Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-80-12/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
KA-45A-80-12/2019
High Court of Malaysia7 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires pro”
“Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course **Note : Serial number will be”
“J 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“ia eFILING portal performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 56. Sebagaimana yang tela”
“G portal not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 55. Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keselu”
“an terhadap kedua-dua OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 82. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES : KA-45A-80-12/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
MR PA-E-DIN LONGSAMAH … ORANG KENA TUDUH (NO. PASPORT: AA9228145)
2
AMZANIE BIN CHE ANI … ORANG KENA TUDUH (NO. KP: 710515-02-6469) (OKT2) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT1 dan OKT2 dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] (“KK”).
2
Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 16.03.2019, jam lebih kurang 12.45 tengah malam, di sebuah rumah beralamat 890, Kg Lubok Buaya, Mukim Kedawang, dalam Daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 203.9 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2, dan telah memerintahkan OKT1 dan OKT2 membela diri.
4
OKT1 telah memilih memberi keterangan secara bersumpah, sebagai SD1, manakala OKT2 pula memilih memberi keterangan daripada kandang salah (statement from the dock) dan mereka tidak memanggil saksi pembelaan yang lain. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 atas pertuduhan terhadap mereka.
5
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT1 dan OKT2 melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT1 dan OKT2 atas pertuduhan terhadap mereka. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dan 12 sebatan terhadap OKT1, dan bagi OKT2 pula telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan terhadap OKT2 kerana OKT2 telah berumur lebih 50 tahun semasa kes ini diputuskan, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
6
OKT1 dan OKT2 tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi pertuduhan yang telah disabitkan ke atas mereka.
7
Bertindak atas maklumat, pada 15.3.2019, lebih kurang pukul 11.30 malam, Pengadu (SP4) telah memberikan taklimat kepada anggota serbuan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), IPD Langkawi berkenaan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah beralamat 890, Kg Lubok Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah (lokasi kejadian). Anggota serbuan juga telah dipecahkan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama diketuai oleh SP4 sendiri.
8
Setelah selesai memberikan taklimat kepada anggota serbuan, SP4 bersama anggota serbuan telah pergi ke lokasi kejadian. Sampai di kawasan lokasi kejadian, SP4 dan anggota serbuan telah meletakkan kenderaan yang mereka naiki di kawasan berhampiran iaitu pada jarak lebih kurang 50 meter. Seterusnya SP4 telah membuat pemerhatian ke atas rumah lokasi kejadian selama lebih kurang 15 minit dan SP4 mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke rumah lokasi kejadian. Pemerhatian SP4 turut mendapati terdapat cahaya lampu yang bernyala dari dalam rumah tersebut.
9
Seterusnya, pada 16.3.2019, lebih kurang pukul 12.45 pagi, SP4 telah mengarahkan serbuan dilakukan dan kumpulan pertama diketuai SP4 telah memasuki rumah tersebut, manakala kumpulan kedua pula telah berkawal di sekeliling rumah tersebut.
10
Semasa SP4 berada di hadapan rumah tersebut, beliau mendapati pintu sliding tidak berkunci. SP4 telah membuka pintu sliding tersebut dan masuk ke dalam rumah. Setelah memasuki rumah tersebut, SP4 mendapati terdapat sebuah bilik di bahagian kanan dan ianya berkunci dari dalam. SP4 telah memperkenalkan diri Polis dan telah menendang pintu bilik tersebut. Setelah memasuki bilik tersebut, SP4 mendapati terdapat dua orang lelaki (OKT1 dan OKT2) yang sedang duduk di atas lantai berhadapan televisyen. OKT1 dan OKT2 kemudiannya bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan merempuh anggota serbuan. Namun begitu, OKT1 dan OKT2 berjaya ditahan selepas berlakunya sedikit pergelutan di dalam bilik tersebut.
11
Setelah keadaan terkawal, SP4 telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT1 dan OKT2 tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. Kemudiannya SP4 telah membuat pemeriksaan ke atas bilik tersebut dan menemui di atas lantai tempat di mana kedua-dua lelaki tersebut berada sebelum ditahan, barang-barang seperti yang berikut: a) Satu beg plastik berwarna merah (eksibit P5) di dalamnya mengandungi satu lipatan surat khabar Bahasa Melayu (eksibit P9) yang berikat getah; b) Satu pisau (eksibit P6); c) Satu papan pemotong (eksibit P7); d) Satu botol plastik yang diubahsuai menjadi alat menghisap dadah jenis Ganja (eksibit P8).
12
SP4 kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas balutan surat khabar Bahasa Melayu yang diikat dengan getah tersebut dan mendapati di dalamnya mengandungi tiga ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis Ganja (bahan tumbuhan dalam eksibit P29).
13
Pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas rumah tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah lain. SP4 turut merampas satu bil TNB (eksibit P10) atas nama OKT2 yang berada di ruang tamu rumah tersebut.
14
Kedua-dua OKT dan kesemua barang kes kemudiannya telah dibawa balik ke pejabat BSJND IPD Langkawi untuk tindakan selanjutnya. Semasa di pejabat BSJND IPD Langkawi, SP4 telah menimbang barang kes dadah yang dirampas iaitu tiga ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis Ganja dan mendapati anggaran jumlah berat barang kes tersebut adalah seberat 240.0 gram. SP4 kemudiannya telah membuat satu laporan polis sebagaimana Pdg Matsirat/000734/19 (eksibit P24). SP4 juga telah membuat laporan polis pembetulan sebagaimana Kuah/006112/19 (eksibit P25) bagi memperbetulkan nama OKT1.
15
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 4 pagi, SP4 telah menyerahkan kesemua barang kes termasuk kedua-dua tangkapan kepada pegawai penyiasat (SP6) di pejabat BSJND, IPD Langkawi. Sebelum itu, kesemua barang kes telah dibuat penandaan di hadapan SP6 dan tandaan dibuat oleh SP4 adalah tandaan M, tandatangan SP4 dan tarikh 16/03/19 bagi kesemua barang kes yang dirampas.
16
SP4 kemudiannya telah menyediakan Borang Senarai Geledah (eksibit P26) dan juga Borang Serah Terima Barang Kes (eksibit P27) bagi tujuan penyerahan kepada pegawai penyiasat (SP6).
17
SP6 telah mengesahkan menerima tangkapan dan juga barang-barang kes daripada SP4. SP6 juga telah membuat tandaan-tandaan beliau seperti yang berikut ke atas semua barang kes yang telah dirampas oleh SP4: a) Satu beg plastik berwarna merah – ditanda dengan tandaan ‘SA’ dan tandatangan SP6 (eksibit P5); b) Satu lipatan surat khabar Bahasa Melayu berikat getah – ditanda dengan tandaan SB dan tandatangan SP6 (eksibit P9); c) Satu pisau – ditanda dengan tandaan SC dan tandatangan SP6 (eksibit P6); d) Satu papan pemotong – ditanda dengan tandaan SD dan tandatangan SP6 (eksibit P7); e) Satu botol plastik lutsinar yang diubahsuai – ditanda dengan tandaan SE dan tandatangan SP6 (eksibit P8); f) Tiga ketulan mampat tumbuhan kering – ditanda dengan tandaan S1 – S3 dan tandatangan SP6 pada setiap satu (bahan tumbuhan dalam eksibit P29); g) Satu bil TNB atas nama OKT2 (eksibit P10).
18
SP6 juga kemudiannya telah membuat timbangan ke atas barang kes dadah yang dirampas dan jumlah keseluruhan dianggarkan seberat 240 gram. SP6 selanjutnya telah menyimpan kesemua barang kes ke dalam laci berkunci kabinet bisi yang berada di dalam biliknya. Kunci laci kabinet besi tersebut hanya dipegang oleh SP6 dan hanya SP6 yang boleh mengakses bilik dan kabinet besi tersebut.
19
Pada 17.3.2019, lebih kurang pukul 10 pagi, SP6 telah membawa keluar barang-barang kes yang diterimanya bagi tujuan mengambil gambar barang kes. SP6 telah mengarahkan jurufoto (SP2) untuk merakam sebanyak 15 keping gambar barang kes dan membuat dusting (hanya 8 keping gambar sahaja yang melibatkan gambar bagi barang kes dalam pertuduhan kes ini iaitu eksibit P18A-H). Selepas selesai merakam gambar barang kes, SP6 telah menyimpan semula semua barang kes ke dalam laci berkunci kabinet besi beliau.
20
Pada 18.3.2019, lebih kurang pukul 1 petang, SP6 telah pergi ke lokasi kejadian bersama SP4 dan SP2. Sampai di lokasi kejadian, SP6 telah mengarahkan SP2 untuk merakam 6 keping gambar lokasi kejadian (eksibit P17A-F). SP6 juga telah melakar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P36).
21
Semasa di lokasi kejadian juga, SP6 telah menjalankan siasatan ke atas rumah tersebut dan mendapati rumah tersebut mempunyai sebuah bilik pertama di sebelah kanan ruang tamu rumah dan di dalam bilik tersebut mengandungi sebuah televisyen dan juga sebuah almari sahaja. Keseluruhan rumah tersebut mempunyai empat buah bilik. SP6 turut membuat pemeriksaan ke atas lampu bilik pertama tersebut dan mendapati bahawa lampu bilik tersebut berfungsi dengan baik.
22
Pada 20.3.2019, lebih kurang pukul 7 pagi, SP6 telah mengeluarkan barang-barang kes dadah iaitu tiga ketulan mampat tumbuhan kering (bahan tumbuhan dalam eksibit P29) dari laci berkunci kabinet besi beliau dan telah memasukkan ketulan-ketulan mampat tersebut ke dalam satu plastik bertanda E1 yang SP6 sediakan (eksibit P28), dan selanjutnya dimasukkan ke dalam sebuah kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) yang disediakan SP6. SP6 telah memeterai kotak tersebut dengan meterai PDRM 417 untuk diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi tujuan analisis.
23
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 10.50 pagi, SP6 telah menyerahkan satu kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) kepada ahli kimia (SP5) di JKM, Negeri Kedah. SP6 telah turut menerima satu resit rasmi JKM dengan nombor makmal 19-FR-K-02095 (eksibit P31).
24
Pada 24.7.2019, lebih kurang pukul 2.30 petang, SP6 telah menerima semula barang kes iaitu satu kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) yang bermeterai JKM dengan nombor makmal yang sama berserta Laporan Kimia (eksibit P32). SP6 kemudiannya telah menyimpan kotak tersebut (eksibit P13) di dalam laci berkunci kabinet besi di pejabatnya.
25
Selanjutnya, pada 2.9.2019, lebih kurang pukul 10.30 pagi, SP6 telah mengeluarkan semula kotak tersebut (eksibit P13) berserta barang kes am yang lain, dan telah menghantar kotak dan barang-barang kes tersebut ke stor barang kes dan didaftarkan di bawah nombor daftar iaitu 364/19 (eksibit P3).
26
Keterangan SP5 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 20.3.2019, lebih kurang pukul 10.51 pagi, beliau telah menerima satu kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) dan satu kotak bertanda ‘SAB’ (barang kes melibatkan rampasan kemudian yang melibatkan laporan polis Pdg Matsirat/000735/19) yang bermeterai PDRM 417 daripada SP6. SP5 telah menyerahkan Resit Rasmi JKM (eksibit P31) dengan nombor makmal 18-FR-K-02095 kepada SP6 sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
27
SP5 turut mengesahkan bahawa satu kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) tersebut berisi satu bungkusan plastik bertanda ‘E1’ (eksibit P28) yang mengandungi tiga ketulan mampat tumbuhan (bahan tumbuhan dalam eksibit P29). Setelah dianalisis, SP5 mendapati bahawa bahan tumbuhan tersebut adalah 203.9 gram Cannabis.
28
Semasa analisis, kesemua bahan tumbuhan tersebut telah dileraikan. Selepas selesai analisis, kesemua bahan tumbuhan tersebut telah dimasukkan ke dalam satu paket plastik JKM berasingan (yang dibekalkan oleh SP5) dan ditandakan dengan tandaan ‘SAA’ dan juga nombor makmal yang sama (eksibit P29). Kemudian, paket plastik lutsinar bertanda E1 (eksibit P28) dan paket plastik JKM berisi bahan tumbuhan (eksibit P29) dimasukkan semula ke dalam kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) dan dimeterai dengan label keselamatan JKM.
29
Pada 24.7.2019, lebih kurang pukul 2.30 petang, SP5 telah menyerahkan semula kesemua barang-barang kes tersebut berserta Laporan Kimia (eksibit P32) kepada SP6. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
30
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
31
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
32
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; dan c) bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 33. SP5 telah mengesahkan bahawa satu kotak bertanda ‘SAA’ (eksibit P13) yang beliau terima berisi satu bungkusan plastik bertanda ‘E1’ (eksibit P28) yang mengandungi tiga ketulan mampat tumbuhan (bahan tumbuhan dalam eksibit P29). Setelah dianalisis, SP5 mendapati bahawa bahan tumbuhan tersebut adalah 203.9 gram Cannabis. 34. Pihak Pembelaan tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan jenis dan berat dadah yang telah dianalisis oleh SP5 ini. Namun begitu, pihak pembelaan, terutamanya OKT2, dalam hujahannya mempertikaikan rantaian keterangan barang kes dadah yang terlibat yang sekaligus mengakibatkan elemen pertama ini tidak berjaya dipenuhi. 35. Isu yang ditimbulkan oleh Pembelaan mengenai rantaian keterangan ini melibatkan rampasan selanjutnya (yang melibatkan laporan polis Pdg Matsirat/000735/19) yang dikatakan turut dilakukan oleh SP4 dan kumpulan serbuan yang sama. Di samping itu juga turut dipertikaikan adalah Borang Senarai Geledah (eksibit P26) yang dihujahkan tidak lengkap dan tidak boleh diterima oleh Mahkamah ini sebagai keterangan sokongan. Di samping itu juga, kegagalan mengemukakan getah yang mengikat bungkusan surat khabar barang kes dadah juga tidak dikemukakan di Mahkamah, dan menjadikan rantaian keterangan barang kes dadah tersebut terputus. 36. Berkenaan isu rantaian keterangan ini, apa yang dipertikaikan adalah melibatkan fakta bahawa kedua-dua barang kes dadah bagi Pdg Matsirat/000734/19 (rampasan pertama) dan Pdg Matsirat/000735/19 (rampasan kedua) telah diserahkan kepada ahli kimia (SP5) menggunakan borang permohonan Pol 31 yang hanya merujuk kepada satu laporan polis sahaja iaitu Pdg Matsirat/000374/19. Pembelaan menghujahkan bahawa barang kes dadah yang dirampas bagi kes ini adalah berbeza kerana permohonan analisis dadah sebagaimana yg dikemukakan kepada ahli kimia hanya merujuk kepada satu laporan polis sahaja dan tidak langsung merujuk kepada laporan polis Pdg Matsirat/000375/19. 37. Mengenai isu ini, Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 dan SP6. Keterangan SP4 jelas menyatakan bahawa memang terdapat rampasan kedua dibuat selepas tangkapan ke atas kedua-dua OKT bagi kes ini disempurnakan. Beliau akui bahawa bagi rampasan kedua tersebut, SP4 telah membuat serahan barang kes bagi kedua-dua rampasan secara bersama kerana pada pandangan beliau, ia melibatkan rampasan susulan daripada rampasan yang pertama beliau lakukan. Selanjutnya, SP6 dalam keterangannya mengakui yang beliau telah menghantar dua kotak bertanda ‘SAA’ dan ‘SAB’ ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis. SP6 turut mengakui bahawa kotak ‘SAB’ merujuk kepada rampasan kedua (melibatkan lap polis Pdg Matsirat/000735/19) dan laporan polis di dalam eksibit P31 (resit kimia) hanya merujuk kepada laporan polis pertama iaitu Pdg Matsirat/000734/19. Namun begitu, SP6 menjelaskan bahawa walaupun barang kes yang dirujuk dalam resit kimia hanyalah merujuk kepada laporan polis pertama iaitu Pdg Matsirat/000734/19, tetapi barang kes yang dihantar adalah merujuk kepada kedua-dua laporan polis iaitu Pdg Matsirat/000734/19 dan Pdg Matsirat/000735/19 di mana SP6 telah menggabungkan kedua-duanya, kerana kedua-dua rampasan pada asalnya telah disiasat di bawah kertas siasatan yang sama. 38. Merujuk kepada keseluruhan keterangan dan penjelasan saksi-saksi Pendakwaan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa memang terdapat dua rampasan dilakukan di dua lokasi berbeza yang melibatkan kedua-dua laporan dinyatakan di atas. Namun begitu, keterangan dan pengecaman yang telah dilakukan oleh saksi-saksi tersebut adalah jelas, di mana bagi rampasan melibatkan kes di hadapan Mahkamah ini, hanya melibatkan rampasan yang dilakukan di rumah tempat kejadian dan dadah yang terlibat adalah sebagaimana yang dianalisis oleh ahli kimia (SP5) iaitu yang telah dimasukkan ke dalam kotak bertanda ‘SAA’. Rantaian keterangan bagi barang kes tersebut adalah jelas dan langsung tidak menimbulkan kekeliruan, lebih-lebih lagi kerana dadah dalam rampasan kedua hanya melibatkan satu ketulan mampat tumbuhan, sedangkan bagi kes di hadapan Mahkamah ini, melibatkan tiga ketulan mampat bahan tumbuhan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada pecahan rantaian barang kes yang telah berlaku dalam kes ini dan hujahan dikemukakan oleh pihak Pembelaan dalam kes ini adalah tidak bermerit. 39. Sehubungan itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa berdasarkan keterangan SP5 dan laporan kimia (eksibit P32), pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen bahawa dadah berbahaya jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 40. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 41. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 42. Dadah yang terlibat telah ditemui di atas lantai di dalam bilik di mana OKT1 dan OKT2 berada. Pintu bilik tersebut didapati berkunci dari dalam, dan semasa serbuan, OKT1 dan OKT2 berada di dalam bilik tersebut. Berdasarkan keterangan SP4, sebelum serbuan, SP4 telah membuat pemantauan ke atas rumah tersebut selama lebih kurang 15 minit dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut. Hasil pemerhatian SP4 juga, mendapati terdapat cahaya lampu yang bernyala dari dalam rumah tersebut. Kesemua barang kes yang dirampas juga di temui di atas lantai di mana kedua-dua OKT berada sebelum keduanya berjaya ditangkap. 43. Pembelaan secara umumnya mempertikaikan bahawa versi serbuan dan tangkapan sebagaimana keterangan SP4 adalah tidak munasabah. Antara fakta-fakta yang dipertikaikan oleh Pembelaan adalah berkenaan serbuan yang mana dihujahkan tiada bukti yang pintu bilik di mana kedua-dua OKT ditemui berkunci, percanggahan keterangan SP2 dan SP4 mengenai tangkapan ke atas OKT1 yang dikatakan sebenarnya telah ditangkap terlebih dahulu dan bukannya di dalam bilik lokasi kejadian, percanggahan keterangan SP3 dan SP4 tentang keadaan lampu di rumah tersebut, dan kegagalan SP6 menjalankan siasatan tentang kedudukan rumah tersebut yang dihujahkan sebenarnya tidak berpenghuni. 44. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan berserta hujahan yang dikemukakan pada peringkat ini. Berkenanaan isu pintu bilik, keterangan SP4 menyatakan bahawa pintu bilik dalam keadaan berkunci dari dalam dan beliau telah menendang pintu bilik tersebut untuk membukanya. Apabila masuk ke dalam bilik tersebut SP4 melihat OKT1 dan OKT2 sedang duduk di atas lantai di hadapan televisyen. Melihat kehadiran polis, OKT1 dan OKT2 telah cuba melarikan diri dengan merempuh anggota serbuan tetapi tidak berjaya. Berdasarkan keterangan SP4, kejadian serbuan tersebut berlaku sangat pantas dalam lebih kurang beberapa saat sahaja. 45. Mahkamah telah meneliti isu yang ditimbulkan pihak Pembelaan ini. Mahkamah juga telah merujuk kepada gambar tempat kejadian yang dihujahkan oleh Pembelaan tidak langsung menggambarkan keadaan pintu sebagaimana diceritakan oleh SP4. Mahkamah dapati bahawa gambar-gambar yang dirujuk tidak dengan jelas menunjukkan keadaan pintu atau tombol pintu bilik yang dimaksudkan. Pembelaan menghujahkan bahawa ketiadaan gambar yang jelas tentang keadaan pintu dan tombol pintu, menunjukkan bahawa kejadian serbuan tidak berlaku sebagaimana dinaratifkan oleh SP4, iaitu sebenarnya pintu bilik tersebut tidak berkunci dari dalam dan SP4 tidak menendang pintu tersebut untuk membukanya. 46. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa gambar dan keterangan SP2 mengenai tiadanya gambar khusus yang menunjukkan keadaan pintu atau tombol pintu, tidak secara automatik menjadikan fakta sebagaimana dinyatakan oleh SP4 tidak berlaku. Tambahan pula SP2 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa beliau tidak masuk ke dalam rumah lokasi kejadian semasa serbuan dilakukan. Berkenaan peranan SP2 sebagai jurufoto pula, beliau hanya menyatakan bahawa beliau merakam gambar berdasarkan arahan SP6 sahaja. 47. Berdasarkan keterangan SP2 mengenai pintu ini, walaupun SP2 bersetuju bahawa sekiranya pintu ditendang dan berkunci, kebiasaannya gambar pintu secara khusus akan dirakam. Namun begitu, dalam kes ini beliau tidak merakam kerana tiada arahan diberikan oleh SP6. Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 ini berbanding keterangan SP4 yang merupakan pegawai serbuan. Walaupun tidak dinafikan bahawa berdasarkan gambar eksibit P17D tidak dapat menjelaskan apa yang telah berlaku kepada pintu ataupun tombol pintu bilik yang dipertikaikan, namun begitu Mahkamah ini berpendapat hanya kerana ketiadaan gambar yang berkaitan, tidak secara automatik menjadikan keterangan SP4 meragukan. Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan SP4 dan berpuashati bahawa keterangan SP4 adalah kredibel kerana kronologi kejadian yang diperjelaskan oleh beliau secara satu persatu dan teratur. Tambahan pula, pihak Pembelaan sendiri tidak pernah mengesahkan dengan SP2 sendiri bahawa sama ada terdapat kesan tendangan atau tidak pada pintu bilik tersebut. 48. Berkenaan tombol pintu pula, SP6 telah mengesahkan bahawa pintu bilik tersebut memang tiada tombol pintu tetapi pintu bilik tersebut mempunyai selak. Berdasarkan keterangan SP4 dan SP6 ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun tiada terdapatnya gambar pintu bilik tersebut yang jelas, tetapi keterangan SP4 bahawa pintu bilik tersebut berkunci dari dalam semasa serbuan dijalankan, disokong dengan keterangan SP6 yang menyatakan bahawa semasa siasatan ke atas bilik tersebut dijalankan, memang terdapat selak pada pintu bilik tersebut, maka isu berkenaan pintu sebagaimana diketengahkan oleh Pembelaan ini adalah tidak bermerit. 49. Berdasarkan keterangan SP3 (adik OKT2), adalah tidak dinafikan bahawa rumah lokasi kejadian adalah rumah OKT2. Namun begitu, berdasarkan keterangan SP3 juga bahawa semasa tarikh kejadian, rumah tersebut tidak diduduki oleh OKT2 dan OKT2 tinggal bersama ibunya di rumah yang lain. Dalam keterangannya, SP3 turut menyatakan bahawa rumah tersebut tidak berkunci kerana pintunya rosak dan bahawa lampu rumah tersebut kesemuanya rosak semasa tarikh kejadian kerana SP3 pernah menukar sebanyak 48 biji lampu rumah tersebut pada bulan Disember 2023. 50. Fakta bahawa OKT2 memang ditangkap di dalam bilik pertama di bahagian kanan rumah lokasi kejadian adalah tidak dinafikan. Isu berkenaan tiada lampu di seluruh rumah lokasi kejadian sebagaimana dinyatakan oleh SP3 pada pendapat Mahkamah ini tidak bercanggah dengan keterangan SP4. Keterangan SP3 jelas menyatakan bahawa beliau membuat penukaran lampu di seluruh rumah tersebut pada tahun 2023, sedangkan kejadian serbuan berlaku pada tahun 2019. Walaupun SP3 menyatakan keadaan lampu rumah sama pada tahun 2019, namun begitu fakta ini adalah tidak munasabah kerana OKT2 sendiri telah pergi ke rumah tersebut semasa serbuan dan ditangkap di dalam rumah lokasi kejadian. Versi Pembelaan pada peringkat ini adalah tujuan OKT2 ke rumah tersebut adalah bagi tujuan memeriksa rumah, yang pada pendapat Mahkamah ini adalah tidak munasabah untuk seseorang membuat pemeriksaan rumah pada waktu tengah malam atau awal pagi sekiranya tiada lampu rumah yang berfungsi. Selain itu, Mahkamah ini turut berhati-hati dalam meneliti keterangan SP3 yang merupakan adik OKT2 sendiri. 51. Mahkamah ini tidak menafikan bahawa berdasarkan keterangan dan juga gambar-gambar (eksibit P17), Mahkamah ini mendapati bahawa kemungkinan rumah tersebut merupakan rumah yang tidak diduduki adalah munasabah. Namun begitu, fakta ini semata-mata tidak menjadikan seseorang yang ditemui di dalam rumah terbabit tidak mempunyai kawalan atau jagaan ke atasnya. Berdasarkan keterangan SP4 dan SP6, serbuan dilakukan pada waktu tengah malam atau awal pagi. Semasa serbuan hanya OKT1 dan OKT2 sahaja berada di dalam bilik pertama sebelah kanan rumah tersebut. Semasa serbuan juga pintu bilik terbabit berkunci. Walaupun SP3 menyatakan bahawa pintu masuk ke rumah tersebut memang tidak berkunci, fakta ini juga tidak bercanggah dengan keterangan SP4 yang menyatakan bahawa semasa mendekati rumah tersebut, SP4 mendapati pintu sliding rumah tersebut tidak berkunci dan beliau serta anggota serbuan telah memasuki rumah melalui pintu sliding. Rumah tersebut juga merupakan rumah OKT2. Mengambilkira keseluruhan fakta-fakta tersebut, pada pendapat Mahkamah ini menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan dan kawalan atas bilik tersebut. 52. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 53. Pembelaan turut menghujahkan bahawa dadah ditemui dalam satu beg plastik berwarna merah dengan barang kes dadah dibungkus dengan suratkhabar menunjukkan bahawa keadaan barang kes tidak boleh dilihat dengan jelas dan mudah. Oleh itu, adalah mustahil untuk OKT1 dan OKT2 mengetahui apa isi kandungan beg plastik merah tersebut. Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati bahawa walaupun tidak dinafikan yang dadah memang ditemui dalam beg plastik merah dengan dibungkus suratkhabar, ia tidak secara automatik menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut. Reaksi OKT1 dan OKT2 yang bertindak agresif dan cuba merempuh anggota serbuan setelah pintu bilik berjaya dibuka, di samping pintu bilik yang berkunci dari dalam semasa serbuan dijalankan, kehadiran OKT1 dan OKT2 pada waktu tengah malam atau awal pagi di rumah lokasi kejadian tanpa alasan yang munasabah, dadah juga ditemui di tempat OKT1 dan OKT2 berada, pada pendapat Mahkamah ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. Fakta OKT1 dan OKT2 bertindak agresif dan cuba merempuh anggota serbuan adalah relevan sebagai keterangan berbentuk kelakuan (conduct) yang mana inferens yang boleh dibuat atas kelakuan mereka adalah mereka mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah yang ditemui. 54. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 55. Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP4 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP6 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP4 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP4 dan SP6 juga bukanlah saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 56. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah berbahaya tersebut (iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik tersebut. Elemen (c): bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut 57. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat minimum 200 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. 58. Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa tidak wujud elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk mengedarkan dadah yang ditemui di mana bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan. 59. Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah] 60. Dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v Public Prosecutor and other appeals [2016] 6 MLJ 277 pula, Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan prinsip berkenaan niat bersama di bawah seksyen 34 KK seperti yang berikut: “Common intention [46] The central issues in this appeal revolve around s 34 of the Penal Code which provides as follows: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [47] It is helpful to analyse s 34 in terms of these elements: (a) a criminal act; (b) participation in doing of the act; (c) a common intention between the parties; and (d) the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. [49] It is widely acknowledged that s 34 is a rule of evidence which embodies the common sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor and another appeal [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone (Mahbub Shah v Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v Public Prosecutor [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v Public Prosecutor [2015] MLJU 1956; [2016] 2 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232).”. [penekanan ditambah] 61. Bagi pembuktian niat bersama OKT1 dan OKT2, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa apabila pasukan serbuan sampai di rumah tersebut, pemantauan telah dilakukan selama lebih kurang 15 minit dan didapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut. Semasa serbuan pula, pintu bilik tersebut dalam keadaan berkunci dari dalam. Seterusnya setelah serbuan dibuat, barang kes dadah ditemui di atas lantai tempat OKT1 dan OKT2 didapati berada iaitu di hadapan televisyen di dalam bilik terbabit. Selain itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa di dalam bilik tersebut tidak terdapat banyak barang dan kelihatan seperti bilik kosong dengan sedikit perabot dan peralatan, yang mana konsisten dengan keterangan SP3 bahawa rumah tersebut tidak diduduki oleh OKT2. Dalam keadaan bilik yang hampir kosong, adalah tidak munasabah untuk barang kes dadah yang ditemui, tidak diketahui oleh OKT1 dan OKT2. Ditambah pula dengan fakta bahawa OKT1 dan OKT2 juga telah bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis untuk melarikan diri apabila anggota serbuan berjaya membuka pintu bilik. Di samping itu juga, waktu serbuan adalah pada tengah malam atau awal pagi yang mana adalah tidak munasabah untuk OKT1 dan OKT2 berada di dalam bilik di rumah tersebut yang dikatakan rumah kosong tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Keseluruhan keadaan dan keterangan tersebut membawa kepada inferens bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 62. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua intipati pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 bagi pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap mereka. 63. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT1 dan OKT2 untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. NARATIF KES PEMBELAAN 64. Pada peringkat Pembelaan, OKT1 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Manakala OKT2 pula telah memilih untuk memberi keterangan daripada kandang salah (statement from the dock) dan telah mengemukakan keterangan secara bertulis yang ditandakan sebagai eksibit D37. Pihak Pembelaan juga tidak mengemukakan saksi-saksi Pembelaan yang lain. 65. Keterangan OKT1 secara umumnya menyatakan bahawa pada 15.3.2019 lebih kurang pukul 10 malam, semasa OKT1 sedang berada di tepi jalan dalam perjalanan ke rumah kawannya yang bernama Ismail, OKT1 telah ditahan oleh anggota polis yang datang dengan menaiki sebuah van. Semasa memasuki van tersebut, OKT1 turut mendapati bahawa rakannya bernama Ismail juga telah ditangkap dan berada di dalam van tersebut. OKT1 kemudiannya telah dibawa ke rumah OKT2 dan seterusnya melihat anggota polis memasuki rumah OKT2 dan menahan OKT2 dari dalam rumah tersebut. OKT1 menafikan yang dia berada di dalam rumah OKT2 semasa serbuan dijalankan dan menegaskan yang dia berada di dalam van semasa serbuan dilakukan ke atas rumah OKT2. 66. Keterangan bertulis OKT2 sebagaimana di dalam eksibit D37 pula secara ringkasnya mengakui bahawa pada tarikh kejadian lebih kurang pukul 12.40 pagi, OKT2 telah singgah ke rumahnya iaitu rumah lokasi kejadian untuk memastikan rumah tersebut dalam keadaan baik. OKT2 turut menyatakan bahawa semasa OKT2 berada di dalam bilik di bahagian kanan, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali telah memasuki bilik tersebut dan menahannya. OKT2 menafikan bahawa barang kes dadah adalah miliknya dan turut menyatakan bahawa semasa dia dibawa ke van polis, OKT2 nampak OKT1 sedang berdiri di luar van tersebut. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 67. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 68. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 69. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian pada pihak Pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 70. Secara keseluruhan, Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT1 dan keterangan tidak bersumpah OKT2, serta telah turut menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Secara ringkasnya, pembelaan utama OKT1 dan OKT2 adalah bahawa dadah tersebut bukan milik mereka dan tidak ditemui di dalam bilik sebelah kanan rumah lokasi kejadian sebagaimana naratif pihak Pendakwaan. 71. Setelah meneliti seluruh keterangan yang telah dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa fakta kewujudan penama Ismail tidak pernah dinafikan oleh SP4 (anggota serbuan), sebaliknya SP4 hanya menyatakan yang beliau perlu menyemak terlebih dahulu tentang tangkapan ke atas penama Ismail. Namun begitu, berdasarkan keterangan yg dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, jelas bahawa penama Ismail ini telah ditangkap di tempat lain dan tiada kaitan dengan tangkapan yang berlaku di rumah tempat kejadian. Adalah dapatan mahkamah ini bahawa jikapun penama tersebut telah ditangkap, ia merupakan tangkapan yang berlaku sebelum berlakunya tangkapan terhadap OKT1 dan OKT2. 72. Di samping itu juga, pihak Pembelaan berterusan menegaskan bahawa tangkapan ke atas OKT1 adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam keterangan SP2 dan juga sebagaimana ditegaskan dalam pembelaan OKT1. Mahkamah telah meneliti semula keterangan SP2 dan OKT1 di mana Mahkamah ini bersetuju bahawa walaupun terdapat keterangan SP2 yg menyatakan bahawa OKT1 ditangkap dahulu, tetapi ia berdasarkan kepada soalan yang mana SP2 mengesahkan tangkapan OKT1 dahulu di rumah lokasi kejadian. Sebagaimana dihujahkan oleh pihak Pendakwaan, SP2 tidak pernah menyatakan bahawa OKT1 ditangkap di tempat lain dan tidak pernah menyatakan bahawa SP2 sedang membuat kawalan ke atas OKT1 di luar rumah sebelum serbuan di rumah lokasi kejadian dilakukan. Dalam hal ini, Mahkamah telah meneliti keterangan SP2 dan dibandingkan dengan keterangan SP4 dan mendapati tiada percanggahan antara keterangan kedua-dua saksi tersebut. Di samping itu, Mahkamah turut mendapati bahawa berdasarkan kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwaan dan Pembelaan, terdapatnya tiga serbuan yang berkait iaitu tangkapan penama Ismail yang mana tangkapan berlaku sebelum berlakunya serbuan di rumah lokasi kejadian, seterusnya serbuan di rumah lokasi kejadian yang membabitkan OKT1 dan OKT2, dan seterusnya satu lagi serbuan yang melibatkan laporan Pdg Matsirat/000735/19, yang mana ketiga-tiga serbuan terbabit melibatkan rangkaian serbuan yang berturut-turut. Dalam hal ini, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan setiap saksi perlu diteliti berhati-hati agar tidak menimbulkan kekeliruan tentang serbuan atau tangkapan mana yang dimaksudkan atau dirujuk semasa soalan-soalan dikemukakan kepada saksi-saksi. 73. Selanjutnya, Mahkamah ini turut bersetuju dengan hujahan Pendakwaan bahawa terdapat percanggahan antara keterangan bersumpah OKT1 dan keterangan tidak bersumpah OKT2 dalam eksibit D37. OKT1 menegaskan yang dia tidak tahu apa berlaku di dalam rumah tersebut kerana dia berada di dalam van polis semasa serbuan dilakukan. Sebaliknya keterangan tidak bersumpah OKT2 pula menjelaskan bahawa dia melihat OKT1 berdiri di luar van. 74. Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa kehadiran OKT2 di rumah lokasi kejadian pada awal pagi langsung tidak diperjelaskan dengan teliti dalam keterangan tidak bersumpahnya (eksibit D37). Adalah tidak munasabah untuk seseorang singgah ke rumah lokasi kejadian pada waktu tengah malam atau awal pagi bagi tujuan melihat keadaan rumah. Seorang yang munasabah hanya akan pergi untuk melihat keadaan rumah pada siang hari bagi memudahkannya meneliti dan memeriksa keadaan rumah berbanding pada waktu awal pagi yang mana keadaan selalunya gelap dan merupakan waktu tidur. Satu kemungkinan ketara tentang kehadiran di rumah lokasi kejadian pada tengah malam atau awal pagi adalah bagi tujuan melakukan aktiviti pengedaran dadah yang mana lebih mudah dilakukan pada waktu orang sedang tidur dan tiada orang lalu lalang di rumah lokasi kejadian. Selain itu juga keterangan tidak bersumpah OKT2 langsung tidak pernah menyebut kewujudan penama Ismail yang mana jika adapun, Mahkamah ini telahpun memutuskan bahawa penama tersebut telah ditangkap di tempat lain yang tiada kaitan dengann tangkapan di rumah lokasi kejadian. 75. Berkenaan isu pintu bilik, walaupun eksibit P17D tidak dapat dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat kerosakan pada pintu bilik yg dikatakan ditendang oleh SP4, tidak semestinya menjadikan fakta tersebut tidak berlaku. Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 dan mendapati bahawa sepanjang perbicaraan dan semasa memberikan keterangan, beliau boleh memberikan naratif yang jelas dan tidak tergugat. Pada pandangan Mahkamah ini, SP4 adalah seorg saksi yg kredibel, lebih-lebih lagi saksi tersebut tidak mengenali mana-mana OKT dan OKT1 danOKT2 juga tidak mengenali SP4 mahupun SP6, dan dengan itu tiada sebab untuk mereka menganiaya OKT1 dan OKT2. 76. Keterangan OKT2 pula yang diberikan melalui keterangan tidak bersumpah (statement from the dock), walaupun Mahkamah ini masih lagi perlu memberikan pertimbangan dan penilaian sewajarnya, tetapi merupakan keterangan yang diberikan tanpa bersumpah dan pihak Pendakwaan tidak berpeluang untuk menyoal balas OKT2. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Teuku Nawardin Syamsuar V Public Prosecutor [2018] Supp MLJ 334: “[15] In the present appeal the appellant had chosen to furnish an unsworn statement from the dock and no other witness was called for the defence. The decision in Mohamed Salleh v Public Prosecutor [1969] 1 MLJ 104 is useful. In the words of Wee Chong Jin CJ: In our judgment, the right of an accused at his trial on a criminal charge to make an unsworn statement from the dock is not a procedural right but a substantive right of an accused and accordingly does not depend on whether or not there is a specific provision for it in the Criminal Procedure Code. It seems to us beyond doubt that under our system of administration of justice, and it has been so throughout the entire history of our courts, a person accused of a criminal offence before an established court of justice has at his trial, as part of his defence, the right to make an unsworn statement from the dock if he wishes to do so. In our view this right can be taken away only by an express statutory provision to that effect. With regard to the question of prejudice arising out of the trial judge’s comment on the probative value of the unsworn statement of the appellant, we are of the opinion that it is proper for a judge in summing up to remind the jury that a statement from the dock is not sworn evidence which can be the subject of cross-examination; that they can attach to it such weight as they think fit and that they should take it into consideration in deciding whether the prosecution have proved their case. In the present case the trial judge directed the jury as follows: Well, members of the Jury, that is the case for the prosecution. Now what is the accused’s defence to this charge? You must also consider his evidence, or rather you must consider his defence. The accused, as you know, did not give evidence on oath. He made a statement from the dock and he could not be cross-examined by the prosecution, he could not be questioned by me, he could not be questioned by you. Members of the Jury, you will naturally not be inclined to give so much weight to what he said in the dock as you would if he gave evidence, because when a man gives evidence one can cross-examine on it and test it and generally have a much better opportunity of assessing it. Of course, you must not reject the statement of the accused, you must consider it and give it such weight as you think it is worth having regard to the other evidence that you have. [16] While that case pertains to a trial with a jury nevertheless the guidelines established is still applicable with respect to the probative value to be accorded to the unsworn statement that is a judge will naturally not be inclined to give so much weight to what he said in the dock as you would if he gave evidence as there was no opportunity of cross-examining him in order to test the veracity of his evidence as opposed to that of the prosecution.” [penekanan ditambah] 77. Dalam hal ini, setelah Mahkamah ini mempertimbangkan dan menilai, serta membandingkan keterangan tidak bersumpah OKT2 dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan OKT1 dan juga Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa nilai keterangan tidak bersumpah (statement from the dock) OKT2 diberikan pemberatan yang lebih rendah berbanding keterangan yang diberikan secara bersumpah (given less weight as oppsed to evidence given on oath). 78. Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa versi kedua-dua OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran mereka sendiri. Malahan tiada sebarang usaha untuk mengesan penama Ismail mahupun keterangan daripada penama tersebut dikemukakan oleh Pembelaan. Dalam hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dibincangkan di atas, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 sendiri dan kegagalana mengemukakan keterangan oleh penama Ismail, menunjukkan bahawa versi Pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana diputuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah] 79. Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2 adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas, dan dengan itu juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. 80. Sehubungan itu juga, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama, dan dibaca bersama seksyen 34 KK sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman 81. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 82. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] 83. Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. 84. Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT1 dan OKT2 serta hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, juga setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini yang melibatkan jumlah berat dadah yang sedikit, fakta bahawa OKT2 merupakan seorang pesalah kali pertama (rujuk kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86), dan juga setelah mempertimbangkan kepentingan awam bagi kes-kes yang melibatkan jenayah pengedaran dadah berbahaya, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT1 dan OKT2. 85. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa OKT1 ketika kes ini diputuskan sedang menjalani hukuman penjara bagi satu pertuduhan pengedaran dadah berbahaya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Alor Setar, yang mana sabitan telah turut disahkan oleh Peguambela OKT1 sendiri. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dan 12 sebatan bagi pertuduhan terhadap OKT1. Manakala bagi OKT2 pula, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan ke atas OKT2 kerana OKT2 kini telah berumur lebih daripada 50 tahun, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) KTJ. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT1 dan OKT2 ini akan dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Bertarikh 22 Februari 2026. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi 2 Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT1: Shanmugam Ganesan Tetuan M. Thanakumaran & Shan Peguam bagi pihak OKT2: Burhanudeen bin Abdul Wahid Tetuan Burhan & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.