Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-04/2023 DAN CB-45-7-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOKTHAR BIN SAMOH (NO. K/P: 770710-06-5863) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
CB-45-7-04/2023
High Court of Malaysia19 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dekatan seseorang dengan dadah itu boleh menunjukkan bahawa individu tersebut memiliki dadah-dadah tersebut. Ini dapat dilihat dalam pandangan Mahkamah Rayuan dalam kes Yusaidi Mohd Yusuf & Anor v PP [2025] CLJU 2316. Penelitian kepada kes tersebut mendapati Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa berdasarkan kepada fa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-6-04/2023 DAN CB-45-7-04/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOKTHAR BIN SAMOH (NO. K/P: 770710-06-5863) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut: S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw Kes No. CB-45A-6-04/2023 Pertuduhan DARUL MAKMUR, TELAH DIDAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA JENIS HEROIN & MONOACETYLMORPHINES SEBERAT BERSIH 18.0 GRAM (13.0 GRAM HEROIN DAN 5.0 GRAM MONOACETYLMORPHINES). OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA.” Kes No. CB-45-7-04/2023 Pertuduhan Pertama: DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE SEBERAT BERSIH 6.84 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39A(1) AKTA YANG SAMA.”
2
RACUN BERJADUAL JENIS ETIZOLAM SEBERAT BERSIH 18 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 30(3) AKTA RACUN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 30(5) AKTA YANG SAMA.” Pertuduhan Ketiga: DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE SEBERAT BERSIH 0.40 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 12(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 12(3) AKTA YANG SAMA.” S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan 6 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan.
3
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata bahawa pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan terdapatnya satu kes prima facie. Frasa prima facie telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.” Adakah dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya?
4
Laporan Kimia yang disediakan oleh Ahli Kimia (SP1) mengesahkan bahawa dadah-dadah yang dianalisa adalah seperti yang diserahkan oleh Pegawai Penyiasat (SP6) untuk S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw analisa. Ini bermakna dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
5
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada keterangan daripada pegawai serbuan, pegawai penyiasat dan jurustor serta ahli kimia Mahkamah ini mendapati perjalanan barang kes adalah teratur daripada masa barang kes dirampas sehinggalah ia dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk penganalisaan. Hasil daripada penganalisaan tersebut SP1 telah mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah tergolong di dalam ADB 1952 yang dizahirkan melalui Laporan Kimia (P15). Adakah OKT memiliki, mempunyai kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut?
6
Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan menyatakan bahawa serbuan dilakukan pada sebuah stor di hadapan rumah beralamat 14A Felda Purun, dalam Daerah Bera, Pahang Darul Makmur. Gambar stor tersebut telah dikemukakan kepada Mahkamah melalui eksibit P22 (5 dan 6). Gambar tempat dadah dijumpai dan kawasan dalam stor dapat dilihat di gambar 7, 8 dan 9 eksibit P22. Penelitian kepada gambar dalam stor iaitu gambar 7, 8 dan 9 menunjukkan bahawa terdapatnya barangan-barangan yang bertaburan di dalam stor tersebut. Ada bekas minuman, kotak minuman air, pakaian dan bantal. Ia adalah berada dalam keadaan yang tidak tersusun. Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati di dalam S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw gambar 5 dan 6 dinyatakan oleh saksi pendakwaan bahawa terdapatnya kunci bilik stor tersebut. Keterangan menunjukkan bahawa pemilik rumah tersebut telah memberikan keizinan kepada OKT untuk masuk berehat sebentar di dalam stor tersebut.
7
Pada masa yang sama stor itu juga dikatakan tidak berkunci. Penelitian kepada gambar 6 juga menunjukkan terdapatnya beberapa biji tayar yang tidak dapat diperjelaskan bagaimana ia berada di situ dan hubung kaitnya dengan stor tersebut. Pada masa yang sama terdapat juga gambar motosikal pada gambar 4 di eksibit P22 tersebut.
8
Pegawai Serbuan (SP5) menyatakan bahawa pada masa kejadian tersebut, OKT dikatakan sedang tidur di dalam stor tersebut. Apabila dikemukakan persoalan oleh Mahkamah berkenaan dengan apakah yang dimaksudkan dengan tidur, SP5 menyatakan seperti yang berikut: “Mahkamah : Lihat muka surat 2 perenggan 8, boleh terangkan apa maksud tuan? Sebab dalam baris 5 “yang sedang tidur dengan cara berbaring”. Maksud tidur ini dia tutup mata ke? Atau dia baring sahaja? SP 5 : Dia baring sahaja. S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw Mahkamah : Tapi tuan guna perkataan yang sedang tidur. Maksud dia yang Mahkamah faham memang dia tidur tutup mata atau macam mana? SP 5 : Setakat pengetahuan saya, saya orang Kelantan saya kata dia baring itu dia tidur. Tapi dia bukan tidur pejam mata. Dia hanya baring sahaja. Sampai serbuan dia terkejut. Mahkamah : Terima kasih.”
9
Penelitian kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa stor di mana dadah-dadah itu ditemui adalah mempunyai hubung kait dengan pemilik rumah tersebut. Adalah didapati bahawa kunci bilik stor tersebut adalah di dalam pengetahuan tuan rumah tersebut. Apa yang lebih jelas dalam kes ini ialah kehadiran OKT ke dalam bilik stor tersebut adalah dalam pengetahuan dan setelah mendapat kebenaran daripada pemilik rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut dalam keterangan juga menyatakan bahawa semasa OKT masuk ke dalam stor tersebut dia tidak dilihat membawa apa-apa bungkusan atau barangan.
10
Oleh yang demikian stor bukannya di bawah kawalan OKT. Sebaliknya adalah di dalam kawalan tuan rumah tersebut serta kepelbagaian barang-barang yang terdapat di dalam stor tersebut mencadangkan bahawa terdapat kehadiran orang lain di dalam S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw stor tersebut serta terdapat akses kepada stor tersebut oleh orang lain selain daripada OKT.
11
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa pada masa serbuan dilakukan, OKT seorang sahaja yang didapati berada di dalam stor tersebut. Ketika itu OKT dikatakan sedang baring. Dia juga dikatakan berada berdekatan dengan dadah-dadah tersebut. Adakah ia mencukupi untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut?
12
Adalah tidak dapat dinafikan kedudukan dadah berdekatan dengan seseorang individu boleh menjadi penentu bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut. Ia bukan faktor muktamad untuk memutuskan bahawa dadah-dadah itu dalam milikan OKT. Ini telah dinyatakan dalam kes Roslan Hanapi v PP [2015] 6 CLJ 464 seperti yang berikut: “[15] In the absence of evidence direct or indirect that it was the appellant who put the bag under the table or that it was put there on his instruction, evidence of his close proximity to the drug is neither here nor there, given the fact that the store was accessible to family members of the second accused and even to the public. We do not think that the evidence points irresistibly and unerringly to the fact that the appellant had animus possidendi of the drug so as to activate the presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA.” S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw
13
Mahkamah ini perlu meneliti keterangan-keterangan dan keadaan sekeliling bagi merumuskan sama ada kedekatan seseorang dengan dadah itu boleh menunjukkan bahawa individu tersebut memiliki dadah-dadah tersebut. Ini dapat dilihat dalam pandangan Mahkamah Rayuan dalam kes Yusaidi Mohd Yusuf & Anor v PP [2025] CLJU 2316. Penelitian kepada kes tersebut mendapati Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa berdasarkan kepada fakta di dalam kes tersebut menyebabkan kedekatan seseorang dengan dadah tersebut menunjukkan dia mempunyai milikan dadah-dadah tersebut dan membezakannya dengan kes Roslan Hanapi v PP (supra).
14
Namun demikian di dalam kes ini fakta dan keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya akses oleh pihak lain ke dalam stor tersebut serta kewujudan barang-barang milikan orang lain menyebabkan fakta dan keterangan bahawa dadah-dadah tersebut berada berhampiran dengan OKT pada hemat Mahkamah tidak mencukupi bagi menyatakan bahawa OKT mempunyai milikan dan kawalan serta pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Ianya berbeza sekiranya keterangan menunjukkan bahawa di dalam stor tersebut hanya terdapat OKT bersama-sama dengan dadah tersebut serta barang-barang persendirian OKT dan OKT mempunyai kunci atau kawalan kepada stor tersebut di mana tiada akses orang lain terhadap bilik stor tersebut. Jika keterangan ini ada dalam kes ini maka Mahkamah tidak dapat menolak bahawa OKT mempunyai S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Namun ia tidak sedemikan dalam kes ini.
15
Pada masa yang sama keterangan saksi pendakwaan juga menyatakan bahawa tiada sebarang kesan cap jari atau kesan DNA pada barang-barang kes yang dapat dikaitkan dengan OKT. Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa keterangan kesan DNA dan kesan cap jari hanyalah merupakan keterangan sokongan. Ini dapat dilihat di dalam kes Ng Mee Yee & Anor v PP [2025] 6 CLJ 343 seperti yang berikut: “[65] Such fingerprint and DNA evidence, if available, is often only supportive in nature. There is no rule of law that such evidence is mandatory to secure conviction in drug possession or trafficking cases. [66] In the instant case before us, in the absence of any fingerprint and DNA evidence, there is other evidence that warrants the connection between the appellants and the impugned drugs. They were the only two tenants in the unit. They were also the only two who were in the unit when the drugs were found by the raiding party. There were no suggestions that there were other tenants renting the same unit. Or that there were others in the premises when the drugs were seized. S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw [67] Neither were there specific suggestions that other individuals could have been present in the unit at an earlier point in time who could have placed the drugs therein and whose DNA or fingerprints in turn could have been detected from the packets containing the drugs. The said packet containing the drugs was itself found concealed in a space at the top part of a wardrobe used by the appellants.”
16
Sekiranya keterangan pendakwaan memadai untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut maka ketiadaan keterangan sokongan tidak akan menjejaskan kes pendakwaan. Ketiadaan keterangan sokongan tidak akan menjejaskan kes pendakwaan sekiranya keterangan yang ada oleh pihak Pendakwa Raya sudah mencukupi bagi menunjukkan satu kes prima facie. Malahan ketiadaan kesan cap jari juga tidak sewajarnya dipertanggungjawabkan kepada pihak pendakwaan sekiranya keterangan yang ada sudah mencukupi untuk membuktikan hubung kait OKT dengan dadah. Ini dapat diihat dalam kes Muhd Zulkifli Abd Ghani v PP [2012] 1 CLJ 293 seperti yang berikut: “[10] The Court of Appeal also concluded that the absence of the fingerprint evidence regarding the exhibits found in the van did not affect the prosecution case as there was ample other evidence to show that only the appellant and Eliah were found in the van driven by the appellant at the relevant time and that the appellant S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw was also the owner of the said van. We agree with the Court of Appeal, as there is no statutory provision requiring the prosecution to produce any fingerprint report especially when there is enough other evidence to connect the appellant with the drugs.”
17
Sebaliknya dalam kes ini di dalam kepelbagaian barang-barang di dalam stor tersebut serta akses orang lain kepada bilik stor tersebut, ia mendambakan keterangan sokongan bagi menyokong naratif bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan. Pada hemat Mahkamah ketiadaan keterangan sokongan tersebut telah menjejaskan tanggungjawab Pendakwa Raya untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut.
18
Pada hemat Mahkamah setelah meneliti keterangan Pendakwa Raya, gambar-gambar tempat kejadian, dan eksibit-eksibit yang berkaitan Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT tidak dapat ditunjukkan mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Adakah OKT mengedar dadah-dadah tersebut?
19
Setelah Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT tidak mempunyai milikan, kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut maka Mahkamah ini tidak berada di dalam kedudukan untuk menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksen 37 (da) ADB 1952 walaupun berat dadah telah melebihi S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw daripada amaun berat minimum anggapan pengedaran. Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati keterangan yang ada tidak dapat menunjukkan bahawa OKT telah melakukan pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB
1952
1952.
20
Setelah meneliti keterangan-keterangan pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini perlu mengemukakan persoalan adakah dengan berdasarkan kepada keterangan-keterangan tersebut sekiranya OKT memutuskan untuk berdiam diri, adakah Mahkamah ini boleh mensabitkan OKT berdasarkan kepada keterangan-keterangan di akhir kes pendakwaan. Pada hemat Mahkamah jawapannya adalah negatif iaitu Mahkamah ini tidak selamat untuk mensabitkan OKT berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi pendakwaan di akhir kes pendakwaan sekiranya OKT memilih untuk berdiam diri di peringkat kes pembelaan.
21
Akhirnya, Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie. Oleh itu OKT dibebas dan dilepaskan daripada kesemua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw Bertarikh: 15 hb. Disember 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT - Preakas Sampunathan dan Miguel Jude Sequerah Tetuan Preakas & Partners Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan S/N b8Jl6dVtUuoLVgMan9ozw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.