Content
1 MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45B-34-10/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
BA-45B-34-10/2020
High Court of Malaysia20 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mati juga tidak ada pada rotan berkenaan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak menerima ID65 sebagai bukti bagi pihak pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Privy Council di dalam Noor Mohamed v R [1949] AC 182 yang telah dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Amathevelli a/p P Ramasamy v Pendakwa Raya [2009”
“skan kes pendakwaan kecuali sekiranya saksi mata dapat mengenali dan mengecam tertuduh ketika menyaksikan kejadian sepertimana diputuskan di dalam kes Saimon A/l Anthony v Pendakwa Raya dan lain-lain [2023] MLJU 485. Akan tetapi, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melimpah ruah, adalah jelas baha”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45B-34-10/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA
5
5.LOGESWARAN A/L MANICKAM PENGHAKIMAN [1] OKT1, OKT2, OKT3, OKT4 dan OKT5 (selepas ini dirujuk OKT-OKT) telah dipertuduhkan dengan pertuduhan (eksibit P2) seperti berikut: “Bahawa kamu telah bersama-sama pada 16 Mac 2020 antara jam lebih kurang 3.00 pagi hingga 6.00 pagi, bertempat di Pantai Pulau Carey, di dalam daerah Kuala Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah membunuh VIKNESH 17/06/2025 11:00:50 Kand. 527 CHANDRA SEGAR (NO. K/P: 020320-06-0677) dan kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.” (penekanan diberikan) [2] Setelah dibacakan dan diterangkan dengan pertuduhan tersebut, kesemua OKT tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. [3] Susulan keterangan diberikan oleh Dr Emizam bin Mohamadon, pakar forensik patologi (SP12) pada 13.11.2024, pihak pendakwaan telah membuat permohonan untuk meminda pertuduhan tersebut yang mana telah dibenarkan oleh Mahkamah. Pertuduhan pindaan ditandakan sebagai eksibit P49 seperti berikut: “Bahawa kamu telah bersama-sama di antara 15.3.2020 jam lebih kurang 9.15 malam hingga 16.3.2020 jam lebih kurang 9.15 malam, bertempat di Pantai Pulau Carey, di dalam daerah Kuala Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah membunuh VIKNESH CHANDRA SEGAR (NO. K/P: 020320-06- 0677) dan kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.” (penekanan diberikan atas pindaan yang dibuat oleh pihak pendakwaan) [4] Pertuduhan pindaan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT-OKT dan kesemua OKT tidak mengaku salah dan telah mohon dibicarakan atas pertuduhan pindaan. Setiap OKT diwakili oleh peguambela masing-masing. [5] Peguambela OKT1 kemudian membuat permohonan untuk memanggil semula kesemua saksi pendakwaan namun akhirnya memanggil SP11 bagi tujuan pemeriksaan balas lanjutan berkait dengan pertuduhan pindaan tersebut. [6] Pada 20.5.2025, Mahkamah telah menilai dan mempertimbangkan secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan di akhir kes pendakwaan dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT-OKT yang mana pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati pertuduhan selain identiti mangsa/simati yang tidak dipertikaikan. Mahkamah telah melepas dan membebaskan kesemua OKT-OKT daripada pertuduhan. [7] Tidak berpuas hati atas keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 3.6.2025 ke Mahkamah Rayuan. [8] Ini adalah alasan lengkap Mahkamah ini. FAKTA KES PENDAKWAAN [9] Saksi-saksi pendakwaan adalah seramai lapan belas (18) orang seperti berikut: SP1 Kpl Mohd Nurihafizal bin Hassan Anggota Mers 999 SP2 Kpl Norisam bin Mohd Noor Anggota Mers 999 SP3 Reena a/p Veludas Isteri OKT3 SP4 Kpl Abdul Aziz bin Ahmad Jurufoto SP5 SI Mhd Rasdi bin Mhd Safien Jurufoto SP6 Chandra Segar a/l Marullamuth Bapa simati SP7 Siti Nursyafinaz binti Sodil Pen. Pegawai Perubatan SP8 Kpl Sheila Anggota Kaunter Balai Sg Jarom SP9 ASP Ridhuan bin Abdullah Pegawai Kawad Cam SP10 Insp Saifuddin bin Salman Pegawai Penyiasat kes Sek. 148/324 Kanun Keseksaan SP11 Insp Mohamad Fadzil bin Mohamad Saidi Pegawai Penyiasat kes Sek. 506 Kanun Keseksaan SP12 Dr Emizam bin Mohamadon Pakar Forensik Patologi SP13 Dr Zarith Zakira binti Ezahar Doktor Hospital Banting SP14 Insp Herry Anak Alban Ali Pegawai Tangkapan SP15 Philomena Georgina a/p John Thomas Ibu simati SP16 Insp Nur Hidayah binti Mohamad Pegawai Penyiasat Warisan SP17 Wan Noor Mahirah binti Majidin Ahli Kimia Toksikologi SP18 ASP Daimie bin Jamilin Pegawai Penyiasat [10] Pada 16.3.2020 jam lebih kurang 5.05 petang, semasa SP1 sedang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kuala Langat, SP1 telah menerima satu panggilan MERS 999 dari satu perempuan India yang memperkenalkan diri sebagai Yogeswary a/p Mamandi. [11] Melalui panggilan tersebut, Yogeswary a/p Mamandi memaklumkan bahawa anak jirannya telah kena pukul dan tidak sedarkan diri di hadapan rumah beralamat no. 22, Jalan Rambai 3, Taman Rambai Indah 42600 Jenjarom, Selangor. [12] SP1 kemudian menghubungi MPV Sektor Empat SEL 1015 iaitu SP2 dan Kpl Hisam untuk ke lokasi kejadian. SP1 kemudian telah dimaklumkan oleh SP2 bahawa terdapat 1 lelaki India dalam keadaan terbaring di hadapan lokasi kejadian dan meminta SP1 untuk menghubungi ambulans. SP1 selanjutnya telah menghubungi ambulans Klinik Kesihatan Sg Jarom dan memaklumkan tentang kejadian ini. [13] SP2 selanjutnya ada menghubungi SP1 dan memaklumkan bahawa ambulans telah sampai dan telah mendapat pengesahan daripada Pembantu Pegawai Perubatan bernama Syafinaz (SP7) bahawa mangsa 1 lelaki India yang terbaring itu telah meninggal dunia. SP1 kemudian membuat laporan polis sepertimana P4. [14] Kejadian ini dimaklumkan kepada SP18 melalui panggilan telefon dan SP18 telah tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 6.30 petang. SP18 telah bertemu dengan SP15 yang merupakan ibu simati dan simati bernama Viknesh Chandra Segar. [15] Hasil pemerhatian SP18 terhadap mayat simati, SP18 mendapati terdapat kesan lebam dan calar di bahagian perut, lengan dan lutut pada simati serta terdapat luka-luka calar kecil di bahagian muka yang mana kelihatan masih baru tetapi sudah kering. [16] Hasil pemeriksaan di sekitar tempat kejadian, SP18 tidak menjumpai apa-apa keadaan yang menunjukkan adanya pergelutan yang berlaku di kawasan tesebut dan SP18 juga tidak melihat apa-apa senjata yang disyaki boleh menyebabkan kecederaan pada simati. [17] Pasukan Forensik dari IPK Selangor kemudian tiba pada jam 7.40 malam yang diketui oleh Insp Amira di mana hasil siasatan pihak forensik mendapati terdapat kesan lebam dan calar yang menunjukkan satu perbuatan jenayah telah berlaku pada tubuh simati dan telah menyebabkan kematian simati. Walau bagaimanapun, pihak forensik tidak menjumpai apa-apa kesan darah atau senjata di kawasan tersebut. Mayat simati kemudian telah dibawa ke Hospital Banting bagi tujuan bedah siasat. [18] Bedah siasat terhadap mayat simati telah dibuat pada 17.3.2020 jam 11.10 pagi oleh SP12 dan mendapati jasad simati berada dalam keadaan kaku mayat yang sempurna dan lebam mayat adalah di belakang badan. Badan simati juga terasa sejuk apabila disentuh. [19] Hasil pemeriksaan luaran, SP12 mendapati simati mengalami sebanyak 107 kecederaan-kecederaan seperti berikut:
1
luka lecet berukuran 1.5 cm x 0.2 cm di bahagian atas pangkal kening kiri
2
lebam di kelopak mata kanan berukuran 5 cm x 2 cm
3
lebam di kelopak mata kiri berukuran 9 cm x 3.5 cm
4
lebam dan bengkak berukuran 8 cm x 5 cm beserta lukaluka lecet lurus dan kecil di pipi kanan
5
luka lecet beserta lebam berukuran 6.5 cm x 1 cm di bahagian muka sebelah kanan berhampiran telinga
6
luka-luka lecet kecil di kedua-dua belah cuping telinga
7
luka-luka lecet berukuran 0.5 cm x 0.5 xm dan 1.5 cm x 0.2 cm di batang hidung
8
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 4 cm x 0.5 cm di pelipis kanan muka
9
luka lecet berukuran 3 cm x 0.5 cm di bawah kelopak mata kiri sebelah bawah
10
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 5.5 cm x 0.5 cm di pipi kiri
11
beberapa luka lecet lurus di muka sebelah kiri
12
lebam dan bengkak berukuran 9 cm x 6 cm di pipi kiri
13
lebam-lebam di bahagian dalam pertengahan bibir atas dan bahagian dalam bibir bawah
14
luka lecet berukuran 2 cm x 0.5 cm dan lebam berukuran 2 cm x 1 cm di sebelah kanan dagu
15
lebam berukuran 6 cm x 4 cm di bahagian bawah muka sebelah kiri (berhampiran mulut)
16
lebam berukuran 7 cm x 2.5 cm di bahagian bawah dagu
17
lebam berukuran 9 cm x 4 cm di bahagian bawah rahang kiri
18
lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 18 cm x 0.5 cm di bahagian luar sebelah atas dada kanan
19
luka lecet berukuran 4 cm x 0.1 cm di bahagian belakang sisi dadah kanan sebelah bawah
20
luka-luka lecet beserta lebam kecil berada dalam satu garisan dari bahagian depan hujung bahu kanan sehingga ke bahagian depan bahu kiri
21
lebam yang tidak jelas berukuran 11 cm x 9 cm di bahagian tengah dada sebelah atas
22
beberapa luka lecet kecil lurus di dada kanan (sebelah dalam puting dada)
23
dua luka lecet selari berbentuk seperti tangga berukuran 12 cm x 1 cm di bahagian dalam kawasan tulang selangka kiri
24
dua luka lecet selari berbentuk seperti tangga berukuran 7 cm x 0.5 cm di bahagian luar dada kiri sebelah atas
25
lebam-lebam beserta luka-luka lecet kecil berbentuk lurus di dada kiri
26
lebam berukuran 21 cm x 8 cm di bahu kiri dan bahagian luar dada kiri sebelah atas
27
lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 9 cm x 1 cm di bahagian tengah abdomen
28
lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 7 cm x 1 cm di bahagian atas kecederaan no. 27
29
lebam beserta luka lecet bercorak berukuran 10 cm x 2 cm di sebelah kanan abdomen
30
lebam beserta luka lecet berukuran 2.5 cm x 1 cm di bahagian depan abdomen sebelah kanan
31
luka lecet berukuran 6 cm x 3 cm di bahagian belakang sisi luar abdomen sebelah kanan
32
lebam beserta luka lecet berukuran 2.3 cm x 0.4 cm di sisi luar bahagian depan dada kiri sebelah bawah
33
lebam beserta luka lecet berukuran 4 cm x 1 cm di sisi luar dada kiri sebelah bawah
34
lebam beserta luka lecet berukuran 3.5 cm x 0.2 cm di bahagian belakang sisi luar dada kiri sebelah bawah
35
lebam beserta luka lecet berukuran 6 cm x 0.5 cm di bahagian depan sisi luar abdomen kiri sebelah atas
36
lebam beserta luka lecet berukuran 3 cm x 1.5 cm di bahagian depan sisi luar tengah abdomen kiri
37
lebam berukuran 12 cm x 3 cm di sisi luar abdomen sebelah kiri bawah
38
lebam berukuran 2.5 cm x 1.5 cm di bahagian depan sisi luar pinggang kiri
39
beberapa luka lecet lurus di bahagian belakang sisi luar pinggang kiri
40
lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 11 cm x 1 cm di bahagian belakang sisi luar pinggang kiri
41
lebam-lebam beserta luka-luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 4 cm x 0.7 cm dan 4.5 cm x 0.7 cm di bahagian belakang bahu kanan
42
lebam-lebam yang tidak jelas di bahagian belakang badan sebelah atas
43
lebam-lebam beserta luka-luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 7 cm x 1 cm dan 8 cam x 1 cm di bahagian atas sebelah luar belakang badan sebelah kanan
44
Lebam-lebam berserta luka luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 6 cm x 1 cm dan 10 cm x 0.5 cm di bahagian atas belakang badan sebelah kanan
45
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 6 cm x 1.5 cm di pertengahan belakang badan
46
lebam-lebam beserta luka-luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 6 cm x 0.5 cm, 15 cm x 0.7 cm, 4 cm x 0.5 cm dan 4.5 cm x 0.5 cm di bahagian atas belakang badan sebelah kiri
47
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 6 cm x 2 cm di bahagian belakang sisi luar belakang badan sebelah kiri atas
48
beberapa luka lecet lurus dibelakang badan sebelah atas
49
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 9 cm x 1 cm di bahagian belakang pinggang kanan
50
lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 6 cm x 0.5 cm di bahagian atas punggung kanan
51
lebam-lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 10 cm x 0.5 cm di bahagian atas punggung kanan
52
beberapa luka lecet lurus di punggung kanan
53
lebam berbentuk ‘tramline’ di bahagian atas punggung kiri
54
lebam-lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 5 cm x 0.5 cm, 11 cm x 1 cm dan 4 cm x 1 cm di punggung kiri
55
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 5 cm x 1 cm di bahagian luar pangkal lengan atas tangan kanan
56
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 5 cm x 0.7 cm di bahagian luar sepertiga atas lengan atas tangan kanan
57
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 17 cm x 1 cm di bahagian luar pertengahan lengan atas tangan kanan
58
lebam beserta luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 5 cm x 1 cm di bahagian luar pertanganlengan atas kanan (di bawah kecederaan no. 57)
59
lebam-lebam beserta luka-luka lecet berbentuk ‘tramline’ berukuran 8 cm x 1cm dan 7 cm x 2 cm di bahagian luar hujung lengan atas tangan kanan
60
beberapa luka-luka lecet lurus dihujung bahu kanan dan bahagian luar separuh atas lengan atas tangan kanan
61
lebam berukuran 18 cm x 7 cm di bahagian belakang sisi luar separuh atas lengan atas tangan kanan
62
lebam berukuran 16 cm x 13 cm di bahagian belakang sisi luar separuh bawah lengan atas tangan kanan
63
luka lecet lurus berukuran 6 cm x 0.1 cm di sepertiga atas bahagiand epan lengan bawah tangan kanan
64
beberapa luka lecet lurus bersilang di bahagian depansisi luar pinggang kanan
65
lebam berukuran 18 cm x 12 cm beserta beberapa luka lecet lurus di bahagian belakang lengan bawah tangan
66
lebam berukuran 10 cm x 9 cm di belakang tapak tangan kanan
67
luka lecet berukuran 1.5 cm x 0.1 cm di buku jari tengah jari tengah tangan kanan
68
lukalecet berukuran 1 cm x 0.1 cm di buku jari tengah jari manis tangan kanan
69
lebam berukuran 2 cm x 1.5 cm di bahagian depan pangkal ibu jari kanan
70
luka-luka lecet kecil berukuran 0.2 cm x 0.1 cm setiap satu di bahagian depan ibu jari kanan dan kawasan thenar di telapak tangan kanan
71
lebam-lebam beserta luka-luka lecet berbentuk ‘tramline’ dengan purata 1 cm lebar di bahagian belakang bahu kiri dan lengan atas tangan kiri
72
lebam dan bengkak berukuran 25 cm x 13 cm bahagian belakang sisi dalam lengan atas tangan kiri
73
beberapa luka lecet lurus di bahagian depan sisi luar lengan bawah tangan kiri
74
luka lecet berukuran 5 cm x 4 cm di bahagian belakang sisi luar pangkal lengan bawah tangan kiri
75
lebam dan bengkak berukuran 18 cm x 12 cm di bahagian belakang lengan bawah kiri
76
lebam dan bengkak di keseluruhan belakang telapak tangan kiri
77
luka lecet berukuran 3 cm x 0.1 cm di belakang telapak tangan kiri (berhampiran pangkal jari telunjuk)
78
luka lecet di buku jari tengah kelingking tangan kiri
79
kuku jadi telunjuk tangan kiri hampir separuh tercabut
80
luka lecet berukuran 3 c, x 0.5 cm di ruang antara jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri
81
luka lecet berukuran 1.5 cm x 0.1 cm di ruang antara jari manis dan jari kelingking tangan kiri
82
luka-luka lecet kecil di bahagian dalam jari kelingking tangan kiri
83
lebam berukuran 13 cm x 7 cm di bahagian depan sisi luar peha kanan
84
lebam-lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 12 cm x 1 cm, 28 cm x 1 cm dan 13 cm x 1 cm di peha kanan
85
lebam berukuran 12 cm x 8 cm di bahagian dalam sepertiga bawah peha kanan
86
lebam berukuran 20 cm x 8 cm di bahagian belakang sisi luar peha kanan sebelah atas
87
lebam beserta luka lecet berukuran 4 cm x 2 cm di bahagian belakang peha kanan
88
luka lecet berukuran 1 cm x 0.2 cm di sebelah dalam bahagian atas lutut kanan
89
luka lecet berukuran 3 cm x 2 cm di lutut kanan
90
luka lecet berukuran 1 cm x 7 cm di bahagian depan kaki kanan bahawa
91
luka-luka lecet meliputi kawasan sebesar 8 cm x 7 cm di bahagian belakang sisi luar betis kanan sebalah atas
92
luka lecet berukuran 7 cm x 5 cm di bahagian belakang sisi luar betis kanan
93
luka-luka lecet kecil di buku lali luar kaki kanan
94
luka-luka lecet kecil di bahagian depan pergelangan kaki kanan dan bahagian atas ibu jari kanan
95
luka lecet berukuran 4 cm x 2 cm di bahagian atas kaki kanan
96
lebam berukuran 9 cm x 4 cm di pangkal peha kiri
97
lebam-lebam berukuran 14 cm x 4 cm dan 25 cm x 7 cm di bahagian depan sisi luar peha kiri
98
lebam berukuran 15 cm x 8 cm beserta dua lebam berbentuk 'tramline’ yang tidak jelas dipangkal sisi luar peha kiri
99
lebam berukuran 12 cm x 8 cm di bahagian dalam peha kiri
100
luka lecet berukuran 1.2 cm x 0.2 cm di bahagian dalam peha kiri sebelah bawah
101
luka lecet berukuran 2 cm x 1 cm beserta lebam berukuran 6 cm x 5 cm di bahagian dalam lutut kiri
102
luka lecet berukuran 5 cm x 3 cm di lutut kiri
103
luka lecet berukuran 8 cm x 5 cm di bahagian bawah lutut kiri
104
lebam-lebam berbentuk ‘tramline’ berukuran 7 cm x 1 cm dan 5 cm x 1 cm di sepertiga atas bahagian depan kaki bawah kiri
105
luka lecet berukuran 15cm x 5 cm di bahagiand epan sisi luar kaki kiri
106
luka-luka calar di bahagian belakang sisi dalam betis kiri sebelah atas
107
luka lecet berukuran 9 cm x 5 cm di bahagian atas kaki kiri [20] Hasil pemeriksaan dalaman pula, SP12 mendapati simati mengalami:
1
pendarahan di bawah kulit kepala (subgaleal) di kepala sebelah kiri dan puncak kepala;
2
pendarahan di otot temporalis kedua-dua belah tengkorak;
3
tulang tengkorak tidak pecah;
4
tiada pendarahan di dalam rongga tengkorak atau pun di dalam otak;
5
lebam di sisi kiri lidah;
6
pendarahan di bahagian depan dan sisi larink;
7
Tulang hyoid dan rawan tiroid tidak patah;
8
pendarahan di otot-otot bahagian depan leher dan bawah dagu;
9
kedua-dua paru kongesi dan agak berair;
10
pendarahan di bawah kulit yang meluas dua per tiga lengan atas tangan kanan, separuh lengan bawah tangan kanan, dua per tiga lengan atas kiri, separuh lengan bawah tangan kiri, belakang telapak kedua-dua tangan, dua per tiga bahagian atas belakang badan, sisi luar peha kanan, bahagian depan kaki bawah kiri, kedua-dua belah pipi, kedua-dua belah bahu dan bahagian tengah abdomen;
11
pemeriksaan organ-organ dalaman lain tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit signifikan. [21] Pemeriksaan histologi tisu buah pinggang simati menunjukkan kehadiran Myoglobin iaitu sejenis protein di dalam tisu otot. [22] Punca kematian simati pada pandangan SP12 adalah disebabkan oleh kecederaan tisu-tisu lembut yang meluas akibat daripada kecederaan tumpul berganda. [23] Saksi penting di dalam kes ini yang melihat kejadian ini adalah SP6 yang merupakan bapa kepada simati. SP6 telah menceritakan beberapa siri kejadian sebelum tragedi ini berlaku. KEJADIAN PADA 10.2.2020 [24] Pada 10.2.2020 jam lebih kurang 3.06 pagi, SP6 telah menghubungi simati bagi bertanyakan kenapa simati masih belum balik ke rumah. [25] Semasa SP6 menelefon simati, SP6 mendengar suara simati seperti menangis dan SP6 menyatakan ada orang sebelah simati beritahu ugutan diberikan supaya tidak laporkan perkara ini kepada polis. [26] Ketika itu, SP6 tidak tahu simati berada di mana dan bersama siapa kerana tidak diberitahu oleh simati. [27] SP6 kemudian telah membuat laporan polis P18 pada jam 3.28 pagi kerana bimbang. SP6 menyatakan simati kemudian dihantar pulang ke rumah oleh salah seorang suspek pada jam lebih kurang 4.30 –
5
5.00 pagi. SP6 dapati simati kelihatan takut, trauma dan tidak mahu keluar rumah namun SP6 tidak melihat sebarang kecederaan pada simati. KEJADIAN PADA 11.2.2020 [28] Pada jam lebih kurang 12.00 tengah malam, SP6 memberithu SP11 yang merupakan Pegawai Penyiasat bagi laporan P18 telah hadir ke rumah SP6 dan bertemu dengan simati. [29] SP6 menyatakan simati telah memberitahu suspek adalah 3 lelaki India. 2 dari 3 lelaki tersebut tinggal di taman yang sama dengan SP6 manakala seorang lagi tinggal di taman kedua di belakang. Simati turut memberikan nama-nama nama samaran orang yang terlibat sebagai Botak atau Ragu, Boy dan Vasan. [30] SP11 kemudian meminta simati untuk tunjukkan rumah suspek-suspek tersebut dan simati telah membawa SP11 untuk tunjukkan rumah-rumah tersebut. Simati dikatakan dihantar pulang ke rumah selepas 10 ke 20 minit kemudian. KEJADIAN PADA 12.2.2020 [31] SP6 menyatakan pada 12.2.2020, sewaktu simati berada berdekatan dengan kereta, simati telah didatangi dengan 2 lelaki India yang bernama Boy dan Botak atau Ragu yang memberi ugutan “kita akan habiskan kamu. Kita akan bunuh kamu”. [32] SP6 kemudian telah membuat laporan polis kedua sepertimana P19 ada jam 4.57 pagi. KEJADIAN PADA 17.2.2020 [33] SP6 kemudian membuat laporan polis ketiga sepertimana P20 yang mana laporan ini dibuat berkenaan ugutan 2 lelaki India terhadap simati di hadapan rumah SP6. Laporan polis dibuat pada jam 12.29 pagi. PANGGILAN DARI BOY [34] SP6 menyatakan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Boy telah menghubunginya dan meminta untuk berjumpa dengan SP6. [35] SP6 dan Boy telah berjumpa di kedai mamak yang jaraknya lebih kurang 150 meter di mana Boy telah datang seorang diri. [36] Perbincangan di antara SP6 dan Boy adalah berkenaan laporan polis P18 yang dibuat pada 10.2.2020 di mana penama Boy meminta untuk SP6 menarik balik laporan polis tersebut. [37] SP6 menyatakan ketika itu Boy seolah-olah hendak serahkan wang untuk SP6 tarikbalik repot dan perbincangan itu mengambil masa lebih kurang 40 minit ke 1 jam. Selesai perbincangan SP6 terus balik ke rumah. [38] Boy yang berjumpa dengan SP6 di kedai mamak itu telah dicamkan sebagai OKT1. PANGGILAN DARI BOY (OKT1) DAN VASAN (OKT2) [39] SP6 menyatakan sehari dua selepas perbincangan dengan OKT1, SP6 ada terima panggilan dari seorang yang perkenalkan diri sebagai Vasan yang meminta SP6 untuk menarik repot. [40] Pada 27.2.2020, satu laporan polis telah dibuat terhadap SP6 oleh penama Vasanthan a/l Veeramohan (IDD31) di mana di dalam laporan tersebut, Vasanthan menyatakan telah hubungi SP6 pada 13.2.2020 untuk bertanyakan tentang laporan polis yang dibuat oleh SP6. Namun, di dalam laporan itu dinyatakan SP6 telah meminta RM6,000 bagi tujuan penarikan repot tersebut. Laporan IDD31 telah dibuat kerana Vasanthan tidak berpuas hati dengan SP6. KEJADIAN PADA 16.3.2020 (HARI KEJADIAN) [41] Pada 16.3.2020 jam lebih kurang 3.15 pagi, SP6 mendapati simati tidak berada di rumah. SP6 terus menghubungi telefon bimbit simati namun tidak berjawab. [42] SP6 menyatakan pada hari yang sama pada waktu tengah malam, simati ada hubungi SP6 memberitahu ketika simati berada di hadapan satu restoran tomyam (jarak 30meter dari rumah SP6), simati nampak 3 suspek yang terlibat lalu di hadapan simati dengan menaiki motor. Ketika itu simati sedang menunggu kawannya. SP6 kemudian menyuruh simati balik cepat ke rumah sebab suspek-suspek itu cuba membuat sesuatu kepada simati. [43] Apabila SP6 pulang ke rumah pada jam 3.15 pagi dan mendapati simati tidak ada dirumah, SP6 terus hubungi simati beberapa kali. SP6 menyatakan telefon bimbit simati berdering tetapi tidak berjawab. SP6 menyatakan selalunya simati akan jawab terus panggilan SP6 dan tidak seperti ini. Disebabkan rasa bimbang terhadap simati, SP6 terus hubungi SP11 untuk meminta SP11 mencari kedudukan simati dan menghantar simati pulang. [44] Setelah beberapa panggilan yang tidak berjawab, simati kemudian menjawab panggilan SP6. Simati beritahu simati bersama kawannya dan terlalu banyak minum minuman keras serta pening kepala. SP6 bertanyakan di manakah kedudukan simati dan simati beritahu dia berada di restoran yang terletak di sebelah jambatan masuk ke Pulau Carey. Simati tidak ada beritahu siapakah kawannya. [45] Setahu SP6, simati tidak akan minum minuman keras dengan terlalu banyak sehingga mabuk. Bimbang akan keadaan simati, SP6 telah pergi ke restoran yang dinyatakan untuk mencari simati tetapi SP6 tidak jumpa anaknya disitu. SP6 telah pergi ke restoran-restoran di situ tetapi mendapati restoran-restoran telah ditutup. Waktu itu adalah lebih kurang 4.00 ke 4.30 pagi. [46] SP6 kemudian hubungi simati lagi tetapi masih tidak dijawab oleh simati dan selanjutnya menghubungi SP11 bagi memohon bantuan lanjut. Selang 5 ke 10 minit, simati telah menghubungi SP6 dan simati beritahu kawan simati telah bawanya ke Pulau Carey dan tinggalkan simati berseorangan. SP6 terus maklumkan SP11. [47] SP6 selanjutnya pergi ke sekitar Bandar Carey dan Pulau Carey sehingga ke kawasan pantai untuk mencari simati tetapi tidak jumpa. SP6 terus menerus hubungi simati tetapi tidak berjawab. SP6 kemudian beredar untuk menuju semula ke restoran di bawah jambatan dan sebelum sampai di situ, SP6 telah terima panggilan dari simati meminta SP6 untuk patah balik. SP6 terus patah balik ke kawasan tepi pantai Pulau Carey dan menunggu simati. SP6 masih hubungi simati namun tidak berjawab. SP6 kemudian menghubungi SP11. KEJADIAN DI PANTAI PULAU CAREY [48] Sebelum panggilan SP6 bersambung dengan telefon bimbit SP11, SP6 nampak satu kereta Proton Wira warna gelap telah berhenti berdekatan dengan kereta SP6 dalam jarak 10 kaki. SP6 nampak kereta itu dipandu oleh Vasant (dicamkan sebagai OKT2) dan disebelah penumpang hadapan terdapat seorang lelaki India yang SP6 tidak dikenali (selepas itu dicamkan sebagai OKT3). [49] SP6 menyatakan OKT3 telah keluar dari kereta dengan membawa kayu rotan dan memukul SP6. Ketika itu, SP6 berada di luar kereta. SP6 cuba untuk tahan pukulan tersebut sehingga tangan SP6 patah. Sewaktu OKT3 hendak keluar dari kereta, SP6 nampak simati berada di tengah-tengah tempat duduk belakang kereta tersebut dengan keadaan hidung sudah bengkok dan mata kirinya berwarna biru hitam. [50] SP6 juga nampak di kanan simati adalah OKT1 dan disebelah kiri simati telah dicamkan adalah OKT4. Ketika itu juga, SP6 nampak 1 motorsikal yang dinaiki oleh seorang lelaki Gemuk (dicamkan sebagai OKT5) telah meletakkan motorsikalnya di belakang kereta Proton Wira tersebut. OKT5 turun dari motorsikal dan melihat SP6 dipukul. SP6 mendengar suara OKT1, OKT2 dan OKT4 yang menyuruh OKT3 untuk pecahkan kepala SP6 dan bunuh SP6. [51] SP6 kemudiannya dipukul oleh kesemua OKT dengan menggunakan kayu rotan, kayu besbol, seperti besi dan lain-lain barang yang SP6 tidak pasti. Ketika itu, telefon bimbit, beg duit dan kunci kereta SP6 dirampas oleh OKT-OKT. Sewaktu SP6 dipukul, simati masih berada dalam kereta. [52] Selepas itu, OKT4 suruh keluarkan simati dari kereta dan OKT-OKT menyuruh SP6 dan simati berbogel. OKT-OKT telah menendang kemaluan SP6 dan simati dan paksa hisap kemaluan masing-masing. [53] SP6 dan simati telah dipukul, ditendang, dipijak dan disepak dengan selipar. SP6 nyatakan SP6 tidak dapat pertahankan simati kerana berada dalam keadaan yang lemah. Kejadian itu berlaku dalam tempoh lebih kurang 15 ke 20 minit dan lampu kereta SP6 dan lampu kereta Proton Wira dalam keadaan menyala. [54] Kemudian, terdapat panggilan masuk ke telefon OKT3 dan ketika OKT3 menjawab telefon, SP6 dipegang oleh OKT4 manakala simati dipegang oleh OKT2 dan OKT5. Selesai menjawab panggilan, OKT3 arahkan OKT1 untuk pakaikan semula pakaian SP6 dan simati. SP6 dan simati kemudian memakai seluar dalam keadaan berlumuran darah dan kesakitan manakala baju SP6 dan simati digunakan untuk menutup mata SP6 dan simati. [55] SP6 kemudian nampak sebuah kereta menuju ke kawasan itu dan berhenti di hadapan OKT3. SP6 nampak OKT3 bercakap dengan pemandu kereta tersebut. Namun, SP6 tidak tahu siapakah pemandu kereta itu kerana pemandu hanya duduk dalam kereta. SP6 juga tidak tahu jenis kereta kerana ketika itu SP6 dan simati dibawa ke belakang sebuah pokok. SP6 menyatakan dia nampak kejadian itu kerana ikatan matanya tidak berapa tutup. [56] Selepas kereta tersebut beredar, SP6 dan simati telah dibawa semula ke tempat awal-awal SP6 dipukul dan OKT1, OKT2 dan OKT4 telah bertanyakan berkenaan salinan laporan polis. SP6 beritahu laporan polis itu ada di dalam kereta SP6. Ketika ini, ikatan mata SP6 telah dibuka namun SP6 tidak nampak di mana simati. OKT-OKT kemudian telah periksa kereta SP6 namun tidak menjumpai laporan-laporan polis tersebut. [57] SP6 kemudian ditanyakan lagi sekali di manakah laporan-laporan polis itu dan SP6 menjawab tidak ingat. OKT2 dan OKT4 kemudian cuba patahkan leher SP6 sambil berkata ‘matilah kamu’, ‘pergi mampus’. [58] Ketika itu, SP6 nampak OKT3 dan OKT5 bawa simati ke dalam kereta Proton Wira dan OKT1 arahkan OKT2 dan OKT4 untuk ikatkan semula mata SP6. [59] SP6 kemudian dimasukkan ke dalam keretanya dan SP6 perasan ada yang duduk di tempat pemandu dan mulakan perjalanan. Ketika dalam perjalanan, SP6 nampak yang memandu kereta itu adalah OKT4 kerana ikatan mata SP6 sedikit longgar. KEJADIAN DI LADANG KELAPA SAWIT [60] Setelah kereta diberhentikan, ikatan mata SP6 telah dibuka dan SP6 dapati simati berada dalam keadaan bersujud dan SP6 juga diarahkan untuk bersujud di hadapan kesemua OKT. [61] Pada waktu itu, SP6 menyatakan dah siang dan anggaran jam lebih kurang 7 pagi. SP6 nampak disekelilingnya adalah pokok kelapa sawit dan kereta Proton Wira diletakkan di bawah salah satu pokok kelapa sawit. OKT5 ketika itu duduk di atas motorsikal. SP6 cuba mencari petanda kawasan tesebut dan nampak ada kereta keluar ke lebuhraya SKVE. SP6 nyatakan kawasan itu adalah kawasan kebun atau ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit, OKT-OKT sekali lagi telah memukul simati dan SP6. OKT1, OKT2 dan OKT4 dilihat bertukar-tukar senjata memukul simati dan SP6. SP6 tidak nampak orang lain disitu kecuali OKT-OKT dan simati. [62] SP6 juga nampak OKT3 memukul simati dengan menggunakan pelepah sawit. SP6 juga turut dipukul. Ketika itu, simati berada dalam keadaan bersujud. SP6 dan simati terus menerus dipukul oleh OKT-OKT. [63] OKT1 dan OKT3 kemudian berkata mereka boleh lepaskan simati dan SP6 dan bayar RM50,000. SP6 beritahu telefon bimbit tidak ada yang boleh pindahkan wang dengan segera. Selepas itu, OKT1 cakap jika tidak pindahkan rumah dan SP6 menjawab tidak boleh buat dalam masa terdekat. SP6 dan simati kemudian dipukul lagi. [64] SP6 menyatakan lebih kurang 10 minit sewaktu mereka berhenti memukul, OKT1 ada minta SP6 untuk tarik balik repot P18 dan baru boleh lepaskan SP6 dan simati. [65] SP6 beritahu OKT1 macam mana hendak pergi kerana SP6 susah nak bergerak dan tidak boleh bawa kereta. SP6 setuju untuk tarik repot tersebut. [66] SP6 nampak OKT-OKT berbincang dan OKT1 beritahu SP6 yang OKT1 dan OKT2 akan bawa SP6 ke klinik dahulu dan SP6 dimasukkan dalam keretanya dan dibawa ke klinik. Kereta dipandu oleh OKT2 dan penumpang hadapan adalah OKT1. KLINIK FAMILI DAN KLINIK REIKI BABA [67] SP6 telah dibawa ke Klinik Famili di kawasan Taman Yayasan, Jenjarom dan SP6 diarahkan untuk duduk di kerusi roda. OKT1 telah tolak kerusi roda ke dalam dan kemudiannya ditolak oleh OKT2. SP6 kemudian tidak nampak OKT1 selepas itu. [68] OKT2 telah tolak kerusi roda ke hadapan kaunter pendaftaran klinik dan SP6 nampak OKT2 tanyakan sesuatu di kaunter dan bercakap-cakap dengan seorang perempuan Cina. [69] Selepas itu, SP6 dibawa ke satu bilik dan keluar seorang doktor Cina dan SP6 telah muntah di pintu di hadapan doktor tersebut. OKT2 telah memarahi SP6 menyatakan SP6 berlakon. Doktor Cina tersebut enggan untuk merawat SP6 dan menyuruh OKT2 untuk bawa SP6 ke hospital dengan segera dan SP6 dengar doktor bercakap ‘Saya tengok keadaan dia terlalu tenat’ sebab kecederaan di kepala. [70] OKT2 kemudian telah bawa SP6 ke kereta semula. SP6 telah meminta untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Jenjarom namun OKT2 telah membawa SP6 ke Klinik Reiki Baba. [71] Di klinik tersebut, SP6 juga telah muntah dan doktor minta OKT2 untuk bawa SP6 ke hospital kerajaan atau Hospital Banting. OKT2 sekali lagi marah SP6 kerana berlakon. [72] SP6 kemudian dimasukkan dalam kereta dan dalam perjalanan, OKT2 suruh SP6 beritahu doktor yang SP6 terkena ketika keluar barang dari stor dan menyatakan jika beritahu hal sebenar, SP6 perlu ingat simati masih berada di sana dan OKT2 akan telefon kawan-kawan untuk bunuh simati. KEJADIAN DI LADANG KELAPA SAWIT (SELEPAS BALIK DARI KLINIK) [73] SP6 kemudian mendapati dia telah dibawa semula ke ladang kelapa sawit tersebut dan menyatakan perjalanan dari Klinik Reiki Baba ke ladang itu adalah lebih kurang 10 minit. [74] OKT2 telah menyuruh SP6 untuk turun dari kereta dan SP6 dapati OKT3, OKT4, OKT5 dan OKT1 berada di kawasan itu. Simati juga berada di situ dalam keadaan tenat. OKT-OKT menyatakan SP6 perlu membawa kereta sendiri pergi ke Klinik Kesihatan Jenjarom dan cepat pergi ke balai polis untuk tarik repot. OKT-OKT juga menyuruh SP6 untuk bersihkan pakaian sebelum ke balai polis. SP6 kemudian telah memandu keluar dari kawasan itu dengan menaiki keretanya dan pulang ke rumah. RUMAH SP6 [75] Sampai di rumah, SP6 telah turunkan tempat sandar pemandu dan ini dilihat oleh anak kedua SP6. Anak kedua SP6 terus memanggil SP15. SP15 pergi ke SP6 dan cuba keluarkan SP6 dari dalam kereta. SP6 dibawa masuk ke bilik dan pengsan di atas katil. [76] Tidak berapa lama kemudian, SP15 telah menerima panggilan telefon dari simati dan minta untuk SP6 jawab panggilan tersebut. Ketika itu, SP6 dengar suara simati menangis kuat dan tanya adakah SP6 sudah tarik repot. SP6 beritahu akan keluar dan pergi seperti yang diarahkan. SP6 kemudian telah bersihkan diri dan pergi ke Balai Polis Sg Jarom bersama SP15 dan anak keduanya. TARIK BALIK LAPORAN DI BALAI POLIS SG JAROM [77] SP6 telah membuat laporan tarik balik seperti P21 di mana isi kandungannya adalah seperti yang dinyatakan oleh OKT1 kepada SP6. Ketika itu, penerima aduan adalah SP8 di mana SP8 lihat SP6 dalam keadaan ketakutan dan senyap. SP8 juga nampak tangan kiri dan siku SP6 berdarah. SP6 juga dilihat pegang kepala dan berada dalam keadaan kesakitan. [78] Selepas buat laporan itu, SP6 terus masuk ke dalam kereta namun SP15 telah kembali ke balai selepas lebih kurang 2 minit dan beritahu SP8 bahawa SP6 kena pukul dan anak kena tahan. Keadaan SP15 ketika itu menangis dan ketakutan. Hal ini ada dicatatkan di dalam system SPBP oleh SP8 (walaubagaimanapun, ketika SP8 membawa dokumen ini, setelah peguambela melihat dokumen tersebut, peguambela telah tidak berhasrat untuk dokumen itu dikemukakan). PENYERAHAN LAPORAN TARIK BALIK P21 [79] Selepas membuat laporan P21, di dalam kereta, SP6 sekali lagi menerima panggilan dari simati dan meminta salinan laporan P21 diserahkan kepada ibu OKT1 dengan segera. SP6 menyuruh SP15 pergi membuat salinan laporan P21 dan mereka kmeudian terus ke rumah OKT1. [80] Sampai di rumah OKT1, SP15 telah serahkan salinan laporan polis itu kepada seorang perempuan India dan kemudian membawa SP6 ke Klinik Kesihatan Jenjarom. [81] SP6 kemudian dirujuk ke Hospital Banting di mana Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas adalah SP7 dengan menaiki ambulans. SP7 menyatakan ketika itu SP6 mengalami kecederaan di kepala iaitu luka yang dalam serta terdapat tanda-tanda seperti pening dan muntah-muntah. SIMATI DIHANTAR SEMULA [82] SP15 kemudian ada menerima panggilan dari simati dan simati telah meminta untuk SP15 mengambilnya di tempat simpan lori dekat kedai. SP15 kemudian telah membawa simati pulang ke rumah dan sebelum simati sempat masuk ke dalam rumah, simati telah rebah di hadapan pintu rumah yang kemudiannya telah disahkan tiada tanda-tanda kehidupan oleh SP7. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [83] Elemen kesalahan ‘membunuh’ terkandung dalam peruntukan seksyen 299 dan seksyen 300 Kanun Keseksaan. Secara umumnya, takrifan ‘culpable homicide’ adalah seperti berikut: “Whoever causes death by doing an act with the intention of causing death, or with the intention of causing bodily injury as is likely to cause death or with the knowledge that he is likely by such act to cause death commits the offence of culpable homicide.” [84] Seterusnya seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan tentang ‘culpable homicide amounting to murder’ seperti yang berikut: “Except in the cases hereinafter excepted, culpable homicide is murder:
a
If the act by which the death is caused is done with the intention of causing death;
b
If it is done with the intention of causing such bodily injury as the offender knows to be likely to cause the death of the person to whom the harm is caused;
c
If it is done with the intention of causing bodily injury to any person, and the bodily injury intended to be inflicted is sufficient in the ordinary course of nature to cause death; or
d
If the person committing the act knows that it is imminently dangerous that it must in all probability cause death, or such bodily injury as is likely to cause death, and commits such act without any excuse for incurring the risk of causing death, or such injury as aforesaid.” [85] Oleh yang demikian, dengan berpandukan peruntukan seksyen 299 dan seksyen 300 Kanun Keseksaan tersebut, pihak pendakwaan dalam kes yang melibatkan pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini adalah bertanggungjawab untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan kesalahan seperti berikut:
a
berlakunya kematian Mangsa;
b
kematian Mangsa disebabkan kecederaan yang dialami oleh Mangsa;
c
kecederaan ke atas Mangsa adalah disebabkan oleh perbuatan OKT-OKT;
d
Perbuatan OKT-OKT yang menyebabkan kecederaan mangsa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat seperti mana dalam pertuduhan;
e
Bahawa dalam mengakibatkan kecederaan ke atas mangsa, OKT-OKT telah, sama ada -
i
dengan niat menyebabkan kematian Mangsa (with the intention of causing death);
II
(ii) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh ke atas Mangsa yang diketahui oleh OKT boleh menyebabkan kematian mangsa (with the intention of causing such bodily injury with the knowledge likely to cause death);
III
(iii) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh Mangsa yang pada kebiasaannya boleh menyebabkan kematian (with the intention of causing bodily injury which sufficient in the ordinary course of nature to cause death); atau
IV
(iv) dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu sangat merbahaya dan semestinya dalam apa jua kebarangkalian akan menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang boleh menyebabkan kematian (with the knowledge that the act is so imminently dangerous that in all probability cause death or such bodily injury is likely to cause death and such act without any excuse for incurring the riskm of death or injury); dan
f
bahawa OKT-OKT mempunyai niat bersama (common intention) untuk membunuh atau menyebabkan kematian Mangsa. [86] Pihak pendakwaan bergantung kepada seksyen 300(d) Kanun Keseksaan untuk mensabitkan OKT-OKT. [87] Elemen-elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: i. Viknesh Chandra Segar (simati) telah mati; ii. Simati telah mati akibat bencana tubuh/kecederaan yang dialaminya; iii. bencana tubuh/kecederaan yang dialami oleh simati adalah akibat perbuatan OKT-OKT; iv. OKT-OKT mempunyai niat untuk menyebabkan bencana tubuh / kecederaan kepada simati; dan v. OKT-OKT mempunyai niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menyebabkan bencana tubuh/kecederaan kepada simati [88] Bagi elemen pertama, iaitu identiti simati, tidak ada pihak yang mempertikaikan bahawa simati adalah Viknesh Chandra Segar, yang merupakan anak kepada En. Chandra Segara (SP6). [89] Namun yang dipertikaikan dengan seriusnya oleh pihak pembelaan adalah hujahan kesemua peguambela yang mewakili setiap OKT adalah mengenai kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen-elemen pertuduhan selain identiti simati. [90] Dengan demikian, Mahkamah ini akan membuat analisa satu persatu mengenai elemen-elemen tersebut. Memandangkan isu-isu dibangkitkan oleh setiap peguambela adalah sama, Mahkamah ini akan bincangkan isu-isu tersebut bersekali. PEMBUKTIAN ELEMEN PERTUDUHAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [91] Menurut Laporan Bedah Siasat eksibit P46 yang disediakan oleh SP12, kecederaan yang dialami iaitu “excessive soft tissues injuries due to multiple blunt force trauma” telah menyebabkan kematian simati. [92] Berdasarkan bedah siasat dilakukan SP12, terdapat sebanyak 107 kecederaan luaran pada tubuh badan simati yang berbentuk luka- luka lecet berbentuk ‘tramline’, lebam-lebam, luka-luka lecet tirus, luka-luka lecet, bengkak, kuku jari telunjuk tangan kiri hampir separuh tercabut dan luka-luka calar. [93] Pemeriksaan dalaman pula menunjukkan ada pendarahan di bawah kulit kepala (subgaleal) di kepala sebelah kiri dan puncak kepala, pendarahan di otot temporalis kedua-dua belah tengkorak, lebam di sisi lidah, pendarahan di otot-otot bahagian depan leher dan bawah dagu, pendarahan di bahagian depan dan sisi larink, paru-paru kongesi dan agak berair dan pendarahan di bawah kulit yang meluas dua per tiga lengan atas tangan kanan, separuh lengan bawah tangan kanan, dua per tiga lengan atas kiri, separuh lengan bawah tangan kiri, belakang telapak kedua-dua tangan, dua per tiga bahagian atas belakang badan, sisi luar peha kanan, bahagian depan kaki bawah kiri, kedua-dua belah pipi, kedua-dua belah bahu dan bahagian tengah abdomen. [94] SP12 juga mendapati kecederaan-kecederaan pada tubuh simati adalah merupakan kecederaan akibat hentakan objek tumpul. SP12 juga bersetuju dengan cadangan pihak pendakwaan yang mangatakan bahawa rotan P47 boleh menyebabkan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati. [95] SP12 juga di dalam keterangannya menemui kecederaan pada kedua-dua belah tangan simati akibat mempertahankan diri seperti yang dirujuk pada P15 terutama gambar no. 30, 31, 32, 33, 34, 35, 38, 39, 40, 41, 42, 43 dan 44. [96] SP12 juga membuat dapatan bahawa punca kematian simati adalah kecederaan tisu-tisu lembut yang meluas akibat daripada kecederaan tumpul berganda. [97] SP12 menyatakan pendarahan bawah kulit yang meluas itu telah melibatkan tisu subcutaneous dan tisu otot beserta bukti kehadiran myoglobin di dalam buah pinggang akibat dari kecederaan otot yang dialami. [98] Keadaan ini (rhabdomyolysis atau tisu otot pecah sehingga mengeluarkan myoglobin ke dalam system darah) boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut/acute dan seterusnya renjatan kepada organ-organ penting yang lain seperti jantung dan membawa kepada kematian. [99] SP12 juga berpandangan bahawa kekuatan yang signifikan adalah diperlukan untuk memecahkan salur darah bawah kulit sehingga ke otot. Kecederaan luaran di hampir keseluruhan kawasan badan simati telah disimpulkan datang dari berbagai arah. [100] SP12 turut menyatakan kecederaan yang berbeza pada simati boleh disebabkan dihentak dengan objek keras dan tumpul, atau kepala terhentak di permukaan keras dan tumpul, papan atau apa-apa objek keras dan besar seperti dinding atau lantai. [101] Pemeriksaan bedah siasat juga menunjukkan tiada tanda-tanda penyakit semulajadi yang signifikan yang mungkin boleh menyebabkan atau menyumbang kepada kematian simati. MASA KEMATIAN DAN TEMPAT KEMATIAN [102] Pihak pembelaan menekankan mengenai tempoh kematian simati yang mana menurut SP12 secara amnya adalah 24 jam daripada mayat dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat di Hospital. Mayat simati dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat Hospital pada 9.15 malam pada 16.3.2020. Susulan keterangan diberikan oleh SP12, pihak pendakwaan telah membuat pindaan kepada P2 yang meminda waktu kematian simati kepada antara 15.3.2020 jam lebih kurang 9.15 malam hingga 16.3.2020 jam lebih kurang 9.15 malam. [103] Manakala menurut keterangan Siti Nursyafinaz binti Sodil, Penolong Pegawai Perubatan (SP7), beliau mendapati “no sign of life” pada jam lebih kurang 5.30 petang pada 16.3.2020. Menurut SP12 lagi, pengesahan waktu kematian simati adalah berdasarkan kepada rumusan SP7 di tempat kejadian. SP12 juga bersetuju bahawa bukanlah tugas pegawai forensik untuk membuat pengesahan tersebut. [104] Oleh itu, pihak pembelaan menghujahkan mengenai pertuduhan pindaan (P49) adalah cacat memandangkan simati tidak mati di Pulau Carey, simati dikatakan mati pada jam 5.30 petang pada 16.3.2020. Dengan demikian, menurut pertuduhan pindaan, simati masih hidup di antara 15.3.2020 jam lebih kurang 9.15 malam hingga 16.3.2020 jam lebih kurang 5.30 petang. Si mati juga mati di hadapan rumah beliau di No. 22, Jalan Rambai 3, Taman Rambai Indah, 42600 Jenjarom pada 16.3.2020 dan bukannya di lokasi sepertimana dinyatakan di dalam pertuduhan P49, di Pulau Carey. [105] Adalah dapatan Mahkamah bahawa masa kejadian simati sepertimana P49 adalah bertentangan dengan keterangan SP7, SP 11 dan SP15. Menggunapakai prinsip undang-undang di dalam kes PP v Samirah Muzaffar [2022] 1 LNS 1785, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan OKT-OKT yang telah mencederakan simati sehingga menyebabkan kematian mangsa di antara masa-masa yang disebut dalam pertuduhan. [106] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Mohd Azam bin Basiron & Anor [2011] 3 MLJ 741, kes Mahkamah Rayuan yang mana fakta kes adalah lebih kurang sama dengan fakta di hadapan Mahkamah ini. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan pihak pendakwaan yang merayu atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden-responden kerana gagal membuktikan intipati pertuduhan selain identiti mangsa yang tidak dipertikaikan. Berdasarkan kepada fakta kes dirujuk, meskipun dipukul sebanyak dua kali, simati hanya tidak sedarkan diri. Simati masih hidup semasa kereta dipandu oleh tertuduh/responden. Dengan demikian, ia telah menimbulkan keraguan kepada Mahkamah akan waktu kematian simati memandangkan simati masih hidp semasa dibawa pergi. Ini juga dikuatkan oleh laporan polis isteri si mati. Tidak ada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa simati telah mati ditangan responden-responden. Suriyadi HMR (ketika itu) memutuskan seperti berikut: [19] There was no doubt that the charge indicated that R1 and R2 killed the deceased, with the assistance of a few people at Poliklinik Ehsan between the hours of 1am to 5am on 18 May 2001. SP7 had explained how the planned murder had taken place as elucidated above. Yet it was obvious that even though struck twice by R1 with a 2.5 feet long piece of wood the deceased person had merely fainted (see RR 81:‘Lepas diketuk, Azman terus tercentuk, pengsan). Even after Haris had entwined the wire around the neck of the deceased person he still remained alive (RR 85: Azman masih tercentuk). In fact, Azman was still alive when the red car was driven away by Haris towards the direction of Maharani. The Rekod Rayuan at p 86 reads: ‘Azman diletakkan ditempat duduk belakang dengan keadaan posisi menduduk. Saya tengok Azman boleh gerak, saya ingat dia dah mati’. [20] With the above testimony casting doubt as to the time of death as the deceased was still alive when ferried away, the evidence of the deceased’s wife confirmed that his death could not have been duringthose given times as per the charge. The wife had filed a police report on 20 May 2001 at about 105 pm stating that the deceased person left the matrimonial home on 18 August 2001 at about 8pm ‘P58’ ie 15 hours after his supposed death. It must not be forgotten that the prosecution tendered P58 and thus must stand by its evidence. With the deceased person still alive between the hours of 1am to 5am on 18 August 2001, as confirmed by the very testimony of SP7 and the deceased’s wife, the time of death therefore could never be successfully established. This time the defect relates to the time of death. [21] As the deceased when ferried away from Poliklinik Ehsan was still alive though unconscious, (as elicited from SP7’s testimony or by inference was at home during those hours with his wife), it was crystal clear that the deceased never died at the Poliklinik Ehsan. This issue thus was another ingredient that would be difficult to be established. [22] Before the court, there was not a shred of evidence to show how, or who killed the deceased person at Genting Highlands ie if he was killed there at all, as the prosecution’s evidence never went beyond the reading room of Poliklinik Ehsan. There was absolutely no evidence of R2 or R1 having killed the deceased at Genting Highlands, even though the latter was alleged to have left with the red car. There was also no evidence adduced to establish that R1 went to Genting Highlands, and even if he did, there was no evidence of him committing any offence there. If the killing had actually taken place at Genting Highlands, with the particulars of the charge stating that the murder had occurred at the Poliklinik Ehsan the charge at the outset was already defective. [23] With the dismal failure by the prosecution to establish the two ingredients that are highly pertinent to the charge, and the respondents entitled to know with certainty the time and place of the crime, we likewise failed to conclude that a prima facie case was established; a case merely based on grave suspicion against the respondents will not suffice. With such a scenario (the deceased still alive between those hours of 1am to 5am, and the prosecution’s very own evidence established that he died somewhere else), and no evidence was adduced to show that he died at the hands of the respondents they thus were entitled to their respective acquittals.” [107] Mengenai “chances of survival”, SP12 menyatakan bahawa simati mempunyai peluang hidup sekiranya rawatan secara intensive diberikan dengan segera terhadap simati. SP12 mengesahkan bahawa tidak ada rawatan tersebut diberikan kepada simati. [108] Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP6 berkaitan kecederaan yang dialami oleh beliau dan anaknya (mangsa/simati) tidak konsisten dengan keterangan SP12 yang mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami simati bukan diakibatkan oleh tiang kayu berkarat sepertimana dikatakan oleh SP6 bahawa senjata yang digunakan untuk memukul beliau dan simati adalah tiang kayu berkarat. [109] Selain itu, Mahkamah juga mendapati SP12 juga mengesahkan bahawa tidak ada berlaku sebarang kecederaan kepada “external genitalia” pada simati apabila disoal oleh peguambela untuk mempersoalkan keterangan SP6 bahawa kemaluan beliau dan anaknya dipijak dan ditendang berulang kali. [110] Apabila disoal balas oleh pihak pembelaan mengenai sama ada terdapat kesan air liur di bahagian sulit simati kerana dikatakan bahawa suspek telah mengarahkan beliau menghisap kemaluan simati, SP12 juga menyatakan bahawa tidak ada keperluan beliau membuat analisa sama ada terdapat kesan air liur di kawasan sulit simati kerana tidak ada kesan lebam atau kecederaan di kawasan tersebut. [111] Mahkamah ini mendapati terdapat beberapa keterangan SP6 yang bercanggah dengan kecederaan yang sebenarnya dialami oleh simati. Percanggahan keterangan SP6 adalah mengenai senjata tiang kayu berpaku karat, kecederaan kepada alat sulit simati kerana dipijak dan ditendang berulang kali serta diarahkan dihisap oleh suspek. Percanggahan-percanggahan tersebut menyebabkan Mahkamah ini perlulah berhati-hati dalam menilai keterangan SP6 yang juga merupakan bapa simati. Selain itu, terdapat juga keterangan SP6 yang bersetuju dengan peguambela OKT1 bahawa beliau ada mengugut OKT1 dan OKT2 dengan mengatakan “sekian hari nanti saya akan tunjuk siapa hero.” [112] Persoalan kritikal untuk Mahkamah tentukan ialah bagaimana atau siapa yang telah membunuh simati. Sama ada OKT-OKT telah menyebabkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian simati sepertimana elemen pertuduhan. Menurut keterangan SP6, berikut adalah kaitan OKT-OKT kepada kes ini semasa di Pulau Carey seperti berikut: a. OKT1 – dirujuk sebagai Boy oleh SP6 telah berjumpa dengan SP6 dan meminta SP6 menarikbalik laporan polis eksibit P4. OKT1 dikatakan duduk di sebelah kanan mengapit simati di dalam kereta Proton Wira. b. OKT2 – pemandu kereta Proton Wira. c. OKT3 – dirujuk “mata senget” memukul SP6 d. OKT4 – dirujuk sebagai “Botak Ragu” mengapit simati dan duduk sebelah kiri di dalam kereta Proton Wira. e. OKT5 – dirujuk sebagai lelaki India berbadan besar dan gemuk menaiki motosikal ke Pulau Carey. Turun dari motosikal dan memukul SP6 dengan rotan. [113] OKT-OKT dikatakan telah memukul SP6 dan simati dengan senjata tumpul, antaranya rotan di Pulau Carey dan tiang kayu lama berkarat dan pelepah kelapa sawit di kawasan ladang kelapa sawit. [114] SP6 memberikan secara terperinci akan kejadian yang telah berlaku lebih kurang lima tahun lepas di Mahkamah mengenai penglibatan kesemua OKT. [115] Namun begitu, pihak pembelaan telah mengemukakan laporan-laporan polis yang ditandakan sebagai eksibit D23, D24, D25 dan D26 yang mana apabila diteliti keseluruhan laporan-laporan polis dibuat oleh SP6 termasuk P21 dan IDD22, terdapat sejumlah empat belas (14) orang yang disyaki membunuh simati. Mahkamah juga mendapati bahawa mata senget (OKT3) dan OKT5 tidak dinyatakan di dalam mana-mana laporan polis dibuat oleh SP6. Terdapat juga penglibatan lelaki-lelaki India yang tidak dikenali telah disebut di dalam laporan-laporan polis tersebut. [116] Mahkamah berpandangan bahawa laporan-laporan polis dirujuk pihak pembelaan adalah kritikal terutamanya yang dibuat selepas kematian mangsa pada 16.3.2020 sehinggalah pada 23.4.2020 (eksibit D26). [117] Bermula dengan eksibit D23 yang dibuat pada 18.3.2020 dibuat oleh SP6 yang mana beliau menamakan Boy (Rajan), isteri boy, ibu boy, botak (nama samaran), Vasanth serta isterinya, dua (2) lelaki India yang tidak dikenali yang dikatakan telah menyeksa dan membunuh simati. [118] SP6 juga turut menyatakan di dalam laporannya bahawa anaknya dibunuh dan telah dicampak oleh Boy (Rajan), isteri boy, ibu boy, Vasanth dan isterinya dan dua lelaki India yang tidak dikenali. [119] Keterangan yang diberikan oleh SP6 jelas bercanggah dengan keterangan SP15 yang telah membawa simati balik dan mendapati simati rebah dan pengsan apabila hendak melangkah kaki masuk ke dalam rumah. [120] Eksibit D22, SP6 mengesyaki Tharshan yang menyerahkan rantai dan kunci rumah simati kepada SP6. Walau bagaimanapun, Tarshan tidak dipanggil sebagai saksi di Mahkamah. Begitu juga jiran rumah yang telah membuat panggilan telefon kepada MERS 999 juga tidak dipanggil sebagai saksi. [121] SP18 juga gagal membuat siasatan yang menyeluruh ke atas individu-individu yang dinamakan oleh SP6. Selain itu, SP18 juga gagal membuat siasatan forensic terhadap telefon simati dan SP6 yang mana siasatan tersebut boleh memberikan pencerahan akan naratif sebenar kes pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi tersebut telah menyebabkan kelompangan kepada kes pendakwaan. Namun, Mahkamah mendapati tidak ada asas untuk menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan sepertimana dihujahkan oleh pihak pembelaan. [122] Tambahan pula, Mahkamah juga mendapati bahawa SP6 juga ada membuat aduan ke atas SP11 dan SP18 kerana tidak berpuas hati memandangkan tangkapan masih tidak dibuat ketika itu. Terdapat empat laporan polis dibuat terhadap SP dan SP18 kerana dikatakan bahawa SP18 telah mengambil wang pengeras daripada penculik dan pembunuh. SP18 turut mengatakan di Mahkamah bahawa tarikh tangkapan empat OKT adalah pada 20.3.2020 iaitu selepas laporan polis dibuat terhadap SP11 dan SP18 pada 19.3.2020. Pihak peguambela menghujahkan bahawa tangkapan yang dibuat terhadap OKT-OKT hanya kerana tekanan diterima oleh SP11 dan SP18 sehingga menyebabkan siasatan yang tidak lengkap dibuat oleh pihak polis. [123] Setelah meneliti laporan-laporan polis dibuat selepas tarikh kejadian, Mahkamah ini meragui sama ada kelima-lima OKT yang dipertuduhkan di hadapan Mahkamah adalah merupakan tertuduh yang sebenarnya yang telah menyebabkan kecederaan kepada simati. [124] Persoalan ini menjadi lebih serius, kenapa SP6 mengaitkan suspek-suspek lain sekiranya SP6 jelas bahawa OKT-OKT yang dihadapkan di Mahkamah ini yang telah melakukan kecederaan sehingga menyebabkan kematian simati. [125] Manakala laporan DNA eksibit P84 tidak mengaitkan barang kes dengan mana-mana OKT di Mahkamah ini sepertimana disahkan oleh SP18. Bukan itu sahaja, malahan DNA SP6 yang dikatakan mengalami kecederaan teruk juga tidak terdapat pada mana-mana barang kes. SP18 juga gagal membuat siasatan lanjut mengenai kewujudan lelaki 1 yang tidak dikenali dan lelaki 2 sepertimana di dalam laporan DNA. [126] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Hanis Basree bin Abdul Rahman [2008] 3 MLJ 261. YAA Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan (ketika itu) memutuskan berkaitan dengan profil DNA yang tidak dikenali berdasarkan analisa pakar forensik dan diputuskan bahawa kes pendakwaan boleh bergantung kepada DNA tertuduh bersandarkan kepada keterangan ikut keadaan sekiranya tidak ada DNA individu lain yang dijumpai semasa analisa DNA dibuat. Walaupun begitu, pihak pendakwaan mestilah mengambil satu langkah ke depan selain DNA tertuduh, bahawa terdapat keterangan lain untuk mencapai satu rumusan bahawa tertuduh yang melakukan kesalahan tersebut dan tidak ada sebab munasabah lain yang menyokong bagaimana DNA tertuduh berada pada barang kes. “The discovery of the use of DNA (deoxyribonucleic acid) has really revolutionized criminal investigations. Its use has assisted in getting convictions of the guilty and release of the innocent. The prosecution's case is based on the discovery of DNA of the deceased, accused, and the “Unknown Male 1”. Simply put, in practice, the DNA profile of a person can only belong to that person and that person only. The likelihood of another person having an identical DNA to him, according to SP14, is in the proportion of, something like, between 1 in 41 million, to 330 x 1018, in 6.2 quintillion (6.2 x 1018 ) calculated based on Malaysian Malay database depending on the type of specimen. In other words such proof is practically conclusive. But in order to be able to utilize DNA for identification of a person, the person who has that DNA profile must be identified and related to a sample of his body fluid or any other part of his body. An expert in DNA can only say whether the DNA belongs or does not belong to an identified person. DNA found without a suspect is of no use. Therefore it is only when a person is identified and the DNA matches that of the identified person can it be of any use towards solving a crime investigation. But even then the prosecution needs to go one step further to show that the DNA of the suspect (together with any other evidence) is such that it points to one conclusion only, i.e. that the offence was committed by the suspect. In this case the DNA of the “Unknown Male 1” becomes useful only to determine that the DNA belongs to that man. Unfortunately the identity and therefore DNA of that person was unknown. Perhaps sometime in the future there will be a register of DNA profiles like what we now have of thumbprints which will assist the police to trace the owner. The accused's DNA found in circumstances that may have created suspicion of his guilt is not enough to prove his guilt. If there are reasonable explanations as to why his DNA was found in those circumstances, the benefit must be given to him and he must be acquitted and discharged.” [127] Dalam hal ini, tidak ada DNA OKT-OKT dijumpai pada barang kes. Walaupun Mahkamah bersetuju dengan prinsip asas bahawa ketiadaan DNA tertuduh pada barang kes tidak menjejaskan kes pendakwaan kecuali sekiranya saksi mata dapat mengenali dan mengecam tertuduh ketika menyaksikan kejadian sepertimana diputuskan di dalam kes Saimon A/l Anthony v Pendakwa Raya dan lain-lain [2023] MLJU 485. Akan tetapi, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang melimpah ruah, adalah jelas bahawa SP6 tidak dapat mengecam OKT-OKT sepertimana laporan-laporan polis yang dibuat oleh SP6 selepas tarikh kejadian (16.3.2020). [128] Manakala mengenai rotan (eksibit P47), menurut SP18, rotan tersebut telah ditunjukkan oleh OKT1 dan OKT2 dan laporan polis ID65 telah dibuat oleh SP18. Mahkamah ini mendapati bahawa ID65 tidak boleh diterima oleh Mahkamah memandangkan ia boleh dikatakan sebagai suatu pengakuan oleh OKT1 dan OKT2 mengenai senjata rotan yang digunakan dalam kes ini. Tidak ada keterangan kukuh yang mengaitkan OKT1 dan OKT2 kerana bukan sahaja DNA OKT-OKT tersebut tidak ada pada rotan. Malahan DNA simati juga tidak ada pada rotan berkenaan. Oleh itu, Mahkamah ini tidak menerima ID65 sebagai bukti bagi pihak pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Privy Council di dalam Noor Mohamed v R [1949] AC 182 yang telah dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Amathevelli a/p P Ramasamy v Pendakwa Raya [2009] 2 AMR 281; [2009] 2 MLJ 367; [2009] 3 CLJ 109. [129] Dengan demikian, Mahkamah berpandangan bahawa terdapat keraguan bahawa kelima-lima OKT yang dihadapkan di Mahkamah merupakan OKT-OKT yang telah menyebabkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian kepada simati. [130] Di dalam kes ini, Mahkamah turut bersetuju kesan percanggahan keterangan SP6, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. Di dalam kes Lim Hean Chong v PP [2012] 2 CLJ 1046, Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan tertuduh kerana kegagalan pendakwaan mengaitkan tertuduh dengan kecederaan dan pembunuhan mangsa. Hakim Hasan Lah yang menyampaikan penghakiman Mahkamah memutuskan: “Has The Prosecution Proved The Case Beyond Reasonable Doubt At The Conclusion Of The Case? [53] In this case, the prosecution relied purely on circumstantial evidence to prove its case against the appellant. The onus on the prosecution, where the evidence relied on is circumstantial, is a very heavy one and that the evidence must point irresistibly to the conclusion of the guilt of the accused. If there are gaps in it, then it is not sufficient (Chang Kim Siong v. PP [1967] 1 LNS 18). Where the evidence is wholly circumstantial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope. The real question is: is that rope strong enough to hang the prisoner? (Chan Chwen Kong v. PP [1962] 1 LNS 22).”(penekanan diberikan) [131] Berdasarkan kepada percanggahan-percanggahan dan kelompangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat keraguan di dalam kes pendakwaan mengenai elemen-elemen pertuduhan kecuali identiti simati. Pihak pendakwaan gagal membuktikan mens rea melalui inferen berdasarkan kepada keterangan ikut keadaan. Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya berasaskan kepada “last seen together theory”. Keterangan SP6 yang bercanggah tidak dapat menguatkan kes pendakwaan. Manakala notis alibi difailkan oleh OKT1 tidak berbangkit kerana pihak pendakwaan gagal mengaitkan OKT1 dengan elemen-elemen pertuduhan. KESIMPULAN [132] Setelah menilai secara maksima semua keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas OKT-OKT. Adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini memutuskan untuk memanggil OKT-OKT membela diri. Mahkamah ini berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1; [2011] 1 CLJ 805: “The test at the end of the prosecution’s case based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily and superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts.” [133] Dengan itu, Mahkamah ini melepaskan dan membebaskan OKT-OKT daripada pertuduhan dan kesemua OKT tidak dipanggil untuk membela diri.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.