Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45C-1-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45C-1-04/2021
High Court of Malaysia6 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ul confinement and abduction” seperti berikut; “"wrongful restraint", "wrongful confinement" and "abduction" shall have the meanings assigned to them in sections 339, 340 and 362 respectively of the Penal Code [Act 574]” [40] Seksyen 339, 340 dan 362 Akta 574 memperuntukan seperti berikut; 339; Wrongful restraint Whoev”
“number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 MLJ 433; Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal [2016] 8 CLJ 15; [2016] MLJU 1675 COA; Fan Yew Teng v. PP [1975] CLJU 38; [1975] 1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ 214; [2017] MLJU 399; Ab Malek Atan v.”
“03] 2 CLJ 549; [2003] 5 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 MLJ 433; Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal [2016] 8 CLJ 15; [2016] MLJU 1675 COA; Fan Yew Teng v. PP [1975] CLJU 38; [1975] 1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ”
“LJ 433; Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal [2016] 8 CLJ 15; [2016] MLJU 1675 COA; Fan Yew Teng v. PP [1975] CLJU 38; [1975] 1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ 214; [2017] MLJU 399; Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 405; [2002] 4 MLJ 84; PP v. Mohd Zhafri Abu Baker [2021] CLJU 727; [20”
“LJ 84; PP v. Mohd Zhafri Abu Baker [2021] CLJU 727; [2021] 1 LNS 727; [2021] MLJU 817; Jeffri Abdullah & Ors v. PP [2015] 6 CLJ 438; [2015] 6 MLJ 824 and Sundar Subramaniam lwn. PP & Satu Lagi Rayuan [2018] CLJU 1854; [2018] 1 LNS 1854; [2018] MLJU 1748 COA. ……. [31] Now, having referred to all those decisions and afte”
“021] CLJU 727; [2021] 1 LNS 727; [2021] MLJU 817; Jeffri Abdullah & Ors v. PP [2015] 6 CLJ 438; [2015] 6 MLJ 824 and Sundar Subramaniam lwn. PP & Satu Lagi Rayuan [2018] CLJU 1854; [2018] 1 LNS 1854; [2018] MLJU 1748 COA. ……. [31] Now, having referred to all those decisions and after carefully analysing them this court”
“Teng v. PP [1975] CLJU 38; [1975] 1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ 214; [2017] MLJU 399; Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 405; [2002] 4 MLJ 84; PP v. Mohd Zhafri Abu Baker [2021] CLJU 727; [2021] 1 LNS 727; [2021] MLJU 817; Jeffri Abdullah & Ors v. PP [2015] 6 CLJ 438; [2015] 6 MLJ 824 and Su”
“1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ 214; [2017] MLJU 399; Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 405; [2002] 4 MLJ 84; PP v. Mohd Zhafri Abu Baker [2021] CLJU 727; [2021] 1 LNS 727; [2021] MLJU 817; Jeffri Abdullah & Ors v. PP [2015] 6 CLJ 438; [2015] 6 MLJ 824 and Sundar Subramaniam lwn. PP & Satu La”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45C-1-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MOHAD ZAIZE BIN CHE SULAIMAN [NO. KP: 671103-02-5743]
2
MUHAMMAD AFIF BIN ISHAK [NO. KP: 960627-03-5871]
3
AHMAD NURUDDIN BIN HASHIM [NO. KP: 950428-03-5933]
4
NASRI BIN MUHAMAD [NO. KP: 620411-03-5433] DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-46C-1-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHD SIKRI BIN DERIS [NO. KP: 630206-03-5695] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 2 kes yang dibicarakan bersama. Di dalam kes pertama iaitu KA-45C-1-04/2021, ia melibatkan Mohad Zaizie bin Che Sulaiman (Tertuduh 1), Muhammad Afif bin Ishak (Tertuduh 2), Ahmad Nuruddin bin Hashim (Tertuduh 3) dan Nasri bin Muhamad (Tertuduh 4) yang dituduh bersama-sama melakukan culik ke atas Abdul Mudtalib bin Ismail (SP1) dan Wan Nadia Nabila Wan Ismail (SP6) di bawah seksyen 3(1) Akta Culik 1961 (Akta 365) dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). [2] Manakala bagi kes kedua iaitu KA-46C-1-04/2021, ia melibatkan Mohd Sikri bin Deris (Tertuduh 5) yang dituduh melakukan persubahatan bersama Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 melakukan culik ke atas SP1 dan SP6 di bawah seksyen 109 Akta 574 yang dibaca bersama-sama dengan seksyen 3 Akta 365. [3] Untuk rekod, Tertuduh 3 telah meninggal dunia pada 20/9/2022. [4] Perbicaraan pada awalnya dikendalikan oleh YA Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid sehingga ke saksi pendakwaan yang ke 10 sebelum YA bertukar. Kes selanjutnya telah diambil alih oleh mahkamah ini dan pihak-pihak tidak membuat sebarang permohonan untuk sebarang saksi dipanggil semula oleh mahkamah ini. Pertuduhan-pertuduhan [5] Pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut; KA-45C-1-04/2021 PERTUDUHAN PINDAAN: “Bahawa kamu bersama-sama, serta seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Ahmad Nuruddin bin Hashim (No. KP: 950428-03-5933) pada 30 November 2020, jam antara 2.00 petang hingga 3.00 petang, di rumah beralamat Kampung Lubok Gajah Mukim Gelong 06000 Jitra, dalam daerah Kubang Pasu, di dalam negeri Kedah, dengan niat telah melakukan culik ke atas Abdul Mudtalib bin Ismail (No. KP: 600703-02-5909) dan Wan Nadia Nabila binti Wan Ismail (No. KP: 910213-03-5956) bagi mendapatkan wang tebusan RM2,000,000.00. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” KA-46C-1-04/2021 PERTUDUHAN PINDAAN: “Bahawa kamu pada 30 November 2020, jam antara 2.00 petang hingga 3.00 petang, di Kampung Lubok Gajah Mukim Gelong 06000 Jitra, dalam daerah Kubang Pasu, di dalam negeri Kedah, bersama-sama dengan Mohad Zaizie bin Che Sulaiman (No. KP: 850801-03-6259), Muhammad Afifi bin Ishak (No. KP: 960627-03- 5871), Nasri bin Muhammad (No. KP: 620411-03-5433) serta Ahmad Nuruddin bin Hashim (No. KP: 950428-03-5933) yang telah meninggal dunia, telah bersubahat dengan mengarahkan Mohad Zaizie bin Che Sulaiman (No. KP: 850801-03-6259), Muhammad Afifi bin Ishak (No. KP: 960627-03-5871), Nasri bin Muhammad (No. KP: 620411-03-5433) serta Ahmad Nuruddin bin Hashim (No. KP: 950428-03-5933) yang telah meninggal dunia, melakukan culik ke atas Abdul Mudtalib bin Ismail (No. KP: 600703-02-5909) dan Wan Nadia Nabila binti Wan Ismail (No. KP: 910213-03-5956), di mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan kamu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 3(1) Akta Culik 1961.” Fakta kes [6] Seramai 16 orang saksi telah dipanggil oleh pihak PR dan naratif keterangan pihak PR adalah seperti berikut: a) pada 30/11/2020, pada jam lebih kurang 2.00 hingga 3.00 petang, semasa SP1 berbual dengan SP4 di rumah SP1 yang beralamat di Kampung Lubok Gajah, Mukim, Gelong, Jitra, tiba-tiba muncul sebuah kenderaan warna hitam Nissan Livina berhenti berdekatan dengan mereka; b) seramai empat (4) orang lelaki Melayu iaitu Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 telah turun dari kereta dengan memakai vest tertera perkataan “POLIS”; c) Tertuduh 1 dan Tertuduh 4 telah menghampiri SP1 serta memperkenalkan diri sebagai ASP Rizal dan Sarjan dari Cawangan Komersil, Bukit Aman. Manakala Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 telah masuk ke dalam rumah SP1; d) pada ketika itu SP1 menganggap mereka adalah polis yang sebenar dan hadir untuk menjalankan siasatan. SP1 berasa takut dan meminta maaf serta menawarkan sejumlah wang RM50 ribu kepada Tertuduh 1. Walaubagaimanapun, Tertuduh 1 tidak bersetuju dan telah meminta sejumlah wang sebanyak RM20 juta daripada SP1, namun SP1 memohon agar wang tersebut dapat dikurangkan; e) Tertuduh 1 kemudiannya telah menghubungi ketuanya di Bukit Aman dan jumlah wang tebusan tersebut telah dikurangkan sebanyak RM2 juta; f) SP1 kemudian telah dibawa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Hilux milik beliau oleh Tertuduh-tertuduh tersebut. Telefon bimbit SP1 juga turut dirampas oleh mereka; g) pada masa yang sama, SP6 baru pulang ke rumah dan telah dimaklumkan oleh Tertuduh-tertuduh bahawa SP1 akan dibawa ke Bukit Aman jika SP6 gagal membayar wang tebusan berjumlah RM2 juta tersebut. Selanjutnya, SP6 juga telah dibawa masuk ke bahagian belakang kereta Hilux dan duduk bersama-sama SP1; h) SP1 dan SP6 kemudiannya telah di bawa oleh Tertuduh-tertuduh ke belakang Institut Kemahiran Belia Negara, Jitra, berdekatan sebuah kebun kelapa sawit; i) SP6 telah diarahkan menghubungi ahli keluarga untuk menyediakan wang tersebut. Pada ketika itu, barulah SP1 dan SP6 menyedari bahawa Tertuduh-tertuduh bukanlah polis sebenar dari Bukit Aman. j) SP6 kemudiannya telah menghubungi ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menyediakan wang tersebut. Walaubagaimanapun, pihak keluarga memaklumkan bahawa mereka hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM50 ribu sahaja pada petang tersebut; k) selepas itu, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 dan SP6 ke pekan Kepala Batas. Tidak lama kemudian SP4 dan SP13 telah menghantar dan meletakkan wang sebanyak RM50 ribu di bahagian belakang kereta Hilux. Tertuduh 4 kemudiannya telah turun dari kereta dan mengambil wang tersebut; l) seterusnya, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 dan SP6 balik semula ke rumah SP1 untuk mengambil beg yang berisi barang kemas dan barang berharga milik SP6 daripada ahli keluarga mereka; m) selepas barang kemas dan barang berharga di ambil, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 dan SP6 ke beberapa tempat di kawasan sekitar mukim Salang dan berhenti di satu tempat menuju Jalan Muda Kuari Bukit Tunjang; n) semasa berada di sana, SP1 dan SP6 kemudiannya telah diikat menggunakan kable. SP1 juga telah dipukul, ditendang oleh Tertuduh 4 sehingga terjatuh. Tertuduh 4 juga telah menumbuk mata SP6 sehingga lebam; o) pada jam lebih kurang 10 malam, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 dan SP6 ke sebuah rumah homestay di Jalan Taman Suraya, Jitra, Kedah. Semasa berada di rumah homestay tersebut mereka secara berulang kali mengarahkan SP6 untuk mendapatkan wang daripada ahli keluarga beliau; p) keesokan harinya pada waktu tengahari, Tertuduh 1 dan Tertuduh 3 telah membawa SP6 keluar dari rumah homestay tersebut dan meninggalkan SP1 bersama Tertuduh 2 dan Tertuduh 4. SP6 tidak pulang semula ke rumah homestay tersebut selepas itu; q) pada sebelah petang, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 keluar menggunakan kereta Hilux ke beberapa tempat sebelum menuju ke suatu tempat gelap di Kampung Teluk Keluang; r) sesampainya di sana, salah seorang dari Tertuduh-tertuduh telah mengancam SP1 dengan pisau lalu memotong baju beliau seolah-olah hendak membunuh beliau. Pada ketika itu, tangan SP1 diikat dan SP1 telah diancam supaya tidak mempermainkan mereka; s) seterusnya, Tertuduh-tertuduh telah membawa SP1 ke pekan Tunjang menuju ke pekan Jitra. Apabila sampai di selekoh belok masuk Kampung Gelong, mereka telah membawa SP1 ke Tokong Cina; t) sesampainya di sana, SP1 telah diikat kaki dan tangan dan mereka telah meninggalkan SP1 di dalam hutan. SP1 walaubagaimanapun berjaya memutuskan tali tersebut dan telah melarikan diri; dan u) SP1 kemudiannya telah lari keluar dari hutan dan meminta pertolongan dari rumah yang berdekatan. SP2 telah dihubungi untuk mengambil SP1 dan membawa SP1 pulang ke rumah. Analisis mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh-tertuduh adalah betul [7] Perkara pertama yang menjadi perhatian mahkamah ini adalah berkaitan pertuduhan yang dirangka ke atas kesemua tertuduh. Ia dengan jelas menyatakan bahawa para tertuduh telah melakukan perbuatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan. [8] Persoalan yang berbangkit adalah, apakah pertuduhan tersebut adalah betul di sisi undang-undang. [9] Seksyen 3(1) Akta 365 memperuntukkan; “Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restrains such person shall be guilty of an offence and shall be punished on conviction with imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years and with whipping.” [10] Seksyen tersebut tidak menyatakan perkataan “kidnapping” atau di dalam Bahasa Melayunya “culik” sebagai perbuatan jenayah. Namun seksyen 3(1) menyatakan bahawa terdapat 3 elemen yang menjadikan ia satu kesalahan iaitu: a) mana-mana orang dengan niat untuk mendapatkan tebusan; dan b) abduksi (“abducts”) atau mengurung secara salah atau menahan secara salah (abducts or wrongfully confines or wrongfully restrains) orang tersebut. [11] Perkataan “kidnapping” langsung tidak digunakan di dalam seksyen tersebut. Malahan ianya juga tidak ditafsirkan di dalam Akta 365. [12] Perbuatan culik sebaliknya adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta 574 di mana ia telah ditafsirkan di bawah seksyen 359, 360 dan 361 dan hukumannya adalah di bawah seksyen 363. Kedua-dua seksyen diperturunkan seperti berikut; 359; Kidnapping Kidnapping is of two kinds: kidnapping from Malaysia and kidnapping from lawful guardianship. 360; Kidnapping from Malaysia Whoever conveys any person beyond the limits of Malaysia without the consent of that person, or of some person legally authorized to consent on behalf of that person, is said to kidnap that person from Malaysia. 361; Kidnapping from lawful guardianship Whoever takes or entices any minor under fourteen years of age if a male, or under sixteen years of age if a female, or any person of unsound mind, out of the keeping of the lawful guardian of such minor or person of unsound mind, without the consent of such guardian, is said to kidnap such minor or person from lawful guardianship. 363; Punishment for kidnapping Whoever kidnaps any person from Malaysia or from lawful guardianship, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine. [13] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa sesuatu pertuduhan jenayah hendaklah mengikuti elemen-elemen di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). Secara khususnya di bawah seksyen 152 Akta 593, sesuatu pertuduhan hendaklah menyatakan perbuatan jenayah yang dipertuduhkan. Apabila pertuduhan gagal menyatakan dengan tepat kesalahan yang dilakukan, maka ia boleh menyebabkan tertuduh tidak dapat memahami apakah sebenarnya pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Ini boleh menjadikan keseluruhan pertuduhan adalah satu salah laksana keadilan. [14] Seksyen 152 (1) Akta 593 dengan jelas menyatakan bahawa setiap pertuduhan hendaklah menyatakan kesalahan yang dilakukan manakala seksyen 152 (2) Akta 593 mensyaratkan pertuduhan menyatakan kesalahan yang dinyatakan secara khusus di dalam pertuduhan. [15] Mahkamah berpandangan bahawa pertuduhan yang dirangka di dalam kes ini dengan menyatakan bahawa tertuduh-tertuduh melakukan perbuatan kesalahan culik di bawah Akta 365 adalah merupakan satu perbuatan yang tidak mempunyai makna dari segi undang-undang kerana perbuatan culik tidak pernah ditafsirkan di bawah Akta 365 dan tidak juga dinyatakan sebagai satu kesalahan. Sebaliknya perbuatan culik dinyatakan dengan jelas sebagai satu kesalahan di bawah Akta 578. [16] Lebih serius, kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta 365 dan seksyen 359/363 Akta 574 adalah dua kesalahan yang sangat berbeza kerana keduanya mempunyai elemen-elemen kesalahan yang sangat berbeza. [17] Mahkamah berpandangan bahawa PR adalah terkeliru dengan kesalahan sebenar yang dilakukan apabila menyatakan satu perbuatan yang dikatakan satu kesalahan, namun telah merujuk kepada peruntukan yang salah di dalam undang-undang. [18] Pertuduhan adalah penting bagi sesuatu pendakwaan jenayah kerana ia memulakan tindakan ke atas seseorang tertuduh. Peri pentingnya sesuatu pertuduhan adalah dipertahankan oleh undang-undang kerana ia melibatkan hak-hak seseorang tertuduh apabila berhadapan dengan satu dakwaan perbuatan jenayah. Di dalam kes PP v. Dato' Saidin Thamby [2012] 4 CLJ 15, Mahkamah telah merujuk kepada buku karangan oleh Mimi Kamariah Majid iaitu Criminal Procedure in Malaysia (3rd Edition) Kuala Lumpur (1999) di dalam mengulas prinsip perundangan berkaitan pertuduhan seperti berikut: “The charge is the first step in the criminal prosecution process of an offence. It is a definite allegation. When a person is said to be 'charged with an offence', he is in fact called to appear before a magistrate or a judge and informed of the charge or complaint against him. A charge is important to an offender because it evolves several rights for the offender and safeguards against injustice. The charge is also a notice to the offender of the matter with which he is accused of. For this reason it must convey to him with sufficient clearness and certainty that which the prosecution intends to prove against him and of which he will have to clear himself. The charge is an information to the court which is to try the accused of the matters to which evidence is to be directed (Mohamed Humayoon Shah [1874] 21 WR Co. 72, 82).” [19] Manakala Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ravindran Ramasamy v. PP [2015] 3 CLJ 421 telah menggariskan prinsip undang-undang di bawah Akta 593 berkaitan pertuduhan seperti berikut: “Section 152 of the CPC provides that the charge shall "state the offence with which the accused is charged" and mention "the law and section of the law against which the offence is said to have been committed". Section 153 of the CPC provides that "the charge shall contain such particulars as to the time and place of the alleged offence... as are reasonably sufficient to give the accused notice of the matter with which he is charged". And when the nature of the case is such that the particulars mentioned in ss. 152 and 153 do not give the accused sufficient notice of the matter with which he is charged, s. 154 of the CPC provides that "the charge shall also contain such particulars of the manner in which the alleged offence was committed as will be sufficient for that purpose” [20] Mahkamah berpandangan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh PR telah membawa kesan prejudis yang serius ke atas kesemua tertuduh kerana ia melibatkan pertuduhan yang cacat. Ia menjadikan keseluruhan prosiding adalah satu salah laksana keadilan. [21] Mahkamah turut dirujuk oleh peguam Tertuduh 4 berkaitan satu lagi isu iaitu pertuduhan tidak menyatakan secara spesifik cabang (limb) di bawah seksyen 3(1) Akta 365 yang dipertuduhkan ke atas kesemua tertuduh. Ini kerana terdapat 3 cabang yang berbeza iaitu; abducts, wrongfully confines atau wrongfully restrains. Ketiga-tiganya membawa kepada perbuatan yang berbeza. [22] Perhatian Mahkamah telah dibawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v Muhammad Shahmizal Azizan & ors [2022] 7 CLJ 649 di mana isu yang sama berbangkit. Hakim Mohd Radzi HMT menyatakan; [20] It is clear from that provision there are three distinct Acts which if committed with the intent to hold any person for ransom will amount to an offence of kidnapping under the Act. Section 2 of the Act provides that each of these acts shall have meanings assigned to each of them in ss. 339, 340 and 362 of the PC. For the sake of brevity, the meanings for each of these acts are reproduced below: Section 339 - Wrongful restraint Whoever voluntarily obstructs any person, so as to prevent that person from proceeding in any direction in which that person has a right to proceed, is said wrongfully to restrain that person. Section 340 - Wrongful confinement Whoever wrongfully restrains any person in such a manner as to prevent that person from proceeding beyond certain circumscribing limits, is said "wrongfully to confine" that person. Section 362 - Abduction Whoever by force compels or by any deceitful means induces any person to go from any place, is said to abduct that person. [21] Now, referring to the charge, it is quite clear that in drafting it the prosecution only stated that on 21 June 2018, each of the accused had towards achieving the common intention of demanding ransom in the amount of 400,000 Thaka, kidnapped the victim but did not state whether the kidnapping was either by way of abduction or wrongful confinement or wrongful restrain. [22] In determining whether an omission by the prosecution to state in the charge the specific act of kidnapping under s. 3(1) of the Act rendered the charge defective and a nullity, it would be imperative to first determine whether those acts are ingredients of the offence or just particulars of a charge. In endeavouring to arrive at that determination, this court will refer to and discuss a number of decisions which in this court's view are relevant and instructive. Those cases are Ravindran Ramasamy v. PP [2015] 3 CLJ 421; [2015[6 MLJ 509; Goh Keat Peng v. PP [2001] 2 CLJ 498; [2001] 3 MLJ 172; Uthayakumar Ponnusamy v. PP [2003] 2 CLJ 549; [2003] 5 MLJ 433; Karpal Singh Ram Singh v. PP & Another Appeal [2016] 8 CLJ 15; [2016] MLJU 1675 COA; Fan Yew Teng v. PP [1975] CLJU 38; [1975] 1 LNS 38; [1975] 2 MLJ 235; PP v. Mohamad Sabu [2017] 7 CLJ 214; [2017] MLJU 399; Ab Malek Atan v. PP [2002] 6 CLJ 405; [2002] 4 MLJ 84; PP v. Mohd Zhafri Abu Baker [2021] CLJU 727; [2021] 1 LNS 727; [2021] MLJU 817; Jeffri Abdullah & Ors v. PP [2015] 6 CLJ 438; [2015] 6 MLJ 824 and Sundar Subramaniam lwn. PP & Satu Lagi Rayuan [2018] CLJU 1854; [2018] 1 LNS 1854; [2018] MLJU 1748 COA. ……. [31] Now, having referred to all those decisions and after carefully analysing them this court forms the view that the different acts listed in s. 3(1) of the Act are ingredients of the offence of kidnapping as they separately and distinctly describe the acts that establish the offence. Since each of those acts carry their own distinct definitions under the PC the burden of proving and rebutting each of those act rest upon different legal and factual considerations. Therefore, without identifying the particular act the offence cannot be said to be properly stated in the charge. An accused person is entitled to know with certainty which of the act that the prosecution intends to rely in proving its case against him. The prosecution therefore has the duty to state in the charge which of the act of kidnapping the accused person is accused of committing. This court therefore takes the same position on the matter as decided by the High Court in Mohd Zhafri Abu Baker (supra).” [23] Namun isu yang sama telah turut berbangkit di Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Khairul Anuar Musa lwn PP & Rayuan yang lain [2015] 1 CLJ 909. Di dalam kes di Mahkamah Rayuan para perayu telah dituduh di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 3(1) Akta 365 iaitu bagi mendapatkan wang tebusan telah menahan dan melarikan tahanan. Ia melibatkan 2 perbuatan iaitu menahan dan melarikan tahanan. [24] Mahkamah Rayuan walaubagaimanapun berpandangan bahawa kedua-dua perbuatan tersebut adalah berkaitan dan bersambungan yang menghasilkan satu transaksi kesalahan yang sama iaitu menculik mangsa dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan. Dengan menggunapakai seksyen 165(3) Akta 593, perbuatan-perbuatan yang dilakukan menghasilkan satu kesalahan. [25] Hakim Noorin Badaruddin HMR di dalam penghakimannya menyatakan; “Maka, mengguna pakai s. 165(3) KTJ, apabila perbuatan-perbuatan yang dilakukan menghasilkan satu kesalahan (acts constituting one offence) maka OKT-OKT boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan. Malahan di bawah s. 165(3) KTJ juga, jika perbuatan-perbuatan yang dilakukan mengakibatkan berlakunya kesalahan-kesalahan yang berbeza (different offence), dalam keadaan sedemikian juga, OKT-OKT boleh dituduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan untuk kesalahan yang dihasilkan oleh perbuatan-perbuatan tersebut apabila digabungkan. Dalam Mallal's Criminal Procedure, 6th edn di ms. 2903 penulis telah menerangkan seperti berikut: Section 165(3) deals with acts constituting one offence, but when combined constitute a different offence. In such a situation, the accused person may be charged with and tried at one trial for the offence constituted by such acts when combined or for any offence constituted by any one or more of such acts.” [26] Situasi yang berbeza berlaku di dalam kes di hadapan mahkamah kini apabila pihak PR memilih perkataan “melakukan culik” tanpa menyatakan apakah bentuk perbuatannya sama ada ianya “wrongful restraint”, “wrongful confinement” atau “abduction". Ia bagi pandangan mahkamah adalah satu kesilapan pendakwaan yang lebih serius dan tidak boleh diperbaiki lagi di peringkat ini. [27] Walaupun mahkamah sedar, tiada sebarang bantahan dibangkitkan oleh para peguam sejak dari awal perbicaraan dan ini mungkin dihujahkan sebagai tidak memprejudiskan para tertuduh sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Thenegaran Murugan & anor v. PP [2013] 5 CLJ 850. [28] Namun mahkamah berpandangan bahawa 2 kesilapan sepertimana yang telah diulas oleh mahkamah adalah sangat signifikan. Walaupun tanpa bantahan peguam semasa kes dibicarakan, ia tidak terlepas dari pertimbangan mahkamah ini kerana ia melibatkan keesahan sesuatu pertuduhan yang merupakan asas kepada sesuatu perbicaraan. [29] Atas alasan ini mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan ke atas kesemua tertuduh adalah cacat dan memprejudiskan kesemua tertuduh. Ia adalah satu salah laksana keadilan. Sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak PR [30] Mahkamah menegaskan bahawa isu berkait keesahan pertuduhan pada hakikatnya berkait dengan tanggungjawab mahkamah ini di akhir kes pendakwaan sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Akta 593 iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie. [31] Berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan bagi menentukan sama ada PR telah mengemukakan keterangan-keterangan yang memenuhi elemen-elemen kesalahan. [32] Persoalannya kini, apakah kesalahan yang sebenarnya dipertuduhkan kepada kesemua tertuduh oleh PR. Adakah ianya merupakan kesalahan “abduction or wrongfully restraint or wrongfully confinement for ransom” di bawah seksyen 3 Akta 365 atau kesalahan culik di bawah seksyen 359 Akta 574. [33] Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk membuktikan setiap elemen dan intipati pertuduhan terhadap tertuduh dan membuktikan satu kes prima facie sepertimana yang dinyatakan di dalam seksyen 180(4) Akta 574. [34] Di dalam kes PR lwn Che Saufi Bin Kadir [2005] 6 MLJ 15, Hakim VT Singham HMT telah menegaskan berkenaan tugas pendakwaan seperti berikut: “Pendakwaan tidak boleh elak dari tanggungjawab dan tugasnya (is not absolved or relieved of their legal and positive duty) untuk membuktikan intipati-intipati atau unsur-unsur pertuduhan seperti dikehendaki dari segi undang-undang.” [35] Di dalam buku “Evidence, Practice And Procedure, Fourth Edition, Lexis Nexis 2010”, Augustine Paul telah memetik kata-kata Lord Goddard dan menyatakan seperti berikut: “In criminal cases the facts in issue are the ingredients of the offence that must be proved. per Lord Goddard LCJ in R v Sims [1946] 1 All ER 697, 701: In any event, whenever there is a plea of not guilty, everything is in issue and the prosecution has to prove the whole of their case, including the identity of the accused, the nature of the act and the existence of any necessary knowledge or intent.” [36] Prinsip yang dinyatakan di atas merupakan satu bentuk undang-undang mantap dan digunapakai oleh mahkamah apabila merujuk kepada beban pembuktian serta kewajipan pihak PR untuk membuktikan setiap intipati dan elemen pertuduhan. [37] Dalam apa jua keadaan, bagi melengkapkan penghakiman mahkamah berkaitan substantif keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, mahkamah mengambil tanggungjawab untuk menilai keterangan-keterangan berpandukan kepada kesalahan di bawah seksyen 3 Akta 365 dan menentukan sama ada pihak PR telah mengemukakan keterangan-keterangan yang berkredibel. [38] Di dalam sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 Akta 365, elemen-elemen yang perlu dibuktikan adalah seperti berikut:
a
pertamanya, tertuduh-tertuduh sama ada —
i
abducts the complainant, atau
II
(ii) wrongfully confines the complainant, atau
III
(iii) wrongfully restrains the complainant,
b
keduanya, perbuatan abduction, wrongful confinement or wrongful restraint, telah dilakukan dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan; dan
c
ketiganya, tertuduh-tertuduh telah meminta wang tebusan Memandangkan ianya dibaca bersama-sama dengan seksyen 34 Akta 574, maka pihak PR perlu membuktikan elemen niat bersama-sama di kalangan para tertuduh. Manakala bagi Tertuduh 5, memandangkan ia melibatkan persubahatan di bawah seksyen 109 Akta 574, maka khusus bagi Tertuduh 5, pihak PR perlu membuktikan elemen persubahatan. [39] Seksyen 2 Akta 365, telah menafsirkan perbuatan “wrongful restraint, wrongful confinement and abduction” seperti berikut; “"wrongful restraint", "wrongful confinement" and "abduction" shall have the meanings assigned to them in sections 339, 340 and 362 respectively of the Penal Code [Act 574]” [40] Seksyen 339, 340 dan 362 Akta 574 memperuntukan seperti berikut; 339; Wrongful restraint Whoever voluntarily obstructs any person, so as to prevent that person from proceeding in any direction in which that person has a right to proceed, is said wrongfully to restrain that person. 340; Wrongful confinement Whoever wrongfully restrains any person in such a manner as to prevent that person from proceeding beyond certain circumscribing limits, is said "wrongfully to confine" that person. 362; Abduction Whoever by force compels or by any deceitful means induces any person to go from any place, is said to abduct that person. [41] Terdapat dua isu penting di dalam menilai keterangan-keterangan di pihak PR iaitu sama ada pihak PR telah berjaya membuktikan; a) tertuduh-tertuduh telah menahan mangsa-mangsa secara salah; dan b) ia bertujuan untuk mendapatkan wang tebusan Sama ada tertuduh-tertuduh telah menahan SP1 dan SP6 secara salah [42] Puan TPR di dalam hujahannya menghujahkan kesemua tertuduh berniat untuk menahan SP1 dan SP6 bagi tujuan mendapatkan wang tebusan. TPR menghujahkan bahawa keterangan langsung daripada saksi-saksi pendakwaan iaitu SP1, SP4, SP6, SP8 dan SP13 yang menunjukkan kesemua tertuduh melakukan penculikan ke atas SP1 dan SP6 dan keterangan langsung daripada SP7 dan SP8 menunjukkan Tertuduh 5 melakukan subahat dengan mengarahkan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 melakukan culik ke atas SP1 dan SP6. [43] Puan TPR telah dengan secara tuntasnya membawa perhatian mahkamah ke atas keterangan-keterangan SP1, SP2, SP4 dan SP13 dengan mengetengahkan keterangan-keterangan yang relevan bagi membuktikan bahawa SP1 dan SP6 telah ditahan secara salah. [44] Pertimbangan mahkamah ke atas keterangan-keterangan pihak PR, mendapati terdapat beberapa keterangan yang perlu diberi perhatian seperti berikut; a) semasa kehadiran sebuah kereta di halaman rumah SP1, terdapat beberapa orang lain lagi yang berada di dalam dan di luar di kawasan halaman rumah SP1 iaitu pengawal peribadi terlatih yang memiliki senjata api (SP8), adik ipar kepada SP1 (SP4), isteri kepada SP1 (SP6), pengasuh (SP13) dan seorang mekanik bernama Jan (tidak dipanggil sebagai saksi); b) Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 dikatakan telah turun dari kereta tersebut tanpa memakai sebarang pelitup muka (face mask) dan tidak mempunyai apa-apa senjata berbahaya bersama mereka; c) sebaik turun, terdapat perbincangan di antara SP1 dengan Tertuduh 1 di mana SP1 yang terlebih dahulu membuat tawaran kepada Tertuduh 1 untuk kes diselesaikan; d) SP1 mempunyai perniagaan skim pelaburan dengan
5
Malahan SP1 bersetuju bahawa pada sekitar bulan November 2020, Tertuduh 5 pernah meminta SP1 memulangkan semula duit pelaburannya yang kemudiannya dibayar namun tidak mencukupi; e) sebelum menaiki Hilux, SP1 melihat Tertuduh 1 bercakap-cakap dengan SP8, dan SP8 dilihat menyerahkan senjata api beserta lesen untuk diperiksa sebelum Tertuduh 1 menaiki kereta Hilux bersama-sama dengan SP1 dan SP6 meninggalkan rumah tersebut; f) SP1 dan SP6 mempunyai peluang dan kesempatan untuk melaporkan kejadian yang didakwa sebagai penculikan kepada pihak polis memandangkan pada setiap masa material SP6 memegang telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meminta mereka mencarikan dan mengumpulkan wang tebusan; g) namun sehingga kini, SP1 dan SP6 masih gagal dan enggan membuat sebarang laporan polis malahan seakan-akan cuba untuk mengelak; h) keesokan harinya, SP6 telah dikeluarkan dari homestay dan telah balik kepada keluarganya di sebelah petang dan SP1 masih lagi ditahan di homestay tersebut. SP6 sepatutnya boleh membuat laporan polis berkenaan penculikan SP1 dan memaklumkan kepada polis berkenaan lokasi homestay tersebut dan keberadaan SP1 untuk tindakan segera pihak polis menyelamatkan SP1, namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh SP6; dan i) pada setiap masa Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 tidak menutup muka mereka. Dengan kata yang lain, identiti mereka adalah didedahkan. [45] Persoalannya kini adakah dengan mengambil kira keterangan-keterangan ini, ia membuktikan bahawa SP1 dan SP6 telah berada di dalam tahanan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 pada masa yang material. [46] Mahkamah berpandangan SP1 dan SP6 mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan bantuan terutamanya daripada pihak polis dan ahli keluarga yang berada di rumah. Apatah lagi, terdapat situasi di mana SP1 dan SP6 ditinggalkan sendirian di dalam kereta dengan kehadiran ahli-ahli keluarganya yang lain di halaman rumah. Namun kedua mereka tidak sama sekali mencuba untuk meminta bantuan atau sekurang-kurangnya cuba untuk membuat panggilan kepada mana-mana ahli keluarga atau pihak berkuasa polis. Tindakan kedua-dua SP1 dan SP6 hanya pasrah menunggu dan tidak berbuat apa-apa adalah pada hemat mahkamah suatu yang pelik. [47] Mahkamah turut agak tertanya-tanya berkaitan keengganan SP1 maupun SP6 membuat sebarang laporan polis. Alasan SP1 bahawa SP1 tidak tahu keperluan untuknya membuat laporan polis adalah suatu alasan dangkal yang tidak dapat diterima apatah lagi mengambil kira status SP1 sebagai seorang ahli perniagaan. [48] Selain itu, SP1 telah berjumpa dengan SP3 dan rakan-rakan polis yang lain di IPK Alor Setar untuk meminta pendapat mereka berkenaan kejadian penculikan yang kononnya berlaku ke atasnya namun tiada siapapun yang menasihati SP1 untuk membuat laporan polis. Ini juga pada hemat mahkamah adalah tidak lojik kerana bagi mahkamah jika wujud sebarang perlakuan jenayah, maka pastinyalah SP1 atau SP6 akan dinasihati untuk membuat satu laporan polis. [49] Di dalam masa yang sama mahkamah, perlu berhati-hati dalam menilai kredibiliti SP1 yang terbukti melalui pemeriksaan-pemeriksaan yang dijalankan telah mengakui bukan seorang Dato’ sungguhpun SP1 membenarkan orang-orang di sekelilingnya memanggilnya dengan panggilan Dato’ Nadim. Ini menunjukkan SP1 seorang yang sanggup untuk mereka-rekakan keterangan jika ianya memberi kelebihan kepadanya. [50] Selain itu, SP1 mengakui terlibat di dalam perniagaan pelaburan melibatkan kutipan deposit dari orang awam untuk digunakan secara peribadi dan bukannya bagi mendapatkan pulangan pelaburan. Sejumlah laporan-laporan polis terhadap SP1 telah dikemukakan dan kesemuanya diakui oleh SP1 berkenaan penipuan pelaburan. Malahan SP1 telah ditahan dan disiasat dan seterusnya dikenakan di bawah Perintah Sekatan di Pulau Tioman berkenaan dengan kes-kes penipuan beliau. Alasan-alasan yang Atasnya Perintah itu dibuat berkaitan Perintah Sekatan tersebut dikemukakan sebagai Ekshibit D63. [51] Pertimbangan maksimum mahkamah ke atas keseluruhan keterangan ini membolehkan mahkamah ini merumuskan bahawa pihak PR gagal untuk membuktikan tertuduh-tertuduh telah menahan SP1 dan SP6 secara salah. Sama ada tertuduh-tertuduh meminta wang tebusan [52] Ini membawa kepada persoalan kedua berkaitan meminta wang tebusan. Bagi aspek ini, Puan TPR telah membawa perhatian mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP1, SP4, SP6, SP8 dan SP13 dengan agak terperinci. Ia menunjukkan terdapatnya permintaan daripada tertuduh-tertuduh kepada SP1 dan SP6 dan membawa kepada SP6 memohon pertolongan SP13 dan SP8 bagi mendapatkan sejumlah wang. Puan TPR menghujahkan bahawa bukan sahaja wang tebusan telah diserahkan kepada tertuduh-tertuduh sepertimana yang diminta, barang-barang milik SP1 dan SP6 turut diserahkan dan kemudiannya ditemui di dalam milikan tertuduh-tertuduh. [53] Apa yang dimaksudkan sebagai wang tebusan telah ditafsirkan di bawah Akta 365 seperti berikut; “ransom” means any money, price or consideration paid or demanded for the release of a person abducted or wrongfully confined or wrongfully restrained; [54] Di dalam kes Sundar a/l Subramaniam lwn PR dan satu lagi rayuan [2018] MLJU 1748, Mahkamah Rayuan telah membincangkan berkenaan wang tebusan dan menyatakan; “[21] Isu wang tebusan ini merupakan salah satu elemen terpenting kesalahan ini. Pendakwaan mestilah membuktikan bahawa pemelarian atau halangan salah ke atas SP3 dilakukan dengan niat untuk menahannya demi wang tebusan (with intent to hold any person for ransom). S 2 Akta Penculikan 1961 mentakrif wang tebusan: "any money, price or consideration paid or demanded for the release of a person abducted or wrongfully confined or wrongfully restrained." Diperhatikan apa yang perlukan dibuktikan ialah wujudnya niat menahan itu bagi tujuan wang tebusan. Sama ada wang itu dipersetujui, dibayar, diterima atau tidak ditemui tidaklah penting jika dapat dibuktikan adanya niat untuk mendapatkan apa-apa ganjaran bagi pelepasan orang yang diculik itu. Telah menjadi undang-undang yang kini mantap bahawa persoalan penentuan niat itu hanya boleh dibuat, kecuali adanya pengakuan, melalui pertimbangan fakta dan keadaan sesuatu kes itu. Tidak dapat dinafikan kewujudan keterangan tentang adanya apa-apa permintaan, pembayaran atau penerimaan wang bagi tujuan tersebut dapat membantu dalam membuat penentuan niat tersebut.” [55] Penilaian keterangan-keterangan secara maksimum, mahkamah mendapati di dalam pemeriksaan-pemeriksaan balas tertuduh-tertuduh ke atas saksi-saksi pihak PR, cadangan telah diletakkan bahawa wang yang diminta adalah lebih merupakan pengembalian wang perlaburan yang telah dilaburkan oleh Tertuduh 5. Sepertimana yang diulas di atas, penglibatan SP1 di dalam perlaburan dan SP1 mengenali Tertuduh 5 adalah suatu fakta yang diterima. Ia bukan sahaja diakui oleh SP1, malahan disahkan oleh SP7 dan SP8 dan anak SP1 iaitu SP12. [56] Bagi membuktikan elemen ini, pihak PR mengambil pendekatan bersandarkan kepada keterangan SP1 dan SP6 semata-mata. Tiada keterangan sokongan lain, terutamanya keterangan forensik dari panggilan-panggilan telefon dikemukakan sedangkan pada pengamatan mahkamah, ianya boleh dilakukan memandangkan telefon-telefon kesemua tertuduh telah dirampas. Berpegang semata-mata kepada keterangan SP1 dan SP6 adalah tidak meyakinkan apatah lagi, sepertimana yang mahkamah telah ulas, kredibiliti keterangan mereka adalah amat dicurigai. [57] Mahkamah berpandangan, rekod-rekod panggilan dan perbualan mesej yang terdapat di dalam telefon-telefon milik tertuduh-tertuduh merupakan medium utama komunikasi sama ada di antara tertuduh-tertuduh, maupun di antara tertuduh dengan SP1 dan SP6. Ia sudah tentu dapat membuktikan dan menunjukkan secara jelas berkenaan apa sahaja komunikasi dan perhubungan yang pernah dilakukan sebelum, semasa dan selepas kejadian yang didakwa sebagai penculikan tersebut. Maka dari situ, ia membolehkan mahkamah menilai kejadian yang sebenarnya berlaku pada setiap masa material serta menentukan tujuan sebenar kehadiran tertuduh-tertuduh di rumah SP1 pada masa itu. [58] Sehubungan itu, mahkamah ini merumuskan bahawa berdasarkan pengamatan secara maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, persoalan berkenaan mendapatkan wang tebusan telah turut gagal dibuktikan oleh pihak PR. Dengan kata yang lain apa yang diminta serta diserahkan oleh SP1 dan SP6 tidak dibuktikan secara prima facie merupakan wang tebusan. Sama ada elemen persubahatan Tertuduh 5 telah dibuktikan [59] Akhirnya, mahkamah ingin menyentuh berkenaan elemen persubahatan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh 5. Puan TPR mengasaskan hujahannya dengan merujuk kepada keterangan SP7 dan SP8. TPR menghujahkan berdasarkan keterangan SP7, jelas bahawa Tertuduh 5 yang telah memulakan langkah bagi menjayakan penculikan ke atas SP1 dan SP6. SP7 mengesahkan bahawa Tertuduh 5 telah menghubungi beliau bagi mendapatkan maklumat berkenaan keberadaan SP1. Tertuduh 5 juga telah memperkenalkan pasukan beliau yang terdiri daripada Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 yang akan melaksanakan tangkapan ke atas SP1 di Kedah. [60] Berdasarkan pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh 5, elemen persubahatan adalah dikatakan Tertuduh 1 adalah telah mengarahkan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 sepertimana di bawah seksyen 107(aa) Akta 594. [61] Namun sebaliknya, penelitian ke atas keterangan SP7 hanya menunjukkan bahawa Tertuduh 5 hanya semata-mata memperolehi maklumat berkenaan keberadaan SP1. Ia bagi tujuan yang jelas iaitu berkaitan kes-kes perlaburan yang turut melibatkan anggota-anggota polis. [62] Di dalam masa yang sama, tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR yang dapat membuktikan bahawa wujud kaitan atau nexus di antara perbuatan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4 dengan Tertuduh 5. Tiada sebarang wang tebusan yang dijumpai daripada Tertuduh 5 dan tidak wujud sebarang rekod telekomunikasi di antara Tertuduh 5 dengan Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4. [63] Mahkamah turut mendapati Tertuduh 5 telah ditangkap 8 hari selepas kejadian iaitu pada 30/11/2020. Sekiranya Tertuduh 5 adalah berniat untuk mendapat balik wang pelaburannya melalui muslihat penculikan ini, sudah tentunya Tertuduh 5 telah meminta “wang tebusan” tersebut daripada Tertuduh 1 hingga Tertuduh 4. Namun tiada satu keterangan yang membolehkan mahkamah membuat inferens sedemikian. [64] Bagi mahkamah dari keseluruhan keterangan pihak pendakwaan ini telah menimbulkan satu persoalan sama ada Tertuduh 5 hanya setakat cuba memperolehi bantuan mengenalpasti kedudukan SP1 dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai motif sebenar maklumat terperinci tentang operasi berkenaan. [65] Oleh yang demikian, mahkamah merumuskan bahawa bagi Tertuduh 5, pihak PR turut gagal membuktikan satu kes prima facie secara khususnya elemen persubahatan. Kesimpulan [66] Di akhirnya, mahkamah merumuskan bahawa dari setiap sudut, pihak PR gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas kesemua tertuduh. Oleh yang demikian, mahkamah dengan ini melepas dan membebas kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 25hb Mei 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Fatin Farahiyah Binti Nadzri Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Jayaraj A/L Thurairaj Tetuan T. Jayaraj & Company Peguamcara & Pegumbela] No. 49, Jalan Cempaka ½ Persiaran Cempaka Bandar Aman Jaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Badrul Munir Bin Mohd Bukhar Ummi Aliza Binti Abdul Kadir Tetuan Badrul Munir Bukhari & Co Peguambela & Peguamcara C-07-01 Kompleks Danau Kota Taman Zeta @ Zetapark 67, Jalan Taman Ibu Kota Setapak, 53300 Setapak Kuala Lumpur. Tetuan Siti Haslina & Associates Peguambela & Peguamcara No. 214, Jalan Nilam 8/1 Taman Arked 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Rahamatullah Bin Baharudeen Azeezi Bin Nordin Tetuan Rahamat & Co Peguambela & Peguamcara No. K-167, Tingkat 1 Taman Wira Mergong Jalan Sultanah Bahiyah 05150 Alor Setar Kedah Darul Aman Vivian Yew Zhi Xuan Tetuan Kit & Associates Peguambela & Peguamcara Suite 195-1, Sri Wangsaria Jalan Ara, Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur Tetuan Jamal Abbas & Co Peguambela & Peguamcara No. 615A, First Floor Jalan Haruan 4/8 Oakland Commercial Centre 70300 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus Tetuan Nurul & Charan Peguambela & Peguamcara No. 14 & 16, Lorong Istana Taman Istana 30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan Tarikh Keputusan : 6hb. Mac, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Culik 1961 ➢ Akta Kanun Keseksaan ➢ Akta Kanun Tatacara Jenayah Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; ➢ Mohd Khairul Anuar Musa lwn PP & Rayuan yang lain [2015] 1 CLJ 909; ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; ➢ PP v Muhammad Shahmizal Azizan & ors [2022] 7 CLJ 649; ➢ PP v. Dato' Saidin Thamby [2012] 4 CLJ 15; ➢ PR lwn Che Saufi Bin Kadir [2005] 6 MLJ 15; ➢ Ravindran Ramasamy v. PP [2015] 3 CLJ 421; ➢ Sundar a/l Subramaniam lwn PR dan satu lagi rayuan [2018] MLJU 1748; dan ➢ Thenegaran Murugan & anor v. PP [2013] 5 CLJ 850.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.