Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-2-01/2022
High Court of Malaysia22 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-2-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
ROSLAN BIN MOHD HUSSIAH
2
VINOD KUMAR A/L AROKIADASS (NO. K/P: 850713-14-6159)
1
Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT 2) dalam kes ini telah dikemukakan dengan pertuduhan seperti yang berikut: S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg Pertuduhan Pertama "Bahawa kamu bersama-sama pada 20hb Januari 2021, jam lebih kurang 08.35 pagi, bertempat di Pondok Pengawal Polis Bantuan Genting Highlands KM 17, Jalan Naik Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 200.5 gram (172.8 gram Heroin dan 27.7 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." Pertuduhan Kedua "Bahawa kamu bersama-sama pada 20hb Januari 2021, jam lebih kurang 08.35 pagi, bertempat di Pondok Pengawal Polis Bantuan Genting Highlands KM 17, Jalan Naik Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, dalam Daerah Bentong, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 1478.6 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan."
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan 7 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Keterangan Pendakwa Raya S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg menunjukkan bahawa pada hari kejadian sebuah motolori warna putih jenama Isuzu nombor pendaftaran PMR 7062 yang dikatakan mencurigakan melalui keterangan SP 6 telah melalui Pondok Pengawal Polis Bantuan Genting Highlands KM 17, Jalan Naik Genting Highlands, 69000 Genting Highlands. SP 6 telah menahan motolori tersebut dan mendapati dua orang lelaki yang kemudiannya dicamkan sebagai OKT 1 dan OKT 2 berada dalam lori tersebut dikatakan dalam keadaan gelisah.
3
SP 6 menyatakan dalam keterangannya bahawa kedua-dua lelaki telah turun dari motolori dan meminta surat pengesahan rentas negeri bagi kedua-dua lelaki tersebut. Ini adalah disebabkan pada hari kejadian negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hasil pemeriksaan didapati hanya lelaki melayu iaitu OKT 1 sahaja yang mempunyai surat rentas negeri. Ia dikeluarkan atas nama Syarikat Jimat Jaya Sdn Bhd.
4
SP 6 membuat pemeriksaan kepada kenderaan tersebut dan telah menjumpai satu beg kain berzip bercorak belang di dalam pintu simpanan barang di sebelah kiri tersebut. Di dalamnya berisi 10 peket lutsinar yang kemudiannya didapati mengandungi ketulan dan serbuk dadah jenis heroin. Di dalam beg tersebut juga dijumpai 2 plastik lutsinar, setiap satu beg plastik bertulis Guanyinwang dan satu lagi bertulis AAA. Ia didapati mengandungi methamphetamine. SP 6 menyatakan bahawa telah berlaku sedikit pergelutan di antara lelaki India iaitu OKT 2 dengan anggota yang hadir semasa pemeriksaan tersebut.
5
Seterusnya barang-barang kes telah dirampas oleh SP 6 dan diserahkan kepada SP 7 iaitu pegawai penyiasat.
6
Pendakwa Raya juga telah mengemukakan saksi SP 2 iaitu Penolong Pengurus Logistik di Syarikat Jimat Jaya. SP 2 telah menjelaskan berkenaan dengan perniagaan syarikat yang melibatkan motolori tersebut. Dia juga telah mengesahkan bahawa pemandu motolori tersebut adalah OKT 1 yang telah dicamkan di Mahkamah.
7
SP 2 juga telah memperihalkan prosedur penghantaran barang-barang melalui kenderaan motolori tersebut malahan salinan camera CCTV telah ditayangkan di Mahkamah. Mahkamah ini telah menonton CCTV tersebut yang menunjukkan apakah yang berlaku di Syarikat Jimat Jaya daripada mula kenderaan tersebut dimasukkan dengan barang-barang yang perlu dihantar oleh OKT 1 kepada pembeli. Mahkamah juga mendapati terdapatnya proses mengikat materi (seal) di pintu-pintu lori tersebut. SP 2 mengesahkan bahawa materi-materi tersebut tidak boleh dibuka sehingga barang-barang tersebut diaku terima oleh pembeli atau pelanggan. SP 2 menyatakan sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada seal tersebut ia akan hanya berlaku setelah barang-barang diterima oleh pelanggan-pelanggan.
8
Mahkamah juga mendapati motolori yang berkenaan telah dibekalkan dengan catatan perjalanan secara digital. Catatan tersebut akan menunjukkan dimanakah motolori tersebut berada S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg dan berhenti. Ia telah dikemukakan sebagai P16. Sementara itu gambar-gambar berkenaan dengan proses memunggah di Syarikat Jimat Jaya Sdn Bhd juga telah dikemukakan.
9
Penelitian kepada CCTV yang dikemukakan serta gambar-gambar yang dikemukakan kepada Mahkamah tiada sebarang keterangan yang menunjukkan kewujudan dan keberadaan beg tersebut di dalam motolori tersebut. Apa yang ada ialah gambar di mana beg itu telah dikatakan ditemui oleh pegawai serbuan iaitu di gambar nombor 7 di P6 yang ditandakan tandaan ‘Z’. Sekiranya dilihat kepada tandaan ‘Z’ tersebut ia adalah kawasan kosong di dalam lori tersebut tanpa sebarang gambar beg tersebut. Gambar beg tersebut bersama-sama dengan barang kes hanya dapat dilihat di P5(1-3).
10
Mahkamah juga meneliti kepada laporan lokasi yang menunjukkan perjalanan motolori tersebut sehinggalah ditahan oleh pegawai serbuan. Ia dapat membantu Mahkamah ini untuk menentukan sama ada terdapat sebarang lencongan di dalam perjalanan motolori tersebut sehingga ke tempat di mana OKT-OKT dan motolori tersebut ditemui oleh pegawai serbuan.
11
Setelah motolori itu ditahan bersama OKT 1 dan OKT 2 motolori tersebut dibawa ke kawasan penempatan sementara sebelum Syarikat Jimat Jaya membawa kenderaan untuk memunggah masuk barang-barang ke dalam lori lain untuk diambil tindakan yang sewajarnya.
12
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata bahawa pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan terdapatnya satu kes prima facie. Frasa prima facie telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.”
13
Bagi kes ini elemen-elemen kesalahan yang perlu ditunjukkan di akhir kes pendakwaan ialah adakah dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952, adakah OKT 1 dan OKT 2 mempunyai milikan, pengetahuan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut dan adakah OKT 1 dan OKT 2 mengedar dadah-dadah tersebut.
14
Bagi maksud pengedaran Mahkamah perlu menentukan sama ada ia boleh ditunjukkan sebagai pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952 atau penggunaan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952.
a
Adakah dadah-dadah itu dadah-dadah berbahaya
15
Keterangan yang dikemukakan berkenaan dengan dadah tersebut adalah dadah-dadah berbahaya seperti di bawah Akta ADB 1952 telah ditunjukkan melalui keterangan ahli kimia yang telah mengesahkan menerima barang-barang kes untuk tujuan ujian kimia daripada Inspektor Khairul Azhar bin Ahmad melalui resit rasmi P13. Setelah menjalankan pemeriksaan dan ujian kepada barang-barang kes ahli kimia telah mengeluarkan laporan kimia dengan nombor makmal 20-FR-B-01033 bertarikh 03.08.2021 yang mengesahkan bahawa barang-barang tersebut adalah terdiri daripada dadah-dadah berbahaya seperti yang disahkan dalam laporan kimia tersebut.
16
Mahkamah ini berpuas hati bahawa eksibit-eksibit yang berkaitan telah dikendalikan dengan sewajarnya dan berpendapat tiada berlakunya pemutusan rantaian keterangan sehinggalah ia dikemukakan kepada Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan pemeriksaan dan ujian. Oleh itu Mahkamah berpendapat elemen S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg pertama kesalahan telah dapat ditunjukkan oleh pendakwa raya bahawa bahan-bahan tersebut adalah dadah berbahaya.
b
Adakah OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan dadah-dadah tersebut
17
Seterusnya berkaitan dengan elemen sama ada OKT 1 dan OKT 2 memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut, Mahkamah perlu menganalisa keterangan-keterangan yang dikemukakan. Apa yang tidak dapat dinafikan bahawa OKT 1 telah disahkan oleh SP 2 sebagai pemandu motolori berkenaan pada hari kejadian. Pegawai serbuan juga mengesahkan bahawa OKT 1 adalah salah seorang yang ditahan pada hari kejadian bersama-sama dengan motolorinya dengan OKT 2. SP 6 mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut ditemui berada di dalam motolori tersebut. Keterangan ini tidak dapat dinafikan bahawa dadah-dadah itu berada di dalam motolori tersebut semasa ia ditahan. Persoalannya ialah adakah dengan fakta bahawa beg berbelang tersebut yang di dalamnya mengandungi dadah-dadah berada dalam motolori maka ia telah menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Ini adalah disebabkan keterangan SP 2 pada peringkat awal dan rakaman CCTV yang ditunjukkan di Mahkamah tidak langsung menunjukkan terdapat beg belang tersebut.
18
Malahan laporan perjalanan motolori tersebut juga tidak dapat menunjukkan di manakah motolori itu berhenti bagi menunjukkan beg tersebut telah diletakkan oleh OKT 1 atau OKT 2 ke dalam motolori tersebut. Keterangan pegawai penyiasat menyatakan bahawa berkemungkinan dadah tersebut telah diletakkan ketika motolori itu dikatakan berada di sekitar kawasan Jalan Kuching. Namun Mahkamah cuba mendapatkan keterangan apakah asas kepada dakwaan tersebut. Namun tiada sebarang keterangan yang dapat mengesahkan bahawa beg belang yang mengandungi dadah-dadah itu telah diletakkan atau diperolehi oleh OKT 1 dan OKT 2 di Jalan Kuching. Ia hanyalah kemungkinan yang dicadangkan oleh pegawai penyiasat.
19
Di dalam satu perbicaraan Mahkamah bergantung kepada keterangan lisan saksi-saksi atau dokumen-dokumen dan tidak boleh bersandarkan kepada spekulasi oleh saksi-saksi. Ini amat berbahaya dan tidak sejajar dengan undang-undang keterangan dan undang-undang jenayah. Ini hendaklah dielakkan.
20
Mahkamah juga mendapati tiada siasatan yang mendalam dibuat berkenaan dengan keterangan tersebut untuk mengesahkannya. Malahan penelitian kepada laporan lokasi juga menunjukkan dengan jelas dan nyatakan tempoh perjalanan dan lokasi tempat berhenti motolori tersebut. Ia tidak dapat menunjukkan bahawa terdapat aktiviti penempatan dadah-dadah tersebut ke dalam motolori oleh OKT 1 atau OKT 2. Pada hemat Mahkamah ia hanya menunjukkan perjalanan motolori tersebut yang tidak S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg menimbulkan apa-apa petanda terdapatnya tindakan jenayah dilakukan OKT 1 dan OKT 2 berkenaan dengan dadah-dadah tersebut.
21
Namun Mahkamah tidak boleh menafikan bahawa keterangan pegawai penyiasat dan pegawai serbuan mengesahkan bahawa beg tersebut berada di dalam motolori semasa motolori itu ditahan bersama-sama OKT 1 dan OKT 2. Adakah disebabkan beg tersebut berada di dalam motolori tersebut ia melunaskan tanggungjawab pihak pendakwaan untuk menunjukkan satu kes prima facie dengan menyatakan bahawa disebabkan beg itu berada di dalam lori yang dipandu oleh OKT 1 dan OKT 2 maka OKT-OKT mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut.
22
Mahkamah ini berpendapat sekiranya sedemikian, pembuktian kes prima facie bagi kes-kes dadah ini akan menyebabkan ketidakadilan terhadap OKT-OKT kerana beban untuk menunjukkan kes prima facie adalah terletak kepada pihak pendakwaan. Dalam erti kata lain beban pembuktian perundangan terletak kepada pihak pendakwaan daripada permulaan kes sehingga akhir kes pembelaan. Ia bukannya terletak kepada OKT 1 dan OKT 2 untuk dipanggil membela diri bagi menjelaskan berkenaan dengan keberadaaan dadah-dadah tersebut di dalam motolori berkenaan. Ini adalah penting bagi mengelakkan seseorang individu yang dituduh dalam satu kes jenayah dipanggil membela diri semata-mata disebabkan S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg Mahkamah ingin mengetahui apakah penjelasan berkenaan dengan barang kes yang ditemui bersama-sama dengannya. Pada hemat Mahkamah ini adalah satu kekhilafan yang perlu dielakkan dalam satu perbicaraan jenayah.
23
Mahkamah ini tidak boleh semata-mata disebabkan dadah-dadah tersebut berada dalam motolori tersebut, maka OKT 1 dan OKT 2 yang ditahan bersama-sama pada hari kejadian boleh menyatakan bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan dan memanggil OKT-OKT membela diri bagi mendengar penjelasan OKT 1 dan OKT 2 berkenaan dengan bagaimanakah dadah-dadah tersebut berada di dalam motolori tersebut.
24
Sebaliknya, pada hemat Mahkamah adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Ia dapat dilakukan dengan keterangan-keterangan yang menyokong naratif tersebut. Misalnya terdapatnya keterangan berkenaan dengan cap jari OKT 1 dan OKT 2 berada bersama-sama dengan barang kes tersebut atau terdapat saksi mata yang dapat mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut telah dimasukkan atau diletakan oleh OKT 1 dan OKT 2 ke dalam kenderaan tersebut. Namun tiada keterangan sedemikian di dalam kes ini.
25
Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan-keterangan lain berkenaan dengan laporan lokasi tersebut boleh membantu pihak pendakwaan bagi menunjukkan bahawa terdapat sela masa yang munasabah untuk menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut telah dibawa masuk oleh OKT 1 dan OKT 2 ke dalam motolori tersebut. Ini tidak dapat ditunjukkan melalui GPS yang dikemukakan.
26
Malahan Mahkamah juga perlu melihat berkenaan dengan seal pada kedua-dua pintu tempat penyimpanan barang sejuk motolori tersebut. Ia juga tidak dapat ditunjukkan dengan jelas sama ada ia telah dipecahkan atau tidak. Apa yang ada salah satu daripada seal pada pintu sebelah kiri telah tidak berseal. Namun tiada keterangan menunjukkan bahawa adakah seal tersebut telah dipecahkan oleh OKT 1 atau OKT 2.
27
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan di atas Mahkamah berpendapat bahawa pendakwa raya tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut.
28
Oleh yang demikian disebabkan Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwa Raya tidak dapat menunjukkan OKT 1 mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut maka Mahkamah tidak boleh menggunakan anggapan pengedaran di bawah sekseyen 37 (da) ADB 1952.
29
Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak wajar terlepas pandang kepada seksyen 2 ADB 1952 yang telah memberikan takrifan pengedaran yang meliputi juga membawa dadah yang dinyatakan seperti yang berikut: "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act.
30
Namun demikian penelitian kepada keterangan-keterangan yang ada dalam kes ini tidak dapat menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut telah dibawa daripada satu tempat ke tempat yang lain yang mewajarkan pemakaian takrifan pengedaran seksyen 2 tersebut dalam kes ini. Keterangan-keterangan yang ada pada hemat Mahkamah ini tidak membolehkan OKT 1 dan OKT 2 dikatakan membawa dadah-dadah tersebut bagi maksud pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952.
31
Akhirnya, setelah menimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwa Raya, eksibit-eksibit yang dikemukakan, prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas Mahkamah ini berpendapat pendakwa raya tidak dapat menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 dalam kes ini bagi pertuduhan-pertuduhan di atas.
32
Sesungguhnya di dalam satu kes jenayah hubung kait di antara pihak penguatkuasa, Pendakwa Raya, peguam dan Mahkamah adalah amat penting bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan. Keadilan membawa maksud seseorang yang sepatutnya disabitkan dengan kesalahan adalah wajar disabitkan dengan kesalahan dan seseorang yang tidak sepatutnya disabitkan dengan kesalahan adalah sewajarnya dilepas dan dibebaskan. Tanggungjawab Pendakwa Raya ialah untuk membuktikan pertuduhan melebihi keraguan yang munasabah. Sebelum itu perlu menunjukkan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Sesungguhnya tugas untuk membuktikan satu kes prima facie adalah berhubung kait rapat dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan melalui penyiasatan yang dilakukan mengikut kerangka undang-undang.
33
Setelah mendapat keterangan-keterangan daripada penguatkuasa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah yang berat untuk Pendakwa Raya menyaring, meneliti, mengenalpasti keterangan-keterangan tersebut sebagai keterangan yang wajar dikemukakan di Mahkamah mengikut jalur undang-undang bagi membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh. Ketelitian dan kecekapan di dalam meneliti keterangan-keterangan itu adalah amat penting bagi memastikan apabila pertuduhan dikemukakan di Mahkamah ia tidak akan gagal ekoran daripada kekurangan keterangan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat. S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg Pengenalpastian keterangan-keterangan penting itu adalah wajar dikenalpasti di peringkat penelitian keterangan-keterangan oleh Pendakwa Raya.
34
Sementara itu peguambela hendaklah memastikan bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan di Mahkamah diperiksa dengan mendalam bersama-sama dengan arahan yang diterima daripada anakguamnya untuk meneliti keterangan tersebut dan mengesahkan kebenaran dan keesahan keterangan-keterangan tersebut. Ia dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai penegak keadilan di Mahkamah dan tidak sekali-kali melakukan tindakan yang boleh digolongkan sebagai merekapalsu keterangan yang boleh menjejaskan keadilan jenayah.
35
Pada masa yang sama Mahkamah pula perlu meneliti keterangan yang dikemukakan dengan memastikan ia mematuhi prinsip undang-undang keterangan dan prosedur jenayah. Mahkamah juga perlu memastikan bahawa sebarang percanggahan-percanggahan yang material tidak boleh dikesampingkan semata-mata untuk memutuskan kebersalahan Tertuduh. Pada masa yang sama percanggahan-percanggahan yang bukan material dan tidak menjurus kepada ketidakpatuhan undang-undang atau tidak menimbulkan salah laksana keadilan (miscarriage of justice) tidak sewajarnya dijadikan alasan tipis untuk melepaskan dan membebaskan Tertuduh dalam satu kesalahan jenayah. Jika ini dilakukan ia akan menjejaskan kepentingan awam dan jaminan S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg masyarakat akan bebas daripada aktiviti yang dilakukan oleh penjenayah. Ia dengan kesedaran tanpa menolak hakikat bahawa dalam satu perbicaraan jenayah, beban pembuktian adalah terletak kepada Pendakwa Raya dan ia boleh menjejaskan hak kebebasan asasi individu.
36
Sekiranya Pendakwa Raya, peguam dan Mahkamah serta pegawai penguatkuasa memahami dan menjunjung tinggi peranan masing-masing maka undang-undang jenayah akan dapat ditadbirkan dengan penuh tanggungjawab dan berkualiti tinggi. Bertarikh: 22 hb. September 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR S/N KuudsqfeDky1vm2Yc4JELg Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 1 - Zulkifli bin Awang Tetuan Nur Omar Zul Awang & Co. Kuala Lumpur Peguam Bagi Pihak OKT 2 - Mohd Taufik bin Md Tahir Tetuan Rizal Hashim Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.