Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-27-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
DA-45A-27-10/2021
High Court of Malaysia11 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17). Penekanan ditambah. **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45A-27-10/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.SHAHRUL AMZAR AFIQ BIN AB RAHMAN [NO.KP: 910326-03-6445]
2
MOHD HAKIMI BIN ZAKYUDIN [NO.KP: 851120-03-5773] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh-tertuduh telah dituduh dengan 2 pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 6 Februari 2021, jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di bahagian dapur sebuah rumah tanpa nombor Kampung Serai Lima, Taman lndustri Apam Utama, Lubok Jong, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati telah mengedar dadah berbahaya iaitu 655.8 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Sekyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu bersama-sama pada 6 Februari 2021, jam lebih kurang 11.00 malam, bertempat di bawah sebuah bangsal tepi sebuah rumah tanpa nombor Kampung Serai Lima, Taman lndustri Apam Utama, Lubok Jong, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati telah mengedar dadah berbahaya iaitu 296.9 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Sekyen 39B
2
Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
2
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes Prima Facie terhadap kedua-dua tertuduh. Lantas, Mahkamah ini telah memerintahkan agar kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
3
Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri.
4
Pada 6 Februari 2021 jam lebih kurang 11.00 malam, pengadu (SP4) telah mengetuai sepasukan anggota dari IPD Pasir Mas seramai 9 orang yang terdiri daripada L/Kpl 148450, Kpl/W 164826, L/Kpl 194129, L/Kpl 194345, L/Kpl 199282, L/Kpl 202166, Konst 213417, Kpl 181056 dan Konst 208951 telah membuat pemerhatian di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Serai Lima, Taman lndustri Apam Utama, Lubok Jong, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
5
Apabila sampai ke lokasi kejadian, pemerhatian dibuat selama lebih kurang 1 jam. Kemudian SP4 dan anggota telah melihat (2) orang lelaki Melayu menghampiri rumah tersebut dan tertuduh 1 iaitu Shahrul Amzar Afiq Bin Ab Rahman (No. K/P: 910326-03-6445) telah membuka pintu hadapan rumah dengan menggunakan kunci. SP4 menghampiri kedua-dua lelaki tersebut dan perkenalkan diri sebagai polis dan kedua-duanya cuba melarikan diri namun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan.
6
SP4 telah membuat pemeriksaan badan ke atas tertuduh 1 namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan badan terhadap tertuduh 2 iaitu Mohd Hakimi Bin Zakyudin (No. K/P: 851120-03-5773) telah menjumpai (1) dompet berwarna hijau gelap bertulisan PORTER yang menjadi barang kes bagi pertuduhan lain yang mana tertuduh kedua telah mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman.
7
SP4 kemudian membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut dan telah menjumpai (1) bekas plastik lutsinar berpenutup yang disorokkan di celah periuk di atas kabinet dapur. Pemeriksaan lanjut pada bekas plastik lutsinar tersebut telah menjumpai (8) peket plastik lutsinar setiap satu peket mengandungi (1) peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.
8
Seterusnya SP4 telah menjalankan soal siasat ringkas dan telah membacakan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1)(B) ADB 1952 dan telah mencatatkannya di atas sehelai kertas putih dan bertandatangan. Seterusnya dengan dipandu arah oleh tertuduh 1, SP4 dan anggota telah membuat pemeriksaan di sebuah bangsal di bahagian tepi rumah sebelah kiri. Tertuduh 1 telah menunjukkan tempat di mana dadah jenis Syabu disorokkan dan ditanam di dalam tanah di bawah bangsal tersebut. SP4 kemudian mengarahkan anggota untuk menggali tempat tersebut dan telah menjumpai (1) kotak polisterin berwarna putih.
9
Dengan disaksikan oleh kedua-dua tertuduh, SP4 telah membuat pemeriksaan di dalam kotak polisterin tersebut telah menjumpai (1) balutan kain di dalamnya mengandungi (1) bungkusan plastik lutsinar berwarna hijau. Pemeriksaan lanjut pada bungkusan plastik lutsinar tersebut telah menjumpai (20) peket lutsinar setiap satunya mengandungi (1) peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan Kristal disyaki dadah jenis Syabu.
10
SP4 telah merampas barang kes yang disyaki dadah di tempat kejadian dan telah menahan kedua-dua tertuduh untuk tindakan selanjutnya. SP4 telah membuat laporan polis berhubung tangkapan dan rampasan barang kes sebagaimana Pasir Mas 678- 679/21 (P31). Kesemua barang kes dan tangkapan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu SP5.
11
Barang kes kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kota Bharu untuk dianalisa. Hasil analisa kimia oleh SP2 mendapati barang kes dadah berbahaya yang dirampas oleh SP4 di bahagian dapur rumah dan di bangsal tepi rumah tersebut merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine masing-masing seberat 655.8 gram dan 296.9 gram.
12
Tugas pihak pendakwaan diakhir kes pendakwaan adalah untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh sebagaimana prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran vs PP [2004] 2 MLRA 547: “[23] … The test at the close of the case for prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”
13
Tugas Mahkamah perbicaraan pula di peringkat ini, menurut Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah adalah untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan satu perintah pelepasan dan pembebasan dan jika sebaliknya Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah memanggil tertuduh untuk membela diri.
14
Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah menjelaskan bahawa kes prima facie adalah telah berjaya ditimbulkan apabila pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence) dan telah membuktikan setiap intisari atau faktor kesalahan yang jika tidak dipatahkan atau diterangkan, akan mewajarkan satu sabitan.
15
Dalam melaksanakan tugas tersebut, Mahkamah perbicaraan hendaklah menjalankan satu penilaian yang menyeluruh dan maksimum terhadap semua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan menurut prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP vs Mohd Radzi Abu Bakar [2005] 2 MLRA 590: “[12] … What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended ss is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evauation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witbesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw inference that is favourable to the accused. … If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that cast a reasonable doubt on the prosecution’s case renders the prima facie case one that is established beyond reasonable doubt. Put shortly, what the trial Court is obliged to do under ss 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? … If the answer to that question is in affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted.”
16
Bagi suatu kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, di akhir kes pendakwaan, 3 elemen yang perlu dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan adalah seperti berikut:
a
Dadah yang dipertuduhkan tersenarai sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama Akta Dadah
b
Tertuduh mempunyai milikan, jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dirampas di tempat kejadian;
c
Tertuduh telah mengedar dadah yang dirampas di tempat kejadian di bawah peruntukan seksyen 39B(1)(a) ADB. Elemen Pertama Sama Ada Dadah Yang Dipertuduhkan Tersenarai Sebagai Dadah Berbahaya Di Dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952).
17
SP2 iaitu ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia, Kelantan telah menjalankan analisis ke atas barang kes dadah dan telah mengesahkan melalui Laporan Kimianya (P20) bahawa barang kes yang telah dianalisisnya adalah dadah berbahaya dari jenis Methamphetamine yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
18
Mahkamah ini mendapati keterangan SP2 berkenaan hasil analisis yang dijalankan ke atas barang kes dadah telah tidak dicabar dan tidak dipertikaikan oleh pihak pembelaan. Mahkamah ini juga menerima keterangan SP2 serta Laporan Kimia (P20) sebagai keterangan menurut peruntukan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah.
19
Mahkamah ini juga merujuk dan mengambil panduan daripada kes Munusamy Vengadasalam v PP (1986) 1 MLRA 292 di mana Mahkamah Agung mengatakan seperti berikut: “[9] … As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibit to he chemis is to determine its identity and to confirm what other witnesses have suspected. … We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to he elementary nature and identity of substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step. … “
20
Prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP di atas telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 2 MLRA 185 di mana Mahkamah Rayuan mengatakan seperti berikut: “[25] Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya. … “
21
Berdasarkan kepada peruntukan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah serta kes-kes dahuluan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menerima keterangan SP2 dan ekshibit P20 dan dengan itu juga Mahkamah ini berpuashati bahawa barang kes yang dianalisis tersebut adalah dadah berbahaya dari jenis Methamphetamine yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu Mahkamah ini mendapati bahawa elemen pertama tersebut telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua Sama Ada Tertuduh-Tertuduh Mempunyai Milikan, Jagaan Dan Kawalan Terhadap Dadah Yang Dirampas Di Tempat Kejadian.
22
Dalam kes ini, menurut keterangan pengadu, tertuduh-tertuduh telah ditangkap ketika mereka sedang membuka kunci pintu rumah tersebut. Namun kunci rumah tersebut telah hilang dalam simpanan pegawai penyiasat dan gagal dikemukakan sebagai ekshibit dalam kes ini. Gambar kunci rumah tersebut juga gagal diambil.
23
Barang kes dadah bagi pertuduhan pertama telah ditemui berada tersorok di belakang sebuah periuk di atas kabinet dapur rumah tersebut manakala barang kes dadah bagi pertuduhan kedua ditemui tertanam di bawah bangsal yang berada di tepi rumah tersebut.
24
Daripada keterangan keseluruhan saksi-saksi pendakwaan, berikut adalah fakta-fakta relevan dan material:
i
Tangkapan tertuduh-tertuduh adalah hasil daripada satu maklumat dadah yang diterima oleh pasukan pengadu.
II
(ii) Pemilik rumah tersebut adalah abang sulung kepada SP1 yang telah meminta SP1 menjaga rumah tersebut.
III
(iii) SP1 telah memberi sewa rumah tersebut kepada SP3 dan dalam tempoh sewaan tersebut bapa saudara kepada isteri SP3 yang bernama Ulul Azmi juga turut tinggal di rumah tersebut sejak mula sewaan.
IV
(iv) Pada Februari 2021 - SP1 mengatakan bahawa isteri Fauzi masih menyewa rumah tersebut dan SP1 pernah nampak ada 3 orang yang menyewa di rumah tersebut.
v
SP1 dalam keterangannya mengatakan bahawa isteri Fauzi, Fauzi dan anak-anak mereka jarang-jarang tinggal di rumah tersebut. Mereka hanya datang 2 minggu atau 3 minggu sekali ke rumah tersebut dan selepas tangkapan tertuduh-tertuduh, isteri Fauzi ada datang ke rumah tersebut untuk mengambil barang-barangnya setelah mendapat kebenaran pihak Polis.
VI
(vi) SP3 dalam keterangannya memberitahu bahawa dia minta untuk menyewa rumah tersebut daripada SP1 bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Ulul Azmi. Ulul Azmi telah menduduki rumah tersebut sejak mula-mula sewa iaitu dalam bulan 11 tahun 2020.
VII
(vii) Kunci rumah tersebut diserahkan oleh SP1 kepada SP3 dan SP3 telah serahkan kepada Ulul Azmi.
VIII
(viii) Jalan masuk ke kawasan rumah tersebut mempunyai pagar tapi tidak mempunyai pintu pagar. Sesiapa sahaja boleh masuk ke kawasan rumah tersebut dan ke rumah-rumah lain yang berdekatan.
IX
(ix) Rumah tersebut juga tidak mempunyai pagarnya sendiri dan begitu juga bangsal yang berada di tepi rumah tersebut. Sesiapa sahaja yang memasuki kawasan rumah tersebut boleh memasuki bangsal tersebut. Penemuan barang dadah bagi pertuduhan pertama.
x
Barang dadah bagi pertuduhan pertama telah ditemui oleh pengadu dan pasukannya tersorok di belakang periuk di atas cabinet dapur rumah tersebut hasil daripada penggeledahan yang dibuat oleh pengadu dan pasukannya. Penemuan barang dadah bagi pertuduhan kedua.
XI
(xi) Barang dadah bagi pertuduhan kedua telah ditemui tertanam di bawah bangsal di tepi rumah tersebut. Penyimpanan Barang kes dadah dan bukan dadah.
XII
(xii) Semua barang kes dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis oleh ahli kimia selepas 2 minggu ia diterima oleh pegawai penyiasat (SP5) daripada pengadu (SP4). SP5 mengatakan semua barang-barang kes dadah disimpan dalam stor barang kes namun tiada sebarang rekod stor barang kes dikemukakan untuk menyokong keterangan SP5.
XIII
(xiii) Barang-barang kes bukan dadah tidak dihantar ke stor barang kes namun hanya disimpan dalam kabinet besi milik SP5 sahaja.
XIV
(xiv) Barang-barang kes bukan dadah seperti bekas plastik lutsinar bertutup, kotak polistrin putih, bungkusan kain serta plastik hijau dan 3 batang kunci telah hilang dari simpanan SP5 dan gagal dikemukakan sebagai ekshibit dalam perbicaraan ini. Tiada penjelasan yang memuaskan diberikan oleh SP5 melainkan bahawa barang-barang kes tersebut telah hilang semasa perpindahan dari bangunan IPD Pasir Mas yang lama ke bangunan baru.
25
Setelah menimbangkan fakta-fakta di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh-tertuduh dalam kes ini.
26
Bagi pertuduhan pertama, dari keseluruhan keterangan pendakwaan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan sebarang nexus antara tertuduh-tertuduh dengan dadah yang dijumpai dalam bekas plastik lutsinar bertutup yang tersorok di belakang periuk di atas kabinet dapur rumah tersebut.
27
Ini adalah kerana tertuduh-tertuduh ditangkap diluar rumah sedangkan dadah berada tersorok di bahagian dapur rumah tersebut.
28
Dadah yang tersorok tersebut telah ditemui oleh pengadu dan pasukannya selepas penggeledahan dibuat dan bukannya ditemui hasil maklumat atau ditunjuk atau dipandu arah daripada tertuduh-tertuduh.
29
Tiada sebarang keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai milikan, jagaan atau kawalan mahupun pengetahuan tentang keberadaan dadah yang tersorok di bahagian dapur rumah tersebut.
30
Bukan sekadar tertuduh-tertuduh tidak mempunyai nexus dengan dadah yang tersorok di dapur rumah tersebut malah tiada sebarang keterangan yang boleh menunjukkan nexus antara tertuduh-tertuduh dengan rumah tersebut berdasarkan fakta-fakta berikut: i) tertuduh-tertuduh bukan tuan punya rumah tersebut. ii) tertuduh-tertuduh bukan penyewa rumah tersebut. iii) Tiada kunci rumah dikemukakan sebagai ekshibit yang dikatakan digunakan oleh tertuduh pertama untuk membuka pintu rumah tersebut. Bukan sekadar kunci tidak dikemukakan dalam perbicaraan, malah gambar kunci juga tidak diambil untuk dijadikan ekshibit. Adalah menjadi tugas penting pegawai penyiasat untuk menyiasat dan menguji bahawa kunci yang dikatakan dirampas daripada tertuduh-tertuduh benar-benar boleh digunakan untuk membuka kunci pintu rumah tersebut. SP5 sebagai pegawai penyiasat telah gagal teruk dalam menjalankan tugasnya. Dalam ketiadaan kunci tersebut, inferens yang memihak kepada tertuduh-tertuduh adalah bahawa sebenarnya rumah tersebut tidak berkunci.
IV
(iv) Tiada sebarang pakaian atau barang-barang peribadi milik tertuduh-tertuduh telah ditemui dari rumah tersebut yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh tinggal di situ.
31
Atas dasar itu, elemen pemilikan, kawalan dan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap barang kes dalam pertuduhan pertama adalah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
32
Bagi barang kes dalam pertuduhan kedua pula, barang kes ditemui di bawah bangsal yang terbuka tanpa dinding dan tanpa pagar. Bangsal tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
33
Adalah menjadi tugas pendakwaan untuk membuktikan bahawa tiada mana-mana individu lain yang boleh akses kepada barang kes dalam kes-kes tangkapan dadah hasil daripada maklumat awam.
34
Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada prinsip undang-undang yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 1 MLRA 181 di perenggan [12] di mana Zulkefli Makinudin HMP mengatakan: [12] The Supreme Court in Abdullah Zawawi had therefore highlighted the danger of relying on tip-off’s case as there is a possibility that in such a situation the drugs may have been planted in order to implicate the accused. Hence the need for the prosecution to exclude the possibilities that other individuals may have access to the drugs in question. We find on a proper perusal of the evidence it would show that the prosecution had failed to exclude the possibility of others having access to the said vehicle. No evidence whatsoever was adduced by the prosecution to exclude the possibility that Zainuddin and/or other individual had access to the vehicle prior to the date of arrest.…”
35
Dalam kes yang dibicarakan ini, pihak pendakwaan gagal untuk mengecualikan akses individu-individu lain terhadap bangsal tersebut di mana dadah tersebut ditanam. Pernyataan Beramaran Tertuduh Pertama.
36
Pengadu ada mengemukakan satu salinan kata-kata amaran yang dibuat atas sekeping kertas kepada tertuduh pertama sebagai ekshibit P27.
37
Mahkamah ini berpendapat bahawa kata-kata amaran tersebut gagal diterangkan secara secukupnya kepada tertuduh pertama oleh pengadu sebelum pertanyaan dan jawapan diberikan oleh tertuduh pertama.
38
Ini adalah kerana selepas kata-kata amaran dibacakan kepada tertuduh pertama, tiada penerangan diberikan oleh pengadu kepada tertuduh pertama bahawa tertuduh pertama berhak untuk berdiam diri dan untuk tidak memberi sebarang keterangan atau menjawab sebarang pertanyaan pengadu.
39
Apa yang zahir dan nyata dalam P27 ini ialah, sebaik sahaja pengadu selesai membaca kata-kata amaran, pengadu terus bertanyakan kepada tertuduh pertama “dadah jenis syabu yang dijumpai ini milik siapa?” tanpa terlebih dahulu menerangkan kepada tertuduh pertama bahawa tertuduh pertama mempunyai pilihan untuk tidak memberi apa-apa keterangan atau berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan yang akan diajukan oleh pengadu kepadanya.
40
Tugas pegawai polis bukan semata-mata membaca amaran tetapi perlu juga memberi penerangan kepada tertuduh pertama sekurang-kurangnya untuk dia memahami bahawa dia mempunyai hak untuk berdiam diri. Sebab itu kata-kata yang digunakan dalam peruntukan seksyen 37B(2) ADB ialah “administered” dan bukannya sekadar “read”.
41
Tindakan pengadu yang terus bertanyakan soalan “dadah jenis syabu yang dijumpai ini milik siapa?” selepas membaca kata-kata amaran tersebut boleh menimbulkan salah faham kepada tertuduh pertama bahawa dalam keadaan dan pada masa kejadian tersebut dia tidak mempunyai pilihan untuk berdiam diri melainkan dia kena menjawab semua soalan pengadu sebagai seorang pegawai polis yang mempunyai autoriti ke atas dirinya pada masa kejadian itu.
42
Pengadu sepatutnya bertanyakan dahulu kepada tertuduh pertama samada dia hendak berkata apa-apa atau dia hendak menjawab apa-apa soalan daripada pengadu sebelum pengadu mengajukan soalan tersebut. Jika tertuduh pertama mengatakan dia hendak memberi keterangan atau hendak menjawab apa-apa soalan pengadu, barulah pengadu boleh bertanyakan soalan kepada tertuduh pertama.
43
Atas alasan tersebut, Mahkamah ini memutuskan bahawa keterangan tertuduh pertama berikutan kata-kata amaran yang dibacakan kepadanya dalam P27 adalah tidak boleh diterimapakai sebagai keterangan dalam kes ini.
44
Jika Mahkamah ini terkhilaf sekalipun berkenaan kenyataan beramaran ini dan jika ia boleh diterimapakai sekali pun, ia hanya menunjukkan bahawa tertuduh pertama mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut ada tertanam di bawah bangsal tersebut namun bolehkah tertuduh pertama dikatakan mempunyai milikan jagaan dan kawalan yang eksklusif bagi dadah tersebut yang berada di kawasan terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
45
Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 1 MLRA 181 di muka surat 124 oleh Zulkefli Makinudin FCJ: [15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17). Penekanan ditambah.
46
Daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor adalah jelas bahawa pengetahuan semata-mata tanpa jagaan dan kawalan fizikal yang eksklusif adalah tidak memadai dalam undang-undang untuk mewujudkan suatu pemilikan, apatah lagi pengedaran.
47
Berkenaan dengan kehilangan barang-barang kes fizikal iaitu sebuah bekas plastik lutsinar berpenutup (yang mengandungi dadah yang dijumpai di bahagian dapur rumah tersebut), satu kotak polisterin putih (yang mengandungi dadah yang dijumpai tertanam di bawah bangsal di tepi rumah tersebut), balutan kain, plastik hijau dan 3 batang kunci rumah tersebut, SP5 mengatakan bahawa barang-barang kes tersebut telah hilang dari simpanan SP5 dan gagal ditemui dan gagal dikemukakan sebagai sebahagian daripada ekshibit semasa perbicaraan kes ini. Penjelasan SP5 hanyalah bahawa barang-barang kes tersebut telah hilang dari simpanannya dan dipercayai hilang semasa proses perpindahan daripada IPD Pasir Mas yang lama ke IPD Pasir Mas yang baru.
48
Fakta ini menunjukkan bahawa selain daripada SP5, terdapat orang lain yang mempunyai akses kepada kabinet besi milik SP5 yang telah mengeluarkan barang-barang dalam kabinet besi tersebut sebelum memindahkannya ke IPD Pasir Mas yang baru.
49
Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun bekas plastik lutsinar berpenutup dan kotak polistrin putih yang hilang tersebut bukanlah merupakan barang-barang dadah yang dirampas tetapi hanya merupakan bekas dalam mana barang-barang dadah tersebut ditemui namun kewujudan barang-barang kes tersebut adalah berkait rapat dengan penemuan barang-barang kes dadah tersebut di dalamnya sehinggakan ia merupakan sebahagian daripada ekshibit penting bagi melengkapkan naratif kes pendakwaan. Tanpa adanya barang-barang yang hilang tersebut maka tiadalah dadah-dadah yang dijumpai di dalamnya. Identiti dadah-dadah yang dirampas adalah tidak lengkap tanpa barang-barang kes tersebut.
50
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa dalam suatu kes yang berat dan serius, seorang pegawai penyiasat tidak sepatutnya mengendalikan barang kes secara sambil-lewa sehingga meninggalkan jurang dalam rantaian keterangan. Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Agong dalam kes Mohd Osman Pawan V. Public Prosecutor [1989] 1 MLRA 67, Mahkamah menyatakan: “ .. In a serious case, such as this, it is pertinent to emphasise again that investigation officer should not treat the custody of exhibits lightly so as to leave a gap in the chain of evidence relating to the exhibits before their production to the court.”
50
Dalam kes Kumaguru V PP [1994] 1 MLJ 254, Mahkamah menyatakan: “However, in view of the several binding Supreme Court decision and a plethora of High Court authorities on this score, it is untenable for this court to accept a lower standard of custody of drug exhibits for cases tried in the lower court than in the High Courts. It is also settled law that on matters concerning the identity of drug exhibits, the proof of which (on the beyond reasonable doubt basis) lay with the prosecution throughout the case, no requirement rest on the defence to register any challenge on the issue. And as there is no need for the defence to do so, I hold that in this case and upon the evidence, the prosecution has failed to established the identity of the drug exhibits in the Court below.”
52
Berdasarkan prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes Mohd Osman Pawan dan Kumaguru di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah menjadi tugas pendakwaan untuk memastikan rantaian keterangan adalah tidak terputus serta menjejaskan identiti barang kes dadah serta tidak meninggalkan sebarang kelompangan pada kes pendakwaan. Sama ada TERTUDUH telah mengedar dadah yang dirampas di tempat kejadian di bawah peruntukan seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
53
Oleh kerana intipati pemilikan, jagaan dan kawalan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh-tertuduh, maka elemen pengedaran juga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan Mahkamah ini tidak akan mengulas lanjut berkenaan isu ini.
54
Dalam kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh-tertuduh dalam kes ini, tiada fakta telah dibuktikan berkenaan terdapatnya satu pra-perancangan antara tertuduh-tertuduh untuk melakukan kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka.
55
Bagi membuktikan elemen niat bersama, pihak pendakwaan haruslah membuktikan wujudnya pra-perancangan untuk melakukan suatu kesalahan diantara tertuduh-tertuduh sebelum perbuatan kesalahan itu berlaku. Ia tidak menjadi soal sama ada pra-perancangan tersebut telah dibuat lebih awal atau sejurus sebelum kesalahan tersebut dilakukan. Asasnya, perlu ada pra-perancangan antara tertuduh-tertuduh sebelum perbuatan kesalahan tersebut.
56
Keduanya, pihak pendakwaan perlu membuktikan perbuatan sumbangan atau turut serta sebenar (actual participation) oleh semua tertuduh-tertuduh tanpa mengira tahap sumbangan atau turut serta tersebut. Semata-mata tertuduh-tertuduh berada bersama di tempat kejadian tanpa sebarang pra-perancangan dan tanpa perbuatan sumbangan atau partisipasi tidak akan menimbulkan niat bersama antara tertuduh-tertuduh. Elemen niat bersama ini juga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
57
Dalam kes Magendran Mohan v. PP [2012] 5 MLRA 333 Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[42] The test at the end of the prosecution’s case is “prima facie” based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution’s case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.”
58
Kesimpulannya, setelah menjalankan penilaian yang maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di peringkat ini, Mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan tertuduh-tertuduh jika tertuduh-tertuduh dipanggil membela diri dan mereka memilih untuk berdiam diri. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, maka tertuduh-tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Alasan Penghakiman ini bertarikh pada: 25 Februari 2026. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Pendakwaan: Hazwanie Binti Husain Bustari, Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Pendakwaan Negeri Kelantan, AG-3-03-06, Al-Waqah @ Tunjong, Tingkat 3, Bangunan H Elite Design, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Peguambela Tertuduh Pertama: Mohd Firdaus bin Zainal Abidin, Tetuan Rafizi, Zubairi & Firdaus, PT 1621, Tingkat Dua, Jalan Kuala Krai Batu 4, Bandar Baru Tunjong, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Peguambela Tertuduh Kedua: Halim Ashgar Bin Mohd Hilmi, Tetuan Halim Ashgar, No. 2628, Jalan Azman, Taman Guru, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.