Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-89-08/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-89-08/2021
High Court of Malaysia17 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-89-08/2021 PENDAKWA RAYA
2
NADIA NATASHA BINTI MOHAMED ZAIDI LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-Tertuduh telah dituduh di Mahkamah ini dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut:
1
Bahawa kamu dengan niat bersama pada 21.7.2020 jam lebih kurang 5.40 petang bertempat di sebuah rumah beralamat di C-13A-17, Menara Simfoni, Jalan Simfoni 2, Balakong, Seri Kembangan, dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor telah mengedar dadah berbahaya Methamphetamine seberat 10,284 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman:- Apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
2
Bahawa kamu dengan niat bersama pada 21.7.2020 jam lebih kurang 5.40 petang bertempat di sebuah rumah beralamat di C-13A-17, Menara Simfoni, Jalan Simfoni 2, Balakong, Seri Kembangan, dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor telah mengedar dadah berbahaya, Cannabis seberat 7524.7 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman:- Apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
3
Bahawa kamu dengan niat bersama pada 21.7.2020 jam lebih kurang 5.40 petang bertempat di sebuah rumah beralamat di C-13A-17, Menara Simfoni, Jalan Simfoni 2, Balakong, Seri Kembangan, dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor telah mengedar dadah berbahaya Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 368.4 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B
2
Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman:- Apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan. [2] Di akhir kes pendakwaan saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh, lalu melepas dan membebaskan mereka dari pertuduhan-pertuduhan tersebut. FAKTA RINGKAS KES PENDAKWAAN [3] Pada 21.07.2020 jam lebih kurang 1.15 petang, tertuduh-tertuduh telah ditangkap di tepi Jalan Suasa 3, Sungai Besi apabila mereka pergi ke Balai Polis Sungai Besi untuk suatu kes kemalangan. Pegadu iaitu Inspektor Rubi Indran a/l Krishnan (SP14) telah jalankan pemeriksaan tubuh badan keatas tertuduh pertama dan telah menjumpai (1) keratan aluminium foil berwarna merah/putih di dalamnya mengandungi (3) biji pil yang disyaki dadah jenis Eramin 5 (A/B: 0.80 gram) didalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakai olehnya. Namun begitu tiada pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh pertama berkenaan kesalahan ini. [4] SP14 juga telah membuat pemeriksaan lanjut di dalam kereta Perodua Myvi berwarna putih VR 4634 (kereta Myvi tersebut) yang dinaiki oleh kedua-dua tertuduh dan telah menjumpai (1) rangkai kunci mengandungi (7) batang anak kunci bersama (2) alat kawalan jauh pintu pagar luar rumah dan (1) rangkai kunci mengandungi (3) batang anak kunci serta (1) kad akses bertulis Menara Simfoni. [5] Pada jam lebih kurang 4.00 petang bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul Kuala Lumpur, tertuduh pertama telah membuat pengakuan bahawa kunci dan kad akses yang dijumpai di dalam kereta Myvi tersebut adalah kad akses pintu lif untuk naik ke lif rumah dan kunci rumah di C-13A-17 Menara Simfoni, Balakong, Seri Kembangan, Selangor. (rumah tersebut) Justeru, pada jam lebih kurang 5.40 petang, SP14 bersama sepasukan anggota polis dengan dipandu arah oleh tertuduh pertama dan kedua telah pergi ke rumah tersebut. [6] Apabila SP14 tiba dihadapan rumah tersebut, beliau dapati pintu gril rumah dalam keadaan tertutup, berkunci dan bermangga. Dengan menggunakan (1) batang anak kunci bertulis-STELAR-telah berjaya membuka mangga grill rumah dan dengan menggunakan
1
batang anak kunci bertulis-YH-SP15 telah berjaya membuka pintu grill rumah tersebut. Seterusnya, SP14 dapati pintu rumah dalam keadaan tertutup dan berkunci. Dengan menggunakan (1) batang anak kunci bertulis-GAYA-telah berjaya membuka pintu rumah tersebut. [7] Seterusnya SP14 bersama sepasukan anggota polis dan tertuduh-tertuduh masuk ke dalam rumah tersebut dan telah lakukan pemeriksaan di ruang dapur rumah dan telah menjumpai di atas lantai (1) beg bagasi bercorak carbon fiber berwarna kelabu bertulis-itluggage- (beg bagasi tersebut) di dalamnya terdapat:-
1
(14) bungkusan plastik bertulis-GUANYINWANG-di dalamnya berisi dadah disyaki jenis Methamphetamine.
2
(4) bungkusan plastik warna putih bertulis J&T Express setiap satu bungkusan mengandungi (2) ketulan mampat yang disyaki dadah jenis Cannabis. Jumlah keseluruhan (8) ketulan mampat disyaki dadah jenis Cannabis.
3
(1) bekas plastik berwarna putih bertulis ‘Soy Protien Drink’ di dalamnya mengandungi 2300 biji pil yang disyaki dadah jenis Ecstasy. [8] SP14 turut merampas (1) helai baju t-shirt berwarna hitam berjenama PRADA dan (1) seluar jeans panjang berwarna hitam berjenama Versace Jeans dipercayai milik tertuduh pertama, (1) helai baju t-shirt berwarna hitam berjenama Navy & Navy dan (1) seluar panjang berwarna hitam berjenama ADIDAS dipercayai milik tertuduh kedua, (1) surat bertulis keputusan tempahan nombor pendaftaran NO.VY46 atas penama Mohd Zulhaimi Bin Moharani No Kp: 87012411…,(1) resit rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) atas penama Mohd Zulhaimi Bin Moharani No KP: 87012411…., (1) salinan pendua Pol 257 atas penama Mohd Zulhaimi Bin Moharani No Kp: 87012411…. dan wang tunai bercampur campur RM 14,000 /-. [9] Hasil analisa oleh Encik Abd Rahim Bin Ismail, Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Malaysia (SP5) mengesahkan dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis:-
1
Methamphetamine seberat 10,284 Gram
2
Cannabis seberat 7524.7 gram
3
3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 368.4 gram. Methamphetamine dan 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Manakala, Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh sehinggakan ia hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh-tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, mereka boleh disabitkan bersalah. Dalam masa yang sama, Mahkamah juga harus membuat penilaian sama ada terdapat sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan atau tidak. Jika terdapat keraguan munasabah, pendakwaan dikatakan gagal membuktikan kes prima facie. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN TELAH MEMBUKTIKAN KESNYA [11] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut:
1
Dadah-dadah tersebut tersenarai di bawah ADB
2
Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut 3. Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
4
Tertuduh-tertuduh mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk mengedarkan dadah tersebut.
1
Dadah-dadah tersebut tersenarai di bawah ADB [12] Di dalam kes ini, tidak keraguan bahawa dadah-dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 10,284 gram, cannabis seberat 7524.7 gram dan 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 368.4 gram. Ini dibuktikan melalui hasil analisa oleh Ahli Kimia iaitu SP5, yang mengesahkan dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya iaitu Methamphetamine dan 3,4-Methylenedioxyrnethamphetamine (MDMA) yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB manakala "Cannabis" adalah seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 ADB. Beliau juga telah menyediakan laporan kimia yang telah ditandakan sebagai P55 sebagai ekshibit pihak pendakwaan. [13] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang di dalam rantaian keterangan berkenaan barang kes semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti dadah tersebut melalui penandaan-penandaan yang dibuat berserta pelekat nombor makmal yang terdapat di atas barang kes tersebut [14] Saya mendapati setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes dadah tersebut di Mahkamah yang membuktikan bahawa ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas oleh pihak polis, dihantar untuk analisis oleh Jabatan Kimia dan dikemukakan di Mahkamah ini. Pihak pembelaan cuba menimbulkan isu berkenaan pita pelekat yang terdapat pada plastik Guan Yin Wang yang digunakan untuk menyatukan plastik-plastik tersebut, semasa ia dikemukakan di Mahkamah. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saksi-saksi telah mengecamkan setiap barang kes dengan positif, justeru saya mendapati ia tidak menimbulkan apa-apa keraguan berkenaan identiti barang kes dadah-dadah tersebut dari mula rampasan dibuat sehingga ia dianalisa oleh ahli kimia. Apatah lagi ia hanya timbul selepas dadah-dadah itu dianalisa oleh ahli kimia. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Gunalan Ramachandran v PP [2004] 4 CLJ 551 yang memutuskan: [6] In a drug trafficking case, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handing over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case falls. There should be no confusion between what has to be proved and the method of proving it. What has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc, and it is for the trafficking of that same substance that the accused is charged with. The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is a gap does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. (pp 568 g-h & 569 a-c) [7] The chain of evidence is less important during the period it is received back from the chemist until it is produced in court. This is because, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1966] 2 MLJ 195 (FC) (folld). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence. (pp 569 d-g & 570 g)
2
Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 3. Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [15] Adalah menjadi intipati pertuduhan, untuk pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai milikan iaitu kawalan atau jagaan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh-tertuduh apabila ia berada dalam kedudukan, dari segi elemen fizikal dan mental yang membolehkan tertuduh-tertuduh berurusan dengan dadah-dadah tersebut sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain jika mereka menghendakinya. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J yang menjelaskan ‘milikan’ sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out [16] Di dalam kes ini tertuduh-tertuduh tidak ditangkap berdekatan dengan dadah berbahaya tersebut tetapi telah ditangkap di tepi Jalan Suasa 3, Sungai Besi apabila mereka pergi ke balai polis untuk suatu kes kemalangan. Semasa pemeriksaan dibuat terhadap kereta Myvi yang dinaiki oleh tertuduh-tertuduh, SP14 telah antara lain merampas serangkai anak kunci dari kereta Myvi tersebut. Ia membawa kepada pemeriksaan rumah tersebut dan jumpaan dadah-dadah berbahaya seperti pertuduhan. [17] Keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan bahawa kereta Myvi itu bukan dimiliki oleh tertuduh-tertuduh tetapi dikatakan dimiliki oleh seorang yang bernama Muhammad Asyraq bin Mohamad. Saksi ini tidak dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan bagaimana kereta tersebut boleh dinaiki oleh tertuduh-tertuduh dengan rangkaian anak kunci rumah tersebut berada di dalamnya. Begitu juga rumah tempat dadah dijumpai bukanlah rumah yang disewa oleh tertuduh-tertuduh tetapi disewa oleh orang lain yang bernama Muhammad Haffiz Senawi bin Omar. Penyewa tersebut juga tidak dipanggil untuk menjelaskan sama ada benar tertuduh-tertuduh sahaja yang tinggal di rumah tersebut atau beliau atau orang-orang lain juga tinggal di rumah itu. [18] Apatah lagi melalui keterangan saksi pendakwaan sendiri iaitu Syarifah Nur Hafizah binti Syed A Rahman, SP8 iaitu Pegawai Sains DNA telah mengesahkan bahawa hasil analisa barangan yang dirampas dari rumah tersebut, menunjukkan kewujudan DNA individu-individu lain yang tidak dapat dikenalpasti selain daripada DNA tertuduh-tertuduh. Hasil analisa SP8 telah diperturunkan di dalam laporan kimia yang telah ditandakan sebagai P61.
6
Perenggan 6 hasil analisa itu menyatakan seperti berikut: - Satu profil DNA campuran yang terdiri daripada dua orang penyumbang major dan seorang penyumbang minor telah diperolehi daripada kesatan pada tuala "AN3". Profil DNA yang didapati daripada spesimen darah "Bl(a)" (berlabel "Mohd Zulhaimi Bin Moharani") dan "B2(a)" (berlabel "NADIA NATASHA BINTI MOHAMED ZAIDI") adalah konsisten merupakan penyumbang major kepada profil DNA campuran ini manakala penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara konklusif. Hasil Analisa ini mengatakan terdapat profil DNA penyumbang minor yang tidak dapat dikenal pasti pada tuala yang dirampas dari rumah tersebut. Seterusnya perenggan 7, P61 menyatakan:
7
Satu profil DNA lelaki telah diperolehi daripada puntung rokok "AN5(b)" dan "AN5(c)" yang TIDAK berpadanan dengan profil DNA yang didapati daripada spesimen darah "Bl(a)" (berlabel "Mohd Zulhaimi Bin Moharani"). Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang berlainan. Saya namakan sumber profil DNA ini sebagai "Lelaki 1". Hasil analisa ini menyatakan terdapat profil DNA Lelaki 1 pada puntung rokok yang dirampas dari rumah tersebut.
8
Perenggan 8, P61 pula menyatakan:- Satu profil DNA lelaki telah diperolehi daripada puntung rokok "AN5(d)" yang TIDAK berpadanan dengan profil DNA yang didapati daripada spesimen darah "Bl (a)" (berlabel "Mohd Zulhaimi Bin Moharani") dan sumber yang diwakili oleh "Lelaki 1". Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang berlainan. Saya namakan sumber profil DNA ini sebagai "Lelaki 2". Hasil analisa ini menunjukkan terdapat profil DNA Lelaki 2 pada puntung rokok yang dirampas dari rumah tersebut.
9
Perenggan 9, P61 pula menyatakan seperti berikut:- Satu profil DNA campuran yang terdiri daripada seorang penyumbang major(perempuan) dan seorang penyumbang minor (lelaki) telah diperolehi daripada puntung rokok "AN5(a)". Profil DNA yang didapati daripada spesimen darah "B2(a)" (berlabel "NADIA NATASHA BINTI MOHAMED ZAIDI") adalah konsisten merupakan menyumbang major kepada profil DNA campuran ini manakala spesimen darah "BI
a
(a)" (berlabel "Mohd Zulhaimi Bin Moharani") dan sumber yang diwakili Oleh "Lelaki 1" dan "Lelaki 2" adalah terkecuali daripada menjadi penyumbang minor kepada profil DNA campuran ini. Hasil analisa ini menunjukkan bahawa terdapat profil DNA individu yang tidak dapat dikenal pasti sebagai penyumbang minor pada puntung rokok yang dirampas dari rumah tersebut.
10
Perenggan 10, P61 juga menyatakan seperti berikut:- Satu profil DNA campuran yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang penyumbang telah diperolehi daripada kesatan pada baju "AN7". Profil DNA yang didapati daripada spesimen darah "B2(a)" (berlabel "NADIA NATASHA BINTI MOHAMED ZAIDI") adalah konsisten merupakan menyumbang major kepada profil DNA campuran ini manakala penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara konklusif. Hasil analisa ini menunjukkan bahawa terdapat profil DNA individu yang tidak dapat dikenal pasti sebagai penyumbang minor pada baju yang dirampas dari rumah tersebut. [19] Memandangkan rumah itu bukan disewa oleh tertuduh-tertuduh, kewujudan profil-profil DNA individu-individu lain pada barangan yang dirampas dari rumah tersebut telah menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan. Ia menyebabkan persoalan timbul berkenaan jagaan atau kawalan tertuduh-tertuduh terhadap beg bagasi yang mengandungi dadah berbahaya didalamnya. Sama ada tertuduh-tertuduh sahaja yang tinggal di rumah itu atau terdapat individu-individu lain termasuk penyewa yang juga tinggal di situ. Jika terdapat individu-individu lain tinggal di rumah itu, tidak mungkin tertuduh-tertuduh mempunyai milikan ekslusif terhadap beg bagasi yang mengandungi dadah berbahaya itu dan berada dalam kedudukan dan kuasa untuk mengecualikan orang lain terhadap pemilikan dadah berbahaya tersebut. [20] Apatah lagi pihak pendakwaan melalui SP14 menyatakan bahawa dadah-dadah yang berada di dalam beg bagasi tersebut telah dirampas dari atas lantai ruang dapur rumah. Ruang dapur adalah kawasan umum rumah tersebut. Fakta ini menyumbang kepada timbulnya keraguan munasabah dalam kes pendakwaan kerana sesiapa sahaja yang boleh masuk ke dalam rumah itu, boleh juga meletakkan beg bagasi berisi dadah itu di ruangan dapur tersebut. [21] Pihak pendakwaan telah mengemukakan imej pegun rakaman CCTV di kawasan luar rumah tersebut termasuklah di kawasan lif dan parkir, yang dikatakan adalah imej tertuduh-tertuduh yang membawa bagasi berisi dadah tersebut. Ia telah ditandakan sebagai ID70. Satu-satunya saksi yang mengatakan bahawa individu- individu dalam imej tersebut adalah tertuduh-tertuduh, adalah pegawai penyiasat sendiri iaitu ASP Ahmad Nazaruddin Bin Haji Abdul Rahim (SP15). Ini dilakukan melalui pemerhatian beliau sahaja. Tiada saksi lain yang boleh memberikan pendapat konklusif bahawa imej dalam imej pegun CCTV itu adalah tertuduh-tertuduh. Pemerhatian saya kepada imej-imej pegun itu tidak boleh mengaitkannya secara konklusif dengan tertuduh-tertuduh. Apatah lagi tidak dapat dikenal pasti tarikh dan masa rakaman CCTV itu berlaku, disamping imej-imej itu tidak berada dalam turutan tarikh dan masa yang teratur. [22] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa imej pegun ini adalah dari rakaman CCTV yang disahkan wujud oleh saksi-saksi pendakwaan termasuklah pegawai penyiasat. Walau bagaimanapun pihak pendakwaan telah tidak mengemukakan rakaman CCTV tersebut tetapi telah mengemukakan imej-imej pegun yang dipilih oleh pegawai penyiasat sendiri. Ia mendapat kritikan dari pihak pembelaan yang mengatakan bahawa mereka tidak dapat melihat gambaran keseluruhan rakaman CCTV itu. Saya mendapati kritikan ini adalah berasas. Adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk mengemukakan keterangan terbaik yang boleh dinilai dan diteliti oleh Mahkamah secara menyeluruh agar satu keputusan adil dapat diberikan terhadap tertuduh-tertuduh. Dalam keadaan ini saya menolak ID70 sebagai keterangan yang boleh diterima oleh Mahkamah ini. [23] Apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan elemen fizikal iaitu kawalan atau jagaan tertuduh-tertuduh terhadap dadah-dadah berbahaya itu, ia bermakna pihak pendakwaan juga gagal membuktikan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap dadah-dadah tersebut. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang berada di dalam beg bagasi itu. Disamping itu, semasa tertuduh-tertuduh ditangkap, mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa mereka cuba melarikan diri seperti orang yang telah melakukan suatu kesalahan. [24] Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kawalan atau jagaan serta pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap dadah-dadah yang dirampas juga bermakna pihak pendakwaan juga telah gagal untuk membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah-dadah tersebut sama ada melalui bantuan peruntukan seksyen 37 (da) ADB atau pun keterangan terus seperti takrifan ‘pengedaran’ di bawah seksyen 2 ADB. Tiada keterangan terus yang menunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah-dadah berbahayà tersebut. [25] Oleh kerana elemen kedua dan ketiga gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan, tiada keperluan untuk saya membincangkan pembuktian elemen keempat iaitu niat bersama seperti takrifan di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. KESIMPULAN [26] Dapatan Mahkamah selepas mendengar keterangan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:-
1
Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes prima facie berhubung isu milikan fizikal dan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut. Justeru, anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya tidak boleh beroperasi untuk membuktikan pengedaran.
2
Tiada keterangan langsung yang menunjukkan tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah-dadah berbahaya tersebut seperti takrifan ‘pengedaran’ di bawah seksyen 2 ADB.
3
Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan, adalah tidak selamat untuk saya memanggil tertuduh-tertuduh membela diri kerana saya tidak bersedia untuk mensabitkan tertuduh-tertuduh bersalah jika mereka memilih untuk berdiam diri. Atas kegagalan pihak pendakwaan, Mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh-tertuduh dari kesemua pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh pada 17 Januari 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Selangor Darul Ehsan Perayu / Pendakwaraya Maizatul Munirah Binti Abdul Rahman bersama Rosnee Binti Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Responden / Pembelaan Geethan Ram Vincent bersama Eu Kah Mun Tetuan Geethan Ram Suite No. 5, L15-05, PJX Tower, No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. (Ref No: GR.432.2020)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.