Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-7-04/2023, CB-45-8-04/2023, CB-45-9-04/2023 DAN CB-45-10-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45-9-04/2023
High Court of Malaysia15 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ure of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021] CLJU 1895.””
“in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021] CLJU 1895.””
“ght of the totality of evidence. [71] The corroborative nature of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021]”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-7-04/2023, CB-45-8-04/2023, CB-45-9-04/2023 DAN CB-45-10-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MOHAMAD SUFIAN BIN SAHBUDIN
2
MOHD NIZAM BIN POIMAN (NO. K/P: 770407-01-6751)
1
Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT 2) telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut: Pertuduhan Bagi Kes No. CB-45A-7-04/2023 “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah mengedar dadah berbahaya berat bersih 69.31 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Bagi Kes No. CB-45-8-04/2023 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah dapati dalam kawalan kamu bersama racun berjadual di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952 iaitu Etizolam seberat 1.92 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah dapati dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 2.98 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah dapati dalam milikan kamu dadah jenis Methamphetamine seberat 3.07 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Bagi Kes No. CB-45-9-04/2023 Pertuduhan “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah dapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 0.86 gram (0.65 gram Heroin dan 0.21 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Bagi Kes No. CB-45-10-04/2023 (Terhadap OKT 1) Pertuduhan Pindaan “Bahawa kamu pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0400 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak, 28500 Lanchang, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, kamu telah dapati dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 1.01 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.”
2
Ini bermakna pertuduhan yang melibatkan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) bagi kes CB-45A-7-04/2023 adalah bagi pertuduhan pertama. Di samping itu tuduhan-tuduhan yang melibatkan OKT 1 dan OKT 2 berdasarkan dadah-dadah yang dijumpai di dalam raga motosikal dan beg sandang adalah masing-masing di bawah seksyen 12 ADB 1952 dan Akta Racun 1952.
3
Keterangan pihak pendakwaan menunjukkan bahawa pada tarikh kejadian iaitu 11.06.2022, pegawai serbuan (SP 7) telah membuat pemerhatian di rumah Lot 2926 Kampung Bongsu Batu 10 Jalan Karak Lanchang, Temerloh, Pahang. Pemerhatian itu dibuat pada jam 2.00 pagi. Pada jam 4.00 pagi telah kelihatan sebuah motosikal yang ditunggang oleh OKT 1 dan dibonceng oleh OKT 2 memasuki kawasan tersebut. Ketika itu OKT 2 sedang memegang seekor ayam hutan. Ketika serbuan dilakukan didapati di dalam raga motosikal itu terdapat sebuah beg zip berwana biru bertulisan Evolution. Di dalam beg Evolution tersebut telah ditemui dadah-dadah yang kemudiannya telah disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah-dadah berbahaya seperti yang terdapat di dalam laporan kimia.
4
Sementara itu satu beg bercorak celoreng warna hijau disilang di bahu kanan OKT
1
Ia juga telah ditemui dadah-dadah yang menjadi pertuduhan bagi kes CB-45-10-04/2023. Penelitian kepada keterangan juga menunjukkan bahawa SP 7 mengesahkan ketika itu wujudnya ayam hutan bersama-sama dengan OKT
2
2.
5
Seterusnya berdasarkan kepada siasatan oleh pegawai penyiasat (SP 8) adalah didapati bahawa OKT 2 telah meletakkan kereta Honda Civic di premis tersebut dan meminta bantuan OKT 1 untuk membawanya bagi tujuan menangkap ayam hutan. Namun demikian kewujudan motokar Honda Civic tidak dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat oleh SP 7.
6
Sementara itu hasil siasatan SP 8 juga mendapati bahawa motosikal tersebut bergerak dari suatu kawasan di Kampung Bongsu. Ia berada di situ dengan tujuan untuk memikat ayam hutan. Namun tiada siasatan lanjut dibuat dari manakah motosikal itu bergerak sehingga ke tempat kejadian. Begitu juga tiada keterangan yang dapat menunjukkan bagaimanakah dadah-dadah tersebut berada di dalam raga motosikal tersebut.
7
Namun hakikatnya ialah apabila serbuan dibuat, dadah-dadah bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 itu berada di dalam beg Evolution yang berada di dalam raga motosikal tersebut. Pada masa itu OKT 1 menunggang motosikal dan OKT 2 menjadi pembonceng.
8
Adalah menjadi undang-undang termaklum bahawa pada akhir kes pendakwaan, Pendakwa Raya adalah berkewajipan untuk menunjukkan terdapat satu kes prima facie. Ia membawa maksud Pendakwa Raya perlu menunjukkan elemen-elemen kesalahan dalam kes ini seperti yang dinyatakan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151. Adakah dadah-dadah yang dirampas itu dadah berbahaya?
9
Dalam kes ini Mahkamah perlu melihat sama ada bahan-bahan yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya. Ini telah dapat diselesaikan melalui laporan kimia yang telah disediakan oleh ahli kimia dan dikemukakan sebagai eksibit P34.
10
Mahkamah juga mendapati tiada sebarang petanda terdapat pemutusan rantaian keterangan eksibit-eksibit tersebut semenjak daripada dirampas di premis kejadian sehinggalah ianya diperiksa oleh ahli kimia yang mengeluarkan P34 tersebut. Ini bermakna elemen pertama telah berjaya ditunjukkan oleh Pendakwa Raya. Adakah OKT 1 dan OKT 2 mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut?
11
Seterusnya berkenaan dengan sama ada OKT 1 dan OKT 2 mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan kepada dadah- dadah tersebut, Mahkamah perlu meneliti keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya berkenaan dengan perkara ini bahawa dadah-dadah tersebut telah ditemui di dalam beg Evolution yang ditemui dalam raga motosikal tersebut. Ia termasuklah dadah yang berkaitan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952.
12
Namun demikian hujahan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut mempunyai kaitan dengan OKT 1 dan OKT 2. Peguam OKT 2 menyatakan dalam hujahannya bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam kes ini tidak dapat mengaitkan OKT 2 dengan dadah-dadah yang berada dalam beg Evolution di dalam raga motosikal tersebut. Ini adalah kerana OKT 2 hanyalah menjadi pembonceng motosikal tersebut dan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa OKT 2 mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut. Malahan apa yang lebih jelas OKT 2 dalam kes ini sebenarnya mengikut hujahan pihak peguam OKT 2 adalah hadir ke tempat tersebut untuk tujuan mencari ayam hutan dan ini disahkan dengan keterangan bahawa OKT 2 sedang memegang ayam hutan pada masa kejadian tersebut.
13
Sementara bagi OKT 1 pula terdapat hujahan yang menyatakan bahawa keterangan pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 mempunyai kawalan dan milikan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut.
14
Namun pihak Pendakwa Raya menyatakan keterangan yang dikemukakan oleh pegawai serbuan dan pegawai penyiasat mengesahkan bahawa OKT 1 yang menunggang motosikal tersebut dan beg Evolution itu berada di dalam raga motosikal tersebut. Ini tidak syak lagi bahawa OKT 1 mempunyai pengetahuan dan kawalan serta pemilikan dadah-dadah tersebut.
15
Adalah tidak dapat menafikan bahawa dalam menentukan sama ada terdapatnya hubung kait ataupun untuk menunjukkan terdapatnya kawalan, pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut peguam OKT 1 dan OKT 2 dan Pendakwa Raya telah menukilkan autoriti-autoriti yang jelas berkenaan dengan perkara tersebut. Pada hemat Mahkamah ini tiada keperluan untuk diperpanjangkan perbincangannya kerana undang-undang berkenaan pemilikan, pengetahuan dan kawalan telah jelas dan menjadi khazanah perundangan yang tidak boleh diganggu-gugat lagi dan seharusnya diikuti oleh Mahkamah ini.
16
Apa yang menjadi isu dalam kes ini ialah pemakaian prinsip-prinsip tersebut kepada fakta kes dan keterangan dalam kes ini. Adakah disebabkan OKT 1 menunggang motosikal tersebut, beg Evolution berada di dalam raga motosikal tersebut dan tiada keterangan yang menunjukkan dimanakah ataupun dari manakah pergerakan motosikal tersebut sehingga sampai ke tempat kejadian dan ini adalah kerana tiada siasatan rapi dibuat berkenaan dengan keadaan sedemikian, maka OKT 1 dan OKT 2 dikatakan telah memiliki, mempunyai pengetahuan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut?
17
Sekiranya siasatan yang rapi dibuat oleh pegawai penyiasat, ia akan dapat membantu Mahkamah untuk menentusahkan sama ada OKT 1 dan OKT 2 yang menunggang motosikal serta membonceng tersebut memang telah mempunyai kawalan, pemilikan dan pengetahuan dadah-dadah tersebut.
18
Satu lagi hujahan yang ditimbulkan oleh pihak peguam ialah ketiadaan laporan cap jari pada beg Evolution tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang tidak dapat dinafikan bahawa kesan DNA ataupun kesan cap jari adalah keterangan sokongan. Mahkamah Persekutuan dalam kes Yong Choo Kiong v Public Prosecutor [2025] 1 CLJU 2451 telah merumuskan dengan menarik keterangan DNA seperti yang berikut: “[70] Counsel for the appellant also raised the issue that no DNA of the appellant was found on the mop that was used to mop the appellant's semen in the said room. The evidence before the court was that PW15 had mopped the sticky liquid found on the floor after the incident with a mop that was already soaked with soap. The existence or non-existence of the appellant's DNA on the said mop is subject to various factors that could not be conclusively determined by the forensic expert. In any event, the DNA evidence is only corroborative in nature and would not affect the prosecution's case if there is sufficient evidence to prove the element of the offence beyond a reasonable doubt. We are also of the view that the non-existence of the appellant's DNA on the mop does not affect PW15's credibility, in the light of the totality of evidence. [71] The corroborative nature of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021] CLJU 1895.”
19
Adalah didapati bahawa ketiadaan laporan DNA atau laporan cap jari tidak semestinya pihak Pendakwa Raya boleh dikatakan tidak dapat menunjukkan elemen-elemen kesalahan kerana keterangan DNA dan laporan cap jari hanyalah satu keterangan sokongan. Sekiranya, terdapat keterangan-keterangan lain yang dapat menunjukkan elemen-elemen kesalahan maka ketiadaan laporan cap jari atau DNA masih boleh membuktikan elemen-elemen kesalahan tersebut. Ini boleh melunaskan tanggungjawab Pendakwa Raya untuk menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
20
Namun demikian dalam kes ini Mahkamah berpendapat berdasarkan keterangan yang ada, tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran OKT 1 dan OKT 2 di tempat kejadian tersebut. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan fakta bahawa terdapatnya kegiatan untuk menjerat ayam hutan sama ada oleh OKT 2 dan
21
Persoalan dalam kes ini ialah bagaimana dadah-dadah tersebut berada di dalam beg Evolution yang berada di dalam raga motosikal tersebut. Penelitian kepada keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya adalah didapati tiada keterangan yang dapat menunjukkan hubungkait di antara OKT 1 dan OKT 2 dengan dadah-dadah di dalam beg tersebut. Apa yang ada ialah keterangan bahawa semasa serbuan dibuat OKT 1 dan OKT 2 berada di atas motosikal di mana telah ditemui dadah-dadah di dalam beg Evolution di dalam raga motosikal tersebut.
22
Pada masa yang sama keterangan juga menunjukkan bahawa raga motosikal adalah terdedah untuk akses pihak lain. Ini adalah disebabkan tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 sahaja yang mengawal motosikal tersebut sebelum serbuan. Mahkamah juga meneliti gambar motosikal dan tempat di mana dadah-dadah tersebut ditemui. Mahkamah ini berpendapat setelah meneliti gambar motosikal dan keterangan saksi-saksi adalah jelas bahawa motosikal terdedah kepada pihak ketiga dan tidak dikawal oleh OKT 1 dan OKT 2 melainkan mereka ditemui semasa dadah-dadah itu dijumpai. Adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk mencerakinkan bagaimana dadah-dadah itu berada dalam raga motosikal tersebut. Adakah tidak memadai dengan menyatakan serbuan dilakukan oleh pegawai serbuan didapati dadah-dadah berada di dalam raga motosikal tersebut maka sudah pastilah OKT 1 dan OKT 2 mempunyai kaitan dan pengetahuan, kawalan dan pemilikan dadah-dadah tersebut?
23
Hal ini perlu diberikan perhatian. Sekiranya didapati bahawa kedudukan OKT 1 dan OKT 2 berada dalam satu keadaan yang tidak membolehkan kemungkinan pihak-pihak lain untuk mempunyai akses kepada motosikal tersebut maka boleh dibuat kesimpulan sedemikian kerana OKT 1 dan OKT 2 memang berada dengan motosikal tersebut dan dadah-dadah itu sentiasa berada dalam kawalan mereka. Ini bermakna dadah-dadah yang berada di dalam raga motosikal itu tidak dapat ditolak lagi mempunyai kaitan dengan OKT 1 dan OKT 2. OKT 1 dan OKT 2 boleh dikatakan mempunyai kawalan, pemilikan dan pengetahuan dadah-dadah tersebut. Hal ini tidak sedemikian dalam kes ini.
24
Selain daripada itu Mahkamah juga dirujuk dengan satu eksibit yang dikemukakan oleh pihak pembelaan iaitu D41 iaitu satu kenyataan yang dibuat oleh OKT 1 yang ditandakan sebagai D41. Ia adalah satu kenyataan yang dibuat oleh OKT 1 yang menyatakan OKT 1 tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Begitu juga tiada kenyataan jelas berkenaan dengan dadah-dadah tersebut kepunyaan OKT 2. Mahkamah ini perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan kenyataan tersebut, sebaliknya perlu meneliti keterangan Pendakwa Raya yang dikemukakan melalui saksi Pendakwa Raya.
25
Mahkamah juga dirujuk kepada laporan polis yang disediakan dan dikemukakan oleh pihak pembelaan yang ditandakan sebagai D39. Pada laporan polis tersebut terdapat satu kewujudan seorang yang bernama Azri bin Sulaiman. Ini menjadi asas kepada hujahan peguam OKT 2 yang menyatakan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Azri bin Sulaiman ini menunjukkan bahawa pihak pendakwaan tidak ingin mengemukakan saksi ini dan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 perlu digunakan terhadap Pendakwa Raya.
26
Namun demikian pihak pendakwaan telah berhujah bahawa keterangan saksi tersebut tiada kaitan dengan kes ini. Mahkamah berpendapat kegagalan Pendakwa Raya mengemukakan saksi Azri bin Sulaiman tidak mewajarkan penggunaan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Ini adalah disebabkan saksi tersebut tidak mempunyai hubungan dengan kes ini. Fakta bahawa dia ditangkap di tempat yang sama berkaitan dengan kes dadah tidak mewajarkan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tersebut. Pada masa yang sama tiada keterangan yang dikemukakan dapat menunjukkan bahawa Pendakwa Raya ingin menghalang atau menyembunyikan keterangan Azri bin Sulaiman. Keputusan untuk memanggil mana-mana saksi adalah terletak pada budi bicara Pendakwa Raya melainkan terdapat keterangan yang menunjukkan Pendakwa Raya menghalang atau menyembunyikan saksi-saksi yang material atau penting.
27
Oleh kerana itu pada hemat Mahkamah dalam meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak, Mahkamah perlu mengambil kira keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya dan adakah ianya berjaya menunjukkan satu kes prima facie pada peringkat akhir kes pendakwaan. Mahkamah ini tidak boleh bergantung semata-mata berdasarkan kepada spekulasi saksi-saksi atau sudut pandang Mahkamah yang tidak disokong oleh keterangan.
28
Pertimbangan yang perlu dibuat oleh Mahkamah ini ialah adakah berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi Pendakwa Raya, OKT 1 dan OKT 2 boleh dipanggil membela diri. Sekiranya OKT 1 dan OKT 2 memilih untuk berdiam diri adakah selamat untuk Mahkamah ini mensabitkan OKT-OKT dengan bersandarkan keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya di akhir kes pendakwaan.
29
Keterangan-keterangan yang ada di hadapan Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah seperti yang berikut:
a
Beg Evolution yang mengandungi dadah berkaitan kesalahan seksyen 39B dan kesalahan lain di bawah ADB 1952 adalah berada dalam raga motosikal. Raga motosikal itu adalah terdedah dan boleh diakses oleh mana-mana orang. Ini ditambah pula dengan tiada keterangan yang menunjukkan apakah yang berlaku kepada motosikal tersebut sebelum serbuan dilakukan. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan untuk menunjukkan apakah aktiviti OKT 1 dan OKT 2 berkaitan dengan motosikal tersebut. Begitu juga tiada keterangan dimanakah sebenarnya motosikal itu berada sebelum kejadian; dan
b
OKT 2 adalah pembonceng motosikal tersebut dan sedang memegang ayam hutan.
30
Mahkamah ini tidak sewajarnya memanggil mana-mana orang untuk membela diri semata-mata bagi mendengar penjelasan tertuduh. Ini adalah perlu dielakkan dalam perbicaraan jenayah. Sebaliknya Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan saksi Pendakwa Raya di akhir kes pendakwaan dan memutuskan sama ada Pendakwa Raya menunjukkan satu kes prima facie. Hal ini telah diutarakan di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 yang telah menjadi suluh panduan bagi perbicaraan jenayah sepanjang zaman.
31
Setelah meneliti keterangan-keterangan saksi dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat seperti yang berikut di akhir kes pendakwaan: Bagi Pertuduhan Kes No. CB-45-10-04/2023 (Terhadap OKT 1) OKT 1 dipanggil membela diri dan Pendakwa Raya berjaya menunjukkan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dibaca bersama dengan 12(3) Akta yang sama. Bagi Kes No. CB-45A-7-04/2023 dan Kes No. CB-45-8-04/2023 Pertuduhan Pertama, Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga dan Kes No. CB-45-9-04/2023 Setelah Mahkamah menimbangkan keseluruhan keterangan pada peringkat pendakwaan dan juga meneliti hujahan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan Mahkamah hanya berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini serta prinsip undang-undang yang dinyatakan, Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 bagi kesemua pertuduhan tersebut. OKT 1 dan OKT 2 dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 30 hb. Oktober 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 1 - Aida Rahayu Abdul Rahman dan Aedi Tajuddin Tetuan Aida Rahman & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 2 - Richard Bong dan Ivan Bong Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.