kegagalan membuktikan elemen pengedaran seperti yang diperlukan di bawah ADB. [37] Mengenai Isu (a), Peguambela menegaskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal memenuhi kewajipan undang-undang untuk memanggil saksi-saksi material iaitu Amir dan Isfahan, sehingga menyebabkan kes prima facie tidak terbukti. Merujuk prinsip dalam Aedy Osman v PP [2010] MLJU 2221, Mahkamah Persekutuan menekankan adalah kewajipan pihak Pendakwaan membawa keterangan bagi mengakas versi Pembelaan yang dibangkitkan semasa pemeriksaan balas. Kes-kes seperti PP v Iskandar Mohamad Yusof [2006] 6 CLJ 379 dan Yee Wen Chin v PP [2008] 6 CLJ 773 turut mengesahkan prinsip ini terutamanya apabila wujud bukti kredibel bahawa individu lain yang terlibat dan merupakan the real culprit. [38] Dalam kes ini, Amir merupakan saksi material kerana nama dan nombor telefonnya tertera pada kotak berwarna coklat (ekshibit P9) yang mengandungi dadah dirampas daripada Tertuduh. Keterangan menunjukkan bahawa Amir ditangkap sehari sebelum Tertuduh atas kesalahan memiliki cannabis dalam kotak yang serupa (rujuk ekshibit D33) dan pengakuan salah Amir di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ( D34 A) membuktikan kerelevanannya. [39] Namun, pihak Pendakwaan dalam kes ini masih enggan memanggilnya walaupun beliau tersenarai sebagai saksi (rujuk ekshibit P8) dan berada dalam tahanan. Kegagalan ini menimbulkan tanda tanya terhadap kes yang dibicarakan, terutamanya apabila Pegawai Penyiasat sendiri mengakui keterangan Amir diperlukan untuk "mengelakkan cerita tergantung". [40] Dalam kes ini, wujud keterangan yang menunjukkan bahawa Amir telah ditangkap satu hari sebelum Tertuduh ditangkap, dan dadah ganja yang berada dalam kotak berwarna coklat telah dirampas daripada Amir. [41] Keterangan SP6 semasa Pemeriksaan Balas adalah seperti di bawah:- S: …Adakah benar satu hari sebelum tangkapan OKT dalam kes ini, ada satu lagi tangkapan seorang bernama Amir Asyraf Bin Mohamed Razali? J: Ya, betul. … S: Tangkapan ini berlaku pada 01.11.2021, iaitu satu hari sebelum tangkapan dalam kes ini, betul? J: Ya, betul. S: Tangkapan Amir Asyraf ini telah merampas dadah jenis ganja, betul? J: Ya, betul. S: Betul, ya. Dan juga dijumpa dalam satu kotak, betul? J: Ya, betul. … S: Dan kalau kita lihat laporan polis ini, Inspektor, dadah telah dijumpa dalam satu kotak warna coklat, betul? J: Okay. Betul. S: Dan ini adalah deskripsi yang Inspektor sendiri gunakan dalam kes ini, kotak warna coklat, betul? J: Ya, betul. … S: So, D33, tangkapan Sub-Inspektor Azmi, kotak warna coklat, dan di laporan Inspektor sendiri P29A pun merujuk kepada kotak warna coklat, betul? J: Ya, betul. S: …Tetapi nampaknya dia ada kena-mengena dengan kes ini lah, ikut laporan dan senarai saksi lah? J: Mungkin. S: Okay. So, benda yang dirampas oleh Inspektor, kotak coklat, Amir pun kotak coklat, betul? J: Betul. S: Kandungan kotak coklat yang dirampas oleh Sub-Inspektor Azmi dan oleh Inspektor sendiri, dua-dua ganja, betul? J: Ya, betul. [42] Jika dilihat nama dan nombor telefon Amir ada tertera pada kotak berwarna coklat (ekshibit P9) yang dirampas dari Tertuduh dalam kes ini dan SP7 juga telah mengambil keterangan beliau. Rujukan semasa pemeriksaan balas SP7 oleh Peguambela seperti dibawah:- S: Kenapa Inspektor pergi mengambil keterangan Amir Asyraf? J: Saya ambil keterangan disebabkan ada nama dia pada kotak dan nombor telefon. Saya hendak mengesahkan adakah itu nombor telefon dia… S: Okay. Jadi maksudnya, sekarang Inspektor sudah tahu bahawa nombor telefon Amir Asyraf ini adalah betul lah, dia mengesahkan. J: Dia yang mengesahkan. Pemeriksaan Utama SP7 S: Inspektor lihat kotak ini. Sebagai Pegawai Penyiasat, di kotak tersebut ada tandaan, ya. Ada nama Amir dan nombor telefon di situ, bukan? Inspektor ada siasat siapa Amir ini? J: Saya ada buat siasatan ke atas Mr. Amir tertera pada kotak ini. S: Inspektor ada siasat. Jadi Amir ini, ada wujud orang ini? J: Wujud. … S: Dan boleh Inspektor beritahu Mahkamah siapa Amir ini? J: Mr. Amir ini adalah tangkapan di Subang Jaya. Saya ada ambil keterangan dia di IPD Subang Jaya dan dia mengesahkan nombor telefon yang tertera ini adalah nombor telefon dia lah… [43] SP7 telah mengesahkan fakta semasa pemeriksaan balas bahawa watak Amir yang namanya tertulis di atas kotak Ekshibit P9 adalah orang yang sama dengan orang yang ditangkap dalam Daerah Subang Jaya dan orang yang percakapanya dirakam oleh SP7 sendiri. S: Sila lihat laporan ini. Adakah benar Amir ditangkap satu hari sebelum OKT, ditangkap oleh SI Azmi. Sub-Inspektor Azmi? J: Saya sahkan Amir Asyraf ini lah yang saya ambil keterangan. [44] Maka Peguambela berhujah bahawa daripada keterangan diatas adalah jelas bahawa watak Amir adalah seorang yang wujud dan merupakan saksi material dalam kes ini, lebih-lebih lagi nama Amir memang tersenarai sebagai saksi Pendakwaan (ekshibit P8). [45] Prinsip Radhi Direction sebagaimana diputuskan dalam Ghasem Hozouri Hassan v PP [2019] 6 MLJ 231 dan Yee Wen Chin juga terpakai, iaitu prinsip yang menghendaki Mahkamah mempertimbangkan sama ada terdapat individu lain yang sebenarnya bertanggungjawab atas jenayah tersebut. [46] Dalam kes ini, Amir bukanlah watak rekaan semata-mata, malah dia telah ditangkap, dituduh dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan berkaitan cannabis (rujuk ekshibit D34A dab D34B). Laporan tangkapan dan kertas pertuduhan terhadap Amir turut dikemukakan sebagai ekshibit, menunjukkan bahawa barang yang dirampas daripada Amir dibungkus dengan cara yang serupa dengan barang yang dirampas daripada Tertuduh dalam kes ini. [47] Pihak Pembelaan juga menyatakan bahawa Isfahan merupakan saksi material. Sama seperti Amir, Isfahan juga adalah saksi material kerana beliau disebut dalam laporan polis Tertuduh sebagai individu yang mengarahkan penghantaran kotak dadah. Keterangan Pegawai Penyiasat mengesahkan kepentingan Isfahan untuk mengesahkan atau menafikan naratif Tertuduh. Kepentingan Isfahan boleh dilihat semasa Pemeriksaan Balas SP7 seperti berikut:- Pemeriksaan Balas SP7 S: So, dalam kes ini, OKT telah memberitahu dalam laporan polis beliau, ini cerita dia lah, dia kata Isfahan yang suruh dia hantar kotak kepada Amir Asyraf. Itu cerita dia. Soalan saya, Isfahan ini, Inspektor boleh sahkan, masa tangkapan OKT, dia dan Syafiq berada dalam unit di sebelah atas? J: Ya, berada dalam unit tersebut lah, unit rumah. S: Apa yang Isfahan beritahu kepada OKT, hanya Isfahan yang boleh bagitahu Mahkamah lah sebab kita tidak ada di situ. Betul? J: Betul. S: Apa-apa permintaan yang dibuat oleh Isfahan kepada OKT pun, Isfahan yang boleh bagitahu, betul? Kalau ada apa-apa yang Isfahan minta daripada OKT, hanya Isfahan yang akan tahu lah apa yang dia minta. J: Betul. S: Dan sama ada Isfahan dan Amir Asyraf kenal di antara satu sama lain, hanya mereka yang boleh sahkan lah, mereka kenal di antara satu sama lain atau tidak, betul? Soalan saya, sama ada... Beliau kata Isfahan ini kenal Amir, ini OKT kata, tetapi sama ada perkara ini betul atau tidak, Isfahan dan Amir Asyraf boleh sahkan lah kalau mereka dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah, betul? J: Betul. S: Dan adakah telefon-telefon lain daripada Isfahan dan Muhamad Syafiq ini dirampas? J: Tidak. S: Tidak. So maksudnya, fakta sama ada Isfahan kenal dengan Amir Asyraf, sama ada dia ada simpan nombor dalam telefon dia, sama ada dia hantar mesej kepada Amir Asyraf, kita tidak tahu lah masa ini. Setakat ini tidak tahu lah. J: Maksudnya? S: Sebab telefon Isfahan tidak dirampas untuk disiasat. Betul? J: Okay, betul. [48] Dalam kes ini Pegawai Penyiasat sendiri mengesahkan bahawa keterangan Isfahan dan Amir penting untuk kes ini. Keterangan yang diberikan oleh SP7 semasa pemeriksaan balas adalah seperti di bawah:- S: Jadi dalam kes ini, berdasarkan laporan polis oleh OKT, Isfahan adalah saksi penting lah untuk sama ada mengesahkan atau menafikan cerita OKT, betul? J: Betul. … S: Jadi saya cadangkan Inspektor, tanpa kedua-dua saksi ini cerita ini macam tergantung. Ada dua aspek cerita ini kita tidak tahu lah sebab ini dua orang sahaja yang boleh bagitahu Mahkamah, betul? J: Betul. [49] Keterangan di atas tidak dicabar oleh pihak Pendakwaan. Perkara ini bermakna bahawa fakta bahawa Amir dan Isfahan merupakan saksi Pendakwaan yang penting tidak disangkal oleh pihak Pendakwaan. [50] Peguam juga berhujah bahawa pihak Pendakwaan juga telah gagal menyiasat telefon Isfahan atau memanggilnya memberi keterangan, sedangkan beliau berada dalam lingkungan pengetahuan mereka. Perlunya disiasat untuk menyemak samada terdapatnya perhubungan diantara Amir dan Isfahan. Kegagalan ini mewujudkan lagi jurang bukti, sekaligus mengukuhkan hujahan tiada kes prima facie. Berikut adalah keterangan SP7 semasa Pemeriksaan Balas:- S: Dalam keadaan sedemikian, adakah Inspektor memohon untuk telefon beliau daripada IO kes beliau? J: Saya tiada membuat sebarang rampasan telefon dengan Amir Asyraf. S: Okay. So, sama ada Amir Asyraf berhubung dengan Isfahan ini kita tidak tahu lah sebab kita tidak periksa telefon dia. Betul? J: Betul. S: Dan sama ada Isfahan telah berhubung dengan Amir Asyraf pun kita tidak tahu, betul? Sebab telefon Isfahan kita tidak periksa. J: Betul. S: Jadi dalam kes ini, berdasarkan laporan polis oleh OKT, Isfahan adalah saksi penting lah untuk sama ada mengesahkan atau menafikan cerita OKT, betul? J: Betul. [51] Keterangan di atas menunjukkan bahawa terdapat jurang yang besar akibat ketidaksiasatan dan kegagalan memanggil Isfahan sebagai saksi Pendakwaan. Manfaat keraguan yang wujud akibat kedua-dua kegagalan yang disebut di sini mestilah diberi kepada Tertuduh. [52] Berdasarkan autoriti undang-undang dan fakta kes ini, kegagalan pihak Pendakwaan memanggil Amir dan Isfahan (dua saksi yang penting untuk Pendakwaan) menyebabkan keseluruhan kes adalah goyah. Prinsip Radhi Direction, digabung dengan inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 mewajarkan pembebasan Tertuduh. Manfaat keraguan mestilah diberikan kepada Tertuduh. [53] Dalam erti kata lain, Peguambela berhujah pembelaan telah sebenarnya berjaya menunjukkan kewujudan Amir, dan justeru itu, kegagalan memanggilnya memberikan adverse inference di bawah seksyen 114(g). Kegagalan untuk memanggil Amir sebagai saksi merupakan kecacatan yang bersifat fatal kepada kes Pendakwaan (rujuk kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433 dan Ooi Chee Seong v PP [2014] 3 MLJ 593). Ketiadaan Amir di Mahkamah ini tanpa alasan kukuh menghalang pembelaan menguji kesahihan dakwaan Pendakwaan terhadap Tertuduh. [54] Mengenai Isu (b), Peguambela menegaskan bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan dadah (mens rea) terhadap Tertuduh, khususnya dalam aspek: