Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-9-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-9-12/2021
High Court of Malaysia14 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ure of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021] CLJU”
“ght of the totality of evidence. [71] The corroborative nature of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021]”
“inyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 dalam kes Yong Choo Kiong v. PP [2025] CLJU 2451; [2026] 1 MLRA 76 seperti yang berikut: “[70] Counsel for the appellant also raised the issue that no DN”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-9-12/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
KANNATHASAN A/L NEDENCHELIAN
2
MUGILVAANAN A/L GUNASEGARAN (NO. K/P: 921021-05-5583)
1
Kedua-dua Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dan Orang Kena Tuduh Kedua (OKT 2) di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti yang berikut: “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 12 MAC 2021, JAM LEBIH KURANG 21.15 MALAM, BERTEMPAT DI TEPI JALAN S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww BENTONG PRIMA 2, BERHADAPAN TABIKA ISLAM/KAFA NURHIDAYAH (PERKIM), BANGUNAN PERKIM KAMPUNG BARU, 28700 BENTONG, PAHANG, DI DALAM DAERAH BENTONG, DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA TELAH MENGEDAR DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 51.8 GRAM (47.1 GRAM HEROIN DAN 4.70 GRAM MONOACETYLMORPHINES) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B (1) (a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.”
2
Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang menunjukkan bahawa Pegawai Serbuan (SP 8) telah menerima maklumat bahawa akan ada aktiviti pengedaran dadah. Serbuan telah dilakukan dan mendapati OKT 1 dan OKT 2 berada dalam kenderaan Toyota Altis nombor pendaftaran VAU 4933.
3
Pegawai Serbuan (SP 8) dan Pegawai Penyiasat (SP 10) telah mengecamkan kenderaan tersebut yang telah ditunjukkan ia adalah sebuah kereta sewa yang diusahakan oleh SP 3 dan SP 2. Keterangan juga menunjukkan semasa kenderaan diberikan untuk penyewaan ia telah dibersihkan dan tiada sebarang barangan dalam kenderaan tersebut. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
4
SP 8 mengesahkan bahawa dadah-dadah itu dijumpai di bahagian brek tangan motokar bahagian tengah kenderaan tersebut di antara kedua-dua OKT.
5
OKT 1 dan OKT 2 melalui peguam mereka berhujah bahawa terdapat kelompongan dan pemutusan rantaian keterangan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut. Ini telah menyebabkan terdapat kesangsian sama ada dadah-dadah yang dikemukakan untuk ujian kimia adalah dadah-dadah yang sama yang telah dirampas oleh pegawai serbuan. Asas kepada hujahan OKT 1 dan OKT 2 ialah terdapat catatan yang tidak konsisten berkenaan dengan rekod keluar masuk barang kes dadah tersebut. Ini lebih serius lagi apabila terdapat catatan penerimaan barang kes yang berlainan.
6
Peguam yang bijaksana merujuk kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551. Sepintas lalu dalam kes tersebut telah dinyatakan bahawa terdapat beberapa orang anggota polis yang mengendalikan eksibit dan 3 eksibit telah hilang. Oleh itu di dalam kes ini menurut peguam OKT terdapat kekeliruan di dalam rekod penerimaan eksibit yang menyebabkan terputusnya rantaian keterangan.
7
Mahkamah berpendapat dalam kes ini penelitian wajar dilakukan sama ada terdapat keterangan yang menunjukkan terdapat tindakan melencongkan (tampering) berkenaan dengan barang kes tersebut atau ia hanya kesilapan di dalam dokumentasi S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww eksibit-eksibit sehingga terdapat keterangan usikan kepada eksibit-eksibit tersebut. Ia mewajarkan diputuskan bahawa terdapat pemutusan rantaian keterangan.
8
Pada hemat Mahkamah ini apa yang ada ialah kekhilafan catatan berkenaan dengan eksibit-eksibit tersebut oleh Pegawai Penyiasat dan Pegawai Serbuan. Namun tiada keterangan yang menunjukkan terdapat penambahan atau pengurangan eksibit atau terdapat eksibit lain yang dirampas di tempat kejadian atau tempat adalah lain berkaitan dengan kes ini. Ia tidak dapat mengubah hakikat bahawa dadah-dadah yang dirampas adalah dadah-dadah yang sama yang dikemukakan kepada Jabatan Kimia.
9
Namun adalah wajar untuk pengendalikan eksibit-eksibit dilakukan dengan teratur. Ini bagi mengelakkan kesangsian terhadap eksibit-eksibit tersebut. Mahkamah tidak sewajarnya menimbangkan kesangsian berkenaan dengan barang kes semata-mata berdasarkan kepada kemungkinan eksibit itu telah diganggu. Sebaliknya ia hendaklah disokong dengan keterangan. Ini tidak berlaku dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah berpendapat tiada pemutusan rantaian keterangan eksibit-eksibit dadah-dadah tersebut.
10
Oleh itu Mahkamah berpendapat dadah-dadah itu adalah dadah-dadah yang dirampas dari tempat kejadian serta disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah berbahaya. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww Adakah OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan pemilikan terhadap dadah-dadah tersebut
11
Keterangan Pegawai Serbuan menunjukkan bahawa semasa serbuan dibuat, hanya OKT 1 dan OKT 2 berada dalam kenderaan tersebut. Dadah-dadah dijumpai di bahagian brek tangan di bahagian tengah kenderaan tersebut. Keterangan yang dikemukakan tidak menunjukkan bahawa ada orang lain di dalam kenderaan tersebut. Namun ketiadaan orang lain tidak secara automatik menyebabkan OKT 1 dan OKT 2 boleh dikaitkan dengan dadah-dadah tersebut. Ini ditambah pula ketiadaan keterangan saintifik lain seperti ujian DNA bagi mengaitkan dadah-dadah tersebut dengan OKT 1 dan OKT 2.
12
Oleh itu Mahkamah perlu meneliti keterangan Pegawai Penyiasat dan keterangan-keterangan lain bagi menunjukkan sama ada OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan pemilikan terhadap dadah-dadah tersebut. Keterangan menunjukkan bahawa tiada orang lain di dalam kenderaan Toyota Altis VAU 4933 semasa bertolak dari Mantin ke Bentong, Pahang. Keterangan menunjukkan bahawa hanya OKT 1 dan OKT 2 sahaja yang berada dalam kenderaan tersebut.
13
Hakikatnya OKT 1 dan OKT 2 berada di dalam kenderaan tersebut berdekatan dan hampir dengan dadah-dadah tersebut semasa serbuan dilakukan oleh SP 8. Pada masa yang sama terdapat juga keterangan yang menunjukkan bahawa OKT 1 dan S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww OKT 2 telah berlaku sedikit pergelutan dengan pasukan serbuan. Tingkah laku tersebut adalah konsisten bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan berkenaan dengan dadah-dadah tersebut yang ditemui dalam kereta tersebut.
14
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan pemilikan dadah-dadah tersebut.
15
Setelah Mahkamah mendapati bahawa OKT 1 dan OKT 2 mempunyai kawalan, pengetahuan dan pemilikan dadah-dadah tersebut, dan mengambil kira berat dadah yang dirampas iaitu 51.8 gram (47.1 gram heroin dan 4.70 gram monoacetylmorphines), maka anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 digunakan terhadap OKT 1 dan OKT 2. Seksyen 37 (da) ADB 1952 memperuntukkan seperti yang berikut: “(da) any person who is found in possession of-
i
15 grammes or more in weight of heroin;
II
(ii) 15 grammes or more in weight of morphine;
III
(iii) 15 grammes or more in weight of monoacetylmorphines; S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphines or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;
IV
(iv) 1,000 grammes or more in weight of prepared opium;
v
1,000 grammes or more in weight of raw opium; (va) a total of 1,000 grammes or more in weight of prepared opium and raw opium;
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis,
VII
(vii) 200 grammes or more in weight of cannabis resin;
VIII
(viii) a total of 200 grammes or more in weight of cannabis and cannabis resin;
IX
(ix) 40 grammes or more in weight of cocaine;
x
2,000 grammes or more in weight of cocoa leaves;
XI
(xi) 50 grammes or more in weight of 2-Amino-1-(2, 5- dimethoxy-4-methyl) phenylpropane;
XII
(xii) 50 grammes or more in weight of Amphetamine; S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
XIII
(xiii) 50 grammes or more in weight of 2, Dimethoxyamphetamine (DMA);
XIV
(xiv) 50 grammes or more in weight of Dimethoxybromoamphetamine (DOB);
XV
(xv) 50 grammes or more in weight of 2,5-Dimethoxy-4- ethylamphetamine (DOET);
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine;
XVII
(xvii) 50 grammes or more in weight of 5-Methoxy-3, 4- Methylenedioxyamphetamine (MMDA);
XVIII
(xviii) 50 grammes or more in weight of Methylenedioxyamphetamine (MDA);
XIX
(xix) 50 grammes or more in weight of N-ethyl MDA;
XX
(xx) 50 grammes or more in weight of N-hydroxy MDA;
XXI
(xxi) 50 grammes or more in weight of N-methyl-l-(3, 4- methylenedioxyphenyl)-2-butanamine;
XXII
(xxii) 50 grammes or more in weight of 3,4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA); S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
XXIII
(xxiii) 50 grammes or more in weight of Paramethoxyamphetamine (PMA);
XXIV
(xxiv) 50 grammes or more in weight of 3,4,5- Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA); or
XXV
(xxv) a total of 50 grammes or more in weight of any combination of the dangerous drugs listed in subparagraphs
XI
(xi) to (xxiv), otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug.”
16
Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan terdapatnya satu kes prima facie. Frasa prima facie telah dinyatakan dalam seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dan diterangkan dengan jelas dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.”
17
Penelitian kepada keterangan pihak pendakwaan dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa keterangan tersebut telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie. Ia membawa maksud sekiranya OKT 1 dan OKT 2 berdiam diri adalah selamat untuk Mahkamah ini mensabitkan OKT 1 dan OKT 2 dengan pertuduhan seperti yang terdapat di kertas pertuduhan.
18
OKT-OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
19
OKT 2 dalam keterangannya menyatakan bahawa dia bertolak dari Mantin ke Bentong untuk tujuan mengambil isterinya dan anak untuk pulang ke Mantin. OKT 2 mengesahkan ada meminta OKT 1 untuk mendapatkan kereta sewa.
20
OKT 2 menyatakan bahawa dia telah pergi ke Balai Polis Mantin untuk mendapatkan kebenaran pergerakan luar kawasan sejajar dengan
para
Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan ekoran Pandemik Covid-19. Adalah juga dinyatakan bahawa kenderaan tersebut dibawa ke balai polis semasa mengambil surat kebenaran tersebut. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
21
OKT 1 dan OKT 2 mengesahkan bahawa sepanjang perjalanan ke Bentong terdapat banyak sekatan jalan raya ditempuhi disebabkan perintah kawalan pergerakan. OKT 1 dan OKT 2 memberhentikan kereta untuk pemeriksaan tersebut. Namun butiran pemeriksaan polis terhadap kenderaan itu tidak dinyatakan di dalam keterangan. Ia tidak dinyatakan sama ada pemeriksaan rapi dilakukan ke atas kenderaan atau sekadar semakan terhadap surat pergerakan keluar kawasan sahaja.
22
Dakwaan bahawa OKT 2 ke Bentong untuk mengambil isteri dan anaknya telah disahkan melalui keterangan SD 3 iaitu isterinya. Ia turut disokong dengan dokumen Buku Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak. OKT 1 juga mengesahkan dia telah diminta oleh OKT 2 untuk membuat penyewaan kenderaan yang akan digunakan ke Bentong. OKT 1 juga telah bersama-sama dengan OKT 2 menggunakan kenderaan tersebut ke Bentong.
23
Pada masa yang sama OKT 1 menyatakan bahawa ketika tiba di Bentong sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis, isteri OKT 2 ada menelefon OKT 2 untuk membelikan makanan di Dominos Pizza. Selepas itu polis telah melakukan serbuan. Panggilan telefon itu telah disahkan oleh SD 3.
24
Keterangan OKT 1 juga menyatakan bahawa plastik 99 Speedmart itu dijumpai di bawah kerusi pemandu oleh OKT 1 ketika dia sedang mengambil pemetik api. Keterangan ini dapat S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww dilihat semasa pemeriksaan balas ke atas OKT 1 seperti yang berikut: : Macam mana boleh jatuh boleh cerita tak? : Semasa saya mengambilnya dari ruangan bertanda X, dompet, rokok dan lighter, lighter tercicir dan terjatuh ke ruangan bertanda Y di celah seat tempat duduk driver. : Tiga-tiga ini jatuh? : Pemetik api sahaja. : Jadi masa kamu kata kamu ambil pemetik api itu kamu nampak plastik? : Semasa saya cuba mengambil lighter saya perasan ada plastik. : Kalau di gambar nombor 5 ini dekat mana plastik itu? : Di bahagian bawah tempat duduk pemandu. : Bawah itu dekat bahagian mana? Dekat hujung-hujung ke, tengah-tengah ke? : Semasa saya cuba mencapai pemetik api saya ianya berada di bahagian tengah bawah tempat duduk. : Kiranya masa kamu capai tangan sahajalah? Ke kamu sendiri pun tunduk nampak? S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww : Saya cuba mencapai lighter saya, saya tidak menunduk. : Kiranya masa tangan kamu cuba capai lighter itu ada plastik. Itu ke maksudnya? : Benar. : Ada rasa plastik lah? : Benar. : Lepas itu kamu ambil? : Benar. : Masa kamu ambil macam mana keadaan plastik itu? : Saya tak berapa pasti, saya cuma ambil dan letak di tempat bertanda Z dalam gambar P4(5). : Plastik itu berlipat ke, macam itu ke? Sekeping macam itu ke? : Saya tak pasti, saya cuma mencapai dan ambil dan letak di bahagian bertanda Z. : Masa kamu pegang plastik itu kamu ada rasa tak ada bungkusan dalam itu? : Saya tak pasti, saya cuma capai plastik dan ambil dan letak di bahagian bertanda Z. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww : Ada tak kamu cuba buka dan tengok plastik? : Tidak. : Kenapa tak tengok dan buka? : Saya hanya mengambil pemetik api dan keluar dari kereta.
25
Pada masa itu menurut OKT 1, OKT 2 berada di luar kereta, sedang bercakap melalui telefon bimbit. SD 3 iaitu isteri OKT 2 mengesahkan bahawa dia ada menerima panggilan telefon pada malam tersebut daripada OKT 2 pada masa sekitar kejadian tersebut.
26
Tempat di mana dadah-dadah tersebut dijumpai seperti yang dinyatakan oleh OKT 1 adalah berbeza dengan keterangan SP 8 yang menyatakan bahawa barang kes dijumpai di ruangan berhampiran handbrake iaitu brek tangan kereta Toyota Altis tersebut. Tempat penemuan tersebut telah ditandakan oleh SP 8.
27
Pada akhir kes pembelaan, Mahkamah perlu meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak sepanjang perbicaraan. Sekiranya terdapat anggapan yang digunakan seperti di dalam kes ini Mahkamah perlu menentukan sama ada keterangan-keterangan pembelaan telah menyanggah anggapan tersebut pada tahap perimbangan kebarangkalian. S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
28
Penelitian kepada keterangan pembelaan menunjukkan bahawa fakta bahawa dadah-dadah itu ditemui di dalam kereta tidak dapat disangkal. Ia adalah seperti yang dinyatakan oleh SP 8. Apa yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah bagaimana dadah-dadah tersebut boleh berada di dalam kenderaan tersebut. Berdasarkan keterangan OKT 1, dia menyedari kewujudan dadah-dadah tersebut sejurus sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan. Ia mencadangkan OKT 1 tidak menyedari kewujudan dadah-dadah itu semasa dalam perjalanan dari Mantin ke Bentong.
29
Pada masa yang sama tempat dadah-dadah itu ditemui juga tidak sama dengan keterangan saksi pendakwaan. OKT 1 menyatakan dadah itu ditemuinya semasa mengambil pemetik api di bawah kerusi pemandu dan bukan di kawasan handbrake kenderaan tersebut. Ini bermakna OKT 1 menyatakan tempat dadah itu ditemui menurut OKT 1 tidak memungkinkan dia mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut.
30
Persoalannya ialah adakah keterangan OKT-OKT ini telah berjaya pada tahap perimbangan kebarangkalian berjaya menyanggah anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da)
31
Keterangan oleh saksi pembelaan mengesahkan bahawa OKT-OKT memang pergi ke Bentong untuk mengambil isteri dan anak OKT 2 pulang ke Mantin. Disebabkan hari telah malam, OKT 2 S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww bercadang untuk bermalam di Bentong. Ia juga mengesahkan bahawa isteri OKT 2 juga ada meminta OKT 2 membelikan makanan. Keterangan saksi-saksi pembelaan dan keterangan saksi pendakwaan tidak menunjukkan OKT-OKT mempunyai tujuan lain ke Bentong. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang dapat menunjukkan tujuan ke Bentong dan hubungkait dengan dadah melalui keterangan saksi pendakwaan.
32
Walau bagaimanapun hakikat yang tidak boleh disangkal oleh pembelaan adalah dadah-dadah itu ditemui di dalam kereta di mana hanya OKT 1 dan OKT 2 berada dan menggunakan kereta itu.
33
Ini ditambah pula dengan keterangan SP 3 yang mengesahkan bahawa semasa kenderaan disewakan, ia berada dalam keadaan yang bersih dan tiada barang-barang atau bungkusan di dalam kereta tersebut.
34
Begitu juga tiada keterangan pembelaan yang menunjukkan bahawa kereta tersebut ada berhenti dan boleh diakses oleh pihak ketiga yang meletakkan apa-apa bungkusan atau plastik ke dalam kereta itu.
35
Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah dadah-dadah itu boleh berada di dalam kenderaan tersebut. Ia lebih menarik apabila keterangan OKT 1 yang menyatakan bungkusan plastik itu disedarinya sejurus sebelum serbuan. Ini mencadangkan tiada S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww pihak lain yang meletakkan dadah-dadah tersebut ke dalam kenderaan itu sebelum serbuan dilakukan termasuklah SP 8 dan anggota serbuannya.
36
Adakah keterangan-keterangan pembelaan ini telah berjaya menyanggah anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. Dalam hal ini Mahkamah perlu menimbangkan bahawa adakah apabila anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 digunakan dalam kes ini berdasarkan kepada keterangan-keterangan pembelaan yang tidak dapat menunjukkan bahawa ada pihak lain yang meletakkan dadah-dadah tersebut dalam kenderaan tersebut. Di samping itu tiada juga keterangan yang dikemukakan ada orang lain di dalam kenderaan tersebut boleh dikatakan OKT 1 dan OKT 2 telah gagal menyanggah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952.
37
Pada hemat Mahkamah ini seksyen 37 (da) ADB 1952 adalah suatu peruntukan yang membantu pihak pendakwaan untuk menunjukkan pengedaran setelah berjaya menunjukkan fakta-fakta asas bagi membolehkan anggapan digunakan. Dalam kes ini anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 telah digunakan oleh Mahkamah pada peringkat kes pendakwaan. Pada hemat Mahkamah, Mahkamah ini perlu meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dalam menentukan sama ada anggapan tersebut telah disanggah. Ia bukan bermakna disebabkan kegagalan pihak OKT memberikan penjelasan kepada keberadaan dadah-dadah tersebut ia secara S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww automatik menyebabkan anggapan tersebut tidak disanggah oleh OKT 1 dan OKT 2. Sebaliknya Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan pembelaan secara terperinci sebelum memutuskan sama ada terdapatnya sanggahan anggapan tersebut pada tahap perimbangan kebarangkalian.
38
Ini adalah disebabkan sekiranya Mahkamah mengambil pendekatan bahawa disebabkan kegagalan untuk memberi penjelasan terhadap keberadaan dadah tersebut sudah mencukupi untuk menyatakan bahawa OKT 1 dan OKT 2 gagal menyanggah anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 ia akan menjadikan Mahkamah hanya bertindak secara mekanikal dalam penggunaan seksyen 37 (da) ADB 1952 dan sanggahan kepada anggapan tersebut. Ini pada hemat Mahkamah tidak wajar dilakukan dalam kes ini. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan pada perimbangan kebarangkalian Mahkamah berpendapat bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah dapat menyangkal anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Ini adalah disebabkan OKT 1 dan OKT 2 telah menyatakan bahawa dadah-dadah disedari oleh OKT 1 sejurus sebelum serbuan dibuat. Ini ditambah pula tiada keterangan yang diperolehi daripada OKT 1 dan OKT 2 mengenai keberadaan dadah-dadah itu sebelum kejadian tersebut. Sekiranya Mahkamah ini terkhilaf dalam memutuskan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah berjaya menyanggah anggapan pengedaran ia tidak berakhir di situ sahaja. Ini adalah disebabkan Mahkamah perlu meneliti kesemua S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya dan OKT 1 dan OKT 2 bagi menentukan sama ada Pendakwa Raya membuktikan kes ini terhadap OKT 1 dan OKT 2 melampui keraguan yang munasabah.
39
Penelitian kepada keseluruhan keterangan yang dikemukakan menunjukkan dadah-dadah itu ditemui di dalam kenderaan yang diserbu. Keterangan menunjukkan bahawa sepanjang perjalanan dari Mantin ke tempat kejadian tiada orang lain selain OKT 1 dan OKT 2 yang memandu dan berada di dalam kereta tersebut. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang menunjukkan secara jelas di mana kenderaan itu berhenti sehingga ada pihak ketiga yang mempunyai akses kepada kenderaan tersebut. Oleh itu bagaimana dadah-dadah boleh berada di dalam kenderaan tersebut. Dadah-dadah itu tidak berkemungkinan berada dengan sendirinya di dalam kereta tanpa dibawa ke dalam kereta tersebut.
40
Ini ditambah pula tiada penemuan kesan cap jari atau kesan DNA OKT 1 dan OKT 2 pada dadah-dadah tersebut. Namun Mahkamah sedar bahawa kesan cap jari dan keterangan DNA adalah keterangan sokongan dan ketiadaan keterangan-keterangan sokongan tidak akan menjejaskan kes Pendakwa Raya sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan elemen kesalahan melampui keraguan munasabah. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww dalam kes Yong Choo Kiong v. PP [2025] CLJU 2451; [2026] 1 MLRA 76 seperti yang berikut: “[70] Counsel for the appellant also raised the issue that no DNA of the appellant was found on the mop that was used to mop the appellant's semen in the said room. The evidence before the court was that PW15 had mopped the sticky liquid found on the floor after the incident with a mop that was already soaked with soap. The existence or non-existence of the appellant's DNA on the said mop is subject to various factors that could not be conclusively determined by the forensic expert. In any event, the DNA evidence is only corroborative in nature and would not affect the prosecution's case if there is sufficient evidence to prove the element of the offence beyond a reasonable doubt. We are also of the view that the non-existence of the appellant's DNA on the mop does not affect PW15's credibility, in the light of the totality of evidence. [71] The corroborative nature of DNA evidence has been explained, among others, in the case of Ng Mee Yee & Anor v. PP [2025] 6 CLJ 343; Lingeswaran Ambalakhan v. PP [2025] CLJU 1473; Francis Abuchi Odike v. Public Prosecutor [2015] CLJU 928 and Lee Gee Hian v. Public Prosecutor [2021] CLJU
1895
1895.”
41
Mahkamah juga menimbangkan keterangan bahawa kenderaan tersebut telah pergi ke Balai Polis Mantin untuk memperolehi S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww kebenaran rentas negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah munabasah sekiranya dadah-dadah tersebut berada di dalam kenderaan tersebut dan OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan dadah tersebut maka mereka akan hadir ke balai polis walaupun ia akan membawa padah kepada penangkapan mereka kerana mengedar dadah.
42
Begitu juga keterangan yang menunjukkan bahawa kenderaan yang dinaiki oleh OKT 1 dan OKT 2 telah melalui pemeriksaan di sekatan jalan raya sepanjang perjalanan dari Mantin sehingga sampai ke tempat serbuan. Walau bagaimanapun Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa tiada keterangan yang menunjukkan pemeriksaan yang dilakukan adalah menyeluruh ke atas OKT 1 dan OKT 2 serta kenderaan tersebut. Namun ia tidak dapat menolak hakikat bahawa jika benar OKT 1 dan OKT 2 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan dadah-dadah itu ia akan mendedahkan risiko kepada penahanan mereka di atas kesalahan dadah. Di samping itu tiada keterangan yang menunjukkan tindak tanduk mereka di sekatan-sekatan jalan raya tersebut yang sejajar dengan tindak balas seseorang yang sedang melakukan kesalahan berkaitan dadah.
43
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa tanggungjawab Pendakwa Raya untuk membuktikan kes ini terhadap OKT 1 dan OKT 2 melampaui keraguan munasabah. Bukan menjadi tanggungjawab OKT 1 dan OKT 2 membuktikan ketidakbersalahan mereka. Mahkamah perlu meneliti sama ada S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww keterangan OKT 1 dan OKT 2 telah menimbulkan keraguan yang munasabah. Keraguan yang diperlukan adalah keraguan yang munasabah dan bukannya sekadar keraguan semata-mata.
44
Penelitian kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh OKT 1 dan OKT 2, Mahkamah ini berpendapat ia telah menimbulkan keraguan yang munasabah. Ini bermakna Pendakwa Raya telah gagal membuktikan kes ini terhadap OKT 1 dan OKT 2 melampaui keraguan munasabah.
45
Akhirnya, OKT 1 dan OKT 2 dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan. Bertarikh: 29 hb. Oktober 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 1 - S. Shathish Tetuan S. Shathish & Associates Sungai Petani, Kedah Darul Aman Peguam Bagi Pihak OKT 2 - Shah Rizal bin Abdul Manan dan Nik Muammer Hurrie bin Mohamad Sukri Tetuan Shah & Hurrie Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan S/N psiixWsEwU2DYZvdArDVww
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.