Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-57-04/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-57-04/2021
High Court of Malaysia14 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“erikut:- Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant's conduct which is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950. This element of conduct has been discussed by this court in detail in Parlan Dadeh v. PP (supra). It”
“W3, PW9 and PW10, DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956”
“ion and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [34] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat pen”
“rangan SP7 sebagai benar dan kredibel. Tiada sebab untuk saya meragui dan menolak keterangan SP7 yang memberikan keterangan dalam tugasannya sebagai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg **Note : Serial number will be used to verify the originali”
“ma dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebe”
“engecaman kotak-kotak tersebut melalui gambar adalah mencukupi tanpa menimbulkan apa-apa lompang dalam kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung Chong Ah Chai & Ors v. Public Prosecutor [1978] CLJU 30 [1978] 1 LNS 30 yang It was argued before us by learned Counsel for the applicants that as the cement mixe”
“t kotak kecil berisi dadah. Keterangan ini adalah lebih boleh diterima berbanding keterangan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan seperti berikut: "The defence was, in effect, a simple denial of the evi”
“n keempat diragui. Ia menunjukkan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP7 adalah kredibel dan tanpa keraguan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 yang memutuskan seperti berikut:- A correct statement of the law is that failure of the defence to cross”
“Ia melibatkan dadah jenis Cannabis. Mengambil kira faktor ini, saya enggan untuk menjatuhkan hukuman mati. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Pendakwa Raya v. Mohd Fazli Bin Alias Dan Satu Lagi [1993] CLJU 227 dimana Hakim Arifin Jaka menyatakan: Di dalam kes ini selain dari pengakuan salah kedua-dua Orang Kena Tu”
“erial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 bertanda "Bl" hingga "B12". Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Nagarujun Arjunan v. PP & Another Case [2021] CLJU 100 yang memutuskan seperti berikut: [93] In this regard, we are of the view that there is an obvious error in”
“an forensic seperti CCTV, cap jari, DNA atau gambar dadah dalam but kereta, langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: [40] The other reason urged on behalf of the accused was the absence of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-57-04/2021 PENDAKWA RAYA
5
SITI SAIDA LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-tertuduh telah dituduh mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Tertuduh pertama (selepas ini dirujuk sebagai Jarrod) telah meninggal dunia sebelum perbicaraan dijalankan. Pertuduhan terhadapnya dibatalkan dengan perintah dilepas dan dibebaskan pada 25 September 2023. Tertuduh kelima (selepas ini dirujuk sebagai Saida) telah juga dilepas dan dibebaskan pada 8 Ogos 2022 apabila representasinya diterima oleh pihak pendakwaan. Perbicaraan penuh telah dijalankan terhadap tertuduh kedua, ketiga dan keempat. Tertuduh kedua (selepas ini dirujuk sebagai Sabreena) telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg Tiada rayuan telah difailkan oleh mana-mana pihak terhadap keputusan tersebut. Di akhir kes pembelaan, tertuduh ketiga dan keempat telah disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dihadapi oleh mereka. [2] Pertuduhan terhadap Sabreena, tertuduh ketiga dan keempat adalah seperti berikut:- ` PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Jarrod Christian Harry (No K/P: 830310- 14-5727), pada 27 Jun 2020, jam lebih kurang 12.10 pagi,di tepi Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, dalam melanjutkan niat bersama, telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 48,184 gram Cannabis. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang dari dua belas (12) sebatan. KES PENDAKWAAN [3] Pihak pendakwaan telah memanggil 9 orang saksi. Keterangan bagi kes pendakwaan adalah seperti yang telah berikan oleh saksi-saksi pendakwaan. Namun begitu saya nyatakan ringkasan kepada keterangan tersebut. [4] Pada 27 Jun 2020, jam lebih kurang 12.10 pagi, bertindak atas maklumat dadah, pengadu iaitu ASP Saravanan a/l Diwanantong. (selepas ini dirujuk sebagai SP7) telah mengetuai sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Beliau dan pasukannya telah membuat pemerhatian di tepi Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor berhadapan Restoran Uncle Don s. [5] Lebih kurang 20 minit kemudian, pengadu nampak satu kereta jenis Peugeot warna perak nombor pendaftaran MCT 1921 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Peugeot) sampai dan meletakkan kereta di tepi jalan tersebut dan diikuti oleh satu kereta jenis Proton Wira warna emas nombor pendaftaran WJA 4682 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Wira) yang meletakkan kereta di sebelah kiri kereta Peugeot tersebut. Lebih kurang 5 minit kemudian telah datang satu S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg kereta jenis Toyota Wish warna hitam nombor pendaftaran JRT 7846 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Toyota Wish) dan telah meletakkan keretanya disebelah kanan kereta Peugeot. [6] SP7 nampak Jarrod keluar dari bahagian pemandu dan Sabreena keluar dari bahagian penumpang hadapan kereta Peugeot. SP7 juga nampak tertuduh ketiga keluar dari bahagian pemandu kereta Wira dan terus menghampiri kereta Toyota Wish. SP7 juga nampak tertuduh keempat keluar dari bahagian pemandu kereta Toyota Wish tersebut dan membuka bonet belakang (selepas ini dirujuk sebagai but) kereta Toyota Wish. [7] SP7 juga nampak Jarrod dan tertuduh ketiga telah mengangkat satu kotak besar dari but kereta Toyota Wish. SP7 juga nampak tertuduh keempat mengangkat satu kotak kecil dari but kereta yang sama dan membawanya keluar. [8] SP7 dan pasukannya telah menyerbu kesemua suspek sambil memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa. Pada masa tersebut Jarrod, tertuduh ketiga dan tertuduh keempat telah melepaskan kotak yang dipegang dan cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan. Pemeriksaan pada tubuh badan kesemua saspek tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan ke atas kereta Toyota Wish telah S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg mendapati Saida seorang warganegara Indonesia bersama dua anaknya sedang tidur di bahagian penumpang hadapan. [9] Dengan disaksikan oleh kesemua suspek dan saksi polis, SP7 telah buat pemeriksaan terhadap satu kotak besar bertulisan Super Ring yang dilepaskan Jarrod dan tertuduh ketiga dan mendapati di dalamnya terdapat (38) ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis Cannabis. Pemeriksaan terhadap satu kotak kecil bertulisan Aptagro yang dilepaskan oleh tertuduh keempat di dalamnya terdapat (12) ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis Cannabis. [10] Hasil analisa oleh SP3, ahli kimia iaitu Dr Saravana Kumar a/l Jayaram (selepas ini dirujuk sebagai ahli kimia) terhadap semua rampasan telah mengesahkan bahawa ia adalah dadah jenis Cannabis seberat 48,184 gram. Cannabis adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [11] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap elemen kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh-tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE [12] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Sabreena, tertuduh ketiga dan keempat adalah seperti berikut:
1
Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB
2
Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut.
3
Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod telah mengedar dadah berbahaya tersebut. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg
4
Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB [13] Di dalam kes ini, tiada keraguan bahawa rampasan dadah yang dibuat telah dibuktikan adalah dadah berbahaya jenis Cannabis seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama ADB. Ini adalah seperti yang disahkan melalui keterangan ahli kimia SP3 dan laporan kimia yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit P18. [14] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang dalam rantaian keterangan berkenaan identiti barang kes dadah semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti (50) ketulan mampat bahan tumbuhan yang dibalut dengan plastik lutsinar dengan tandaan-tandaan yang dibuat oleh mereka. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes tersebut di Mahkamah. [15] SP7 dalam keterangannya menyatakan bahawa (1) kotak besar bertulisan "Super Ring" telah ditandakan sebagai A manakala (38) ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja telah ditandakan sebagai A1 hingga A38 bersama S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg tandatangan beliau beserta tarikh. Beliau juga memberikan keterangan bahawa (1) kotak kecil bertulisan "Aptagro" telah beliau tandakan sebagai B manakala (12) ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja telah ditandakan sebagai B1 hingga B12 bersama tandatangan beliau dan tarikh. Barang kes dadah ini bersama barang kes yang lain telah diserahkan oleh SP7 kepada pegawai penyiasat iaitu DSP Abdul Muttalib bin Ali (selepas ini dirujuk sebagai SP9) yang telah mengecamkan penandaan yang dibuat oleh SP7 sebagai barang kes dadah yang diterima oleh beliau. SP9 juga telah menurunkan tandatangan dan tarikh di setiap barang kes tersebut. SP9 telah menggunakan kotak yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditanda untuk mengisi barang kes dadah tersebut untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. 2 kotak itu telah kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia oleh Inspektor Ivan Glen (SP4) dan diserahkan kepada ahli kimia. Ahli kimia juga telah mengecamkan penandaan yang dibuat oleh SP7 di setiap barang kes dadah dan penandaan kotak yang dibekalkan oleh PDRM. Setelah dianalisa, barang kes yang sama telah diserahkan kembali kepada phak polis. Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat adalah: ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas dan dibuat penandaan oleh SP7, diterima oleh SP9 dan S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dibuat penandaan oleh beliau dan diserahkan kepada ahli kimia untuk dianalisa dan dikemukakan di Mahkamah ini. [16] SP9 juga telah menjelaskan mengapa beliau telah menukar kotak A Aptagro B yang dirampas kepada kotak yang dibekalkan oleh PDRM semasa barang kes dadah hendak dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.
Preamble
Menurut beliau kotak-kotak tersebut tidak boleh digunakan lagi kerana lembik dan reput dan sekiranya digunakan juga, dibimbangi akan melibatkan faktor keselamatan. Berikut adalah keterangan beliau dalam penyata saksinya di perenggan 27 bertanda PSP9 dan juga keterangan lanjut beliau semasa soalan utama oleh pihak pendakwaan. Keterangan beliau di PSP9 berbunyi seperti berikut:-
27
Pada 01/07/2020 jam lebih kurang 4.00 petang saya mengeluarkan kesemua barang kes daripada kotak asal dan isi di dalam kotak barang kes baru yang dibekalkan oleh PDRM dan saya tandakan sebagai kotak A berisi 38 ketulan iaitu tandaan 'A1 hingga A38' dan kotak B berisi 12 ketulan iaitu tandaan 'Bl hingga B12'. Kemudian saya telah seal kedua-dua kotak barang kes tersebut untuk di hantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg Keterangan beliau semasa soalan utama lanjutan adalah seperti berikut:- S: Para 27 telah keluarkan barang kes semua. Kenapa isikan barang kes ke dalam kotak baru? J: Saya telah mengeluarkan barang kes dari kotak asal kerana kedua dua kotak asal tersebut mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan sekiranya digunakan lagi dan saya bimbang atas faktor keselamatan barang kes untuk dihantar ke JKM oleh faktor itu saya telah tukar kotak barang kes yang dibekalkan oleh PDRM. S: Kotak A dan B jika dirujuk boleh camkan? J: Boleh. S: Ada di Mahkamah? J: Ada kotak A dan B baru. S: Keadaan kotak asal tersebut? J: Kotak asal tersebut koyak dan lembik dan reput, dan tak boleh digunakan. S: Kenapa terjadi sedemikian? J: Berdasarkan jumlah dan kuantiti rampasan dadah itu bagi kotak A ialah 38 kg dan B, 12 kg jadi berat tersebut tak mampu tampung berat dadah tersebut. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg S:Bagaimana pastikan kesuluruhan barang kes yang berada di dalam kotak asal? Mahk: Dimana kotak itu? J: Kotak tersebut saya telah musnahkan. S: Bagaimana pastikan kesuluruhan barang kes yang berada dalam kotak asal dimasukkan dalam kotak A dan B yang baru? J: Saya buat satu persatu dimana dari kotak asal saya keluarkan barang kes bertanda A1 A38 dimasukkan ke dalam kotak baru dan kotak bertanda A dan kemudian pindahkan ke kotak baru bertanda B, B1-B12 ke kotak baru bertanda B. S: Siapa kendalikan? J: Saya sendiri. S: Apa kamu buat dengan kotak lama tersebut? J: Saya simpan di pejabat saya sendiri dan didaftarkan di dalam stor barang kes tetapi didapati keadaan kotak tersebut tak sesuai di stor barang kes berpusat daerah Serdang memandangkan kotak tersebut akan beri kesan pada kotak dan barang lain dalam stor tersebut. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg S:Kotak adalah barang penting dalam kes ini, jadi bagaimana nak pastikan kotak bertanda A dan B dapat dicamkan dalam perbicaraan? J: Saya telah ambil proses, ambil gambar kotak dan barang kes tersebut dengan jelas, dimana jelas nampak tandatangan, rupa bentuk, tandaan juga telah direkodkan secara bergambar. S: Seperti gambar barang kes tadi? J: Benar [17] Keterangan SP9 kekal utuh walaupun telah disoal balas oleh peguam tertuduh-tertuduh. Saya juga mendapati keterangan SP9 selaras dengan gambar barang kes yang ditandakan sebagai P12
1
hingga (4). Jelas dari gambar-gambar itu, penandaan yang dibuat oleh SP7 dan SP9 bukan sahaja pada kotak-kotak bertanda A dan B tersebut tetapi yang paling utama, di atas setiap 50 ketulan mampat bahan tumbuhan yang dibalut dengan plastik lutsinar. Saya juga menerima penjelasan SP9 yang mengatakan bahawa beliau telah memusnahkan 2 kotak asal tersebut memandangkan keadaan kotak tersebut tidak sesuai disimpan di dalam stor barang kes berpusat daerah Serdang memandangkan kotak tersebut akan beri kesan pada kotak dan barang lain dalam stor tersebut. Perlu diingat bahawa kotak-kotak tersebut dalam S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg keadaan koyak, lembik dan reput, dan tidak boleh digunakan. Ketiadaan kotak-kotak asal ini tidak menjejaskan rantaian keterangan berkenaan 50 ketulan mampat bahan tumbuhan disyaki dadah jenis Cannabis yang dirampas oleh SP7 pada hari kejadian, dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa dan kemudiannya dikemukakan di Mahkamah: adalah barang kes yang sama melalui penandaan-penandaan yang dibuat oleh saksi-saksi dan dicamkan secara positif oleh mereka. Alasan yang diberikan oleh SP9 untuk memusnahkan kotak-kotak tersebut adalah munasabah melihat kepada keadaan kotak tersebut. Apatah lagi beliau telah mengambil gambar kotak-kotak tersebut sebelum dimusnahkan. Ini menunjukkan tindakan beliau adalah tulus tanpa sebarang niat untuk menyembunyikan apa-apa keterangan. Gambar-gambar itu juga telah dicamkan oleh saksi-saksi terutamanya SP7 dan SP9 sebagai kotak-kotak yang dirampas oleh SP7 dan diserahkan kepada SP9 pada hari kejadian. Pengecaman kotak-kotak tersebut melalui gambar adalah mencukupi tanpa menimbulkan apa-apa lompang dalam kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Agung Chong Ah Chai & Ors v. Public Prosecutor [1978] CLJU 30 [1978] 1 LNS 30 yang It was argued before us by learned Counsel for the applicants that as the cement mixer was in the possession of the S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg prosecution no prima facie case had been proved when they failed to produce the cement mixer at the trial or to have it marked as an exhibit - it would be different if the subject matter of the offence was no longer in possession of the prosecution e.g. if a stolen apple had been eaten. It was also argued that as the two photographs had not been identified by the owner of the cement mixer there was a break or gap in the chain of evidence as to the identity of the cement mixer. With respect we did not agree with them and we accordingly answered the question in the affirmative. We now give our reasons. The record of the proceedings in the Magistrate's Court showed that the question of production of the cement mixer was discussed and the prosecution had said that it could be viewed at the site if necessary as it was heavy to carry it to Court. Nothing came out of this and it was not viewed at the site nor was it marked as an exhibit. As such, we did not think that the omission to produce the cement mixer at the trial or to mark it as a exhibit was fatal to the prosecution case. There was the clear evidence of the worker and the owner that the cement mixer had been meddled with and that the bolts and screws which had been removed from the cement mixer were lying nearby. The investigation officer who came to the site S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg with the owner saw the same cement mixer in the presence of everyone concerned including the applicants. In our view the evidence up to this point should have been enough to support the prosecution case and the photographs which were in fact taken on the investigation officer's instruction at the time were merely additional supportive evidence regarding it. It was true that the owner was not asked to identify the two photographs but there could be no doubt that the cement mixer shown in the two photographs was the same cement mixer belonging to him, the engine of which the applicants had attempted to steal. It could not therefore be said that there was any material break or gap in the chain of evidence regarding the identity of the subject matter of the offence. [18] Berkenaan Borang POL 31 iaitu Borang Contoh-Contoh Dan/Atau Barang Kes Untuk Pemeriksaan Atau Cerakinan , yang ditandakan sebagai P16, yang diserahkan oleh SP4 kepada ahli kimia, yang menyatakan di perenggan 2 (2) sebagai:- (2)- KOTAK (12) KETULAN MAMPAT DEDAUN KERING YANG DIBALUTI PLASTIK LUTSINAR DISYAKI DADAH JENIS GANJA TANDAAN (B39- B50 , yang sepatutnya ditulis sebagai (B1-B12), saya mendapati ia tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah berkenaan identiti barang kes tersebut. Ini adalah kerana saksi-saksi bermula S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dengan SP7, SP9 dan ahli kimia telah mengecamkan setiap ketulan mampat bahan tumbuhan yang dibalut dengan plastik lutsinar yang terdapat di dalam kotak bertanda B melalui penandaan B1 hingga B12 yang terdapat di atas plastik lutsinar tersebut. SP9 telah menjelaskan sendiri semenjak pemeriksaan utama bahawa ia hanyalah satu kesilapan menaip. Apabila SP9 disoal balas, beliau telah memberikan keterangan yang konsisten berkenaan kesilapan menaip itu. Beliau juga mengatakan barang kes dadah yang berada yang dihantar kepada ahli kimia mempunyai tandaan B1 B12. Tandaan-tandaan ini juga telah dicamkan oleh saksi-saksi. Tiada penandaan B39 hingga B50 yang timbul sepanjang perbicaraan ini kecuali kesilapan menaip yang terdapat di P16. Justeru saya menerima penjelasan yang diberikan oleh SP9 berkenaan perkara ini. Ia langsung tidak menimbulkan sebarang lompang berkenaan identiti barang kes dadah tersebut. Apatah lagi ahli kimia melalui resit rasmi di P17 mengesahkan telah tanpa menyatakan apakah panandaan yang terdapat pada setiap barang kes yang berada dalam setiap kotak tersebut. Namun begitu keterangan beliau di 12 ketulan mampat bahan tumbuhan yang dibalut dengan plastik lutsinar dan diperkuatkan dengan pita pelekat lutsinar yang masing masing S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg bertanda "Bl" hingga "B12". Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Nagarujun Arjunan v. PP & Another Case [2021] CLJU 100 yang memutuskan seperti berikut: [93] In this regard, we are of the view that there is an obvious error in paragraph 7 of Exhibit P13. The prosecution cannot ask the court to assume that the name appearing in paragraph 7 was a typo error as only the maker of the document i.e. SP6 would be able to clarify this. The prosecution had called SP6 to explain the error and rightly SP6 said it was a copy paste and he had forgotten to delete it. The Court accepted it as a plausible explanation. We found no error on the part of the learned trial judge to rely on the finger-print report of SP6 to implicate the 2nd accused to the crime. Jelas dari keputusan kes Mahkamah Rayuan ini membenarkan pembetulan dan penjelasan secara lisan terhadap suatu dokumen walaupun ia adalah laporan pakar. Dalam kes ini P16 bukanlah laporan pakar tetapi hanyalah pengesahan penyerahan barang kes oleh pihak polis kepada ahli kimia. Justeru pembetulan dan penjelasan yang dibuat oleh SP9 adalah diterima. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg Elemen Kedua: Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Elemen Ketiga: Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod telah mengedar dadah berbahaya tersebut [19] Di dalam kes ini, saya akan membincangkan kedua-dua intipati ini secara bersekali dan memberikan alasan-alasan saya berkenaan dua intipati ini memandangkan keputusan saya bagi pembuktian elemen pengedaran telah menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB. [20] Anggapan pengedaran dibawah seksyen 37 (da) ADB hanya boleh beroperasi apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh dibuktikan memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis melebihi berat statutori 200 gram. Pembuktian elemen fizikal dan mental (pengetahuan) tertuduh-tertuduh terhadap dadah berbahaya jenis Cannabis tersebut. Seksyen 37 (da) ADB menyatakan seperti berikut:- (da) any person who is found in possession of-
VI
(vi) 200 grammes or more in weight of cannabis, S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg otherwise than in accordance with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until the contrary is proved, to be trafficking in the said drug; [21] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh-tertuduh apabila ia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkan mereka berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelask sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. [22] Di dalam kes ini, SP7 adalah saksi penting pendakwaan yang telah memberikan keterangan bahawa beliau telah nampak Jarrod dan tertuduh ketiga mengangkat keluar satu kotak besar dari but kereta Toyota Wish. Beliau juga nampak tertuduh keempat mengangkat keluar satu kotak kecil dari dalam but kereta yang sama. Apabila diperiksa, kotak besar b
38
ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar yang telah disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah Cannabis. terdapat (12) ketulan mampat dedaun kering yang dibaluti plastik lutsinar, juga telah disahkan sebagai dadah jenis Cannabis . [23] Fakta-fakta ini membuktikan elemen fizikal bahawa Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat sememangnya berada dalam milikan mereka dadah berbahaya tersebut. Dalam kedudukan mereka mengangkat kotak-kotak berisi dadah tersebut menunjukkan Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat, pada bila-bila masa, apabila setiap dari mereka mahu, boleh berurusan dengan dadah tersebut dengan mengecualikan orang lain. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg [24] Terdapat keterangan yang banyak yang menunjukkan pengetahuan Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat terhadap dadah berbahaya yang dirampas. Menurut SP7, semasa beliau dan pasukannya memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa, SP7 nampak Jarrod dan tertuduh ketiga melepaskan kotak besar yang dipegang mereka manakala tertuduh keempat telah melepaskan kotak kecil yang dipegangnya. Tertuduh-tertuduh telah cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah berlaku pergelutan. Keterangan-keterangan sebegini menunjukkan pengetahuan Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat berkenaan dadah tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273 yang memutuskan seperti berikut:- Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant's conduct which is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950. This element of conduct has been discussed by this court in detail in Parlan Dadeh v. PP (supra). It is not necessary for us to repeat except to say that the trial judge has correctly exercised his discretion in coming to a conclusion that in the circumstances of this case, the struggle between the appellant and the police officers, though in plain S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg clothes, is a factor, amongst others, to imply that the appellant has knowledge of what was inside the bag. We agree that there may be another inference to this: such as the appellant being scared when pounced upon by certain men unknown to him but then, as the trial judge has said, other factors like the appellant walking in a suspicious manner and carrying a bag over his shoulder which contained the incriminating drugs considered as a whole implies that the appellant has knowledge of what was inside the bag. [25] Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, yang telah diikuti oleh kes Aedy Osman (supra) yang memutuskan seperti berikut:- [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s.
9
Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. [26] Semasa SP7 dan saksi-saksi pendakwaan disoal balas, tiada penjelasan lain yang telah dikemukakan oleh peguambela tertuduh ketiga dan keempat berkenaan tindakan tertuduh ketiga dan keempat melepaskan kotak-kotak tersebut dan cubaan mereka untuk melarikan diri. Justeru keterangan yang tinggal hanyalah keterangan SP7 yang mengatakan kotak-kotak berisi dadah tersebut telah dilepaskan oleh Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg serta cubaan mereka untuk melarikan diri setelah diserbu oleh pihak polis, menunjukkan mereka tahu di dalam kotak-kotak yang diangkat dan dilepaskan itu mengandungi dadah berbahaya. Alasan Sabreena dilepas dan dibebaskan diakhir kes pendakwaan [27] Melalui keterangan SP7 juga, saya dapati tiada keterangan prima facie yang menunjukkan Sabreena mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Perlu diingat Sabreena keluar dari kereta lain iaitu kereta Peugeot dan bukannya dari kereta Toyota Wish. Tiada keterangan yang menunjukkan dia pernah berurusan dengan kotak-kotak berisi dadah yang diangkat keluar dari kereta Toyota Wish. Satu-satu keterangan yang boleh mengaitkan Sabreena adalah: dia berada di tempat kejadian pada masa serbuan berlaku. Walau bagaimanapun, berada di tempat kejadian semata-mata bukanlah keterangan yang mencapai tahap prima facie bagi membolehkannya dia dipanggil untuk membela diri. Justeru Sabreena telah saya perintahkan agar dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Elemen Keempat: Tertuduh ketiga, keempat, Sabreena dan Jarrod, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg [28] Untuk membuktikan niat bersama antara tertuduh-tertuduh, pihak pendakwaan mesti menunjukkan hubungan atau kaitan antara mereka untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah. Saya merujuk kepada kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241, apabila Hakim Mahkamah Agung Syed Agil Barakbah menyatakan: In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. [29] Hubungan atau nexus dapat dilihat melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menggambarkan hubungan antara tertuduh-tertuduh. Ini dapat dilihat melalui keterangan yang menyatakan bahawa Jarrod dengan memandu kereta Peugeot telah datang ke tempat kejadian iaitu, tepi Jalan Kenari 5. Dia kemudiannya telah meletakkan keretanya di tepi jalan tersebut. Ini diikuti oleh tertuduh S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg ketiga yang memandu kereta Wira dan meletakkan keretanya di sebelah kiri kereta Peugeot Tertuduh keempat pula, telah memandu kereta Toyota Wish dan meletakkan keretanya di sebelah kanan kereta Peugeot. Kemudian, Jarrod bersama tertuduh ketiga telah mengangkat keluar kotak besar berisi dadah, dari dalam but kereta Toyota Wish. Manakala pada masa yang sama, tertuduh keempat pula mengangkat keluar kotak kecil berisi dadah dari kereta yang sama. Keterangan-keterangan ini menunjukkan hubungan dan nexus antara Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat dalam mengendalikan dadah tersebut. Keterangan ini secara kolektif menunjukkan terdapat niat bersama dan kerjasama antara Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat, iaitu bagi mencapai niat bersama, telah datang ke tempat kejadian dalam tempoh masa yang sama dan meletakkan kereta mereka bersebelahan antara satu sama lain. Mereka kemudiannya bertindak mengangkat kotak-kotak berisi dadah jenis Cannabis tersebut. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen niat bersama seperti yang dinyatakan dalam seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kredibiliti Keterangan Saksi-Saksi Pendakwaan [30] Peguam tertuduh ketiga menghujahkan bahawa, semasa pemerhatian dan serbuan dilakukan, ia berlaku pada tengah malam S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dan tempat kejadian adalah gelap dengan visual persekitaran tidak jelas langsung. Justeru, peguam menghujahkan keterangan SP7 perlu ditolak. Saya telah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP7, SP9 dan keterangan SP2 iaitu jurugambar Sarjan Abdul Halim beserta gambar tempat kejadian yang diambil olehnya pada waktu malam (P11 (1) hingga
14
(14)). Saya mendapati keterangan SP7 yang mengatakan bahawa beliau nampak apa yang berlaku semasa pemerhatian dibuat, adalah munasabah dan boleh diterima. SP7 mengatakan beliau nampak kejadian dengan jelas dengan menggunakan lampu dari jalan dan lampu bangunan. Menurut SP7, semasa pemerhatian terhadap saspek dibuat, beliau berada dalam jarak lebih kurang 12- 15 meter. Saya juga telah melihat gambar yang diambil oleh SP2 pada waktu malam yang menunjukkan: memang benar terdapat lampu-lampu di jalan dan dari bangunan-bangunan sekeliling. Lampu-lampu ini membolehkan SP7 dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Justeru saya mempercayai keterangan SP7 sebagai benar dan kredibel. Tiada sebab untuk saya meragui dan menolak keterangan SP7 yang memberikan keterangan dalam tugasannya sebagai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg [31] Tiada percanggahan material dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan kebolehlihatan tempat kejadian yang , keterangan SP2 dan SP9 yang sama-sama pergi ke tempat kejadian pada waktu malam juga mengatakan terdapat lampu jalan dan lampu bangunan di tempat tersebut. Mereka juga mengatakan pencahayaan di situ adalah mencukupi dan memadai untuk pemerhatian dan serbuan dibuat. Saya mendapati keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan SP7. Ketiadaan gambar dadah dalam kereta, ketiadaan rakaman CCTV dan ketiadaan laporan cap jari [32] Saya juga mendapati tiada keterangan yang disembunyikan oleh pihak pendakwaan dalam siasatan pihak polis. Peguambela menghujahkan ketiadaan gambar-gambar dadah yang diletakkan dalam kereta, ketiadaan rakaman CCTV dan ketiadaan cap jari pada dadah-dadah tersebut telah menjejaskan kes pendakwaan. Namun begitu saya enggan bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan memandangkan ia telah dijelaskan oleh pegawai penyiasat. SP9 telah menjelaskan bahawa cap jari yang dikesan adalah dalam keadaan tidak sempurna bagi tujuan analisa. Beliau juga menjelaskan hasil siasatan beliau tidak terdapat CCTV di S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg kawasan tempat kejadian. Keterangan ini menunjukkan usaha SP9 dalam siasatan ini walau pun keputusannya tidak dapat membantu mana-mana pihak. Justeru tiada penyembunyian keterangan yang dilakukan dalam siasatan kes ini. [33] Saksi-saksi pendakwaan telah disoal balas oleh peguambela tertuduh-tertuduh dan soalan-soalan itu telah dijawab dengan jujur. Dari keterangan yang dikemukakan, adalah tidak boleh dinafikan bahawa pada hari kejadian Jarrod dan tertuduh ketiga ditangkap ketika mengangkat kotak berisi dadah sebanyak (38) ketul manakala tertuduh keempat ditangkap ketika mengangkat kotak berisi dadah sebanyak (12) ketul. Keterangan sebegini cukup kuat (over whelming) dan tidak boleh diabaikan oleh Mahkamah ini. Ketiadaan keterangan forensic seperti CCTV, cap jari, DNA atau gambar dadah dalam but kereta, langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: [40] The other reason urged on behalf of the accused was the absence of fingerprints evidence and photos from the CCTV footage which were not tendered as evidence before the court and if the photos were produced, it will conclusively show S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg whether the personal items were actually placed at the back seat or in the boot of the said car. [41] With respect, we beg to differ. From the evidence which we have endeavoured, we find that the absence of forensic evidence such as fingerprints and photos not tendered before the court as asserted by the defence were only a minor issue. We find no necessity for us to deliberate at length on this issue raised, safe to say that the direct evidence i.e. testimonies of the material witnesses (PW1, PW2, PW3, PW9 and PW10, DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [34] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima terhadap semua keterangan yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ketiga dan keempat bahawa mereka berdua bersama-sama dengan Jarrod, bagi mencapai niat bersama telah S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg mengedar dadah berbahaya seperti pertuduhan yang telah dirangka terhadap mereka. Saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen di bawah seksyen mental serta niat bersama bahawa Jarrod, tertuduh ketiga dan keempat telah ada dalam milikan mereka dadah berbahaya jenis Cannabis dan mengetahui mereka memiliki dadah berbahaya tersebut. Justeru anggapan dibawah seksyen 37 (da) ADB beroperasi. Memandangkan dadah Cannabis yang terlibat melebihi berat 200 gram, maka tertuduh ketiga dan keempat dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Oleh yang demikian tertuduh ketiga dan keempat dipanggil untuk membela diri. KES PEMBELAAN [35] Tertuduh ketiga (SD1) dan keempat (SD2) telah memberikan keterangan secara bersumpah. Keterangan saksi-saksi pembelaan secara terperinci adalah seperti yang telah direkodkan oleh Mahkamah ini. Saya nyatakan ringkasan kepada pembelaan mereka. [36] Tertuduh ketiga telah memberikan keterangan bahawa dia telah pergi ke Puchong pada hari tersebut kerana mendapat panggilan S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg telefon daripada Sabreena. Dia telah ke Puchong dengan menaiki kereta Wira. Menurut tertuduh ketiga, semasa dia sedang berborak-borak dengan Sabreena, manakala kawan Sabreena bernama Jarrod sedang berbual dengan kawannya, ada beberapa orang telah datang dan menangkap Jarrod. Tertuduh ketiga bersama Sabreena juga ditangkap. Tertuduh ketiga menafikan mengenali Jarrod. Dia juga menafikan mengenali tertuduh keempat. Menurut tertuduh ketiga, semasa dia berborak-borak dengan Sabreena, dia nampak Jarrod telah keluarkan kotak-kotak dari kereta Jarrod sendiri. Tertuduh ketiga menafikan dia mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kotak-kotak tersebut [37] Keterangan tertuduh keempat pula menyatakan bahawa pada hari kejadian, isterinya iaitu Saida telah mendapat panggilan telefon daripada pelanggannya yang membuat tempahan pembelian tudung. Justeru dia bersama isterinya dengan menaiki kenderaan Ford Ranger telah pergi ke tempat kejadian dan meletakkan kenderaannya berdekatan dengan Restoran Uncle Don . Menurut tertuduh keempat, dia telah meninggalkan keretanya untuk menghantar tempahan tudung tersebut dan semasa dia hendak balik ke keretanya dia telah ditahan oleh beberapa orang yang kenalkan diri mereka sebagai polis. Tertuduh keempat menafikan memiliki dan memandu kereta Toyota Wish. Dia mengatakan dia S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg memiliki kereta Ford Ranger tetapi tidak ingat apakah nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Selepas ditahan, pihak polis telah membuat ujian pengesanan dadah dalam air kencingnya dan didapati positif. Dia kemudiannya dituduh dengan kes pengedaran dadah. Tertuduh keempat menafikan mengenali Jarrod, Sabreena dan tertuduh ketiga. Tertuduh keempat juga menafikan mempunyai pengetahuan berkenaan kotak-kotak berisi dadah yang dirampas dalam kes ini. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [38] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksima dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. Menurut kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v. PP (supra) pembuktian melampaui keraguan yang munasabah mempunyai dua aspek iaitu beban S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg undang-undang (legal burden) terhadap pihak pendakwaan yang perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala di pihak tertuduh yang mempunyai beban pembuktian (evidential burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Seperti di dalam kes ini, penggantungan kepada anggapan yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk membuktikan elemen penting pertuduhan tersebut adalah dibolehkan. Dalam keadaan ini beban bukti khusus berbanding dengan beban bukti am, bertukar kepada pihak pembelaan untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian. Rujuk kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311. SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [39] Saya telah meneliti secara maksima pembelaan yang telah dikemukakan oleh tertuduh ketiga dan keempat. Saya mendapati keterangan pembelaan yang dikemukakan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Saya enggan untuk mempercayai keterangan mereka bahawa kononnya mereka tidak mengetahui berkenaan dadah Cannabis tersebut. Saya enggan untuk mempercayai bahawa tertuduh ketiga dan keempat S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg tidak mengenali antara satu sama lain dan bahawa tertuduh keempat tidak mengenali Jarrod dan Sabreena. Saya enggan untuk mempercayai bahawa tertuduh keempat tidak memandu kereta Toyota Wish tetapi kononnya memandu kereta Ford Ranger. [40] Pembelaan tertuduh ketiga saya dapati hanyalah penafian semata-mata. Tertuduh ketiga menafikan segala keterangan yang diberikan oleh SP7 terhadapnya. Ini termasuklah keterangan yang penting berkenaan tertuduh ketiga dilihat mengangkat kotak besar berisi dadah bersama Jarrod dan melepaskannya apabila diserbu oleh pihak polis serta cubaannya untuk melarikan diri. Tertuduh ketiga gagal menjelaskan tindakannya itu memandangkan pembelaannya hanyalah bersifat penafian semata-mata. Saya enggan mempercayai pembelaan tertuduh ketiga yang mengatakan dia ke tempat kejadian untuk berborak-borak dengan Sabreena dan tidak terlibat dengan kes ini. Saya mendapati fakta-fakta ini langsung tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan. [41] Pembelaan tertuduh keempat juga bersifat penafian semata-mata. Dia mengatakan kononnya ke tempat kejadian untuk menghantar tempahan tudung kepada pelanggan. Dia mengatakan dia langsung tidak terlibat dengan kejadian mengangkat kotak kecil berisi dadah dan melepaskannya apabila diserbu oleh pihak polis serta cubaan untuk melarikan diri. Tiada penjelasan penting berkenaan S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg tindakannya itu memandangkan pembelaannya bersifat penafian terhadap keseluruhan keterangan SP7 semata-mata. Walau bagaimanapun, saya enggan mempercayai keterangan tertuduh keempat ini memandangkan fakta-fakta ini hanya ditimbulkan semasa kes pembelaan dan tidak pernah timbul dan disoal balas oleh peguamnya semasa SP7 atau saksi pendakwaan lain memberikan keterangannya. [42] Kegagalan menyoal balas saksi-saksi pendakwaan menunjukkan kredibiliti tertuduh ketiga dan keempat diragui. Ia menunjukkan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP7 adalah kredibel dan tanpa keraguan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 yang memutuskan seperti berikut:- A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant's trouser pockets remains unshaken [43] Pembelaan tertuduh ketiga dan keempat yang bersifat penafian semata-mata tidak menimbulkan apa-apa keraguan dalam kes pendakwaan. Saya lebih mempercayai keterangan SP7 yang nampak tertuduh ketiga dan Jarrod mengangkat kotak besar berisi S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dadah manakala tertuduh keempat mengangkat kotak kecil berisi dadah. Keterangan ini adalah lebih boleh diterima berbanding keterangan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan seperti berikut: "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." Kesimpulan di Akhir Kes Pembelaan [44] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian maksima, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh ketiga dan keempat memiliki dan mengetahui bahawa mereka sedang memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah mendapati tertuduh ketiga dan keempat telah bersama-sama S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg dianggap mengedar dadah berbahaya tersebut berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat statutori 200 gram seperti peruntukan seksyen 37 (da) ADB. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes pendakwaan dan mematahkan pengoperasian anggapan tersebut. Justeru tertuduh ketiga dan keempat disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dihadapi oleh mereka. HUKUMAN [45] Saya telah mendengar hujahan daripada kesemua pihak sebelum memutuskan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh ketiga dan keempat. Saya telah mengambil kira kepentingan awam sebagai faktor utama dimana dadah adalah musuh utama negara. Saya juga mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh ketiga dan keempat adalah satu kesalahan yang serius yang melibatkan dadah Cannabis dalam jumlah yang banyak iaitu 48,184 gram iaitu jauh melebihi anggapan statutori 200 gram yang diperuntukkan oleh undang-undang. Mahkamah mesti memberikan isyarat yang jelas kepada tertuduh-tertuduh dan bakal pesalah-pesalah bahawa hukuman berat menanti mereka apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Ini bagi melindungi orang awam dari S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg pengedar dadah seperti tertuduh ketiga dan keempat. Ia juga menjadi faktor deteren bukan sahaja terhadap tertuduh-tertuduh tetapi juga kepada bakal pesalah-pesalah di luar sana. [46] Walaupun saya menyedari kesalahan dadah adalah suatu kesalahan yang serius, namun tidak dapat dinafikan bahawa dadah yang terlibat dalam kes ini adalah dadah yang kurang berbahaya (less deleterious drug). Ia melibatkan dadah jenis Cannabis. Mengambil kira faktor ini, saya enggan untuk menjatuhkan hukuman mati. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Pendakwa Raya v. Mohd Fazli Bin Alias Dan Satu Lagi [1993] CLJU 227 dimana Hakim Arifin Jaka menyatakan: Di dalam kes ini selain dari pengakuan salah kedua-dua Orang Kena Tuduh saya juga mengambil kira jenis dadah ialah cannabis satu jenis dadah yang kurang merbahaya (less deleterious drug) jika dibandingkan dengan heroin, morphine, opium - (lihat kes PP v. Badrul Hisham (1988) 2 MLJ 585) dan berat cannabis ialah 861.81 gm. sahaja. Saya juga mengambil kira hukuman yang boleh dijatuhkan di bawah seksyen 39A(2)(f) Akta Dadah Berbahaya ialah penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan hukuman sebat tidak kurang dari sepuluh kali sebatan. S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg Pada pendapat saya sebatan sebanyak sepuluh kali adalah satu hukuman yang cukup berat dan ini dengan sendiri adalah deterent sentence dan merangkumi kepentingan awam (public interest). [47] Selain dari itu , latar belakang, umur tertuduh-tertuduh dan bahawa mereka tiada rekod kesalahan lampau telah saya pertimbangkan sebagai faktor mitigasi. Dalam rayuan mitigasi tertuduh keempat mengatakan dia mempunyai isteri dan anak-anak. Justeru Mahkamah enggan untuk menjatuhkan hukuman mati tetapi memutuskan untuk memberikan hukuman alternatif iaitu hukuman pemenjaraan seumur hidup sebagai hukuman yang wajar. Oleh kerana dadah yang terlibat adalah dalam jumlah yang banyak dan kes ini telah diputuskan setelah pebicaraan penuh dimana masa dan kos juga telah digunakan untuk Mahkamah mencapai kepada suatu keputusan sabitan bersalah, mahkamah enggan untuk menjatuhkan hukuman sebatan minima 12 kali sebatan tetapi menjatuhkan hukuman sebatan sebanyak 14 kali kepada tertuduh ketiga. [48] Justeru Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tertuduh ketiga dan keempat. Hukuman pemenjaraan ini bermula dari tarikh tertuduh-tertuduh ditangkap. Tertuduh keempat terlepas dari hukuman sebatan memandangkan dia telah berusia 55 S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg tahun semasa hukuman diberikan selaras dengan seksyen 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah. BERTARIKH PADA 14 MAC 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Tertuduh Ketiga Faizul Azwad Bin Abd Jalil D/A Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang SELANGOR. Perayu / Tertuduh Keempat Norazhar Bin Mat D/A Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang SELANGOR. Responden / Pendakwa Raya Maizatul Munirah Binti Abdul Rahman bersama Rosnee Binti Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya S/N 4xV0MhBE3kuzydr0/LKwg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.