Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH 5 DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45B-10-11/2019 ANTARA 10 PENDAKWA RAYA
PA-45B-10-11/2019
High Court of Malaysia19 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 | P a g e DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH 5 DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45B-10-11/2019 ANTARA 10 PENDAKWA RAYA
1
ANANTH SOORIA A/L THURAIRAJAN 15
2
KALAIMANAN A/L N. MORGAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 20 [1] Ananth Sooria a/l Thurairajan (“OKT1”) dan Kalaimanan a/l N. Morgan (“OKT2”) telah dituduh dengan niat bersama membunuh Gehanathan A/L Subramaniam di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua OKT adalah seperti berikut: 25 “Bahawa kamu bersama-sama, pada tarikh di antara 19.3.2019 jam lebih kurang 12.00 tengahari sehingga tarikh 20.3.2019 jam lebih kurang 11.00 pagi di alamat MJ3 Car Wash, No. 259, Jalan Gan Chai Leng, Perai di dalam Daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang, di dalam mencapai niat bersama kamu telah 30 membunuh Gehanathan a/l Subramaniam (No. K/P: 810211-10-5991) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh 2 | P a g e dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.” 35 VERSI KES PENDAKWAAN [2] Seramai 14 orang saksi telah memberi keterangan, mereka ialah: Saksi Nama Peranan SP1 Daemi bin Ishak Pengadu SP2 Mohd Farizal Akmar bin Omar Pegawai Penyiasat Trafik SP3 Insp. Alagesan a/l Munusamy Pegawai Tangkapan OKT1 SP4 Yogeshperen a/l Gannesan Pegawai Tangkapan OKT2 SP5 Mohd Alif Najwan bin Ahmad Syukri Penolong Pegawai Perubatan SP6 Syuhada binti Shafie Ahli Kimia DNA SP7 Jacquelin Bernice a/p John Bosco Ahli Kimia SP8 Darshinderan a/l S. Mahenthiran Pegawai Pembantu Perubatan Hospital Seberang Jaya SP9 Dr. Haswan Azri Merican bin Hasan Merican Pegawai Perubatan 3 | P a g e SP10 Velayutham a/l Subramaniam Abang Si Mati SP11 Hasan bin Mohamad Salih Pegawai Penyiasat Kes Jenayah Yamuna a/p Kopalu Saksi Mata SP13 Nor Asiah binti Hamdan Forensik IPK Pulau Pinang SP14 Dato’Dr Zahari bin Noor Doktor Post Mortem [3] Pada 20 Mac 2019, lebih kurang jam 11.20 pagi, Gehanathan a/l Subramaniam (“Si Mati”) telah disahkan meninggal dunia di Wad 7 40 Hospital Seberang Jaya (“HSJ”). Berita mengenai kematian tersebut telah dimaklumkan oleh seorang jururawat yang bertugas di Wad 7 tersebut kepada Koperal Daemi bin Ishak (SP1), yang bertugas di Pejabat Pertanyaan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). 45 [4]
Preamble
Menurut SP1, maklumat kematian yang disampaikan oleh jururawat tersebut bahawa Si Mati ialah seorang lelaki berbangsa India dan Si Mati merupakan mangsa kemalangan jalan raya. [5] Setelah menerima maklumat tersebut, SP1 telah membuat satu laporan polis bernombor Trafik SPT 5627/19 dan kemudiannya 50 SP1 telah menghubungi Insp. Mohd Farizal Akmar bin Omar (SP2) yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SPT dan memaklumkan mengenai maklumat kematian yang diterimanya. [6] Pada jam 2.30 petang, SP2 bersama Jurufoto telah pergi ke unit 55 forensik HSJ untuk melihat keadaan mayat. Selepas itu SP2 telah 4 | P a g e pergi ke lokasi yang dikatakan tempat kemalangan jalan raya untuk siasatan lanjut. Di lokasi tersebut, SP2 telah menemui OKT1. [7] Melalui temubual dengan OKT1, SP2 menyatakan OKT1 mengesahkan bahawa pada 19.3.2019 dua orang pekerjanya 60 menjumpai Si Mati dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan, lalu mereka membawa Si Mati masuk ke pejabat MJ3 Car Wash milik OKT1. OKT1 kemudiannya menghubungi ambulan dan pada jam lebih kurang 4.15 petang, ambulan tiba dan membawa si mati ke Jabatan Kecemasan HSJ. 65 [8] Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh OKT1, SP2 telah menjalankan siasatan di tepi jalan iaitu tempat Si Mati dikatakan dijumpai oleh dua orang pekerja OKT1. Hasil pemeriksaan oleh SP2 tidak menjumpai sebarang kesan kemalangan jalan raya di lokasi yang dimaksudkan — tiada serpihan kenderaan, tiada kesan 70 perlanggaran, tiada bukti kenderaan lain terlibat dan tiada rakaman CCTV yang dapat mengesahkan berlakunya kemalangan. [9] SP12 merupakan seorang pekerja di MJ3 Car Wash milik OKT1.
Preamble
Menurut SP12 sejak 16 Mac 2019, OKT1 berulang kali bertanyakan kepada beliau sama ada Si Mati hadir bekerja. Pada 75 19 Mac 2019, Si Mati telah hadir bekerja, lalu SP12 memaklumkan kehadiran Si Mati kepada OKT1. Kemudiannya, OKT1 telah memukul Si Mati dengan sebatang kayu di bahagian belakang kepala dan badan ketika Si Mati sedang duduk di atas kerusi. SP12 menyatakan bahawa Si Mati kemudian kelihatan tidak sedarkan 80 diri. Dua orang pekerja membawa Si Mati ke bilik pejabat yang terletak berhadapan dengan kawasan Car Wash tersebut. [10] Pada 21.3.2019 jam 11.10 pagi, bedah siasat ke atas mayat Si Mati telah dijalankan oleh Dato’ Dr. Zahari bin Noor (SP14). Beliau telah menyediakan Laporan Bedah siasat (P43). SP14 mendapati 85 5 | P a g e kematian Si Mati adalah akibat kecederaan di kepala yang konsisten dengan dipukul berulang kali menggunakan objek tumpul. Terdapat juga luka-luka pada lengan dan tangan Si Mati. [11] OKT1 telah ditangkap pada 20.3.2019, jam 2130 hrs di Tempat Letak Kereta, Plaza Tol Tanjung Malim, Perak dan OKT2 telah 90 ditangkap pada 21.3.2019, jam 0330 hrs di hadapan Bank Islam, Taman Kulim Avenue, Kulim Kedah. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [12] Tugas dan tanggungjawab mahkamah di akhir kes pendakwaan 95 adalah untuk memperhalusi sama ada pihak pendakwaan berjaya mewujudkan suatu kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah(“KTJ”). [13] Seksyen 180(4) KTJ memperuntukkan bahawa untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, maka pihak 100 pendakwaan hendaklah mengemukakan keterangan yang credible untuk setiap elemen kesalahan yang mana jika tidak disanggah atau diperjelaskan akan terjumlah kepada sabitan. [14] Di dalam memutuskan sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan atau pun tidak, di akhir kes pendakwaan 105 Mahkamah hendaklah membuat penilaian yang maksimum (maximum evaluation) terhadap kredibiliti saksi-saksi. [15] Dalam melaksanakan penilaian maksimum, mahkamah ini terikat untuk meneliti dan menilai secara menyeluruh tahap kredibiliti serta kebolehpercayaan setiap keterangan yang dikemukakan 110 oleh pihak pendakwaan. 6 | P a g e [16] Keterangan yang memenuhi piawaian kredibiliti hendaklah disaring melalui proses penilaian yang rapi, manakala keterangan yang tidak selamat untuk dipertimbangkan wajib diketepikan tanpa 115 ragu. [17] Tanggungjawab ini turut merangkumi kewajipan hakim bicara untuk memperhalusi serta memberi pertimbangan penuh terhadap keterangan yang memihak kepada tertuduh, sejajar dengan prinsip keadilan bahawa setiap keterangan — sama ada menyokong atau 120 merugikan tertuduh — hendaklah dinilai secara objektif, adil, dan saksama sebelum sebarang dapatan dibuat. [18] Di dalam kes Looi Kow Chai v. PP (supra), Mahkamah Rayuan telah menghuraikan maksud prima facie seperti berikut: “It is the duty of a judge sitting alone to determine at the close of the 125 prosecution’s case, as a trier of fact, whether the prosecution had made out a prima facie case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself whether he would be prepared to convict the accused on the totality of the evidence contained in the prosecution’s case if he were to decide to call upon 130 the accused to enter his defence and the accused had elected to remain silent. If the answer to that question is in the negative, then no prima facie case would have been made out and the accused would be entitled to an acquittal. There was no burden on the prosecution to prove its case beyond a reasonable doubt at the close of the 135 prosecution’s case.”. [19] Manakala dalam kes Balachandran v. PP (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berkenaan prima facie seperti berikut: “A prima facie case is one that is sufficient for the accused to answer, 140 and the evidence adduced must be such that it can only be surmounted by evidence in rebuttal. The force of that evidence must, 7 | P a g e if unrebutted, be sufficient to induce a state of belief that the facts as they stand are as stated in the charge. In order to make a finding the court must, at the close of the prosecution’s case, undertake a positive 145 evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced to determine whether all the elements of the offence have been established. If the evidence is unrebutted, and the accused remain silent, he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution’s case is whether there is sufficient evidence to 150 convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the affirmative means that a prima facie case has been made out. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the prosecution’s case, which if it exists, cannot lead to the finding of a prima facie case having been made out.”. 155 [20] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes PP v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215 di muka surat 275; [1999] 2 MLJ 1 di mukasurat 63 – 64, Augustine Paul (Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu) telah menyatakan: “A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is 160 sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that if unrebutted, it is sufficient to include the court to believe in the existence of the fact stated in the charge or 165 to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie 170 case has been made out in order to call for the defence.”. [21] Berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam ketiga-tiga kes tersebut, adalah jelas bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hendaklah mempunyai kekuatan yang 8 | P a g e sekiranya tidak disanggah, ianya memadai untuk mahkamah 175 mempertimbangkan kewujudan fakta-fakta seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan. [22] Dengan kata lain, mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa keseluruhan keterangan yang dibawa oleh pihak pendakwaan telah membentuk gambaran lengkap kejadian yang secara 180 langsung membawa kepada kesimpulan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduhkan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN 185 [23] Selaras dengan prinsip maximum evaluation yang diperuntukkan oleh undang-undang dan dihuraikan dalam kes-kes terdahulu, Mahkamah ini menegaskan bahawa setiap keterangan pihak pendakwaan telah dinilai secara menyeluruh dari segi kredibiliti dan kebolehpercayaannya. 190 [24] Hanya keterangan yang selamat dan meyakinkan telah diambil kira, manakala keterangan yang meragukan atau tidak selamat untuk disandarkan telah diketepikan. Elemen-Elemen Kesalahan 195 [25] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan untuk mewujudkan kes prima facie bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:
a
Bahawa Gehanathan a/l Subramaniam telah meninggal dunia;
b
Bahawa kematian tersebut adalah akibat dari kecederaan 200 yang dialaminya; 9 | P a g e
c
Bahawa bencana tubuh atau kecederaan tersebut telah dilakukan oleh tertuduh; dan
d
Bahawa tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan bencana tubuh kepada si mati yang pada lazimnya 205 kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [26] Seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukan— “Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang:
a
jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;
b
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang 215 dikenakan bencana itu;
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan adalah cukup pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; atau 220
d
jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab 225 bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana sebagaimana tersebut.”. [27] Pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) seksyen 300 Kanun Keseksaan iaitu jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak 230 menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan 10 | P a g e bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian Elemen Pertama: Bahawa Gehanathan a/l Subramaniam telah meninggal 235 dunia [28] Gehanathan a/l Subramaniam (No. K/P: 810211-10-5991) telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2019 jam 1100 pagi di Wad 7 Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang. [29] Bedah siasat telah dijalankan pada 21 Mac 2019 jam 1110 pagi di 240 Bilik Post Mortem, Hospital Seberang Jaya oleh Dato’ Dr Zahari bin Noor (SP14) dengan dihadiri oleh ASP Hasan bin Mohamad Salih (SP 11), RF 175667 Muhd Fadzil bin Salleh dan abang Si Mati Velayuthan a/l Subramaniam (SP10). [30] Berdasarkan pengecaman ke atas mayat oleh SP10 dan SP11, 245 Mahkamah berpuas hati bahawa Gehanathan a/l Subramaniam telah mati. Justeru pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan. Elemen Kedua: Bahawa kematian tersebut berpunca daripada bencana 250 tubuh atau kecederaan yang dialaminya [31] Mahkamah telah meneliti Laporan perubatan (P76) yang menunjukkan bahawa Si Mati telah dibawa ke Jabatan Kecemasan HSJ pada 19 Mac 2019 dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan “severe head injury”. Selanjutnya pada 20 Mac 2019 255 jam 1100 pagi di Wad 7 HSJ Pulau Pinang, Si Mati meninggal dunia. 11 | P a g e [32] SP14 telah menjalankan post mortem atas jasad Si Mati pada 21 Mac 2019. Beliau telah menyediakan Laporan Bedah Siasat dan ditandakan sebagai ekshibit P43. Hasil bedah siasat mendapati— 260
a
terdapat sebanyak 28 kecederaan luaran yang perinciannya adalah seperti yang berikut:
i
Luka berjahit sebanyak 3 jahitan di atas orbit mata kanan kedudukan 11 cm medial dan 15 cm di atas dari mastoid kanan 265
II
(ii) Luka calar pada dahi kanan tengah berukuran 2 cm x 1 cm.
III
(iii) Luka calar pada atas bulu mata kanan berukuran 2.5 cm panjang.
IV
(iv) Luka calar pada tepi lateral mata kanan, 3 cm x 2 cm.
v
Luka lebam pada pipi kanan, 4 cm x 2 cm.
VI
(vi) Luka calar pada mandible kanan berukuran 1 cm x 0.6 cm dengan lebam keliling berukuran 5 cm x 4 cm, Kedudukan 10 cm medial dan 2 cm di bawah mastoid kanan.
VII
(vii) Luka lebam pada kanan hidung, 0.3 cm.
VIII
(viii) Luka calar pada bahagian bibir bawah, berukuran 1.4 cm x 0.2 cm.
IX
(ix) Luka laserasi dengan lebam keliling pada bibir bawah kiri berukuran I .4 cm x 0.2 cm.
x
Luka calar berganda pada kanan bibir bawah berukuran 1.4 cm x 0.4 cm. 12 | P a g e
XI
(xi) Bengkak dan Lebam pada keseluruhan muka kiri meliputi tepi kiri hidung, sisi kiri mulut, dagu kiri dan hadapan telinga kiri.
XII
(xii) Luka laserasi bawah mata kiri dengan lebam keliling, berukuran 0.2 cm x 0.8 cm
XIII
(xiii) Luka calar berbentuk linear pada muka kiri berukuran 4.5 cm betul-betul di atas mastoid kiri.
XIV
(xiv) Luka calar memanjang di bawah Iuka calar No. 13 di atas 290 berukuran 7.5 cm x 2.5 cm, lebih kurang 1.5 cm di bawah Iuka No. 13.
XV
(xv) Luka calar atas telinga kiri berukuran I.5 cm x 0.5 cm.
XVI
(xvi) Luka laserasi atas vertex midline kepala berukuran 2.5 cm x 0.4 cm.
XVII
(xvii) Luka calar pada atas kepala tengah kiri berukuran 1.1 cm x 1 cm, kedudukan 2.5 cm dari luka no. 16.
XVIII
(xviii) Luka laserasi atas vertex kepala kiri berukuran 2.5 cm kedudukan 4.5 cm dari midline
XIX
(xix) Luka calar pada dorsal medial siku kanan berukuran 2.5 300 cm x 0.6 cm.
XX
(xx) Luka calar pada dorsal lateral siku kanan berukuran 0.6 cm x 0.4 cm.
XXI
(xxi) Luka calar aspek lateral lengan atas kanan hadapan, 7 cm dari lipatan lengan berukuran 2 cm x 0.1 cm dengan 305 lebam keliling. 13 | P a g e
XXII
(xxii) Luka calar pada antecubital fossa lengan kanan berukuran I .6 cm kedudukan 27 cm dari bahu kanan.
XXIII
(xxiii) Luka laserasi pada dorsal jari ketiga kiri berukuran 1.5 cm x 0.4 cm.
XXIV
(xxiv) Patah kuku jari telunjuk kanan dengan bengkak keliling.
XXV
(xxv) Luka calar pada siku belakang kiri berukuran 2.3 cm x 0.5 cm.
XXVI
(xxvi) Luka calar pada posterior lengan bawah kiri berukuran 3.8 cm x 1 cm, 5 cm di bawah siku kiri dan 40 cm di bawah 315 bahu kiri.
XXVII
(xxvii) Luka calar linear pada belakang interscapular berukuran 4.5 cm x 0.5 cm.
XXVIII
(xxviii) Luka calar pada letral distal betis kiri berukuran 2 cm x 0.5 cm.
b
Selanjutnya, pemeriksaan dalaman mendapati seperti berikut:
i
Pendarahan subgaleal pada kulit kepala dari forntal temporal kiri hingga ke parietal kiri berukuran 8 cm x 5 cm. Tengkorak kepala tidak retak.
II
(ii) Pendarahan subdural pada kanan parietal temporal serta 325 Iuka kontusi di kawcortex otak dalam kawasan pendarahan subdural tersebut. Terdapat juga pendarahan dan kontusi pada brainstem. Pendarahan subarachnoid pada kedua dua bahagian kiri dan kanan parietal. Otak (1450 gm) membengkak. 330 14 | P a g e
III
(iii) Pendarahan dalam otot-otot leher kiri dan bengkak tisu dan otot muka kiri.
IV
(iv) Tulang dada tidak retak dan dalaman dada dan pleura tidak cedera, tetapi kedua dua paru-paru kiri dan kanan bengkak (kiri 430 gm kanan 566 gm).
v
Jantung (224 gm) adalah biasa.
VI
(vi) Dalaman abdomen tidak cedera dan organ dalaman hati, limpa, buah pinggang, perut, pankreas tidak cedera. Perut adalah kosong.
VII
(vii) Tiada kecederaan dalaman lain pada pelvic. 340 [33] Hasil daripada bedah siasat dan 28 luka luaran tersebut, SP14 berpendapat ianya tidak konsisten dengan kemalangan, tetapi lebih kepada Iuka yang dialami akibat daripada pukulan atau hentakan benda tumpul atau senjata tumpul yang dilakukan oleh lebih daripada seorang yang telah menyebabkan Iuka berganda 345 pada badan Si Mati. [34] SP14 juga mendapati terdapat Iuka calaran berbentuk linear atau memanjang yang lebih kepada disebabkan oleh objek hujung tajam yang digunakan seperti menuris atau menghiris pada badan Si Mati, tetapi Iuka-Iuka ini tidak dalam. 350 [35] SP14 berpendapat Si Mati telah dipukul berkali-kali di bahagian kepala dan bahagian Iain dan mungkin telah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital. Lalu Si Mati meninggal dunia di hospital akibat daripada kecederaan pada lapisan otak dan otak dalam kepala. 355 [36] Kesimpulan yang dibuat oleh SP14 bahawa sebab kematian Si Mati adalah kecederaan dalam kepala akibat daripada trauma 15 | P a g e tumpul. SP14 mengesahkan bahawa kecederaan pada kepala Si Mati boleh menyebabkan kematian. [37] Mahkamah menerima keterangan SP14 dan laporan bedah siasat 360 (P43) mengenai sebab-sebab kematian Si Mati, maka Mahkamah ini memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kematian Si Mati adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. 365 Elemen Ketiga: Bahawa bencana tubuh atau kecederaan tersebut telah dilakukan oleh OKT-OKT; [38] Bagi membuktikan elemen ini, pendakwaan bergantung kepada keterangan SP12 yang melihat bagaimana Si Mati dipukul oleh OKT1 dan juga keterangan sokongan saksi-saksi pendakwaan 370 yang lain. [39] Keterangan SP12 bahawa pada Mac 2019 beliau bekerja sebagai cashier di MJ3 Car Wash, Chai Leng Park. Majikannya dikenali sebagai “Mr. J” iaitu Ananth Sooria (OKT1), manakala pengurusnya ialah Kalai (OKT2). SP12 mengenali pekerja 375 bernama Gehanathan a/l Subramaniam (Si Mati). [40] Pada 16.3.2019, OKT1 bertanya tentang kehadiran Si Mati kerana dia tidak datang bekerja. Pertanyaan sama dibuat lagi pada 17.3.2019. Menurut SP12, Si Mati hanya datang bekerja selepas dua hari iaitu pada 18 atau 19 Mac 2019. 380 [41] Apabila Si Mati hadir bekerja, SP12 memaklumkan tentang kehadiran Si Mati kepada OKT1. Tidak lama kemudian, SP12 mendakwa bahawa beliau melihat OKT1 memukul Si Mati dengan kayu di kawasan car wash sehingga Si Mati kelihatan seperti pengsan. Dua pekerja lain membawa Si Mati ke pejabat di 385 16 | P a g e hadapan car wash di mana OKT1 juga berada. SP12 menyatakan dia turut berada di pejabat dan melihat OKT1 memukul si mati lagi, tetapi tidak mengingati kejadian tersebut dengan baik. SP12 tidak pasti peranan OKT2 walaupun SP12 nampak OKT2 berada di pejabat ketika itu. 390 [42] Dalam pemeriksaan balas, SP12 tidak dapat mengingati banyak perkara berkaitan kejadian tersebut iaitu tidak ingat masa kejadian yang tepat, jumlah pekerja dan nama pekerja walaupun SP12 bertanggungjawab merekodkan kehadiran (attendance) pekerja-pekerja. Beliau mengesahkan tidak membuat laporan polis dan 395 tidak memberitahu polis tentang kewujudan CCTV. Apabila pihak pembelaan mencadangkan bahawa OKT1 tidak memukul si mati, SP12 bersetuju. [43] Dalam pemeriksaan semula, menyatakan bahawa keterangannya di awal tadi iaitu semasa pemeriksaan utama yang 400 mana beliau mendakwa nampak OKT1 memukul Si Mati adalah kerana beliau keliru dan kini beliau tidak pasti atau tidak ingat sama ada beliau benar-benar melihat kejadian tersebut. [44] SP11 ialah Pegawai Penyiasat di dalam kes ini. Keterangan beliau amatlah penting. Berdasarkan keterangan SP11 melalui Penyata 405 Saksi (PSP11), Mahkamah ini dapat meringkaskan keterangannya seperti berikut:
a
Pada 20.3.2019, SP11 telah dimaklumkan tentang satu kematian lelaki India yang pada mulanya dilaporkan akibat kemalangan jalan raya. Pemeriksaan awal yang dilakukan 410 mendapati kecederaan di kepala, muka dan lengan kanan Si Mati tidak konsisten dengan kemalangan. Tiada kesan kemalangan jalan raya ditemui di lokasi yang dilaporkan. 17 | P a g e
b
SP11 telah menemubual tujuh (7) orang pekerja car wash MJ3, hasil temubual tersebut mendedahkan bahawa Si Mati 415 dipukul oleh OKT1 yang juga merupakan majikan Si Mati bersama dua lelaki India lain kerana perselisihan peribadi. Si Mati dipukul di car wash hingga pengsan lalu dibawa ke pejabat MJ3. Kemudian OKT1 memanggil ambulan dan Si Mati dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
c
Siasatan di pejabat car wash telah dijalankan oleh pihak forensik PDRM dan telah menjumpai:
i
7 percikan darah pada dinding;
II
(ii) Kayu berdarah;
III
(iii) Tin cat berdarah;
IV
(iv) Kayu mop berdarah;
v
6 berus gigi untuk ujian DNA; dan
VI
(vi) Sebelah selipar dipercayai milik Si Mati.
d
Semua barang kes dihantar ke Jabatan Kimia.
e
Abang Si Mati yang tidak berpuas hati dengan kematian 430 adiknya telah membuat laporan polis dan mendakwa bahawa kematian Si Mati adalah sebab dipukul oleh pemilik car wash.
f
SP11 telah menghadiri bedah siasat yang dilakukan pada 21.3.2019 oleh SP14 di Bilik Mayat Hospital Seberang Jaya. Hasil bedah siasat mendapati ada luka-luka pada pipi, dahi, 435 bawah telinga, lebam pada mata kanan dan lengan. SP14 sahkan bahawa punca kematian adalah trauma tumpul di kepala. 18 | P a g e
g
Pada 22.3.2019, tiga orang suspek telah ditangkap iaitu Thacnamurthi, OKT1 dan OKT2. Ketiga-tiga suspek telah 440 direman dan sampel darah diambil untuk ujian DNA. SP11 telah menghantar barang kes Jabatan Kimia untuk analisis. Kertas Siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahannya adalah untuk Thacnamurthi dijadikan saksi dan dilepaskan dengan bon, manakala OKT1 dan OKT2 445 dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Analisis dan Penilaian Maksimum terhadap Keterangan SP11 dan [45] Prinsip asas dalam menilai kebolehterimaan keterangan 450 seseorang saksi adalah bahawa keterangannya mestilah boleh dipercayai, konsisten dan bebas daripada keraguan yang munasabah. Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada saksi tersebut memberikan keterangan berdasarkan hasil pemerhatian sendiri dan tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau dorongan 455 luar. [46] Rumusan SP11 mengenai sebab kematian Si Mati adalah berdasarkan dapatan oleh SP14 iaitu kematian Si Mati adalah akibat dipukul, dan bukan akibat kemalangan jalan raya. Berdasarkan temubual SP11 dengan tujuh (7) orang di car wash 460 maka SP11 percaya bahawa terdapat pergaduhan di car wash yang melibatkan OKT1 dan dua lelaki India lain. SP11 percaya bahawa di dalam pergaduhan tersebut Si Mati dipukul sehingga cedera parah dan kemudiannya Si Mati menemui ajalnya di Hospital Seberang Jaya. OKT1 dan OKT2 telah ditangkap kerana 465 disyaki terlibat dalam kes ini. 19 | P a g e [47] Mahkamah ini telah meneliti dan menilai keterangan SP11 secara maksimum dan mendapati hasil siasatan oleh SP11 adalah tidak lengkap dan bukti forensik tidak secara spesifik dapat mengaitkan penglibatan OKT 1 dan OKT2 dalam naratif SP11. 470 [48] Keterangan SP11 hanya merujuk kepada rekod siasatan dan adalah tidak memadai untuk Mahkamah ini membuat dapatan konklusif bahawa kedua-dua tertuduh yang telah memukul dan mencederakan Si Mati hingga membawa kepada kematiannya. [49] Berdasarkan keterangan SP14, adalah jelas bahawa kematian 475 berpunca daripada kecederaan trauma tumpul, konsisten dengan pukulan, dan bukannya kemalangan. Namun hasil siasatan SP11 tidak dapat membuktikan secara konklusif penglibatan langsung kedua-dua OKT sebagai pelaku utama. [50] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan SP12 yang 480 merupakan saksi utama pihak pendakwaan. Hasil penelitian dan penilaian maksimum, Mahkamah ini mendapati keterangan SP12 menzahirkan kelemahan yang ketara seperti berikut:
a
Percanggahan dalam keterangannya dan perubahan versi – semasa pemeriksaan utama, SP12 menyatakan beliau 485 melihat OKT1 memukul Si Mati di kawasan car wash dan di pejabat. Namun, dalam pemeriksaan balas beliau bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa OKT1 tidak memukul Si Mati. Dalam pemeriksaan semula pula, beliau menyatakan keterangannya di awal tadi mungkin dibuat kerana keliru, dan 490 kini beliau tidak pasti sama ada beliau benar-benar melihat kejadian kedua-dua OKT memukul Si Mati.
b
Mahkamah mendapati percanggahan keterangan ini adalah material kerana melibatkan fakta teras dalam pertuduhan. 20 | P a g e Dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ105, Mahkamah 495 menegaskan bahawa keterangan bercanggah mengenai isu material tidak boleh menjadi asas sabitan tanpa bukti sokongan yang kukuh.
c
Kekaburan ingatan – SP12 berkali-kali menyatakan tidak mengingati masa kejadian, jumlah pekerja atau butiran 500 pekerja, walaupun beliau adalah cashier yang mengambil attendance pekerja. Mahkamah berpendapat bahawa kekaburan terhadap fakta-fakta asas boleh mengurangkan kebolehpercayaan terhadap keterangannya, tambahan pula beliau merupakan saksi utama pihak pendakwaan.
d
Ketiadaan tindakan susulan – Walaupun SP12 mendakwa melihat OKT1 memukul Si Mati, namun SP12 tidak membuat laporan polis. Kegagalan SP12 membuat laporan polis berkaitan kejadian yang dilihatnya telah menimbulkan keraguan sama ada beliau benar-benar menyaksikan 510 kejadian itu atau tidak. Tambahan pula dengan percanggahan keterangannya seperti yang dihuraikan di perenggan (a) menunjukkan beliau tidak pasti apa yang dilihat dan apa yang berlaku pada masa itu. [51] Dalam kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492, Mahkamah 515 Persekutuan menegaskan bahawa apabila keterangan seorang saksi bercanggah atau tidak konsisten, mahkamah tidak wajar bergantung kepadanya kecuali terdapat sokongan yang jelas daripada bukti bebas. Dalam kes ini, tiada keterangan bebas yang mengesahkan versi SP12 bahawa beliau melihat OKT1 memukul 520 Si Mati. 21 | P a g e [52] Mahkamah ini juga mempertimbangkan fakta bahawa SP12 merupakan pekerja di MJ3 Car Wash dan OKT1 ialah majikannya. Mahkamah berpendapat hubungan pekerjaan ini berkemungkinan besar boleh mewujudkan kecenderungan untuk melindungi 525 kepentingan OKT1. [53] Prinsip undang-undang menetapkan bahawa keterangan daripada saksi yang berkepentingan memerlukan penilaian dengan penuh berhati-hati, seperti dinyatakan dalam PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 4 CLJ 691, bahawa mahkamah hendaklah mengkaji 530 dengan teliti sama ada keterangan saksi tersebut bebas daripada pengaruh kepentingan peribadi. [54] Berdasarkan keseluruhan penilaian ini, Mahkamah mendapati keterangan SP12 adalah lemah dan tidak memadai untuk membuktikan bahawa kedua-dua OKT telah memukul Si Mati. 535 Semata-mata bergantung kepada keterangan SP12, Mahkamah tidak dapat membuat penemuan yang konklusif bahawa OKT 1 dan OKT2 telah melakukan perbuatan memukul Si Mati. Justeru, keterangan SP12 hanya boleh diberi sedikit atau tiada pemberatan dalam menentukan fakta material kes. 540 [55] Untuk mengaitkan kedua-dua OKT yang menyebabkan bencana tubuh hingga menyebabkan kematian Si Mati, Mahkamah memerlukan keterangan sokongan yang kuat — sama ada saksi mata, bukti forensik DNA, pengakuan, atau keterangan lain yang secara jelas menunjukkan peranan dan penglibatan kedua-dua 545 OKT dalam memukul Si Mati. Keterangan sokongan saksi-saksi pendakwaan yang lain [56] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan yang lain. Secara ringkasnya, Mahkamah ini 550 22 | P a g e mendapati keterangan saksi-saksi tersebut juga tidak dapat membentuk suatu kesimpulan yang tidak dapat disangkal (irresistible conclusion) bahawa bencana tubuh atau kecederaan tersebut disebabkan oleh perbuatan kedua-dua OKT. Elemen Keempat: Bahawa tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan 555 bencana tubuh yang lazimnya membawa kepada kematian [57] Mahkamah Rayuan didalam kes Iskandar Zulkarnain bin Zolkifly v. PP [Criminal Appeal No.: C-05(M)-449-10/2019) telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Zulkiplee Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673 berkenaan kedudukan seksyen 560 300(c) Kanun Kesiksaan seperti berikut: "It is irrelevant and totally unnecessary to enquire into what kind of injury the accused intended to inflict. The question is not whether the intention of the accused is to inflict a serious injury or a trivial one but whether he intended to inflict the injury that is proved to be present. In 565 the present case, the injuries that were proved to be present and which the appellant intended to inflict were the injuries on the deceased's head which fractured her skull. Where on the prosecution relies on cl (co) of s. 300 of the PC, it is not required to prove intention to cause bodily injury of a kind that is sufficient in the ordinary course of nature 570 to cause death. In the the context of the present case, proof of that intention was the appellant's deliberate act of hitting the deceased on her head with the baseball bat, which was totally unrelated to the question whether he intended to cause injury that was sufficient to cause death in the ordinary course of nature. 575 What the prosecution needed to prove in order to bring the case under cl (c) of s.300 is to show that the injury proved to be present was caused intentionally and not accidentally and that the injury was sufficient in the ordinary course of nature to cause death.”. [58] Berpandukan keputusan kes yang tersebut dapatlah difahami 580 bahawa untuk membuktikan kes di bawah seksyen 300(c), pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan dengan jelas bahawa kecederaan yang dialami oleh Si Mati hingga membawa kepada 23 | P a g e kematiannya adalah dilakukan oleh kedua-dua OKT dengan niat untuk mencederakannya dan bukan perbuatan yang tidak sengaja. 585 [59] Seperti mana yang dinyatakan di awal tadi bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP12 untuk membuktikan bahawa kedua-dua OKT telah memukul Si Mati hingga menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematiannya. 590 [60] Pihak pembelaan telah menimbulkan isu kredibiliti SP12 dalam keterangannya khususnya mengenai apa yang dilihat berlaku keatas Si Mati sebelum kematiannya. [61] Mahkamah ini telah menilai keterangan SP12 secara penilaian yang maksimum dan mendapati SP12 bukanlah saksi yang 595 credible, ini kerana keterangannya tidak konsisten dan wujudnya percanggahan yang menimbulkan keraguan yang munasabah. Mahkamah ini tidak boleh menolak kemungkinan bahawa keterangan SP12 itu sebagai benar atau ditokok tambah atau tidak berlaku. 600 [62] Memandangkan SP12 bukan seorang saksi yang credible, maka Mahkamah tidak boleh bergantung kepada keterangannya tanpa pengesahan atau sokongan yang mencukupi. Di dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 MLJ 257, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa penilaian terhadap kredibiliti saksi adalah 605 teras kepada penemuan fakta. Keterangan saksi yang tidak konsisten atau bercanggah secara material boleh menyebabkan Mahkamah menolak keseluruhan keterangan saksi itu kecuali jika terdapat bukti menyokong. [63] Mahkamah ini juga telah meneliti keterangan saksi-saksi 610 pendakwaan yang lain dan Mahkamah mendapati tiada saksi yang melihat dengan jelas perbuatan memukul oleh kedua-dua tertuduh 24 | P a g e yang dikatakan telah menyebabkan kecederaan kepada Si Mati hingga membawa kepada kematiannya. [64] Keterangan SP12 adalah penting kerana beliau mendakwa berada 615 di tempat kejadian semasa berlakunya kejadian memukul yang dikatakan dilakukan oleh OKT 1 dan OKT2, tetapi kredibiliti SP12 sebagai saksi telah tercalar menjadikan keterangannya sukar dipercayai dan tidak dapat diterima pakai serta tidak selamat untuk diterima secara bulat-bulat. 620 [65] Sehingga pihak pendakwaan menutup kesnya tiada keterangan kukuh yang dikemukakan untuk mengaitkan kecederaan yang dialami oleh Si Mati hingga membawa kepada kematiannya adalah akibat perbuatan OKT-OKT dengan niat untuk mencederakan Si Mati. Memandangkan wujud keraguan di dalam keterangan SP12, 625 maka tertuduh-tertuduh berhak mendapat faedah keraguan tersebut. Elemen Kelima: Bahawa perbuatan tersebut dilakukan dalam usaha mencapai niat bersama untuk membunuh Si Mati. 630 [66] Mahkamah berpendapat bahawa adalah tidak relevan untuk Mahkamah memutuskan sama ada elemen ini telah dibuktikan atau tidak. Ini kerana pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa kedua-dua OKT yang telah mencederakan si mati hingga membawa kepada kematiannya. 635 [67] Secara keseluruhannya, hasil penilaian ini membawa kepada dapatan bahawa pihak pendakwaan telah gagal melepasi beban pembuktian bagi membentuk satu kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh. 25 | P a g e KESIMPULAN 640 [68] Setelah membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan satu kes prima facie terhadap kedua-dua OKT. 645 [69] Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini, adalah tidak selamat untuk memanggil kedua-dua OKT membela diri, malah Mahkamah tidak akan mensabitkan OKT-OKT sekiranya pembelaan dipanggil dan mereka memilih untuk berdiam diri. 650 [70] Akhirnya, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie atas pertuduhan yang dihadapi oleh kedua-dua OKT. Maka Mahkamah ini memerintahkan kedua-dua OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. 655 Bertarikh: 27 Ogos 2025 ……………………………… 660 (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang 665 26 | P a g e PIHAK-PIHAK: 670 Bagi pihak Pendakwaan: Che Rohana binti Ismail Timbalan Pendakwa Raya 675 Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak OKT1: Ashok a/l Athimulan (bersama Eileen Ong) 680 Tetuan Athimulan & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara Pulau Pinang Bagi pihak OKT2: 685 Arvend a/l Rajandran R. Nethaji Rayer & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara Pulau Pinang 690
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.