Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-03/2022 DAN CB-45-4-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45-4-03/2022
High Court of Malaysia23 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t is obvious that there is nothing in Haw Tua Tau case to suggest that the “prima facie case” approach as understood in criminal trials in this country and enunciated in Public Prosecutor v Chin Yoke [1940] MLJ 47, is wrong in principle. On the contrary, in overruling the various passages in Ong Kiang Kek on the effect”
“called on the accused to enter upon his defence. This showed that, in the opinion of the Magistrate, a prima facie case had been made out against the accused. Otherwise, under Section 171 (f) of the Criminal Procedure Code if the Magistrate found that no case against the accused had been made out “which if unrebutted w”
“alam budi bicara Pendakwa Raya untuk mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan tanggungjawab membuktikan kes terhadap Tertuduh. Ini dinyatakan dalam kes Adel Muhammed el Dabbah v A-G of Palestine [1944] AC 156 yang ditegaskan dalam kes Ti Chuee Hiang v PP 1995 2 MLJ 433 seperti yang berikut: “Having said that, it i”
“Fang v Public prosecutor [1985] 2 MLJ 335). Cases involving the acquittal of the accused without defence being called on ground of identity, such as found in Public Prosecutor v Lim Teong Seng & Ors [1946] MLJ 108, could easily have been justified on the failure of the prosecution to prove an essential ingredient of th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-8-03/2022 DAN CB-45-4-03/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
ERIEYUZWAN BIN MOKHTAR
2
NORNABILA BINTI ABDUL MUTALIB (NO. K/P: 920808-06-6224) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT 2) telah dikemukakan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut: Kes No. CB-45A-8-03/2022 "Bahawa kamu bersama-sama pada 19hb Oktober 2021, jam lebih kurang 0445 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah No. 88C Kg. Chegar Benus, 28700 Bentong, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 74.55 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." Kes No. CB-45-4-03/2022 Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu bersama-sama pada 19hb Oktober 2021, jam lebih kurang 0445 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah No. 88C Kg. Chegar Benus, 28700 Bentong, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.020 gram Methamphetamine, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." Pertuduhan Kedua "Bahawa kamu bersama-sama pada 19hb Oktober 2021, jam lebih kurang 0445 hrs, bertempat di hadapan sebuah rumah No. 88C Kg. Chegar Benus, 28700 Bentong, di dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati dalam kawalan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.019 gram Heroin dan Monoacetylmorphines, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." [2] Pendakwa Raya telah memanggil 7 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan pegawai serbuan (SP 6) telah mendapat maklumat bahawa sebuah kenderaan akan berada di tempat di mana serbuan akan dilakukan. Pada hari kejadian ketika serbuan dibuat OKT 1 dan OKT 2 berada di dalam kenderaan tersebut. [3] Semasa serbuan itu dadah-dadah yang menjadi asas kepada pertuduhan ini dikatakan ditemui dalam kenderaan tersebut. Dadah-dadah tersebut telah dirampas dan dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian. [4] SP 6 semasa menjelaskan berkenaan dengan serbuan dan penemuan dadah-dadah tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: : Inspektor tadi semasa dirujuk dengan barang kes sebagaimana di perenggan 4 tadi iaitu 10 peket plastik lutsinar pelbagai saiz dan satu peket plastik kecil macam mana keadaan peket plastik tersebut pada hari ini? : Keadaan yang kita lihat pada hari ini dalam keadaan kosong, tidak berisi. : Semasa Inspektor buat pemeriksaan sebagaimana di perenggan 3 dan 4, bagaimana keadaan plastik tersebut? : Keadaan plastik tersebut berisi dadah lah. Bahan disyaki dadah. : Jadi sekiranya dirujuk Inspektor dengan gambar barang kes Inspektor boleh sahkan? : Ya boleh. : P11 dirujuk. Boleh Inspektor sahkan bagi 10 peket plastik dan juga satu peket plastik kecil tadi? : Bagi gambar nombor 2 adalah gambar 10 peket plastik disyaki dadah jenis syabu. Manakala gambar nombor 3 adalah merupakan satu peket plastik kecil yang mana berisi dadah disyaki heroin. [5] Sementara itu berkenaan dengan maklumat yang diterima oleh SP 6 dinyatakan seperti yang berikut: : Soalan saya ialah bagaimana maklumat tersebut diterima oleh Inspektor? Adakah pemberi maklumat itu datang atau menelefon? : Pemberi maklumat adalah melalui kita perjumpaan. : Pada tarikh yang sama? : Ya betul. : Boleh Inspektor kongsikan jam berapa kira-kira? : Lebih kurang 12 ke 1 pagi. : Adakah maklumat yang Inspektor terima itu Inspektor produce into writing sebagaimana kehendak dalam CPC? : Tidak ada. [6] Semasa pemeriksaan balas juga SP 6 telah mengesahkan bahawa terdapat seorang lelaki iaitu Anuar. Dia ditangkap terlebih dahulu sebelum tangkapan terhadap kedua-dua OKT. Nama Anuar tidak dimasukkan di dalam laporan polis SP 6. Walau bagaimanapun SP 6 tidak setuju bahawa dia telah mendorong Anuar untuk membuat apa-apa pengakuan berkenaan dengan perhubungan telefon di antara Anuar dengan OKT. [7] Berkenaan dengan penemuan dadah-dadah itu SP 6 mengesahkan ia ditemui di dalam kereta. Dia juga mengesahkan bahawa pemberi maklumat kepada SP 6 adalah juga seorang penagih dadah dan bukannya seorang pemberi maklumat yang berdaftar. [8] Pendakwa Raya juga mengemukakan keterangan bahawa kenderaan yang diserbu tersebut adalah kepunyaan Jehan Safura binti Kharudin (SP 4). SP 4 telah menjelaskan bagaimana kenderaan tersebut dipinjamkan kepada OKT 2. Ini dapat dilihat seperti yang berikut: : Kita lihat pada penyataan saksi di perenggan 3. Kereta tersebut telah dibawa oleh Erieyuzwan bin Mokhtar dan Nornabila binti Abdul Mutalib yang saya kenal baru lagi dalam 3 bulan sebelum kejadian berlaku pada 2021. Jadi soalan saya dua penama ini puan kenal kedua-duanya? : Tak rapat, kenal macam itu saja. : Tidak kenal rapat tetapi puan mengenali mereka, betul? : Ya. : Berapa lama puan kenal kedua-dua penama tersebut? : Dalam tempoh 3 bulan sebab saya baru kenal. : Boleh beritahu macam mana kenal mereka? : Kawan atas kawan. [9] Peminjaman tersebut dibenarkan oleh SP 4 adalah atas kepercayaan bahawa OKT 2 memaklumkan bahawa dia ingin balik kampung sekejap. Kereta itu dipinjamkan pada 19.10.2021. SP 4 telah dapat mengenalpasti dan mengecam kenderaan tersebut melalui gambar. [10] Seterusnya ahli kimia (SP 5) telah mengesahkan bahawa hasil daripada ujian yang dilakukan ke atas eksibit-eksibit yang dikemukakan kepadanya telah mendapati bahawa ia mengandungi methamphetamine, heroin dan monoacetylmorphines seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia (P10). [11] Seterusnya pegawai penyiasat (SP 7) di dalam keterangannya mengesahkan bahawa dia menerima barang kes dan OKT-OKT daripada SP 6. Namun demikian tidak mengetahui berkenaan dengan individu yang bernama Anuar seperti yang dinyatakan dalam keterangan SP 6. [12] SP 7 juga telah mengecam barang-barang kes di Mahkamah berdasarkan tandaan yang dilakukan. Dia juga telah menyatakan bahawa barang kes telah diisikan dalam beg eksibit dan telah ditandakan dengan tandaan AN dan AN1. Manakala barang-barang kes yang lain ditandakan sebagai AN 2. : Tadi Inspektor ada nyatakan telah menyediakan satu beg warna coklat yang terdapat tandaan AN2. Boleh Inspektor jelaskan apa yang Inspektor letakkan dalam beg tandaan AN2 ini? : Saya telah mengisi barang kes eksibit yang lain selain daripada dadah iaitu sampul AN dan AN1 iaitu saya letak didalamnya satu beg berzip warna perak tertera tulisan Mangga, yang kedua saya letakkan satu alat penimbang jenama Manlorro, yang ketiga saya letakan satu bungkusan peket-peket plastik lutsinar yang diikat dengan getah dan terakhir satu alat kawalan jauh motokar di dalam beg barang kes yang saya tandakan dengan AN2. : Kemudian beg ini disimpan di mana? : Saya telah serahkan kepada jurustor ketika itu Sarjan Rosmadiana untuk disimpan di stor barang kes. [13] SP 7 juga menyatakan bahawa dia tidak mendapatkan telefon bimbit daripada OKT-OKT. Namun begitu beliau mengesahkan bahawa kenderaan yang dirampas itu adalah kepunyaan SP 4. [14] Pada masa yang sama pihak pendakwaan juga mengemukakan keterangan jurustor (SP 3) yang menerangkan bagaimana rekod dibuat dalam buku pendaftaran barang kes berkenaan dengan barang kes yang diterima dalam kes ini. SP 3 menyatakan bahawa dia hanya menampal kertas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat. SP 3 menjelaskan mengapa dia tidak menulis dalam buku tetapi hanya menampal dokumen yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat seperti yang berikut: : Ada apa-apa rekod dia request itu? Atau memang begitulah prosedurnya, pegawai datang ke bilik stor saya nak barang ini, memang begitu? : Tak ada rekod cuma saya catat pada POL 261 ini saja. : Barang-barang ini kenapa Sarjan tak tulis dalam buku? Kenapa tampal sahaja macam itu? : Sebab satu salinan, borang ini ada dua salinan, satu salinan I/O untuk dia letakkan dalam kertas siasatan dan rujukan akan datang. [15] SP 3 juga telah menjelaskan dengan panjang lebar berkenaan dengan prosedur yang sepatutnya diikuti bagi pendaftaran barang kes seperti yang berikut: : Dalam buku pendaftaran barang kes tersebut boleh sahkan adakah ini adalah salinan daftar bagi barang kes yang Sarjan daftarkan? : Boleh. TPR: Saya mohon salinan buku daftar ditandakan. Salinan telah diserahkan. Mahkamah: Dalam buku ini ada, dalam salinan tak ada. SP3: Ini senarai barang kes yang didaftarkan. Dalam kertas ini yang bertulis 148/21 adalah senarai barang-barang kes yang telah didaftarkan. Mahkamah: Sebab itu adalah lebih baik kita tulis dalam buku ini, bila tulis macam ini dia jadi tak tally. Bila buat macam ini, ini yang bertaip ya? Ini saya faham surat yang diterima daripada I/O ya? SP3: Betul Yang Arif. Mahkamah: Tugas pegawai adalah untuk rekodkan di dalam ini secara bertulis. Sebab kalau tidak dia akan jadi conflict, sebab tarikh pun lain. Tarikh ini 19hb 1 surat ini. Cuma di bawah ini adalah tarikh 21/10, mungkin tandatangan puan dan letakkan tarikh? 19 hb 1 tarikh report. TPR: Yang Arif untuk salinan buku daftar saya mohon untuk kemukakan dahulu kemudian kertas yang dikepilkan tersebut saya mohon untuk kemukakan kemudian, memandangkan ia telah dirujuk oleh Mahkamah ini. Saya mohon untuk membuat salinan dan kemukakan kepada pihak-pihak. Mahkamah: Sebab di sini dalam catatan di sini nombor kes ini kes Mahkamah Majistret ke? Nombor 83D ini? Itu nombor apa? Semasa pertuduhan kita mula-mula tuduh itu kita tuduh di Mahkamah Majistret Bentong. Bila dah dapat laporan kimia kita tuduh balik di Mahkamah Tinggi. Mahkamah: Sebab ditulis kalau kita tengok kolum 6, 7 ini dia tulis tarikh barang kes dihantar ke Mahkamah, nombor itu saja. Kemudian yang nombor 7 ini tarikh barang kes dipulang balik dari Mahkamah dia tak suruh tulis nombor Mahkamah. Puan tulis di situ nombor 83D ini, puan tulis ke? Yang warna merah ini? Yang tulisan warna merah adakah saksi ini yang tulis? Ya saya tulis. Analisa [16] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan Mahkamah perlu menentukan sama ada pihak pendakwaan telah menunjukkan satu kes prima facie. Ini dinyatakan di bawah sesyen 180 KPJ seperti berikut:
180
Procedure after conclusion of case for prosecution.
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [17] Peruntukan ini telah diperkenalkan di bawah KPJ melalui pindaan yang berkuatkuasa pada 31.01.1997 melalui Akta A979. Sebelum ini peruntukan seksyen 180 KPJ adalah seperti yang berikut: “180. Procedure after conclusion of case for prosecution. When the case for the prosecution is concluded the Court, if it finds that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction shall record an order of acquittal, or, if it does not so find, shall call on the accused to enter on his defence.” [18] Peruntukan perbicaraan ringkas sebelum ini berkaitan dengan kedudukan di akhir kes pendakwaan telah diperuntukkan di bawah seksyen 173 (f) KPJ seperti yang berikut: “(f) If, upon taking all the evidence hereinbefore referred to, the Court finds that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction the Court shall record an order of acquittal.” [19] Kini seksyen 173 (f) KPJ telah dipinda melalui melalui Akta A979 berkuat kuasa pada 31.01.1997 dan diperuntukkan seperti yang berikut: “(f) (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.” Sorotan ringkas perkembangan undang-undang berkaitan dengan prima facie di bawah Kanun Prosedur Jenayah [20] Semenjak hampir 90 tahun lalu Mahkamah telah memberikan penjelasan berkenaan dengan apakah yang perlu dilakukan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan. Ia dapat dilihat misalnya dinyatakan dalam kes PP v Man bin Abas [1935] 1 MC 160 apabila perkataan prima facie digunakan dalam meneliti seksyen 171 (f) KPJ. Hakim Howes menyatakan seperti yang berikut: “2. ...
3
The Magistrate heard the prosecution in reply, and there upon called on the accused to enter upon his defence. This showed that, in the opinion of the Magistrate, a prima facie case had been made out against the accused. Otherwise, under Section 171 (f) of the Criminal Procedure Code if the Magistrate found that no case against the accused had been made out “which if unrebutted would warrant his conviction,” he would have acquitted the accused at that stage.
4
…
5
…
6
…
7
…” [21] Ia juga dinyatakan dalam kes Public Prosecutor v Lee Yee Heng [1938] 1 MLJ 117. Mahkamah juga mendapati bahawa terdapat garis panduan yang menarik telah dinyatakan dalam kes PP v Lim Teong Seng and 2 others [1946] 1 MLJ 108 berkenaan dengan hal ini melalui penghakiman Laville seperti yang berikut: “In my view, the basis of this direction in sec. 173 (f), sec. 180 and sec. 190 is twofold. Firstly, that the onus is on the prosecution and never shifts to prove its case. Secondly, that the circumstances of each of these 3 forms of trial are the same. The presiding officer is sitting not only as a judge but as a jury. If therefore at the close of the prosecution he as a jury comes to the conclusion, not that there is no evidence, but that the evidence produced is not strong enough to warrant a conviction, and only evidence beyond all reasonable doubt is of that nature, he is not by the spirit of English law entitled to say: “I am doubtful of this evidence but let us see if it can be supplemented and improved by what can be elicited from the defence.” The prosecution who have to prove their case beyond all reasonable doubt have produced all the evidence they have, and it is on this evidence the conviction if any must rest, even if accused calls evidence. What the prosecution can elicit for its view from them is either supplementary or redundant, or goes to lessen the credibility of the defence evidence. It cannot be the basis of a conviction. If therefore at the close of the prosecution the Court is of opinion that on that evidence it cannot, as a jury, hold the allegations proved beyond all reasonable doubt, there is nothing left for it to do but to acquit the accused. This view point is set out by the sections cited above.” [22] YA Gordon-Smith menyatakan dalam kes Public Prosecutor v Chin Yoke [1940] 1 MLJ 47 seperti yang berikut: “It is then that it is the duty of the Magistrate or Judge to consider the evidence already led and decide whether or not to call on the accused for his defence, and the question arises what is a prima facie case? In Mozley and Whiteley's Law Dictionary (5th Ed.) it states: “A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.” This follows very closely the actual wording of the sections referred to but it does not follow, in my opinion, that the Magistrate or Judge must necessarily accept the whole of the evidence for the prosecution at its face value. There may be good grounds for rejecting some part, or all of it and, therefore, it is necessary to weigh up this evidence and on so doing one may be satisfied that, if unrebutted, it would warrant the accused's conviction. In such case the accused is then called upon to answer the prima facie case which has thus been made out against him. If, however, on the other hand, after weighing up such evidence for the prosecution one is satisfied that it would be wholly unsafe to convict upon such evidence standing alone, then no prima facie case has been made out and the accused should not be called on for his defence.” [23] Ia telah mencapai tahap kematangan dan kemuncaknya dalam keputusan Majlis Privy berkenaan dengan perkara ini melalui kes Haw Tua Tau v PP [1981] 2 MLJ 49 melalui penghakiman Lord Diplock ketika meneliti peruntukan di bawah Kanun Prosedur Jenayah Singapura yang wajar dipetik secara penuh berkenaan dengan perkara ini dalam penghakiman tersebut bagi memahami prinsip yang dinyatakan dalam kes tersebut seperti yang berikut: “… For reasons that are inherent in the adversarial character ofcriminal trials under the common law system, it, does not place upon the court a positive obligation to make up its mind at that stage of the proceedings whether the evidence adduced by the prosecution has by then already satisfied it beyond reasonable doubtthat the accused is guilty. Indeed it would run counter to the concept of what is a fair trial under that system to require the court to do so. The crucial words in section 188(1) are the words “if unrebutted”, which make the questionthat the court has to ask itself a purely hypothetical one. The prosecution makes out a case against the accused by adducing evidence of primary facts. It is to such evidence that the words “if unrebutted” refer. What they mean is that for the purposeof reaching the decision called for by section 188(1) the court must act on the presumptions (a) that all such evidence of primary fact is true, unless it is inherently so incredible that no reasonable person would accept it as being true; and (b) that therewill be nothing to displace those inferences as to further facts or to the state of mind of the accused which would reasonably be drawn from the primary facts in the absence of any further explanation. Whoever has the function of deciding facts on the trialof a criminal offence should keep an open mind about the veracity and accuracy of recollection of any individual witness, whether called for the prosecution or the defence, until after all the evidence to he tendered in the case on behalf of either side hasbeen heard and it is possible to assess to what extent (if any) that witness's evidence has been confirmed, explained or contradicted by the evidence of other witnesses. The proper attitude of mind that the decider of fact ought to adopttowards the prosecution's evidence at the conclusion of the prosecution's case is most easily identified by considering a criminal trial before a judge and jury, such as occurs in England and occurred in Singapore until itsfinal abolition in capital cases in
1969
Here the decision-making function is divided; questions of law are for the judge, questions of fact are for the jury. It is well established that in a jury trial at the conclusion of the prosecution's case it isthe judge's function to decide for himself whether evidence has been adduced which, if it were to be accepted by the jury as accurate, would establish each essential element in the alleged offence: for what are the essentialelements in any criminal offence is a question of law. If there is no evidence (or only evidence that is so inherently incredible that no reasonable person could accept it as being true) to prove any one or more of those essential elements, it is the judge'sduty to direct an acquittal, for it is only upon evidence that juries are entitled to convict; but, if there is some evidence, the judge must let the case go on. It is not the function of the jurors, as sole deciders of fact, to make up their minds at that stage of the trial whether they are so convinced of the accuracy of the only evidence that is then before them that they have no reasonable doubt as to the guilt of the accused. If this were indeed their function, since any decisionthat they reach must be a collective one, it would be necessary for them to retire, consult together and bring in what in effect would be a conditional verdict of guilty before the accused had an opportunity of putting before them any evidence in his defence.On the question of the accuracy of the evidence of any witness jurors would be instructed that it was their duty to suspend judgment until all the evidence of fact that either party wished to put before the court had been presented. Then and then only should they direct their minds to the question whether the guilt of the accused had been proved beyond reasonable doubt. In their Lordships' view the same principle applies to criminal trials where the combined roles of decider of law and deciderof fact are vested in a single judge (or in two judges trying capital cases). At the conclusion of the prosecution's case what has to be decided remains a question of law only. As decider of law, the judge must consider whether there is some evidence (notinherently incredible) which, if he were to accept it as accurate, would establish each essential element in the alleged offence. If such evidence as respects any of those essential elements is lacking, then, and then only, is he justified in finding “thatno case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction”, within the meaning of section 188(1). Where he has not so found, he must call upon the accused to enter upon his defence, and as decider of fact must keep anopen mind as to the accuracy of any of the prosecution's witnesses until the defence has tendered such evidence, if any, by the accused or other witnesses as it may want to call and counsel on both sides have addressed to the judge such arguments and commentson the evidence as they may wish to advance.” [24] Ia telah diterima pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes A Ragunathan v Pendakwa Raya [1982] 1 MLJ 139 di mana Yang Amat Arif Raja Azlan Shah, pemangku Ketua Hakim Negara setelah memetik kes Haw Tua Tau (supra) menyatakan seperti yang berikut: “Applying that principle, the learned Magistrate at the close of the prosecution's case had to determine as a questionof law whether on the evidence as adduced, and unrebutted, the applicant could lawfully be convicted, that is to say, whether there was with respect to every element in the charge some evidence which, if accepted, would either prove the element directly or enableits existence to be reasonably inferred. That is the question raised in the appeal. It must be distinguished from the question of fact for ultimate decision, which is whether on the evidence as a whole the prosecution has proved to the satisfaction of the court, as a tribunal of fact, that the applicant is guilty as charged.” [25] Mahkamah Agong juga berpeluang untuk memutuskan isu berkenaan dengan prima facie dan prinsip di dalam kes Haw Tua Tau (supra) ini dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 dengan menyatakan seperti yang berikut: “It is obvious that there is nothing in Haw Tua Tau case to suggest that the “prima facie case” approach as understood in criminal trials in this country and enunciated in Public Prosecutor v Chin Yoke [1940] MLJ 47, is wrong in principle. On the contrary, in overruling the various passages in Ong Kiang Kek on the effect of section 188(1) (formerly section 177C) it re-establishes once and for all that there is no duty cast on the prosecution to actually prove their case beyond reasonable doubt as to the guilt of the accused at the close of case for the prosecution. There is accordingly no rejection of the “established beyond reasonable doubt” test, provided it is applied at that stage of the trial in the hypothetical form. Thus, under section 180, the judge must ask himself on the basis of credible evidence, a mere hypothetical question: “If I were to accept the prosecution's evidence as accurate, would it establish the case against the accused beyond a reasonable doubt?”. Putting it in the “prima facie case” form: “On the assumption that the prosecution's evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted?”. If the answer to either question is in the affirmative, then a case is said to have been made out which, if unrebutted; would warrant a conviction, and in such a case the accused should be called upon to state his defence. It must necessarily follow that if the accused elected to remain silent and called no evidence the court must convict him since the hypothetical position obtained pursuant to section 180 that the prosecution evidence would not and could not be rebutted, has become a reality (see Public Prosecutor v Man bin Abas (1935) 1 MC 160). Although our Section 173(f) C.P.C. is worded differently, the same test must apply to criminal trials before a magistrate (see Lee Pin Seng v Public Prosecutor [1986] 2 MLJ 416). It is therefore wrong under sections 173(f) 180 and 190 of the C.P.C. for a judge or magistrate to require the prosecution to prove that the accused is actually guilty beyond a reasonable doubt before calling for his defence. That requirement for ultimate decision must be postponed until the end of the trial after the defence has given evidence and close its case. In substance, this is what Gordon Smith Ag. J.A. meant when he held in 1940 in Public Prosecutor v Chin Yoke (ante) at page 38: “. … that the Magistrate or Judge must necessarily accept the whole of the evidence for the prosecution at its face value. There may be good grounds for rejecting some part, or all of it and, therefore, it is necessary to weigh up this evidence and on so doing one may be satisfied that, if unrebutted, it would warrant the accused's conviction. In such case the accused is then called upon to answer the prima facie case which has thus been made out against him. If, however, on the other hand, after weighing up such evidence for the prosecution one is satisfied that it would be wholly unsafe to convict upon such evidence standing alone, then no prima facie case has been made out and the accused should not be called on for his defence.” In 1980, the principle contained in the above passage was applied by Hashim Yeop A. Sani J. (as he then was) in Zahari bin Yeop Baai & Anor v Public Prosecutor [1980] 1 MLJ 160. In the circumstances, we do not find anything wrong in the trial judge's approach, when calling for the appellant to enter on his defence. He was clearly correct in being satisfied that the prosecution had made out a prima facie case for the appellant to answer according to the principle laid down in Haw Tua Tau and explained in Ragunathan. In considering the question of law whether there is some evidence (not inherently incredible) to prove one or more of the essential ingredients of the alleged offence, a judge or magistrate must by necessity, evaluate and weigh all the evidence. If there is no evidence at all to prove one or more of the essential ingredients of the offence, the accused must be acquitted without calling for his defence. The requirement of section 180 or section 173(f) C.P.C. cannot be properly complied with unless the judge or magistrate considers and evaluates all the evidence adduced by the prosecution as tested in cross-examination. There is nothing in Haw Tua Tau to suggest that for the purpose of proving the essential ingredients of the alleged offence, the words “if unrebutted” in section 180 mean that even if the evidence on primary facts adduced by the prosecution are inherently incredible or the witnesses are found to be untruthful or unreliable, the court must presume that they are respectively true and truthful and must in all cases call for the defence. There must be some credible evidence to prove the essential ingredients of the charge, which in all cases must necessarily include the identity of the accused (see Yau Heng Fang v Public prosecutor [1985] 2 MLJ 335). Cases involving the acquittal of the accused without defence being called on ground of identity, such as found in Public Prosecutor v Lim Teong Seng & Ors [1946] MLJ 108, could easily have been justified on the failure of the prosecution to prove an essential ingredient of the charge without the necessity of ignoring or circumventing the statutory burden imposed by sections 173(f), 180 and 190.” [26] Apa yang jelas dalam kes tersebut ialah Mahkamah Agong menggunakan frasa “credible evidence to prove the essential ingredient of the charge”. Frasa ini dapat dilihat digunakan dalam peruntukan terkini seksyen 180(4) KPJ seperti berikut: “(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [27] Rumusan berkenaan dengan prinsip Haw Tua Tau (supra) dan keputusan Mahkamah Agong dalam kes Munusamy (supra) telah diberikan ulasan yang menarik oleh Professor Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim dalam artikelnya bertajuk The Burden At The End Of The Prosecution Case – Haw Tua Tau Revisited [1987] 2 MLJ lxx di halaman lxxii seperti yang berikut: “What appears to be emphasised both in Haw Tua Tau and in Ragunathan is that at the end of the prosecution case the Magistrate or judge has to decide as a question of law whether the accused can lawfully be convicted on the prosecution evidence – the question of fact as to whether he can be convicted has not arisen at the stage. The approach in the older cases in Malaysia seems however to deal with the question as to whether the Magistrate or judge can and should acquit at the end of the prosecution case. Is this also a question of law only? Surely the Magistrate or judge must decide whether to acquit or not. He is then a decider of fact as well as of law. Contrary to what Lord Diplock said in Haw Tua Tau in Malaysia, the jury can find that there is no case against the accused at the end of the prosecution case and acquit him.” [28] Walau bagaimanapun terdapat keputusan Mahkamah Persekutuan yang berpandangan prinsip dalam Haw Tua Tau (supra) tersebut adalah tidak tepat iaitu dalam kes Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265 yang menyatakan seperti yang berikut: “With the utmost respect, we cannot agree. The Haw Tua Tau test requires a minimal evaluation of the evidence at the close of the prosecution's case to ensure that it is not inherently incredible whereas the test adopted in the pre-Haw Tua Tau cases requires a maximum evaluation of the evidence at that stage of the trial to ensure that on that evidence standing alone the court would be prepared, then and there, to convict should the accused say nothing, before the accused can be called to enter upon his defence.” [29] Mahkamah Persekutuan seterusnya menyatakan dalam kes Khoo Hi Chiang (supra) tersebut di halaman 290 seperti yang berikut: “Consequently, the duty of the court, at the close of the case for the prosecution, is to undertake, not a minimal evaluation of the evidence tendered by the prosecution in order to determining whether or not the prosecution evidence is inherently incredible – the Haw Tua Tau test – but a maximum evaluation of such evidence, to determine whether or not the prosecution has established the charge against the accused beyond all reasonable doubt. With considerable regret, therefore, we must decline to follow Haw Tua Tau and its progeny Ragunathan, Munusamy and Junaidi, as to the effect of the relevant statutory provisions of the Code to which we have referred and discussed.” [30] Seterusnya Mahkamah Persekutuan melalui keputusan majoriti dalam kes Arulpragasan a/l Sandaraju v Public Prosecutor [1997] 1 MLJ 1 menyatakan seperti yang berikut: “Conclusion on the standard of proof point To sum up, therefore – so far as the standard of proof on the prosecution, at the close of its case is concerned – I would uphold Khoo Hi Chiang and with the utmost respect, decline to follow Haw Tua Tau, Ng Theng Shuang and Yeo Tse Soon and overrule Ragunathan v PP [1982] 1 MLJ 139, Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] 3 MLJ 217 and Tan Boon Kean v PP [1995] 3 MLJ 514.” [31] Ini bermakna terdapat perubahan yang ketara berkenaan dengan penilaian yang perlu dibuat di akhir kes pendakwaan. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah mengubah pendekatan yang dinyatakan dalam kes Haw Tua Tau (supra) dan kes-kes yang diputuskan sebelum ini berkenaan dengan prima facie. Pindaan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah 1996 [32] Bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan prima facie di bawah KPJ, badan perundangan telah memperkenalkan pindaan kepada seksyen 180 dan seksyen 173 (f) KPJ berkaitan dengan perkara tersebut. Ini dapat dilihat melalui pindaan yang dibuat melalui Penyata Rasmi Parlimen ketika Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang- Undang Kanun Prosedur Jenayah Pindaan 1996 pada 17.12.1996 dan 18.12.1996 yang antara lain menyatakan seperti yang berikut: Tuan Yang di-Pertua, pada 27hb. Julai, 1996 yang lalu, Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kes Arulpragasan a/l Sundaraju dan Pendakwaraya telah memutuskan dengan majoriti 4-3 bahawa standard pembuktian yang diperlukan pada penutup kes pendakwaan bagi mewajarkan mahkamah memanggil orang tertuduh untuk membela dirinya ialah pembuktian kes "melepasi keraguan yang munasabah," atau dengan izin, "beyond resonable doubt." Itulah tafsiran Mahkamah Persekutuan bagi peruntukan dalam Seksyen 180, Kanun Prosedur Jenayah bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang mengatakan bahawa, dengan izin, "The Court, if it finds that no case against the accused have been made out which if unrebutted, would warrant his conviction shall record an order of acquittal". Ungkapan yang sama terdapat dalam perenggan (f), Seksyen 173 Kanun itu, bagi perbicaraan di Mahkamah Rendah. Kes Arulpragasan ini telah mengubah standard pembuktian pada penutup kes pendakwaan seperti mana yang diputuskan dalam kes-kes di Malaysia berikutan dengan keputusan Privy Council dalam kes Haw Tua Tau pada 22hb. Jun, 1981. Dalam kes itu Privy Council membincangkan Seksyen 188 (1), Kanun Prosedur Jenayah Singapura yang sama peruntukannya dengan Seksyen 180, Kanun Prosedur Jenayah Malaysia. Privy Council memutuskan bahawa, dengan izin, "at the conclusion of the prosecution's case, what has to be decided remains a question of law only. As decider of law, the judge must consider whether there is some evidence (not in herently incredible) which, if you were to accept it as accurate, would establish each essential element in the alleged offence. If such evidence ......... is lacking, then and only then if he is justified in finding "that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction, " within the meaning of Section 188(1). Where he has not so found, he must call upon the accused to enter for his defence and if as decider of fact must keep an open mind as to the accuracy or any of the prosecution witnesses until the prosecution has tendered such evidence, if any, by the accused or other witness as it may want to call consel on both sides have addressed to the judge such argument and comments on the evidence as they may wish to advance". Antara kes yang diputuskan oleh Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan di Malaysia yang mengikuti keputusan dalam kes Haw Tua Tau ini ialah kes Ragunathan v. Pendakwaraya sebagaimana yang dilaporkan dalam tahun 1982 (1 MLJ - 139), kes Munusamy v. Public Prosecutor yang diputuskan dalam tahun 1987 dan kes Junaidi bin Abdullah vs Public Prosecutor yang diputuskan dalam tahun 1983…” Seterusnya dinyatakan: “Dari satu segi, standard, dengan izin "beyond reasonable doubt" pada akhir kes pendakwaan akan mewujudkan penilaian yang ketat pada peringkat itu dan akibatnya akan lebih mudahlah orang yang sebenarnya bersalah lepas daripada pertuduhan dan oleh itu lepas daripada hukuman. Jika ini berlaku keadilan tidak akan tercapai. Dari segi yang lain pula, apabila mahkamah sudah membuat keputusan pada penutup kes pihak pendakwa bahawa pihak pendakwa sudah mengemukakan keterangan yang dapat membuktikan pertuduhan terhadap orang tertuduh sehingga tiada lagi keraguan yang munasabah, maka sukar untuk dibayangkan bagaimana orang tertuduh itu akan dapat membangkitkan keraguan yang munasabah bagi menyangkal kes yang sudah terbukti sedemikian. Hasilnya ialah, apabila orang tertuduh dipanggil membela dirinya, besar kemungkinan apa-apa yang dikemukakannya dalam pembelaan tidak akan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. Ini juga tidak akan menghasilkan keadilan. Kerajaan berpendapat, wajarlah kepentingan masyarakat dan kepentingan mangsa sesuatu jenayah diseimbangkan dengan kepentingan orang tertuduh dengan memastikan bahawa standard pembuktian di peringkat penutup kes pendakwaan standard ialah standard "prima facie". Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang utama yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini ialah kepada seksyen 180 yang merupakan peruntukan yang dipertikaikan dalam kes Arulpragasan. Peruntukan ini memperkatakan standard pembuktian pada penutup kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi. Fasal yang berkenaan dalam Rang Undang-undang ini ialah fasal 4. Oleh sebab standard pembuktian pada penutup kes pendakwaan di Mahkamah Rendah adalah sama, maka perenggan 173(f) yang mengandungi peruntukan yang berkenaan juga perlu dipinda Fasal yang berkenaan dalam Rang Undang-undang ini ialah fasal2(c). Selain itu, bagi memperjelaskan bahawa terdapat dua jenis standard pembuktian di dua peringkat dalam sesuatu perbicaraan kes jenayah di Mahkamah Tinggi, iaitu standard "prima facie" pada penutup kes pendakwaan dan standard "beyond reasonable doubt" pada akhir keseluruhan kes, maka adalah dicadangkan, supaya suatu seksyen baru, iaitu seksyen 182A, dimasukkan ke dalam Kanun Prosedur Jenayah.” [33] Semasa menggulung perbahasan berkenaan dengan pindaan tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan sekali lagi berkenaan dengan tujuan pindaan tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: “Rang undang-undang ini bertujuan untuk memperuntukkan tahap pembuktian kes prima facie pada akhir kes pendakwa, manakala tahap pembuktian melepasi paras keraguan munasabah, dengan izin, 'beyond reasonable doubt' merupakan tahap pembuktian pada akhir kes pembela. Adalah jelas bahawa selepas pindaan yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini mula berkuatkuasa ungkapan kes prima facie tidak boleh disamakan dengan ungkapan melepasi paras keraguan munasabah. Sarna seperti ungakapan melepasi paras keraguan munasabah, ungkapan kes prima facie tidak perlu ditakrifkan. Ini adalah kerana pertamanya, ungkapan ini telah dijelaskan dalam undang-undang kes yang mantap, dengan izin, 'settled case law', jauh sebelum rang undang-undang ini dibentangkan. Selepas pindaan ini berkuatkuasa, mahkamah boleh merujuk kepada keputusan dalam kes-kes yang terdahulu berkenaan makna ungkapan ini seperti telah dijelaskan oleh rakan saya, Yang Berhormat dari Alor Gajah sebentar tadi. Tambahan pula pemakaian ungkapan adalah semestinya berdasarkan fakta sesuatu kes. Oleh kerana fakta sesuatu kes semestinya berbeza dengan fakta kes yang lain, ungkapan kes prima facie tidak perlu ditakrifkan dengan persis yang terperinci. Suatu takrif kes prima facie yang persis dan terperinci adalah terlalu mengongkong, dengan izin, 'restrictive' dan mungkin tidak sejajar dengan keperluan keadilan. Para hakim dan peguam yang memakai ungkapan kes prima facie di mahkamah adalah dibimbing oleh undang-undang kes, dengan izin, 'case law' berkenaan dengan makna ungkapan ini. Oleh yang demikian, tidak terdapat sebarang kekeliruan berkenaan ungkapan ini di kalangan hakim dan pengamal undang-undang. Justeru itu, mahkamah boleh memakai makna kes prima facie yang diberikan dalam keputusan-keputusan kes yang terdahulu berdasarkan faktor kes yang sedang dibicarakan di hadapan mahkamah tersebut tanpa apa-apa masalah….” [34] Adalah jelas dan nyata berdasarkan kepada penyataan dalam Penyata Rasmi Parlimen tersebut pindaan kepada seksyen 173 (f) dan 180 KPJ seperti yang tertera dalam teks Kanun Prosedur Jenayah sekarang adalah bertujuan untuk mengembalikan kedudukan kes prima facie seperti yang telah dinyatakan di dalam kes Haw Tua Tau (supra) di atas. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan keraguan berkenaan dengan ujian yang perlu digunakan dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie. [35] Selepas pindaan pada tahun 1996 tersebut terdapat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65 yang menjelaskan berkenaan dengan apakah yang perlu dilakukan oleh hakim di akhir kes pendakwaan. Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut: “We are confident in the view we have just expressed because we find nothing in the amended s 180(1) ofthe CPC that has taken away the right of an accused person to remain silent at the close of the prosecution case. Further we find nothing in the legislative intention of Parliament as expressed in the language employed by it to show that there should be a dualexercise by a judge under s 180 when an accused elects to remain silent as happened in Pavone v Public Prosecutor [1984] 1 MLJ 77. In other words we areunable to discover anything in the language of the recently formulated s 180 that requires a judge sitting alone first to make a minimum evaluation and then when the accused elects to remain silent to make a maximum evaluation in deciding whether to convictor not at the close of the prosecution case. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer isin the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [36] Ia juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di dalam memberikan takrifan prima facie yang terdapat di bawah seksyen 180 (1) KPJ seperti yang berikut: “Section 180 (1) it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase"prima facie case"in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that aprima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be noprima facie case. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt. It follows that the submission of learned counsel that the burden on the prosecution at the close of its case is to make out a case which is beyond reasonable doubt and not on a prima facie basis is contrary to the clear and plain language of s. 180 and s. 182A. It cannot therefore be sustained.” Pindaan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah 2006 [37] Oleh yang demikian maka suatu Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2004 telah dicadangkan. Bagi memperkemaskan Rang Undang-Undang tersebut suatu Jawatankuasa Pindaan Khas telah ditubuhkan oleh Parlimen untuk mengkaji Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2004 tersebut. Ia telah menyebabkan pada 13.07.2006 dikemukakan pindaan kepada seksyen 180 dan 173 (f) KPJ berkenaan dengan dengan prima facie tersebut. Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut dan pindaan kepada KPJ dengan menyatakan seperti yang berikut: Tuan Yang di-Pertua, Fasal 21 dan Fasal 22 ialah fasal-fasal yang meminda seksyen 173 dan seksyen 180 masing-masing. Perenggan 173(h) dan seksyen 180 adalah berhubung dengan tahap pembuktian yang diperlukan pada akhir kes pendakwaan untuk menentukan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan kesnya untuk membolehkan pembelaan dipanggil. Dalam tahun 1997, seksyen tersebut telah dipinda melalui Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1997 [Akta A979]. Pindaan tersebut telah dibuat untuk mengatasi penghakiman dalam kes Khoo He Chiang lawan Pendakwa Raya dan Arul Pragasan a/l Sandaraju lawan Pendakwa Raya yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di mana mahkamah telah menggunakan tahap maximum evaluation di akhir kes pendakwaan seperti yang dijelaskan dalam huraian kepada Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1997 dan ucapan menteri berkenaan semasa Rang Undang-undang itu dibentang di Dewan Rakyat. Hasrat Parlimen ketika membuat pindaan tersebut adalah untuk mengembalikan prinsip dalam kes Hor Tua Tau lawan public prosecutor 1981 2 MLJ 49 yang telah menggunakan tahap minimum evaluation di akhir kes pendakwaan. Walau bagaimanapun perkembangan undang-undang tidak memenuhi hasrat tersebut memandangkan ungkapan “prima facie” tidak ditafsirkan dalam pindaan tersebut. Ini telah mengakibatkan kes-kes seperti Lui Kow Chai lawan Pendakwa Raya dan Balachandaran lawan Pendakwa Raya, memberi tafsirannya tersendiri yang telah mengakibatkan situasi undang-undang yang tidak tertentu. Untuk memberi penentuan kepada tahap pembuktian.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah berucap panjang, perlukan air minuman? Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Tidak perlu, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, teruskan. Tidak ada, Yang Berhormat. Ini memang prihatin kepada semua Ahli Yang Berhormat di sini. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk memberi penentuan kepada tahap pembuktian pada akhir kes pendakwaan, jawatankuasa berpendapat satu tafsiran kepada ungkapan prima facie perlu diadakan. Sehubungan dengan itu jawatankuasa setelah mengambil kira representasi orang ramai telah meminda perenggan 173(h) dan seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan tafsiran ungkapan kepada prima facie bagi perbicaraan di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. Jawatankuasa berpendapat bahawa tafsiran prima facie adalah seperti berikut, dengan izin: “A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduce credible evidence proving each ingredient of the offence which if unreported or unexplained would warrant a conviction” . [38] Pada hemat Mahkamah ini pemahaman kepada susur galur dan sejarah pindaan dibuat terhadap seksyen 173 (f) dan 180 KPJ dapat membantu Mahkamah untuk meneliti apakah yang perlu diambil kira oleh Mahkamah semasa menentukan sama ada pihak pendakwaan telah menunjukkan suatu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. [39] Sekiranya diteliti kepada peruntukan seksyen 180 KPJ sendiri terdapat perbezaan ketika akhir kes pendakwaan dan di akhir kes pembelaan. Ini dapat dilihat seperti yang berikut: “180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [40] Sementara di akhir kes pembelaan KPJ memperuntukkan seksyen 182A seperti berikut: “182A Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.” [41] Kini Mahkamah Persekutuan telah memperjelaskan berkenaan dengan peruntukan di bawah seksyen 180 (4) KPJ melalui kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either :
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof. [45] The only basis of learned counsel's contention that the presumption in s. 37(da) cannot be invoked to establish a prima facie case under s. 180 of the CPC, is that presumption is not evidence. Hence, it was argued that in relying on such presumption, it cannot be said that the prosecution has "adduced credible evidence proving each ingredient of the offence" under s. 180(4) of the CPC. The argument is premised purely on semantics." [42] Penelitian kepada urutan perkembangan undang-undang yang berkaitan dengan seksyen 180 KPJ ini membolehkan Mahkamah memahami apakah yang sepatutnya dilakukan pada akhir kes pendakwaan. Bagaimanakah keterangan oleh saksi pendakwaan diteliti dan hubung kaitnya dengan tugas Mahkamah untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 182A KPJ. [43] Semasa menentukan sama ada pendakwaan telah menunjukkan kes prima facie, keterangan pendakwaan hendaklah dapat menunjukkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan. Keterangan tersebut hendaklah berjaya merintangi pemeriksaan balas yang dilakukan. Mahkamah juga boleh menggunakan anggapan undang-undang di bawah Akta Keterangan 1950 atau anggapan di bawah undang-undang bertulis yang lain seperti anggapan di bawah seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya 1952. Pada masa yang sama Mahkamah juga boleh menggunakan inferens yang sesuai bagi sesuatu fakta berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan. Mahkamah juga perlu menimbangkan sama ada keterangan-keterangan kredibel tersebut yang telah menunjukkan elemen-elemen kesalahan boleh mewajarkan satu sabitan sekiranya ia gagal disanggah atau diperjelaskan oleh Tertuduh. [44] Ini bermakna semasa memutuskan sama ada Pendakwa Raya telah menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan Mahkamah wajar mengikuti peruntukan yang dinyatakan di bawah seksyen 180 KPJ. Di samping itu Mahkamah juga perlu meneliti kes Haw Tua Tau (supra), Chin Yoke (supra) dan Munusamy (supra), bagi memahami apakah yang wajar dilakukan oleh Mahkamah semasa memutuskan sama ada Pendakwa Raya telah menunjukkan satu kes prima facie. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan prima facie itu sendiri dan pemakaiannya. Ini adalah disebabkan KPJ mempunyai keunikan yang tersendiri apabila terdapat peruntukan yang memberikan peruntukan yang terperinci berkenaan dengan prima facie. Malahan bagaimana satu prima facie itu boleh diputuskan sebagai telah berjaya ditunjukkan oleh Pendakwa Raya juga telah dinyatakan di bawah seksyen 180 KPJ. Ini tidak terdapat dalam peruntukan prosedur jenayah di bidang kuasa lain. Misalnya, di bawah Kanun Prosedur Jenayah Singapura. Seksyen 230 Criminal Procedure Code 2010 memperuntukkan prosedur perbicaraan jenayah yang berkaitan dengan akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: “Procedure at trial
230
230.—(1) The following procedure must be complied with at the trial in all courts:
a
…
b
…
c
…
d
…
e
…
f
after the prosecutor has concluded the prosecutor’s case, the defence may invite the court to dismiss the case on the ground that there is no case to answer and the prosecutor may reply to the submission;
g
…
h
…
i
…
j
if after considering the evidence referred to in paragraph (e), the court is of the view that there is some evidence which is not inherently incredible and which satisfies each and every element of the charge as framed by the prosecutor or as altered or framed by the court, the court must call on the accused to give the accused’s defence;
k
…
l
…
m
…
n
…
o
…
p
…
q
…
r
…
s
…
t
…
u
…
v
…
w
…
x
… [45] Keunikan Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan seksyen 180 sedemikian rupa adalah disebabkan tafsiran Mahkamah yang dibuat berkaitan dengan tindakan yang perlu dibuat oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan. Ia juga menggambarkan tafsiran undang-undang berkembang segar di dalam sistem kehakiman yang membuka ruang kepada kepelbagaian pandangan dan menyumbang kepada perkembangan undang-undang. Adakah pihak pendakwaan telah menunjukkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan [46] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan Mahkamah perlu menentukan bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kredibel dan menunjukkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan kepada kedua-dua OKT. Ia meliputi:
a
adakah barang yang dirampas daripada kedua-dua OKT adalah dadah berbahaya;
b
adakah kedua-dua OKT memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut; dan
c
adakah kedua-dua OKT telah mengedar dadah-dadah tersebut. Isu (a) [47] Bagi isu (a) keterangan menunjukkan bahawa setelah dadah itu dirampas daripada kedua-dua OKT di dalam kenderaan yang dinaiki oleh mereka. SP 6 telah menyediakan borang bongkar seperti di P22. Seterusnya barang kes yang dirampas tersebut telah diserahkan kepada SP 7 melalui borang serah terima seperti di P24. Pegawai penyiasat telah menyerahkan barang kes kepada SP 3. SP 3 menyatakan bahawa pada 25.10.2021 dia telah menyerahkan barang kes dadah kepada SP 7 untuk dihantar ke Jabatan Kimia. SP 5 telah mengesahkan menerima barang kes untuk ujian pada 25.10.2021 seperti di P9. SP 5 menyatakan dia menerima dua barang kes dalam bentuk sampul surat dan mengesahkan P9. Setelah ujian kimia dilakukan ia telah dikembalikan oleh SP 5 kepada pihak polis pada 24.01.2022 seperti yang terdapat di P10. [48] Penelitian kepada keterangan-keterangan tersebut terutamanya keterangan SP 3 yang tidak mencatatkan dengan menulis di dalam buku POL 261 perlu diberikan perhatian. Ini adalah disebabkan adakah barang kes yang dirampas oleh SP 6 yang diserahkan kepada SP 7 dan kemudian dibawa ke Jabatan Kimia adalah merupakan sebenarnya dadah-dadah yang ditemui semasa serbuan dilakukan terhadap OKT 1 dan OKT 2. Sekiranya ia tidak dapat dipastikan maka akan timbul pemutusan rantaian keterangan berkenaan dengan barang kes tersebut. Ia juga akan menyebabkan timbul persoalan adakah barang kes yang dianalisa oleh ahli kimia adalah barang kes yang dirampas daripada OKT 1 dan OKT 2. [49] Bagi menyelesaikan persoalan ini adalah wajar untuk Mahkamah meneliti kepada keterangan SP 6. Dalam penyataan saksi SP 6 menyatakan bahawa hasil serbuan tersebut telah dijumpai:
a
(10) peket plastik lutsinar pelbagai saiz yang setiap saunya berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Syabu (AB: 103.50 gram);
b
(b)
1
peket plastik kecil berisi serbuk dan ketulan warna putih disyaki dadah berbahaya jenis Heroin (AB: 0.76 gram);
c
(c)
1
alat penimbang digital tentera-Manlloro-; dan
d
(d)
1
bungkusan berisi peket-peket plastik lutsinar yang diikat dengan getah. [50] Ia telah digambarkan dan disokong oleh butiran yang terdapat di dalam borang bongkar yang ditandatangani oleh OKT 1 dan OKT 2 dan juga SP 6 yang dikemukakan sebagai P22. Seterusnya borang serah terima barang kes daripada SP 6 kepada SP iaitu P24 juga menunjukkan barang kes yang sama telah diterima daripada pegawai serbuan oleh pegawai penyiasat. Mahkamah ini juga mendapati bahawa P17A iaitu penyerahan barang kes daripada pegawai penyiasat kepada SP 3 juga memasukkan butiran yang sama. Walaupun SP 4 secara jujur memberi keterangan di Mahkamah menyatakan bahawa dia tidak menyemak barang kes tersebut tetapi hanya menampalkan dokumen P17A di dalam buku POL 261. SP 3 mengakui ia adalah satu tindakan terlepas pandang dan tidak mengikut preraturan yang sebenarnya. [51] Mahkamah ini berpendapat di sebalik kegagalan SP 3 untuk mematuhi peraturan yang sebenarnya bagi mencatatkan secara tulisan tangan di dalam POL 261 itu tidak dapat menimbulkan kekeliruan terhadap barang kes yang dirampas oleh SP 6, diserahkan kepada SP 7, ditampalkan oleh SP 3 ke dalam POL 261 adalah barang kes yang dirampas pada hari kejadian daripada OKT 1 dan OKT 2. Di samping itu tiada keterangan yang dapat mencadangkan bahawa dadah yang dihantar oleh SP 7 ke Jabatan Kimia untuk penganalisaan oleh SP 5 adalah dadah yang berlainan daripada dadah-dadah yang dirampas daripada OKT 1 dan OKT 2. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa tiada sebarang pemutusan rantaian keterangan berkenaan dengan barang kes tersebut. Oleh itu dadah yang dianalisa oleh SP 5 adalah dadah yang dirampas daripada OKT 1 dan OKT 2. [52] Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada keterangan yang kredibel elemen pertama kesalahan telah ditunjukkan melalui saksi-saksi pendakwaan. Isu (b) [53] Keterangan menunjukkan bahawa semasa serbuan dibuat oleh SP 6 ia adalah melibatkan sebuah motokar jenis Honda City nombor pendaftaran WC9779Q. SP 6 menyatakan bahawa kejadian itu berlaku lebih kurang 4.45 pagi. Kenderaan itu didapati dalam keadaan yang mencurigakan. Semasa memberi keterangan di Mahkamah SP 6 menyatakan maksud mencurigakan ialah seperti berikut: S : Dan pada perenggan 3 juga Inspektor ada nyatakan telah menahan satu motokar jenis Honda City warna merah nombor pendaftaran WC 9779 Q dalam keadaan yang mencurigakan yang diparkir di hadapan sebuah rumah. Boleh Inspektor jelaskan apa yang Inspektor maksudkan dengan dalam keadaan yang mencurigakan? J : Maksud yang mencurigakan adalah jam lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi enjin kereta dalam keadaan baru sahaja dimatikan, lebih kurang dalam 15 minit dan tiada pergerakan keluar. [54] SP 6 juga dalam keterangannya telah memperihalkan bagaimana terjumpanya barang-barang kes yang mana telah menjumpai satu beg berzip warna perak tertera tulisan “Mangga” yang berada di tempat letak bekas minuman di dalam tombol gear automatik motokar tersebut. Hasil pemeriksaan tersebut ditemui barang-barang kes seperti di para [49] di atas. SP 6 juga menyatakan bahawa dia menjumpai satu alat penimbang jenama “Manlloro” yang ditandakan sebagai eksibit P18A. Ia juga ditemui di dalam beg tersebut. [55] Ketika disoal balas oleh peguam bahawa pada malam kejadian tersebut ada seorang lelaki yang dikenali sebagai Anuar telah turut ditangkap. SP 6 menyatakan seperti berikut: : Pada malam itu, pada malam kejadian OKT 1 dan OKT 2 ini ada juga seorang lelaki melayu lain yang ditangkap? : Setuju. : Dan lelaki itu dikenali sebagai Anuar? : Setuju. : Saya cadangkan bahawa tuan dan pasukan telah approach, tangkap Anuar ini terlebih dahulu daripada mereka berdua? : Setuju. : Dan watak Anuar ini tuan tak masukkan dalam tuan punya FIR ya? : Tidak. : Sebelum saya lupa, Anuar ini watak yang betul ya? Ada ya? : Ada. : Dan masih lagi boleh dijumpai? : Tidak pasti. [56] Namun begitu SP 6 tidak bersetuju dengan cadangan bahawa Anuar berada di luar kereta di kawasan rumah semasa serbuan dan tangkapan dilakukan terhadap OKT 1 dan OKT 2. SP 6 juga dalam keterangannya ketika disoal balas oleh peguam OKT 2 mengesahkan bahawa semasa enjin kenderaan itu dimatikan, lampu di dalam kenderaan itu tidak dinyalakan. SP 6 bersetuju bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan apakah yang berlaku di dalam kereta tersebut dalam tempoh tersebut. SP 6 juga turut mengesahkan bahawa serbuan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat. Dia adalah merupakan orang biasa dan juga seorang penagih dadah. Namun SP 6 menyatakan dia tidak pasti sama ada pemberi maklumat tersebut mengenali OKT-OKT dalam kes ini. [57] Semasa pemeriksaan semula SP 6 mengesahkan bahawa lelaki yang bernama Anuar itu memang wujud dan menjelaskan bahawa nama Anuar tidak dimasukkan dalam laporan pertama disebabkan tangkapan Anuar tidak berkaitan dengan kes ini. SP 6 juga menyatakan bahawa dia melakukan serbuan setelah menunggu 15 minit dan tidak menunggu sehingga berlakunya aktiviti pengedaran kerana bimbang kesukaran untuk melakukan sekatan kepada kenderaan yang digunakan oleh OKT 1 dan OKT 2 tersebut. [58] Semasa nama Anuar tersebut dikemukakan kepada SP 7 bagi menentukan sama ada adakah ia disiasat oleh pegawai penyiasat: : Puan pernah dengar nama Anuar? : Tak pernah. : Kali pertama puan dengar di Mahkamah lah? : Untuk kes ini pertama kali. : Sebentar tadi sewaktu ditanya oleh saya puan menyatakan kesimpulan di perenggan 18 apabila puan melihat kepada semua sudut pada siasatan puan. Saya cadangkan di dalam caution statement ada nama Anuar ini telah timbul, setuju? : Tak setuju. : Jadi saya mencadangkan kepada puan dalam puan membuat siasatan ini puan telah tidak mengambil kira apa-apa statement daripada Tertuduh khususnya OKT 1? : Tak setuju. : Kalau puan mengambil kira baca 112 statement, seksyen 37 saya cadangkan kepada puan jika puan membaca, mengambil kira, membuat siasatan yang menyeluruh dan teliti puan akan terjumpa nama dan bagaimana watak Anuar ini wujud berkaitan dengan kes kita setuju? : Tak setuju. : Maksudnya puan tak baca dan tak tengok lah daripada caution statement OKT 1, setuju? : Tak setuju. : Tak setuju. Kalau puan baca puan akan jumpa atau tidak? Tadi saya ingatkan puan awal tadi puan sebut nama Anuar hanya puan tahu dalam Mahkamah pada hari ini. Sekarang puan cakap puan dah tengok dah nilai daripada keterangan caution statement. Sekali lagi setuju saya cadangkan bahawa puan tidak buat siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat reveal diutarakan oleh OKT 1 dalam caution dia setuju? : Saya tak setuju. : And yet puan hanya tahu nama Anuar dalam Mahkamah? : Setuju. [59] Keterangan SP 7 ini telah mencetuskan hujahan pihak peguam OKT-OKT bahawa SP 7 tidak menjalankan tugasnya sebagai pegawai penyiasat yang sepatutnya menyiasat kes ini secara terperinci. Ketiadaan dalam pengetahuan SP 7 berkenaan dengan watak Anuar seperti yang dimaklumkan oleh SP 6 adalah jelas menunjukkan bahawa siasatan tidak dilakukan dengan sewajarnya. Sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya menegaskan bahawa ketiadaan watak Anuar dalam siasatan SP 7 tidak menjejaskan keterangan SP 7. [60] Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keputusan-keputusan Mahkamah yang menyatakan bahawa kegagalan siasatan yang dilakukan secara sewajarnya boleh menjejaskan kes pendakwaan. Pada hemat Mahkamah ini tatacara siasatan yang diakukan oleh pegawai penyiasat adalah merupakan budi bicara pegawai penyiasat tersebut. Adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini untuk menentukan apakah yang perlu dilakukan oleh pegawai penyiasat bagi menyiasat sesuatu kes. Piawaian siasatan telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab misalnya, melalui Arahan Tetap Ketua Polis Negara. Ketidakpatuhan kepada Arahan Tetap tersebut tidak boleh menyebabkan Mahkamah boleh memutuskan bahawa ia telah menjejaskan kes pendakwaan. [61] Pada hemat Mahkamah ini apa yang penting ialah adakah penyiasatan yang dilakukan itu telah menyebabkan berlaku kelompangan dalam keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah bagi melunaskan tanggungjawab pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan untuk menunjukkan satu kes prima facie. Oleh itu teknik penyiasatan dan hasil penyiasatan adalah berada dalam wewenang pegawai penyiasat dan akan diteliti oleh Pendakwa Raya bagi menentukan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan itu boleh membantu kes pendakwaan untuk membuktikan kesnya di Mahkamah. Ia bukannya di dalam bidang kuasa Mahkamah ini untuk menentukannya. Apa yang penting adalah meneliti keterangan dan melihat sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya di Mahkamah. [62] Dalam kes ini adakah keterangan SP 6 dan SP 7 dapat menunjukkan bahawa pada masa kejadian tersebut OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mempunyai kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Apakah tindakan OKT 1 dan OKT 2 berada dalam kenderaan pada masa dinihari dan SP 6 menemui dadah-dadah tersebut menunjukkan bahawa dadah-dadah itu berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT 1 dan OKT 2. Jika dilihat sepintas lalu ia adalah keterangan yang terang dan nyata bahawa pada masa kejadian tersebut OKT 1 dan OKT 2 berada dalam kenderaan tersebut dan dadah-dadah itu ditemui dalam kereta maka tiada kesimpulan lain yang boleh diberikan melainkan dadah-dadah itu adalah mempunyai kaitan dengan OKT 1 dan OKT 2. [63] Namun demikian, kewujudan watak Anuar yang ditimbulkan oleh SP 6 dan tidak langsung diketahui oleh SP 7 dan keterangan bahawa SP 6 membuat serbuan berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan oleh seorang pemberi maklumat yang juga seorang penagih dadah serta tiada kepastian sama ada pemberi maklumat itu mengenali OKT 1 dan OKT 2 menyebabkan Mahkamah ini perlu menimbangkan sama ada OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mempunyai kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Ini ditambah pula dengan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan Anuar dan lelaki pemberi maklumat tersebut untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Mahkamah mendapati alasan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP 6 ialah kerana ketidakpastian sama ada Anuar itu masih boleh ditemui atau sebaliknya dan pemberi maklumat itu tidak boleh dimaklumkan kepada Mahkamah. [64] Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “114 Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume:-
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it.” [65] Prinsip undang-undang berkaitan pemakaian seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 telahpun mantap melalui kes Munusamy (supra) yang menjelaskan pemakaian inferens bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta tersebut seperti berikut: “Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.” [66] Oleh itu dalam kes ini Mahkamah perlu menentukan sama ada saksi-saksi yang tidak dikemukakan di Mahkamah oleh pihak pendakwaan adalah saksi penting. Adakah tindakan Pendakwa Raya tidak mengemukakan saksi tersebut adalah tergolong di dalam halangan (withholding) atau penyelindungan keterangan (suppression). Ini perlu diambil kira dalam budi bicara Pendakwa Raya untuk mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan tanggungjawab membuktikan kes terhadap Tertuduh. Ini dinyatakan dalam kes Adel Muhammed el Dabbah v A-G of Palestine [1944] AC 156 yang ditegaskan dalam kes Ti Chuee Hiang v PP 1995 2 MLJ 433 seperti yang berikut: “Having said that, it is in our view clear law that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see, eg Adel Muhammed el Dabbah v A-G of Palestine [1944] AC 156 at pp 167-169; [1944] 2 All ER 139 at pp 143-144), the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case is that it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfil this obligation – which is nothing less than a statutory duty – the accused must be acquitted.” [67] Dalam kes ini individu yang dikatakan Anuar seperti yang dinyatakan oleh SP 6 tidak diketahui oleh SP 7. Namun watak Anuar itu memang wujud. Ia adalah berdasarkan kepada satu tangkapan yang disahkan dibuat terhadap Anuar. Namun SP 6 menyatakan ia tidak memasukkan nama Anuar dalam laporan polis tersebut disebabkan ia tiada kaitan dengan kes ini. Persoalannya ialah adakah Anuar adalah merupakan saksi penting dalam kes ini. [68] Selain daripada itu SP 6 juga menyatakan dia telah mendapat maklumat berkenaan dengan tempat dan masa kejadian melalui seorang pemberi maklumat. Di samping itu adakah lelaki yang dikatakan pemberi maklumat itu juga merupakan saksi penting. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran saksi-saksi penting bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan soalan-soalan semasa pemeriksaan balas atau memanggil saksi-saksi penting tersebut semasa pembelaan. [69] Mahkamah ini berpendapat watak Anuar dalam kes ini adalah penting untuk memberi peluang kepada pembelaan mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas kepada saksi tersebut bagi menepis kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Di samping itu sekiranya Anuar ditawarkan sebagai saksi pembelaan OKT 1 dan OKT 2 boleh melalui keterangan Anuar mengemukakan pembelaan mereka. Namun ia tidak dikemukakan oleh Pendakwa Raya. [70] Mahkamah ini perlu berhat-hati dalam menentukan sama ada Anuar ini adalah saksi yang penting dan menggunakan inferens bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap Pendakwa Raya. Ini adalah disebabkan sekiranya Mahkamah dengan mudah menggunakan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta tersebut kepada Pendakwa Raya semata-mata disebabkan seseorang disebut oleh pembelaan semasa pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan ia akan menghakis serta tidak menghormati budi bicara Pendakwa Raya untuk memanggil saksi-saksi bagi membuktikan kes ini. Ini bermakna Mahkamah sewajarnya hanya menggunakan seksyen 114 (g) Akta keterangan 19950 sekiranya saksi tersebut adalah saksi penting di dalam sesuatu kes. [71] Di samping itu Mahkamah juga perlu berpuas hati bahawa kegagalan memanggil saksi tersebut adalah tergolong di dalam penyembunyian dan halangan keterangan untuk dikemukakan kepada Mahkamah. Ini adalah disebabkan dengan halangan dan penyembunyian keterangan tersebut Mahkamah boleh membuat inferens bahawa ia akan menjejaskan kes pendakwaan. [72] Oleh itu Mahkamah perlu melihat apakah alasan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan berkenaan dengan ketidakupayaan untuk mendapatkan Anuar. Keterangan SP 6 menyatakan bahawa Anuar tidak dapat dikesan dan tidak diketahui di mana dia berada sekarang. Namun demikian Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan menunjukkan Anuar ini telah pernah ditangkap oleh pihak polis berkaitan dengan kes dadah. Tangkapan itu berlaku sebelum OKT 1 dan OKT 2 ditahan. Ini bermakna adalah tidak munasabah untuk dikatakan bahawa Anuar tidak dapat dikesan. Di samping itu juga tiada keterangan yang menunjukkan bahawa usaha-usaha telah dibuat bagi mengesan Anuar oleh SP 6 atau SP 7. Dalam konteks SP 7 Mahkamah dapat memahami tindakan tidak dilakukan untuk mengesan Anuar kerana SP 7 sendiri tidak mengetahui berkenaan dengan kewujudan watak Anuar tersebut. Dia hanya mempunyai pengetahuan berkenaan Anuar ketika hari perbicaraan. [73] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat keterangan Anuar adalah saksi penting dan ketiadaan Anuar dikemukakan sebagai saksi, tiada keterangan dan usaha untuk menjejaki Anuar dan kegagalan SP 7 untuk mengetahui mengenai Anuar di dalam penyiasatannya mewajarkan penggunaan inferens bertentangan di bawah 114 (g) Akta keterangan 1950 digunakan terhadap Pendakwa Raya di atas kegagalan mengemukakan Anuar sebagai saksi di Mahkamah. [74] Sementara itu berkenaan seorang pemberi maklumat yang dikatakan menjadi pencetus kepada serbuan yang dilakukan terhadap OKT 1 dan OKT 2 seperti yang dinyatakan oleh SP 6 dalam keterangannya pihak pendakwaan tidak mengemukakannya sebagai saksi pendakwaan. Keterangan SP 6 hanya menyatakan bahawa pemberi maklumat tersebut adalah seorang penagih dadah dan memilih untuk tidak mendedahkan identiti pemberi maklumat tersebut di Mahkamah. Mahkamah juga mendapati berdasarkan kepada keterangan SP 6 penglibatan pemberi maklumat tersebut adalah hanya sekadar berhubungan dengan SP 6 yang menjadi asas kepada serbuan tersebut. Dalam konteks ini Mahkamah merujuk kepada seksyen 40 ADB 1952 iaitu perlindungan kepada pemberi maklumat seperti yang berikut: “40 Protection of informers
1
Except as hereinafter provided, no complaint as to an offence under this Act shall be admitted in evidence in any civil or criminal proceeding whatsoever, and no witness shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer, or state any matter which might lead to his discovery.
2
If any books, documents or papers which are in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceeding whatsoever contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the Court before which the proceeding is had shall cause all such passages to be concealed from view or to be obliterated so far as is necessary to protect the informer from discovery, but no further.
3
If on trial for any offence under this Act the Court, after full inquiry into the case, is of opinion that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceeding the Court is of opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, the Court may require the production of the original complaint, if in writing, and permit inquiry and require full disclosure concerning the informer.” [75] Oleh itu Mahkamah ini berpendapat ketiadaan saksi yang dikatakan sebagai pemberi maklumat tersebut tidak menjejaskan pihak pendakwaan disebabkan pemberi maklumat tersebut dilindungi di bawah undang-undang dan tidak semestinya dikemukakan di Mahkamah. Oleh itu seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 tidak terpakai kepada Pendakwa Raya di atas kegagalan memanggil pemberi maklumat tersebut. [76] Setelah terdapat penggunaan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 kepada Pendakwa Raya dalam kes ini maka dengan jelas dan nyata elemen kesalahan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah memiliki, mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut pada hemat Mahkamah ini tidak dapat ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Kepincangan dalam keterangan pendakwaan dengan kegagalan mengemukakan saksi penting telah menyebabkan pihak pendakwaan pada hemat Mahkamah tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Ini juga menyebabkan elemen kesalahan (c) iaitu OKT 1 dan OKT 2 melakukan pengedaran dadah juga tidak dapat ditunjukkan oleh Pendakwa Raya dalam kes ini. [77] Ini bermakna berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini berpendapat keterangan-keterangan tersebut tidak kredibel dan gagal menunjukkan elemen-elemen kesalahan seperti yang dipertuduhkan kepada OKT 1 dan OKT 2 dan sekiranya keterangan-keterangan tersebut tidak diakaskan atau gagal dijelaskan ia tidak boleh menyebabkan sabitan. Apa yang jelas keterangan-keterangan tersebut telah tidak dapat memenuhi kehendak seksyen 180 KPJ. [78] Akhirnya, Mahkamah berpendapat pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2. OKT 1 dan OKT 2 dibebaskan bagi kesemua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh: 14hb. Mac 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan TPR Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 1 Ahmad Nizam bin Hamid Tetuan Sazali & Lim Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 2 Richard Bong Chong Fook dan Ivan Bong Hongjie Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.