Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-6-10/2019 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN RAMLAN BIN ABUL RASHID … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 811123-01-6571 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
KA-45B-6-10/2019
High Court of Malaysia4 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“70. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its ca”
“fficer and pointed out the place where stolen articles or weapons which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under section 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct”
“ry which might result from his act would take the form of fracture of the ribs, followed by cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at p 467: that is not the kind of enquiry. It is broad based and simp”
“document via eFILING portal appeal [2024] 6 MLJ 397, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[58] As on the sentence, and having considered the new amendment of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 and submission by parties, we find the murder of the deceased, a child at the age of two”
“79. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death pe”
“idence of the defence. In Mohamed Yatin S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“ng the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no bett”
“encukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:”
“t" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause”
“ini bersetuju bahawa teori ‘last seen together’ ini terpakai terhadap OKT atas alasan-alasan dinyatakan di atas. Teori ‘last seen together’ ini telah dibincangkan dalam kes Zarmayade Abdullah lwn. PP [2024] CLJU 1277, pada mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[39] Kami bersetuju dengan hujahan T”
“79. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45B-6-10/2019 PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA LAWAN RAMLAN BIN ABUL RASHID … ORANG KENA TUDUH NO. K/P : 811123-01-6571 (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT telah dituduh dengan satu pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574].
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg “Bahawa kamu, pada 23/02/2019, antara jam lebih kurang 09.00 pagi hingga 10.00 pagi, di alamat Blok E-3-4, Kuarters Hospital Langkawi, Mukim Kuah, di dalam daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nur Aisyah Aleya binti Abdullah [No. Sijil Kelahiran: 066550XA). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.”
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap pertuduhan dan telah memerintahkan OKT membela diri atas pertuduhan.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah (sebagai SD1) dan pihak Pembelaan tidak mengemukakan keterangan saksi pembelaan yang lain. OKT mengetengahkan pembelaan bahawa OKT tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kematian Nur Aisyah Aleya Abdullah (si mati), sebaliknya kematian si mati adalah disebabkan keadaan si mati yang tidak sihat/demam dan kerana ubat tahan muntah yang diberikan kepada si mati. Selanjutnya, pada akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT atas pertuduhan membunuh serta menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada bulan November 2018, Pengadu (SP24) bersama anak perempuannya (si mati) yang berumur lebih kurang dua tahun lebih ketika itu, telah mengikut OKT ke rumah OKT di alamat E- 3-4, Kuarters Hospital Langkawi, Kedah. SP24 telah duduk selama lebih kurang dua bulan di rumah kuarters tersebut sambil bekerja di sebuah kedai makan. SP24 telah meninggalkan si mati di bawah jagaan OKT sepanjang beliau berulang alik dari tempat kerja ke rumah kuarters tersebut selama tempoh lebih kurang dua bulan itu.
6
Pada 27.01.2019, OKT telah menghantar SP24 untuk duduk di hostel tempat SP24 bekerja. Selanjutnya pada 23.2.2019, OKT bersama isterinya (SP6) telah datang semula ke tempat kerja SP24 dan memaklumkan bahawa OKT hendak membawa SP24 balik kerana SP24 sudah lama tidak melihat anaknya (si mati). SP24 telah mengikut OKT kembali ke rumah kuarters S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg tersebut dan tinggal di sana beberapa hari sehingga 27.2.2019 tetapi SP24 tidak melihat anaknya di rumah kuarters tersebut. Apabila ditanya oleh SP24 di mana si mati berada, OKT maklumkan bahawa si mati telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga tetapi OKT enggan memberitahu kepada siapa ataupun di mana. SP24 juga tidak bertanya lanjut kepada OKT kerana takut dipukul oleh OKT. Pada 27.2.2019, majikan SP24 telah datang ke rumah kuarters tersebut dan SP24 telah mengikut majikannya balik ke hostel tempat beliau bekerja. Semasa SP24 berada di hostel tersebut, OKT ada datang berjumpa dan meminta SP24 mengikutnya balik. Namun begitu SP24 enggan mengikut OKT dan OKT mengugut untuk melaporkan tentang SP24 yang tidak mempunyai kad pengenalan.
7
Pada 3.3.2019, SP24 berasa bimbang dengan keselamatan anaknya (si mati) dan dengan bantuan majikannya, SP24 telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuah, Langkawi yang dijadikan sebagai laporan polis Kuah/001544/19 (eksibit P40) atas kehilangan si mati.
8
Siasatan awal mengenai kehilangan si mati telah disiasat oleh SP25 dan hebahan dalam Nur Alert telah dibuat dengan menyiarkan gambar si mati (eksibit-eksibit P36 dan P37A-D).
9
Sementara itu, pada 1.3.2019 lebih kurang pukul 8 malam, apabila SP6 habis bertugas syif malam di Hospital Langkawi, OKT telah datang mengambil SP6 dari tempat kerja dan OKT telah membawa SP6 berserta semua anak-anaknya keluar dari Langkawi. Menurut SP6, semua urusan untuk keluar dari Langkawi telah dilakukan oleh OKT termasuklah urusan pemindahan sekolah anak-anak OKT. SP6 turut menyatakan bahawa OKT sendiri yang telah menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada Ketua Jururawat yang menyelia beliau iaitu SP5 bahawa kononnya SP6 perlu mengambil cuti kerana emak SP6 sakit. Setelah keluar dari Langkawi bersama SP6 dan anak-anaknya, OKT telah singgah di beberapa tempat iaitu Kuala Kangsar, Lumut dan Teluk Intan sebelum pergi bertemu ibu OKT di Ampang, Selangor.
10
Lanjutan daripada laporan polis yang dibuat oleh SP24, OKT dan SP6 telah ditangkap di Jalan 4/5A, Taman Melati, Kuala Lumpur pada 5.3.2019 sebagaimana laporan polis Wangsa Maju/002594-2595/19 (eksibit IDD44). OKT kemudiannya telah dibawa ke Langkawi dan ditangkap semula oleh SP4 pada 6.3.2019 lebih kurang pukul 9.30 pagi sebagaimana laporan polis Kuah/001623-1624/19 (eksibit P39).
11
Susulan daripada soal siasat yang telah dijalankan terhadap OKT, SP4 bersama SP13 (pegawai forensik) dan sepasukan anggota polis, telah membuat penemuan cebisan rambut dan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg tengkorak si mati di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi. Penemuan tersebut adalah hasil daripada maklumat dan pandu arah oleh OKT sebagaimana dinyatakan dalam laporan polis Kuah/001626/19 (eksibit P41).
12
Pada 7.3.2019, SP22 (pegawai penyiasat) telah pergi ke lokasi sama di Gunung Raya bagi mengesan barang kes lain berkaitan si mati. Pencarian telah dijalankan dengan menuruni cerun curam lebih kurang 50 meter dan SP22 telah menjumpai dua gumpalan rambut dan dua batang gigi yang mana gigi ditemui kemudiannya telah disahkan oleh SP23 (ahli kimia DNA) sebagai milik anak kandung kepada SP24.
13
Pada 10.3.2019, lebih kurang pukul 9 pagi, SP22 bersama jurufoto (SP1) telah hadir di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk menghadiri proses bedah siasat ke atas si mati yang dilakukan oleh Pakar Patologi Forensik, HSB (SP8). Berdasarkan keterangan SP8, punca kematian muktamad tidak dapat ditentukan berdasarkan tinggalan tengkorak yang beliau terima (laporan bedah siasat – eksibit P58).
14
Hasil siasatan SP22, beliau merumuskan bahawa si mati telah dipukul/didera dan dibunuh oleh OKT di rumah kuarters tersebut. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN
15
Mahkamah ini perlu membuat keputusan pada akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 KTJ.
16
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
17
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: a) bahawa simati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati; b) bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan yang dialaminya; c) bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT; d) bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun Keseksaan. Elemen (a): bahawa si mati sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan telah mati
18
Keterangan SP23 dan laporan kimia (eksibit P125) mengesahkan bahawa tengkorak dan 2 batang gigi yang ditemui di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi adalah milik anak kandung kepada SP24. SP24 juga telah mengemukakan sijil lahir si mati (eksibit P132) yang mengesahkan bahawa si mati adalah anak kandung beliau.
19
Keterangan SP24 dan SP6 juga mengesahkan bahawa si mati juga telah tinggal di rumah OKT dan SP6 sejak dari bulan November 2018 sehinggalah si mati dikatakan telah diserahkan OKT kepada orang lain pada bulan Februari 2019.
20
Di samping itu juga, pihak Pembelaan juga tidak menafikan mahupun mempertikaikan elemen pertama ini iaitu bahawa si mati telah mati. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg bahawa elemen pertama ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Elemen (b): bahawa si mati telah mati akibat daripada bencana tubuh/kecederaan yang dialaminya Elemen (c): bahawa bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan OKT
21
Bagi kedua-dua elemen ini, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) kerana tiada tiada bukti saintifik yang dapat mengesahkan punca kematian.
22
Keterangan pakar patologi forensik iaitu SP8 tidak dapat mengesahkan punca kematian si mati berdasarkan kepada penemuan tengkorak dan 2 batang gigi si mati. Namun begitu, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa dalam keadaan bukti saintifik tidak dapat membuktikan punca kematian, maka Mahkamah perlulah melihat keterangan-keterangan Pendakwaan yang lain yang boleh membawa inferens bahawa si mati telah mati akibat daripada kecederaan yang dialaminya dan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat daripada perbuatan OKT.
23
Dalam membuktikan keterangan mengikut keadaan ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and other appeals [2017] 3 MLJ 141 telah memutuskan seperti yang berikut: “[173] The law is well settled on the standard of proof required in criminal cases where the evidence presented before the court to prove the commission of the offence by the accused person is circumstantial in nature. [174] In Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] 1 MLJ 307, Thomson CJ, said that ‘… where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope’. [175] In Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ 505; [2007] 2 CLJ 229, Abdul Aziz Mohamad JCA (as he then was), delivering the judgment of the Court of Appeal said: … As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v Public Prosecutor [1960] MLJ 296 at p 297; [1960] 1 LNS 40: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no better definition than S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg quote to you the words of Lord Cairns in the case of Belhaven & Stenton Peerage reported in 1875–6 Appeal Cases, p 279: My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient, but all converging and brought to bear upon the same point, and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel. In other words circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all …”. [penekanan ditambah]
24
Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP3, SP6 dan SP12 telah membuktikan kedua-dua elemen ini. Pada tarikh kejadian, SP3 adalah salah seorang kakitangan di IPD Langkawi yang juga merupakan penghuni di unit E-1-4, Kuarters Hospital Langkawi. SP6 adalah isteri OKT, manakala SP12 adalah rakan sekerja SP6 yang juga penghuni di unit E-1-3, Kuarters Hospital Langkawi.
25
Dalam keterangannya, SP3 menyatakan bahawa beliau sering mendengar tangisan kanak-kanak dari pagi ke petang dan petang ke malam bermula hujung bulan Disember 2018 hingga Februari 2019. SP3 turut menegaskan bahawa pada hari bekerja, beliau akan mendengar tangisan kanak-kanak apabila balik dari kerja pada sebelah petang, manakala pada hari beliau bercuti, beliau akan mendengar tangisan kanak-kanak hampir setiap hari. SP3 turut menyatakan bahawa tangisan tersebut datangnya dari rumah di tingkat tiga blok yang sama, dan tangisan tersebut seolah-olah tangisan sakit dan berpanjangan. SP3 turut menjelaskan bahawa beliau pernah bertanya kepada suami untuk melihat apa yang berlaku tetapi tidak dibenarkan oleh suaminya.
26
SP12 pula dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau adalah kawan sekerja SP6 semasa beliau bertugas di wad pediatrik, Hospital Langkawi. SP12 juga menyatakan yang S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg beliau mengenali suami SP6 iaitu OKT tetapi tidak rapat. Dalam keterangannya, SP12 menyatakan bahawa pada 31.1.2019 lebih kurang pukul 11 lebih pagi, beliau terdengar suara budak menangis seperti dalam kesakitan. Selepas itu beliau mendengar seperti ada bunyi pergelutan. Selanjutnya, SP12 terdengan suara SP6 bertempik ‘abang sudah bang mati budak tu nanti’ berulang-ulang kali. SP12 turut mendengar suara orang lelaki dewasa berkata ‘mati kau mati kau’ dan turut mendengar lagi bunyi pergelutan. Seterusnya pada lebih kurang pukul 12.50 tengahari ketika SP12 hendak pergi mengambil anaknya dari sekolah, beliau terdengar lagi bunyi budak menangis. Menurut SP12, bunyi tangisan kanak-kanak itu agak kuat dan jelas memandangkan suasana kuarters ketika itu agak sunyi. SP12 turut menjelaskan bahawa bunyi pergelutan yang didengarnya adalah seperti bunyi hentakan tapak kaki. SP12 turut mengesahkan bahawa suara lelaki dewasa tersebut merupakan suara OKT kerana beliau pernah bertegur sapa dengan OKT apabila bertemu. SP12 turut menyatakan bahawa walaupun beliau mendengar kejadian pada hari tersebut, beliau tidak berani membuat apa-apa kerana beliau merupakan seorang ibu tunggal dan tidak berani untuk campur tangan hal rumahtangga orang lain.
27
Mahkamah sendiri telah membuat lawatan ke tempat kejadian iaitu di Kuarters Hospital Langkawi pada 30.11.2023. Hasil lawatan, Mahkamah ini mendapati bahawa lokasi Kuarters kakitangan Hospital Langkawi terletak di dalam Hospital S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg Langkawi, di mana rumah tempat kejadian terletak di E-3-4 ie di tingkat tiga blok E kuarters tersebut. Keadaan kawasan blok tersebut didapati sunyi. Mahkamah turut mendapati bahawa rumah tempat kejadian juga menghadap bukit/tebing. Terdapat tiga bilik di dalam rumah tersebut dan uji suara tlh dibuat dengan bantuan seorang kanak-kanak perempuan dan Mahkamah mendapati bahawa walaupun dengan balkoni tertutup dan uji suara kanak-kanak dibuat di ruang tamu yang ditutupi pintu balkoni, suara kanak-kanak tersebut masih boleh didengar dengan jelas dari unit sama di tingkat satu iaitu dari tingkat di rumah SP3 dan SP12.
28
SP6 yang merupakan isteri OKT bertugas sebagai jururawat masyarakat di Hospital Langkawi dan ditempatkan di wad kanak-kanak sejak tahun 2015 sehinggalah beliau ditangkap bersama OKT pada tahun 2019. Dalam keterangannya, SP6 mengesahkan bahawa beliau dan OKT bersama 5 orang anaknya tinggal di unit E-3-4, Kuarters Hospital Langkawi. Pada bulan November 2018, OKT telah balik dari Pulau Pinang dengan membawa SP24 dan si mati dengan alasan bahawa SP24 akan membantu OKT untuk berniaga. Semasa di rumah kuarters tersebut, SP24 dan si mati tinggal di bilik ketiga. Setelah gagal untuk berniaga, SP24 telah mendapat pekerjaan di sebuah kedai makan. Sejak dari itu, OKT telah menghantar SP24 berulang alik dari tempat kerjanya ke rumah kuarters tersebut, manakala si mati tinggal di rumah dijaga oleh OKT. Selepas lebih kurang sebulan lebih, SP6 memaklumkan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg bahawa SP24 kemudiannya telah duduk di hostel tempat dia bekerja, tetapi si mati ditinggalkan di rumah SP6 kerana menurut OKT jika si mati dijaga SP24, si mati tidak terurus.
29
Selanjutnya SP6 menyatakan bahawa pada 23.2.2019, semasa SP6 sedang tidur di biliknya selepas selesai bertugas syif malam, SP6 terdengar bunyi budak menangis. SP6 telah bertanya kepada OKT mengapa si mati menangis tetapi OKT menjawab tiada apa-apa dan OKT baru memandikan dan membersihkan si mati. OKT telah menyuruh SP6 untuk tidur sahaja, dan selepas 5 minit, SP6 tidak lagi mendengar suara si mati menangis. SP6 telah menyambung tidur semula dan terjaga lebih kurang pukul 9 atau 10 pagi. Ketika itu, OKT yang telah mengejut SP6 bangun dan menyuruh SP6 melihat si mati di bilik ketiga rumah kuarters tersebut.
30
SP6 telah pergi melihat si mati sebagaimana diminta dan apabila SP6 masuk ke bilik ketiga tersebut, beliau melihat si mati terlentang di atas toto tanpa pakaian. Tangan dan kaki si mati di dapati dalam keadaan tegak seperti jenazah. SP6 telah bertanya OKT apa terjadi pada si mati dan OKT menjawab dia menyuruh si mati senyap dan dimaklumkan oleh OKT bahawa si mati terkena sawan. SP6 turut menyatakan bahawa OKT kelihatan blur seperti terpinga-pinga. SP6 seterusnya memaklumkan kepada OKT bahawa si mati telah mati.
31
SP6 telah memeriksa nadi si mati tetapi mendapati nadi si mati sudah tidak lagi berdenyut. SP6 turut memeriksa tangan si mati dan melihat keadaan si mati pucat, kaku dan kebiruan. SP6 turut melihat banyak kesan lebam pada badan si mati. Lebam-lebam yang dilihat terdapat pada bahagian muka dan kedua-dua belah tangan si mati. SP6 turut mendapati bahawa pada perut si mati terdapat kesan cubit kebiruan, manakala pada bahagian belakang badan juga terdapat kesan lebam secara menyeluruh. SP6 juga mendapati terdapatnya kesan cucuhan rokok pada paha si mati di samping terdapat kesan-kesan lebam juga pada kedua-dua paha si mati.
32
OKT kemudiannya telah meminta SP6 mandi dan OKT maklumkan yang dia hendak keluar berjumpa SP24. SP6 telah pergi mandi sebagaimana diarahkan OKT, dan setelah selesai mandi, SP6 dapati OKT dan si mati sudah tiada. SP6 juga mendapat bilik ketiga tersebut kosong dan berpendapat si mati telah dimasukkan ke dalam sebuah beg bagasi milik SP24 kerana beliau dapati beg bagasi tersebut juga telah tiada di dalam bilik ketiga tersebut.
33
Selepas itu SP6 melihat OKT masuk balik ke dalam rumah dan apabila ditanya di mana si mati, OKT maklumkan bahawa si mati telah diletakkan dalam bonet kereta. Selepas itu, OKT telah keluar dan kembali lebih kurang satu jam kemudian. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg Ketika itu, OKT telah meminta SP6 mengikutinya untuk bertemu SP24 untuk membawa SP24 pulang ke rumah.
34
Setelah OKT, SP6 dan SP24 pulang semula ke rumah, SP6 mendengar OKT memberitahu SP24 yang si mati sudah tidak ada di rumah kerana telah diserahkan kepada orang lain. SP6 melihat SP24 diam sahaja apabila dimaklumkan sebegitu.
35
SP6 dalam keterangannya turut menyatakan bahawa si mati merupakan seorang budak yang baik dan sepanjang si mati tinggal di rumahnya, si mati tidak mempunyai apa-apa penyakit dan juga tidak pernah di bawa ke klinik untuk mendapatkan apa-apa rawatan. SP24 juga turut mengesahkan bahawa si mati tidak mempunyai sebarang penyakit dan bahawa si mati telahpun menjalani proses imunisasi mengikut jadual ditetapkan.
36
Selain daripada itu, keterangan SP6 turut mengesahkan bahawa OKT merupakan seorang perokok pada masa kejadian. SP6 dalam keterangannya juga turut menyatakan bahawa setiap kali pulang dari bekerja, SP6 akan mendapati terdapat kesan dipukul berwarna biru terang dan biru tidak terang pada badan si mati. SP6 juga turut melihat terdapatnya kesan melepuh pada badan si mati pada bahagian yang terkena cucuhan rokok.
37
Dalam keterangannya juga, SP6 menyatakan bahawa berdasarkan pengalaman beliau, jika si mati terkena sawan, badan akan keras kejung, lidah mungkin tergigit dan air liur meleleh. Namun begitu, SP6 tidak melibat lidah si mati tergigit dan air liur si mati tidak meleleh pada pagi kejadian tersebut.
38
Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan-keterangan dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan secara keseluruhan, boleh dirumuskan bahawa OKT telah memukul/mendera si mati secara berpanjangan yang membawa kepada kematian si mati. Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa OKT merupakan individu terakhir yang dilihat bersama si mati pada hari kejadian. OKT juga didapati telah menipu kononnya si mati telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Keterangan SP23 (ahli kimia DNA) turut mengesahkan kehadiran darah si mati pada tilam toto (eksibit P86) dan bantal (eksibit P90) yang digunakan oleh si mati yang dijumpai di rumah OKT dan SP6, dan juga kredibiliti SP6 sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai.
39
Berkenaan teori ‘last seen together’ ini, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP6, pada hari kejadian, SP6 telah mendengar si mati menangis dan apabila ditanya kepada OKT, OKT telah memaklumkan tiada apa-apa berlaku dan OKT telah memandikan dan membersihkan si mati. OKT juga telah menyuruh SP6 S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg menyambung tidur semula. Lima minit kemudian, SP6 tidak lagi mendengar suara tangisan si mati. Apabila si mati terjaga dari tidur setelah dibangunkan oleh OKT, SP6 mendapati si mati dalam keadaan kaku di bilik tidur ketiga dan mendapati si mati sudah tidak lagi bernyawa.
40
Di samping itu juga, sepanjang si mati tinggal di rumah SP6 dan OKT, si mati dijaga oleh OKT di mana OKT yang memandikan serta membersihkan si mati, dan OKT juga turut memberikan si mati makan.
41
Secara keseluruhannya, Mahkamah ini bersetuju bahawa teori ‘last seen together’ ini terpakai terhadap OKT atas alasan-alasan dinyatakan di atas. Teori ‘last seen together’ ini telah dibincangkan dalam kes Zarmayade Abdullah lwn. PP [2024] CLJU 1277, pada mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[39] Kami bersetuju dengan hujahan TPR di atas dan dengan dapatan HMT. Kami merujuk kepada kes Salem Anak Brayon v. PP [2022] 1 LNS 2917 yang dirujuk oleh TPR di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "[52] Another important point was also advanced before us by the Respondent concerning the principle of the last person having been seen together with the deceased S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg before she was discovered dead. PW17, the sole eye-witness to the incident, who was accepted by the LJ to be a credible and truthful witness testified that the Appellant was with the deceased when she left the room after the incident when the commotion stopped. Another witness, PW14, testified that she saw the Appellant leave the Deceased's room around 10.20pm. [53] Our attention was drawn to the Indian Supreme Court decision of Ashok v. State of Maharashtra [2015] 4 Supreme Court 393 where the Supreme Court of India held that: "The "last seen together" theory has been elucidated by this Court in Trimukh Marotiu Kirkan v. State of Maharashtra [2006] 10 SCC 106, in the following words: "Where an accused is alleged to have committed the murder of his wife and the prosecution succeeds in leading evidence to show that shortly before the commission of crime they were seen together or the offence takes place in the dwelling home where the husband also normally resided, it has been consistently held that if the accused does not offer an explanation how the wife received injuries or offers an explanation which is found S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg to be false, it is a strong circumstance which indicates that he is responsible for commission of the crime. Thus, the doctrine of last seen together shifts the burden of proof on the accused, requiring him to explain how the incident had occurred. Failure on the part of the accused to furnish any explanation in this regard, would give rise to a very strong presumption against him." [54] Under the circumstances of this case where, in our view, the 'last seen together' theory applies, the burden shifted to the Appellant to proffer a strong and cogent explanation and rebut the presumption that his act or series of acts led to the Deceased's death and the inference that he committed the acts. The absence of such an explanation would be detrimental to his defence. (See Nika Ram v. State of H.P. [1972] 2 SCC 80; Kanhaiya Lal v. State of Rajasthan [2014] 4 SCC 715)." [40] Berdasarkan keseluruhan fakta kes ini, kami bersetuju dengan dapatan HMT bahawa keterangan menunjukkan Perayu adalah orang terakhir bersama Simati sebelum beliau dijumpai mati. Oleh itu, HMT tidak terkhilaf dalam menggunapakai prinsip "last seen together" terhadap Perayu.”. [penekanan ditambah]
42
Pihak Pendakwaan turut menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP6 dan SP24, OKT telah menipu bahawa kononnya si mati telah diserahkan kepada orang lain untuk dijaga, apabila SP24 bertanyakan di mana si mati berada. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa fakta ini merupakan satu fakta yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] sebagai satu perbuatan sengaja oleh OKT untuk menutupi kejadian sebenar yang berlaku terhadap si mati.
43
Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa tingkah laku (conduct) OKT yang telah memandu arah SP22 dan anggota polis ke kawasan hutan di Gunung Raya yang telah membawa kepada penemuan tengkorak si mati merupakan keterangan yang boleh diterimapakai di bawah seksyen 8 Akta 56.
44
Dalam kes Pathmanabhan a/l Nalliannen v Public Prosecutor and another appeal (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “ISSUE OF CONDUCT – S.8 OF THE EA [123] We now address the submissions of parties regarding the issue of conduct. This section reads as follows: “Motive, preparation and previous or subsequent conduct 8. (1) …
2
(2)The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. Explanation 1- The word “conduct” in this section does not include statements unless those statements accompany and explain acts other than statements; but this explanation is not to affect the relevancy of statements under any other section of this Act. Explanation 2- When the conduct of any person is relevant any statement made to him or in his presence and hearing which affects his conduct is relevant.” [124] The Court of Appeal in its judgment (paragraph 22) on this issue in clear terms agreed with the learned trial judge that the acts of the 2nd to the 4th accused persons in taking SP32 and pointing to the places where the items were discovered, amount to conduct which is admissible under s. 8 of the EA. … S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg [128] That conduct of pointing to the places where the items were discovered by the 2nd and 4th accused persons, which was subsequent to an offence, falls squarely within the ambit of “the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding”. [129] As held by the Court of Appeal, we hold that the conduct of pointing to the places where the items were found is relevant and admissible (Prakash Chand v. State AIR 1979 SC 400). Chinnappa Reddy J said at page 404: “The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a Police Officer and pointed out the place where stolen articles or weapons which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under section 8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously with or antecedent to such conduct falls within the purview of section 27 of the Evidence Act …” [130] The conduct of the 2nd and 4th accused persons is consistent with them knowing of the places where the items connected to the crime of murder were disposed of. This view is consistent with the view held by the learned trial judge where he said: “The only inference that I could make on the conduct of the second and fourth accused in providing the information in this S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg case was that they were in possession of the items found and had tried to destroy and conceal these items by scattering and leaving them at various places.” [131] We are also satisfied that the act of pointing by the 2nd and 4th accused persons at the spots where items connected to the murder were found is admissible as conduct, as provided for under s. 8 of the EA.”. [penekanan ditambah]
45
Berdasarkan kepada keputusan kes Pathmanabhan a/l Nalliannen (supra) di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan yang menunjukkan OKT memandu arah SP22 dan anggota polis ke kawasan hutan di Gunung Raya, di mana apabila sampai lebih kurang Kilometer 1 Jalan ke puncak gunung tersebut, OKT telah menyuruh SP22 memberhentikan kenderaan dan telah menunjukkan sebatang pokok di lereng curam yang membawa kepada penemuan tengkorak si mati, menunjukkan bahawa OKT mengetahui tempat di mana mayat si mati dibuang.
46
Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP23 (ahli kimia DNA) pula, kehadiran darah si mati pada toto eksibit P86 dan bantal eksibit P90, mengesahkan bahawa si mati berada di bilik ketiga di rumah kuarters tersebut.
47
Pihak Pembelaan pula menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan bagi membuktikan bahawa kematian si mati adalah disebabkan kecederaan yang dilakukan oleh OKT. Pihak Pembelaan telah memfokuskan tentang isu keterangan anak-anak OKT yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan melalui rakaman video percakapan mereka yang telah ditayangkan di Mahkamah ini serta transkrip-transkrip rakaman video yang telah dikemukakan (eksibit-eksibit P60, P64, P68, P72 dan P76). Dihujahkan bahawa kegagalan anak-anak OKT dipanggil untuk disoal balas menjadikan keterangan-keterangan sebagaimana dalam transkrip rakaman tersebut tidak boleh diterimapakai kerana gagal memenuhi kehendak subseksyen 6(4) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676]. Di samping itu juga, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP8 punca kematian tidak dapat dipastikan dan tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa kesan-kesan lebam yang dilihat oleh SP6 adalah punca kepada kematian si mati.
48
Sebelum Mahkamah ini membuat sebarang dapatan fakta berkenaan isu-isu dihujahkan oleh Pembelaan, Mahkamah ini perlu meneliti keterangan SP6 terlebih dahulu kerana keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan tentang apa yang telah berlaku kepada si mati adalah kebanyakannya berdasarkan kepada keterangan oleh SP6.
49
Berkenaan keterangan-keterangan anak-anak OKT yang dikemukakan oleh Pendakwaan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pembelaan bahawa keterangan-keterangan tersebut tidak mematuhi subseksyen 6(4) Akta 676 dan dengan itu tidak wajar diberi pertimbangan yang berat. Malah, Mahkamah ini juga tidak langsung memberi penekanan terhadap keterangan-keterangan tersebut dalam pertimbangan keseluruhan Mahkamah ini terhadap fakta-fakta yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan atas alasan yang sama.
50
Selain itu juga, Mahkamah ini telah turut meneliti keterangan SP6 yang merupakan isteri OKT. Mahkamah juga telah memerhatikan tingkah laku SP6 semasa memberikan keterangan di dalam Mahkamah. Secara keseluruhannya, Mahkamah ini berpuashati bahawa SP6 adalah seorang saksi yang kredibel. Ini kerana Mahkamah ini mendapati bahawa SP6 telah memberikan kronologi tentang apa yang berlaku sepanjang tempoh si mati tinggal di rumahnya dengan jelas. Di samping itu, karektor SP6 menunjukkan bahawa sebelum dan semasa kejadian SP6 juga merupakan seorang mangsa keganasan rumahtangga, yang menjelaskan bagaimana beliau boleh menuruti sahaja kehendak dan permintaan OKT. Dalam hal ini, Mahkamah mendapati bahawa SP6 adalah seorang saksi yang kredibel dan keterangannya adalah boleh diterimapakai oleh Mahkamah ini. Di samping itu juga, Mahkamah ini turut mendapati bahawa keterangan SP6 turut S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg disokong oleh keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang lain seperti SP3 dan SP12.
51
Berkenaan tiada keterangan tentang punca kematian si mati dan tiada keterangan yang menunjukkan bahawa kesan-kesan lebam yang dilihat oleh SP6 adalah punca kepada kematian si mati, Mahkamah ini bergantung kepada autoriti kes Sunny Ang v. Public Prosecutor [1966] 2 MLJ 195. Dalam kes tersebut, mayat si mati tidak ditemui. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan Singapura telah memutuskan bahawa walaupun mayat si mati dalam kes tersebut tidak ditemui, tetapi keterangan dikemukakan yang merupakan keterangan berbentuk keadaan (circumstantial evidence) menunjukkan bahawa OKT telah membunuh si mati.
52
Berbalik kepada kes di Mahkamah ini, analogi yang sama boleh dibuat dengan kes Sunny Ang (supra) di atas, di mana dengan hanya tengkorak dan 2 batang gigi si mati ditemui, punca kematian tidak dapat dipastikan. Namun begitu keterangan-keterangan lain iaitu keterangan SP6 berkenaan tindakan OKT yang sering memukul si mati, memberikan si mati makan nasi dengan cili padi sedangkan si mati merupakan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun, hanya OKT bersama si mati pada pagi kejadian sebelum ditemui mati oleh SP6, si mati berada dalam penjagaan OKT sepanjang tempoh si mati tinggal dengan SP6 dan OKT di rumah kuarters tersebut, penemuan tengkorak dan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg gigi si mati susulan daripada pandu arah oleh OKT, perbuatan OKT menipu SP24 dengan menyatakan si mati telah diserahkan kepada orang lain, tindakan OKT membawa semua ahli keluarganya keluar dari Langkawi apabila mengetahui SP24 telah membuat laporan polis tentang kehilangan si mati, keseluruhannya memberikan inferens bahawa OKT merupakan individu yang telah mengakibatkan kematian si mati.
53
Sehubungan itu, Mahkamah ini telah berpendapat bahawa kedua-dua elemen ini juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan iaitu bahawa si mati telah mati akibat daripada kecederaan pada keseluruhan badan yang dialaminya (penderaan) dan kecederaan dialami oleh si mati juga adalah akibat perbuatan OKT.
d
(d): bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Kanun
54
Sebelum Mahkamah ini membuat dapatan berkenaan niat OKT hendak menyebabkan kecederaan terhadap si mati, Mahkamah S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg ini akan menilai terlebih dahulu elemen bahawa kecederaan yang dialami si mati adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana ditafsirkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
55
Pemakaian subseksyen 300(c) Akta 574 ini telah dibincangkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP [2025] 4 CLJ 837. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[85] Seterusnya, salah satu elemen yang penting dalam pembuktian s. 300(c) ialah kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Penekanan di sini adalah pada frasa "lazimnya untuk menyebabkan kematian". (In the ordinary course of nature to cause death). [86] Kamus Dewan Perdana oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di ms. 1269, mentafsirkan makna perkataan "lazim" sebagai "biasa" atau "selalu". Di sini, perkataan lazimnya untuk menyebabkan kematian membawa maksud kebiasaannya atau selalunya membawa kematian. Sehubungan itu, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa kecederaan luka-luka bakar yang dialami oleh si mati adalah mencukupi pada kebiasaannya atau selalunya untuk menyebabkan kematian. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg [87] Maksud frasa 'mencukupi pada lazimnya menyebabkan kematian' atau dalam Bahasa Inggerisnya, 'sufficient in ordinary course of nature to cause death' ada dijelaskan dalam kes State Of AP v. Rayavarapu Punnayya & Anor [1977] AIR 45 seperti yang berikut:
16
In Clause 3 of Section 300, instead of the words likely to cause death occurring in the corresponding clause (b) of section 299, the words "sufficient in the ordinary course of nature" have been used. Obviously, the distinction lies between a bodily injury likely to cause death and a bodily injury sufficient in the ordinary course of nature to cause death. The distinction is fine but real and if overlooked, may result in miscarriage of justice. The difference between Clause (b) of section 299and Clause (3) of section 300 is one of the degree of probability of death resulting from the intended bodily injury. To put it more broadly, it is the degree of probability of death which determines whether a culpable homicide is of the gravest, medium or the lowest degree. The word "likely" in clause (b) of section 299 conveys the sense of probable as distinguished from a mere possibility. The words "bodily injury...sufficient in the ordinary course of nature to cause death" mean that death will be "most probable" result of the injury, having regard to the ordinary course of nature. (penekanan ditambah) S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg [88] Selanjutnya, maksud "sufficient" di bawah s. 300(c) yang dinyatakan di atas telah juga disentuh dalam kes Zulkiple Mohamad di mana dinyatakan: [34] In another Singapore Court of Appeal decision, it was held in Wang Wenfeng v. PP [2012] SGCA 47 that if the bodily injury intentionally inflicted was sufficient in the ordinary course of nature to cause death, s. 300(c)murder would have been committed "as a matter of course". Chan Sek Keong CJ speaking for the court also touched on the issue of "sufficiency" at p. 602:
33
33."Sufficiency" in this context refers to the high probability of death in the ordinary course of nature (Rajwant Singh v. State of Kerala, AIR 1966 SC 1874 at 1879). The test of whether a bodily injury is sufficient in the ordinary course of nature to cause death is objective - it is not necessary for the accused to have known or intended the potentially fatal consequence of inflicting the bodily injury. It is sufficient that the accused intentionally caused the particular bodily injury inflicted (Tan Chee Wee at [42]-[43]). Hence, a fatal act accidentally caused is a defence to a charge of s. 300(c)murder. (penekanan ditambah)”. [penekanan ditambah]
56
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut di atas, kecederaan yang dialami, secara lazimnya akan menyebabkan kematian dan secara ‘lazimnya’ pula membawa maksud bahawa kecederaan yang dialami selalunya akan mengakibatkan kematian.
57
Dalam kes yang sama juga, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa dalam menentukan sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian adalah suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh Mahkamah: “[89] Kembali kepada kes ini, isu sama ada kecederaan luka bakar yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh mahkamah. Dalam membuat dapatan fakta ini, mahkamah perlu mempertimbangkan segala keterangan yang relevan terutamanya keterangan forensik dan perubatan seperti keterangan pakar yang melakukan bedah siasat terhadap si mati dan laporan bedah siasat serta keterangan pakar lain dalam bidang ini. Keterangan pakar-pakar ini amat penting dalam membantu mahkamah menentukan isu sama ada kecederaan luka bakar tersebut pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian kepada si mati. Mahkamah juga perlu meneliti keterangan lain yang relevan seperti keterangan saksi-saksi selepas kejadian si mati S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg ditekap dengan seterika wap berkenaan yang boleh menunjukkan keadaan si mati setelah mengalami kecederaan berkenaan. (Lihat PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517; PP v. Sanderasegaran Nithenanham [2024] 4 CLJ 823; Zulkiple Mohamad v. PP [2022] 1 CLJ 673). [90] Dinyatakan di sini juga keterangan pakar tidak sama sekali mengikat hakim bicara dalam membuat dapatan fakta berhubung isu ini tetapi akan membantu hakim bicara membuat dapatan fakta berkenaan dan dalam kes ini sama ada kecederaan pada si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Keterangan pakar in boleh diterima di bawah s. 45 Akta Keterangan 1950.”. [penekanan ditambah]
58
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah ini perlu meneliti keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, bagi menentukan bahawa kecederaan dialami si mati secara lazimnya cukup untuk menyebabkan kematian ataupun tidak.
59
Dalam kes terhadap OKT ini, tiada keterangan saintifik yang dapat membantu Mahkamah, namun begitu ia tidak secara automatik menjadikan elemen ini gagal dibuktikan. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg Sebagaimana diputuskan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP (supra) di atas, sama ada kecederaan yang dialami oleh si mati pada lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian adalah merupakan suatu persoalan fakta yang perlu ditentukan oleh mahkamah.
60
Dalam hal ini, Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, di mana keterangan SP3, SP6, SP12 dan juga SP24 telah menunjukkan bahawa si mati telah dicederakan (didera) oleh OKT secara berpanjangan. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa perbuatan OKT memukul si mati sama ada menggunakan penyangkut baju ataupun tidak, tindakan mencucuh si mati dengan rokok, kegagalan membawa si mati untuk mendapatkan sebarang rawatan atas alasan si mati tiada sijil kelahiran, umur si mati yang kecil iaitu lebih kurang tiga tahun semasa kejadian dan fakta bahawa penemuan tengkorak dan gigi si mati adalah hasil maklumat dan pandu arah oleh OKT, secara keseluruhan membuktikan bahawa kecederaan dialami si mati secara lazimnya adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574.
61
Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammad Akmal Zuhairi Azmal & Yang Lain lwn. PP (supra) di atas juga, niat yang perlu dibuktikan bukanlah niat S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg menyebabkan suatu kecederaan secara spesifik sehingga mengakibatkan kematian, tetapi cukup dengan sekadar niat untuk menyebabkan kecederaan yang dialami, dan kecederaan tersebut pula cukup, secara lazimnya akan menyebabkan kematian. Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah memutuskan seperti yang berikut: “[77] Dalam kes Public Prosecutor v Visuvanathan [1978] 1 MLJ 159 isu berbangkit ini ada dijelaskan seperti yang berikut: It is irrelevant and totally unnecessary to enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The crucial question always is, was the injury found to be present intended or accidental. As was observed by Bose J in Virsa Singh’s case at p 476: It does not matter that there was no intention … to cause injury of a kind that is sufficient to cause death in the ordinary cause of nature And at p 478: … the question, so far as the intention is concerned, is not whether he intended to inflict the injury in question. (Penekanan ditambah.) [78] Selanjutnya, dalam kes yang sama, dinyatakan: S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg At p 158, Lord Diplock states: To establish that an offence had been committed under section 300(c), or under section 299, it would not have been necessary for the trial judge in the instant case to enter an inquiry whether the appellant intended to cause the precise injuries which in fact resultant or had sufficient knowledge of anatomy to know that the internal injury which might result from his act would take the form of fracture of the ribs, followed by cardiac arrest. As was said by the Supreme Court of India when dealing with the identical provisions of the Indian Penal Code in Virsa Singh v State of Punjab at p 467: that is not the kind of enquiry. It is broad based and simple and based on common sense. It was however essential for the prosecution to prove, at very least, that the appellant did intend by sitting on the victim’s chest to inflict upon her some internal, as distinct from mere superficial, injuries or temporary pain … (Penekanan ditambah.).”. [penekanan ditambah]
62
Niat seseorang tidak boleh dibuktikan melalui keterangan secara langsung, sebaliknya hanya boleh dibuktikan melalui S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg inferens berdasarkan keseluruhan fakta-fakta yang dikemukakan (rujuk kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237). Dalam kes ini, niat untuk menyebabkan kecederaan perlu dilihat dari keseluruhan fakta kes dikemukakan.
63
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pendakwaan. Berdasarkan fakta bahawa si mati telah dipukul atau didera secara berterusan oleh OKT iaitu sepanjang lebih kurang tempoh 2 bulan si mati dalam jagaan OKT, umur si mati yang kecil iaitu berumur lebih kurang 3 tahun semasa kejadian, kegagalan membawa si mati mendapatkan rawatan atas alasan tiada sijil lahir si mati, dan perbuatan menipu SP6 dan SP24 bahawa si mati telah diserahkan kepada orang lain apabila ditanya oleh SP24, dengan jelas memberikan inferens bahawa OKT mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan yang telah menyebabkan kematian si mati.
64
Sehubungan itu, berdasarkan keseluruhan fakta-fakta tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa perbuatan menyebabkan bencana tubuh/mencederakan tersebut dilakukan oleh OKT dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada si mati, dan bencana tubuh/kecederaan dimaksudkan adalah cukup, pada lazimnya untuk menyebabkan kematian sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 300(c) Akta 574. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg
65
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT.
66
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie atas pertuduhan dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
67
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan Pembelaan tidak memanggil mana-mana saksi lain.
68
Keterangan OKT secara umumnya menafikan bahawa OKT mempunyai niat untuk membunuh, sebaliknya kematian si mati adalah disebabkan oleh keadaan si mati yang tidak sihat/demam dan akibat dari ubat tahan muntah yang diberikan kepada si mati. Secara umumnya, pembelaan OKT merupakan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg penafian terhadap versi Pendakwaan tentang apa yang telah berlaku yang telah membawa kepada kematian si mati.
69
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
70
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
71
OKT telah memilih memberi keterangan bersumpah dan secara umumnya pembelaan OKT mengetengahkan fakta bahawa S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg OKT tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan kematian si mati.
72
Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan pembelaan dan juga keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di peringkat Pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta-fakta berikut adalah tidak dicabar dan/atau tidak dinafikan iaitu: a) bahawa si mati telah mati semasa dalam jagaan OKT; b) bahawa si mati telah mati di alamat sebagai mana dalam pertuduhan; c) bahawa si mati telah mati pada waktu pagi pada 23/2/2019 sebagaimana dalam pertuduhan; d) si mati telah tinggal dengan OKT dalam tempoh lebih kurang 2-3 bulan sebelum kematian si mati; e) OKT ada memukul si mati; f) OKT telah membuang mayat si mati di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi; S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg g) OKT telah memaklumkan kepada SP24 (ibu simati) bahawa si mati telah diserahkan kepada orang lain apabila ditanya oleh SP24 di mana si mati berada; h) OKT telah bertindak membawa keluar SP6 (isteri OKT) dan anak-anaknya sebaik mengetahui laporan polis dibuat oleh SP24 tentang kehilangan si mati.
73
Pembelaan dikemukakan OKT pada peringkat Pendakwaan secara umumnya menyatakan bahawa OKT tiada niat untuk membunuh si mati berdasarkan kepada fakta bahawa pakar forensik tidak dapat mengesahkan punca kematian simati. Namun begitu, di peringkat pembelaan OKT tidak menafikan bahawa si mati telah mati semasa dalam jagaannya sebaliknya menyatakan bahawa si mati telah mati berkemungkinan akibat pemberian ubat tahan muntah yang berlebihan diberi oleh SP6 pada malam sebelum kematian si mati. Tambahan pula, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa SP6 adalah seorang saksi kredibel dan berdasarkan keterangan SP6, tidak pernah wujud fakta bahawa si mati demam pada hari kejadian dan bahawa SP6 telah memberikan ubat demam atau ubat tahan muntah sebagaimana dinyatakan dalam pembelaan OKT.
74
Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan OKT ini tidak pernah dikemukakan oleh Pembelaan pada peringkat Pendakwaan, sebaliknya Pembelaan mencadangkan bahawa S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg si mati telah mati akibat sawan. Fakta sebagaimana dikemukakan oleh Pendakwaan adalah lebih munasabah kerana berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan secara keseluruhannya, Mahkamah berpuashati bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih kredibel dan boleh dipercayai.
75
Selain itu juga, tindakan OKT membawa SP6 dan anak-anaknya keluar dari Langkawi setelah mengetahui laporan polis dibuat oleh SP24, walaupun dijelaskan oleh OKT bagi tujuan menghantar anak-anaknya untuk dijaga oleh ibu di Cheras, pada pendapat Mahkamah ini hanyalah alasan untuk melarikan diri dari ditangkap polis. Ini kerana berdasarkan keterangan SP6, cara OKT menguruskan proses mereka sekeluarga keluar dari Langkawi, perjalanan yang melibatkan pemberhentian di beberapa tempat seperti Kuala Kangsar, Lumut dan Teluk Intan, tidak langsung menggambarkan situasi sebagaimana dinyatakan dalam pembelaan OKT. Sebaliknya ia lebih selaras dengan keadaan seseorang yang cuba hendak melarikan diri dari ditangkap oleh polis bagi suatu kesalahan.
76
Walaupun Pembelaan menghujahkan bahawa punca kematian tidak dapat dipastikan kerana pakar patologi forensik (SP8) sendiri tidak dapat mengenalpasti punca kematian, pada pendapat Mahkamah ini bukanlah satu-satunya faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Mahkamah perlu S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg menilai keseluruhan keterangan terutamanya keterangan berbentuk keadaan dan sama ada berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan pendakwaan, hanya satu inferens dapat dibuat iaitu si mati telah mati akibat perbuatan OKT dan perbuatan tersebut telah dilakukan dengan niat (rujuk Sunny Ang v. Public Prosecutor (supra)). Berdasarkan ulasan-ulasan dan dapatan dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan pihak Pendakwaan secara keseluruhannya telahpun membuktikan kesemua intipati kesalahan, dan bahawa keterangan OKT dalam pembelaannya, hanyalah satu penafian dan rekaan terkemudian (afterthought) semata-mata.
77
Berdasarkan keseluruhan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap keseluruhan kes. Sehubungan itu, Mahk dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan dengan itu Mahkamah ini mensabitkan OKT atas pertuduhan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 KK.
78
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
79
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
80
Hujahan mitigasi OKT hanya menegaskan bahawa tiada keterangan tentang punca kematian si mati, sebaliknya keterangan terhadap OKT hanyalah berbentuk keterangan berbentuk keadaan (circumstantial evidence). Sehubungan itu, Pembelaan memohon Mahkamah ini untuk mempertimbangkan hukuman alternative terhadap OKT selain hukuman mati.
81
Hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan pula menegaskan bahawa kesalahan dilakukan OKT adalah satu kesalahan serius yang telah mengakibatkan kehilangan satu nyawa. Pendakwaan memohon Mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam yang menuntut hukuman berat dikenakan terhadap OKT. Di samping itu, kesalahan terhadap OKT telah dibuktikan secara perbicaraan S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg penuh dengan seramai 26 orang saksi Pendakwaan telah dipanggil. Pendakwaan turut memohon Mahkamah mempertimbangkan bahawa si mati merupakan seorang kanak-kanak kecil yang pada masa kejadian, hanya berumur lebih kurang tiga tahun. Berdasarkan alasan-alasan dinyatakan, pihak Pendakwaan memohon supaya OKT dijatuhkan hukuman mati.
82
Mahkamah ini telah mempertimbangkan keseluruhan fakta kes ini dan juga hujahan-hujahan kedua-dua belah pihak. Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT, Mahkamah ini telah mempertimbangkan dan memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan dan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi OKT. Ini kerana kesalahan terhadap OKT melibatkan kesalahan membunuh yang merupakan kesalahan yang berat dan sangat serius. Si mati yang terlibat pula adalah seorang kanak-kanak kecil yang tidak berdosa yang sepatutnya dilindungi oleh OKT sebagai seorang lelaki dewasa. Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. inRex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah]
83
Di samping itu juga, dalam kes Public Prosecutor v Muhammad Khairuanuar bin Baharuddin and another S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg appeal [2024] 6 MLJ 397, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[58] As on the sentence, and having considered the new amendment of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 and submission by parties, we find the murder of the deceased, a child at the age of two years and two months is an exceptional case that refrains us from exercising our discretion to order an imprisonment sentence under the new Act. As such, the death sentence is maintained.” [penekanan ditambah]
84
Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan keseluruhan fakta kes ini terutamanya fakta bahawa si mati merupakan seorang kanak-kanak kecil yang tidak berdosa, yang diletakkan dalam jagaan OKT, dan juga fakta bahawa kematian si mati disebabkan oleh kecederaan akibat dipukul/didera oleh OKT secara berpanjangan, tiada perasaan perikemanusaiaan OKT terhadap si mati hingga sanggup membuang mayat si mati di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi tanpa diuruskan secara sepatutnya berdasarkan tuntutan agama, di samping Mahkamah ini turut mendapati bahawa OKT adalah seorang yang bersifat opportunist atas kelemahan isteri ataupun wanita untuk dikawal sesuka hati, dan juga bahawa sepanjang perbicaraan dijalankan Mahkamah ini mendapati OKT langsung tidak menunjukkan sebarang rasa kesal mahupun insaf atas S/N DzOt3dxfhU2ZvfSiUusvTg perbuatannya. Pada pendapat Mahkamah ini, berdasarkan alasan-alasan dinyatakan di atas, ini adalah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT atas kesalahan membunuh Nur Aisyah Aleya binti Abdullah, yang merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 302 KK. Bertarikh : 31 Julai 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah. Timbalan Pendakwa Raya : Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang, Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT : Ai Cha Ran Tetuan Ai Cha Ran & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.