhadap prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas, maka adalah menjadi kewajipan Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan”
“iat Bersama [46] Untuk isu Niat Bersama Mahkamah merujuk kepada kes Sabarudin Non v PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 di mana Mahkamah telah merujuk kepada kes Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344 yang menyatakan seperti berikut: “Section 34 of the Indian Penal Code recognises the principle of vicariou”
“benarkan. Sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan atas perayu pertama dan perayu kedua diketepikan. Perayu pertama dan perayu kedua dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. b) Yap Wai Yean v. PP [2010] CLJU 244 ANNOTATION”
“ang. Adalah mudah bagi kedua-dua OKT untuk memeriksa barang yang terdapat di dalam boot kereta Honda tersebut. Mohon merujuk dan memetik kes Mahkamah Rayuan Morteza Feizi Satar v. PP & another appeal [2018] MLJU 1050 “[24] In Hoh Bon Tong v. PP (supra) the defence of innocent carrier was discussed and this Court held t”
“da masa kejadian adalah jelas. Oleh yang demikian barang-barang kes juga sudah tentunya berada dalam kawalan dan jagaan kedua-dua OKT. Di dalam kes Chan Kah Kin v Public Prosecutor and another appeal [2021] MLJU 2366 Mahkamah Rayuan telah meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi berkenaan 26 paket yang mengandungi dadah ya”
“rima semua kotak bertanda A1, A2, B, C dan D yang semuanya berseal PDRM 659. Keterangan ini tidak dicabar oleh peguambela OKT-OKT. Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan Abdul Rahman Bin Mohd v PP [2021] MLJU 971 yang menyatakan seperti berikut; S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verif”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-7-10/2018 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 1) SAYUTI BIN SHAFIE (K/P: 790822-71-5013)
1
Kedua-dua OKT di dalam kes ini telah dituduh seperti berikut di dalam kes DA-45A-7-10/2018: Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 9/3/2018, jam lebih kurang 6.40 petang, bertempat di Jalan Kg. Meranto, di dalam Jajahan Gua S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Musang, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 93251 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 9/3/2018, jam lebih kurang 6.40 petang, bertempat di Jalan Kg. Meranto, di dalam Jajahan Gua Musang, di dalam Negeri Kelantan telah memiliki racun iaitu 225 mililiter Promethazine dan Tramadol dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Kedua-dua pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada kedua-dua OKT dan kedua-dua OKT telah meminta untuk dibicarakan.
3
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. SP1 - Sarjan Safari bin Kasmuni - Pegawai Penangkap (Pengadu) SP2 - Sarjan Dicky Zulkarnaen bin Ismail - Jurufoto SP3 - Norhazila binti Abdul Hamid - Tuan kereta SP4 - Azlyna binti Yaakub - Ahli kimia SP5 - Mohd Azhar bin Abu Bakar – Pegawai Sains SP6 - Zulkefli bin Mohd Edin – ahli kimia SP7 - Insp Lizanawati binti Ismail – Pegawai Penyiasat S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
Pada 9.3.2018 jam lebih kurang 5.30 petang, Kpl Safari bin Kasmuri (SP1) bersama 3 lagi anggota Balai Polis Bertam iaitu L/Kpl Mohd Zainal bin Hasyim, L/Kpl Muhd Aliff Bilkhairi bin Mohd Hassan dan Konstabel Mohd Amir bin Abas, atas arahan Ketua Balai Polis Bertam telah menjalankan tugasan snap check dengan mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama Kampung Meranto - Gua Musang dengan menaiki kereta pasukan.
5
Setibanya di lokasi SP1 dan pasukannya telah meletakkan kon-kon polis bagi tujuan menjalankan snap check sebagaimana yang boleh dilihat pada gambar-gambar P8 A-D. Tidak banyak kereta telah melalui jalan berkenaan. SP1 menyatakan bahawa pada jam lebih kurang 6.40 petang kereta Honda Hybrid Insight no. Pendaftaran WVV 5056 berwarna hitam yang dinaiki 2 lelaki Melayu telah datang daripada arah Bertam menghala ke Gua Musang. Kereta Honda Insight adalah kereta keempat yang ditahan untuk tujuan pemeriksaan.
6
SP1 menyatakan L/Kpl Muhd Aliff kemudiannya menghampiri bahagian pemandu kereta tersebut dan meminta pemandunya iaitu OKT1 untuk memberi kad pengenalan serta lesen memandu untuk diperiksa manakala L/Kpl Mohd Zainal pula telah mengarahkan OKT1 membuka bahagian boot kereta. Pemandu hanya membuka sedikit sahaja tingkap cermin kereta dan SP1 hanya dapat melihat wajah pemandu sahaja. SP1 juga menyatakan SP1 lambat membuka boot dan hanya setelah dua kali diarahkan barulah OKT1 membuka boot kereta tersebut. SP1 juga S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 menyatakan bahawa OKT1 kelihatan cemas apabila dirinya diminta mengemukakan lesen memandu.
7
SP1 dan L/Kpl Mohd Zainal kemudian bergerak ke bahagian belakang/boot kereta tersebut. OKT1 membukanya daripada tempat duduk di dalam kereta tanpa turun daripada kereta. SP1 dan L/Kpl Mohd Zainal melihat ke dalam boot kereta dan didapati terdapat 3 bungkusan plastik hitam dan 1 bungkusan guni putih (bergambar ikan dan tertulis “tilapia feed” yang dicamkan SP1.
8
SP1 kemudiannya menyatakan bahawa OKT1 yang memandu kereta bertindak cuba melarikan diri dengan menekan minyak untuk memecut kenderaan. SP1 menyatakan L/Kpl Mohd Zainal telah bertindak dengan memasukkan tangannya melalui celah cermin pintu kereta lalu berjaya mematikan enjin dan merampas kunci kereta tersebut. L/Kpl Mohd Zainal telah terseret sejauh lebih kurang 3 meter daripada kedudukan asal kereta tersebut berhenti.
9
Kedua-dua OKT enggan keluar daripada kereta dan berlaku pergelutan di dalam kereta berkenaan antara SP1 serta anggota polis sewaktu proses tangkapan dibuat namun akhirnya kedua-duanya berjaya digari dengan tangan mereka dalam keadaan bersilang dimana kedua-duanya duduk di bahagian hadapan kenderaan.
10
SP1 kemudian telah membuat pemeriksaan badan ke atas kedua-dua OKT namun tiada barang salah ditemui pada OKT1 tetapi bagi OKT2 telah ditemui 1 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 di bahagian poket hadapan seluar jeans jenama “red ear” warna biru yang dipakai OKT2.
11
SP1 kemudiannya membuat pemeriksaan pada bahagian dashboard sebelah penumpang kereta dan telah menemui 1 botol plastik lutsinar berpenutup putih yang di dalamnya berisi cecair keperangan disyaki mengandungi dadah. Kedua-dua OKT bersama kereta dan barang-barang kes disyaki dadah yang dirampas telah dibawa ke IPD Gua Musang untuk tindakan lanjut. Di Pejabat JSJN IPD Gua Musang pemeriksaan lanjut telah dibuat terhadap boot kereta Honda Insight dengan disaksikan kedua-dua OKT. Hasil pemeriksaan oleh SP1 mendapati seperti berikut: A. Tiga (3) bungkusan plastik hitam dimana:-
1
Bungkusan plastik hitam pertama ditandakan ‘A’ terdapat dua
2
bungkusan plastik hitam yang ditandakan ‘A1’ dan ‘A2’:- a. Pemeriksaan terhadap bungkusan plastik hitam bertanda ‘A1’ terdapat satu (1) bungkusan guni warna putih, biru dan hijau bertulis angka 9003 dimana satu (1) balutan guni warna putih bertulis ‘40kg’ di dalamnya terdapat dua puluh
20
bungkusan plastik lutsinar yang di dalam setiap satunya berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja; b. pemeriksaan terhadap bungkusan plastik hitam bertanda ‘A2’ terdapat satu (1) bungkusan guni warna merah, hitam dan hijau bertulis ‘USFEED’ dimana satu (1) balutan guni S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw warna putih yang tertulis ‘40kg’ di dalamnya terdapat dua puluh (20) bungkusan plastik lutsinar yang di dalam setiap satunya berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja;
2
Bungkusan plastik hitam kedua ditandakan ‘B’ di dalamnya terdapat satu (1) guni warna putih/hijau lusuh tertulis ‘GALAXY 8003’ terdapat tiga puluh empat (34) bungkusan yang dibalut dengan selotep di dalamnya terdapat aluminium foil di mana setiap bungkusan di dalamnya berisi ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja;
3
Bungkusan plastik hitam ketiga ditandakan ‘C’ di dalamnya terdapat satu (1) balutan guni warna putih tertulis ‘40kg’ dibalut dengan selotep di dalamnya terdapat sepuluh (10) bungkusan plastik lutsinar di mana setiap bungkusan di dalamnya terdapat ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja;
4
Manakala satu (1) guni berwarna putih/hijau tertulis ‘TALAPIA FEED’ yang A1 ditandakan ‘D’ di dalamnya terdapat sepuluh
10
bungkusan plastik lutsinar di mana setiap bungkusan di dalamnya terdapat ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja. [12] Jumlah kesemua ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah ganja itu adalah sebanyak 94 bungkusan. Kesemua ekshibit tersebut (termasuk bungkusan plastik serta guni) telah ditandakan oleh SP1 S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw menggunakan marker dan liquid paper di mana SP1 telah camkan semua tandaan yang dibuatnya. [13] SP1 telah menyediakan Borang Bongkar (P6) yang ditandatangani oleh kedua-dua OKT. SP1 juga telah membuat laporan polis berkenaan tangkapan dan rampasan sebagaimana repot Bertam/000105-107/18 (P5). Kesemua barang kes yang dirampas beserta tangkapan OKT1 dan OKT2 telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Lizanawati (SP7) pada tarikh yang sama 9.3.2018 jam 2.20 pagi di Pejabat JSJN IPD Gua Musang. SP1 menyatakan juga bahawa kejadian yang berlaku bukanlah atas sebarang maklumat dan beliau tidak pernah mengenali kedua-dua OKT sebelum daripada tarikh kejadian. [14] Barang-barang kes yang disyaki dadah bagi kedua-dua kes telah dimasukkan di dalam kotak-kotak diseal dan dihantar oleh P7 ke Jabatan Kimia Kota Bharu, Kelantan untuk analisis dan hasilnya adalah seperti berikut: a) Hasil analisis oleh ahli kimia Zulkfeli bin Mohd Edin (SP6) terhadap 94 ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja itu telah mengesahkan ianya adalah dadah berbahaya Cannabis seberat 93521 gram sebagaimana di dalam laporan kimia No. Makmal: 18- FR-D-01350 (P33); b) Hasil analisis pegawai sains Mohd Azhar bin Abu Bakar (SP5) terhadap cecair di dalam 1 botol plastik lutsinar berpenutup putih yang dirampas daripada dashboard bahagian penumpang hadapan disahkan adalah racun iaitu 225 mililiter Promethazine dan S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Tramadol sebagaimana di dalam laporan kimia No. Makmal: 18-FR-D-01349 (P30); c) Hasil analisis ahli kimia Azlyna binti Yaakub (SP4) terhadap ketulan kristal di dalam 1 paket plastik yang dirampas dari poket seluar yang dipakai oleh OKT2 ketika kejadian telah disahkan mengandungi dadah Methamphetamine seberat 1.76 gram sebagaimana laporan kimia No. Makmal: 18-FR-D-01353 (P23). [15] SP1 juga telah mengecam kereta Honda Insight dan menyatakan bahawa ketiga-tiga beg plastik hitam dan guni putih memenuhi ruang boot kereta Honda tersebut. Tiada kenyataan bahawa terdapat apa-apa barang lain di dalam boot kereta melainkan barang-barang kes. Peranan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan - Kes Prima Facie [16] Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk membuat analisa dan memberi pertimbangan ke atas semua keterangan saksi-saksi, soal balas yang dikemukakan oleh peguam OKT-OKT dan juga ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi-saksi pendakwaan. [17] Saya mengingatkan diri saya bahawa tugas dan kewajipan statutori yang diletakkan ke atas mahkamah yang membicarakan sesuatu kes di akhir kes pendakwaan adalah termaktub di dalam seksyen 180 dan seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Kedua-dua seksyen tersebut S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw memperkatakan perkara dan kedudukan yang sama. Bagi tujuan seksyen-seksyen ini “a prima facie case made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or explained would warrant a conviction”. Perkataan “prima facie” yang terdapat dalam seksyen 180 tidak diberikan terjemahan statutori tetapi perkataan ini telah diperjelaskan pemahamannya melalui pentafsiran di dalam prinsip kehakiman. [18] Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran Mohan v PP [2011] 1 CLJ 805 dalam penghakimannya di mukasurat 824, menyatakan seperti berikut: “[25] The test at the end of the prosecution's case is "prima facie case" based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” [19] Seterusnya saya ingin membuat rujukan kepada kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di mana Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tatacara yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjalankan perbicaraan di akhir kes pendakwaan seperti berikut: “(i) at the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question; if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that evidence is “Yes” then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict,
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263.” [20] Hasil dari pemahaman saya terhadap prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas, maka adalah menjadi kewajipan Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan secara penilaian maksima terhadap kes pendakwaan dengan mengambilkira keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan soal balas yang dikemukakan oleh pihak pembelaan bersekali dengan hujahan kedua-dua pihak. Secara ringkasnya saya memperingati diri saya sendiri bahawa langkah-langkah yang telah diperincikan dalam kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar (supra) perlulah dipatuhi dengan ketat. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Elemen-Elemen Pertuduhan [21] Menurut seksyen 39B(1)(a) ADB 1952; “No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such person is in Malaysia, traffic in a dangerous drug”. [22] Bagi membuktikan pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesemua elemen/intipati yang berikut: i. Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; ii. Dadah yang dirampas ada di dalam milikan OKT-OKT, iaitu OKT-OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; dan iii. OKT-OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Analisa Mahkamah
i
Elemen (a) - Dadah Cannabis adalah tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan dan racun Promethazine dan Tramadol adalah tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [23] Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berkenaan identiti dadah dan racun yang telah dirampas. Apa yang penting ialah rantaian keterangan dari masa dadah ditemui oleh SP1, diserah kepada SP7 dan sehinggalah selesai analisa oleh SP6 tidak pernah terputus. Oleh itu tempoh masa antara barang kes dirampas oleh SP1 daripada milikan OKT di tempat kejadian sehinggalah diserahkan kepada SP3 merupakan tempoh masa yang ‘crucial’ di dalam kes-kes melibatkan dadah. Barang-barang kes telah dicamkan berdasarkan tandatangan dan ia merupakan barang kes yang sama yang telah dirampas oleh SP1. [24] Di samping itu, tidak terputusnya juga rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP6. Berdasarkan kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70 yang menyatakan seperti berikut: “The exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the deceased and subsequently produced in the court as evidence. The prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in the court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody. (para 44).” S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [25] SP6 merupakan seorang ahli kimia yang masih di dalam perkhidmatan. Oleh itu, keterangan pakar ini boleh diterima oleh Mahkamah Yang Mulia ini kerana ia sempurna dan tiada kecacatan. SP6 merupakan seorang ahli kimia yang bertauliah dan telah menjelaskan secara terperinci analisa yang telah dijalankan olehnya. Rujukan dibuat kepada kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ Rep 21 [1987] 1 CLJ 250: “As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine its identity and to confirm what other witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copyright or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion.” [26] Oleh yang demikian, pihak Mahkamah ini mendapati bahawa elemen pertama ini telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan.
II
(ii) Elemen (b) - Dadah dan racun yang dirampas ada dalam milikan OKT-OKT dan OKT-OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw dadah dan racun berkenaan serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya dan juga racun. [27] Prinsip pemilikan “possession” adalah berkaitan dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut: “In my experience there is no question which magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to “possession” for the purpose of criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed.” [28] Di dalam kes ini keterangan SP1 bahawa beliau melihat OKT1 memandu kereta berkenaan dan OKT 2 adalah penumpang hadapan langsung tidak pernah dicabar oleh peguambela OKT-OKT. Jagaan dan kawalan OKT-OKT ke atas kereta Honda (secara bersama-sama) pada masa kejadian adalah jelas. Oleh yang demikian barang-barang kes juga sudah tentunya berada dalam kawalan dan jagaan kedua-dua OKT. Di dalam kes Chan Kah Kin v Public Prosecutor and another appeal [2021] MLJU 2366 Mahkamah Rayuan telah meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi berkenaan 26 paket yang mengandungi dadah yang disembunyikan di belakang “dashboard” kereta yang dipandu oleh OKT di dalam kes itu. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [19] As for the second element, the learned trial judge had done a maximum evaluation of the prosecution evidence as regards the issue of possession and knowledge of the drugs by the appellant. As for possession the learned trial judge explained the concept of possession in law in his Grounds of Judgment, where he states as follows:
32
Berpandukan kes Chan Peon Leon (supra) menjadi prinsip mantap untuk membuktikan seseorang itu mempunyai “milikan” perlu ditunjukkan orang itu mempunyai kawalan dan jagaan, serta pengetahuan ke atas sesuatu benda dan bebas untuk menguruskan/mengendalikan benda berkenaan dengan mengecualikan orang lain (power of disposal to the exclusion of others). Dengan lengkapnya seseorang itu dikatakan mempunyai “exclusive possession” ke atas sesuatu benda. Makna “exclusive possession” telah dihuraikan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209; [2009] 2 MLJ 194 di mana antara lain, Mahkamah Persekutuan di mukasurat 217-218 memutuskan: [16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal’s decision, we will say a few words about “exclusive” possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, “exclusive”- that a conviction is possible. When the learned trial judge said “The accused sought to negative the proof of exclusive possession...”, we take it that he meant no more S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of “possession” in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg.[1955] 1 LNS 53: ...It is often said that “possession must be exclusive”. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession or chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possesion means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw authorities term “custody” or “control”- and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th edn, p.34), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possesion. So much for exclusive possession. [29] Now, as for knowledge, direct evidence of knowledge is a rarity. Knowledge must necessarily be inferred from the surrounding facts and circumstances. This was reiterated by this Court in Simon Savarimuthu Thevarajah v. PP [supra] in the following terms: On the facts before us, we were in as good a position as the trial judge to draw the inference whether the appellant had knowledge of the drugs. It is trite that proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It is sufficient for the prosecution to prove facts from which it can be properly inferred that an accused person had the necessary knowledge. The court is not concerned with the knowledge of a reasonable man but is concerned with S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw reasonable inferences to be drawn from a concrete situation as disclosed in the evidence as it affects a particular person whose knowledge is in issue (see PP v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649; [2000] 6 MLJ 705; Parlan Dadeh v. PP (supra)). When these principles are applied to the facts, we find that there is ample evidence to infer that the appellant had knowledge of the drugs in the 26 plastic packages hidden in the car. [29] Petikan daripada kes Chan Kah Kin v Public Prosecutor and another appeal telah mengulas beberapa isu berkenaan “possession”. Adapun tentang reaksi OKT-OKT kes tersebut merujuk kepada kes Parlan bin Dadeh berkenaan pemakaian inference daripada pelakuan/conduct OKT-OKT di bawah seksyen 8 dan 9 Akta Keterangan 1950, adalah ditegaskan bahawa dalam kes ini perlakuan OKT-OKT seperti dinyatakan di atas tidak boleh sama sekali dilihat kerana terkejut atau “surprised” kerana kereta yang dinaiki oleh kedua-dua OKT ditahan di satu sekatan jalanraya oleh polis yang beruniform. [30] Di dalam pemeriksaan balas peguambela ke atas SP1, terdapat banyak cadangan-cadangan yang menjurus untuk membangkitkan pembelaan ‘innocent carrier’ ini. Pihak peguambela OKT1 telah mencadangkan bahawa berlakunya kejar mengejar yang berlaku selepas tangkapan ke atas sebuah kenderaan ‘Volvo’ berwarna ‘silver’ (selepas berlakunya tangkapan dan rampasan). Pihak peguambela mencadangkan kepada SP1 bahawa pemandu kereta Volvo tersebut adalah pemilik sebenar kereta Honda yang dirampas di mana SP1 tidak S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw bersetuju dengan cadangan tersebut. Selanjutnya peguam bertanya sama ada SP1 ada dimaklumkan tentang kereta ‘Volvo’ tersebut di mana SP1 memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua OKT memaklumkan kepada beliau bahawa kereta ‘Volvo’ berkenaan membawa barang yang sama dengan kereta yang dirampas. Peguambela OKT2 juga mencadangkan kepada SP1 bahawa di dalam kereta ‘Volvo’ tersebut ada jenis dadah yang sama dengan kereta Honda di mana SP1 setuju dengan cadangan peguambela OKT 2 tersebut. Berdasarkan jawapan SP1 terhadap cadangan-cadangan kedua-dua peguambela ini boleh dibuat inferens menunjukkan pengetahuan kedua-dua OKT tentang dadah yang ada di dalam kereta Honda tersebut. [31] Selanjutnya peguambela mencadangkan bahawa kereta Honda itu daripada Rantau Panjang ke Gua Musang yang merupakan jalan alternatif ke Gua Musang. Peguambela mencadangkan bahawa pada asalnya OKT-OKT menaiki sebuah kereta Proton berwarna merah no. DR 5808 milik ayah OKT 1 dan mencadangkan kereta tersebut telah rosak di kawasan Jelawang dan akhirnya OKT-OKT menaiki kereta Honda tersebut untuk meneruskan perjalanan. Pada peringkat ini cadangan-cadangan ini menjurus kepada suatu penafian semata-mata bagi kes di hadapan Mahkamah yang mulia ini. [32] Selanjutnya daripada soalan-soalan sewaktu pemeriksaan balas adalah jelas untuk menunjukkan bahawa kereta (dan dadah yang ada di dalamnya adalah kepunyaan orang lain) iaitu individu yang disebut namanya sebagai Izzudin bin Hamzah telah dicadangkan. Elemen ketuanpunyaan (ownership) bukanlah suatu elemen yang perlu dibuktikan terhadap OKT-S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw OKT. Kes yang dirujuk oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Chan Kah Kin v Public Prosecutor and another appeal yang dirujuk di atas juga memetik daripada kes PP v Letchumanan Suppiah [2006] 1 CLJ 557 berkenaan isu ini seperti berikut: “[2] With due respect to the learned judge, the issue of ownership of the motorcycle was an irrelevant one. The issue was one of custody or control of the orange plastic packet in the carrier basket of the motorcycle, which in the circumstances of this case, would not involve the ownership of the motorcycle on which the accused was riding wherein in the carrier basket, within sight of the accused and the police party, was found “anything whatsoever containing any dangerous drugs”. Without calling the accused’s brother as a witness, the prosecution was able to discharge the burden of establishing possession with knowledge of the drugs by the accused with the aid of the presumption under s. 37(d) of the Act. (paras 15)” [33] Di dalam kes ini jumlah barang kes adalah besar. Barang-barang kes yang dirampas itu memenuhi keseluruhan boot belakang kereta Honda berkenaan. Kereta itu dipandu oleh OKT1 dengan ditemani OKT2, melalui satu jalan alternatif dikatakan daripada Jelawang ke Gua Musang. Adalah mudah bagi kedua-dua OKT untuk memeriksa barang yang terdapat di dalam boot kereta Honda tersebut. Mohon merujuk dan memetik kes Mahkamah Rayuan Morteza Feizi Satar v. PP & another appeal [2018] MLJU 1050 “[24] In Hoh Bon Tong v. PP (supra) the defence of innocent carrier was discussed and this Court held that: S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw “[73] The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness. And according to Yong Pung How CJ (Singapore) in Public Prosecutor v. Hla Win (supra) at p. 438, “the concept of wilful blindness qualifies the requirement of knowledge.” And his Lordship continued further by saying (at the same page): As Professor Glanville Williams aptly remarked in his Textbook on Criminal Law, at p. 125: ….the strict requirement of knowledge is qualified by the doctrine of wilful blindness. This is meant to deal with those whose philosophy is: ‘Where ignorance is bliss, ‘tis folly to be wise’. To argue away inconvenient truths is a human failing. If a person deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know,’ he is taken to know’. [74] Continuing at the same page, his Lordship said: In Ubaka v. PP [1995] 1 SLR 267, the principles laid down in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356; [1968] 2 WLR 1303 and modified in Tan Ah Tee v. PP [1980] 1 MLJ 49 were applied by the trial judge. In its grounds of judgment, this court quoted the following passage by the trial judge: Ignorance is a defence when there is no reason for suspicion and no right and opportunity of examination, and ignorance simpliciter is not enough. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [75] Here, we have evidence that the drugs were placed inside transparent plastic packets and the contents can be seen from outside. It was mere folly on the part of the accused not to examine what he carried in his pockets. It is a classic case of wilful blindness.”. [26] Back to the instant appeal before us, the story of the Respondents that they were given the girdle to wear by Ali, a total stranger to them while they were at the airport was hard to be believed. There were many reasons for the Respondents to be suspicious that the abdominal girdle they wore contained the impugned drugs and not gold dust as was told to them by Ali. The Respondents voluntarily agreed to wear the girdle to be taken to Malaysia and they were paid USD1,000 for their services. They had ample time and opportunity to check and examine the girdle as it could easily be opened. They could do this either at the airport in Tehran, during the flight to Malaysia or at the LCCT airport before they approached the customs check point. [27] How could the Respondents believe what Ali told them when in fact Ali was only known to them when they were at the airport in Tehran. The Respondents could not be that dim witted to have believed Ali. Any reasonable person in similar situation would have asked further about the contents of the girdle. The explanation given to them by Ali that the gold dust could not be put in the checked in luggage as it is an offence and that they wanted to evade from paying tax was a most illogical explanation. The Respondents were supposed to hand over the girdle to a person by the name of ‘Afsaneh’ in Malaysia but no particulars of ‘Afsaneh’ was ever revealed to them as well as to the investigating officer. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [28] From the evidence of the prosecution’s witnesses, it showed that the conduct of the Respondents looking frightened before the discovery of the drugs had a direct bearing on the fact in issue. Yet the learned trial Judge in his judgment said there was no overt act. The conduct of the Respondents was relevant on the issue of knowledge and admissible under section 8 of the Evidence Act,
1950
The Respondents could not avail themselves of the defence of innocent carrier. Their conduct of looking frightened compounded with their deliberate actions not to make further inquiries in order to avoid confirming what the actual situation was, made them guilty of wilful blindness. [29] We were of the considered view that the request by Ali, Farshad or Afsaneh for them to carry the abdominal girdles strapped to their waists would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents of those girdles. It was upon the Respondents to make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight their suspicions. In this appeal, the failure of the Respondents in not making any inquiries attracted the concept of wilful blindness so as to fasten upon them the necessary knowledge as to the contents of the girdles. The deliberate conduct of the Respondents to shut their eyes to the obvious because they deliberately did not want to know the true and actual contents of the girdles had led us to conclude that they did know that there were drugs in them.” [34] Di dalam kes di hadapan mahkamah yang mulia ini peguam mencadangkan bahawa kereta yang pada asalnya dinaiki oleh OKT1 dan OKT2 telah rosak dan OKT1 telah menghubungi seseorang yang disebut bernama Izzuddin bin Hamzah untuk meminta bantuan. Walaubagaimana pun tiada sebarang indikasi atau cadangan daripada peguambela bahawa S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw kedua-dua OKT ada mengambil inisiatif untuk melihat apa yang memenuhi boot belakang kereta Honda berkenaan, sebelum mereka mengambilnya daripada Izzuddin bin Hamzah, sedangkan, daripada keterangan SP1 dan gambar-gambar kereta adalah jelas bahawa beg-beg plastik hitam boleh dilihat melalui kaca tingkap cermin belakang kereta Honda berkenaan. Berdasarkan prinsip ‘wilful blindness’ ini juga pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pengetahuan OK-OKT berkenaan barang-barang kes yang dirampas untuk peringkat prima facie. Lain-lain isu yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan. Isu Proximity [35] Di dalam kes ini keterangan pihak Pendakwaan bukan hanya bergantung kepada isu kedekatan (mere proximity) semata-mata tetapi juga kawalan/jagaan kereta Honda berkenaan. OKT1 dengan jelas dilihat memandu kereta Honda berkenaan. Tindakan/conduct OKT-OKT sewaktu kejadian iaitu hanya buka kaca jendela sedikit sahaja, lambat memenuhi arahan membuka boot kereta, dan sebelum sempat saksi-saksi polis melakukan pemeriksaan, enggan turun daripada kereta setelah suis enjin kereta berjaya dimatikan dan bergelut dengan pihak polis ketika tangkapan dibuat. Semua ini merupakan keterangan yang relevan bagi membuktikan jagaan/kawalan serta pengetahuan OKT-OKT berkenaan dadah berbahaya yang dirampas. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Isu Siasatan ke atas kereta Honda [36] Pihak pendakwaan telah memanggil tuan punya berdaftar kereta Honda memberikan keterangan sebagai SP3. Apa yang penting daripada keterangan SP3 adalah kereta Honda itu telah dilaporkan hilang, Keterangan SP3 hanyalah untuk menunjukkan bahawa kereta berkenaan bukan lagi ada dalam kawalan/jagaan beliau setelah dilaporkan hilang. [37] Tiada beban ke atas pihak pendakwaan untuk buktikan kereta itu dicuri oleh OKT-OKT. Telah dibuktikan dengan jelas bahawa pada masa yang relevan kereta berkenaan dipandu/dikendalikan/dalam kawalan OKT-OKT sewaktu kejadian penahanan di ‘snap check’ tanpa sebarang cabaran dibuat oleh pihak pembelaan berkenaan fakta ini. OKT-OKT adalah pengguna terakhir kereta Honda tersebut. [38] Ketiadaan keterangan cap jari atau DNA dikemukakan juga tidak menjejaskan kes Pendakwaan. Di dalam kes ini kedua-dua OKT ‘were caught red handed’ dengan sejumlah barang kes yang banyak memenuhi boot kereta yang mereka naiki ketika ditangkap. Oleh yang demikian identiti OKT-OKT bukanlah sesuatu yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Isu rantaian keterangan barang-barang kes. [39] Peguam juga membangkitkan bahawa pihak pendakwaan tidak mengemukakan penjaga stor sebagai saksi namun identiti semua barang kes telah dikenal pasti satu persatu di dlam mahkamah. Jika ada pun keterangan daripada penjaga stor beliau akan hanya boleh camkan kotak-S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw kotak yang berseal Jabatan Kimia dan bukan kandungan kotak-kotak tersebut. Kotak-kotak (yang disediakan oleh SP7) tersebut masih dalam keadaan berseal kemas sewaktu dikemukakan buat pertama kali untuk perbicaraan di mahkamah. [40] Sebahagian paket plastik di dalam kotak-kotak itu sudah bocor tetapi Mahkamah berpuas hati ini hanya kerana kerana tempoh simpanan yang lama di mana seal, penandaan dan label/pelekat Jabatan Kimia masih elok dan tidak terjejas. Sudah menjadi trite law di mana tidak semua orang dalam rantaian itu harus dipanggil memberi keterangan. Apa yang penting adalah setiap barang kes itu dikenalpasti dengan tepat, tiada sebarang kacau ganggu berlaku dan dibuktikan bahawa barang-barang kes yang dikemukakan di mahkmah adalah sama dengan barang-barang kes yang dirampas. [41] Peguam juga bangkitkan isu tentang seal PDRM yang telah terlerai seolah-olah ini akan menjejaskan rantaian keterangan. SP7 dengan jelas sewaktu memberi keterangan atas soalan peguam telah mengesahkan bahawa semua kotak telah berseal dengan ‘wax seal’. Di dalam laporan Kimia P33 dengan jelas menunjukkan bahawa Ahli Kimia SP6 telah menerima semua kotak bertanda A1, A2, B, C dan D yang semuanya berseal PDRM 659. Keterangan ini tidak dicabar oleh peguambela OKT-OKT. Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Rayuan Abdul Rahman Bin Mohd v PP [2021] MLJU 971 yang menyatakan seperti berikut; S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Chain of evidence [18] Counsel for the appellant submitted that there was a break in the chain in the evidence as the investigating officer (SP3) testified that he only sent the drugs taken from the sling bag to the chemist (SP1) for analysis. He did not say that he received it from SP1 after analysis. In fact, SP1 in his chemist report stated that the drugs were collected by Inspector Shogi after he analysed them. As stated earlier, Inspector Shogi was not called by the prosecution but only offered to the defence. Therefore, counsel for the appellant submitted that SP2’s evidence in respect of the chain of evidence is limited to the point of handing over of the drugs to the Chemistry Department. [19] We find no merit in the point taken. Chain of evidence in law refers to the chronological documentation of the movement, storage and the handling of a forensic exhibit from the time of seizure to the time it was analysed and presented in court. Unbroken chain of evidence is important to ensure the integrity of an exhibit, especially one that will be subject to forensic analysis, and to rule out possible tampering. However, depending on the circumstances, failure to call evidence in respect of any particular period of storage or movement will not necessarily render the integrity of the exhibit suspect or cause the outcome of the forensic analysis to lose its probative value. [42] Berdasarkan kes di atas didapati bahawa hujahan pihak pembelaan yang mempertikaikan keutuhan ‘chain of evidence’ barang-barang kes sebenarnya tidak bermerit dan wajar ditolak. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw
III
(iii) Elemen (c) – OKT-OKT telah mengedarkan dadah tersebut [43] Di dalam kes ini, anggapan di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 adalah terpakai memandangkan di dalam kes ini elemen pemilikan dan pengetahuan telah dibuktikan melalui keterangan fakta secara langsung dan juga keterangan keadaan. Seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 memperuntukkan sebagaimana berikut: “37. Presumptions (da) any person who is found in possession of-
i
- (xv) ……..
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of Cannabis;
XVII
(xvii) – (xxv) ......... otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [44] Dalam konteks ini, sekiranya OKT-OKT didapati ada dalam pemilikannya 200 gram atau lebih Cannabis, selain dari menurut kuasa Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai mengedar dadah tersebut. [45] Oleh itu, adalah berat dadah sepertimana dalam pertuduhan menimbulkan inferens pengedaran dadah berbahaya. Di dalam kes PP v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 8 CLJ 814, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw “There are many circumstances from which an inference can be drawn. One such circumstances is the weight of the drugs involved. Where, for example, the quantity of the drugs involved is large it can be inferred that they were not kept for personal consumption (see Ong Ah Chuan v PP [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64). This will facilitate the inference that they were kept for the purpose of trafficking. Where the quantity is very small it can be inferred that they were kept for personal consumption and therefore not for trafficking. The object of section 37(da) of the Act is therefore to enable the Court to draw a statutory inference of trafficking based on the quantity of drug possessed. It must be realized that the basic facts, once proved, create the substantive offence of trafficking by way of a presumption in the absence of direct evidence of that effect. The basic facts, once established, do not in any way control or narrow down the meaning of ‘trafficking’.” Niat Bersama [46] Untuk isu Niat Bersama Mahkamah merujuk kepada kes Sabarudin Non v PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 di mana Mahkamah telah merujuk kepada kes Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344 yang menyatakan seperti berikut: “Section 34 of the Indian Penal Code recognises the principle of vicarious liability in the criminal jurisprudence. It makes a person liable for action of an offence not committed by him but by another person with whom he shared the common intention. It is a rule of evidence and does not create a substantive offence. The section gives statutory recognition to the commonsense principle that if more than two persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw them had done it individually. There is no gainsaying that a common intention pre-supposes prior concert, which requires a pre-arranged plan of the accused participating in an offence. Such a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of commission of the offence but the crucial test is that such plan must precede the act constituting an offence. Common intention can be formed previously or in the course of occurrence and on a spur of moment. The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case...” [47] Mahkamah berpuas hati bahawa OKT-OKT bersama-sama hadir ke kawasan tersebut untuk melakukan aktiviti pengedaran dadah dan racun yang dirampas. Tiada apa-apa sebab yang lain bagi kedua-dua OKT untuk berada di suatu tempat yang terpencil dan membawa barang yang dirampas jika tidak bersama-sama melakukan aktiviti pengedaran dadah. Kesimpulan di akhir kes pendakwaan [48] Adalah menjadi kewajipan mahkamah ini untuk menilai keterangan yang dikemukakan dengan penilaian maksima dan menelitinya secara terperinci, merujuk kepada PP v Mohd Radzi Bin Abu Bakar (supra). Setelah meneliti dan menilai kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap penilaian maksima, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang kukuh (credible) untuk membuktikan setiap intipati pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 iaitu OKT-OKT adalah mempunyai milikan terhadap S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw dadah tersebut, dadah tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan OKT-OKT telah mengedar dadah tersebut. [49] Saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah. [50] OKT-OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri. Sehubungan dengan kehendak Seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah, OKT-OKT telah diperjelaskan tentang 3 pilihan tersebut dan OKT-OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi. Kes pembelaan [51] Saksi-saksi semasa kes Pembelaan ialah: i) Sayuti Bin Shafie (OKT1/SD1) ii) Shafie Bin Che Ngah (SD2) iii) Che Nor Mohd Badrull Hisyam Bin Che Nordin (OKT2/SD3) iv) Ibu kepada SD3 Naratif Pembelaan [52] Pada tarikh 9/3/2018, hari Jumaat, jam lebih kurang 3.00 petang, OKT1 (Sayuti) telah menelefon kawannya bernama Che Nor Mohd Badrull Hisyam Bin Che Nordin (Badrul Hisyam atau OKT2). OKT1 mengajak Badrul S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Hisyam menemani OKT1 ke Gua Musang. Tujuan ke Gua Musang adalah untuk melihat lot kedai yang OKT1 ingin sewa di sana. [53] Lebih kurang jam 4.00 petang, Badrul Hisyam telah sampai di rumah OKT1 iaitu di hadapan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan. OKT1 tidak perasan siapa yang menghantar OKT2. [54] OKT1 telah mengambil kunci kereta ayah OKT1 (SD3) iaitu kereta Proton Saga dengan nombor pendaftaran DR 5808 milik ayah OKT1 yang bernama Shafie Bin Ngah. Pada masa material iaitu 9/3/2028 itu, kereta ini adalah berwarna merah. OKT1 telah memandu kereta tersebut pada tarikh itu. [55] Perjalanan OKT1 dan Badrul Hisyam ke Gua Musang adalah melalui Jalan Jeli ke Jelawang dan seterusnya ke Gua Musang. Pada jam lebih kurang 5,30 petang, semasa hampir sampai di Simpang Tiga Masjid Jelawang, Jeli, kereta yang OKT1 dan Badrul Hisyam naiki telah tersekat-sekat dan tiba-tiba enjinnya mati. OKT1 tidak tahu apa sebab kereta ayah OKT1 menjadi sedemikian. [56] Oleh kerana kenderaan mati di laluan jalan masuk, OKT1 menyuruh Badrul Hisyam tolak kereta ke tepi jalan dan kedudukan kereta yang OKT1 pandu betul-betul di Simpang 3 Masjid Jelawang. [57] Masa itu, jam lebih kurang 5.30 petang. OKT1 telah menelefon ayah OKT1 supaya datang ke lokasi tempat kereta ayah OKT1 rosak. OKT1 turut memesan ayah OKT1 supaya bawa terus kunci pendua kerana OKT1 cuba S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw menelefon kenalan OKT1 untuk datang mengambil OKT1 bagi meneruskan perjalanan ke Gua Musang tanpa menunggu SD2 sampai. [58] Selepas itu, OKT1 cuba menelefon beberapa kenalan OKT1, tetapi tiada yang sama tujuan ke Gua Musang. Akhirnya, OKT1 telah menelefon kenalan OKT1 bernama Izuddin, dengan nama penuhnya Mohd Izuddin Bin Hamzah. [59] Semasa OKT1 menalipon, jam lebih kurang 5.30 ke atas dan Izuddin telah sampai lebih kurang jam 6.10 petang di lokasi kereta rosak. Izuddin datang dengan 2 buah kenderaan, iaitu kereta Volvo yang dipandunya sendiri dan 1 lagi kereta iaitu Honda Insight dipandu oleh anak saudara Izuddin. Seingat OKT1 nama anak saudara beliau ialah Alif. [60] Setelah OKT1 memaklumkan hasrat OKT1 ke Gua Musang, Izuddin tanpa berlengah lagi menyuruh OKT1 dan Badrul Hisyam menaiki kereta Honda Insight dengan anak saudara Izuddin yang bernama Alif tadi menaiki kereta Volvo. [61] Oleh kerana masa sudah lewat petang, OKT1 dan Badrul Hisyam tanpa ada sebarang curiga, telah menaiki kereta tersebut. Semasa OKT1 naik kereta Honda Insight tersebut, OKT1 tidak tahu ianya milik siapa. OKT1 menganggap kereta itu milik Izuddin ketika itu. OKT1 tinggalkan kereta ayah OKT1 untuk dibaiki. OKT1 tidak tahu seterusnya apa yang berlaku kepada kereta yang OKT1 tinggalkan tersebut. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [62] Kereta Honda Insight ini adalah kali pertama OKT1 naiki. OKT1 juga tidak berapa biasa menaiki kenderaan jenis ini. OKT1 juga tidak biasa dengan fungsi-fungsi kenderaan ini. Dari Simpang 3 Masjid Jelawang ini, OKT1 telah memandu sekejap sahaja dalam lingkungan 25 km menuju ke kawasan Meranto, iaitu mengambil masa lebih kurang jam 6.15 petang sehingga jam 6,40 petang. [63] Kemudian, jam lebih kurang, 6.40 petang, OKT1 sampai di kawasan Meranto. Hampir dengan kawasan tersebut terdapatnya sekatan jalanraya yang dibuat oleh beberapa anggota polis bertugas. [64] Keadaan jalan sebelum sekatan jalanraya adalah lurus dan menuruni bukit. Jika dari jauh, memang boleh nampak sekatan jalanraya yang dibuat tersebut. Kawasan jalan juga adalah lebar dan jika ingin U-turn untuk mengelak sekatan jalanraya, memang boleh akan tetapi, OKT1 meneruskan pemanduan seperti biasa. OKT1 perasan kereta Volvo Izuddin, telah melepasi road block tersebut tanpa ada sekatan. [65] Tiba giliran kereta Honda Insight yang OKT1 pandu melalui sekatan jalanraya tersebut, OKT1 ditahan. OKT1 telah diminta oleh pihak polis untuk berikan lesen memandu dan kad pengenalan. OKT1 tidak mempunyai lesen memandu kereta, OKT1 hanya ada lesen motosikal sahaja. OKT1 memberikan kerjasama kepada pihak polis dan serahkan dokumen-dokumen tersebut. Ketika anggota polis meneliti kad pengenalan dan lesen OKT1, OKT1 diminta alihkan kereta Honda insight ke tepi bahu jalan. Ketika itu, beberapa anggota polis telah mengelilingi kereta Honda Insight ini. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [66] Pihak polis kemudian menyuruh OKT1 membuka bonet kereta Honda Insight. OKT1 cuba mencari tempat atau picu membuka bonet di dalam kereta Honda Insight ini tetapi tidak jumpa. OKT1 ambil masa sedikit untuk membuka dan rupa-rupanya kereta ini adalah automatik. Cara membuka bonet ialah dengan menggunakan alarm automatic di kunci kereta itu sendiri. [67] Semasa pihak polis membuka boot Honda Insight ini, mereka telah selongkar barang-barang yang ada di dalam boot. Kedua-dua OKT tidak turun dari kereta tetapi tahu polis sedang selongkar kerana boleh dengar bunyi. [68] Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis dengan pantas ke hadapan kereta semula. Beberapa anggota polis telah mengangkat pistol dan mengacu pistol kepada pihak OKT1 dan Badrul Hisyam. OKT1 tidak melawan kerana mereka semua telah mengacukan pistol kepada mereka berdua. OKT1 menyerah dan angkat tangan. OKT1 juga tidak boleh lari ke mana-mana. [69] Beberapa anggota polis telah masuk ke dalam kereta menangkap mereka berdua. Cara tangkapan adalah menggarikan OKT1 dan Badrul Hisyam secara bersilang di dalam kereta Honda Insight tersebut. Ketika itu, beberapa angota polis telah menaiki kereta Honda Insight dan mengawal mereka berdua. [70] Sekatan jalanraya telah ditutup semula. Kedua-dua OKT tidak dimaklumkan secara jelas apa kesalahan mereka, dengan hanya S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw dimaklumkan kereta ini membawa dadah. Semua kereta kemudian bergerak ke IPD Gua Musang. [71] Semasa dalam perjalanan, OKT1 sudah memberitahu polis bahawa kereta Honda Insight ini adalah diberikan oleh pemandu Volvo. Nama Izuddin. OKT1 dan Badrul Hisyam telah diberitahu kepada pihak polis, dengan kedua-dua OKT tidak tahu apa-apa tentang dadah. [72] Setelah anggota polis yang ada dalam kereta Honda Insight telah tahu pasal Kereta Volvo itu, pihak mereka telah mengejar Volvo tersebut. Kereta Volvo itu diketahui secara cepat, kerana kereta Volvo itulah yang telah melalui sekatan jalanraya yang sama sebelum kereta Honda Insight ini ditahan. [73] Honda Insight telah berjaya memintas kereta Volvo yang dipandu oleh Izuddin. Masa itu, sudah nak masuk ke kawasan jambatan sementara Pulau Setelu. Jambatan asal telah runtuh akibat banjir 2014. [74] Kedudukan kereta-kereta sebelum turun ke jambatan sementara Setelu adalah Honda Insight di hadapan, kereta Volvo di tengah dan kereta Kancil yang dipandu oleh pihak anggota polis yang sama bertugas di sekatan jalanraya. [75] Bila naik ke tebing jambatan sementara Setelu, kereta Honda Insight ubah kedudukan seperti membuat hadangan kepada Volvo yang berada di tengah, OKT1 lihat kereta Volvo cuba U-turn dan patah balik ke Meranto. Tetapi, kereta Kancil yang dipandu pihak polis telah membuat sekatan dan S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw menghalang juga. Kemudian Volvo berjaya meloloskan diri menuju ke Gua Musang semula. Ketika itu, mereka telah mendengar satu tembakan dilepaskan oleh pihak polis dari kereta Kancil. [76] Selepas tidak berjaya menahan kereta Volvo, mereka bergerak dalam lebih kurang 5 minit ke Gua Musang. Kemudian, ada lagi kenderaan polis jenama Waja datang dan berhenti. Seorang anggota polis turun dari Waja dan menaiki kereta Honda Insight bersama mereka. OKT-1 tidak ingat nombor pendaftaran kereta Waja tersebut. Seterusnya mereka di bawa ke IPD Gua Musang. [77] Semasa berada di IPD Gua Musang, OKT1 telah ditanya dan disoal siasat bertubi-tubi berkenaan dengan dadah-dadah di dalam kereta Honda Insight tersebut. OKT1 dan Badrul Hisyam tidak mengaku dadah-dadah itu adalah milik mereka. OKT1 sendiri juga memberitahu kereta itu diberikan oleh Izuddin di Simpang 3 Masjid Jelawang. [78] OKT1 juga beritahu oleh kerana kereta ini diberikan oleh Izuddin kepada OKT1, dadah-dadah itu adalah milik Izuddin. OKT1 dan Badrul Hisyam tidak tahu apa-apa. Oleh kerana tidak mengaku, OKT1 telah dipukul oleh pihak polis. OKT1 tidak perasan sama ada Badrul Hisyam dipukul juga atau tidak. [79] Semasa dalam tahanan reman juga, OKT1 telah diminta pihak polis membuat bebepa pengecaman terhadap gambar-gambar suspek kes dadah. Dalam pengecaman itu, OKT1 dapat camkan gambar dan muka S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Izuddin kepada pihak polis. Tetapi, OKT1 tidak tahu apa tindakan lanjut pihak polis terhadap Izuddin. [80] OKT2/SD3 di dalam penyata saksinya menyokong naratif OKT1 dan menyatakan bahawa dirinya diajak untuk menemani OKT1 ke Gua Musang dan tiada pengetahuan tentang barang kes yang berada di dalam boot kereta Honda Insight tersebut dan tiada akses terhadap kereta Honda Insight tersebut sebelum penukaran kereta dilakukan. OKT2 juga bukan pemilik kereta tersebut dan sepanjang masa hanya merupakan penumpang sahaja setelah diajak OKT1. [81] Ayah OKT1 telah memberikan keterangan sebagai SD2 dan mengesahkan naratif OKT1 tentang kerosakan kereta dan SD2 telah pergi ke tempat OKT1 berada dengan menaiki kereta Iswara kelabu dengan nombor DAN 9791 bersama menantunya lalu membawa balik kereta Proton DR 5808. Keputusan Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan [82] Tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan adalah untuk menentukan sama ada pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan atau sebaliknya. Sekiranya pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah, OKT-OKT berhak untuk dilepaskan dan dibebaskan, walaupun versi pihak pembelaan tidak dipercayai sepenuhnya oleh Hakim Bicara. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw (rujuk Mohamad Radhi Yaakob v PP (1991) 3 MLJ 169 dan PP v Abdul Rahman Akif (2007) 4 CLJ 337). [83] Bagi kes terhadap OKT-OKT ini, anggapan di bawah Seksyen 37(da) telah diterimapakai dan oleh itu, OKT-OKT perlu menyangkal anggapan-anggapan ini pada imbangan kebarangkalian. Sehubungan itu, mahkamah perlu meneliti sama ada anggapan-anggapan ini telah disangkal atau sebaliknya pada imbangan kebarangkalian. [84] Berkaitan isu penyangkalan anggapan ini, adalah sesuai untuk merujuk kepada kes Mohamad Radhi Bin Yaakob v PP (1991) 3 MLJ 169 di mana Mohamed Azmi HMA di mukasurat 171 menyatakan: “it is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw the prosecution under Section 173(f) or Section 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [85] Isu beban untuk menyangkal sesuatu anggapan di bawah undang-undang ini dijelaskan juga oleh Privy Council dalam kes Public Prosecutor v Yuvaraj (1969) 22 MLJ 89 di mana Lord Diplock menyatakan di mukasurat 92 seperti berikut: “Generally speaking, no onus lies upon a defendant in criminal proceedings to prove or disprove any fact: it is sufficient for his acquittal if any of the facts which if they existed would constitute the offence with which he is charged are ‘not proved’. But exceptionally, as in the present case, an enactment creating an offence expressly provides that if other facts are proved, a particular fact, the existence of which is a necessary factual ingredient of the offence, shall be presumed or deemed to exist ‘unless the contrary is proved.’ In such a case the consequence of finding that that particular fact is ‘disproved’ will be an acquittal, whereas the absence of such a finding will have the consequence of a conviction. Where this is the consequence of a fact’s being ‘disproved’ there can be no grounds in public policy for requiring that exceptional degree of certainty as excludes all reasonable doubt that that fact does not exist. In their Lordships’ opinion the general rule applies in such a case and it is sufficient if the court considers that upon the evidence before it it is more likely than not that the fact does not exist. The test is S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw the same as that applied in civil proceedings: the balance of probabilities.” Analisa kes Pembelaan [86] Keterangan SD2 iaitu ayah OKT1 “stands at par” dengan keterangan saksi lain. Mahkamah mendapati tiada sebab untuk Mahkamah menilai keterangan SD2 secara was-was. Tiada apa-apa peruntukan undang-undang atau anggapan yang menetapkan bahawa keterangan seorang ahli keluarga di dalam satu perbicaraan harus dinilai berlainan dengan saksi-saksi lain yang dipanggil. Rujuk kes Balasingham v PP (1959) MLJ 193 [87] Dalam kes Kunasegaran Marimuthu lawan PP (2010) 6 CLJ 64 diputuskan atas perkara yang sama: “Mengenai isu SP4 dan SP5 merupakan saksi-saksi yang mempunyai kepentingan dan menyokong sesama sendiri bukanlah alasan yang kukuh untuk menolak atau meragui keterangan mereka. Secara kebetulan SP4 dan SP5 sebagai anak beranak tetapi keterangan dua saksi ini telah diterima oleh Tuan HMS sebagai keterangan yang 'cogent' dan dua saksi didapati memberikan keterangan dengan jujur serta tidak goyah semasa disoal-balas. Mereka telah menceritakan apa yang benar berlaku pada malam tersebut dan tidak dinafikan dalam setengah aspek keterangan mereka sedikit berlainan berdasarkan kepada persepsi dan daya ingatan masing-masing. Tiada alasan untuk dua saksi utama pihak pendakwaan tersebut bercakap bohong hanya untuk menganiaya perayu yang tidak pernah mereka kenali sebelum itu. Tiada prinsip S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw menyatakan saksi berkepentingan sememangnya tidak boleh dipercayai.” [88] Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di dalam otoriti-otoriti di atas, sekiranya satu saksi di katakan saksi yang berkepentingan dan keterangannya hendaklah di tolak maka harus dikemukakan keterangan yang membuktikan kenapa keterangan saksi ini haruslah ditolak. Di dalam kes ini Mahkamah mendapati tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan kenapa keterangan SD2 harus ditolak. [89] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang matan bahawa Pembelaan yang tidak dipercayai sepenuhnya namun menimbulkan keraguan yang munasabah perlu diterima oleh Mahkamah (rujuk Mohamad Radhi Yaakob v PP (1991) 3 MLJ 169 dan PP v Abdul Rahman Akif (2007) 4 CLJ 337). [90] Di dalam kes ini naratif bahawa OKT1 dan OKT2 baru sahaja menaiki kereta Honda Insight yang asalnya dibawa Izuddin mempunyai sokongan oleh keterangan SD2. Walaupun SD2 merupakan bapa kepada OKT1 namun keterangannya patut diambil ‘at par’ dengan keterangan saksi-saksi lain. Menurut pemerhatian Mahkamah pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas langsung tidak mencabar versi yang dikemukakan SD2 ini dan oleh itu versi ini patut diterima Mahkamah. [91] Keterangan OKT2 juga menyokong naratif pertukaran kereta yang baru berlaku yang gagal dipatahkan oleh pihak pendakwaan. Fakta bahawa S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw kereta Honda Insight ini tetap melalui sekatan jalanraya walaupun OKT1 telah nampak sekatan jalanraya ini dari awal memandangkan jalan adalah lurus dan menuruni bukit menimbulkan keraguan tentang samada kedua-dua OKT mengetahui tentang barang salah yang berada di dalam kereta tersebut. Rajah kasar P10 dan gambar-gambar P8 mengesahkan bahawa keadaan jalan adalah sememangnya lurus. [92] Jika kedua-dua OKT mengetahui terdapat barang salah di dalam kereta tersebut tentunya akan melakukan tindakan untuk mengelak daripada melalui sekatan polis tersebut. [93] Kes Pembelaan telah dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan sejak awal perbicaraan dan dengan itu pembelaan yang dikemukakan bukan bersifat “afterthought”. Tambahan pula watak Izuddin sememangnya wujud dan Izuddin juga menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 yang menunjukkan Izuddin bukan watak yang sengaja direka-reka, Tidak dapat ditolak kemungkinan dan kedua-dua OKT hanyalah “momentary carrier” dengan barang kes dadah adalah milik Izuddin. [94] Di dalam kes ini SP1 sudah mempunyai maklumat tentang kewujudan kereta Volvo yang dipandu oleh Izuddin. Ini bermakna, watak pemandu dan juga Izuddin bukanlah satu rekaan oleh OKT-OKT. Penama Izzudin ini telah berada dalam pengetahuan SP1 sendiri. Jika tidak, awal-awal lagi watak Izuddin yang memandu Volvo tidak diakui oleh pihak SP1. Pertuduhan ke atas Izuddin juga telah ditender ke Mahkamah dengan carian IDD 35: CARIAN DA-45A-14-07/2020. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [95] Walaupun dokumen ini kekal sebagai IDD, namun ianya membawa kepada “Judicial Notice” yang mana kes ini melibatkan penama Izuddin Bin Hamzah yang juga sekarang ini turut dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas pertuduhan S. 39B sebagaimana IDD 35 yang dirujuk. Izuddin adalah watak yang benar-benar wujud dan bukan rekaan. Persoalan kenapa pegawai penyiasat tidak mengambil perhatian terhadap Izuddin, itu tertakluk kepada ketidak cekapannya untuk membuat siasatan lengkap. [96] Dalam hal ini, boleh dibuat kesimpulan bahawa SP1 walaupun sudah tahu kewujudan Izuddin pemandu kereta Volvo, tetapi tidak memaklumkan kepada pegawai penyiasat untuk membuat siasatan lanjut. Sarjan Safri tidak memaklumkan bahawa Izuddin pemandu Volvo itu wujud kepada pegawai penyiasat. [97] Apabila watak pihak lain telah diakui oleh saksi-saksi pendakwaan, maka telah terdapatnya isu sama ada pihak ketiga itu (dalam kes ini Izuddin) mempunyai akses terhadap kereta yang dipinjamkan oleh Izuddin kepada OKT1 dan OKT2. [98] Pembelaan OKT1 dalam keadaan memandu kenderaan Honda Hybrid bermula Simpang 3 Masjid Jelawang ke Meranto adalah bersifat sekejap sahaja (momentary carrier) dan OKT1 dipinjamkan oleh Izuddin kereta Honda Hybrid ini tanpa OKT1 mengetahui apakah barang-barang yang ada di dalam boot kereta ini (innocent carrier). Manakala, perjalanan bermula Simpang 3 Masjid Jelawang ke Meranto yang tidak memakan masa sehingga setengah jam juga mestilah diambil kira kerana tempoh tersebut hanya sebentar (momentary) sahaja. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [99] Terdapat bukti-bukti yang munasabah bagi pembelaan OKT1 dan OKT2 dalam isu “momentary and innocent carrier” seperti berikut: i. OKT1 memandu kenderaan ayahnya (SD2) DR 5808 dari Rantau Panjang-Gua Musang melalui Jelawang ii. Kereta DR 5808 rosak di Simpang 3 Masjid Jelawang dan OKT1 menelefon ayahnya (SD2) untuk datang dengan kunci pendua ke Simpang 3 Masjid Jelawang untuk membawa balik kereta DR 5808 kerana kereta itu akan ditinggalkan di sana. iii. OKT1 dan OKT2 dipelawa oleh Izuddin naik kereta Honda Hybrid (kereta disahkan kereta plat palsu dan curi). iv. Watak Izuddin bukan rekaan, tetapi sememangnya wujud dan diakui oleh SP1. v. Sampai di snap check (road block), keadaan jalan adalah lurus dan jika OKT1 bersalah, OKT1 boleh U-turn kerana ada ruang. vi. Pihak Polis termasuk SP1 dan rakan-rakan, dalam Repot Polis tidak pernah mempunyai maklumat dadah. Bermaksud tiada perkataan “BERTINDAK ATAS MAKLUMAT DADAH…” bagi setiap kes yang sudah ada makluman pihak polis sebelum tangkapan. vii. OKT1 tidak lari daripada sekatan jalanraya. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw viii. OKT1 lambat membuka boot kereta kerana beliau hanya pandai memandu kereta sahaja, cara-cara membuka boot kereta Honda Hybrid tidak diketahuinya. Ini menunjukkan bahawa OKT1 tidak biasa dengan kereta yang dinaiki sehingga ditangkap di sekatan jalanraya. Ini adalah selari dengan keterangan bahawa dipinjamkan kereta tersebut di Simpang 3 Masjid Jelawang. [100] Nas-nas berikut dirujuk: a) Tan Kok Leong lwn PP [2020] 10 CLJ 58 [47] …….Kami memutuskan sedemikian kerana dalam kes ini, hakim bicara bijaksana hanya menilai sama ada anggapan di bawah s. 37(d) dapat dibangkitkan setelah jagaan dan kawalan dibuktikan dan sama ada s. 37(da) terpakai. Tiada sebarang penilaian atau dapatan fakta atau keputusan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan kedua-dua perayu mempunyai pengetahuan atau tidak terhadap apa yang terkandung dalam beg P10. Dalam keadaan sedemikian, tanpa penggunaan anggapan bawah s. 37(d), pihak pendakwa gagal membuktikan milikan dan berikutan dari itu pihak pendakwa tidak boleh mengguna s. 37(da) untuk membuktikan pengedaran. …………. [56] Isu ketiga dan terakhir ialah berhubung kegagalan hakim bicara bijaksana menilai tingkah laku perayu yang telah mematahkan anggapan pengetahuan serta gagal menilai bahawa perayu hanyalah merupakan "momentary carrier" apabila menerima S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw permintaan Suresh untuk menyerah beg eks. P20 kepada perayu kedua. Berhubung isu ini, antara hujah peguam bela terpelajar adalah, hakim bicara bijaksana gagal menimbang sama ada tingkah laku kedua-dua perayu telah berjaya mematahkan anggapan berhubung pengetahuan kedua-dua perayu tentang kandungan beg P10. …………………… [59] Daripada penghakiman ini, diperhatikan bahawa hakim bicara bijaksana mendapati pembelaan kedua-dua perayu tidak munasabah kerana tiada jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul seperti dinyatakan oleh hakim bicara bijaksana dalam alasan beliau. Malangnya kami dapati, dengan penuh hormat, hakim bicara bijaksana gagal mengambil kira perkara penting iaitu di dalam naratif keterangan saksi-saksi pendakwaan sendiri, kedua-dua perayu datang bersama seorang bernama Suresh. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan mana-mana perayu yang memasukkan dadah dalam beg P10 atau wujud keterangan yang menyatakan mana-mana perayu mempunyai pengetahuan bahawa beg P10 mempunyai dadah. Apa yang jelas dari keterangan saksi-saksi pendakwa adalah perayu hanya mempunyai "momentary control" atas beg P10. Tiada keterangan lain yang dapat mengaitkan pengetahuan kedua-dua perayu terhadap kandungan di dalam beg P10. Tanpa keterangan Suresh atau Tan Kian Yew, bukan sahaja menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan, ia juga menjadikan pembelaan kedua-dua perayu bahawa beg P10 adalah kepunyaan Suresh yang pada sangkaan kedua-dua perayu mengandungi wang dan atas permintaan Suresh beg tersebut hendak dihantar kepada kawan Suresh di Maran tidaklah sesuatu, pada pendapat kami, tidak munasabah. ………….. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [60] Sebagai rumusan, kami sebulat suara mendapati ketiga-tiga isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua perayu mempunyai merit. Dalam keadaan kes ini, kami dapati salah arah yang berlaku adalah serius dan telah memprejudiskan kedua-dua perayu. Kami dapati sabitan ke atas perayu pertama dan perayu kedua adalah tidak selamat. Oleh itu rayuan perayu pertama dan perayu kedua dibenarkan. Sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan atas perayu pertama dan perayu kedua diketepikan. Perayu pertama dan perayu kedua dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. b) Yap Wai Yean v. PP [2010] CLJU 244 ANNOTATION
2
The defence of the appellant (that he was an innocent and momentary carrier and that the real trafficker was PW3) was not an afterthought or a bare denial but an explanation as to how he came to be holding the plastic bag at the time of his arrest. This version of the appellant was not improbable given that the police personnel did not see what happened from the time the appellant and SP3 alighted SP3's car to the time they entered the lobby of the hotel. Furthermore, the prosecution evidence revealed that SP3 himself was not an angel. Also there was no evidence whatsoever by an independent witness to support SP3's testimony that the appellant was carrying the plastic bag from the time he alighted SP3's car. …………. [33] We have set out the appellant's defence above and he testified that the plastic bag (exh. P7A) which contained the incriminating heroin belonged to SP3 who requested the appellant to hold on to the plastic bag as they were walking to the hotel's lobby as SP3 wanted to make a phone call, which the appellant agreed to. The learned trial judge was of the view that the appellant's defence was S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw an afterthought as the appellant did not relate that to the investigating officer. [34] In our view the defence of the appellant was not an afterthought or a bare denial but an explanation as to how he came to be holding the plastic bag at the time of his arrest. This version by the appellant was not improbable given that the police personnel did not see what happened from the time the appellant and SP3 alighted SP3's car to the time they entered the lobby of the hotel. Furthermore the prosecution evidence revealed that SP3 himself was not an angel. No doubt the appellant did not relate that to the investigating officer but his explanation had to be considered by the court as failure by the appellant to relate to the investigating officer, could never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the appellant beyond reasonable doubt. …………. [36] It must be remembered that there was no evidence whatsoever by an independent prosecution witness to support SP3's testimony that the appellant was carrying the plastic bag from the time he alighted SP3's car. SP5 and SP6 only saw the appellant and SP3 when they walked into the lobby of the hotel. As such the prosecution had to rely on the evidence of SP3 alone to show that the bag belonged to the appellant. ……… [38] The prosecution had adduced evidence that the appellant attempted to run prior to being apprehended by the police. However in PW5's police report (exh. P17) PW5 said that both the appellant and SP3 attempted to run on being apprehended. The question to ask then is why did SP3 try to run away if he had nothing to do S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw with the plastic bag. This aspect of the evidence was never considered by the learned trial judge in his judgment. [39] It was the defence's case that SP3 was the trafficker and the plastic bag belonged to SP3 and support for this argument can be found in the fact that PW3 had RM2,000 when he was arrested despite not working for two years. PW3 had known Ah Ma for about two to three years and it was the defence's case that PW3 was asked by Ah Ma to transport the drugs to the hotel and was paid RM2,000. Shortly after both the appellant and PW3 were arrested the police recovered four packets of syabu in PW3's car and PW3 was charged in the Magistrate Court for the offence. PW5 also seized RM2,000 from PW3. The police did not find any drug in the appellant's house. PW3 was also arrested and remanded for 14 days together with the appellant. [40] PW3 testified that he received a telephone call from Ah Ma to drive the appellant to the hotel. At that time PW3 was in Sri Petaling. Under cross-examination he also said he went to Kepong because Ah Ma asked him to go there as Ah Ma had something to discuss with him. The appellant's version was that Ah Ma told him Ah Ma's friend would send him home as Ah Ma was busy and could not send the appellant home. Ah Ma's friend was PW3. When he was inside PW3's car PW3 told him that PW3 wanted to go to IKEA at 1 Utama first. When they arrived at the hotel SP3 asked the appellant to follow him to the lobby of the hotel. [41] Whilst PW3's explanation as to how he went to see Ah Ma may be credible, we cannot but say that it was rather strange for Ah Ma to ask PW3 to come all the way from Sri Petaling just for the purpose of sending the appellant to the hotel as PW3 did not know the appellant. Furthermore, from PW3's own evidence it was clear that S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw PW3 did not know Ah Ma well as he did not know Ah Ma's full name and Ah Ma's house. We were of the view that there was something more to it when PW3 went to meet Ah Ma in Kepong rather than just to send the appellant to the hotel. The appellant could have just taken a taxi from Kepong to go to the hotel. The learned trial judge did not find this odd; in fact, he made no comment on this. [42] The learned trial judge gave his reasons for his finding that PW3 was a credible witness and the defence was one of bare denial and afterthought. With respect, we were of the view that the learned trial judge adopted an oversimplistic approach to the case for the prosecution and the defence, in that he failed to take into account or to give proper weight to or draw proper inferences from every fact which told in favour of the appellant, and thus, failed to review the evidence from all angles, with the result that a miscarriage of justice had occurred. (see Arulpragasan Sandaraju v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 MLJ 1 at p. 65). The learned trial judge, in our view, ought to have held that the explanation of the appellant was sufficient to have created a reasonable doubt on his guilt. Had he followed the advice of Suffian J in Mat v. Public Prosecutor he would not have convicted the appellant on the offence charged [44] Due to the failure of the learned trial judge to view the whole evidence objectively and from all angles and the serious misdirection made by the learned trial judge a miscarriage of justice had occurred. We were therefore satisfied that the conviction of the appellant was unsafe and should be set aside. We accordingly allowed the appeal, quashed the conviction and set aside the sentence. c) Public Prosecutor v. Zainal Abidin Mat Sharif [1994] 2 CLJ 91 S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw The crucial question to ask is this: Is the defence reasonable and probable and sufficient enough to rebut the two presumptions under the Dangerous Drugs Act 1952 (Act 234) on the balance of probabilities? On proper assessment of the evidence, it is probable that the accused had no knowledge of the offending drugs in the plastic bag placed in the basket of the bicycle (P3) as he cycled to the scene of the crime. Ramli bin Jusoh, the driver of motorlorry KY 8175 is not a fictitious character. He is alive and is living in Muar as a guest of the Rehabilitation Centre. From D16 it is clear that Ramli bin Jusoh was arrested by the police on 9 June 1993 and subsequently detained for a period of two years beginning from 7 August 1993 at the Rehabilitation Centre at Muar. D16 bore the tale that Ramli bin Jusoh had a nickname of Panglima adverted to by the accused and confirmed by Abdul Ghani bin Taib (SB3). Even the accused spoke of the nicknames of Ramli bin Jusoh as Panglima or Santokh in his caution statement. Yet, the learned Deputy failed to cross-examine the accused on this point. It is now crystal clear that in the absence of any challenge by a party to a material part of the evidence then that evidence is deemed to be accepted (Wong Swee Chin V. Public Prosecutor [1977] 1 LNS 156). No attempt was made to contradict the accused, by the learned Deputy, using the accused's cautioned statement - let alone an attempt to impeach the credit of the accused. D16 also explained the reasons for the detention of Ramli bin Jusoh at the Rehabilitation Centre. It was in evidence that Mohd. Isa and Saidin spoke to Ramli bin Jusoh at the scene while waiting for the arrival of the accused on his bicycle. D16 shows the tireless efforts of the anti-narcotics division of the Taiping police station. Surely the police with its vast resources S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw at its disposal could easily nab Ramli bin Jusoh and pin him down with the accused. From D16 a startling discovery is noted. The investigating officer of this case, Inspector Syed Talib, had interviewed Ramli bin Jusoh on 18 December 1993. Why was this done after the first trial was completed on 3 February 1993 (see the record of appeal at p. 137)? Would it not be fair to charge the accused jointly for trafficking with Ramli bin Jusoh, who was still at large then? Even Mohd. Isa, Saidin and the accused expected Ramli bin Jusoh upon his arrival at the scene in the motorlorry KY 8175 to carry the drugs. According to Saidin, the accused asked: "Mana barang itu?" The lorry driver (this must be Ramli bin Jusoh) replied: "Ada sana juga, tidak bawa mari." Mohd. Isa was then seen boarding the motorlorry and made a thorough check but to no avail and dejectedly Mohd. Isa said: "Kalau begini saya tidak mahu beli, saya mahu balik." It must be borne in mind that there is no duty on the defence to corroborate its defence. In this case, the accused successfully corroborated his defence through Shamsuddin bin Mohd. Said, Abdul Ghani bin Taib and by way of documentary corroboration in the form of D16. It is my finding of fact, after reviewing the totality of the evidence both from the prosecution and the defence that the person who had possession and was trafficking in dangerous drugs, to wit, 3516 grammes of cannabis on the date and time in question as per the charge was none other than Ramli bin Jusoh. It is also my finding of fact that the accused was an innocent and momentary carrier of the plastic bag on the basket of the bicycle (P3). Lastly, in his testimony the accused stated that he never touched, nor held the plastic packet containing the ganja. This was S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw confirmed by Abdul Ghani bin Taib. The latter gave evidence to the effect that he placed the plastic packet inside the basket of the bicycle (P3) without telling the accused that it contained ganja. On arrival at the scene, it was Ramli bin Jusoh that took the plastic packet from the basket of the bicycle (P3) and handed it to either Mohd. Isa or Saidin. The non-handling of the plastic packet by the accused was further corroborated by Lance Corporal Abu Hanifa who tried to lift fingerprints on exhibits P10A and P10B but was not successful. There were, however, traces of fingerprints but Lance Corporal Abu Hanifa could not positively identify them (Public Prosecutor V. Lin Lian Chen [1990] 2 CLJ 746 (Rep). 253 SC and Public Prosecutor v. Mansor bin Md. Rashid & 2 Ors. (supra)). I am satisfied that on the facts, the accused has, on the balance of probabilities rebutted these two presumptions, thus casting a reasonable doubt in the prosecution's case: Mohamad Radhi v. PP (supra). I have no choice but to acquit and discharge the accused. [101] Mahkamah berpendapat atas imbangan kebarangkalian pembelaan telah menyangkal anggapan milikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah di dalam pertuduhan. Oleh itu pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi kedua-dua OKT. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw [102] Dengan demikian Mahkamah ini berpendapat adalah tidak selamat untuk kedua-dua OKT disabitkan ke atas pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi. Oleh itu kedua-dua OKT adalah dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan. Bertarikh: 29 Disember 2025. …………………………………………. AZMI BIN ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI KOTA BHARU PIHAK-PIHAK Pendakwaan: Khairul Anuar bin Wahab Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Pendakwaan Kelantan, Tingkat 3, AG-03-03, Al-Waqf Garden Boulevard @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw Pembelaan: Mohd Ridzuan bin Mohamed Tetuan Mohd Fadzli & Co Peguambela & Peguamcara PT 8646 (Atas) Bandar Baru Pasir Mas, Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan. OKT2 Mohd Ilias bin Mohd Nor Tetuan Mohd Ilias & Co Peguambela & Peguamcara 3535-B, Tingkat 1, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan. S/N tuX8anzsv0WdkrckeePipw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.