Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-49-10/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-49-10/2017
High Court of Malaysia28 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“oubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“ral word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drug the onu”
“t first be shown that he had knowledge of the drugs which were found to be in his possession. The earliest authority, which I could find, that expounded this principle is the case of Chiah Tian v Rex [1937] MLJ 105 where the then Chief Justice of Singapore said at p. 106: “In my opinion, possession to be an offence mus”
“person is not guilty of the offence of possession if he is not aware of the possession.” (Emphasis supplied)”. This principle was expounded with greater clarity in the case of Leow Ngee Lim v Regina [1956] MLJ 28 at p 31: “In some of the cases it has been said that without knowledge there can be no possession. In other”
“Pendakwa Raya v Chua Teik Beng [2009] 4 AMR 429; Samundee Devan Muthu Kerishnan v. PP [2010] 3 CLJ 269; Ali Jalayeridarbandi Mousa v. PP [2014] 1 LNS 1498; Pendakwa Raya v Sardar Ali Hassan Muhammad [2017] MLJU 2419).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-49-10/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MOHD NOR HIDAYAT BIN MAT DIN
2
MUHAMMAD ROSSIDE BIN ROSLI (NO. KP: 880826-56-6149) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Dalam kes ini Orang Kena Tuduh Pertama (selepas ini dirujuk sebagai “OKT 1”) dan Orang Kena Tuduh Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “OKT 2”) telah dituduh bersama-sama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi dua kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (selepas ini dirujuk sebagai “ADB”) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pada akhir kes, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua OKT. Oleh itu, OKT 1 dan OKT 2 telah disabitkan dengan kedua-dua kesalahan tersebut dan dijatuhi hukuman 30 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 12 sebatan bagi setiap kesalahan tersebut dan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan tersebut diarahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap.
3
OKT 1 dan OKT 2 yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut, iaitu sabitan dan hukuman.
4
Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.
5
Pertuduhan ke atas OKT 1 dan OKT 2 adalah seperti yang berikut: “PERTUDUHAN PERTAMA (Ekshibit P2) Bahawa kamu bersama-sama pada 16.1.2017 jam lebih kurang 7.50 petang di tepi jalan berhampiran rumah beralamat No. 465, Blok 17-B, Felda Sungai Tiang, di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 54605.8 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah seksyen 39(B)(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN KEDUA (Ekshibit P4) Bahawa kamu bersama-sama pada 16.1.2017 jam lebih kurang 7.50 petang di tepi jalan berhampiran rumah beralamat No. 465, Blok 17-B, Felda Sungai Tiang, di dalam daerah Pendang, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 4813.6 gram (4759.1 gram Heroin & 54.5 gram Monoacetylmorphines). Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah seksyen 39(B)(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
6
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lapan (8) orang saksi untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 bagi kedua-dua Pertuduhan tersebut, iaitu –
a
SP1 – D/Kpl Jaka Susila Bin Mohd Damin (Jurufoto);
b
SP2 – Sarjan (B) Ahmad Termizi Bin Mat Changgong (Jurustor);
c
SP3 – Haslinda Binti Ismail (Ahli Kimia);
d
SP4 – Mat Din Bin Salleh (Saksi awam);
e
SP5 – DSP Soh Thong Kheng (Pengadu dan Pegawai
f
SP6 – ASP Mohd Idzahar Bin Mohamed (Pegawai
g
SP7 – Nazli Bin Che Soh (Saksi awam); dan
h
SP8 – DSP Muhamad Amin Bin Mat Yassin (Pegawai Penyiasat).
7
Pada 16/1/2017, pada jam lebih kurang 5.00 petang, SP5 (Pengadu) telah beri taklimat operasi kepada pasukannya di sebuah inap desa (homestay) di kawasan Sintok, Kedah mengenai maklumat pengedaran dadah yang melibatkan beberapa individu yang akan membawa masuk dadah dari sempadan Malaysia/Thailand melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic Ferio warna biru tua bernombor pendaftaran BED 9419. Kenderaan ini akan bergerak dari Bukit Kayu Hitam menuju selatan.
8
SP5 kemudiannya telah membentuk pasukan serbuannya seperti yang berikut:
a
Pasukan serbuan pertama dengan kereta pasukan tanpa lambang jenis Honda Civic bernombor pendaftaran PGD 3388 diketuai oleh SP5 dengan 3 orang anggota;
b
Pasukan serbuan kedua dengan kereta pasukan bernombor pendaftaran PFM 5134 diketuai oleh D/SI Abdul Halim dengan 2 orang anggota;
c
Pasukan bantuan 1 dengan kereta pasukan Toyota Hilux bernombor pendaftaran WPR 2032 yang diketuai oleh Insp. Amirullah dengan 3 anggota; dan
d
Pasukan bantuan 2 dengan kereta Proton Gen2 bernombor pendaftaran PGE 5484 diketuai oleh D/SM Shahrim Omar dengan 4 orang anggota.
9
Selepas itu SP5 bersama pasukannya telah bergerak di sekitar pekan Changloon untuk membuat pemerhatian.
10
Pada tarikh yang sama pada jam lebih kurang 7.00 petang, SP5 telah memaklumkan pasukannya bahawa sebuah kereta Honda Civic Ferio warna biru tua bernombor pendaftaran BED 9419 (selepas ini dirujuk sebagai “kereta Honda Ferio tersebut”) dan kereta Mini Cooper warna hijau bernombor pendaftaran JHQ 9 (selepas ini dirujuk sebagai “kereta Mini Cooper tersebut”) telah lalu di depan Shell Changloon menuju ke arah selatan dengan jarak selang lebih kurang 30 saat.
11
SP5 dan pasukannya telah mengekori kedua-dua kereta tersebut yang dipandu secara beriringan di sepanjang jalan dari Shell Changloon memasuki Tol Jitra menuju ke arah selatan hingga ke Tol Hutan Kampung, dalam jarak antara 20 meter hingga 150 meter, sehingga kedua-dua kereta tersebut berhenti di tepi jalan di kawasan Felda Sungai Tiang.
12
Pada masa itu, SP5 melihat dua (2) orang lelaki yang sedang berdiri di tepi kereta Mini Cooper tersebut sedang bercakap sesuatu dengan pemandu kereta Honda Ferio tersebut. SP5 dan pasukannya kemudiannya terus membuat serbuan dan menahan kedua-dua kereta tersebut dan ketiga-tiga orang tersebut, yang mana OKT 1 telah ditahan di tempat duduk pemandu Honda Ferio tersebut, manakala OKT 2 bersama seorang lagi lelaki bernama Wan Mohd Suhaimi bin Wan Sidek telah ditahan di tepi kereta Mini Cooper tersebut.
13
Selepas itu SP5 telah mengarahkan Insp. Muhammad Amirullah untuk membantunya menjalankan pemeriksaan di rumah Wan Mohd Suhaimi yang berada berhampiran dengan tempat kejadian tersebut, iaitu setelah SP5 menjumpai satu (1) anak kunci di dalam beg silang Wan Mohd Suhaimi. SP5 kemudiannya telah menyerahkan Wan Mohd Suhaimi kepada Insp. Muhammad Amirullah untuk tindakan lanjut.
14
SP5 kemudiannya telah mengarahkan supaya kedua-dua kereta tersebut berserta OKT 1 dan OKT 2 dibawa ke IPD Pendang bagi tujuan pemeriksaan kerana tempat kejadian tersebut pada ketika itu telah gelap. Sepanjang perjalanan dari tempat kejadian ke IPD Pendang, kedua-dua kereta tersebut dan kedua-dua OKT berada di bawah kawalan SP5 dan pasukannya. Mereka tiba di IPD Pendang pada jam lebih kurang 9.20 malam.
15
Setelah Insp. Muhammad Amirullah bersama Wan Mohd Suhaimi tiba di IPD Pendang, beliau telah menyerahkan Wan Mohd Suhaimi kepada SP5. SP5 kemudiannya telah membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta tersebut di hadapan kedua-dua OKT dan Wan Mohd Suhaimi.
16
Pemeriksaan ke atas kereta Mini Cooper tersebut tidak menemui apa-apa barang salah di dalam kereta tersebut. Walau bagaimanapun, pemeriksaan ke atas kereta Honda Ferio tersebut telah menemui barang-barang kes dadah seperti yang berikut:
a
lapan (8) bungkusan plastik hijau bertulisan cina setiap satunya mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di dalam kotak pembesar suara jenama Mohawk di ruangan speaker yang SP5 tandakan sebagai A1 – A8 dan B1 – B8;
b
enam (6) bungkusan plastik hijau bertulisan cina setiap satunya berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di belakang kotak pembesar suara dalam bonet yang SP5 tandakan sebagai C1 – C6;
c
tiga (3) bungkusan plastik hijau bertulisan cina setiap satunya berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di tepi ruang kanan dalam bonet yang SP5 tandakan sebagai D1 – D3;
d
satu (1) bungkusan plastik hijau bertulisan cina berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di sebelah kiri dalam bonet yang SP5 tandakan sebagai E1;
e
tiga puluh enam (36) bungkusan plastik hijau bertulisan cina setiap satunya berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di bawah ruang tempat penyimpanan tayar dalam bonet yang SP5 tandakan sebagai F1 – F36;
f
dua belas (12) bungkusan plastik hijau bertulisan cina setiap satunya berisi serbuk ketulan kristal yang disyaki dadah di bawah tempat duduk penumpang belakang yang SP5 tandakan sebagai G1 – G12; dan
g
satu (1) bungkusan plastik lutsinar yang berselotep kuning (tanda H) di dalamnya mengandungi
20
ketulan bungkusan plastik yang disyaki mengandungi dadah di bawah pelapik tapak kaki tempat duduk penumpang hadapan yang SP5 tandakan sebagai H1 – H20.
17
SP5 kemudiannya telah menyediakan Senarai Pemeriksaan (Ekshibit P65, P66, P67 dan P68), Borang Bongkar (Ekshibit P69, P70 dan P71), Laporan Polis Sungai Tiang 33/17 (Ekshibit P72), Laporan Polis Pendang 235/17 (Ekshibit P73) dan Borang Serah-Menyerah Barang Kes (ID25, ID45 dan ID51) dan menyerahkan kesemua dokumen tersebut berserta rampasan barang kes dan tangkapan kepada Pegawai Penyiasat (SP8) pada 17/1/2017 pada jam lebih kurang 3.00 pagi di IPD Pendang.
18
Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 4.40 pagi, bertempat di Pejabat Narkotik IPD Pendang, SP8 telah membuat penandaan pada barang-barang kes tersebut dengan meletakkan tandatangannya dan tarikh kejadian 16/1/2017 sebagai tanda pengecaman beliau. Setelah selesai, SP8 telah menyimpan kesemua barang kes tersebut di dalam pejabatnya yang berkunci. Hanya SP8 sahaja yang mempunyai akses kepada bilik tersebut.
19
Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 9.00 pagi, SP8 telah mengarahkan jurufoto (SP1) untuk merakam 14 keping gambar barang kes (Ekshibit P7(A) hingga (N)) di IPD Pendang.
20
Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 2.00 petang, SP8 bersama pengadu dan jurufoto (SP1) telah melawat tempat kejadian untuk merakam gambar sebanyak 4 keping (Ekshibit P8(A) hingga (D)).
21
Pada 18/1/2017 pada jam lebih kurang 5.30 petang, SP8 telah mengarahkan jurufoto (SP1) untuk merakamkan 7 keping gambar perkarangan IPD Pendang (Ekshibit P10(A) hingga (G)).
22
Pada 19/1/2017, SP8 telah pergi ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Alor Setar untuk menyerahkan tujuh (7) bungkusan kertas bertanda “E1” hingga “E5”, “E7” dan “E8” dan dua bekas plastik bertanda “E6(1)” dan “E6(2)” kepada Ahli Kimia (SP3) untuk dianalisis.
23
Pada 15/6/2017, SP8 telah mengambil semula barang-barang kes tersebut daripada SP3 di Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Alor Setar dan turut menerima Laporan Kimia dengan No. Makmal 17-FR-K- 00356 (Ekshibit P60) daripada SP3. SP8 menyatakan bahawa semasa diterima daripada SP3, barang-barang kes tersebut telah dilabel dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia dan berada dalam keadaan baik.
24
Berdasarkan Laporan Kimia (Ekshibit P60) tersebut, SP3 mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan dan analisis ke atas kesemua bungkusan kertas dan bekas plastik tersebut didapati – ““E1”: Satu kotak berisi lapan bungkusan plastik bertanda “A1” hingga “A8”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 7980.3 gram yang mengandungi 5945.3 gram methamphetamine; “E2”: Satu kotak berisi lapan bungkusan plastik bertanda “B1” hingga “B8”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 7600.4 gram yang mengandungi 5654.6 gram methamphetamine; “ЕЗ”: Satu kotak berisi enam bungkusan plastik bertanda “C1” hingga “C6”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 5992.9 gram yang mengandungi 4458.7 gram methamphetamine; “E4”: Satu kotak berisi tiga bungkusan plastik bertanda “D1” hingga “D3”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 2990.1 gram yang mengandungi 2224.6 gram methamphetamine; “E5”: Satu kotak berisi satu bungkusan plastik bertanda “E1”, di dalamnya terdapat satu peket plastik yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati berat bersih bahan tersebut ialah 997.8 gram yang mengandungi 744.3 gram methamphetamine; “E6(1)”: 18 bungkusan plastik bertanda “F1” hingga “F18”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 17716.8 gram yang mengandungi 13252.1 gram methamphetamine; “E6(2)”: 18 bungkusan plastik bertanda “F19” hingga “F36”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 17991.3 gram yang mengandungi 13403.5 gram methamphetamine; “E7”: Satu kotak berisi 12 bungkusan plastik bertanda “G1” hingga “G12”, setiap satunya ada satu peket plastik. Kesemua peket plastik tersebut mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 11960.8 gram yang mengandungi 8922.7 gram methamphetamine; dan “E8”: Satu kotak berisi satu bungkusan plastik bertanda “H” mengandungi 20 bungkusan plastik kecil bertanda “H1” hingga “H20”, setiap satunya berisi bahan ketulan mampat berwarna putih. Setelah dianalisis, didapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 6818.3 gram yang mengandungi 4759.1 gram heroin dan 54.5 gram monoacetylmorphines. Bahan-bahan tersebut di atas telah dijadikan serbuk yang homogen semasa dianalisis. Selepas itu, baki masing-masing dimasukkan ke dalam 11 peket plastik yang berasingan dan ditandakan dengan “E1-H”, “Е2-H”, “ЕЗ-Н”, “Е4-Н”, “E5-H”, “E6(1)-H(i)”, “E6(1)-H(ii)”, “E6(2)-H(i)”, “E6(2)-H(ii)”, “E7-H” dan “E8-H”. Methamphetamine, heroin dan monoacetylmorphines disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.”.
25
Pada tarikh yang sama pada jam lebih kurang 2.00 petang, SP8 telah serahkan semua barang kes tersebut kepada jurustor (SP2) di Stor Barang Kes IPD Pendang untuk didaftarkan dan disimpan dalam keadaan selamat.
26
Berdasarkan keterangan SP5, SP8 dan keterangan-keterangan lain yang dikemukakan dalam Mahkamah ini, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen milikan, iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan OKT-OKT terhadap bahan-bahan dadah tersebut telah berjaya dibuktikan secara prima facie dan secara langsung oleh pihak pendakwaan.
27
Bagi elemen pengedaran dadah pula, pihak pendakwaan telah mengguna anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(iiia) ADB untuk membuktikan pengedaran dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines dan seksyen 37(da)(xvi) ADB untuk membuktikan pengedaran dadah jenis methamphetamine.
28
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada peringkat kes pendakwaan, anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(iiia) ADB dan seksyen 37(da)(xvi) ADB serta penghujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT-OKT seperti mana kedua-dua Pertuduhan tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini telah memerintahkan OKT-OKT untuk membela diri di bawah kedua-dua Pertuduhan tersebut.
29
Setelah tiga pilihan membela diri diterangkan oleh jurubahasa kepada kedua-dua OKT, OKT 1 dan OKT 2 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Tiada saksi lain dipanggil oleh pihak pembelaan.
30
Berdasarkan keterangan OKT 1 dalam Penyata Saksinya (Ekshibit D121), sehari sebelum tangkapan dibuat, iaitu pada 15/1/2017 pada jam lebih kurang 7.00 malam, beliau telah masuk ke Pekan Danok, Thailand dengan kereta Honda Civic yang bernombor pendaftaran BED 9419. Selepas masuk ke Danok, beliau telah berjumpa dengan Shidi (OKT 2) dan Nazli Bin Che Soh (SP7) di satu kedai makan dan mereka telah makan bersama. Selepas makan, beliau dan SP7 telah pergi ke Hotel Grand Oliver untuk bermalam di situ.
31
Pada jam lebih kurang 2.00 hingga 3.00 pagi, OKT 2 dan SP7 telah datang ke bilik hotel OKT 1 untuk meminjam kereta OKT 1 kerana SP7 ada hal. OKT 1 tidak tahu dan tidak bertanyakan apakah hal SP7 tersebut. OKT 1 kemudiannya telah menyerahkan kunci keretanya kepada SP7. Selepas mengambil kunci kereta tersebut, SP7 dan OKT 2 telah beredar dari bilik tidur OKT 1 dan OKT 1 telah sambung tidurnya.
32
Pada jam lebih kurang 6.30 pagi, SP7 telah datang dan kejutkan OKT 1 untuk bangun dan bersarapan. Semasa bersarapan pada jam lebih kurang 7.20 pagi, SP7 memberitahu OKT 1 yang kereta OKT 1 berada di kedai Duty Free Malaysia. Selepas selesai sarapan dan keluar dari hotel untuk pulang ke Malaysia, OKT 1 dan SP7 telah pergi ke kedai Duty Free Malaysia untuk mengambil kereta OKT 1.
33
Apabila sampai di kedai Duty Free Malaysia, OKT 1 ternampak OKT 2 berada di dalam bangunan kedai itu bersama seorang lelaki Thailand yang tidak dikenali. Lelaki Thailand itu kemudiannya telah menyerahkan kunci kereta OKT 1 kepada SP7 dan SP7 kemudiannya telah menyerahkan kunci kereta itu kepada OKT 1.
34
OKT 1 kemudiannya telah menyerahkan semula kunci kereta itu kepada SP7 dan meminta SP7 untuk memandu kereta itu dan beliau duduk di sebelah SP7. OKT 1 dan SP7 kemudiannya telah pulang ke kuarters AKSEM di Bukit Kayu Hitam kerana OKT 1 akan masuk kerja pada jam 8.00 pagi.
35
Apabila sampai di kuarters AKSEM, SP7 telah parkir kereta OKT 1 di hadapan kuarters OKT 1. OKT 1 kemudiannya telah menghantar SP7 balik ke kuartersnya dengan motosikal. Pada jam lebih kurang 8.00 pagi, OKT 1 telah pergi ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan meninggalkan keretanya di hadapan kuartersnya tanpa berkunci dan kunci kereta ada di tempat ignition di dalam kereta tersebut. Setelah tamat kerja pada hari itu pada jam lebih kurang 5.00 petang, OKT 1 terus pulang ke kuartersnya dan tidur.
36
Pada jam lebih kurang 6.30 petang, OKT 2 telah datang dan mengetuk pintu kuarters OKT 1. OKT 2 telah mengajak OKT 1 untuk menemaninya pergi ke Pendang untuk berjumpa dengan seorang kawannya. Memandangkan OKT 1 tiada kerja pada masa itu, OKT 1 bersetuju menemani OKT 2 ke Pendang. Sebelum ke Pendang, OKT 1 tidak pernah pada bila-bila masa membuka dan memeriksa bonet keretanya.
37
OKT 1 dan OKT 2 telah pergi ke Pendang dengan kereta masing-masing. Mereka sampai di sebuah rumah di Felda Sungai Tiang, Pendang pada jam lebih kurang 7.45 malam. OKT 2 kemudiannya telah bersembang dengan seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Pakcik. Selepas OKT 1 parkir keretanya di hadapan kereta OKT 2, tiba-tiba datang sebuah kereta menghalang bahagian hadapan kereta OKT 1 dan mengarahkan OKT 1 keluar daripada keretanya. Sebuah kereta lagi telah menghalang bahagian belakang kereta OKT 2.
38
OKT 1 berasa terkejut dan terus keluar daripada keretanya. Selepas itu, seorang lelaki Cina telah membuat pemeriksaan pada badan OKT 1 tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. Dia perkenalkan diri sebagai polis yang kemudiannya dikenali sebagai ASP Soh (SP5). OKT 1 kemudiannya telah dibawa ke tempat OKT 2 dan Pakcik ditangkap, iaitu berhampiran dengan kereta OKT 2. OKT 1 kemudiannya melihat SP5 memeriksa 1 beg sandang milik Pakcik dan ASP Soh telah merampas kad pengenalan, 3 telefon bimbit, 1 kunci kereta dan beg sandang milik Pakcik. Kemudian OKT 1, OKT 2 dan Pakcik telah digari dan telah menunggu di situ hampir satu jam. OKT 1 berada dalam keadaan yang sangat terkejut dan tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.
39
Selepas itu, OKT 1, OKT 2 dan kereta mereka telah dibawa ke IPD Pendang oleh SP5 dan beberapa orang anggota polis. Pakcik telah dibawa ke IPD Pendang oleh beberapa orang anggota polis yang lain.
40
Pada jam lebih kurang 9.40 malam, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas kereta OKT 1 di hadapan OKT 1 dan telah menjumpai beberapa bungkusan plastik hijau bertulisan cina di dalam but kereta, di bawah seat belakang kereta dan di bawah karpet depan kereta OKT 1. OKT 1 mengatakan yang beliau tidak tahu tentang plastik-plastik hijau itu dan tidak tahu yang ia mengandungi dadah. OKT 1 juga tidak tahu sama ada SP7 atau orang lain yang telah meletakkan dan menyembunyikan plastik-plastik hijau tersebut di dalam keretanya. Ini kerana, SP7 telah meminjam kereta OKT 1 pada malam sebelum itu di Danok, Thailand.
41
OKT 1 mengatakan yang beliau tiada pengetahuan mengenai dadah-dadah yang dijumpai di dalam keretanya tersebut dan menafikan yang dadah-dadah itu adalah miliknya dan beliau mengedar dadah-dadah tersebut.
42
Pembelaan OKT 2 pula ialah beliau tidak memberitahu sesiapa pun termasuk OKT 1 tentang tujuannya hendak ke Pendang pada hari itu. Oleh itu, OKT 2 menafikan yang keretanya telah bergerak bersama-sama kereta OKT 1 dari Bukit Kayu Hitam ke Felda Sungai Tiang pada hari kejadian tersebut sebelum kedua-dua kereta tersebut ditahan di tempat kejadian tersebut.
43
OKT 2 juga telah menafikan yang beliau mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan tentang barang-barang kes dadah yang dijumpai di dalam kereta OKT 1 tersebut.
44
Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pada peringkat kes pembelaan serta penghujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB atas imbangan kebarangkalian.
45
Memandangkan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB, maka Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah pada akhir kes. Oleh itu, Mahkamah ini telah mensabitkan kesalahan OKT 1 dan OKT 2 seperti mana kedua-dua Pertuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman 30 tahun penjara dan 12 sebatan ke atas OKT-OKT bagi setiap Pertuduhan tersebut dan kedua-dua hukuman penjara tersebut telah diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap.
46
Pihak pembelaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu terhadap keputusan tersebut.
47
Isu undang-undang yang berbangkit dalam kes ini adalah –
a
sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT-OKT pada akhir kes pendakwaan seperti mana kedua-dua Pertuduhan tersebut;
b
jika jawapannya ya, sama ada pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB;
c
sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT-OKT pada akhir kes bagi kedua-dua Pertuduhan tersebut; dan
d
sama ada sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas OKT-OKT di bawah kedua-dua Pertuduhan tersebut adalah selamat dan menurut undang-undang yang berkuat kuasa. ANALISIS, DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH INI
48
Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah (selepas ini dirujuk sebagai “KPJ”) memperuntukkan bahawa beban adalah terletak ke atas pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan sebelum tertuduh boleh dipanggil untuk membela diri terhadap sesuatu pertuduhan. Peruntukan tersebut berbunyi seperti yang berikut: “Section 180. Procedure after conclusion of case for prosecution.
1
When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
2
If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
3
If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
4
For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”. [Penekanan ditambah]
49
Berdasarkan peruntukan tersebut dan prinsip undang-undang yang mantap, beban pembuktian suatu kes jenayah sentiasa terletak di bahu pihak pendakwaan dan ia tidak pernah berpindah kepada pihak tertuduh. Dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169, Mahkamah Agung melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohamed Azmi SCJ telah memutuskan bahawa – “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.”. [Penekanan ditambah]
50
Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734. Dalam penghakiman yang disampaikan oleh Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu), Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”. [Penekanan ditambah]
51
Maksud dan tafsiran prima facie telah diputuskan dalam banyak kes undang-undang seperti PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209, Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, Ahmad Najib Aris v. PP [2009] 2 CLJ 800, Lee Kwan Woh v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301, Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 dan Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151.
52
Berdasarkan nas-nas undang-undang tersebut, prima facie bermaksud jika tertuduh dipanggil untuk membela diri bagi suatu pertuduhan dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adakah keterangan-keterangan prima facie tersebut cukup untuk membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut melampaui keraguan yang munasabah dan seterusnya cukup untuk mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan tersebut.
53
Selanjutnya, berdasarkan nas-nas undang-undang tersebut, sebelum memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksimum (maximum or positive evaluation) pada akhir kes pendakwaan terhadap semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk kebolehpercayaan (credibility) saksi-saksi dan rantaian keterangan barang kes.
54
Dalam kes ini, kedua-dua OKT telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB seperti yang berikut: “Trafficking in dangerous drugs
39B
(1) No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such other person is in Malaysia–
a
traffic in a dangerous drug;
b
offer to traffic in a dangerous drug; or
c
do or offer to do an act preparatory to or for the purpose of trafficking in a dangerous drug.
2
Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than twelve strokes.”.
55
Berdasarkan peruntukan tersebut dan nas-nas undang-undang yang mantap (lihat kes Muhammed Bin Hassan v. Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 273; Julius Yao Kudjordji lwn. PP [2018] 1 LNS 1517; Melinda Stevenson v. PP [2020] 6 CLJ 34; Abdul Rahman Mohd v. PP [2021] 1 LNS 804; Sri Ganesh Jaya Balan v. PP & Another Appeals [2022] 2 CLJ 546; Junaidi Berimang v. PP [2022] 1 LNS 522), terdapat empat elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB, iaitu seperti yang berikut:
a
dadah yang dijumpai pada OKT-OKT tersebut adalah dadah berbahaya sebagaimana yang dimaksudkan dan ditafsirkan di bawah Jadual Pertama, ADB;
b
OKT-OKT mempunyai milikan serta jagaan dan kawalan terhadap dadah berbahaya tersebut;
c
OKT-OKT mempunyai pengetahuan bahawa dadah yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya; dan
d
OKT-OKT mengedar dadah berbahaya tersebut.
56
Bagi membuktikan elemen pertama tersebut, keterangan SP3 sebagai ahli kimia yang telah membuat ujian dan analisis terhadap bahan disyaki dadah tersebut adalah penting dan material.
57
Setelah Mahkamah ini meneliti pengalaman dan kelayakan pakar SP3 serta menilai dan menganalisis keseluruhan keterangan SP3 mengenai ujian dan analisis yang dibuat oleh SP3 terhadap bahan-bahan disyaki dadah yang telah ditanda sebagai “E1-H”, “Е2-H”, “ЕЗ- Н”, “Е4-Н”, “E5-H”, “E6(1)-H(i)”, “E6(1)-H(ii)”, “E6(2)-H(i)”, “E6(2)-H(ii)”, “E7-H” dan “E8-H” tersebut dan Laporan Kimia dengan No. Makmal 17- FR-K-00356 yang disediakan oleh SP3 (Ekshibit P60), Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa SP3 adalah saksi pakar yang berkelayakan, berpengalaman dan kompeten dan berjaya membuktikan secara konklusif bahawa bahan-bahan disyaki dadah tersebut adalah dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 54605.8 gram, heroin seberat 4759.1 gram dan monoacetlymorphines seberat 54.5 gram.
58
Mengenai kredibiliti dan kebolehpercayaan SP3, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa keseluruhan keterangan SP3 dalam kes ini adalah kukuh, kuat dan konsisten serta tidak goyah (not shaken) apabila dicabar oleh pihak pembelaan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa SP3 adalah saksi yang kompeten, jujur dan boleh dipercayai, dan tiada sebab untuk Mahkamah ini untuk tidak menerima dan tidak mempercayai keterangan SP3 tersebut.
59
Selanjutnya, mengenai identiti dan rantaian keterangan barang-barang kes dadah tersebut yang telah dicabar oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi pendakwaan, berdasarkan Borang Bongkar (Ekshibit P69, P70 dan P71), Borang Serah-Menyerah Barang Kes (ID25, ID45 dan ID51), tandaan yang dibuat oleh SP5 pada barang-barang kes tersebut dan keterangan SP1, SP2, SP3, SP5 dan SP8 yang konsisten, kukuh, tidak goyah dan saling menyokong antara satu sama lain serta gagal dicabar dan disangkal oleh pihak pembelaan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tiada keraguan, percanggahan material dan lompangan pada integriti, identiti dan rantaian keterangan barang-barang kes dadah tersebut. Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie bahawa barang-barang kes dadah tersebut sentiasa berada dalam kawalan dan jagaan selamat SP1, SP2, SP3, SP5 dan SP8 pada setiap masa setelah barang-barang kes tersebut diserahkan kepada mereka dan diterima oleh mereka; dan
b
integriti, identiti dan rantaian keterangan barang-barang kes dadah tersebut adalah selamat, intact dan tidak terjejas.
60
Berhubung dengan perkara ini, walaupun SP3 dibantu oleh Suhana dan Ab. Mutalib semasa membuat ujian dan analisis ke atas bahan-bahan dadah tersebut, namun tiada keterangan yang menunjukkan bahawa bahan-bahan dadah tersebut telah diusik dan diganggu (tampered) oleh Suhana dan Ab. Mutalib atau telah ditukar atau tertukar dengan barang kes dadah yang lain, sehingga menimbulkan keraguan pada integriti, identiti dan kesahan bahan-bahan dadah tersebut.
61
Oleh itu, dakwaan dan hujahan pihak pembelaan bahawa bahan-bahan dadah tersebut telah diusik dan diganggu oleh Suhana dan Ab. Mutalib adalah tidak berasas sama sekali.
62
Berdasarkan alasan-alasan di atas, bagi elemen pertama tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie bahawa bahan-bahan dadah tersebut adalah dadah berbahaya jenis methamphetamine, heroin dan monoacetlymorphines sebagaimana yang dimaksudkan dan ditafsirkan di bawah Jadual Pertama, ADB. Elemen Kedua dan Ketiga
63
Mengenai elemen kedua dan ketiga tersebut, undang-undang adalah mantap bahawa elemen milikan adalah meliputi jagaan dan kawalan ke atas sesuatu barangan serta niat, kuasa dan keupayaan seseorang untuk menguruskan dan melupuskan barangan tersebut, manakala elemen pengetahuan pula meliputi kawalan fizikal ke atas sesuatu barangan dan inferens yang berbangkit daripada keterangan mengikut keadaan (lihat kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 22 MLJ 237; Yee Ya Mang v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 120; Public Prosecutor v Badrulsham Bin Baharom [1988] 2 MLJ 585; PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337; Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717; Pendakwa Raya v Chua Teik Beng [2009] 4 AMR 429; Samundee Devan Muthu Kerishnan v. PP [2010] 3 CLJ 269; Ali Jalayeridarbandi Mousa v. PP [2014] 1 LNS 1498; Pendakwa Raya v Sardar Ali Hassan Muhammad [2017] MLJU 2419).
64
Dalam kes Chan Pean Leon v. Public Prosecutor (supra), Thomson J (pada ketika itu) telah mentafsirkan perkataan pemilikan seperti yang berikut: ““Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. … Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite.”.
65
Dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif (supra), Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Arifin Zakaria FCJ (pada ketika itu) telah menjelaskan maksud perkataan pemilikan dan pengetahuan seperti yang berikut: “[16] It is trite that what constitutes “possession” under s. 37 of the Act is a question of law. (See Yee Ya Mang v. Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 120 and Public Prosecutor v. Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585). It is however a question of fact whether in a given case a person can be said to be in possession of something. And in relation to drug found in a vehicle Shankar J in Pendakwa Raya v. Kang Ho Soh [1991] 3 CLJ 2914; [1991] 3 CLJ (Rep) 557, after considering a number of authorities, stated: … those cases do not decide that in all cases a person who is in sole charge of a vehicle cannot be found to be in possession of articles being carried in it. As Thomson J himself said in Tong Peng Hong v. PP at p 233: If something be found, for example, in a bag which I am carrying or in a box to which I hold the key it is extremely reasonable to suppose, unless I produce some satisfactory evidence to the contrary, that I know all about it … Again, at p 234: I am not saying for one moment that a drug may not be found in a vehicle in such circumstances as would in the absence of disproof or explanation lead the court to the conclusion, quite independently of any statutory presumption, that it was in the possession of the person in control of the vehicle. … [18] In Ramis a/l Muniandy v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at p. 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs. In Tan Ah Tee (supra), Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979] SLR 211 at 217-218; [1980] 1 MLJ 49 at pg. 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in their minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.”.
66
Dalam kes Yee Ya Mang v Public Prosecutor (supra) pula, perkataan pemilikan telah ditafsirkan oleh Sharma J seperti yang berikut: “The word “possession” implies a physical capacity to deal with the thing as one likes to the exclusion of everyone and a determination to exercise that physical power on one’s own behalf. It implies dominion and consciousness in the mind of the person having “possession” that he not only has such dominion but also that he can exercise it…”.
67
Selanjutnya, dalam kes Public Prosecutor v Badrulsham Bin Baharom (supra), Lim Beng Choon J telah menerangkan maksud perkataan pemilikan seperti yang berikut: “… I believe it is well settled at least by our courts that to establish possession by an accused person of any dangerous drugs or to impute to him possession of the said drugs it must first be shown that he had knowledge of the drugs which were found to be in his possession. The earliest authority, which I could find, that expounded this principle is the case of Chiah Tian v Rex [1937] MLJ 105 where the then Chief Justice of Singapore said at p. 106: “In my opinion, possession to be an offence must be possession under such circumstances that a court is justified in finding that the accused (or the servant in cases of constructive possession) was conscious of the possession. As Pollock C.B. put it in The Queen v Woodrow 16 LJ MC 122, ‘a man can hardly be said to be in possession of anything without knowing it’ and I think that a person is not guilty of the offence of possession if he is not aware of the possession.” (Emphasis supplied)”. This principle was expounded with greater clarity in the case of Leow Ngee Lim v Regina [1956] MLJ 28 at p 31: “In some of the cases it has been said that without knowledge there can be no possession. In others, ‘in possession’ has been read as ‘knowingly in possession’ by application of the doctrine of mens rea. In some instances either view leads to the same result but not in all. The dicta does not make what degree of knowledge is meant. Also in some of the statutes, ‘possession’ and ‘knowledge’ have been treated separately and much confusion has resulted. The word ‘possession’ is a vague and general word which cannot be closely defined. Without at least general knowledge there cannot be possession but there can be possession without full and exact knowledge. This is recognized in the present Drugs Ordinance which provides, by the presumption already cited, that if a man has custody or control of a drug the onus of proving, first that he did not have possession, and secondly that he did not know the nature of the drug, shall be shifted to him.” (Emphasis supplied) Then in Saad bin Ibrahim v Public Prosecutor [1968] 1 MLJ 158 Yong J. was quite emphatic as to the requirement of the element of knowledge on the part of the possessor before he could be criminally incriminated with possession of a prohibited article. Thus his Lordship said at p. 159: “In my opinion mere possession is one thing and possession with mens rea is another. Possession which incriminates must have certain characteristics. The possessor must be aware of his possession, must know the nature of the thing possessed and must have the power of disposal over it. Without these characteristics possession raises no presumption of mens rea. Without mens rea possession cannot be criminal except in certain cases created by statute, which is not applicable in this case.”.”. [Penekanan ditambah]
68
Dalam kes ini, berdasarkan keterangan SP5, iaitu pegawai polis yang membuat aduan, serbuan dan tangkapan ke atas OKT-OKT, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati kesemua barang kes dadah tersebut telah dijumpai secara langsung oleh SP5 di dalam kereta OKT 1 setelah pemeriksaan dibuat ke atas kereta OKT 1.
69
Keterangan SP5 mengenai tempat penemuan barang-barang kes tersebut turut disokong oleh Laporan Polis SP5 (Ekshibit P72 dan P73) dan Borang Bongkar yang disediakan oleh SP5 (Ekshibit P69, P70 dan
70
Mengenai kredibiliti dan kebolehpercayaan SP5, Mahkamah ini mendapati keseluruhan keterangan SP5 dalam kes ini adalah kukuh, kuat dan konsisten serta tidak goyah terutama apabila disoal balas oleh pihak pembelaan. Oleh itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa SP5 adalah saksi yang kompeten, jujur dan boleh dipercayai, dan tiada sebab untuk Mahkamah ini tidak menerima dan tidak mempercayai keterangan SP5 tersebut.
71
Berdasarkan nas-nas undang-undang dan prinsip undang-undang di atas, memandangkan kesemua barang kes dadah tersebut telah dijumpai secara langsung oleh SP5 di dalam kereta OKT 1 dan dengan itu OKT 1 mempunyai kuasa dan keupayaan untuk menguruskan dan melupuskan barang-barang kes tersebut, maka adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen milikan, jagaan dan kawalan tersebut secara prima facie terhadap OKT 1.
72
Mengenai elemen pengetahuan pula, walaupun pengetahuan tidak boleh dibuktikan secara langsung, namun berdasarkan gabungan fakta dan keterangan mengikut keadaan dalam kes ini, yang mana barang-barang kes dadah tersebut telah dijumpai oleh SP5 di dalam kereta OKT 1, Mahkamah ini menerima keterangan-keterangan tersebut sebagai keterangan yang relevan dan kukuh mengenai kawalan fizikal OKT 1 ke atas barang-barang kes tersebut dan seterusnya membangkitkan inferens yang kuat mengenai mens rea OKT 1 berkenaan dengan pemilikan dan pengetahuan OKT 1 tentang bahan-bahan dadah berbahaya tersebut.
73
Inferens yang dibuat oleh Mahkamah ini tentang mens rea dan pengetahuan OKT 1 tersebut adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang disampaikan oleh Mohd Ghazali Yusoff FCJ dalam kes Samundee Devan Muthu Kerishnan v. PP (supra) seperti yang berikut: “Held (dismissing the appeal)
2
There was also no merit in the appellant’s argument that since the drugs were found in plastic bags, this showed that there was no mens rea trafficking and that the trial judge was wrong in relying on the presumption of trafficking under s. 37(da)(iiia) of the Act at the conclusion of the case for the prosecution. (para 16)
3
The evidence adduced by the prosecution showed that the appellant was clearly in possession of the plastic packages and that he had knowledge of its contents. He was in possession of a set of keys, one of which was used to open the boot of the motorcar in which the dangerous drugs were found. He was clearly aware of the packages and was in fact holding one of them when he was approached by the police and, consequently, attempted to run away. The combined strength of these facts and circumstances gave rise to a strong inference that the appellant had mens rea possession of the packages containing the drugs and that he had knowledge of the drugs. There was evidence of possession of the dangerous drugs independent of s. 37(d) of the Act. (para 17)”. [Penekanan ditambah]
74
Bagi OKT 2 pula, berdasarkan fakta dan keterangan oleh SP5 dan SP7 yang kukuh, konsisten dan tidak goyah apabila dicabar oleh pihak pembelaan seperti di bawah –
a
keterangan SP5 bahawa operasi dan pemerhatian yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas Bukit Aman di sekitar pekan Changloon pada hari kejadian tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah melalui sempadan Thailand/Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke selatan yang melibatkan beberapa orang individu dan ia adalah berdasarkan maklumat yang diterima oleh SP5;
b
keterangan SP5 yang membuat pemerhatian di kawasan Shell pekan Changloon bersama pasukannya bahawa sebuah kenderaan Honda Ferio warna biru tua bernombor pendaftaran BED 9419 akan bergerak dari Bukit Kayu Hitam menuju ke selatan;
c
keterangan SP5 bahawa sebuah kereta Honda Ferio warna biru tua bernombor pendaftaran BED 9419 (kereta OKT 1) dan sebuah kereta Mini Cooper warna hijau (kereta OKT 2) telah lalu di hadapan Shell pekan Changloon menuju ke arah selatan dengan jarak selang Iebih kurang 30 saat;
d
keterangan SP5 bahawa melalui tindakan SP5 dan pasukan polis yang mengekori kedua-dua kereta tersebut mendapati kedua-dua kereta itu telah dipandu secara beriringan dari Shell pekan Changloon hingga ke Tol Jitra ke Tol Hutan Kampung ke Tol Pendang ke pekan Pendang ke Sungai Tiang sehinggalah kedua-dua kereta tersebut berhenti dan ditahan oleh SP5 dan beberapa orang anggota polis di Felda Sungai Tiang. Jarak kenderaan pasukan SP5 dengan kedua-dua kereta tersebut ialah lebih kurang antara 50 meter hingga 150 meter di atas lebuh raya dan lebih kurang antara 20 meter hingga 150 meter di atas jalan biasa; dan
e
keterangan SP7 bahawa Black, iaitu OKT 1, telah menaiki kereta Honda Ferio tersebut dan Shidi, iaitu OKT 2, telah menaiki kereta Mini Cooper tersebut semasa berada di Danok, Thailand pada 15.1.2017 hingga 16.1.2017 untuk menguruskan projek membawa masuk “serbuk teh”, iaitu untuk membawa masuk bahan-bahan dadah tersebut dari Thailand melalui Kompleks Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam ke rumah OKT 1 di Kompleks UPP (Unit Pencegah Penyeludupan), Bukit Kayu Hitam, Kedah dan bahawa antara peranan OKT 2 ialah memberi maklumat sama ada jalan yang akan dilalui oleh OKT 1 dan SP7 selamat atau tidak, maka Mahkamah ini membuat inferens bahawa daripada perbuatan, peranan dan tingkah laku OKT 2 tersebut jelas menunjukkan yang OKT 2 mempunyai mens rea dan actus reus dan mempunyai milikan, jagaan, kawalan dan pengetahuan ke atas bahan-bahan dadah berbahaya tersebut seperti OKT 1 dan OKT 2 telah merancang dengan OKT 1 sejak di Danok, Thailand untuk membawa masuk barang-barang kes tersebut ke Malaysia.
75
Berdasarkan alasan-alasan di atas, bagi elemen kedua dan ketiga tersebut, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara prima facie elemen milikan, jagaan, kawalan dan pengetahuan OKT 1 dan OKT 2 ke atas dadah berbahaya tersebut dan niat bersama mereka untuk melakukan kedua-dua kesalahan tersebut menurut seksyen 34 Kanun Keseksaan.
76
Mengenai elemen keempat tersebut, untuk membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk mengedar bahan-bahan dadah tersebut, pihak pendakwaan telah bergantung kepada anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB.
77
Memandangkan SP3 telah berjaya membuktikan dalam kes ini bahawa berat bahan dadah berbahaya tersebut adalah 54605.8 gram (methamphetamine) dan 4813.6 gram (4759.1 gram heroin dan 54.5 gram monoacetylmorphines) dan berat tersebut adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB, maka adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
pihak pendakwaan telah berjaya membangkitkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB terhadap OKT-OKT; dan
b
pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan yang OKT 1 dan OKT 2 mempunyai niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk mengedar bahan-bahan dadah tersebut.
78
Selain itu, memandangkan berat keseluruhan dadah tersebut adalah tinggi, iaitu seberat 54605.8 gram (methamphetamine) dan 4813.6 gram (4759.1 gram heroin dan 54.5 gram monoacetylmorphines), maka Mahkamah ini membuat inferens bahawa dadah tersebut bukan untuk kegunaan OKT-OKT sendiri tetapi untuk diedar kepada orang lain.
79
Dapatan Mahkamah ini mengenai elemen pengedaran dan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB terhadap OKT-OKT tersebut adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Samundee Devan Muthu Kerishnan v. PP (supra) yang memutuskan seperti yang berikut: “(4) The dangerous drugs as per the two charges were in excess of 15 grams respectively as provided under s. 37(da)(iiia) of the Act, which would trigger the statutory presumption of trafficking as provided in s. 37(da) of the Act. Premised upon these facts, the trial judge was correct in finding that a prima facie case had been made out against the appellant at the conclusion of the prosecution’s case and calling upon him to enter his defence, which the trial judge subsequently found to be a mere denial. The Court of Appeal was also correct in substituting the trial judge’s whole decision with a conviction under s. 39B(1)(a) of the Act in respect of both the original charges of trafficking since the appellant had failed to cast a reasonable doubt. There was thus no plausible reason to disturb the decision of the Court of Appeal. (paras 18, 19 & 20)”. [Penekanan ditambah]
80
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen keempat tersebut secara prima facie terhadap OKT-OKT.
81
Mengenai Isu Kedua, memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan ke atas OKT-OKT secara prima facie pada akhir kes pendakwaan, maka tugas dan beban pihak pembelaan pada peringkat kes pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB atas imbangan kebarangkalian.
82
Perkara ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1 yang mana melalui penghakiman yang disampaikan oleh Shaik Daud Ismail JCA, Mahkamah menyatakan bahawa – “The burden on the prosecution throughout is to prove their case beyond a reasonable doubt (see Arulpragasan v. PP [1997] 1 MLJ 1.) But, once the prosecution had proved that appellant had custody or control of the bag containing the drugs in question, then by s. 37(d) of the Act, he was deemed to have been in possession of such drugs and to have known the nature of such drugs, and so, the onus had shifted to him, to prove the contrary, on the balance of probabilities. (See PP v. Yuveraj [1969] 2 MLJ 89 PC).”. [Penekanan ditambah]
83
Pada peringkat kes pembelaan, seramai dua orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pembelaan, iaitu OKT 1 (SD1) dan OKT 2 (SD2). Inti (gist) keterangan saksi-saksi pembelaan tersebut adalah seperti di perenggan 29 hingga 43 di atas.
84
Setelah Mahkamah ini meneliti dan menilai keseluruhan keterangan OKT 1 dan OKT 2 tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pembelaan OKT-OKT bahawa –
a
OKT 1 tidak mempunyai milikan dan tiada pengetahuan mengenai barang-barang kes dadah yang dijumpai di dalam keretanya tersebut; dan
b
OKT 2 tidak pergi ke Pendang pada hari kejadian tersebut bersama-sama dengan OKT 1 dan tiada pengetahuan mengenai bahan-bahan dadah yang dijumpai di dalam kereta OKT 1 tersebut, hanyalah bersifat rekaan dan penafian kosong semata-mata (mere denial) dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan serta gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah atas imbangan kebarangkalian di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB.
85
Berhubung dengan perkara ini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan dan pembelaan OKT-OKT tersebut saling bercanggah dan tidak menyokong antara satu sama lain. Misalnya, OKT 1 menyatakan yang beliau telah pergi ke Pendang pada hari kejadian tersebut bersama-sama dengan OKT 2 atas ajakan OKT 2 dengan menaiki kereta masing-masing kerana OKT 2 hendak ke Pulau Pinang selepas itu. OKT 2 walau bagaimanapun telah menafikan keterangan OKT 1 tersebut dan menyatakan bahawa beliau tidak memberitahu sesiapa pun yang beliau hendak ke Pendang pada hari kejadian tersebut. Keterangan OKT 2 tersebut seolah-olah menunjukkan yang beliau langsung tidak mengetahui mengenai barang-barang kes dadah yang dijumpai di dalam kereta OKT 1 tersebut dan meletakkan semua kesalahan tersebut kepada OKT 1.
86
Berdasarkan dapatan di atas, Mahkamah ini mendapati keterangan dan pembelaan OKT 1 dan OKT 2 tersebut bukan sahaja bercanggah antara satu sama lain tetapi juga telah gagal mencabar dan menyangkal keterangan pihak pendakwaan dan seterusnya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
87
Sebagai kesimpulan bagi Isu Kedua, berdasarkan segala keterangan yang dikemukakan pada peringkat kes pembelaan dan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan berkenaan dengan elemen kawalan, jagaan, milikan dan pengetahuan OKT-OKT ke atas bahan dadah berbahaya seberat 54605.8 gram (methamphetamine) dan seberat 4813.6 gram (4759.1 gram heroin dan 54.5 gram monoacetylmorphines) tersebut; dan
b
justeru, atas imbangan kebarangkalian, pembelaan OKT-OKT dalam kes ini telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB.
88
Mengenai Isu Ketiga, berdasarkan seksyen 182A(1) KPJ, tugas Mahkamah pada akhir kes adalah untuk menilai dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh. Jika jawapannya ya, seksyen 182A(2) KPJ menetapkan Mahkamah hendaklah membuat dapatan tertuduh bersalah dan mensabitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut dan jika jawapannya tidak, seksyen 182A(3) KPJ menetapkan Mahkamah hendaklah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut.
89
Sebagai rujukan, seksyen 182A KPJ memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 182A. Procedure at the conclusion of the trial.
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.”. [Penekanan ditambah]
90
Dalam kes Balachandran v Public Prosecutor (supra), Augustine Paul JCA (pada ketika itu) semasa menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai beban pihak pendakwaan pada akhir kes telah menyatakan seperti yang berikut: “21 Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. … … 23 … Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.”. [Penekanan ditambah]
91
Sebagai kesimpulan, bagi menjawab Isu Ketiga, memandangkan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB, maka adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah pada akhir kes terhadap OKT-OKT bagi kedua-dua Pertuduhan tersebut, iaitu seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 182A(1) KPJ.
92
Mengenai Isu Keempat, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah pada akhir kes, maka Mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan ke atas OKT-OKT bagi kesalahan seperti mana dalam kedua-dua Pertuduhan tersebut adalah selamat dan menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
93
Mengenai hukuman yang sesuai dan setimpal dikenakan ke atas OKT-OKT, setelah Mahkamah ini mengambil kira keseluruhan fakta kes, berat dadah dalam kes ini, rayuan OKT-OKT dan trend penghukuman, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan minimum bagi kedua-dua kesalahan tersebut, yang mana hukuman-hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap, adalah setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT-OKT di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) ADB.
94
Dalam prosiding ini, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk diadakan impeachment proceeding bagi mencabar kebolehpercayaan SP5 sebagai saksi di Mahkamah ini. Ini kerana, pihak pembelaan mendakwa bahawa terdapat percanggahan yang material antara keterangan SP5 dalam prosiding ini dengan satu lagi prosiding di Mahkamah Sesyen Alor Setar (No. Kes KA-62D-271-11/2017), yang mana SP5 juga merupakan saksi dalam prosiding tersebut.
95
Setelah Mahkamah ini meneliti semua keterangan dan hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tiada sebarang percanggahan material yang wujud antara keterangan SP5 dalam prosiding ini dengan keterangan SP5 dalam prosiding di Mahkamah Sesyen tersebut. Jika pun ada percanggahan antara keterangan SP5 dalam prosiding di Mahkamah ini dengan prosiding di Mahkamah Sesyen tersebut, pada pendapat Mahkamah ini, ia bukanlah percanggahan yang material. Oleh itu, pencabaran kebolehpercayaan SP5 sebagai saksi tersebut ditolak. Justeru, semua keterangan SP5 dalam prosiding ini adalah selamat dan diterima oleh Mahkamah ini.
96
Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini menjawab keempat-empat isu yang berbangkit dalam kes ini seperti yang berikut:
a
Isu Pertama dijawab sebagai ya, iaitu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT-OKT pada akhir kes pendakwaan seperti mana kedua-dua Pertuduhan tersebut;
b
Isu Kedua dijawab sebagai tidak, iaitu pihak pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB;
c
Isu Ketiga dijawab sebagai ya, iaitu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT-OKT pada akhir kes bagi kedua-dua Pertuduhan tersebut; dan
d
Isu Keempat dijawab sebagai ya, iaitu sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas OKT-OKT bagi kedua-dua Pertuduhan tersebut adalah selamat dan menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
97
Berdasarkan alasan-alasan di atas, memandangkan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT-OKT dan pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da)(iiia) dan seksyen 37(da)(xvi) ADB, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT-OKT pada akhir kes.
98
Oleh itu, OKT-OKT telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua kesalahan seperti mana dalam kedua-dua Pertuduhan tersebut dan dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan minimum bagi kedua-dua kesalahan tersebut dan hukuman-hukuman penjara tersebut diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap. Bertarikh : 30 DISEMBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Alor Setar Kedah Darul Aman (Kedah Darul Aman) Peguam bagi pihak Pendakwa Raya: Encik Mohamad Rizal Bin Fadzil Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman (No. Ruj.: PUN(K)J/01 Jld 10 ( )) No. Tel: 04-702 7424 No. Fax: - Email: www.agc.gov.my Peguam bagi pihak OKT 1: Encik Rahamathullah Bin Baharudeen Tetuan Rahamat & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. K-167, Tingkat 2, Wisma R & M Taman Wira Mergong Jalan Sultanah Bahiyah 05150 Alor Setar Kedah Darul Aman (No. Ruj.: RM/IHR/APJ/41(1)/424/19) No. Tel: 012-2446112 No. Fax: - Email: rahamathullahnco@gmail.com Peguam bagi pihak OKT 2: Encik Mohamad Afza Bin Dahari @ Zahari Tetuan Zahari & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara No. 3, Tingkat 1 Taman Seri Halban 06000 Jitra Kedah Darul Aman (No. Ruj.:- )
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.