Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45A-48-04/2021, BA-45-7-04/2021 & BA-45-6-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45-7-04/2021
High Court of Malaysia13 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“ned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 that no substantial injustice had occurred and uphold the conviction and sentence notwithstanding th”
“al presumption that he should not be believed unless there are cogent reasons for disbelief in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances (Balasingam v. Public Prosecutor [1959] MLJ 193). There were no such cogent reasons or evidence to the contrary **Note : Serial number will be used to ve”
“49] Kredibiliti saksi utama di dalam kes ini iaitu SP3 dan SP5 adalah tidak tercalar. Mahkamah menerima keterangan SP3 dan SP5 sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 [50]”
“e defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263. [35] Mahkamah Persekutuan melalui Alauddin Mohd Sheriff PMR dalam kes Magendran Mohan v Public Prosecuto”
“kan oleh SP3 hanyalah bertujuan untuk pihak polis memulakan siasatan dan ketidaklengkapan di dalam laporan polis P19 itu tidak menjejaskan kes pendakwaan. kes Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] CLJU 52 dirujuk yang mana Mahkamah Persekutuan membuat dapatan bahawa: **Note : Serial number will be used to veri”
“g dengan eksibit P22. Malah, ketika pihak pendakwaan mengemukakan eksibit P22 di Mahkamah, tiada sebarang bantahan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Keputusan Zulkefle Ismail v PP & Rayuan lain [2015] CLJU 1516 dirujuk. [65] Di dalam kes ini, ketika SP3 membuka kesemua sampul-sampul barang kes, sampul-sampul itu”
“dalah kredible, tidak ada motif (bad motive) untuk saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP3 untuk mengenakan tertuduh-tertuduh. Rujuk PP v Aluma Chinonso & Another Appeal [2020] CLJU: [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “ … In this regard too, consideration must be m”
“dak ada motif (bad motive) untuk saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP3 untuk mengenakan tertuduh-tertuduh. Rujuk PP v Aluma Chinonso & Another Appeal [2020] CLJU: [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “ … In this regard too, consideration must be made to the legal p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (2) DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH : BA-45A-48-04/2021, BA-45-7-04/2021 & BA-45-6-04/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.VEDANAYAGAN A/L JONSON
2
2.KUMARES A/L SINAIAH (NO. K/P: 880411-14-6337) PENGHAKIMAN MUKADIMAH [1] Kedua-dua tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan pengedaran dadah berbahaya seperti berikut: No Kes: BA-45A-48-04/2021 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu dengan niat secara bersama-sama pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di Tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 16.65 gram Heroin dan 5.44 gram Monoacetylemorphines dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu dengan niat secara bersama-sama pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu 91.49 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] Tertuduh Pertama juga menghadapi pertuduhan-pertuduhan memiliki dadah berbahaya seperti berikut: No Kes: BA-45-7-04/2021 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di Tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 0.12gram Heroin dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di Tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 0.01gram Monoacetylemorphines dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.” [3] Tertuduh Kedua juga turut menghadapi pertuduhan-pertuduhan memiliki dadah berbahaya seperti berikut: No Kes: BA-45-6-04/2021 Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di Tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 0.08gram Heroin dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 24 Julai 2020 jam lebih kurang 2.00 petang, bertempat di Tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 0.02gram Monoacetylemorphines dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.” [4] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan dan mohon dibicarakan. [5] Pada 27.6.2024, berasaskan penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan juga kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua berdasarkan keterangan langsung. Dengan itu, kedua-dua tertuduh diperintahkan membela diri terhadap kesemua pertuduhan. Kedua-dua tertuduh membuat pilihan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. [6] Pada 5.2.2025, di akhir pembelaan, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut:
a
Kes no. BA-45A-48-04/2021, bagi pertuduhan pengedaran dadah berbahaya, Tertuduh pertama didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (AKTA DADAH BERBAHAYA 1952) dan dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020.
b
Kes no. BA-45-7-04/2021, Tertuduh pertama didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020.
c
Kes no. BA-45A-48-04/2021, bagi pertuduhan pengedaran dadah berbahaya, Tertuduh kedua didapati tidak bersalah dan dilepaskan dan dibebaskan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
d
Kes no. BA-45-7-04/2021, Tertuduh kedua didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan dengan hukuman penjara 4 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020. [7] Tidak berpuas hati atas keputusan di atas, Tertuduh Pertama telah memfailkan notis rayuan bertarikh 18.2.2025 merayu atas sabitan dan hukuman. [8] Berikut adalah alasan penghakiman lengkap Mahkamah ini atas keputusan tersebut. KES PENDAKWAAN [9] Bagi membuktikan pertuduhan-pertuduhan ke atas Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua, pihak pendakwaan telah memanggil tujuh orang saksi seperti berikut: SP1 SM Muhammad Arwan bin Masu’ut Jurustor SP2 Sjn Mohamad Zaki bin Hussin Jurugambar SP3 Insp Ahmad Zarrin bin Abd Rashid Pegawai Tangkapan SP4 ASP Zarul Fikri bin Hamzah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kajang SP5 SI Wan Ishak bin Daud Anggota Serbuan SP6 Insp Mohd Iqbal bin Norman Pegawai Penyiasat Ganti SP7 Mohd Najif bin Ab Rahman Ahli Kimia [10] Pada 24.7.2020, SP3 di dalam keterangannya, menyatakan bahawa SP3 dan anggota-anggotanya telah membuat serbuan di tepi Jalan KPB 12, Kawasan Perindustrian Balakong, Balakong, di dalam Daerah Hulu Langat, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan (tempat kejadian). [11] Sebelum serbuan dilakukan, SP3 telah membuat pemerhatian selama 5 minit dan hasil pemerhatian, SP3 melihat 2 lelaki India (dicamkan sebagai Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua) sedang duduk bersembang di atas tanah. Selain daripada tertuduh-tertuduh, tiada orang lain di tempat kejadian. [12] SP3 dan pasukannya menghampiri kedua-dua tertuduh sambil menjerit polis dan ketika itu, tertuduh-tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh SP3 dengan bantuan anggotanya iaitu Kpl Faizal dan Kpl Yuhasrizal Azrin dalam jarak 12 ke 15-meter dari tempat tertuduh-tertuduh sedang duduk bersembang awalnya. SP3 menyatakan bahawa Tertuduh Pertama ditangkap oleh SP3 dan Kpl Yuhasrizal Azrin, manakala Tertuduh Kedua ditangkap oleh Kpl Faizal. Jarak di antara di antara mereka ketika itu hanya 3meter sahaja. [13] Hasil pemeriksaan fizikal terhadap Tertuduh Pertama, SP3 telah menjumpai 4 peket plastik lutsinar berisi ketulan warna biru disyaki dadah jenis Heroin (ab: 3.45 gram) di mana 4 peket plastik ini berada di dalam genggaman tangan kanan Tertuduh Pertama. [14] SP3 kemudian telah jalankan pemeriksaan terhadap Tertuduh Kedua dan telah menjumpai 2 peket plastik lutsinar berisi ketulan warna putih kotor disyaki dadah jenis Heroin (ab: 2.80 gram) yang sedang dipegang di tangan kanan Tertuduh Kedua. [15] SP3 kemudian menggari kedua-dua tertuduh dan membacakan kata-kata amaran di bawah Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya
1952
SP3 bertanyakan kepada kedua-dua tertuduh adakah menyimpan lagi apa-apa dadah atau barang salah dan Tertuduh Pertama menjawab ada. SP3 kemudian meminta Tertuduh Pertama menunjukkan dadah tersebut. [16] Tertuduh Pertama kemudian telah bawa SP3 dan Tertuduh Kedua (yang ketika itu digari bersama Tertuduh Pertama) ke tempat awal di mana tertuduh-tertuduh dilihat sedang duduk bersembang-sembang dan Tertuduh Pertama telah tunjukkan 1 beg plastik warna ungu bercorak bunga tertulis Terima Kasih yang berada di atas tanah dengan tangan kanannya. Tertuduh Pertama kemudian telah mengambil beg plastik tersebut dengan tangan kanannya dan menyerahkan kepada SP3. [17] Hasil pemeriksaan terhadap beg plastik tersebut, SP3 mendapati terdapat 4 plastik merah yang mana setiap plastik tersebut telah dililit menggunakan getah dan terdapat juga 1 beg berzip berwarna hitam. [18] SP3 kemudian telah membuat pemeriksaan terhadap plastik-plastik tersebut dan mendapati didalamnya terdapat:
i
Plastik merah pertama mengandungi 82 peket plastik lutsinar yang berisi ketulan berwarna putih kotor disyaki dadah jenis Heroin (ab: 113.29 gram);
II
(ii) Plastik merah kedua mengandungi 66 peket plastik lutsinar yang berisi ketulan warna merah jambu disyaki dadah jenis Heroin (ab: 140.77 gram);
III
(iii) Plastik merah ketiga mengandungi 70 peket plastik lusinar yang berisi ketulan warna biru disyaki dadah jenis Heroin (ab:
124
124.19 gram);
IV
(iv) Plastik merah keempat mengandungi 112 peket plastik lutsinar yang berisi ketulan warna hijau disyaki dadah jenis Heroin (ab: 159.66 gram). [19] Hasil pemeriksaan terhadap beg berzip warna hitam pula, SP3 telah menjumpai 73 peket plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu (ab: 139.93 gram). [20] Selepas selesai pemeriksaan, terdapat 1 lelaki Cina dan 1 lelaki Melayu yang datang ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan badan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [21] SP3 menyatakan kesemua barang kes disyaki dadah disimpan semula di dalam plastik tersebut dan tertuduh-tertuduh bersama-sama 1 lelaki Cina dan 1 lelaki Melayu bersama barang-barang kes telah dibawa balik ke IPD Kajang bagi tujuan siasatan lanjut. [22] Keterangan SP3 ini adalah selari dengan keterangan SP5 yang merupakan salah seorang anggota serbuan di tempat kejadian. [23] Di IPD Kajang, SP3 telah membuat timbangan dan tandaan terhadap setiap barang kes di hadapan tertuduh-tertuduh dan SP3 kemudiannya membuat laporan polis sepertimana Rpt Bt 9 Cheras/9372-9373/20 eksibit (P19). [24] SP3 kemudian telah menyerahkan barang-barang rampasan, tertuduh-tertuduh, laporan polis P19, borang bongkar P20 beserta borang serah menyerah P21 kepada Pegawai Penyiasat bertugas iaitu Insp Linda binti Abdol Wahab. [25] SP7 menyatakan telah menerima 4 sampul bertanda LHB1, LHP1, LH2 dan LS2 daripada Insp Linda binti Abdol Wahob pada 28.7.2020 dan satu resit rasmi nombor makmal 20-FR-B-14080 P23 telah dikeluarkan oleh SP7. [26] SP7 telah memeriksa sampul-sampul tersebut dan mendapati didalamnya:
i
Sampul LHB1 – 4 peket plastik masing-masing bertanda A1 hingga A4 mengandungi bahan ketulan dan serbuk warna biru. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 3.24gram yang mengandungi 0.12gram Heroin dan 0.01gram Monotacetylemorphines;
II
(ii) Sampul LHP1 – 2 peket plastik masing-masing bertanda B1 dan B2 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 2.43gram yang mengandungi 0.08gram heroin dan 0.02gram Monoacetylemorphines;
III
(iii) Sampul LH2 – 1 beg plastik bertanda L yang mengandungi 4 beg plastik bertanda LHP, LHM, LHB dan LHH yang setiap satunya diikat dengan gelang getah di mana:
a
Plastik LHP berisi 82 peket plastik bertanda CA1 hingga CA82 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 109.62gram yang mengandungi 3.39gram heroin dan 1.31gram monoacetylemorphines;
b
Plastik LHM berisi 66 peket plastik bertanda CB1 hingga CB66 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna merah jambu. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 134.48gram yang mengandungi 4.57gram heroin dan 1.21gram monoacetylemorphines;
c
Plastik LHB berisi 70 peket plastik bertanda CC1 hingga CC70 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna biru. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 118.38gram yang mengandungi 4.49gram heroin dan 0.82gram monoacetylemorphines;
d
Plastik LHH berisi 112 peket plastik bertanda CD1 hingga CD112 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna hijau. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 150.18gram yang mengandungi 4.20gram heroin dan 2.10gram monoacetylemorphines
IV
(iv) Sampul LS2 – 1 beg berzip bertanda L yang berisi 73 peket plastik bertanda CE1 hingga CE73 yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisa, jumlah berat bersih bahan tersebut adalah 128.51gram yang mengandungi 91.49gram Methamphetamine. [28] SP7 juga menyatakan bahawa Heroin, Monoacetylemorphines dan Methamphetamine disenaraikan sebagai dadah berbahaya dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [29] Barang kes yang telah selesai dianalisa berserta Laporan Kimia nombor makmal 20-FR-B-14080 ditandakan eksibit (P23) telah diserahkan kepada Insp Muhammad Zulhisham Al Hakim bin Yahaya pada 22.12.2020 dan kemudian didaftarkan ke dalam stor dengan no siri 752. SP1 menyatakan barang-barang yang didaftar adalah sampul bertanda LS2, LH2, LHP1 dan LHB1 yang berseal kimia nombor makmal 20-FR-B-14080. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [30] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan satu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah sebelum tertuduh dipanggil membela diri bagi menjawab pertuduhan tersebut. [31] Berpandukan kepada keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169 di mana Mahkamah Agong melalui Mohamed Azmi HMA telah membuat pemerhatian berikut: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP ). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt”. [32] Selanjutnya, Gopal Sri Ram HMR (kemudian HMP) menyentuh isu yang sama dalam kes Looi Kow Chai & Anor v Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menyatakan: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal”. [33] Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, melalui Augustine Paul HMR (kemudian HMP), telah membuat penekanan berikut: “[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ‘prima facie case’ in s 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. [22] …Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case”. [34] Panduan selanjutnya mengenai beban di akhir kes pendakwaan telah dinyatakan oleh Gopal Sri Ram HMP dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 seperti berikut: “[8] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case: (i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is ‘Yes’, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is ‘No’ then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263. [35] Mahkamah Persekutuan melalui Alauddin Mohd Sheriff PMR dalam kes Magendran Mohan v Public Prosecutor [2011] 1 CLJ 805; [2011] 6 MLJ 1 telah mengulangi prinsip pembuktian kes prima facie dan menyatakan: “[25] The test at the end of the prosecution’s case is ‘prima facie case’ based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinized properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution’s case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ATAS KES PENDAKWAAN [36] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah: (i) Bahan-bahan yang dijumpai di dalam peket-peket plastik tersebut adalah merupakan dadah yang tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; (ii) tertuduh-tertuduh mempunyai pemilikan terhadap dadah-dadah yang terkandung di dalam kesemua peket plastik yang dirampas oleh SP3; (iii) Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran; (iv) tertuduh-tertuduh mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah-dadah tersebut. Elemen pertama - identiti bahan-bahan di dalam peket-peket plastik adalah merupakan dadah yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [37] SP7 yang merupakan ahli kima dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa Heroin, Monoacetylemorphines dan Methamphetamine disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [38] Peguambela tertuduh-tertuduh tidak mempersoalkan laporan kimia disediakan SP7. Apa yang dipersoalkan oleh peguambela Tertuduh Pertama semasa pemeriksaan balas lebih menjurus kepada perbezaan berat kasar dan berat bersih dadah serta gelang getah yang mengikat plastik barang kes yang telah putus dan cair. Menurut peguambela, pada pandangannya terdapat perbezaan ketara antara berat kasar dan berat bersih barang kes. Menurut kedua-dua peguambela, perbezaan berat barang kes telah mengakibatkan terputusnya rantaian eksibit dalam kes ini kerana dihujahkan bahawa eksibit di Mahkamah bukanlah barang kes. [39] Mahkamah ini berpandangan isu yang dibangkitkan tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada Mahkamah. Sebaliknya, Mahkamah ini berpuas hati dan menerima keterangan lisan SP7 dan keterangan dokumentar melalui eksibit P24 tersebut. Rujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221. [40] Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945 yang mana isu yang sama telah dibangkitkan oleh peguambela dan Mahkamah Persekutuan melalui YAA Raus Sharif PCA (ketika itu) memutuskan seperti berikut: “(5) The difference in weight of the drugs exhibits by itself as found by PW6 and the chemist was not sufficient to create reasonable doubt to the prosecution’s case. There was no doubt that the drug’s exhibits seized from the appellant and as examined by PW3 were the same drugs exhibits that the appellant was charged with. There was no break in the chain of evidence and the drugs exhibits were positively identified by the prosecution witnesses.” [41] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat SP7 berkaitan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut sepertimana di dalam eksibit P24 dan merumuskan bahawa elemen pertama mengenai identiti barang kes dadah telah dipenuhi. Elemen kedua – Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [42] SP3 telah menjumpai: (i) 4 peket plastik lutsinar berisi ketulan biru disyaki dadah jenis Heroin daripada genggaman tangan kanan Tertuduh Pertama; (ii) 2 peket plastik lutsinar berisi ketulan berwarna putih kotor disyaki dadah jenis Heroin yang dipegang oleh Tertuduh Kedua; (iii) Tertuduh-tertuduh mesti tahu apakah berada dalam gengaman dan dipegang oleh mereka kerana plastik-plastik itu adalah plastik lutsinar dan secara jelasnya boleh dilihat oleh tertuduh-tertuduh; (iv) Perbuatan kedua-dua tertuduh yang cuba melarikan diri setelah SP3 menjerit polis semasa serbuan adalah suatu tindakan relevan bagi menunjukkan pengetahuan tertuduh-tertuduh terhadap dadah-dadah tersebut (Rujukan terhadap Seksyen 8 Akta Keterangan dan kes Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717). [43] Bagi dadah yang dijumpai di dalam beg plastik ungu, keterangan SP3 adalah: (i) SP3 telah membacakan kata-kata amaran dibawah Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan bertanyakan kepada tertuduh-tertuduh samada mempunyai barang salah dan Tertuduh Pertama menjawab ada; (ii) Beg plastik ungu itu telah ditunjukkan oleh Tertuduh Pertama di tempat yang mana Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua sedang duduk pada awalnya; (iii) Tertuduh Pertama kemudian membawa SP3 ke tempat tersebut dan mengambil plastik ungu itu dengan tangan kanan; (iv) Plastik ungu tersebut telah diserahkan kepada SP3 oleh Tertuduh Pertama. [44] Beg plastik warna ungu yang diambil oleh Tertuduh Pertama dan diserahkan kepada SP3 berada berdekatan dengan tempat yang mana Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua duduk sebelum serbuan dilakukan. SP3 telah tandakan di gambar eksibit P15(4) di mana tempat Tertuduh Pertama duduk sebagai (X), tempat Tertuduh Kedua duduk sebagai (Y) dan tempat beg plastik ungu diambil sebagai (Z). [45] Kedudukan tertuduh-tertuduh yang dekat dengan beg plastik ungu itu menunjukkan bahawa hanya tertuduh-tertuduh yang mempunyai kawalan/jagaan/power to deal dengan beg plastik ungu tersebut. Rujuk Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237. [46] Menurut keterangan SP3, beg plastik ungu ini tidak akan dapat dijumpai oleh pihak polis sekiranya tidak ditunjuk oleh Tertuduh Pertama. Perbuatan Tertuduh Pertama yang menunjukkan dan mengambil beg plastik ungu tersebut jelas menunjukkan bahawa Tertuduh Pertama tahu apa yang berada di dalam beg plastik ungu tersebut. [47] Dengan ketiadaan cabaran berkenaan kata-kata amaran dibawah Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diberikan oleh SP3, maka perbuatan Tertuduh Pertama yang menunjukkan dan mengambil beg plastik ungu itu wajar diterima oleh Mahkamah yang menunjukkan pengetahuan Tertuduh Pertama barang dadah berbahaya berkenaan. Elemen Ketiga: Dadah tersebut bertujuan untuk pengedaran [76] Bagi tujuan pembuktian elemen ini, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada definisi pengedaran di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Perbuatan tertuduh-tertuduh ini adalah merupakan satu ‘direct trafficking” yang terangkum di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu ‘keeping’, ‘distributing’ dan ‘administering’ sebanyak 330 peket dadah yang berada dalam 4 plastik merah dan 73 peket plastik di dalam beg berzip hitam di dalam beg plastik ungu yang diambil oleh Tertuduh Pertama dari atas tanah dan diserahkan kepada SP3. Gambar peket-peket dadah tersebut sepertimana di dalam gambar eksibit P16 (1-5). [77] Perbuatan over act juga menunjukkan dadah berbahaya adalah sedia untuk diedarkan. Di dalam kes PP v. Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 2 CLJ 129 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 dan kes Mohamad Yazri bin Minhat v PP [2008] 2 MLJ 241 dan memutuskan: “(2) The mere act of carrying the drugs is not sufficient to constitute the offence of trafficking (see para 20); Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor Koh Chai Cheng v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64 and Mohamad Yazri bin Minhat v. Public Prosecutor [2003] 2 CLJ 65; [2008] 2 MLJ 241 followed. In the present case, judging from the manner the drug was being carried, it in small plastic packets and taking into account the total amount of the drug involved, the reasonable inference was that the respondent was in fact carrying it for the purpose of trafficking. The respondent was not just a passive carrier. Armed with these facts, had the learned trial judge properly directed himself, he would nonetheless have come to the same finding. In the circumstances, the Court of Appeal ought to have applied the proviso to s. 60(1) of the Courts of Judicature Act 1964 that no substantial injustice had occurred and uphold the conviction and sentence notwithstanding the misdirection by the learned trial judge (see page 21).” [78] Pendekatan yang sama juga diambil oleh Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Herlina Purnama Sari [2016] 1 LNS 1855. [79] Di dalam kes ini, 403 peket (330 peket plastik merah dan 73 peket plastik dari beg berzip hitam) yang mengandungi dadah tersebut membolehkan inferen dibuat bahawa peket-peket kecil tersebut telah tersedia untuk diedarkan dan merupakan satu ‘over act’. [80] Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan secara langsung ke atas elemen kawalan atau jagaan serta pengetahuan seperti dinyatakan di atas bahawa tertuduh-tertuduh melakukan pengedaran di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen keempat - tertuduh-tertuduh mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah-dadah tersebut [48] Kaitan/nexus tertuduh-tertuduh dengan barang kes dadah boleh dilihat dari keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut yang mana menunjukkan hubungkait di antara satu sama lain menurut seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dilihat seperti berikut: (i) SP3 melihat kedua-dua tertuduh sedang duduk di atas tanah dan bersembang; (ii) Ketika SP3 memperkenalkan diri sebagai polis, kedua-dua tertuduh telah melarikan diri dan berjaya ditangkap; (iii) SP3 telah menjumpai dalam genggaman tangan Tertuduh Pertama, 4 peket plastik berisi dadah; (iv) SP3 telah menjumpai 2 peket plastik berisi dadah di pegang di tangan kanan Tertuduh Kedua; (v) Cara ‘packaging’ plastik-plastik itu adalah sama dengan ‘packaging’ plastik-plastik berisi dadah yang berada di dalam beg plastik warna ungu yang diserahkan oleh Tertuduh Pertama kepada SP3; (vi) Jarak yang dekat di antara Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dengan beg plastik ungu yang berisi dadah sebelum serbuan dilakukan adalah dekat. Kredibiliti saksi-saksi pendakwaan [49] Kredibiliti saksi utama di dalam kes ini iaitu SP3 dan SP5 adalah tidak tercalar. Mahkamah menerima keterangan SP3 dan SP5 sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes PP v Mohamed Ali [1962] MLJ 257. [50] Tidak terdapat juga sebarang motif jahat oleh SP3 dan SP5 untuk mengenakan tertuduh-tertuduh dan perkara ini telah dipertimbangkan dalam menilai keterangan saksi-saksi tersebut sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam PP v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 CLJ 859. [51] Selain daripada itu, SP3 dan SP5 bukanlah saksi yang memerlukan keterangan sokongan seperti saksi kanak-kanak atau rakan sejenayah dan kes ini bukanlah kes seksual dan Mahkamah boleh bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP3 dan SP5 ini. Ini adalah selari dengan dapatan Mahkamah di dalam kes Selvam a/l Arjunan v Public Prosecutor [2012] 4 MLJ 755. [52] Berdasarkan kepada nas undang-undang tersebut, Mahkamah membuat dapatan bahawa SP3 dan SP5 adalah merupakan saksi yang kredibel dan keterangan mereka wajar diterima oleh Mahkamah yang Mulia ini. ISU BERBANGKIT Rantaian barang kes [53] Peguambela Tertuduh Pertama di dalam hujahan bertulis telah membangkitkan isu bahawa rantaian terhadap barang kes terputus kerana perbezaan timbangan berat kasar yang dinyatakan oleh SP7 dengan timbangan berat kasar yang dinyatakan di dalam repot eksibit P19. Perbezaan yang ketara ini menjadikan identiti barang kes yang dirampas adalah diragui. [54] Namun, hanya terdapat satu sahaja soalan tentang rantaian barang kes iaitu soalan dari peguam Tertuduh Kedua yang diajukan kepada SP3 yang mana soalannya adalah seperti berikut: PB Tertuduh Kedua : Saya cadangkan terdapat pecahan rantaian eksibit dalam kes ini di mana eksibit di Mahkamah bukan barang kes yang dirampas di tempat kejadian SP3 : Tidak setuju [55] Jawapan SP3 yang tidak setuju tersebut tidak menjadikan soalan cadangan tersebut sebagai fakta dan selain daripada soalan tersebut, tiada apa-apa soalan yang diajukan kepada SP3 tentang identiti barang kes tersebut. Di dalam kes Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945, terdapat perbezaan berat dadah kasar yang ditimbang oleh Pegawai Penyiasat SP6 dan Ahli Kimia SP3. SP6 telah membuat timbangan barang kes dan mendapati beratnya ialah 4860gram manakala timbangan oleh SP3 adalah 4688.55 gram. Peguam Perayu telah merujuk kepada kes Zaifull Muhammad v. PP & Another Appeal [2013] 3 CLJ 383 (MP) dan menghujahkan bahawa percanggahan berat dadah tersebut telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap identiti barang kes. Mahkamah Persekutuan walaubagaimanapun membuat dapatan bahawa perbezaan berat kasar dadah di antara SP3 dan SP6 itu tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Malah, kedua-dua saksi tersebut telah membuat pengecaman positif terhadap eksibit-eksibit dadah termasuk tarikh dan tandatangan mereka. [56] Selanjutnya, di dalam kes Lew Wai Loon v PP [2014] 2 CLJ 649 Mahkamah Persekutuan membuat dapatan bahawa: “[53] It is therefore obvious that the drug exhibit was within the custody and care of SP7 during those dates. Anyway, there was no challenge by the defence during the trial that SP7 had left the drug exhibit outside his locked steel cabinet after taking them out for photographs and dusting for fingerprint. Such absence of challenge had deprived the prosecution the opportunity of rebuttal by way of police diaries and other relevant documents. To raise therefore the issue at the appeal stage in our view is a little late in the day.” [57] Mahkamah ini juga mendapati pada bila-bila masa pihak pembelaan tidak pernah mempertikaikan bahawa barang-barang kes dadah yang dirampas itu tidak berada dalam simpanan SP3 sehinggalah ia dibawa balik ke IPD Kajang dan dibuat tandaan seperti keterangan SP3 di Mahkamah. Malah, SP3 mengecam kesemua barang kes yang dibuat tandaan tersebut dan tandaan untuk setiap barang kes adalah selari dengan apa yang dinyatakan dalam borang bongkar eksibit P20 dan borang serah menyerah eksibit P21. [58] Mengenai gelang getah yang ditimbulkan oleh peguambela, SP7 ketika pemeriksaan balas menjelaskan bahawa: “Sepanjang saya beri keterangan di Mahkamah, kes melibatkan gelang getah, telah berlalu masa, kebanyakan gelang getah samada putus atau cair dan akan melekat. Jadi kebanyakan kes, berkaitan gelang getah, sukar saya nak cam sebab tiada tandaan. Mungkin aging process.” [59] Penjelasan SP7 ini adalah relevan kerana ketika SP3 membuka barang kes, sememangnya kesemua gelang getah adalah berwarna oren yang cair dan melekat pada peket-peket plastik tersebut sepertimana yang tertera di dalam gambar barang kes. Kesemua ini terakam di dalam rakaman prosiding Mahkamah. Pegawai Penyiasat Insp Linda binti Abdul Wahob tidak dipanggil memberi keterangan [60] Pihak pembelaan telah menimbulkan isu bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Pegawai Penyiasat Insp Linda binti Abdul Wahob telah menimbulkan jurang yang besar di dalam kes pendakwaan. [61] Di dalam kes ini, SP6 (pegawai penyiasat ganti yang mengambil alih kes siasatan daripada Ins Linda binti Abdul Wahob) telah dipanggil untuk memberi keterangan di mana SP4 menyatakan bahawa Insp Linda binti Abdul Wahob telah diletakkan dibawah jawatan kontigensi atas faktor kesihatan yang dialami sejak penghujung tahun 2021. SP4 menyatakan secara perubatan, laporan mengenai kesihatan Insp Linda binti Abdul Wahob yang diterima adalah vertigo, mabuk, tidak boleh berjalan dan Insp Linda binti Abdul Wahob masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan tarikh temujanji seterusnya adalah pada 10.10.2024. [62] Hasil lawatan kebajikan yang dilakukan oleh SP4 pada 3.5.2024 (2 minggu sebelum SP4 memberi keterangan di Mahkamah), SP4 mendapati Insp Linda binti Abdul Wahob mengalami masalah kesihatan di mana keadaannya agak lemah, muka agak pucat dan tidak boleh bangun dari katil. Pemerhatian oleh SP4 mengenai kesihatan Insp Linda binti Abdul Wahob ini tidak dicabar oleh peguambela. [63] SP4 telah mendapatkan ‘discharge note’ dari Hospital Prince Court (eksibit P22) di mana jika dirujuk kepada eksibit P22, diagnosis oleh seorang doktor ke atas Inspektor Linda ialah beliau mengalami Migraine, Vestibular Neuronitis, Sinusitis. [64] Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak dengan sengaja gagal memanggil Pegawai Penyiasat tersebut. Akan tetapi keadaan Pegawai Penyiasat yang tidak sihat telah pun dijelaskan oleh SP4 dan disokong dengan eksibit P22. Malah, ketika pihak pendakwaan mengemukakan eksibit P22 di Mahkamah, tiada sebarang bantahan yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Keputusan Zulkefle Ismail v PP & Rayuan lain [2015] CLJU 1516 dirujuk. [65] Di dalam kes ini, ketika SP3 membuka kesemua sampul-sampul barang kes, sampul-sampul itu masih berada dalam keadaan berseal sempurna dan ‘intact’ dan ini turut disokong oleh SP1 sebagai saksi yang mendaftar masuk sampul-sampul itu ke dalam stor. [66] SP3 kemudian telah membuka kesemua sampul dan membuat pengecaman yang positif terhadap barang-barang yang berada di dalam sampul dan mengesahkan itu adalah barang-barang kes yang dirampas oleh SP3 yang kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat dan kemudiannya diserahkan untuk dianalisa oleh SP7 dan akhirnya disimpan semula oleh SP1 selepas selesai analisa. [67] Jika dirujuk kepada laporan polis eksibit P19, borang bongkar eksibit P20, borang serah eksibit P21, laporan kimia eksibit P24 dan gambar barang kes eksibit P16(1-5), kesemuanya adalah selari dan sama di antara satu sama lain. Tidak pernah sekali-kali ditimbulkan terdapatnya mana-mana plastik lutsinar yang tertinggal atau tercicir sehingga boleh menjejaskan kes pendakwaan. [68] Oleh itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa dengan tidak memanggil pegawai penyiasat asal untuk memberi keterangan tidak menjejaskan kes pendakwaan. Borang Serah eksibit P21 tidak menyatakan plastik ungu dan beg berzip hitam [69] Peguambela menghujahkan bahawa ketinggalan plastik ungu dan beg berzip hitam di dalam borang serah P21 telah menimbulkan jurang di dalam kes pendakwaan yang mana pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan hujahan tersebut. [70] SP3 telah ditanyakan mengenai ketinggalan beg plastik ungu oleh pihak pendakwaan dan jawapan SP3 adalah SP3 terlepas pandang. Ketika pemeriksaan balas, SP3 bersetuju bahawa bukan semua barang kes dinyatakan dalam borang bongkar eksibit P20 dinyatakan dalam P21 namun SP3 tidak bersetuju terdapat ketinggalan barang kes untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat. [71] Jawapan SP3 ini mengenai hal ini adalah benar kerana apabila sampul-sampul barang kes dibuka, sememangnya terdapat beg plastik ungu dan beg berzip warna hitam bersama-sama dengan barang kes dadah dan kewujudan kedua-dua barang kes ini juga disahkan oleh SP7 yang ada menerima barang kes ini ketika sampul-sampul barang kes dihantar oleh Pegawai Penyiasat. Pihak pembelaan tidak pernah sekali-kali mempertikaikan kewujudan beg plastik warna ungu dan beg berzip hitam ini. Laporan Polis eksibit P19 yang tidak lengkap [72] SP3 di dalam keterangannya menyatakan bahawa selepas kedua-dua tertuduh digari, SP3 telah membacakan kata-kata amaran dibawah Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaubagaimanapun, peguam menghujahkan bahawa kata-kata amaran ini tidak ada dinyatakan di dalam laporan polis P19. [73] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa laporan polis eksibit P19 yang disediakan oleh SP3 hanyalah bertujuan untuk pihak polis memulakan siasatan dan ketidaklengkapan di dalam laporan polis P19 itu tidak menjejaskan kes pendakwaan. kes Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] CLJU 52 dirujuk yang mana Mahkamah Persekutuan membuat dapatan bahawa: “….Further, the information required need not contain the circumstances of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters.... The first information report is not an Encyclopedia. It is not the beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up…” [74] Kes Herchun Singh (supra) ini turut dirujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Timhar Jimdani Ong & Anor v PP [2010] 3 CLJ 938 yang mana terdapat ketinggalan fakta di dalam laporan polis P12 yang dibuat oleh Insp Willie namun Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa maklumat yang dinyatakan di dalam laporan polis hanyalah butiran asas tentang masa dan tempat kejadian dan butiran penuh akan dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat. [75] Secara ringkasnya, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Teruduh Pertama bagi pertuduhan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atas alasan berikut: (a) Tertuduh Pertama tidak mempunyai pemilikan ke atas dadah yang dijumpai dalam plastik ungu tersebut kerana tiada sebarang bukti kukuh yang boleh dikemukakan untuk mengaitkan plastik berwarna ungu tersebut kepada Tertuduh Pertama; (b) tempat plastik ungu tersebut dijumpai adalah satu tempat terbuka, awam dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang menunjukkan Tertuduh Pertama tiada kawalan dan jagaan eksklusif ke atas plastik berwarna ungu tersebut; (b) keterangan Tertuduh Pertama kepada SP3 tidak boleh diterima oleh Mahkamah yang Mulia ini kerana kegagalan SP3 untuk mematuhi keperluan undang-undang di bawah seksyen 37B Akta Dadah Berbahaya 1952; (c) keterangan SP3 bahawa dadah dalam beg plastik ungu tersebut telah ditunjukkan oleh Tertuduh Pertama tidak boleh diterima oleh Mahkamah yang Mulia ini dibawah seksyen 27 AK 1950 kerana SP3 mempunyai pengetahuan berkenaan beg plastik tersebut sebelum ia dijumpai dan beg plastik tersebut tidak mempunyai ciri-ciri tersembunyi/terlindung; (d) Kegagalan untuk memanggil dua (2) orang lagi yang telah ditahan berkaitan dengan kes ini untuk menafikan fakta bahawa plastik berwarna ungu tersebut bukan milik mereka menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa beg plastik tersebut adalah milik dua (2) tersebut dan bukan Tertuduh Pertama; (e) Terdapat keraguan munasabah berkenaan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah yang mana beg plastik ungu tersebut dan beg hitam berzip langsung tidak dinyatakan dalam borang serah-menyerah dan tiada penjelasan yang munasabah yang diberikan oleh pihak pendakwaan; (f) perbezaan berat barang kes dan warna gelang getah yang diperolehi oleh SP3 dan diterima oleh SP7 adalah berbeza dan tiada penjelasan diberikan; (g) Pegawai Penyiasat tidak dipanggil untuk memberikan keterangan tentang perbezaan identiti barang kes, penyimpanan dan pengendalian barang kes setelah diterima daripada SP3 dan sebelum diserahkan kepada SP7 menyebabkan terputusnya rantaian pembuktian; (h) Tiada sebarang bukti dikemukakan untuk menunjukkan Tertuduh Pertama telah memegang barang kes tersebut seperti laporan cap jari atau forensik yang mana ini menjadikan versi Tertuduh Pertama lebih dipercayai bahawa Tertuduh Pertama langsung tidak menyentuh barang kes tersebut dan telah dijumpai oleh SP3 sendiri. [76] Bagi pertuduhan pemilikan, percanggahan material iaitu sama ada dua (2) peket plastik atau empat (4) peket plastik telah dijumpai pada Tertuduh Pertama tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan dan pemutusan dalam rantai pembuktian berkenaan penyimpanan dan pengendalian barang kes oleh Pegawai Penyiasat menimbukan keraguan yang munasabah dalam kes pihak pendakwaan. [77] Pihak Pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie berdasarkan alasan-alasan berikut: (a) Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa Tertuduh Kedua mempunyai milikan (‘possession’) ke atas barang kes dadah tersebut; dan (b) Anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan sewajarnya diputuskan (‘invoke’) terhadap pihak pendakwaan kerana gagal untuk memanggil saksi-saksi material. [81] Pihak pembelaan juga membangkitkan mengenai kegagalan pihak pendakwaan memanggil 2 orang lagi yang ditahan bersama tertuduh-tertuduh yang dikatakan penting di dalam kes ini. [82] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati tiada cabaran ke atas kedua-dua orang yang dikatakan material kepada kes pendakwaan. Tambahan pula, 2 lagi individu tersebut ditangkap selepas SP3 membuat tangkapan ke atas Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua. Oleh itu, dalam konteks isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa seksyen 114(g) AK 1950 tidak relevan. Rujuk kes Mahkamah Persekutuan Siew Yoke Keong v PP [2013] 3 MLJ 630 yang memutuskan seperti berikut: “(4) Adverse inference under s 114(g) of the Act could only be drawn if there occasioned withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence.” [83] Tambahan pula, adalah wajar untuk Mahkamah menekankan di sini bahawa barang kes dadah berbahaya dijumpai setelah Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua ditahan. Dalam erti kata lain, dadah dijumpai pada tubuh Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dan dadah yang turut dijumpai bagi pertuduhan pengedaran adalah hasil daripada pandu arah Tertuduh Pertama menunjukkan dan mengambil barang kes berkenaan dengan tangan kanan. [84] Mahkamah berpuas hati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. [85] Pihak pembelaan juga menghujahkan kegagalan pihak pendakwaan melakukan ujian cap jari/DNA ke atas barang kes dadah dan pakaian-pakaian milikan kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241 di mana Mahkamah Agong membuat dapatan: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rest on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law (1950-1960) by J.K. Soonavala p. 188 to 193).” [86] Berhubung dengan hujahan peguambela-peguambela, Mahkamah memutuskan bahawa hujahan yang dikemukakan tidak bermerit. Ketiadaan ujian cap jari/DNA tidak bermaksud kes pendakwaan terjejas. Apabila Mahkamah ini meneliti bukti dan keterangan kes secara maksima, terdapat bukti dan keterangan yang kukuh yang menunjukkan bahawa dadah berbahaya dimiliki oleh tertuduh-tertuduh. Rujuk Gunalan A/L Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551. Oleh itu, seksyen 114(g) Akta Keterangan tidak terpakai. [87] Mahkamah ini berpuas hati bahawa saksi-saksi pendakwaan adalah kredible, tidak ada motif (bad motive) untuk saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP3 untuk mengenakan tertuduh-tertuduh. Rujuk PP v Aluma Chinonso & Another Appeal [2020] CLJU: [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “ … In this regard too, consideration must be made to the legal proposition which has been accepted by the court unless there is evidence to show bad motive or other cogent reason why the police witnesses – here it is primarily PW5 and PW3 would want to lie and fabricate evidence against the first accused, then their evidence must be accepted by the court.” [88] Rantaian keterangan barang kes tidak terputus apabila SP3 membuat tandaan terhadap barang kes yang dirampas daripada tertuduh-tertuduh dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat dalam kes ini dan seterusnya barang kes dihantar ke Jabatan Kimia. Saksi-saksi pendakwaan telah mengecam secara positif barang kes. [89] Secara keseluruhannya, tertuduh-tertuduh dianggap mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut berdasarkan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh-tertuduh mengedar dadah tersebut menurut seksyen 2 DDA 1952. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [90] Berdasarkan penilaian keterangan secara maksimum terhadap kesemua saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan satu kes prima facie ke atas Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua bagi pertuduhan bersama dan juga kesemua pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh. Dengan itu, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dipanggil untuk membela diri. [91] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah diberikan 3 pilihan untuk membela diri. Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua membuat pilihan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. PERINGKAT PEMBELAAN TERTUDUH KEDUA PENDAHULUAN - PENDENGARAN KANDUNGAN 1 – PERMOHONAN TERTUDUH KEDUA MEMANGGIL SEMULA SP3 [92] Sebelum perbicaraan pembelaan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua dimulakan, pada 30.8.2024, Mahkamah telah mendengar Notis permohonan Tertuduh Kedua dibuat di bawah seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah yang disokong oleh Afidavit peguam Mohammad Aliff bin Bolkin - kandungan 2. Tujuan permohonan dibuat oleh tertuduh kedua ialah untuk memanggil semula saksi pendakwaan, Ins Ahmad Zarrin bin Abd Rashid (SP3) untuk disoal balas peguambela Tertuduh Kedua kepada soalan-soalan berikut: a) Pengetahuan SP3 mengenai hasil siasatan oleh pegawai penyiasat, Ins Linda binti Wahob; dan b) Pengetahuan SP3 mengenai hubung kait tangkapan ketiga dan keempat, iaitu Hamidun bin Senin dan Lee Kok Fa seperti yang dinyatakan oleh SP3 di dalam laporan polis, P19. [93] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana membantah permohonan peguambela Tertuduh Kedua. Pihak pendakwaan telah memfailkan Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh TPR yang mengendalikan kes – kandungan 4. [94] Alasan pokok permohonan dibuat ialah peguambela hanya mengetahui bahawa pegawai penyiasat asal tidak akan dipanggil kerana masalah kesihatan setelah SP4 dipanggil untuk memberi keterangan. [95] Kedua-dua pihak telah merujuk kepada nas undang-undang yang sama, keputusan Mahkamah Agong, Ramli bin Kechik v PP [1986] 2 MLJ 33 berkaitan prinsip undang-undang mengenai permohonan di bawah seksyen 425 KTJ. [96] Berpandukan kepada kes tersebut, prinsip undang-undang yang jelas mengenai seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah ialah ia memberi budi bicara kepada Mahkamah dengan “utmost caution” untuk membenarkan permohonan sedemikian dan ia bergantung kepada fakta suatu kes. Perkara pokok yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah sama ada keterangan tambahan tersebut diperlukan untuk memberikan keadilan kepada kes berkenaan sepertimana diputuskan seperti berikut: “(1) by its very nature the discretion the discretion to be exercised under section 425 Criminal Procedure Code depends on the facts of each case – the main consideration being essentially of the additional evidence to a just decision of the case.” [97] Berdasarkan kepada permohonan Tertuduh Kedua, persoalannya ialah sama ada Mahkamah ini wajar di peringkat pembelaan menggunakan budi bicaranya membenarkan permohonan Tertuduh Kedua memanggil semula SP3 berdasarkan kepada alasan sepertimana dinyatakan dalam kandungan 1. [98] Mahkamah ini telah meneliti nota prosiding yang mana SP3 telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Mahkamah ini mendapati bahawa soalan mengenai penama 3 dan 4 (Hamidon dan Lee Kok Fa) telah pun disoal balas baik oleh kedua-dua peguambela tertuduh-tertuduh. Pegawai penyiasat Ganti (SP6) juga telah dipanggil. [99] Peguambela Tertuduh Kedua telah bertali arus menanyakan mengenai akses ke tempat kejadian oleh kedua-dua penama dan penahanan kedua-dua penama untuk siasatan lanjut serta barang kes dadah ditemui pada kedua-dua penama tersebut. [100] Malahan Peguambela Tertuduh Kedua juga telah menanyakan kepada SP5 soalan berkaitan penama 3 dan 4. Namun peguambela tidak mengambil peluang bertanyakan mengenai siasatan kes ini kepada pegawai penyiasat ganti SP6 yang telah mengambil alih siasatan kes ini daripada penyiasat asal. [101] Secara amnya, Mahkamah tidak akan membenarkan saksi pendakwaan dipanggil semula di akhir kes pendakwaan melainkan terdapat asas dan sebab yang kuat untuk Mahkamah membenarkannya. Mahkamah ini mendapati tidak ada asas yang kuat diberikan dalam permohonan ini. [102] Mahkamah memutuskan untuk menolak kandungan 1 memandangkan pihak peguambela Tertuduh Kedua gagal menunjukkan justifikasi yang mana Mahkamah ini wajar menggunakan budi bicaranya membenarkan permohonan ini. [103] Perbicaraan pembelaan Tertuduh Kedua diteruskan kerana peguambela Tertuduh Pertama telah menarik diri apabila beliau gagal mendapat arahan Tertuduh Pertama setelah dipanggil membela diri. [104] Semasa tarikh perbicaraan, Tertuduh Pertama masih gagal melantik peguamnya sendiri walaupun telah ditawarkan oleh peguam lantikan Mahkamah. Oleh itu, bagi memastikan kelancaran perbicaraan kes ini yang merupakan kes tahun 2021 yang sudah agak lama, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak, terutamanya tertuduh-tertuduh, Mahkamah memutuskan perbicaraan diteruskan dengan pembelaan tertuduh kedua dipanggil dahulu. [105] Mahkamah juga telah mempertimbangkan membenarkan peguambela Tertuduh Pertama yang baharu untuk menyoal balas Tertuduh Kedua setelah peguambela baharu meneliti nota prosiding Mahkamah. VERSI PEMBELAAN TERTUDUH PERTAMA – EKSIBIT D25 [106] Pada 9.12.2024, Tertuduh Pertama melantik peguambela yang baharu untuk menggantikan peguambela terdahulu yang telah menarik diri. Peguambela Tertuduh Pertama memohon untuk memanggil semula SP3 sebelum memulakan perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya tidak membantah. Oleh yang demikian, perbicaraan diteruskan dengan memanggil semula SP3. [107] Versi pembelaan dimulakan dengan Tertuduh Pertama menyatakan bahawa beliau telah kehilangan kerja sejak tahun 2020 dan akibat daripada itu, Tertuduh Pertama mula menampung perbelanjaan diri dengan mengutip barang-barang lusuh dan menjualnya di kedai besi buruk. [108] Pada 20.7.2020, Tertuduh Pertama telah ke tempat kejadian untuk mengutip barang-barang lusuh untuk dijual di kedai besi buruk dan telah terserempak dengan Tertuduh Kedua yang ketika itu juga sedang mengutip barang-barang lusuh. [109] Tertuduh Pertama telah menegur Tertuduh Kedua dan semasa mereka sedang berbual, tiba-tiba sekumpulan lelaki bangsa Melayu yang tidak dikenali telah menyerbu tempat tersebut. Tertuduh Pertama menyatakan seorang lelaki dari kumpulan tersebut telah menendang dan menolak Tertuduh Pertama dari belakang ke tanah dan kedua-dua tangan Tertuduh Pertama telah digari. [110] Seterusnya, salah seorang daripada mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan telah membuat pemeriksaan badan namun tiada barang salah dijumpai pada badan Tertuduh Pertama. [111] Mereka kemudiannya bertanya di manakah Tertuduh Pertama menyimpan dadah dan Tertuduh Pertama beritahu Tertuduh Pertama tidak ada pengetahuan tentang dadah dan Tertuduh Pertama hanya pergi ke kawasan tersebut untuk mengutip barang-barang lusuh. Kemudian, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah digari bersama dan mereka diarahkan untuk duduk di atas kawasan simen. [112] Selepas itu, beberapa anggota polis telah melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan semak dan salah seorang daripada mereka telah menjumpai satu beg plastik warna ungu P12(1) dan di dalam beg plastik tersebut pihak polis menjumpai dadah berbahaya. [113] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua kemudian telah dibawa ke tempat dadah tersebut dijumpai dan pihak polis bertanya siapakah pemilik dadah tersebut. Tertuduh Pertama menjawab dadah tersebut bukan miliknya dan Tertuduh Pertama langsung tidak tahu tentang dadah tersebut. [114] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua kemudiannya telah ditampar dan dipukul serta dipaksa untuk mengaku bahawa dadah yang dijumpai di kawasan semak tersebut adalah milik tertuduh-tertuduh namun Tertuduh Pertama tidak mengakui dadah itu adalah miliknya. [115] Tertuduh Pertama kemudian memberi keterangan bahawa SP3 telah membawa beg plastik warna ungu P12(1) tersebut dan menyuruh Tertuduh Pertama ambil dan serahkan kepada SP3 di mana Tertuduh Pertama enggan untuk berbuat sedemikian. Tertuduh Pertama kemudian telah ditampar dan dipaksa untuk mengambil beg plastik warna ungu P12(1) tersebut. Akibat sakit dipukul, Tertuduh Pertama telah mengikut arahan SP3. [116] Pada ketika itu juga, terdapat seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina yang datang ke tempat kejadian dan turut ditahan serta digari oleh pihak polis. Kedua-dua tertuduh serta kedua-dua lelaki tersebut telah dibawa ke IPD untuk tujuan siasatan lanjut. [117] Tunjang pembelaan yang disandarkan oleh Tertuduh Pertama ialah mengenai laporan polis BT9 Cheras/004830/24 yang dibuat oleh Tertuduh Pertama pada 15.4.2024 yang ditandakan sebagai eksibit D25 yang menafikan semua naratif kes pendakwaan. [118] Pembelaan Tertuduh Pertama bergantung sepenuhnya kepada eksibit D25 yang mana Tertuduh Pertama menafikan bahawa beliau telah pandu arah SP3 kepada beg plastik berwarna ungu sepertimana laporan yang dibuat dan tidak ada kata-kata amaran diberikan oleh SP3. [119] Eksibit D25 bertarikh 15.4.2024 telah dibuat setelah lebih 3 tahun ( secara spesifiknya 3 tahun 8 bulan dan 22 hari) Tertuduh Pertama ditangkap iaitu pada 24.7.2020. Tertuduh Pertama menyatakan D25 dibuat setelah peguambela Tertuduh Pertama terdahulu menerima dokumen daripada Timbalan Pendakwa Raya menurut seksyen 51A KTJ. Peguambela menunjukkan laporan polis BT9 Cheras/009372- 9373/20 bertarikh 24.7.2020 yang dibuat oleh Pengadu/SP3 yang ditandakan sebagai eksibit P19. [120] Tempoh masa yang diambil oleh Tertuduh Pertama untuk membuat laporan tersebut tidak dapat meyakinkan Mahkamah akan kebenaran D25. Terutamanya terdapat beberapa percanggahan maklumat yang diberikan di dalam D25 dengan keterangan saksi pendakwaan SP3 dan SP5. Tambahan pula, SP3 yang dipanggil semula di peringkat pembelaan juga menafikan maklumat laporan eksibit D25 dan mengekalkan secara konsisten keterangannya yang diberikan di peringkat pendakwaan. Tambahan pula, keterangan SP3 disokong oleh keterangan SP5. [121] Mahkamah ini juga telah mempersoalkan pihak pembelaan kelewatan D25 dibangkitkan di peringkat pembelaan sedangkan D25 sudahpun wujud semasa kes pendakwaan lagi. Sekiranya D25 dirujuk semasa di peringkat pendakwaan, pihak pembelaan boleh menyoal balas SP3 dan SP5 di peringkat itu. Peguambela gagal memberikan sebarang jawapan yang konkrit akan persoalan yang dibangkitkan Mahkamah. [122] Walaupun laporan polis yang dibuat oleh Tertuduh Pertama ditandakan sebagai eksibit pembelaan, ia gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. [123] Apa yang jelas, D25 hanya merupakan penafian semata-mata. Tidak ada rakaman percakapan baik tertuduh pertama mahupun tertuduh kedua dikemukakan di Mahkamah yang boleh menguatkan versi pembelaan sepertimana di dalam D25. [124] Mahkamah juga mendapati tidak ada keterangan oleh tertuduh pertama kepada pegawai penyiasat bahawa beliau telah dianiaya (framed) oleh SP3. Walaupun pegawai penyiasat asal tidak dipanggil, peguambela sewajarnya menyoal balas pegawai penyiasat ganti SP6 yang telah mengambil alih kes ini daripada pegawai penyiasat asal. Sudah pasti terdapat kertas siasatan di dalam fail yang diambil alih untuk ditanyakan kepada SP6. Namun, ini gagal dilakukan oleh peguambela bukan sahaja ke atas SP3 begitu juga kepada mana-mana saksi pendakwaan. [125] Pendekatan yang diambil oleh Mahkamah ini dalam menilai kredibiliti dan keterangan SP3 dengan merujuk kepada kes Public Prosecutor v Tan Cheng Poh [1979] 1 LNS 81 berkaitan isu ini yang mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan: “Here I would reiterate that I had, of course without undue emphasis on demeanour alone, after seeing and hearing PW2 in the witness box, found him to be a witness of truth and had accepted his testimony as reliable. I also considered that he was not an interested witness but was only a public officer who was only performing his duties and merely related to the Court what he actually saw and did on that day. His evidence was not contradicted by other evidence nor was he shaken in cross examination and I also found that there was nothing inherently improbable about his evidence which was given on oath. Even if PW2 was an interested witness there is no legal presumption that he should not be believed unless there are cogent reasons for disbelief in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances (Balasingam v. Public Prosecutor [1959] MLJ 193). There were no such cogent reasons or evidence to the contrary and the surrounding circumstances in this case do not show that PW2 should be disbelieved”. (penekanan diberikan) [126] Tertuduh Pertama bukan sahaja mempunyai pengetahuan mengenai P12 dan kandungannya, bahkan mempunyai milikan ke atas P12. Masakan Tertuduh Pertama dapat memberi jawapan “ada” apabila ditanya oleh SP3 kepada kedua-dua tertuduh adakah menyimpan lagi apa-apa dadah atau barang salah sekiranya Tertuduh Pertama tidak mempunyai pengetahuan dan milikan ke atas P12. Reaksi tertuduh pertama menguatkan inferen bahawa tertuduh pertama mempunyai pengetahun mengenai P12. Rujuk Parlan bin Dadeh v PP [2008] 6 MLJ 19. [127] Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati Tertuduh Pertama berasaskan kepada keterangan langsung mengetahui dadah P12. Tanpa pandu arah tertuduh pertama, P12 tidak akan dijumpai oleh SP3. Adalah jelas bahawa reaksi tertuduh pertama memberikan jawapan “ada” dan melarikan diri menunjukkan pengetahuan tertuduh pertama bersandarkan kepada seksyen 8 Akta Keterangan. Tertuduh pertama gagal menurut seksyen 9 Akta Keterangan memberikan penjelasan kenapa beliau lari ke arah semak dan terpaksa dikejar oleh SP3 dan ahli pasukannya. [128] Isu mengenai pegawai penyiasat asal, Inspektor Linda binti Abdol Wahab tidak dipanggil untuk memberi keterangan atas faktor kesihatan telah dibangkitkan sekali lagi di peringkat pembelaan. Walaupun pegawai penyiasat asal tidak dipanggil atas masalah kesihatan yang serius sehingga menyebabkan pegawai penyiasat ganti dilantik, ia tidak menjejaskan kes pendakwaan. [129] Manakala isu dibangkitkan mengenai siasatan oleh Inspektor Linda ke atas D25, Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua peguambela tertuduh hanya membangkitkan sebagai isu untuk menimbulkan keraguan ke atas kes ini. Namun, peguambela tidak meyakinkan Mahkamah bahawa Inspektor Linda ketika masa material, iaitu sekitar 15.4.2024 (tarikh D25 dibuat) berada dalam keadaan sihat dan masih boleh bertugas. Apa yang pasti, menurut keterangan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (SP 4) di Mahkamah, beliau menyatakan bahawa pegawai ganti telah dilantik untuk mewarisi kes ini daripada Inspektor Linda pada 18.4.2024. Lanjutan itu, Mahkamah ini berpandangan tidak ada merit atas hujahan kedua-dua peguambela tertuduh-tertuduh mengenai keperluan memanggil Inspektor Linda. Tambahan pula, D25 yang dibuat oleh Tertuduh Pertama hanyalah penafian semata-mata. [130] Mahkamah ini mengulangi prinsip undang-undang mantap oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145 yang memutuskan: “While it is true that it is within the appellant’s right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence” [131] Bukti keterangan barang kes tidak tergugat. Keterangan yang ada membuktikan P12 sentiasa berada dalam kawalan polis dan tidak ada berlaku keraguan mengenai identiti P12 dan isinya. Keputusan Mahkamah Persekutuan Su Ah Ping v PP [1980] 1 MLJ 75 yang mana Suffian LP berkaitan dengan keperluan memanggil saksi telah menyatakan: “(1) it is unnecessary to call evidence to ensure that there is no break in the chain of evidence. If the officer who picked up the object at the scene produced it and identified it as that very object that is enough and there is no need to call every other officer who handled it, unless there is doubt as to the identity;” [132] Fakta-fakta material bahawa Tertuduh Pertama dipukul oleh SP3 dan kata-kata amaran tidak diberikan oleh SP3 tidak dinyatakan dalam D25. Walaupun D25 bukanlah satu ensikopeldia sepertimana prinsip undang-undang di dalam kes Herchun Singh & Ors v PP (supra) kejadian ditumbuk dan dipukul adalah suatu sejarah hitam di dalam hidup tertuduh pertama dan agak mustahil tertuduh pertama tidak menyatakannya di dalam D25. [133] Mens rea possession telah dibuktikan dan tertuduh pertama jelas telah mengedar dadah berasaskan keterangan langsung/“direct evidence” menurut seksyen 2 DDA. Sehubungan itu, hujahan peguambela bahawa terdapat dua anggapan digunapakai di dalam kes ini adalah tidak bermerit dan tidak dipersetujui. VERSI PEMBELAAN TERTUDUH KEDUA – PENAMA HAMIDON [134] Tertuduh Kedua di dalam keterangannya menyatakan bahawa pada hari kejadian, Tertuduh Kedua telah terserempak dengan seorang bernama Hamidun yang sedang mengutip sampah berhampiran kawasan Tertuduh Kedua sedang mengutip barang lusuh. [135] Hamidun telah mengajak Tertuduh Kedua untuk mengutip barang lusuh di kawasan perindustrian Balakong dan mereka berdua pergi ke sana dengan menaiki motorsikal Hamidun. [136] Tertuduh Kedua dan Hamidun mula mengutip barang-barang lusuh di kawasan perindustrian Balakong pada jam lebih kurang 1.20 tengahari dan mereka berhenti berhampiran dengan Mr. Dollar Warehouse. Kemudian, Tertuduh Kedua dan Hamidun berhenti di sebuah kilang elektronik di Jalan KPB 9. [137] Setelah barang-barang yang dikutip penuh 1 beg guni, Tertuduh Kedua telah meminta Hamidun untuk pergi ke sebuah kedai besi buruk ‘FIG Metal’ yang berdekatan untuk menjual barang-barang lusuh yang dikutip. [138] Pada waktu yang sama, Tertuduh Kedua telah meneruskan untuk mengutip barang-barang lusuh di kawasan tersebut sehingga Tertuduh Kedua tiba di kawasan yang terdapat banyak barang-barang lusuh. [139] Semasa Tertuduh Kedua sedang mengutip barang lusuh, Tertuduh Kedua telah terserempak dengan Tertuduh Pertama dan telah menegur sapa dengan Tertuduh Pertama. Tertuduh Kedua nyatakan beliau tidak tahu tujuan Tertuduh Pertama berada di kawasan tersebut. [140] Semasa sedang berbual, tiba-tiba Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua diserbu oleh beberapa orang lelaki melayu. Tertuduh Kedua telah dihumban ke atas jalan dan tangan Tertuduh Kedua telah digari dari belakang. [141] Kemudian, salah seorang dari mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis. Tertuduh Kedua tidak tahu mengapa dia digari dan mereka tidak berikan jawapan apabila ditanya oleh Tertuduh Kedua dan meminta Tertuduh Kedua untuk mendiamkan diri. Pada waktu yang sama, Tertuduh Kedua juga nampak bagaimana tangkapan dibuat terhadap Tertuduh Pertama. [142] Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua kemudian digari bersama dan Tertuduh Kedua dipukul teruk oleh mereka sambil mereka bertanya mana barang dadah. Tertuduh Kedua menjawab tidak tahu dan hanya ke situ untuk mengutip barang lusuh. [143] Tertuduh Kedua telah diperiksa tetapi tiada barang salah yang dijumpai pada Tertuduh Kedua. Pihak polis telah mengeluarkan barang-barang lusuh dari beg/guni yang Tertuduh Kedua pegang untuk memeriksa kandungan beg/guni tersebut. Pada waktu yang sama, Tertuduh Kedua nampak Tertuduh Pertama dipukul dengan teruk oleh pihak polis. [144] Pihak polis kemudian telah menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut selama 10 minit dan salah seorang dari mereka telah menjumpai dadah di kawasan semak lebih kurang 5 – 10meter dari tempat OKT2 ditangkap. [145] SP3 menyuruh Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua mengaku dadah tersebut adalah milik mereka namun Tertuduh Kedua menyatakan beliau tidak mengaku dan hanya mendiamkan diri. [146] Selepas itu, SP3 telah arahkan Tertuduh Pertama untuk mengangkat beg plastik warna ungu P12(1) dan serahkan kepada SP3. Tertuduh Pertama hanya ikut arahan SP3. [147] Tertuduh Kedua menyatakan sepanjang digari bersama Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua tidak tahu apa-apa berkenaan beg plastik warna ungu P12(1) tersebut. [148] Selepas beberapa minit, Hamidun telah datang ke tempat tersebut dengan seorang lelaki Cina yng tidak dikenali dan mereka turut ditangkap oleh pihak polis. [149] Isu pokok yang diketengahkan oleh Tertuduh Kedua ialah beliau ke tempat kejadian untuk mengutip barang lusuh bersama seorang individu penama Hamidon. Persoalannya ialah sama ada pembelaan tersebut adalah satu pembelaan yang berfikiran kemudian dan penafian semata-mata kerana fakta-fakta tersebut tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes pendakwaan. [150] Semasa di peringkat pembelaan, Tertuduh Kedua apabila ditanya mengenai Hamidon telah menyatakan bahawa beliau bersama seorang individu yang bernama Hamidon ke kawasan sekitar tempat kejadian untuk mencari botol, tin kosong dan besi buruk. [151] Namun, penama Hamidon yang dikatakan bersama Tertuduh Kedua tidak langsung dibangkitkan semasa peringkat pendakwaan. Sewajarnya peguambela membangkitkan mengenai penama Hamidon semasa di peringkat pendakwaan lagi untuk mengelakkan daripada Tertuduh Kedua membangkitkan pembelaan berfikiran terkemudian. [152] Mahkamah ini juga mendapati hujahan peguambela sepertimana di dalam hujahan bertulisnya menyatakan fakta Tertuduh Kedua telah pergi ke kawasan tempat kejadian bersama penama Hamidon untuk mengutip barang lusuh bukan penafian semata-mata dan berfikiran terkemudian kerana fakta tersebut telah disokong oleh Tertuduh Pertama. [153] Hujahan peguambela Tertuduh Kedua jelas merupakan satu fakta baharu yang dibangkitkan di peringkat pembelaan. Saksi-saksi pendakwaan, terutamanya SP3 tidak ditanyakan mengenai penama Hamidon tersebut di peringkat pendakwaan. [154] Mahkamah perhatikan bahawa melalui keterangan SP3 semasa pemeriksaan utama di peringkat pendakwaan, beliau hanya menyatakan terdapat satu orang lelaki melayu dan seorang lagi lelaki cina telah datang ke kawasan tempat kejadian setelah pemeriksaan dilakukan oleh SP3 dan tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua ditangkap. Peguambela Tertuduh Kedua bukan sahaja gagal menyoal balas SP3 mengenai individu yang dikatakan Hamidon, peguambela juga gagal memberikan sebarang deskripsi mengenai Hamidon untuk mengesahkan bahawa lelaki melayu yang ditangkap selepas Tertuduh Kedua ditangkap selepas pemeriksaan oleh SP3 adalah Hamidon untuk selari dengan naratif Tertuduh Kedua. [155] Dengan demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya bahawa pembelaan Tertuduh Kedua adalah berfikiran kemudian dan penafian semata-mata. Ini juga sekali gus menyangkal pembelaan Tertuduh Kedua berkaitan pembelaannya mengenai penama Hamidon. [156] Mahkamah juga ingin menekankan bahawa hujahan peguambela Tertuduh Kedua bahawa tidak ada barang kes berupa dadah dijumpai pada Tertuduh Kedua adalah jelas bertentangan dengan keterangan SP3 di peringkat pendakwaan yang memberi keterangan terdapat barang salah dadah dijumpai bersama Tertuduh Kedua di dalam tangan kanan tertuduh kedua. [157] Dadah yang lebih kritikal di dalam kes ini adalah dadah yang dijumpai dalam beg plastik ungu yang ditandakan sebagai eksibit P12(1) sepertimana di dalam gambar P16(1) yang terkait dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [158] Keterangan SP3 menjumpai beg plastik ungu setelah Tertuduh Pertama pandu arah SP3 ke tempat di mana eksibit P12(1) dijumpai adalah jelas sepertimana disokong oleh SP5. Dalam hal ini, keterangan Tertuduh Kedua bahawa beliau tidak mengetahui mengenai beg plastik ungu adalah dipercayai. [159] Tiada keterangan yang mengaitkan Tertuduh Kedua dengan beg plastik warna ungu. Dengan tiadanya pengetahuan oleh tertuduh kedua, tidak boleh dikatakan Tertuduh Kedua mempunyai niat bersama mengedar dadah. KESIMPULAN [160] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan kedua-dua tertuduh serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, tertuduh pertama gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh pertama disabitkan dengan kesalahan atas semua pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 dan pertuduhan memiliki dadah di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama. [161] Bagi tertuduh kedua, adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini mensabitkan tertuduh kedua atas pertuduhan-pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [162] Walau bagaimanapun, tertuduh kedua didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan memiliki dadah di bawah seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. [166] Susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan selama 30 tahun dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan atas bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, tertuduh pertama telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi. Peguambela tertuduh pertama membuat mitigasi bagi pihak tertuduh pertama. Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tertuduh kini berusia 28 tahun. Beliau merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Tertuduh pertama telah 4 tahun 6 bulan berada dalam tahanan. Sepanjang dalam tahanan, OKT kesal dan insaf. Berat dadah adalah 16.65 gram Heroin, 5.44 gram Monoacetylemorphines dan 91.49 gram Methamphetamine dan bukan satu jumlah yang banyak. Berat barang kes sewajarnya diambilkira dalam memberikan hukuman. Tertuduh pertama memohon hukuman penjara minima dan sebatan. [167] Manakala Timbalan Pendakwa Raya telah menghujahkan bahawa tertuduh pertama telah disabitkan dengan pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Faktor kepentingan awam mengatasi faktor peribadi tertuduh pertama. Meskipun berat bersih dadah adalah 113.58 gram, tetapi jumlah keseluruhan dadah tersebut telah disediakan di dalam 403 peket kecil. Ini menunjukkan peket-peket tersebut sedia untuk diedarkan. Hukuman yang sewajarnya hendaklah dibuat Mahkamah ini bagi menunjukkan keseriusan kesalahan. [168] Setelah menimbangkan mitigasi tertuduh pertama dan faktor pemberat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah ini berpendapat bahawa tertuduh pertama wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh hal yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut: (e) Kes no. BA-45A-48-04/2021, Tertuduh pertama didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020. (f) Kes no. BA-45-7-04/2021, Tertuduh pertama didapati bersalah dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020. (g) Kes no. BA-45A-48-04/2021, Tertuduh kedua didapati tidak bersalah, dan dilepaskan dan dibebaskan bagi kedua-dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (h) Kes no. BA-45-7-04/2021, Tertuduh kedua didapati bersalah memiliki dadah berbahaya dan disabitkan bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan dengan hukuman penjara 4 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 24.7.2020.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.