Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-43-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
KA-45A-43-06/2019
High Court of Malaysia5 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n melampaui keraguan yang munasabah. [72] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“q0STaq0kwVwedZmttA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21. For the element of 'possession' (within the meaning of s. 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevan”
“LJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation b”
“3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA **Note : Serial number will be used to ver”
“n or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusi”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [50] Pihak pembelaan turut mempertikaikan bahawa elemen pemilikan tidak dapat di”
“n must also prove that the accused possessed the requisite knowledge as to the contents of what he was carrying: see Warner v. Metropolitan Police Commissioner[1969] 2 AC 256; Tan Ah Tee & Anor v. PP [1978] CLJU 193; [1978] 1 LNS 193; [1978-1979] SLR 211; [1980] 1 MLJ 49. In the course of the appeal before us, counsel”
“erhadap OKT1 dan OKT2, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [91] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-43-06/2019 PENDAKWA RAYA LAWAN
1
OKT1 dan OKT2 telah dituduh melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) dan boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] (“KK”).
2
Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 05.07.2018, jam lebih kurang 6.15 petang, di Restoran Solehin Seafood alamat SYMA 118-2 K/Makan Jalan Pauh, Kampung Paya Nongmi, 06010 Changloon, di dalam daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 762.64 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2, dan telah memerintahkan OKT1 dan OKT2 membela diri.
4
OKT1 dan OKT2 telah memilih memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2 dan turut memanggil seorang anggota serbuan sebagai SD3. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB
1952
Sehubungan itu, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT1 dan OKT2 melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) dan telah mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi pertuduhan terhadap mereka serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan bagi setiap OKT. [5] OKT1 dan OKT2 tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA NARATIF KES PENDAKWAAN [6] Setelah menerima maklumat aktiviti pengedaran dadah, pada 5.7.2018, lebih kurang pukul 4.50 petang, Pengadu (SP5) bersama sepasukan anggota serbuan telah bergerak ke tempat kejadian iaitu di Restoran Solehin Seafood yang beralamat sebagaimana dalam pertuduhan. SP5 telah pecahkan anggota serbuan kepada tiga pasukan dan mereka telah sampai ke tempat kejadian lebih kurang pukul 5.50 petang. [7] Apabila sampai di tempat kejadian, SP5 dan anggota serbuan telah meletakkan kesemua kenderaan di sebelah kanan Restoran tersebut yang mana berdekatan dengan jalan utama. SP5 yang mengetuai pasukan pertama, bersama pasukan kedua telah memasuki Restoran tersebut secara berpecah bagi mengelakkan kehadiran mereka dicurigai oleh orang awam di dalam Restoran tersebut. SP5 dan tiga orang anggotanya telah mengambil tempat di meja makan di bahagian tengah Restoran tersebut, dengan SP5 duduk menghadap ke arah luar restoran. Manakala pasukan kedua pula telah mengambil kedudukan di meja lain. Pasukan ketiga pula kekal berada di dalam kenderaan mereka. Setelah mengambil kedudukan dalam restoran tersebut, SP5 dan pasukannya telah membuat pemerhatian di sekitar Restoran tersebut. [8] Lebih kurang pukul 6.10 petang, SP5 nampak sebuah kereta jenis Toyota Vios bernombor pendaftaran Thailand AD 262 STN telah masuk ke kawasan Restoran tersebut dari arah jalan utama dan parkir di hadapan Restoran tersebut. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [9] Lebih kurang beberapa minit selepas itu, SP5 nampak seorang lelaki berpakaian baju berwarna hijau (OKT1) turun dari bahagian penumpang hadapan, manakala seorang lagi lelaki berpakaian baju berwarna merah (OKT2) turun dari bahagian pemandu kereta tersebut. SP5 melihat OKT1 telah membuka pintu bahagian penumpang belakang sebelah kiri dan telah mengambil satu bungkusan kain putih. OKT1 dilihat memegang bungkusan kain putih tersebut menggunakan kedua-dua belah tangannya. [10] OKT1 dan OKT2 kemudiannya memasuki Restoran tersebut, dan sebaik mereka memasuki Restoran tersebut, SP5 terus bangun dari tempat duduk beliau dan berjalan ke arah OKT1 dan OKT2. SP5 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa dan menyatakan ‘Polis’. OKT1 dan OKT2 terkejut dan telah bertindak untuk cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan dengan anggota serbuan. [11] Semasa serbuan, SP5 dapati bungkusan kain berwarna putih yang dipegang OKT1 telah jatuh di atas lantai di hadapan SP5 dan OKT1, dalam jarak lebih kurang setengah kaki. SP5 kemudiannya telah mengambil bungkusan kain warna putih tersebut dan mendapati kain putih tersebut bertulis ‘little rabbit’. [12] SP5 telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT1 dan OKT2 tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. SP5 seterusnya telah membuat pemeriksaan ke atas bungkusan kain berwarna putih tersebut di hadapan OKT1 dan OKT2 dan mendapati di dalamnya terdapat satu bungkusan plastik bertulis ‘Guanyinwang’ dan satu S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi 10 bungkusan plastik berwarna biru. [13] Seterusnya SP5 telah membuka bungkusan plastik ‘Guanyinwang’ tersebut dengan menggunakan pisau dan mendapati di dalamnya satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu. Pemeriksaan lanjut SP5 terhadap setiap bungkusan plastik berwarna biru mendapati di dalamnya berisi pil-pil berwarna merah dan hijau bertulisan ‘wy’. [14] SP5 kemudiannya telah merampas kesemua barang kes dadah tersebut. SP5 turut menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Toyota Vios bernombor pendaftaran Thailand AD 262 STN yang dinaiki oleh OKT1 dan OKT2 dan telah menjumpai di atas dashboard kereta tersebut satu border pass Thailand bernombor AA0501141 atas nama OKT1 dan satu border pass Thailand bernombor AA0546230 atas nama OKT2. SP5 turut merampas satu bil TNB (eksibit P31) dari Restoran tersebut untuk menunjukkan lokasi kejadian. [15] Selanjutnya, SP5 telah membuat tangkapan ke atas OKT1 dan OKT2. OKT1 dan OKT2 bersama barang kes kemudiannya dibawa balik ke BSJND, IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut. Sepanjang perjalanan ke IPD Kubang Pasu, kesemua barang kes berada dalam kawalan SP5 sepenuhnya. [16] Semasa di IPD Kubang Pasu, SP5 telah menimbang satu bungkusan plastik bertulis ‘Guanyinwang’ di hadapan OKT1 dan mendapati anggaran berat bahan disyaki dadah syabu adalah S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA
1032
1032.69 gram. SP5 turut membuat kiraan bagi setiap pil di dalam 10 paket plastik biru yang dirampas. Setelah dikira, SP5 mendapati bahawa setiap satu paket plastik biru tersebut mengandungi 198 biji pil berwarna merah bertulisan ‘wy’ dan dua biji pil berwarna bertulisan ‘wy’. Jumlah keseluruhan pil berwarna merah dan hijau dalam kesemua 10 paket plastik biru tersebut adalah masing-masing sebanyak 1980 biji (warna merah) dan 20 biji (warna hijau). Setelah ditimbang, anggaran jumlah berat kesemua pil tersebut adalah 201.05 gram. [17] SP5 telah membuat tandaan ke atas semua barang-barang kes yang dirampas di hadapan OKT1 dan OKT2 seperti yang berikut: a) Satu helai kain putih bertulisan ‘little rabbit’ ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP5 (eksibit P35); b) Satu bungkusan plastik bertulisan ‘Guanyinwang’ ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP5 (eksibit P26); c) Satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP5 (eksibit P27); d) Satu paket plastik lutsinar ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP5 (eksibit P38); e) 10 bungkusan plastik berwarna biru, yang mana setiap paket berisi beberapa biji pil berwarna merah dan hijau bertulisan ‘wy’ yang setiap bungkusan plastik ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP5 (eksibit P23(1) – (10)). [18] Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 8.59 malam, SP5 telah membuat laporan polis sebagaimana Changloon/001003-1004/18 (eksibit P30). Kesemua barang kes yang dirampas, laporan polis S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA Changloon/001003-1004/2018 (eksibit P30), Senarai Bongkar (eksibit P32), Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P33), satu border pass Thailand bernombor AA0501141 atas nama OKT1 dan satu border pass Thailand bernombor AA0546230 atas nama OKT2, berserta kedua-dua OKT1 dan OKT2 kemudiannya telah diserahkan oleh SP5 kepada pegawai penyiasat (SP9). [19] SP9 mengesahkan bahawa pada 5.7.2018 lebih kurang pukul 9 malam, beliau telah dimaklumkan berkenaan tangkapan dan rampasan yang berkaitan laporan polis Changloon/001003- 1004/2018. SP9 kemudiannya telah menerima daripada SP5, kedua-dua tangkapan iaitu OKT1 dan OKT2 berserta dokumen-dokumen laporan polis Changloon/001003-1004/2018 (eksibit P30), Senarai Bongkar (eksibit P32) dan Borang Serah Menyerah Barang Kes (eksibit P33) serta barang-barang kes yang mana SP9 telah turut membuat penandaan beliau seperti yang berikut: a) Satu helai kain berwarna putih bertulisan ‘little rabbit’ ditanda dengan tandaan ‘M’, tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9 (eksibit P35); b) Satu bungkusan plastik bertulisan ‘Guanyinwang’, di bahagian luar ditanda dengan tandaan ‘K’, tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9 (eksibit P26); c) Satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu, ditanda dengan tandaan ‘K1’, tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9 (eksibit P27); d) Satu paket plastik lutsinar, ditanda dengan tandaan ‘S’, tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9 (eksibit P38); S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA e) 10 paket plastik berwarna biru, ditanda dengan tandaan ‘S1’ hingga ‘S10’, tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9 (eksibit P23(1)-
10
(10)); f) Satu border pass Thailand bernombor AA0501151 atas nama OKT1, ditanda dengan tarikh 5/7/18 dan tandatangan SP9; g) Satu border pass Thailand bernombor AA0546230 atas nama OKT2, ditanda dengan tarikh 5/7/2018 dan tandatangan SP9. [20] Setelah menerima barang-barang kes tersebut di atas, SP9 telah menyimpan di dalam almari besi berkunci dalam pejabat beliau. Hanya SP9 mempunyai kunci almari besi tersebut dan orang lain tidak mempunyai akses kepada almari besi tersebut. [21] Pada 7.7.2018, lebih kurang pukul 9.40 pagi, SP9 telah mengarahkan jurufoto (SP3) untuk mengambil 15 keping gambar barang kes (eksibit-eksibit P12A-C, P13A-J dan P14A-B). Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 6.15 petang, SP9 bersama SP3 telah pergi ke lokasi kejadian dan mengarahkan SP3 mengambil tujuh keping gambar tempat kejadian (eksibit P15A-G). SP9 juga turut melakar rajah kasar bagi tempat kejadian tersebut (eksibit P48A-B). [22] Seterusnya SP9 telah memasukkan satu bungkusan plastik ‘Guanyinwang’ bertanda ‘K’ (eksibit P26) yang di dalamnya mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu bertanda ‘K1’ (eksibit P27) ke dalam bekas polisterina putih bersil PDRM 71 dan ditandakan ‘KK’ (eksibit P5). SP9 turut memasukkan 10 paket plastik berwarna biru bertanda S1 – S10 (eksibit P23(1)-(10)) yang kesemuanya berisi pil-pil berwarna merah S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA dan hijau ke dalam satu sampul surat putih bersil PDRM 71 dan bertanda ‘SS’ (eksibit P2). Seterusnya, SP9 turut memasukkan 1 paket plastik bertanda ‘S’ (eksibit P38) ke dalam satu sampul surat putih bertanda ‘F’ (eksibit P3). [23] Kesemua barang-barang kes dadah dalam bekas polisterina putih (eksibit P5) dan satu sampul surat putih (eksibit P2) telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar, Kedah, pada 8.7.2018 antara pukul 9.04 hingga 9.15 pagi. SP9 telah menerima dua resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia dengan nombor makmal 18-FR-K- 03326 (eksibit P20) dan 18-FR-K-03325 (eksibit P19) daripada ahli kimia (SP4). [24] SP9 juga telah pergi semula ke tempat kejadian pada 8.7.2018, lebih kurang pukul 6.35 petang bersama SP3 dan SP5, dan telah mengarahkan SP3 mengambil satu keping gambar papan tanda di tempat kejadian (eksibit P16). [25] Pada 12.11.2018, lebih kurang pukul 2.00 petang, SP9 telah menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia bagi nombor makmal 18-FR-K-03325 (eksibit P21) berserta satu sampul surat bertanda ‘SS’ (eksibit P2). [26] Selanjutnya pada 14.2.2019, lebih kurang pukul 11.30 pagi, SP9 telah menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia bagi nombor makmal 18-FR-K-03326 (eksibit P22) bersama satu kotak polisterina bertanda ‘KK’ (eksibit P5). S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [27] Pada 4.3.2019, SP9 telah mendaftarkan kesemua barang kes di stor barang kes IPD Kubang Pasu kepada jurustor bertugas (SP1) dengan nombor daftar ER183/19 (eksibit P7). [28] Keterangan SP4 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 8.7.2018 pukul 9.04 pagi, beliau telah menerima satu sampul surat bertanda SS (eksibit P2) bermeterai PDRM 71 daripada SP9 dan SP4 telah mendaftarkan sampul tersebut dengan Nombor Makmal 18-FR-K-
03325
SP4 telah menyerahkan Resit Kimia (eksibit P19) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan sampul tersebut. SP4 turut mengesahkan bahawa dalam sampul surat SS tersebut (eksibit P2) mengandungi 10 paket plastik bertanda S1 – S10 (eksibit P23(1)-(10)) yang setiap satunya berisi 198 tablet berwarna merah dan dua tablet berwarna hijau. Setelah dianalisis, SP4 mendapati bahawa kesemua 1980 tablet berwarna merah tersebut mengandungi 27.73 gram Methamphetamine, manakala 20 tablet berwarna hijau mengandungi 0.01 gram Methamphetamine. [29] SP4 turut mengesahkan bahawa pada tarikh yang sama pukul 9.15 pagi, beliau telah menerima satu kotak polisterina bertanda ‘KK’ (eksibit P5) bermeterai PDRM 71 daripada SP9 dan SP4 telah mendaftarkan sampul tersebut dengan Nombor Makmal 18-FR-K-
03326
SP4 telah serahkan Resit Kimia (eksibit P20) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan kotak tersebut. SP4 turut mengesahkan bahawa dalam kotak bertanda ‘KK’ tersebut (eksibit P5) mengandungi 1 bungkusan plastik bertanda ‘K’ (eksibit P26) yang berisi satu paket plastik bertanda ‘K1’ (eksibit P27) yang mengandungi bahan kristal jernih. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA Setelah dianalisis, SP4 mendapati bahawa bahan kristal jernih tersebut mengandungi 734.9 gram Methamphetamine. [30] Pada 12.11.2018 lebih kurang pukul 2.00 petang, SP4 telah menyerahkan semula sampul bertanda ‘SS’ (eksibit P2) dalam keadaan bermeterai label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia kepada SP9 dan turut menyerahkan Laporan Kimia (eksibit P21) dengan nombor makmal yang sama. [31] Pada 14.2.2019 lebih kurang pukul 11.30 pagi, SP4 telah menyerahkan semula kotak bertanda ‘KK’ (eksibit P5) dalam keadaan bermeterai label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia kepada SP9 dan turut menyerahkan Laporan Kimia (eksibit P22) dengan nombor makmal yang sama. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN KES PRIMA FACIE [32] Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”). [33] Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah] Intipati Kesalahan [34] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti yang berikut: a) bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pemilikan (iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan) terhadap dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA Elemen (a): bahawa dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952 [35] SP4 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa satu satu paket plastik bertanda ‘K1’ (eksibit P27) mengandungi 734.9 gram Methamphetamine, manakala 10 paket plastik bertanda S1 – S10 (eksibit P23(1)-(10)) yang keseluruhannya berisi 1980 tablet berwarna merah dan 20 tablet berwarna hijau, masing-masing mengandungi 27.73 gram Methamphetamine dan 0.01 gram Methamphetamine. Jumlah keseluruhan dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang terlibat adalah 762.64 gram sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan. Methamphetamine tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan-laporan Kimia oleh SP4 yang telah ditandakan sebagai eksibit P21 dan P22. [36] Di samping itu juga, OKT1 dan OKT2 dalam hujahan mereka tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan melalui keterangan SP4. Elemen (b): bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pemilikan (iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan) terhadap dadah berbahaya tersebut [37] Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak Pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [38] Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [39] Kronologi tangkapan berdasarkan keterangan SP5 menunjukkan bahawa SP5 telah melihat OKT1 keluar dari tempat duduk penumpang kereta Toyota tersebut dan membuka pintu belakang kereta lalu mengambil satu bungkusan kain berwarna putih, manakala OKT2 pula merupakan pemandu kereta Toyota tersebut. Berdasarkan keterangan SP5 juga, apabila kedua-dua OKT masuk ke dalam Restoran tersebut dan SP5 telah menghampiri kedua-dua OKT serta memperkenalkan diri polis, OKT1 dan OKT2 telah bertindak cuba melarikan diri. Setelah OKT1 dan OKT2 berjaya ditahan, SP5 mendapati bungkusan kain putih yang dibawa oleh OKT1 telah jatuh di atas lantai dan SP5 telah mengambilnya dan membuat pemeriksaan. [40] Berdasarkan keputusan kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan (supra) di atas, pemilikan bukan bererti pemilikan eksklusif. Dua atau lebih orang boleh mempunyai milikan ke atas dadah berbahaya tersebut sekiranya mereka masing-masing mempunyai kuasa untuk berurusan dengan dadah berbahaya tersebut. Dalam membuktikan pemilikan, apa yang perlu dibuktikan adalah bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang ditemui dalam bungkusan kain putih yang dirampas. [41] Berdasarkan keterangan SP5, beliau telah memasuki Restoran tersebut dan duduk di meja di bahagian tengah Restoran dengan menghadap ke arah luar Restoran. SP5 telah melihat kereta yang S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA dipandu OKT2 telah masuk ke kawasan Restoran tersebut dan di parkir di bahagian sebelah kanan hadapan Restoran tersebut. Selang beberapa minit, SP5 melihat OKT1 telah keluar dari tempat duduk penumpang dan telah membuka pintu belakang sebelah kiri penumpang belakang dan membawa satu bungkusan kain berwarna putih dengan kedua-dua tangannya. Pada masa yang sama, OKT2 telah turut keluar dari kereta dan kedua-dua mereka kemudiannya telah memasuki Restoran tersebut. Semasa SP5 memperkenalkan diri Polis, OKT1 dan OKT2 telah bertindak cuba melarikan diri. [42] Berdasarkan keterangan SP5 ini, jelas bahawa OKT1 secara fizikal memegang bungkusan kain berwarna putih yang mana kemudiannya kesemua barang kes dadah ditemui. OKT2 pula merupakan pemandu kereta Toyota tersebut dan telah bersama-sama dengan OKT1 berada dalam kereta Toyota tersebut, dilihat keluar bersama OKT1 dari kereta dan bersama-sama memasuki Restoran tersebut, serta cuba bertindak melarikan diri apabila didekati Polis. Berdasarkan keterangan SP6 yang merupakan Ketua Stesen Kawalan Sempadan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bukit Kayu Hitam, kereta Toyota tersebut merupakan milik Mrs Ji Labaidae. Selanjutnya, berdasarkan rakaman percakapan Mrs Ji Labaidae yang telah dirakam di bawah seksyen 112 KTJ (eksibit P54), Mrs Ji Labaidae adalah ibu kepada OKT2. Kereta Toyota tersebut merupakan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang menunjukkan ia dibawa masuk dari Thailand ke negara ini. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [43] Keseluruhan keterangan dan fakta-fakta dinyatakan di atas, pada pendapat Mahkamah ini menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah-dadah berbahaya tersebut. Ini kerana barang kes dadah tersebut berada dalam kereta Toyota tersebut bersama-sama OKT1 dan OKT2 sebelum dibawa keluar oleh OKT1. [44] Berkenaan pengetahuan kedua-dua OKT terhadap dadah berbahaya yang dirampas, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] [45] Pihak Pembelaan menafikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap kandungan bungkusan kain berwarna putih tersebut (eksibit P35), lebih-lebih lagi dalam keadaan satu paket plastik lutsinar berisi dadah (eksibit P27) ditemui dalam satu bungkusan plastik bertulisan ‘Guanyinwang’ (eksibit P26) yang jika dilihat secara mata kasar, tidak dapat diketahui isi kandungannya. [46] Namun begitu, Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun isi kandungan bungkusan plastik ‘Guanyinwang’ tersebut tidak dapat dilihat secara mata kasar melainkan plastik tersebut dibuka, tidaklah menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan akan isi kandungannya. Fakta-fakta lain seperti perlakuan OKT1 dan OKT2 sendiri yang cuba melarikan diri dan fakta bahawa plastik ‘Guanyinwang’ tersebut telah dibungkus dengan kain berwarna putih, memberikan inferens bahawa OKT1 dan OKT2 ingin menyembunyikan isi kandungan plastik yang dibawa dan mereka tahu akan isi kandungan dalam plastik ‘Guanyinwang’ tersebut. Tambahan pula, turut dirampas dari dalam bungkusan kain berwarna putih tersebut, 1 lagi paket plastik (eksibit P38) yang mengandungi 10 paket plastik berwarna biru (eksibit P23(1)-(10)) berisi keseluruhan 2000 tablet berwarna merah dan hijau yang juga S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine, yang secara mata kasar boleh dilihat isi kandungannya. Bersandarkan kepada keseluruhan fakta-fakta dinyatakan di atas, jelas bahawa wujud unsur untuk menyembunyikan atau menyorok dadah berbahaya tersebut dan perlakuan OKT1 dan OKT2 sendiri yang memberikan inferens bahawa mereka mempunyai pengetahuan ke atas kesemua dadah berbahaya yang dibawa oleh OKT1 pada hari tersebut. [47] Mahkamah ini berpendapat juga bahawa semata-mata kerana isi kandungan bungkusan plastik ‘Guanyinwang’ (eksibit P26) tersebut tidak boleh dilihat secara mata kasar tanpa dibuka, tidak menjadikan OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan tentang isi kandungannya. Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif (supra) di atas telah memutuskan seperti yang berikut: “[17] Therefore, the presence of the 3 packages in the car without a plausible explanation from the respondent could give rise to a strong inference that he had knowledge that the packages contained drug or things of similar nature. (See also Lim Beng Soon v. Public Prosecutor [2000] 4 SLR 589). We further agree with the prosecution that the fact that the drug was found wrapped in newspaper is no ground for saying that an inference could not be drawn against the respondent that he had the requisite knowledge. In this regard it is pertinent to refer to the observation of the Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v. PP [2001] 1 SLR 633, at p. 639: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA 21. For the element of 'possession' (within the meaning of s. 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevant time; the prosecution must also prove that the accused possessed the requisite knowledge as to the contents of what he was carrying: see Warner v. Metropolitan Police Commissioner[1969] 2 AC 256; Tan Ah Tee & Anor v. PP [1978] CLJU 193; [1978] 1 LNS 193; [1978-1979] SLR 211; [1980] 1 MLJ 49. In the course of the appeal before us, counsel for the appellant relied heavily on the fact that the contents of the bundles were securely wrapped in newspapers and could not be identified. We were accordingly invited to draw the inference that the appellant had no knowledge of the contents of the bundles. 22. We were unable to accede to this request. While the fact that the contents of the bundles were hidden from view may have been relevant in determining whether the requisite knowledge was absent, this factor should still not be given too much weight. Otherwise, drug peddlers could escape liability simply by ensuring that any drugs coming into their possession are first securely sealed in opaque wrappings. Rather, the court must appraise the entire facts of the case to see if the accused's claim to ignorance is credible. As Yong Pung How CJ remarked in PP v. Hla Win [1995] 2 SLR 424 (at p. 438): In the end, the finding of the mental state of knowledge, or the rebuttal of it, is an inference to be drawn by a trial judge from all the S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA facts and circumstances of the particular case, giving due weight to the credibility of the witnesses. (emphasis added)”. [penekanan ditambah] [48] Reaksi OKT1 dan OKT2 yang cuba melarikan diri apabila SP5 memperkenalkan diri polis, adalah juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT1 dan OKT2 terhadap barang kes dadah yang dirampas. [49] Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”), sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [50] Pihak pembelaan turut mempertikaikan bahawa elemen pemilikan tidak dapat dibuktikan terhadap OKT1 dan OKT2 kerana kereta Toyota tersebut bukan milik OKT2, terdapat orang lain (abang OKT2) yang dikatakan telah menggunakan kereta Toyota tersebut sebelum OKT1 dan OKT2 ditangkap, tiada kesan DNA yang S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA mengaitkan OKT1 dan OKT2 dengan dadah tersebut, tiada pemerhatian tentang berapa lama OKT1 dan OKT2 berada dalam kereta Toyota tersebut sebelum ditangkap dan siasatan yang tidak lengkap terutamanya berkenaan isu akses kepada kereta Toyota tersebut. [51] Berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan pemilikan dan akses kepada kereta Toyota tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu tersebut bukanlah isu atau fakta yang relevan. Ini kerana barang kes dadah yang dirampas dibawa atau dipegang oleh OKT1 setelah dibawa keluar dari kereta tersebut. Oleh itu, siapapun pemilik kereta mahupun jika terdapat orang lain yang mempunyai akses kepada kereta tersebut bukanlah fakta relevan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. [52] Di samping itu juga, pemeriksaan SP5 terhadap kereta tersebut turut menjumpai dua border pass Thailand atas nama OKT1 dan OKT2 dari dashboard kereta tersebut (kedua-dua border pass Thailand tersebut telah diserahkan kepada OKT1 dan OKT2 bagi tujuan dokumentasi pihak Penjara). Sehubungan itu juga, adalah jelas bahawa OKT1 dan OKT2 merupakan orang yang menggunakan kereta tersebut sebelum tangkapan dan rampasan dibuat. Jikapun terdapat isu berkenaan akses kepada kereta tersebut, tetapi semasa tangkapan dan rampasan, hanya OKT1 dan OKT2 sahaja yang dilihat berada dalam kereta tersebut. Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, sebelum tangkapan, OKT1 dan OKT2 adalah orang yang menggunakan atau menaiki kereta Toyota tersebut hinggalah mereka sampai di Restoran tersebut. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [53] Pihak Pembelaan turut mempersoalkan kegagalan Pendakwaan memanggil pemilik kereta Toyota tersebut (Mrs Ji Labaidae), pekerja Restoran tersebut (Miss Roheema dan Miss Suraida Hama) dan Manjasut (abang OKT2) dan menghujahkan bahawa kegagalan tersebut membolehkan anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah subseksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 [Akta 56] (“AK 1950”) terpakai terhadap kes Pendakwaan. [54] Berkenaan pemilik kereta tersebut dan Manjasut (abang OKT2) yang dikatakan turut mempunyai akses kepada kereta Toyota tersebut, Mahkamah ini telahpun memutuskan bahawa fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan. Mengenai kegagalan memanggil pekerja Restoran tersebut iaitu Miss Roheema dan Miss Suraida Hama, keterangan SP8 (pegawai penyiasat warisan) mengesahkan bahawa usaha mengesan kedua-dua penama tersebut berdasarkan alamat terakhir yang diketahui tidak ditemui. SP8 juga telah pergi semula ke Restoran tersebut dan mendapati bahawa Restoran tersebut telah bertukar pemilik dan kedua-dua penama yang dicari tidak lagi berada di situ. Selain itu juga, berdasarkan semakan dengan sistem daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), penama Miss Roheema telah didapati kali terakhir keluar dari Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam pada 10.11.2019 setakat semakan rekod keluar masuk yang dikeluarkan oleh JIM pada tahun 2023 (eksibit P43, P44 dan P45). Semakan rekod JIM terhadap penama Miss Suraida Hama pula tidak mendapati sebarang pergerakan keluar masuk ke Malaysia dicatatkan dalam sistem JIM tersebut. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [55] Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa terdapat usaha untuk mengesan kedua-dua penama Miss Roheema dan Miss Suraida Hama tersebut. Tambahan pula tidak wujud sebarang penafian terhadap kewujudan penama-penama tersebut oleh pihak Pendakwaan. [56] Dalam hal sedemikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa kegagalan memanggil penama Miss Roheema dan Miss Suraida Hama untuk memberikan keterangan tidak memprejudiskan OKT1 dan OKT2, dan juga tidak mewajarkan Mahkamah ini untuk menggunapakai anggapan bertentangan (adverse inference) di bawah subseksyen 114(g) AK 1950. Kewujudan penama-penama tersebut tidak pernah dinafikan oleh Pendakwaan, malahan mereka turut disenaraikan sebagai antara saksi-saksi Pendakwaan dan juga usaha-usaha untuk mengesan mereka juga telah dijalankan oleh SP8. Sebagaimana, yang telah diputuskan dalam kes Munusamy v. Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case.”. [penekanan ditambah] S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [57] Mahkamah ini juga telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP5 dan juga SP9 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP5 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP5 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan dan tidak mengenali OKT1 dan OKT2 sebelum kejadian. SP5 dan SP9 merupakan anggota polis yang menjalankan tugas mereka. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v. Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [58] Berdasarkan keseluruhan keterangan dan fakta-fakta dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan langsung OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya yang dirampas, dan OKT1 dan OKT2 juga mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Elemen (c): bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut [59] Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya tersebut melalui pemilikan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. [60] Berkenaan isu niat bersama, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa tidak wujud elemen niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk mengedarkan dadah yang ditemui di mana bagi membuktikan niat bersama, perlu dibuktikan wujudnya prearranged plan. [61] Dalam kes PP v Mohd Farid Bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “It must be observed that both the accused persons have been charged with committing the offence with common intention under s 34 of the Penal Code which reads as follows: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. This section lays down a rule of evidence to infer joint responsibility for a criminal act committed by several persons (see Too Yin Sheong v PP [1999] 2 SLR 682). In order for the section to apply, it is not necessary for all the participants to perform all the elements of the crime committed. As Mallal's Penal Law, edited by Andrew Christopher Simon, Senior Editor, Malayan Law Journal, says at p 51: ... The acts committed by different confederates in the criminal action may be different but all must in one way or the other participate and engage in the criminal enterprise. For instance, one may only stand guard to prevent any person coming to the relief of the victim or otherwise to facilitate the execution of the common design. Such a person also commits an 'act' as much as his co-participants actually committing the planned crime. Thus, the section operates to impute liability to a participant whose act contributed to the crime committed though he could not be proved to have committed the actus reus himself (see Shaiful Edham bin Adam & Anor v PP [1999] 2 SLR 57). It is essential that the participants have some knowledge that an act may be committed which is consistent with or would be in furtherance of the common intention. The prosecution must S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA establish that there was a prearranged plan to commit a criminal act and the crime forming the subject matter of the charge was done in concert pursuant to that prearranged plan (see Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v PP [1983] 2 MLJ 232; Ong Chee Hoe & Anor v PP [1999] 4 SLR 688). It is difficult to prove common intention by direct evidence. It is usually inferred from the facts of a particular case. As observed by the Privy Council in Mahbub Shah v King Emperor 1945 AIR PC 118 : It is clear to their Lordships that common intention within the meaning of the section implies a prearranged plan, and to convict the accused of an offence applying the section it should be proved that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan. As has been observed, it is difficult, if not impossible, to procure direct evidence to prove the intention of an individual; in most cases it has to be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case.”. [penekanan ditambah] [62] Bagi pembuktian niat bersama OKT1 dan OKT2, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan perlu dinilai secara keseluruhan. Fakta menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 ada bersama dalam kereta tersebut sebelum tangkapan, OKT2 telah memandu kereta tersebut dengan OKT1 sebagai penumpang kereta, kedua-dua mereka juga telah keluar dari kereta dan bersama-sama masuk ke dalam Restoran tersebut, semasa SP5 memperkenalkan diri Polis, OKT1 dan OKT2 cuba melarikan diri, kereta Toyota tersebut bernombor pendaftaran Thailand dan merupakan milik ibu OKT2, dan penemuan border pass Thailand S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA OKT1 dan OKT2 dalam dashboard kereta tersebut yang menunjukkan bahawa mereka bersama telah masuk ke Malaysia, membawa kepada inferens bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [63] Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 iaitu: a) bahawa dadah Methamphetamine adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa pihak pendakwaan juga telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan ke atas barang kes dadah tersebut; c) bahawa oleh kerana pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pemilikan OKT1 dan OKT2 terhadap dadah tersebut, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(iii) ADB 1952 iaitu anggapan pengedaran dadah juga telah berjaya dibangkitkan; dan d) bahawa pihak Pendakwaan juga telah berjaya membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 telah dengan niat bersama mengedarkan dadah berbahaya tersebut. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [64] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT1 dan OKT2 untuk membela diri atas pertuduhan. NARATIF KES PEMBELAAN [65] Pada peringkat pembelaan, OKT1 dan OKT2 telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1 dan SD2. Pihak Pembelaan turut memanggil seorang anggota serbuan (SD3) dalam pembelaan mereka. [66] Keterangan OKT1 dan OKT2 secara umumnya menyatakan mereka telah masuk ke Malaysia pada 5.7.2018 pada lebih kurang pukul 2 petang. Tujuan mereka memasuki Malaysia adalah kerana OKT2 hendak mengutip hutangnya dari penama Tarmizi. Jumlah hutang adalah RM5,000.00. OKT2 dalam keterangan pembelaannya menyatakan bahawa Tarmizi telah menghubunginya untuk membayar hutang dan meminta OKT2 datang ke Malaysia untuk mengambilnya. OKT2 telah mengajak OKT1 menemaninya ke Malaysia dan mereka telah memasuki Malaysia melalui pintu masuk di Wang Kelian. [67] OKT2 menyatakan bahawa dia telah menerima arahan dari Tarmizi untuk pergi ke simpang tiga lampu isyarat di Changloon. Menurutnya, sampai di simpang tiga lampu isyarat tersebut, telah datang sebuah kereta Honda Accord berwarna biru dan telah mengarahkan supaya mereka mengekori kereta Honda Accord S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA tersebut. OKT2 telah memandu mengekori kereta Honda Accord tersebut sehinggalah sampai di Restoran tersebut. [68] Sampai di Restoran, OKT2 telah meletakkan kereta di hadapan Restoran dan kemudiannya dia dan OKT1 telah keluar dari kereta memasuki Restoran. Menurut OKT2, dia telahpun duduk di salah satu meja dalam Restoran tersebut sebelum didatangi oleh anggota polis. OKT2 turut menyatakan bahawa dia menunggu Tarmizi dalam Restoran tersebut. Sebelum didatangi oleh anggota polis, OKT2 juga telah memberikan kunci kereta kepada OKT1 dan meminta OKT1 menunggunya di dalam kereta. Tidak lama selepas itu, OKT2 telah didatangi oleh anggota polis dan ditahan. OKT2 tidak nampak di mana OKT1 ditangkap. [69] OKT1 dalam keterangannya secara umum menyokong keterangan OKT2. OKT1 turut menyatakan bahawa dia tidak pernah mengambil bungkusan dari kereta Toyota tersebut dan OKT1 tidak ditangkap di dalam Restoran tersebut. Sebaliknya OKT1 menyatakan dia ditangkap semasa hendak pergi ke kereta Toyota tersebut. Selain itu juga OKT1 turut menyatakan bahawa bungkusan kain tersebut telah ditemui oleh polis dari bawah kusyen kereta Toyota tersebut. [70] SD3 iaitu anggota serbuan yang dipanggil oleh pihak Pembelaan pula secara umumnya menyokong keterangan yang telah diberikan oleh SP5. SD3 menyatakan bahawa beliau berada dalam Restoran tersebut semasa melihat kereta Toyota tersebut berhenti dan di parkir di hadapan Restoran. SD3 turut menyatakan bahawa beliau nampak dua orang lelaki telah keluar dari tempat pemandu dan penumpang hadapan kereta. Selanjutnya, penumpang hadapan S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA kereta tersebut telah membuka pintu belakang sebelah kiri kereta dan nampak penumpang kereta tersebut memegang satu bungkusan dan menuju ke dalam Restoran. SD3 juga turut menafikan bahawa terdapat sebuah kereta Honda Accord Biru yang telah sampai bersama kereta Toyota tersebut. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN [71] Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. [72] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] [73] Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1) S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [74] Pembelaan yang dikemukakan OKT1 dan OKT2 pada peringkat Pembelaan adalah bahawa OKT1 tidak ditangkap di dalam Restoran tersebut, sebaliknya ditangkap semasa hendak ke kereta, dadah yang dirampas tidak dicampak oleh OKT1 semasa serbuan sebaliknya ditemui di bawah kusyen kereta, OKT1 dan OKT2 tiada pengetahuan dan tidak pernah melihat barang-barang kes tersebut, dan juga bahawa pemandu kereta Honda Accord berwarna biru dan penama Tarmizi berkemungkinan telah menganiaya mereka. Namun begitu, OKT1 dan OKT2 tidak menafikan bahawa mereka telah masuk ke Malaysia menggunakan kereta Toyota tersebut yang dimiliki oleh ibu OKT2. [75] Secara ringkasnya, pembelaan utama OKT1 dan OKT2 adalah bahawa dadah tersebut bukan milik mereka dan telah ditemui di bawah kusyen kereta Toyota tersebut yang mana abang OKT2 juga turut mempunyai akses kepada kereta tersebut. [76] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa cadangan kemungkinan wujudnya penganiayaan oleh orang lain terhadap OKT1 dan OKT2 sebagaimana diketengahkan oleh Pembelaan tidak pernah dikemukakan semasa peringkat kes Pendakwaan. Saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP5 dan SP9 tidak pernah dicadangkan tentang kewujudan penama Tarmizi yang dikatakan punca kedua-dua OKT datang ke Malaysia iaitu untuk mengutip hutang. Malahan, tidak pernah juga dicadangkan kepada mana-mana saksi Pendakwaan tentang kronologi Pembelaan yang melibatkan sebuah kereta Honda Accord berwarna biru. Apa yang S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA diketengahkan semasa peringkat Pendakwaan hanyalah bahawa kedua-dua OKT tiada pengetahuan tentang isi kandungan plastik ‘Guanyinwang’ yg dibalut oleh tuala putih kecil. Malahan pembelaan bahawa OKT1 tidak ditangkap di dalam Restoran tersebut juga tidak pernah diketengahkan semasa peringkat Pendakwaan. [77] Dalam hal ini, Mahkamah mendapati bahawa keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2 ini tidak memenuhi kehendak Alcontara Notice sebagaimana diputuskan dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 Clj 705. Sec umumnya, keperluan yang perlu dipenuhi bagi suatu Alcontara Notice adalah maklumat yang diberikan adalah maklumat yang jelas dan spesifik, perlulah diperolehi daripada OKT dan hendaklah diberikan dalam tempoh seawal yang munasabah setelah kejadian. Dalam kes ini, tiada sebarang maklumat berkenaan kewujudan kereta Honda Accord berwarna biru dan pemandunya, mahupun kewujudan penama Tarmizi diberikan pada peringkat siasatan dan tidak pernah juga dicadangkan semasa peringkat kes Pendakwaan. [78] Malahan keterangan saksi pembelaan ie SD3 sendiri mengesahkan tidak nampak kereta Honda Accord berwarna biru yang diketengahkan oleh Pembelaan dan keterangan SD3 juga adalah menyokong keterangan SP5. [79] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa prosiding perbicaraan bagi kes ini telah bermula sejak tahun 2023 lagi. SP5 telah memberikan keterangan pada 15.10.2023 manakala keterangan SP9 pula diberikan pada 31.1.2024. Keterangan OKT1 dan OKT2 S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA pula mula diberikan pada 21.8.2024. Selama tempoh lebih kurang empat bulan keterangan saksi-saksi utama Pendakwaan diberikan, tidak pernah timbul kewujudan Tarmizi mahupun kenderaan Honda Accord berwarna biru bersama pemandunya. Sebaliknya cadangan Pembelaan kepada saksi-saksi Pendakwaan adalah bahawa kereta Toyota tersebut bukan milik OKT2 tetapi milik ibu OKT2 dan abang OKT2 bernama Manjasut turut mempunyai akses kepada kereta tersebut. [80] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan yang diketengahkan oleh OKT1 dan OKT2 berkenaan Tarmizi dan pemandu kereta Honda Accord berwarna biru ataupun pembelaan bahawa ada orang lain yang telah menganiaya OKT1 dan OKT2 tidak langsung menepati kehendak Alcontara Notice dan dengan itu pada pendapat Mahkamah ini, pembelaan tersebut merupakan satu afterthought ataupun rekaan semata-mata. [81] Pembelaan OKT2 turut membangkitkan isu pemahaman terjemahan oleh jurubahasa Thailand semasa prosiding berjalan ketika OKT2 hendak menyambung keterangannya. Berkenaan isu ini, perkara tersebut hanya menjadi isu pada prosiding sambung bicara pada 23.9.2024 sahaja pada mana Mahkamah sendiri telah menghentikan proses perbicaraan pada hari tersebut kerana mendapati terjemahan yang dibuat oleh jurubahasa adalah tidak difahami oleh OKT2. Namun begitu, pada perbicaraan peringkat pembelaan yang selanjutnya, jurubahasa yang lain telah digunakan dan tiada sebarang aduan daripada mana-mana OKT mengenai terjemahan. Di samping itu juga, prosiding perbicaraan peringkat pembelaan yang sebelumnya juga telah melibatkan jurubahasa S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA yang lain dan Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan terjemahan, OKT1 dan OKT2 telah pun memberikan jawapan yang bersesuaian dengan soalan-soalan yang diterjemahkan. Sehubungan itu, isu mengenai terjemahan tidak difahami oleh OKT2 adalah tidak bermerit. [82] Di samping itu juga Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang menyatakan bahawa tujuan OKT1 dan OKT2 masuk ke Malaysia untuk mendapatkan semula hutang OKT2 sebanyak RM5,000.00 daripada Tarmizi adalah tidak munasabah kerana hutang berbentuk wang tidak memerlukan seseorang untuk bersusah payah masuk ke negara asing untuk memperolehinya semula. Ini kerana keterangan OKT2 sendiri menyatakan yang Tarmizi sendiri yang telah menghubungi OKT2 untuk membayar hutangnya. Pada zaman serba canggih kini, pembayaran hutang berbentuk wang sewajarnya lebih mudah dibuat secara pemindahan wang secara dalam talian (online transfer) dan tidak memerlukan sebarang kos untuk mengambil secara kendiri hutang tersebut. Ini adalah tindakan tidak munasabah kerana semata-mata untuk mengutip wang, OKT1 dan OKT2 perlu bersusah payah masuk ke negara asing sedangkan peminjam sendiri yang telah menghubungi untuk membayar hutang. Secara logiknya, hutang tersebut dengan mudah boleh dibayar secara dalam talian. Sekali lagi, pada pendapat Mahkamah ini, pembelaan ini jelas menunjukkan ia hanyalah satu rekaan OKT1 dan OKT2 semata-mata. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [83] Di samping itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa versi pembelaan juga tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT1 dan OKT2 sendiri. Malahan keterangan SD3 sendiri telah menyokong keterangan versi Pendakwaan. Dlm hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan di atas, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 sendiri menunjukkan bahawa versi pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.”. [84] Di samping itu juga, OKT1 dan OKT2 sendiri mengakui bahawa mereka tidak mengenali mana-mana anggota polis yang menangkap mereka dan SP5 dan SP9 juga tidak mengenali mana-mana OKT. [85] Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas, dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. [86] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 pada tahap melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt), dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA 39B(2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 KK sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman [87] Setelah disabitkan dengan pertuduhan, OKT1 dalam hujahan mitigasinya menyatakan bahawa OKT1 kini berumur 49 tahun. Ini merupakan kesalahan pertama OKT1 dan tiada rekod kesalahan lampau. OKT1 telah insaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama. OKT1 bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000.00 sebulan sebelum ditangkap. OKT1 mempunyai isteri yang tidak bekerja dan menanggung dua orang anak, masing-masing berumur 20 dan 11 tahun. OKT1 turut memohon supaya dijatuhkan hukuman penjara dan tidak dijatuhkan hukuman mati. OKT1 turut memohon pertimbangan Mahkamah ini berdasarkan berat dadah yang terlibat yang tidak terlalu banyak. [88] OKT2 pula dalam hujahan mitigasinya menyatakan bahawa kini OKT2 berumur 42 tahun. OKT2 mempunyai enam orang adik beradik dan OKT2 merupakan anak kelima. Kesalahan ini merupakan kesalahan pertama OKT2. OKT2 telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isteri OKT2 kini berumur 39 tahun. Anak OKT2 pula kini berumur 15 thn. Sebelum ditangkap, OKT2 bekerja sebagai penoreh getah membantu ibu dan ayahnya yang sudah tua. OKT2 juga menjaga kedua ibubapa dan menguruskan segala keperluan mereka. OKT2 berharap dapat kembali ke pangkuan keluarga. Umur kedua ibu bapa OKT2 adalah 70 tahun lebih. OKT2 telah insaf selama berada di dalam penjara dan berjanji tidak akan S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA mengulangi sebarang kesalahan sama. Di samping itu juga, dihujahkan bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana anggota serbuan. OKT2 telah memberi kerjasama kepada Polis dan memohon hukuman penjara dijatuhkan terhadap OKT2 dan turut memohon hukuman sebatan paling minimum. [89] Pihak Pendakwaan pula dalam hujahan pemberatan hukuman memohon supaya hukuman berat dikenakan terhadap OKT1 dan OKT2 kerana kesalahan pengedaran dadah berbahaya merupakan kesalahan serius dan memberikan impak yang negatif kepada negara. Pihak Pendakwaan memohon supaya Mahkamah mempertimbangkan faktor kepentingan awam terutamanya dalam kesalahan pengedaran dadah berbahaya. [90] Dalam penentuan hukuman yang bersesuaian, Mahkamah ini turut merujuk kepada Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 yang telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT1 dan OKT2, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [91] Di dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] [92] Walaupun keputusan kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA [93] Setelah mempertimbangkan hujahan mitigasi OKT1 dan OKT2 serta hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, dan juga fakta bahawa berat dadah yang terlibat adalah Methamphetamine seberat 762.64 gram, dan berdasarkan keseluruhan fakta kes ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT1 dan OKT2. [94] Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap setiap OKT. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada setiap OKT ini akan dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan juga masyarakat umum secara keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 30 April 2025. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA Peguambela OKT1: Rafidi bin Mohamad Tetuan Shamsudin Bahari & Rafidi Peguambela OKT2: Mohamad Nizan bin Azdahari Tetuan Dasuki & Co. S/N yX4q0STaq0kwVwedZmttA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.