Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-20-10/2022 DAN CB-45-15-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-20-10/2022
High Court of Malaysia26 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oleh Manian Raju yang telah mengemukakan persoalan yang menarik di akhir artikel tersebut seperti yang berikut: “Muddying further the Murky Waters Despite Parliament’s intervention by amending the Criminal Procedure Code vide A979 in 1997 and A1274 in 2006, the judicial frolic in elevating the maximum evaluation test g”
“only mean that upon proof of the basic factsthe court is bound to take the fact to be presumed as having been proved as opposed to the words ‘may presume’ in presumptions of fact like in s 114 of the Evidence Act **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 1950 w”
“, called the presumed fact, can be drawn (see PP v Ooi Seng Huat [1968] 2 MLJ 168). In truth, therefore, apresumption is a statutory direction as to the drawing of inferences (see Tong Peng Hong v PP [1955] MLJ 232). Thus it operates in place of evidence as it deemscertain facts to have been proved (see Ng Kim Huat v P”
“statutory direction as to the drawing of inferences (see Tong Peng Hong v PP [1955] MLJ 232). Thus it operates in place of evidence as it deemscertain facts to have been proved (see Ng Kim Huat v PP [1961] MLJ 308). Presumptions therefore do not deal with admissibility of evidence (see PP v Cheng Meng Bong & Ors [1966]”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-20-10/2022 DAN CB-45-15-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
KAMARUZAMAN BIN ISMAIL
2
MUHAMMAD ARMIRUL BIN KAMARUZAMAN
3
AHMAD SHAHARUDDIN BIN SULAIMAN
4
MUHAMMAD IQBAL BIN CHE AZIZAN
5
S NAIMAH BINTI MAJID (NO. K/P: 860605-09-5090) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kelima-lima Orang Kena Tuduh (OKT) dikemukakan dengan empat pertuduhan seperti yang berikut: Pertuduhan Kes CB-45A-20-10/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0200 Hrs, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 59 Rumah Murah LKNP Cheroh, di dalam Daerah Raub, Di Dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 52.24 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kes CB-45-15-10/2022 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0200 Hrs, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 59 Rumah Murah LKNP Cheroh, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 6.13 gram Heroin dan Monoacetylmorphines dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0200 Hrs, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 59 Rumah Murah LKNP Cheroh, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 0.06 gram Methamphetamine, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12
3
Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu bersama-sama pada 11 Jun 2022, jam lebih kurang 0200 Hrs, bertempat di sebuah rumah beralamat No. 59 Rumah Murah LKNP Cheroh, di dalam Daerah Raub, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama-sama kamu telah didapati dalam milikan kamu racun berjadual di bawah Jadual Pertama dan Jadual Ketiga Akta Racun 1952 Etizolam seberat 2.24 gram dan dengan itu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Pihak pendakwaan telah mengemukakan enam orang saksi di akhir kes pendakwaan. Keterangan Saksi-saksi Pendakwaan [3] Pada 10.06.2022 jam lebih kurang 8.00 malam, pegawai serbuan (SP 5) telah menerima maklumat berkenaan dengan aktiviti pengedaran dadah yang akan berlaku. Pada 11.06.2022 jam lebih kurang 2.00 pagi SP 5 telah bersama pasukan serbuan menuju ke rumah No. 59 Rumah Murah LKNP Cheroh, Raub, Pahang. Pada masa itu rumah tersebut didapati pintu grillnya bertutup dan tidak berkunci. Sementara pintu rumah dalam keadaan bertutup separuh dan tidak berkunci. [4] SP 5 dan anggota pasukannya telah membuat pemerhatian dan melakukan pemerhatian selama 10 minit sebelum membuat serbuan. Semasa serbuan tersebut tiga orang lelaki iaitu OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 berada di ruang tamu dan OKT 4 berada di bilik pertama sebelah kiri dan seorang perempuan melayu iaitu OKT 5 berada di bilik kedua sebelah kanan. [5] Hasil daripada pemeriksaan SP 5 telah menjumpai satu beg warna putih bertulis “Giraffe Optic Centre” yang berada di atas lantai di mana OKT 5 berada ketika itu. Dalam beg tersebut telah ditemui lima peket plastik lutsinar, enam peket plastik lutsinar, satu peket plastik lutsinar, dua keratan aluminium foil, satu peket plastik lutsinar kosong dan satu penimbang digital. [6] Semasa SP 5 membuat pemeriksaan di bilik kedua sebelah kanan rumah tersebut iaitu tempat di mana dadah-dadah itu dikatakan ditemui telah dirampas satu baju warna biru, satu baju warna hijau, satu seluar warna kelabu dan satu seluar jeans warna biru. SP 5 telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut melalui Cheroh Rpt. 676- 679/22. Setelah itu dia menyerahkan kesemua barang kes dan tangkapan kepada pegawai penyiasat (SP 6). [7] Ketika disoal balas oleh peguam-peguam OKT-OKT, SP 5 mengesahkan bahawa terdapat dua orang lain juga yang turut ditahan di tempat kejadian. Namun mereka tidak ditangkap disebabkan berdasarkan maklumat yang diperolehi kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Namun demikian maklumat berkenaan dua orang tersebut tidak dinyatakan dalam laporan polis yang dikemukakan di Mahkamah. Apa yang lebih menarik SP 6 tidak mempunyai pengetahuan berkenaan kewujudan dua orang tersebut. Malahan SP 6 hanya mengetahuinya di Mahkamah. [8] Dadah-dadah yang dirampas itu telah ditandakan, disimpan di bilik stor dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian. Ahli kimia telah memberikan keterangan dan mengesahkan bahan-bahan tersebut adalah dadah-dadah yang dikemukakan melalui laporan kimia yang ditandakan sebagai P20. [9] Penganalisaan kepada keterangan jelas menunjukkan kejadian tersebut dan tindakan yang dilakukan oleh SP 5 dan anggota serbuan semasa serbuan tersebut. Malahan keterangan juga dikemukakan oleh SP 1 bahawa dia adalah tuan rumah tempat kejadian yang menyewakannya kepada OKT
1
Apa yang dapat difahami dalam keterangan kes ini ialah serbuan dibuat oleh SP 5. Semasa itu OKT 1 hingga OKT 5 berada di rumah tersebut dan dadah-dadah ditemui dalam bilik di mana OKT 5 berada. Analisa [10] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa di akhir kes pendakwaan Pendakwa Raya hendaklah menunjukkan terdapat satu kes prima facie yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 (4) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) seperti yang berikut: “180 Procedure after conclusion of case for prosecution
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [11] Dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan berkenaan dengan peruntukan seksyen 180 (4) KPJ seperti yang berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either :
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof. [45] The only basis of learned counsel's contention that the presumption in s. 37(da) cannot be invoked to establish a prima facie case under s. 180 of the CPC, is that presumption is not evidence. Hence, it was argued that in relying on such presumption, it cannot be said that the prosecution has "adduced credible evidence proving each ingredient of the offence" under s. 180(4) of the CPC. The argument is premised purely on semantics." [12] Perbincangan yang menarik berkenaan dengan perkembangan undang-undang berkaitan prima facie di bawah KPJ dapat dilihat dalam artikel bertajuk Maximum Evaluation Test: The Emperor’s New Clothes [2025] 1 MLJ i oleh Manian Raju yang telah mengemukakan persoalan yang menarik di akhir artikel tersebut seperti yang berikut: “Muddying further the Murky Waters Despite Parliament’s intervention by amending the Criminal Procedure Code vide A979 in 1997 and A1274 in 2006, the judicial frolic in elevating the maximum evaluation test goes unabated. The judicial pronouncements on prima facie test appear to be both turbid and turgid. The maximum evaluation test refuses to be judicially buried. It is an affront to the legislative intention of Parliament. Do we have to look again to Parliament?” [13] Persoalannya dalam kes ini ialah adakah keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah menunjukkan satu kes prima facie. Pihak pembelaan menyatakan bahawa disebabkan kegagalan SP 5 mendedahkan nama dua orang lagi yang berada di tempat kejadian tersebut ia telah menyebabkan keterangan SP 5 tidak lagi kredibel. Malahan maklumat tersebut tidak diperolehi oleh SP 6 yang merupakan pegawai penyiasat dalam kes ini. Oleh itu keterangan SP 5 tidak sepatutnya diterima dan perlu dinilai dengan penuh berhati-hati disebabkan SP 5 telah gagal menjelaskan secara jelas apa yang ditemuinya dan siapa yang ditemuinya di tempat kejadian selain daripada lima orang OKT tersebut. [14] Pada masa yang sama keterangan SP 5 juga menunjukkan bahawa rumah tersebut tidak berkunci dan tiada kunci yang dirampas daripada mana-mana OKT. SP 5 juga menyatakan sepanjang pemerhatiannya selama 10 minit tidak terdapat mana-mana orang keluar masuk dari rumah tersebut. Pada hemat Mahkamah ia dapat difahami kerana ia adalah waktu dinihari yang sukar untuk menyatakan mana-mana individu yang keluar masuk dari rumah tersebut. Ia adalah sesuatu keadaan yang munasabah berlaku pada waktu tersebut. [15] Ia tidak mencadangkan bahawa disebabkan tiada individu yang keluar masuk di dalam rumah tersebut maka kesemua OKT 1 hingga OKT 5 mempunyai hubung kait dengan dadah-dadah tersebut. Malahan terdapat keterangan daripada SP 6 yang menyatakan OKT 3 adalah pelawat ke rumah tersebut. Namun ketika pemeriksaan balas oleh peguam OKT 3 dia tidak dapat mengesahkan berapa kerapkah OKT 3 pergi ke rumah tersebut. Apa yang jelas OKT 3 bukannya penghuni di rumah tersebut. Walau bagaimanapun tiada keterangan yang dikemukakan melalui saksi-saksi pendakwaan atau dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan mengapakah OKT 3 boleh berada di rumah tersebut pada waktu dinihari sedemikian. Apa yang jelas OKT 3 berada di tempat kejadian semasa serbuan dilakukan. [16] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan sudah mencukupi untuk melunaskan tanggungjawab pihak pendakwaan di akhir kes pihak pendakwaan. Ia telah menunjukkan satu kes prima facie. Ini adalah disebabkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan telah ditunjukkan oleh pihak pendakwaan iaitu:
a
barang-barang yang dirampas dari tempat kejadian telah disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah-dadah berbahaya di bawah ADB 1952.
b
dadah-dadah itu berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5.
c
OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 mengedar dadah-dadah tersebut. [17] Dalam hal ini Mahkamah juga tidak dapat menolak hujahan peguam OKT 5 yang menyatakan bahawa terdapat keraguan sama ada barang kes yang dirampas dari rumah tersebut adalah merupakan barang kes yang sama dikemukakan kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian kimia. Ini adalah disebabkan terdapat sela masa lebih kurang 6 jam daripada waktu serbuan di rumah tersebut dengan tindakan penandaan barang kes oleh pegawai serbuan disebabkan terdapatnya tangkapan yang lain di mana OKT 1 dibawa bersama dalam tindakan tangkapan tersebut. Oleh itu kewujudan dan kawalan kepada barang-barang kes tersebut tidak dapat dipastikan. [18] Sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya menyatakan bahawa rekod-rekod dokumen penyitaan dan penyerahan barang kes daripada SP 5 kepada SP 6 serta kepada Jabatan Kimia Malaysia adalah menunjukkan barang kes yang sama yang dirampas di rumah tersebut. Oleh itu tidak timbul isu berkenaan dengan pemutusan rantaian keterangan. [19] Dalam kes ini Mahkamah berpendapat eksibit-eksibit yang dirampas dari tempat kejadian sehingga ia dikemukakan kepada Jabatan Kimia Malaysia tidak dikemukakan keterangan yang boleh menunjukkan dadah-dadah yang dirampas tersebut bukannya dadah-dadah yang dihantar untuk ujian di Jabatan Kimia Malaysia. Mahkamah mendapati tiada secebis keterangan yang dapat menyangkal atau menimbulkan ketidakpastiaan dadah-dadah yang dirampas tersebut telah dikemukakan untuk laporan kimia. Tempoh masa 6 jam yang dihujahkan oleh pihak peguam OKT 5 tersebut tidak dapat mencadangkan bahawa barang-barang kes yang lain telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian melainkan barang kes yang dirampas oleh SP 5 di tempat kejadian. Sementara itu bagi OKT-OKT lain tidak membangkitkan isu berkenaan dengan barang kes tersebut. [20] Mahkamah ini berpendapat bahawa elemen pertama iaitu barang kes yang dirampas itu adalah dadah berbahaya telah dibuktikan bagi keempat-empat pertuduhan tersebut. Laporan kimia yang disediakan itu adalah merujuk kepada ujian yang dilakukan ke atas eksibit-eksibit tersebut. Elemen (b) [21] Seterusnya berkenaan dengan sama ada OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 mempunyai pemilikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut bagi kesemua pertuduhan. Persoalan yang menarik dalam kes ini ialah apabila kelima-lima OKT dalam kes ini berada di tempat kejadian tersebut, cuma kedudukan dan lokasi mereka adalah berbeza di dalam rumah tersebut. Ada yang duduk di ruang tamu, ada yang duduk di bilik sebelah kanan dan ada yang duduk satu bilik lagi di rumah tersebut. Apa yang lebih mencemaskan dalam kes ini ialah apabila SP 6 menyatakan bahawa cadangan untuk tindakan pertuduhan dibuat kepada kesemua OKT adalah disebabkan mereka semua berada di rumah tersebut. [22] Mahkamah tidak boleh semata-mata berdasarkan kepada keterangan SP 6 memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menunjukkan satu kes prima facie terhadap kesemua OKT. Sebaliknya Mahkamah perlu menganalisa keterangan-keterangan yang dikemukakan bagi melihat adakah ianya kredibel dan menunjukkan elemen-elemen kesalahan bagi pertuduhan ini. Apa yang sepatutnya perlu dilihat adalah adakah ianya telah melunaskan tanggungjawab Pendakwa Raya untuk menunjukkan satu kes prima facie. Mahkamah tidak wajar prejudis kepada keterangan SP 6 semata-mata jawapan yang sedemikian dikemukakan semasa perbicaraan ketika menjelaskan asas kepada cadangan pertuduhan terhadap OKT-OKT. [23] Penganalisaan kepada keterangan menunjukkan bahawa dadah-dadah itu berada di bilik di mana OKT 5 berada. Dalam erti kata lain dadah-dadah tersebut berada berdekatan dengan OKT 5. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu meneliti keterangan SP 5 dan SP 6 yang menyatakan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam beg yang tidak boleh dilihat oleh mana-mana individu bagi menentukan apakah isi kandungan beg tersebut. Ia mencadangkan kendatipun OKT 5 berada berdekatan dengan beg tersebut adakah dapat ditunjukkan bahawa dia mempunyai kawalan kepada beg tersebut dan mempunyai pengetahuan bahawa dalam beg tersebut mengandungi dadah. [24] Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut Mahkamah ini perlu meneliti apakah tindakan ataupun reaksi OKT 5 setelah terjumpanya beg tersebut. Berdasarkan keterangan SP 5 adalah didapati bahawa semasa diperiksa balas oleh peguam OKT 5, SP 5 menyatakan seperti berikut: “S : Setuju dengan saya bahawa langsung tiada percubaan untuk menyembunyikan diri oleh OKT 5? J : Betul.” [25] Namun SP 5 tidak bersetuju bahawa OKT 5 mempunyai peluang untuk melarikan diri. [26] SP 5 juga tidak setuju bahawa tindak tanduk OKT 5 tersebut adalah konsisten dengan ketidakbersalahannya dan ketiadaan pengetahuannya berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Malahan OKT 5 dikatakan tidak memberi kerjasama kepada polis semasa serbuan dilakukan. [27] SP 5 dalam keterangannya menyatakan bahawa dia meninggalkan OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 di rumah tersebut ketika membuat tangkapan susulan dengan membawa bersama OKT
1
Namun tetap menyatakan bahawa tidak setuju dengan cadangan peguam OKT 5 bahawa OKT 5 tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah dalam beg tersebut. Persoalan dalam kes ini ialah adakah keterangan sedemikian dapat menunjukkan bahawa OKT 5 mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah tersebut. Adakah keterangan-keterangan tersebut mencukupi untuk menyatakan bahawa OKT 5 mempunyai milikan, pengetahuan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut. Dalam kes ini Mahkamah perlu melihat sama ada terdapat keterangan-keterangan yang dapat mencadangkan bahawa OKT 5 telah mempunyai milikan, pengetahuan dan kawalan. Di manakah dadah itu dijumpai? Adakah ia tersorok? [28] Dalam kes ini keterangan yang tidak dapat dinafikan ialah dadah-dadah tersebut berada di atas lantai dan dalam keadaan terbuka. Pintu bilik di mana OKT 5 dan dadah itu ditemui juga tidak berkunci. Rumah tersebut juga tidak berkunci. Selain daripada OKT 5 terdapat OKT 1, OKT 2, OKT 3, dan OKT 4 di rumah tersebut. Malahan terdapat dua orang lagi yang disahkan oleh SP 5 berada di rumah tersebut. [29] Peguam OKT 4 menyatakan bahawa pihak pendakwaan tidak menunjukkan terdapat milikan eksklusif bagi OKT 4 dan OKT-OKT yang lain. Ini adalah disebabkan berkemungkinan terdapat orang lain yang mempunyai akses kepada rumah tersebut dan dadah-dadah itu adalah milik individu-individu tersebut. [30] Dalam kes ini Mahkamah perlu membezakan di antara milikan dan hakmilik dadah-dadah tersebut. Bagi kes ini Mahkamah bukan menentukan siapakah pemilik dadah-dadah tersebut tetapi siapakah yang memiliki dadah-dadah tersebut dalam konteks ADB 1952. Pemilikan dadah telah dinyatakan di bawah ADB 1952 sama ada ia haruslah meliputi kawalan dan pengetahuan yang menjadi salah satu perkara yang perlu ditunjukkan bagi milikan. Dadah-dadah itu mungkin hakmilik individu A tetapi berada dalam milikan B. Apa yang penting dalam ADB 1952 adalah siapakah yang memiliki dadah tersebut. Dalam konteks ini Mahkamah merujuk kepada kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 bagi menangani persoalan sama ada pemilikan dalam konteks pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 memerlukan kepada milikan eksklusif seperti yang berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal’s decision, we will say a few words about ‘exclusive’ possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, ‘exclusive’ — that a conviction is possible. When the learned trial judge said ‘The accused sought to negative the proof of exclusive possession…’, we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons.” [31] Pihak pendakwaan menjadikan kes Denish a/l Madhavan (supra) sebagai sandaran untuk menyatakan bagi kes ini tidak perlu untuk menunjukkan pemilikan eksklusif bagi tujuan kes ini. Malahan dihujahkan bahawa fakta dalam kes tersebut adalah sama dengan kes ini dan prinsip dalam kes Denish a/l Madhavan (supra) itu boleh digunakan. Penelitian kepada fakta dalam kes Denish a/l Madhavan (supra) itu menunjukkan bahawa serbuan telah dijalankan dan penemuan dadah-dadah dalam kes tersebut adalah di bawah katil dan ketika serbuan itu didapati OKT sedang menghisap ganja dan terdapat saksi bebas lain yang mengesahkan perkara tersebut. Ini bermakna Mahkamah juga perlu melihat kepada fakta kes dan keterangan dan menimbangkan sama ada prinsip dalam kes Denish a/l Madhavan (supra) terpakai dalam kes ini. Mahkamah juga meneliti pandangan dalam kes tersebut yang menyatakan berkenaan dengan pemilikan eksklusif seperti yang berikut: “Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [32] Pada hemat Mahkamah ia tidak menolak tanggungjawab untuk menunjukkan kuasa eksklusif OKT-OKT untuk berurusan dengan dadah tersebut. Kes Denish a/l Madhavan (supra) ini tidak menunjukkan sedemikian. Oleh itu Mahkamah perlu menimbangkan sama ada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dapat menunjukkan bahawa OKT-OKT boleh mempunyai kuasa eksklusif untuk berurusan dengan dadah-dadah tersebut. Walaupun ia tidak bermaksud pihak pendakwaan perlu menunjukkan milikan eksklusif OKT-OKT terhadap dadah-dadah tersebut yang tidak diperlukan seperti yang diputuskan dalam kes Denish a/l Madhavan (supra) tersebut. [33] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa OKT 1 adalah merupakan penyewa kepada rumah tersebut. Ia adalah berdasarkan kepada keterangan SP 1. Selain daripada itu keterangan juga menunjukkan OKT 2 mempunyai hubungan kekeluargaan dengan OKT 1. Ada juga keterangan bahawa OKT 4 adalah mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu sepupu. Ini adalah hasil siasatan yang dijalankan oleh SP 6. [34] Apa yang dapat mengaitkan di antara OKT 1 hingga OKT 5 seperti yang terdapat dalam kertas pertuduhan ialah penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu niat bersama. Apa yang jelas ialah OKT 1 hingga OKT 5 dikatakan mempunyai niat bersama melakukan kesalahan pengedaran dan pemilikan dadah-dadah yang menjadi asas kepada pertuduhan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti yang berikut: “When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” [35] Namun bagi tujuan bagi kes di bawah seksyen 39B ADB 1952 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan niat bersama itu boleh berlaku secara spontan dan melalui inferens dari fakta dan keadaan. Ini dinyatakan dalam kes (1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng, And (4) Ng Ah Kiat v Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 336 seperti yang berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950–1960 by J.K. Soonavala page 188 to 193). With regard to the fourth appellant, it was submitted that he went to the spot at the request of the third appellant to meet P.W.1 and was involved only on the day of arrest. He had not met P.W.1 Francis, the first or the second appellant prior to that. In our view, the evidence as told by Francis to P.W.1 that the fourth appellant was the boss of the syndicate and wanted to see the money was not admissible as being hearsay and prejudicial to the defence. Nevertheless, the conduct of the fourth appellant including the part that he played as seen by the prosecution witnesses and admitted in some instances by the appellant himself, is relevant. In our considered judgment, the facts and circumstances of the case including the conduct of the fourth appellant which raise the inference of common intention may be summed up as follows.” [36] Namun fakta dalam sesuatu kes amat mempengaruhi penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan tersebut. Ini dinyatakan dalam kes Shamsuddin bin Hassan & Anor v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 314 seperti yang berikut: “Next, there was no evidence of common intention as intended by s 34 of the Code. All that the prosecution was able to show as that the appellants are husband and wife; that in their house were two pillows, one with a pillow case identical to that in which the drugs were found and another identical pillow was without a pillow case; and that drugs were thrown out of the car when they were both in the car. There was no evidence as to who actually threw out the bundle but it was sought to be inferred it must be the wife-appellant as the bundle was thrown out of the left side of the car, the car having only two doors and the wife-appellant sitting next to the husband-appellant who was driving the car. Even assuming that there is no break in the chain of evidence regarding the drugs from the time of its initial recovery by the police from the roadside until its production in court at the trial, at best the evidence showed that one of the appellants must have had custody or control of the drugs to throw it out of the car. But who? The prosecution also attempted to show that the first appellant must have known of the existence of the drugs in his car because he drove the car very fast on realizing that he was being pursued by three police cars. The police may have been chasing the first appellant's car but it does not follow that the first appellant knew he was being followed by the police. It will be recalled that all the police cars were unmarked cars. There was no siren or other indication that they were police cars. It seems obvious to us that what the police intended was to follow the first appellant's car with the objective of finding out where the drugs were being delivered to. If that was not the intention of the police, they could have very easily stopped the first appellant when he was at the petrol station or as he was coming out of it. In R v Abbott [1955] 2 All ER 899, Lord Goddard CJ cites a case at p 901: in which two sisters were indicted for murder, and there was evidence that they had both been in the room at the time the murder of the boy was committed; but the prosecution could not show that sister A had committed the offence or that sister B had committed the offence. Very likely one or the other must have committed it, but there was no evidence which, and although it is unfortunate that a guilty party cannot be brought to justice, it is far more important that there should not be a miscarriage of justice and that the law should be maintained that the prosecution should prove the case. In the instant case, the learned judge has not dealt at all with s 34 of the Code in respect of common intention. Indeed s 34 of the Code was not inserted in the charge until the day the trial commenced. Be that as it may, it is essential that there should be evidence of a common intention, or evidence from which such common intention can properly be inferred, to commit the act actually committed: see Lee Yoon Choy & Ors v PP [1948-49] MLJ Supp 167 quoting with approval Mahbub Shah v King-Emperor AIR 1945 PC 118; LR 72 IA 148. The mere fact of a bundle being thrown out of the car is not evidence of common intention or evidence from which such common intention can properly be inferred.” [37] Di dalam kes ini keterangan yang ada ialah kesemua OKT 1 hingga OKT 5 berada di tempat kejadian. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan salah seorang daripada mereka telah berurusan dengan dadah-dadah tersebut. Apa yang ada hanyalah ada di antara OKT-OKT berada dekat dengan dadah tersebut. Namun ia tidak dapat menunjukkan sebarang tindakan berurusan dengan dadah-dadah tersebut. [38] Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan ada perancangan awal bagi meletakkan dadah-dadah tersebut di rumah tersebut. Ini bermakna berdasarkan keterangan yang ada penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menunjukkan niat bersama tidak dapat ditunjukkan. Begitu juga tiada sebarang inferens yang dibuat oleh Mahkamah untuk menyatakan bahawa keadaan fakta dan keterangan boleh menggunapakai seksyen 34 Kanun Keseksaan. [39] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, Mahkamah ini mendapati pemilikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah itu oleh kesemua OKT tidak dapat dibuktikan oleh Pendakwa Raya. Begitu juga tiada keterangan yang dapat membolehkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan ke atas kesemua OKT bagi menunjukkan terdapatnya niat bersama. Malahan keterangan-keterangan yang ada juga tidak dapat menunjukkan mereka mempunyai pemilikan bersama dadah-dadah tersebut. [40] Mahkamah ini mendapati OKT 1 hingga OKT 5 berada bersama-sama di premis atau rumah di mana dadah-dadah itu ditemui. Ia pada hemat Mahkamah tidak dapat melunaskan tanggungjawab Pendakwa Raya untuk menunjukkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Elemen (c) OKT 1 hingga OKT 5 mengedar dadah [41] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Mahkamah ini boleh menggunakan anggapan pengedaran seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. Ia berdasarkan berat dadah yang ternyata di dalam pertuduhan. Pada masa yang sama wajar Mahkamah ini melihat apakah hakikat anggapan di bawah undang-undang. Ia dapat dilihat melalui tanggapan yang menarik di dalam artikel The Inferens of Similarity [2025] The Cambridge Law Journal 1 oleh Marcus Teo seperti yang berikut: “… Legal presumptions are meant to “facilitate and expedite” practical reasoning and action in “circumstances of pressure and uncertainty”, such as where a court must render a decision but is faced with inconclusive evidence and/or time and resource constraints.11 Presumptions may be described as follows: A court presumes p on the basis of q when, given proof of q, it proceeds as if p were true, until given contrary reasons.12 This definition captures three traits.13 First, presumptions involve two separate facts: the fact presumed (p, the “presumed fact”) and the fact triggering the presumption (q, the “basic fact”). Second, the basic fact’s existence cannot be sufficient evidence to support a conclusion that the presumed fact exists. The whole point of presumptions is to help courts decide when the evidence is uncertain.14 Presumptions thus give courts reasons to proceed “as if” the presumed fact exists, not reasons to believe that the presumed fact actually exists; the court has no such actual belief precisely because the evidence is uncertain. Courts therefore cannot draw further inferences from a presumed fact,15 and cannot treat a presumption as a piece of evidence in favour of the presumed fact,16 because presumptions and presumed facts are not supported by evidence. Third, presumptions are rebuttable. Since they exist to overcome evidential uncertainty, presumptions can only reflect some tentative or reversible point in the factfinding process rather than a conclusion of fact. When sufficiently strong evidence against the presumed fact is adduced, the evidential uncertainty is resolved and the presumption is rebutted.” [42] Dalam konteks anggapan di bawah undang-undang keterangan Mahkamah Tinggi telah menyatakan dalam kes Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705 seperti yang berikut yang tidak jauh berbeza dengan perbincangan dalam artikel di atas seperti yang berikut: “… As a matter of law a presumption is a statutory invention that upon proof of a fact, calleda basic fact, an inference of another fact, called the presumed fact, can be drawn (see PP v Ooi Seng Huat [1968] 2 MLJ 168). In truth, therefore, apresumption is a statutory direction as to the drawing of inferences (see Tong Peng Hong v PP [1955] MLJ 232). Thus it operates in place of evidence as it deemscertain facts to have been proved (see Ng Kim Huat v PP [1961] MLJ 308). Presumptions therefore do not deal with admissibility of evidence (see PP v Cheng Meng Bong & Ors [1966] 1 MLJ 237) but with a special mode of proving facts which must otherwise be proved by evidence. Where a presumption is mandatory, in the sense that the presumed fact must be found to exist upon proof of the basic facts, and is rebuttable it is termed as a rebuttable presumption of law. The words ‘shall presume’ in presumptions of law only mean that upon proof of the basic factsthe court is bound to take the fact to be presumed as having been proved as opposed to the words ‘may presume’ in presumptions of fact like in s 114 of the Evidence Act 1950 which only gives the court a discretion to raise the presumptions containedtherein. Since presumptions do not deal with admissibility of evidence but only with a mode of proof a matter of concern is whether the facts to be presumed can, instead, be proved by other admissible evidence which is available. …” [43] Bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952, Mahkamah ini berpendapat disebabkan pemilikan, kawalan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah itu tidak dapat ditunjukkan oleh Pendakwa Raya maka Mahkamah tidak dapat menggunakan anggapan pengedaran dadah untuk seksyen 37(da) ADB 1952. Pada masa yang sama juga tiada keterangan langsung atau terus yang menunjukkan bahawa OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 melakukan pengedaran dadah-dadah tersebut. [44] Oleh itu Mahkamah berpendapat setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan satu kes prima facie tidak dapat ditunjukkan oleh pihak Pendakwa Raya ke atas semua pertuduhan yang melibatkan OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5. Mahkamah oleh itu OKT 1, OKT 2, OKT 3, OKT 4 dan OKT 5 dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan. Catatan Pojok [45] Sesungguhnya, tanggungjawab polis menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan pesalah yang terlibat dalam kesalahan pengedaran dadah dan pemilikan dadah adalah langkah yang amat mulia dan terpuji. Usaha gigih dan jerih perih dalam mengumpul keterangan adalah amat dihargai. Ia ditambah pula dengan usaha Pendakwa Raya mengkaji, menyaring dan mengambil kira keterangan yang relevan dan sejajar dengan undang-undang di Mahkamah sesuai dengan tanggungjawab Pendakwa Raya membuktikan kes melebihi keraguan yang melampau. Pada masa yang sama para peguam akan mengemukakan pembelaan yang sejajar dengan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah. [46] Akhirnya, Mahkamah bertanggungjawab dengan beramanah untuk meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya dan pembelaan oleh Tertuduh menurut jalur undang-undang untuk memutuskan sama ada Pendakwa Raya telah membuktikan kes di Mahkamah atau Tertuduh berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah berlandaskan kepada prinsip ndang-undang dan membuat keputusan yang sewajarnya. [47] Pihak polis adalah diharapkan menjalankan siasatan dengan professional dan cekap bagi memastikan keterangan yang sewajarnya diperolehi. Pematuhan kepada Arahan Tetap Ketua Polis Negara berkaitan dengan siasatan akan dapat membantu penyiasatan dilakukan dengan cekap dan memuaskan. Ini bagi mengelakkan sebarang kecuaian dan ketidakcekapan penyiasatan akan menyebabkan kelompongan di dalam keterangan pendakwaan sehingga individu yang sepatutnya dijatuhi hukuman akan dibebaskan di atas kelalaian dan kecuaian di dalam siasatan. Ini perlu dielakkan. [48] Timbalan Pendakwa Raya juga seharusnya menilai keterangan yang dikemukakan secara terperinci dan mengambil kira prinsip undang-undang di bawah undang-undang bertulis atau keputusan Mahkamah atasan bagi membuktikan keterangan-keterangan tersebut dapat dibuktikan di Mahkamah. Ia wajar dilakukan secara professional dan berhati-hati serta tidak menyerahkan semata-mata kepada Mahkamah untuk menilai keterangan walaupun keterangan tersebut tidak memadai untuk dikemukakan pertuduhan di Mahkamah. Ini adalah sejajar dengan tanggungjawab Perlembagaan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah. [49] Sementara itu peguam pula perlu mematuhi arahan anak guam dengan teliti dan memberikan nasihat yang sewajarnya dengan mengemukakan pembelaan yang sewajarnya di Mahkamah bagi memastikan hak anak guam dilindungi undang-undang dan menunaikan tanggungjawab peguam sebagai sebahagian daripada pegawai Mahkamah bagi membantu keadilan dilaksanakan. Ia hendaklah dilakukan dengan penuh professional dan berhati-hati serta tidak menyerahkan semata-mata untuk menilai keterangan yang tidak mencukupi untuk sesuatu pertuduhan dibuktikan di Mahkamah. Ia hendaklah dilakukan dengan mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 dan Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978. [50] Mahkamah pula perlu meneliti keterangan-keterangan, mempertimbangkan pembelaan, menggunakan prinsip yang betul dan terkini dalam memutuskan pertuduhan sewaktu perbicaraan. Mahkamah tidak boleh mengambil sikap sambil lewa di dalam memutuskan sesuatu kes jenayah. Ia selari dengan tanggungjawab sumpah jawatan hakim yang dinyatakan di bawah Perkara 124 Perlembagaan Persekutuan bersama dengan
Schedule
Jadual Enam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga Perkara 125 (3B) bersama-sama dengan dan Kod Etika Hakim 2009 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Melaksanakan tugas-tugas kehakiman dengan adil dan cekap 7. (1) Tugas-tugas kehakiman seseorang hakim hendaklah diberi keutamaan mengatasi segala aktivitinya yang lain. (2) Seseorang hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam penentuan kes yang dalamnya mana-mana anggota keluarga hakim itu mewakili seseorang litigan atau dikaitkan mengikut apa-apa cara dengan kes itu. (3) Seseorang hakim hendaklah melaksanakan tugas-tugas kehakimannya tanpa bersikap berat sebelah atau berprasangka. (4) Seseorang hakim hendaklah menyelesaikan segala tugas kehakimannya dengan adil, cekap, tekun dan cepat. (5) Seseorang hakim hendaklah menjauhi dirinya daripada memberikan apa-apa komen umum tentang sesuatu prosiding yang belum selesai atau yang akan selesai yang mungkin didengar dalam mahkamah hakim itu mengikut apa-apa cara yang boleh membayangkan kepada seseorang yang munasabah keputusan yang bakal dibuat oleh hakim itu dalam mana-mana kes tertentu. (6) Seseorang hakim tidak boleh mendedahkan atau menggunakan apa-apa maklumat bukan umum yang diperoleh atas sifat kehakimannya bagi apa-apa maksud yang tidak berhubungan dengan tugas-tugas kehakimannya. (7) Seseorang hakim hendaklah berusaha dengan tekun dan cekap untuk mendengar dan membereskan kes-kes di dalam mahkamahnya dan hendaklah dengan segera menulis penghakimannya. (8) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan mengikut cara yang tidak wajar sebagai seorang hakim atau yang boleh membawa atau dikira akan membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.” [51] Mahkamah tidak wajar memangil Tertuduh untuk membela diri dengan tujuan untuk mendengar apakah pembelaan Tertuduh sedangkan di akhir kes pendakwaan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie. [52] Pada masa yang sama Mahkamah tidak wajar melepas dan membebaskan Tertuduh tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan sedangkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah berjaya menunjukkan kes prima facie semata-mata disebabkan oleh kekhilafan pihak-pihak dan saksi yang tidak material sehingga menjejaskan kes pendakwaan. [53] Tugas polis termasuk pegawai penyiasat dan pegawai serbuan, Timbalan Pendakwa Raya, peguam dan Mahkamah adalah penting dalam usaha untuk memastikan individu yang dituduh di Mahkamah dibicarakan dengan adil dan professional. Kerangka undang-undang dan Perlembagaan telah jelas memperuntukkan tanggungjawab dan peranan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan keadilan dalam sistem pentadbiran jenayah. Apa yang menjadi cabaran ialah sejauh mana pihak-pihak tersebut telah menunaikan amanah dan tanggungjawab seperti yang dikehendaki oleh undang-undang bagi memastikan kecemerlangan dan kecekapan sistem pentadbiran jenayah. Ini adalah sejajar dengan maksim “undang-undang hendaklah dilaksanakan dan terzahir ia dilaksanakan”. [54] Oleh itu Timbalan Pendakwa Raya, peguam dan Mahkamah adalah peneraju utama kepada sesuatu kes jenayah. Adalah penting untuk semua pihak tidak cuai, bersungguh-sungguh dan beramanah di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Sikap acuh tak acuh dalam menjalankan tugas dan kurangnya keseriusan, kurang professional serta tidak beramanah dalam menjalankan tugas akan membawa kemudaratan kepada keadilan dan keselamatan awam. Pada hemat Mahkamah ini perlu diinsafi oleh semua pihak yang berkewajipan bagi memastikan kelestarian sistem keadilan jenayah. [55] Pada hemat Mahkamah ini juga komitmen yang tinggi pihak polis, Timbalan Pendakwa Raya, peguam dan hakim adalah amat penting agar sistem pentadbiran keadilan jenayah bukan hanya suatu kata-kata tetapi benar-benar terlaksana dan dilaksanakan. Ia penting bagi memastikan keselamatan, kesantunan dan kesentosaan masyarakat akan sentiasa terpelihara di bawah lembayung undang-undang. Bertarikh: 15 hb. April 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwaan TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT1 dan OKT 2 Zaheera Begum binti Ismail dan Muhammad Asyraaf bin Shaharuddin Tetuan Zaheera Ismail & Co. Jerantut, Pahang Darul Makmur Bagi Pihak OKT 3 Nur Liah binti Asul Tetuan Tun Saiful & Co. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak OKT 4 Ahmad Nizam bin Hamid Tetuan Sazali & Lim Temerloh, Pahang Darul Makmur Bagi pihak OKT 5 Jay Moy Wei Jiun Tetuan Jay & Jay Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.