Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-27-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD SYAFIQ BIN ROSLI [NO. KP: 910101-06-5691] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
KA-45A-27-06/2023
High Court of Malaysia3 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“30 This is a very wide description of acts that may be treated as equivalent to the substantive offence of trafficking; nevertheless, in their Lordships view, it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one’s possession and the offence of”
“ard. The images were subsequently copied to a compact disc. The images were also printed using a Fujifilm printer. All these details are stated in the two certificates issued under section 90A of the Evidence Act 1950 that was signed by the police photographer. Copies of the photographs were made available to the defen”
“chan Singh v. State of Punjab [1980] 1 MLJ (Crl) 827, at [195], in delivering the 4-1 majority decision of the Indian Supreme Court, RS Sarkaria J held that in view of, among others, s. 354(3) of the Indian Criminal Procedure Code ('CPC (India)'), the 'extreme penalty [of death penalty] can be inflicted only in gravest”
“tigation and the submissions by the learned deputy public prosecutor, and after taking into account the recent cases emanating from the Court of Appeal after the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 Act 846 which in the vast majority of cases steer away from imposing the death penalty”
“g a death sentence), the application of the 'rarest of the rare' doctrine in India is understandable. Our CPC has no provision which is equipollent to s. 354(3) of the CPC (India); and (5) s. 302 of Singapore's Penal Code ('PC (Singapore)') states as follows: s. 302 Punishment for murder (1) Whoever commits murder with”
“Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It Is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit partic”
“nya. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870”
“a ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870. 25. Pemerhatia”
“been held that although the usual method of proving the relevance of photographs will be by calling the photographer as a witness, this is not essential to their admissibility (see Schmidt v. Schmidt [1969] QWN 3; R v. Lambert [1967] Crim LR 480). In further elaboration, I refer to a passage from Evidence: Proof and Pr”
“est of the public should be the uppermost consideration.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 57 87. Manakala kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102 yang sering dirujuk oleh mahkamah-mahkamah yang menjatuhkan hukuman, telah merujuk kepada”
“an hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). 83. Budi bicara mahkamah untuk me”
“dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). 83. Budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman alternatif yan”
“ould be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 at 84: I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of”
“ntara tempat duduk penumpang belakang dan ruang menyimpan barang belakang. Ia dengan kata yang lain berada dalam “close proximity” dengan tertuduh. 31. Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 di dalam membincangkan isu “close proximity” telah menyatakan: “As for physical possession, the judge acc”
“ssed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence '(Nanda Kumar a/l Kunyikanan & Anor v. Pendakwa Raya [2011] 8 CLJ 406; [2011] MLJU 1566). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will no”
“riously prejudiced.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 59. Mahkamah Rayuan kemudiannya di dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v. PP [2013] MLRAU 175 merujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut dan memperkenalkan perkataan “Alcontara Notice”.”
“nd physical possession of the Cannabis.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 32. Manakala di dalam kes PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] MLJU 2234, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “In our view, based on the above evidence, it is clea”
“sion of the Cannabis.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 32. Manakala di dalam kes PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] MLJU 2234, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “In our view, based on the above evidence, it is clear that there was a”
“g harap ke atas pembelaan bahawa tertuduh merupakan pembawa yang tidak bersalah. Pandangan mahkamah adalah bersandarkan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via”
“sebenarnya berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 27. Di dalam kes Rosli bin Yusof v PP [2020] MLRAU 218, fakta yang hampir sama terjadi di mana tertuduh di dalam kes tersebut telah dilihat membawa sejumlah besa”
“terangan telah mengecam gambar-gambar ini dan tiada cabaran oleh peguam berkaitan gambar-gambar ini adalah gambar-gambar yang dipalsukan. 19. Mahkamah Rayuan di dalam kes Abdul Rahman bin Mohd v. PP [2021] CLJU 804; [2021] 1 LNS 804 telah menegaskan berkenaan penggunaan gambar-gambar barang kes seperti berikut: **Note”
“ukuman mati dijatuhkan atau tidak. Apatah lagi di dalam kes ini, ia melibatkan 2500 kali ganda dari berat minima bagi andaian pengedaran. 93. Dalam kes Public Prosecutor v. Mahir Affandi bin Mohamad [2024] CLJU 1416; [2024] MLJU 1445, Mahkamah Rayuan telah menekankan berkaitan kepentingan menimbangkan berat dadah sebel”
“hkan atau tidak. Apatah lagi di dalam kes ini, ia melibatkan 2500 kali ganda dari berat minima bagi andaian pengedaran. 93. Dalam kes Public Prosecutor v. Mahir Affandi bin Mohamad [2024] CLJU 1416; [2024] MLJU 1445, Mahkamah Rayuan telah menekankan berkaitan kepentingan menimbangkan berat dadah sebelum menjatuhkan huk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-27-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MUHAMAD SYAFIQ BIN ROSLI [NO. KP: 910101-06-5691] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 507,965.60 gram.
2
Pertuduhan ke atas tertuduh adalah seperti berikut; “Bahawa kamu pada 18/10/2017 jam lebih kurang 6.20 pagi, di lampu isyarat Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam negeri Kedah Darul Aman telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 507,965.60 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(2) akta yang sama.”
3
Pihak Pendakwa Raya (PR) telah mengemukakan seramai 6 orang saksi pendakwaan dan fakta kes secara amnya adalah seperti berikut: a) pada 16/10/2017, SP5 yang pada masa yang material merupakan Ketua Operasi JSJN, IPK Kedah telah menerima satu maklumat daripada orang awam berkaitan satu aktiviti pengedaran dadah ganja yang besar akan berlaku di kawasan Kuala Kedah dengan menggunakan sebuah kereta MPV. Maklumat menyatakan bahawa kereta tersebut akan melalui pekan Kuala Kedah dan menghala ke pekan Alor Setar yang dijangka berlaku di antara jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi; b) SP5 selanjutnya telah menjalankan taklimat bersama pasukannya di bilik operasi JSJN, IPK Kedah. Di dalam taklimat tersebut, SP5 telah menyusun penugasan serta telah membahagikan pasukan polis kepada 7 kumpulan. Selepas taklimat selesai, kesemua anggota serbuan telah diarahkan bersedia untuk menerima arahan lanjut; c) namun sehingga pagi 17/10/2017, tiada sebarang maklumat lanjut diterima dan pasukan serbuan telah diarahkan bersurai. Pada jam 9.30 pagi, SP5 telah menghubungi pihak JSJN PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan teknikal dan sumber manusia bagi membantu pasukan serbuan; d) pada jam 10.40 malam, arahan telah diberikan oleh SP5 agar pasukan SP5 berkumpul semula di pejabat Operasi JSJN, IPK Kedah dan pada jam 12.00 tengah malam, satu taklimat bersama JSJN Bukit Aman telah diadakan. SP5 telah memberi taklimat semula dengan melibatkan pasukan dari JSJN Bukit Aman; e) pada 18/10/2017 jam lebih kurang 1.00 pagi, keseluruhan pasukan telah bergerak ke lokasi-lokasi seperti berikut: i. Lokasi 1 – di Petronas Jalan Kuala Kedah; ii. Lokasi 2 – di hadapan 7-Eleven Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah; iii. Lokasi 3 – di lampu isyarat hadapan 7-Eleven Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah; iv. Lokasi 4 – di kawasan Batas Paip menghala ke Yan; v. Lokasi 5 – berhampiran lampu isyarat pekan Kuala Kedah menghala ke arah Jambatan Tok Pasal, Kuala Kedah; vi. Lokasi 6 – di tepi jalan bertentangan Masjid Kuala Kedah; vii. Lokasi 7 – di kawasan sekitar Shell, Jalan Kuala Kedah; dan viii. Lokasi 8 – di Petronas Jalan Kuala Kedah. f) pada jam lebih kurang 6.05 pagi, SP5 telah dimaklumkan bahawa sebuah MPV jenama Toyota Alphard bernombor pendaftaran WVR 1511 (kenderaan tersebut) telah melintasi lampu isyarat utama pekan Kuala Kedah dan SP5 melalui walkie talkie telah mengarahkan pasukan polis yang berada di sekitar untuk mengekori kenderaan tersebut dari arah belakang; g) selepas 3 hingga 5 minit, SP5 nampak kenderaan tersebut melintas di hadapannya yang pada ketika itu berada di Petronas, Kuala Kedah. SP5 tidak nampak orang lain di dalam kenderaan tersebut kerana cerminnya yang gelap. SP5 dan pasukannya telah kemudiannya mengekori kenderaan tersebut dari Petronas, Kuala Kedah dari arah belakang; h) lebih kurang 5 hingga 10 minit mengekori, kenderaan tersebut berhenti di persimpangan lampu isyarat Taman Pelangi (tempat kejadian) dan SP5 melalui walkie talkie dengan segera telah mengarahkan pasukan serbuan untuk menyerbu. Kenderaan tersebut kemudiannya telah dikepung dari arah hadapan, tepi dan belakang; i) SP5 telah memperkenalkan diri namun tertuduh enggan membuka pintu sehinggalah SP5 mengetuk pintu barulah tertuduh memberi kerjasama dengan membuka pintu kereta. Pada ketika itu, menurut SP5 wajah tertuduh sangat cemas, takut dan terkejut; j) SP5 kemudiannya telah membuka pintu sisi kenderaan tersebut dan menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut. Beberapa bungkusan plastik hitam ditemui di belakang kenderaan tersebut dan tiada orang lain bersama-sama tertuduh. Memandangkan keadaan kenderaan berada di tengah jalan utama, maka SP5 telah membuat keputusan untuk menahan tertuduh dan bergerak ke IPK Kedah bagi tujuan pemeriksaan lanjut; k) kenderaan tersebut kemudiannya telah dibawa balik ke IPK Kedah dengan dipandu oleh SP4 dan tertuduh dikawal oleh 2 orang anggota; l) di IPK Kedah, SP5 telah menjalankan pemeriksaan dan menemukan 13 bungkusan plastik hitam di atas lantai di antara ruang tempat duduk penumpang belakang dan ruang menyimpan barang belakang. Di dalam setiap plastik hitam mengandungi 1 guni bewarna putih dan setiapnya mengandungi 41 ketulan mampat dadah ganja menjadikannya keseluruhannya 533 ketulan dadah; dan m) kesemua barang kes kemudiannya telah diserahkan kepada pegawai penyiasat iaitu ASP Aldrin anak Gonda (ASP Aldrin) yang telah meninggal dunia pada 19/4/2020. Beban pembuktian di peringkat pendakwaan
4
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
5
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi PR. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada tertuduh.
6
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 elemen-elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut; “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: i. The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; ii. The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and iii. The appellant trafficked in the said impugned drugs.” Analisis dan dapatan mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada dadah yang ditemui tersebut adalah merupakan dadah berbahaya dari dadah-dadah yang terjumlah di bawah Jadual Pertama Akta 234 serta rantaian keterangan
7
Elemen pertama yang menjadi pertimbangan mahkamah adalah sama ada dadah-dadah tersebut adalah merupakan dadah Cannabis yang merupakan dadah yang dijadualkan di bawah
Schedule
Jadual Pertama Akta 234 dan keduanya adakah ia merupakan dadah-dadah yang sama yang dirampas serta dianalisis oleh ahli kimia atau dengan kata lain rantaian keterangan ke atas dadah tersebut. 8. Bagi maksud pembuktian Cannabis keterangan ahli kimia iaitu SP1 adalah jelas menunjukkan ujian-ujian yang dijalankan. Tiada cabaran yang dikemukakan oleh peguam tertuduh ke atas ujian-ujian yang dijalankan. Mahkamah dengan itu berhak untuk menerima keterangan SP1 yang membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut adalah merupakan dadah jenis Cannabis sepertimana yang dimaksudkan di dalam Jadual Pertama Akta 234. 9. Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 telah diputuskan seperti berikut; “We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step.” 10. Pertikaian peguam tertuduh adalah lebih terarah kepada identiti barang kes serta rantaian keterangan ke atas barang kes tersebut. Ini berbangkit dari isu bahawa terdapat kehilangan bungkusan bertanda A7G(4) di mana peguam menghujahkan bahawa wujud kelompongan ke atas Laporan Kimia di P1098 apabila berat dadah yang dikemukakan di mahkamah adalah kini berbeza. Peguam berpegang kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Bazleh Saeid Saleh & anor [2014] 6 CLJ 979. 11. Pihak PR sebaliknya bergantung kepada keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi PR yang diringkaskan seperti berikut: a) pada 22/10/2017 jam lebih kurang 945 pagi, mendiang ASP Aldrin telah serahkan (26) kotak bertanda “E1” hingga “E13” (iaitu P6, P90, P174, P258, P342, P426, P551, P593, P677, P761, P845, P929 dan P1013) dan “E1A” hingga “E13A” (iaitu P49, P133, P217, P301, P385, P469, P552, P636, P720, P804, P888, P972 dan P1056) kepada SP1 dan semasa diterima, 26 kotak tersebut berada dalam keadaan yang baik dan bersil; b) kotak-kotak tersebut adalah seperti berikut: i. kotak E1 (P6) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P28-P48); ii. kotak E1A (P49) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P70-P89); iii. kotak E2 (P90) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P112-P132); iv. kotak E2A (P133) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P154-P173); v. kotak E3 (P174) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P196-P216); vi. kotak E3A (P217) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P238-P257); vii. kotak E4 (P258) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P280-P300); viii. kotak E4A (P301) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P322-P341); ix. kotak E5 (P342) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P364-P384); x. kotak E5A (P385) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P406-P425); xi. kotak E6 (P426) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P448-P468); xii. kotak E6A (P469) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P491-P510); xiii. kotak E7 (P511) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P532-P551); xiv. kotak E7A (P552) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P573-P592); xv. kotak E8 (P593) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P615-635); xvi. kotak E8A (P636) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P657-P676); xvii. kotak E9 (P677) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P699-P719); xviii. kotak E9A (P720) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P741-P760); xix. kotak E10 (P761) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P783-P803); xx. kotak E10A (P804) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P825-P844); xxi. kotak E11 (P845) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P867-P887); xxii. kotak E11A (P888) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P909-P928); xxiii. kotak E12 (P929) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P951-P971); xxiv. kotak E12A (P972) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P993-P1012); xxv. kotak E13 (P1013) mengandungi 21 bungkusan plastik lutsinar (P1035-1055); dan xxvi. kotak E13A (P1056) mengandungi 20 bungkusan plastik lutsinar (P1077-P1096) c) SP1 sahkan telah menyerahkan satu resit kimia No Makmal 17-FR-K-05193 (P1097) kepada mendiang ASP Aldrin setelah menerima barang kes di atas; dan d) SP1 selanjutnya telah menjalankan analisis yang mengesahkan dadah tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam P1098 dan telah sahkan pada 14/3/2019 pada jam lebih kurang 11.30 pagi, SP1 telah serahkan semula barang kes seperti yang dinyatakan di atas berserta P1098 kepada mendiang ASP Aldrin. Semasa SP1 serahkan semula barang kes tersebut kepada mendiang ASP Aldrin, 26 kotak tersebut berada dalam keadaan baik dan sempurna dan tidak ada sebarang koyakan pada kotak tersebut tersebut. Meterai keselamatan Jabatan Kimia Malaysia juga berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. 12. Berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP5, hanya 20 bungkusan plastik lutsinar iaitu P532-P551 yang dapat dicamkan kerana 1 bungkusan plastik bertanda A7G(4) yang merupakan tandaan mendiang ASP Aldrin dan M7G(4) tandaan SP5 telah hilang dan oleh yang demikian ia tidak dapat dicamkan. Ia tidak dapat dikemukakan sebagai ekshibit semasa perbicaraan di mahkamah. 13. Walaubagaimanapun, SP5 mengesahkan telah merampas 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda M7G(4) dan menyerahkannya kepada mendiang ASP Aldrin. SP1 juga turut mengesahkan telah terima 1 bungkusan plastik lutsinar bertanda A7G(4) daripada mendiang ASP Aldrin dan telah menganalisis bungkusan plastik lutsinar bertanda A7G(4) dan disahkan melalui Laporan Kimia (P1098) di muka surat 13. 14. Mahkamah telah menilai keterangan kedua-dua saksi ini dan mahkamah merumuskan bahawa keterangan serta penjelasan mereka adalah meyakinkan serta tiada sebab untuk mahkamah meragui keterangan mereka berkaitan dadah-dadah yang dirampas serta dikemukakan oleh SP5 kepada mendiang ASP Aldrin dan selanjutnya kepada SP1. Serta keterangan bahawa ianya diserahkan kembali kepada mendiang ASP Aldrin oleh SP1 di dalam keadaan yang sama. 15. Keterangan-keterangan ini disokong pula oleh keterangan-keterangan dokumen seperti Borang Pol 31 di D1100 serta perbandingan SP1 dengan gambar barang kes yang diambil oleh SP1. Ia juga selari dengan Borang Bongkar di P1110 dan Borang Serah Menyerah di P1111. 16. Selain itu, mendiang ASP Aldrin yang merupakan Pegawai Penyiasat asal telah meninggal dunia pada 19/4/2020 dan salinan sijil kematian telah dikemukakan dan dijadikan ekshibit P1114A. Berdasarkan kedudukan itu, maka pihak PR telah memasukkan Diari Siasatannya di bawah seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan ditandakan sebagai P1112. Penelitian mahkamah ke atas P1112 tersebut menunjukkan pergerakan 533 ketulan dadah yang diterima oleh mendiang ASP Aldrin daripada SP5 yang kemudiannya diserahkan kepada SP1 dan diambil kembali kepadanya sebelum disimpan di stor. 17. Di samping itu, mahkamah turut berkesempatan untuk membandingkannya dengan gambar-gambar barang kes sepertimana di ID1099 (1-65) yang menunjukkan keseluruhan 533 ketulan termasuk yang bertanda A7G(4) tersebut iaitu di gambar ke 34. 18. Berkaitan isu gambar, peguam ada membangkitkan berkenaan ianya kekal sebagai tandaan ID dan tidak dijadikan P. Mahkamah berpandangan walaupun gambar tidak ditukarkan kepada P, namun mahkamah berpandangan bahawa ia masih relevan dan diterima. SP5 semasa memberi keterangan telah mengecam gambar-gambar ini dan tiada cabaran oleh peguam berkaitan gambar-gambar ini adalah gambar-gambar yang dipalsukan. 19. Mahkamah Rayuan di dalam kes Abdul Rahman bin Mohd v. PP [2021] CLJU 804; [2021] 1 LNS 804 telah menegaskan berkenaan penggunaan gambar-gambar barang kes seperti berikut: “Admission of photographs [25] The prosecution tendered photographs (P14a-f) of the drugs, the sling bag, the motorcycle used by the appellant and the scene of arrest through the investigating officer. But the police photographer (L/KPL Jasli Bin Jahrin) in question was not called to testify. Counsel for the appellant argued that the failure to call the photographer as a witness for the prosecution also caused a break in the chain of evidence. [26] The photographs were taken with a digital camera which stored the images in a memory card. The images were subsequently copied to a compact disc. The images were also printed using a Fujifilm printer. All these details are stated in the two certificates issued under section 90A of the Evidence Act 1950 that was signed by the police photographer. Copies of the photographs were made available to the defence prior to trial. Counsel for the appellant submitted that the section 90A certificates only proved that the photographs were printed in the ordinary use of the computer and nothing else. He submitted that the police photographer should have been called to identify the photographs. We find no merit in this ground of appeal. Our reasons are as follows. [27] The head of the raiding team (SP2) was shown the photographs in question when he gave evidence. He identified all the photographs as representing the drugs, the sling bag, the motorcycle and the scene of arrest in relation to the instant case. During cross-examination, no challenge was made by counsel for the appellant that the photographs do not depict the exhibits and the scene of arrest pertaining to this case. In fact, counsel for the appellant at one point during the trial cross-examined SP2 in relation to the location of the motorcycle by relying on the very same photographs. No suggestion was ever made that the photographs were not photographs of the scene of arrest. Similarly, when the investigating officer (SP3) gave evidence that it was he who instructed the police photographer to take the photographs in question, no suggestion was made that the photographs did not depict the exhibits or the scene of arrest. [28] In rejecting the above-mentioned ground of appeal, we are also guided by the case of PP v. Ramli bin Shafie [2002] 8 CLJ 846; [2002] 6 MLJ 153 where the prosecution did not call the police photographer. Augustine Paul J (as he then was) held that calling of the photographer is not an essential condition of admissibility if the photographs have been properly identified. Citing two text book authorities, His Lordship said as follows: All the photographs had been properly identified by PW2, PW3 and PW4 as an accurate representation of what they depicted without any objection to their authenticity. As such, they can be marked as exhibits. It has been held that although the usual method of proving the relevance of photographs will be by calling the photographer as a witness, this is not essential to their admissibility (see Schmidt v. Schmidt [1969] QWN 3; R v. Lambert [1967] Crim LR 480). In further elaboration, I refer to a passage from Evidence: Proof and Practice by Graham Roberts at p 545: A question that arises where photographs are to be tendered is whether it is necessary to call the photographer. Generally speaking, there is no need to call the photographer provided that a witness is available who can testify that what is shown on the photograph is a fair and accurate representation of the scene at the relevant time. Calling the photographer will generally only be necessary when no such witness is available or in special cases when technical details of the photographer's art are likely to be in question. In other words, what is required, in the usual case, of a witness through whom a photograph is to be tendered is first-hand knowledge of what is shown in the photograph rather than first-hand knowledge of the taking of the photograph (see JW McElhaney, Trial Notebook (2nd Ed, Litigation Section of the American Bar Association, 1987) pp 202-203). Similarly, Documentary Evidence in Australia by RA Brown (2nd Ed) says at p 41: There are generally two methods for proving that things, including photographs, are those taken at the scene, either (1) by tracing custody of the film from the moment of taking until production in court, or (2) by identification of the ultimate print, through oral or other evidence, with the scene recorded (see Russell v. Russell [1875] 4 QSCR 103 (in banco); Schmidt v. Schmidt [1969] QWN 3 at 5 Barron v. Valdamanis, unreported, NSW Sup Ct Meares J, 2 May 1978).” 20. Di dalam apa jua keadaan, keterangan gambar merupakan keterangan sokongan sahaja dan pada pandangan mahkamah ia tidak menjejaskan kes pendakwaan. Malahan SP4 dan SP5 bukan sahaja telah mengecamkan gambar barang kes, gambar kenderaan dan gambar tempat kejadian tetapi apa yang lebih penting, SP4 dan SP5 telah mengecamkan barang kes yang telah dikemukakan di mahkamah. Di dalam kes Helmi Bassi v PP [2016] 1 LNS 763 mahkamah memutuskan seperti yang berikut: “[29] Peguam Perayu membangkitkan alasan bahawa siasatan SP7 tidak dijalankan secara terperinci. Pada pandangan saya isu ini tidak bermerit. Siasatan SP7 telah dijalankan berhubung dengan tarikh, masa dan lokasi kejadian. Berdasarkan keterangan yang diperolehi dari SP5 tersebutlah butiran pertuduhan telah dibuat. Oleh itu, saya bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya bahawa tidak timbul isu SP7 tidak membuat siasatan berhubung dengan perkara-perkara tersebut. Saya juga bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya bahawa keterangan gambar hanyalah merupakan keterangan sokongan yang boleh digunakan untuk menerangkan dan menyokong keterangan SP5. Ianya dapat membantu mahkamah dan pihak-pihak untuk mendapatkan gambaran berhubung dengan tempat kejadian. Dalam kes ini adalah pada pandangan saya, kegagalan mengambil gambar tempat kejadian, langsung tidak menjejaskan kes pendakwaan.”. 21. Berdasarkan kepada analisis ini, mahkamah ini turut berpandangan bahawa keutamaan pembuktian di peringkat ini adalah untuk membuktikan bahawa dadah-dadah yang dianalisis oleh SP1 adalah dadah-dadah yang sama yang dirampas daripada tertuduh. Kegagalan PR mengemukakan barang kes di mahkamah semasa perbicaraan, tidak merencatkan kes PR. Ini kerana pembuktian yang lebih utama adalah rantaian keterangan barang kes dari mula ia ditemui sehinggalah ianya dianalisis oleh seorang ahli kimia. 22. Pandangan mahkamah ini berpaksikan kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Hakim Abdul Hamid Mohammad, HMR (pada ketika itu) menyatakan: “This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence.” 23. Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta 234 dan ia adalah dadah yang sama dirampas oleh SP5 serta yang dianalisis oleh SP1. Sama ada dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan tertuduh 24. Elemen selanjutnya adalah berkaitan sama ada dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan tertuduh yang bermaksud ianya berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh serta pengetahuannya. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870. 25. Pemerhatian mahkamah mendapati keterangan dengan jelas menunjukkan bahawa tertuduh di dalam kes ini memandu kenderaan tersebut berseorangan dan ketika ditahan, kesemua barang kes dijumpai di dalam kenderaan tersebut iaitu di sebelah belakang yang merupakan tempat duduk penumpang dan membawa kepada tempat simpanan barang. 26. Dengan kata yang lain, tertuduh ditangkap secara terang-terang (red handed) di dalam situasi barang-barang kes itu berada di dalam jagaan serta kawalannya. Hanya tertuduh sahaja yang berada di dalam kenderaan tersebut. Malahan sebelum tertuduh diberhentikan, kenderaan yang dipandu oleh tertuduh telah diekori oleh pihak polis dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Keterangan ini sahaja sudah memadai di dalam membuktikan bahawa dadah-dadah tersebut sebenarnya berada di dalam jagaan serta kawalan tertuduh. 27. Di dalam kes Rosli bin Yusof v PP [2020] MLRAU 218, fakta yang hampir sama terjadi di mana tertuduh di dalam kes tersebut telah dilihat membawa sejumlah besar dadah Cannabis yang melebihi 100 kilogram di dalam boot kereta yang dipandunya. Mahkamah Rayuan di dalam penghakimannya menyatakan: “Meneliti keterangan yang ada, jelas menunjukkan bahawa Perayu mempunyai milikan atas kanabis yang dirampas. Kanabis yang dirampas mempunyai berat bersih 112,892 gram.” 28. Adalah satu keterangan yang meyakinkan bahawa tertuduh mempunyai jagaan serta kawalan ke atas 533 ketulan dadah Cannabis tersebut. Ini adalah kerana tertuduh bukan sahaja memandu kenderaan tersebut namun tertuduh sendiri boleh mengecualikan orang lain menguruskan dadah-dadah tersebut yang berada di bahagian belakang kenderaan yang sedang dipandu oleh tertuduh sendiri. Ini kerana, semasa diserbu kenderaan tersebut adalah di dalam keadaan berkunci dan ia menidakkan akses orang lain terhadap kenderaan tersebut. 29. SP5 telah mengekori kenderaan tersebut yang dipandu oleh tertuduh selama 5 hingga 10 minit sebelum berhenti di lampu isyarat yang bertukar merah dan menahan tertuduh. Semasa SP5 memeriksa kenderaan tersebut, SP5 telah terbau ganja yang sangat kuat. Adalah mustahil tertuduh tidak mengetahui apa yang sedang diangkut olehnya adalah dadah Cannabis. 30. Selain itu, semasa SP5 memeriksa kenderaan tersebut, 13 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 533 ketulan mampat dadah Cannabis berada di atas lantai ruang antara tempat duduk penumpang belakang (yang telah diturunkan) dan ruang menyimpan barang belakang. Kedudukan barang kes tersebut tidak terhalang dan berada dekat dengan tertuduh. Sekiranya tertuduh menoleh ke bahagian belakang, tertuduh boleh nampak bungkusan tersebut yang berada atas lantai ruang antara tempat duduk penumpang belakang dan ruang menyimpan barang belakang. Ia dengan kata yang lain berada dalam “close proximity” dengan tertuduh. 31. Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 di dalam membincangkan isu “close proximity” telah menyatakan: “As for physical possession, the judge accepted the evidence of PW-7 that the proscribed drug was only a foot away from the accused. In PP v Foo Juan Eng [1966] 1 MLJ 197, the accused had been found by the police who raided the premises to be seated in closed proximity to the offending exhibit in that case. It was held that such close proximity was sufficient to found a case to answer. We think that the same holds true in the presence instance. The learned judge was accordingly correct in holding that the appellant had custody or control and physical possession of the Cannabis.” 32. Manakala di dalam kes PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] MLJU 2234, Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “In our view, based on the above evidence, it is clear that there was affirmative link between both Respondents and the impugned drugs other than the evidence of their presence and proximity to the said drugs. The single most important link or connection between both Respondents and the impugned drugs was the simple fact they were sitting on the sofa in the living room at a distance of 6 feet away from the place where the 'JULIE' biscuit tin which contained the impugned drugs was found. This evidence constituted strong presence and proximity. Both Respondents were not merely present in a house with the impugned drugs cached away somewhere but the impugned drugs were right under their noses. The 'JULIE' biscuit tin was in their plain view.” 33. Selain itu, SP5 menyatakan wajah tertuduh sangat cemas, takut dan terkejut semasa tertuduh keluar dari kenderaan tersebut. Ini merupakan satu keterangan yang relevan di bawah seksyen 8 Akta 56 kerana inferens boleh dibuat bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah Cannabis yang diangkut oleh tertuduh menggunakan kenderaan tersebut. Oleh itu, tertuduh hendaklah memberikan penjelasan di bawah seksyen 9 Akta 56 berhubung dengan perbuatan tertuduh yang sangat cemas, takut dan terkejut samasa ditahan dan diarahkan keluar dari kenderaan tersebut. 34. Pihak PR turut memanggil seorang saksi awam iaitu SP2 yang menyatakan telah mengecam tertuduh sebagai pemandu kereta Alphard berwarna putih di mana SP2 mengesahkan pada 18/10/2017 jam lebih kurang 4.30 pagi, SP2 bersama dengan 2 orang ada mengangkat barang dari bot untuk dimuatkan ke dalam sebuah kereta Alphard. Menurut SP2, barang yang diangkat adalah lebih kurang 12 hingga 13 kotak besar warna hitam untuk dimasukkan ke bahagian belakang kerusi kereta Alphard warna putih. SP2 dapat mengecam keadaan kerusi belakang yang dilipat seperti gambar kereta di ID1101(9). Menurut SP2, barang yang diangkat tersebut sangat berat dan perlu diangkat oleh 2 orang. SP2 menyatakan tidak ada apa-apa bau melainkan bau persekitaran iaitu bau laut yang kuat. 35. Walaubagaimanapun, mahkamah berpandangan bahawa keterangan SP2 ini adalah tidak relevan dan tidak dapat menyokong kes PR. Ini kerana terdapat percanggahan berkaitan identiti kenderaan yang dinyatakan oleh SP2 serta pengecaman SP2 ke atas tertuduh adalah diragui. SP2 hanya berjumpa dengan lelaki yang membawa kereta Alphard tersebut pada malam tersebut. Suasana pada ketika itu juga adalah pada waktu malam. Sehubungan dengan itu, mahkamah berpandangan bahawa keterangan SP2 adalah sangat meragukan dan memutuskan bahawa keterangan SP2 tidak wajar dipertimbangkan oleh mahkamah ini. 36. Secara keseluruhan mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah membuktikan bahawa tertuduh bukan sahaja mempunyai jagaan serta kawalan ke atas dadah-dadah tersebut, namun turut mempunyai pengetahuan bahawa apa yang dibawa olehnya adalah merupakan dadah Cannabis. Oleh yang demikian, pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah tersebut berada dalam milikan tertuduh. Sama ada tertuduh mengedar dadah-dadah tersebut 37. Ini membawa kepada elemen yang terakhir iaitu berkaitan pengedaran. 38. Pihak PR sejak dari awal kes telah menyatakan bahawa pihak PR akan menggunapakai tafsiran pengedaran di bawah seksyen 2 Akta 234 bagi membuktikan elemen pengedaran. 39. Dari aspek keterangan, tertuduh didapati mengangkut dadah Cannabis menggunakan kenderaan tersebut. Perbuatan mengangkut (transporting) tersebut jelas apabila pemerhatian telah pun dibuat dan kenderaan tersebut yang dipandu oleh tertuduh telah dikesan kali pertamanya melintasi lampu isyarat utama pekan Kuala Kedah dan kemudian diekori oleh pasukan polis sebelum dikesan oleh SP5 melintasi Petronas Jalan Kuala Kedah. SP5 telah mengekori kenderaan tersebut dari belakang dalam tempoh lebih kurang 5 hingga 10 minit dari Petronas Jalan Kuala Kedah hingga ke lampu isyarat Taman Pelangi sebelum SP5 menahan tertuduh. 40. Mahkamah turut mendapati bagaimana dadah Cannabis tersebut dibungkus dengan plastik hitam yang tebal dan di dalamnya ada guni berwarna putih yang sememangnya bertujuan untuk menyembunyikan dadah Cannabis tersebut dari mata kasar. Selain itu, jumlah dadah Cannabis yang diangkut oleh tertuduh amat banyak iaitu seberat 507,965.60 gram yang tidak memungkinkan ianya digunakan untuk kegunaan peribadi melainkan untuk diangkut bagi tujuan pengedaran kepada pihak lain. 41. Mahkamah merujuk kepada perbincangan Mahkamah Rayuan berkenaan pembuktian pengedaran di bawah seksyen 2 Akta 234 melalui penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes Konradt Prosch v Public Prosecutor [2021] 2 MLJ 451 yang memutuskan seperti yang berikut: “[14] As to the issue of trafficking in the dangerous drugs, the trial judge had made his finding of fact that based on available evidence, the prosecution had proved the element of trafficking as defined under s 2 of the DDA which provides: trafficking includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulation made under the Act … (Emphasis added.) [15] In Ong Ah Chuan v Public Prosecutor, Koh Chai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and accepted with approval by the Federal Court in Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan, it was decided that an act of carrying per se, without an overt act, is insufficient to constitute an offence of trafficking. The court explained as follows: [20] However, the mere act of carrying is not sufficient to constitute the offence of trafficking. This is clearly explained by Lord Diplock in Ong Ah Chuan v Public Prosecutor, Koh Chai Cheng v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64, where at p 68 he observed: To ‘traffic’ in a controlled drug so as to constitute the offence of trafficking under s 3 involves something more than passive possession or self administration of the drug; it involves doing or offering to do an overt act of one or of other of the kinds specified in paragraph (a) of the definition of ‘traffic’ and trafficking in s 2 … (Emphasis added.) [16] Lord Diplock in the same case, had categorised the overt act in the following manner: This is a very wide description of acts that may be treated as equivalent to the substantive offence of trafficking; nevertheless, in their Lordships view, it is clear from the structure of the Drugs Act and the distinction drawn between the offence of having a controlled drug in one’s possession and the offence of trafficking in it, that mere possession of itself is not to be treated as an act of preparatory to or in furtherance of or for the purpose of trafficking as to permit the conviction of the possessor of the substantive offence. To bring the provisions of sections 10 and 3(c) into operation some further steps or overt act by the accused is needed, directed to transferring possession of the drug to some other person, and it is a consequence of the clandestine nature of the drug trade and the means adopted for the detection of those engaged in it, that the further step that the prosecution is most likely to be able to prove in evidence is the act of the accused in transporting the drug to some place where he intends to deliver it to someone else, whether it be the actual consumer or a distributor or another dealer. (Emphasis added.) [17] In the present case, the impugned drugs were carried into Malaysia from South Africa in a box which was wrapped with present paper. The reasonable inference is that it was intended to show that there was nothing incriminating in the box. Further, the total amount of 1,382.6g of methamphetamine can reasonably be inferred to be delivered to another party and not for the appellant’s own consumption. Therefore, there was an overt act that accompanied the act of carrying of the drugs in this case.” 42. Berdasarkan prinsip duluan ini dan diaplikasikan ke dalam keterangan-keterangan di dalam kes ini sepertimana yang telah dirumuskan, mahkamah berpandangan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh sedang mengedar dadah-dadah tersebut ketika ditahan. Dapatan mahkamah ini adalah dibuat berdasarkan keterangan-keterangan secara langsung tanpa bersandarkan kepada mana-mana peruntukan andaian. Keputusan di akhir kes pendakwaan 43. Sehubungan itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa di atas pertimbangan maksimum, PR telah membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh. Mahkamah selanjutnya memerintahkan agar tertuduh membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Kes pembelaan 44. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah tanpa memanggil sebarang saksi bagi menyokong pembelaannya. Di dalam keterangannya, tertuduh menyatakan bahawa tertuduh adalah merupakan seorang yang telah disahkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). 45. Semasa kejadian, tertuduh mengusahakan kedai runcit berdekatan Hospital Sungai Buluh di atas nama Buyung Emas Niaga Enterprise. Di samping berniaga runcit, tertuduh turut membawa teksi dengan menggunakan teksi milik arwah ayah tertuduh. 46. Pada 17/10/2017, seorang lelaki telah menelefon tertuduh untuk memintanya mengambil barang di Kedah keesokan harinya yang berkebetulan hari Deepavali. Memandangkan tawaran upah yang tinggi iaitu sebanyak RM3,000.00, tertuduh bersetuju untuk mengambil upah tersebut. 47. Lelaki yang menelefon tertuduh telah datang ke kedai tertuduh dengan membawa kereta Toyota Alphard bernombor pendaftaran WVR 1511. Tertuduh kemudiannya telah bergerak ke Kedah dari Sungai Buluh, Selangor di antara jam 9.30 hingga 10.00 malam pada 17/10/2017. Tertuduh turut telah diserahkan upah duluan sebanyak RM1,000.00. 48. Keesokan paginya apabila sampai di Kedah, tertuduh telah menelefon kembali orang yang memberi upah kepadanya dan tertuduh telah diarahkan menunggu di stesen minyak Petronas Kuala Kedah, Kedah. Selepas itu, seorang lelaki bernama Jefri telah datang dengan motosikal dan membawa tertuduh ke sebuah kampung nelayan yang tidak diketahui namanya. 49. Sesampai di kampung nelayan tersebut, tertuduh telah diminta untuk memakirkan keretanya di hadapan sebuah rumah dan kemudiannya Jefri telah membawa kereta tersebut ke belakang. Tertuduh telah diminta untuk naik ke atas rumah. Lebih kurang 15 hingga 20 minit, Jefri telah membawa balik kereta tersebut ke hadapan rumah dan mengarahkan tertuduh untuk kembali ke Kuala Lumpur. Semasa tertuduh masuk ke dalam kereta, tertuduh nampak ada barang yang diletakkan di bahagian belakang kereta dan ditutupi dengan plastik penutup (blanket). 50. Selepas itu, tertuduh telah memandu kereta tersebut keluar dari kampung nelayan tersebut. Tertuduh kemudiannya telah tiba serta berhenti di sebuah simpang empat yang dikawal oleh lampu isyarat. Secara tiba-tiba, terdapat sekatan jalan raya dan tertuduh telah ditahan. Tertuduh kemudiannya direbahkan serta digari sebelum dibawa terus ke balai polis. 51. Pembelaan tertuduh secara amnya tidak menafikan tertuduh memandu kereta tersebut dan ketika ditahan, dadah Cannabis seberat 507,965.60 gram di dalam 533 ketulan mampat berada di bahagian belakang kereta tersebut. Namun, tertuduh menyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa apa yang dibawa olehnya adalah dadah jenis Cannabis. 52. Tertuduh sebaliknya menyatakan bahawa tertuduh hanyalah pembawa yang tidak bersalah (innocent carrier) dan tidak patut disabitkan bagi kesalahan ini. Analisis dan dapatan mahkamah ke atas kes pembelaan 53. Terdapat beberapa aspek di dalam pembelaannya yang perlu dianalisis dengan maksima oleh mahkamah. Namun, mahkamah perlu menegaskan bahawa semasa memanggil pembelaan bagi kes ini, mahkamah telah merumuskan bahawa keterangan prima facie adalah berdasarkan kepada penemuan mahkamah ini bahawa kesemua 533 ketulan dadah Cannabis tersebut adalah berada di dalam milikan tertuduh. Dapatan berkaitan milikan ini tidak bersandarkan kepada mana-mana peruntukan andaian. 54. Selanjutnya keterangan berkaitan pengedaran adalah berpaksi kepada perbuatan tertuduh mengangkut dadah-dadah tersebut di dalam kereta tersebut. Mahkamah telah menegaskan bahawa dapatan mahkamah berkaitan pengedaran adalah sama seperti pemilikan iaitu tidak bersandarkan kepada mana-mana peruntukan andaian. 55. Pembelaan tertuduh secara asasnya menegaskan bahawa tertuduh hanyalah memandu kereta tersebut di atas permintaan seorang lelaki yang telah bertemu dengannya di kedainya di Hospital Sungai Buluh, Selangor dan seorang yang dikenali sebagai Jefri yang ditemui oleh tertuduh di stesen minyak Petronas, Kuala Kedah. Kedua-dua watak ini telah dibangkitkan oleh tertuduh semasa kes di peringkat pendakwaan lagi. 56. Persoalannya kini adakah sama ada dua watak ini adalah sebenar-benarnya wujud atau satu rekaan tertuduh semata- mata. Bagi maksud tersebut, mahkamah telah meneliti keterangan tertuduh di peringkat pemeriksaan utama, balas dan semula. Mahkamah mendapati bahawa keterangan tertuduh berkaitan kedua-dua watak ini adalah sangat meragukan. Ini kerana tertuduh tidak dapat memberi gambaran jelas serta identiti kedua-dua penama ini. Tertuduh tidak dapat memberikan nama, alamat serta nombor telefon mereka serta deskripsi kedua-dua mereka. 57. Kegagalan tertuduh untuk memberikan deskripsi jelas watak-watak ini menjejaskan kebolehpercayaan mahkamah ke atas pembelaan kewujudan watak-watak ini. Keperluan tertuduh untuk memberikan deskripsi ke atas watak-watak yang dibangkitkan olehnya adalah mantap di sisi undang-undang. Ia bukan sahaja perlu diberi seawal yang mungkin, malahan ia juga perlu mempunyai maklumat yang memadai agar satu siasatan dapat dijalankan. Ini disebut sebagai “Alcontara Notice”. Ia berasal dari satu keputusan di dalam kes Alcontara Ambross Anthony lwn PP [1996] 1 MLRA 47 di mana panel Mahkamah Persekutuan telah menggariskan beberapa prinsip umum dalam menilai pendedahan tertuduh semasa pembelaan terhadapnya. 58. Mahkamah Persekutuan menyatakan: “It is implicit in the judge’s observations aforesaid that he had assumed that at the time of his arrest, the appellant had no explanation to offer or if he had one, it would have been materially different to that which he had offered in his cautioned statement recorded on the next day or he would have made a confession. When respect, there was not a scarp of evidence to support any of these assumptions. For example, there was not even evidence as to whether the appellant had been cautioned and an attempt made to interrogate him immediately on arrest and, if so, what his reactions were.” …….. “Thus, the evidence suggests that the first opportunity the appellant had to explain was at the time he was interviewed and his cautioned statement recorded from him the day after his arrest. There was, therefore, no evidence of delay on his part in offering an explanation. On the other hand, evidence suggests that such delay, as there was in this regard, had been occasioned entirely by the police. It follows that it was wrong for the judge to have assumed, contrary to the evidence, that there had been a belated disclosure of the defence, which suggested concoction. On the contrary, the evidence indicated that, given the circumstances, the appellant had made prompt disclosure of his defence in his cautioned statement. As a result of this misdirection, the case for the appellant must have been seriously weakened in the eyes of the judge, and the chance of his attaching any degree of credence to it seriously prejudiced.” 59. Mahkamah Rayuan kemudiannya di dalam kes Phiri Mailesi (Zambian) v. PP [2013] MLRAU 175 merujuk kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut dan memperkenalkan perkataan “Alcontara Notice”. Di dalam penghakimannya, Mahkamah Rayuan menyatakan: “It is pertinent to note that the 'Alcontara Notice' must have sufficient particulars in the right perspective and not a vague notice where the prosecution will not be able to advance their investigation to rebut the defence story or version. It must also be given at the earliest opportunity at the material time of the arrest or at least upon counsel taking instruction from the accused to conduct its defence. In addition, the defence's version should be put at the prosecution stage and the story must be maintained at the defence stage. There will be a duty placed on the judge even at the prosecution stage to positively evaluate the story of the accused relating to 'Alcontara Notice' before evaluating the prosecution case and applying the maximum evaluation as Alcontara case places the onus on the prosecution to rebut or sufficiently explain that they have discharged that onus. In the instant case evidence will show that the defence has not given an 'Alcontara Notice' in the right perspective.” 60. Berpaksikan kepada analisis mahkamah di perenggan atas, adalah jelas bahawa tertuduh tidak mengemukakan notis kewujudan kedua-dua watak ini di dalam perspektif yang betul bagi membolehkan siasatan dijalankan. Ia dengan sekaligus menimbulkan persoalan kebolehpercayaan mahkamah ini ke atas kewujudan watak-watak tersebut dan pembelaan tertuduh secara amnya. 61. Di samping itu, mahkamah berpandangan bahawa keterangan tertuduh bahawa tertuduh tidak tahu menahu berkenaan kewujudan 533 ketulan dadah Cannabis di belakang kereta yang dipandu juga amat meragukan. Tertuduh menyatakan bahawa tertuduh menerima upah yang pada pandangan mahkamah agak tinggi hanya bagi membawa kereta tersebut dari Sungai Buluh ke Kuala Kedah dan kembali ke Sungai Buluh. Ia pastinya menimbulkan tandatanya kenapa upah yang tinggi bagi kerja yang mudah. 62. Selanjutnya tertuduh juga tidak mendapatkan butiran-butiran sama ada berkaitan barangan yang akan dibawanya mahupun berkenaan dengan orang yang akan ditemui oleh tertuduh. Adalah tidak masuk akal bagi seseorang untuk mengambil upah membawa barang dengan maklumat yang sangat terhad. Apa yang dinyatakan oleh tertuduh adalah turut mencurigakan. 63. Mahkamah turut terpanggil untuk menilai keterangan berkaitan waktu tertuduh memulakan perjalanan dan keperluan tertuduh untuk terus balik selepas barang dimuatkan ke dalam kereta tersebut. Waktu dan tempoh masa bagi tertuduh memandu adalah sangat terhad dan langsung tidak memberi ruang kepada tertuduh untuk berehat. Malahan, tertuduh hanya memandu berseorangan dari Sungai Buluh ke Kuala Kedah dan pulang ke Sungai Buluh pada hari yang sama hanya selepas tempoh yang singkat. Ini menunjukkan bahawa apa yang akan dibawanya adalah penting dan secara logiknya tertuduh mestilah mendapatkan maklumat berkaitan dengan barang yang dibawanya. 64. Selain itu, keadaan 533 ketulan tersebut berada di atas ruang lantai antara penumpang belakang dan ruang barang belakang adalah turut menimbulkan persoalan. Kesemua 533 ketulan tersebut telah diletakkan di dalam 13 bungkusan guni putih serta di masukkan setiapnya di dalam plastik hitam dan kesemuanya telah ditutupi oleh satu plastik penutup. Ini sama sekali menunjukkan bahawa ia diletakkan dengan rapi bagi mengelak ianya dapat dilihat dengan mata kasar. Semestinya tertuduh sedar kedudukan ini dan secara logiknya akan mendapatkan maklumat apakah barang sebenar yang perlu dibawa olehnya. 65. Bagi mahkamah alasan tertuduh bahawa tertuduh tidak mendapatkan maklumat berkaitan barangan yang dibawanya adalah sangat dangkal dan sukar diterima. Jika benar sekalipun, mahkamah berpandangan ia tidak mewajarkan tertuduh untuk bergantung harap ke atas pembelaan bahawa tertuduh merupakan pembawa yang tidak bersalah. Pandangan mahkamah adalah bersandarkan kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855. 66. Di dalam kes Herlina Purnama Sari (supra), Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan dapatan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang menerima pembelaan pembawa tidak bersalah tertuduh. Mahkamah Persekutuan sebaliknya telah menganalisis keterangan secara maksima dan merumuskan: “[43] In our judgment, that the manner in which the impugned drugs were concealed in the two boxes which were found in the respondent's luggage goes to show that the respondent knew the contents of the two boxes. It is not enough for the respondent to merely assert absence of knowledge. On the facts, there are many reasons for the respondent to be suspicious that the luggage she was carrying contained impugned drugs. But she wilfully shut her eyes. It is preposterous to accept the respondent's defence that she had agreed to carry something in her luggage to help Jo, a total stranger, to have the two boxes delivered to Jo's friend in Laos. [44] In our assessment, looking at the evidence in totality, the respondent could not exculpate herself from her involvement in the trafficking of the seized drugs by saying that she had no knowledge or that she was an 'innocent carrier' in this transaction. In our view, she could not be 'innocent' when she voluntarily agreed to hand over the boxes to a third party that she hardly knew in another country without enquiring further as to the contents of the said boxes. The respondent, without any such inquiry, which she would have been reasonably expected to make in any event, had agreed to give the boxes to someone just as a favour for her friend Vivian. The respondent should have refused to carry out such an assignment if no satisfactory explanation as to their contents was forthcoming from Vivian whom she was in contact with. Her failure to do so makes her guilty of wilful blindness. [45] Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicious that something is amiss but then embarks on a deliberate decision not to make further inquiries in order to avoid confirming what the actual situation is, then such a decision is necessarily a deliberate one. The key threshold element in the doctrine of wilful blindness itself is that of suspicion followed by (and coupled with) a deliberate decision not to make further investigations. Whether the doctrine of wilful blindness should be applied to any particular case would be dependent on the relevant inferences to be drawn by the trial judge from all the facts and circumstances of the particular case, giving due weight, where necessary, to the credibility of the witnesses. (See PP v. Tan Kok An [1996] 2 CLJ 96; [1995] 4 MLRH 256) [46] The concept of 'wilful blindness' had been discussed in a number of local cases but it seems to have had its genesis in the dissenting judgment of Yong Pung How CJ (Singapore) in the case of Public Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424. The doctrine of 'wilful blindness' can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of 'wilful blindness'. In other words, he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation. [47] Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know', he is taken to know. [48] In the present case, based on the evidence, it is our view that the respondent is not an innocent carrier but a trafficker. As we have alluded to earlier, in essence the defence of innocent carrier raised by the respondent has no merit because the respondent had every opportunity to check for herself what she was carrying. In our judgment, any reasonable person similarly circumstanced would have asked what were in those boxes. The respondent here is not a hapless victim caught in the web of inevitable circumstances beyond her control. We find no ring of truth in her story.” 67. Menggunakan pendekatan yang sama sepertimana yang dilaksanakan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah ini merumuskan bahawa tertuduh tidak boleh dikategorikan sebagai pembawa yang tidak bersalah. 68. Akhir sekali, mahkamah turut mempertimbangkan hujahan peguam tertuduh berkaitan kegagalan pihak PR memanggil pembeli kereta tersebut iaitu Manoharan a/l Kanaasabai untuk memberi keterangan. Ini pada penghujahan peguam sebagai menimbulkan anggapan yang bertentangan ke atas kes pihak PR dan oleh itu mahkamah dihujahkan perlu memberi kelebihan kepada tertuduh. 69. Mahkamah walaubagaimanapun berpandangan bahawa hujahan peguam tertuduh adalah tersasar. Ini kerana fakta di dalam kes ini adalah jelas iaitu tertuduh ditangkap ketika sedang membawa dadah-dadah tersebut di dalam kereta yang dipandunya. Fakta ini dengan jelas menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam pemilikan tertuduh dan sedang diangkut olehnya. 70. Pihak PR tidak pernah melindungi kewujudan Manoharan a/l Kanaasabai dan dia juga telah ditawarkan kepada pihak tertuduh. Naratif yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan langsung tidak menunjukkan sebarang kaitan di antara Manoharan a/l Kanaasabai dengan dadah yang dijumpai oleh pihak polis. Pengemukaan mana-mana saksi mahupun keterangan adalah merupakan budi bicara pihak PR. Namun apa yang perlu diputuskan oleh mahkamah adakah apabila seseorang saksi tidak dikemukakan oleh PR, membolehkan mahkamah menggunapakai misalan tersebut dan menolak secara keseluruhan keterangan PR. 71. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231 melalui penghakiman Hakim Raus Sharif KHN telah menyatakan: “[48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act 1950 is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavorable to the person who withholds it. The usage of the word 'may' gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withhold evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence '(Nanda Kumar a/l Kunyikanan & Anor v. Pendakwa Raya [2011] 8 CLJ 406; [2011] MLJU 1566). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution's reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime and in this case, custody, control, and knowledge. Applying the above principles to our present case, we are satisfied that there was no evidence to suggest even the slightest inkling that the prosecution withheld testimonies by Javad @ Hasan Tiren and Samaneh Momen in a deliberate scheme to impair the truth or frustrate the appellant's defence. [50] Further, in the case of Siew Yoke Keong v. Public Prosecutor this court had succinctly laid down that witnesses for prosecution are indispensable only insofar as they are necessary in establishing a prosecution's case beyond a reasonable doubt. Thus, any calling of witness beyond that minimum requirement is within prosecutorial discretion. In the end, it is the sufficiency of the evidence that matters. As long as there are no 'unsatisfactory features or gaps in the prosecution's case, an order of adverse inference is not imperative. It is our view, on the facts of this case, adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act, could not be invoked against the prosecution.” 72. Berdasarkan kes ini, prinsip perundangan adalah jelas iaitu satu anggapan bertentangan hanya boleh dibuat oleh mahkamah ke atas PR apabila wujud keadaan-keadaan berikut: (a) saksi-saksi yang relevan tidak ditawarkan oleh PR; (b) PR menyembunyikan keterangan yang tersedia (available); dan (c) PR mempunyai niat yang jahat untuk mengecewakan pembelaan. 73. Yang jelas di dalam kes ini, saksi tersebut telah ditawarkan kepada tertuduh namun tawaran ini tidak disambut oleh tertuduh. Mahkamah turut mendapati bahawa naratif pihak PR tidak pernah dalam mana-mana keadaan menyatakan penama ini mempunyai sebarang peranan apatah lagi peranan yang material. Di dalam masa yang sama, tiada apa-apa keterangan bagi menunjukkan pihak PR berniat untuk mengecewakan pembelaan. Oleh itu, pihak PR tidak boleh dikatakan telah menyembunyikan saksi ini dan oleh yang demikian, gesaan peguam untuk merumuskan anggapan bertentangan adalah tidak bermerit. 74. Mahkamah turut ingin menyentuh berkenaan hujahan peguam berkaitan keterangan SP2 yang dihujahkan sebagai membangkitkan satu keraguan ke atas kes pihak PR. Bagi peguam, apabila pihak PR tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk mengakas keterangannya, maka keterangan SP2 masih boleh dan wajar diterima masuk. 75. Perkara berkaitan keterangan SP2 telahpun dibincangkan oleh mahkamah di awal penghakiman ini. Keterangan SP2 bukanlah ditolak oleh mahkamah secara mentah-mentah. Mahkamah telah meneliti keterangan yang diberikan dan tidak mepertikaikan kredibiliti keterangannya. Namun mahkamah mendapati bahawa ianya tidak dapat dikaitkan langsung dengan tertuduh. Ini kerana SP2 tidak dapat mengecam tertuduh serta kereta yang digunakan adalah tidak dapat disahkan. 76. Namun walaupun tanpa keterangan SP2, keterangan-keterangan lain yang dikemukakan adalah terlalu banyak. Keterangan-keterangan lain ini jelas menunjukkan bahawa dadah-dadah tersebut sememangnya berada di dalam pemilikan tertuduh dan sedang diangkut oleh tertuduh. Keputusan di akhir kes 77. Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan saksi-saksi pembelaan, mahkamah ini berpuas hati dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah terhadap tertuduh bagi pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Tertuduh dengan ini didapati bersalah dan disabitkan dengan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 sepertimana di dalam pertuduhan. Hukuman 78. Semasa mengemukakan hujahan peringanan hukuman, peguam tertuduh telah memohon agar mahkamah ini tidak mengenakan hukuman mati sebaliknya memberikan hukuman alternatif penjara seumur hidup. Peguam telah mengetengahkan beberapa perkara seperti berikut: (a) ini adalah merupakan kesalahan pertama tertuduh; (b) tertuduh adalah merupakan seorang OKU; (c) tertuduh juga masih belum berumahtangga dan berkeluarga; (d) tertuduh juga dikatakan sebagai penanggung utama keluarganya; (e) keterangan di dalam kes ini tidak menunjukkan sebarang perancangan pengedaran dadah seperti penglibatan Agent Provocateur atau apa-apa keterangan yang menunjukkan dadah-dadah tersebut untuk diedarkan; dan (f) tertuduh telah berada di dalam tahanan reman selama 8 tahun. 79. Puan TPR telah menegaskan bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman mati bagi menunjukkan ketegasan mahkamah dengan memberi pertimbangan utama ke atas kepentingan awam. Ini kerana penyalahgunaan dadah berbahaya telah menjadi punca utama keruntuhan moral masyarakat serta masalah-masalah sosial di dalam negara. 80. Salah satu cara untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini, TPR menghujahkan mahkamah perlu memainkan peranan untuk mengenakan hukuman yang tinggi. Ini dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan mengekang orang lain dari melakukan jenayah yang sama. 81. Puan TPR memohon agar mahkamah ini mempertimbangkan hukuman mati dikenakan berdasarkan kepada jumlah dadah yang terlibat di dalam kes ini yang sangat tinggi. Puan TPR menghujahkan bahawa jika dadah di dalam kes ini terlepas ke pasaran, ia akan memberi kesan kepada ramai orang dan masyarakat semestinya akan terkesan. 82. Menerusi Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846), hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta 234 telah dipinda iaitu hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum sebat tidak kurang daripada dua belas sebatan. Ini bermakna, budi bicara diberi sepenuhnya kepada mahkamah untuk menentukan pilihan hukuman (rujuk: Loh Hock Seng & anor v. PP [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13 dan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195). 83. Budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman alternatif yang diperuntukkan undang-undang telah dibincangkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Robin Radjaini Saih @ Amjan Patta v. Public Prosecutor [2024] 9 CLJ 224; [2024] 6 MLJ 773. Mahkamah Rayuan telah memperjelaskan perkembangan pemakaian dtertuduhrin 'rarest of the rare' sebagaimana yang terpakai di India dan telah menyatakan seperti yang berikut: “[29] The 'rarest of the rare' doctrine is now firmly established in India. In Bachan Singh v. State of Punjab [1980] 1 MLJ (Crl) 827, at [195], in delivering the 4-1 majority decision of the Indian Supreme Court, RS Sarkaria J held that in view of, among others, s. 354(3) of the Indian Criminal Procedure Code ('CPC (India)'), the 'extreme penalty [of death penalty] can be inflicted only in gravest cases of extreme culpability'. We reproduce below s. 354(3) of the CPC (India): When the conviction is for an offence punishable with death, or, in the alternative, with imprisonment for life or imprisonment for a term of years, the judgment shall state the reasons for the sentence awarded, and, in the case of sentence of death, the special reasons for such sentence. (Emphasis added.)”. 84. Mahkamah Rayuan telah turut memutuskan dalam kes yang sama bahawa dtertuduhrin 'rarest of the rare' tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia, dan telah merujuk kepada keputusan-keputusan di Singapura yang mempunyai peruntukan yang serupa dengan Malaysia: "[30] With respect, we are not in favour of adopting the 'rarest of the rare' doctrine in Malaysia. Our reasons are as follows: (1) in s. 302 of the PC read with ss. 34 and 39 of the AMDP, Parliament has conferred a wide discretion on our courts to mete out the following punishment on a person who has committed a murder offence under s. 302 of the PC: (a) death penalty; or (b)imprisonment for a term of not less than 30 years but not exceeding 40 years and whipping of not less than 12 strokes ('wide judicial discretion (s. 302 of the PC)'); (2) our legislature did not impose any restriction or condition to curtail the wide judicial discretion (s. 302 of the PC). In other words, the wide judicial discretion (s. 302 of the PC) is unfettered. If we have applied the 'rarest of the rare' doctrine, this will be tantamount to an unlawful curtailment of the wide judicial discretion (s. 302 of the PC); (3) in the exercise of the wide judicial discretion (s. 302 of the PC): (a) public interest should be the primary consideration. We rely on the following judgment of the Federal Court delivered by Raja Azlan Shah Ag LP (as his Majesty then was) in Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 at 84: I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That Is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It Is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; [2024] 9 CLJ 224; [2024] 6 MLJ 773 at 789 whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally Interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. (Emphasis added.) It is to be noted that when Bhandulananda was decided, Parliament had abolished appeals to Privy Council for constitutional and criminal matters. In other words, when the Federal Court delivered the judgment in Bhandulananda, the Federal Court was our apex court for criminal matters at that time; (b) all the relevant facts and circumstances of the case should be taken into account, including: (i) mitigating factors; and (ii) aggravating factors. As explained in the above sub-para (a), public interest should override mitigating factors; and (c) the court should also consider the following four objects of sentencing: (i) deterrence, both specific and general deterrence. Specific deterrence of an offender has also been described as 'incapacitation' of the offender (to render the offender incapable of committing any offence in the future); (ii) rehabilitation, reformation or restoration of the offender; (iii) retribution; and (iv) restitution; (4) due to the enforcement of s. 354(3) of the CPC (India) (the judgments of Indian courts shall state 'special reasons' for imposing a death sentence), the application of the 'rarest of the rare' doctrine in India is understandable. Our CPC has no provision which is equipollent to s. 354(3) of the CPC (India); and (5) s. 302 of Singapore's Penal Code ('PC (Singapore)') states as follows: s. 302 Punishment for murder (1) Whoever commits murder within the meaning of section 300(a) shall be punished with death. (2) Whoever commits murder within the meaning of section 300(b), (c) or (d) shall be punished with death or imprisonment for life and shall, if he is not punished with death, also be liable to caning. (Emphasis added.) As s. 302(2) of the PC (Singapore) is similar to our present s. 302 of the PC (after amendment by AMDP), Singapore cases on this matter, are persuasive." 85. Berdasarkan kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan tersebut, mahkamah merasakan faktor utama yang perlu diberi pertimbangan oleh mahkamah adalah faktor kepentingan awam. Ini adalah merupakan faktor terpenting apabila mana-mana mahkamah hendak menjatuhkan hukuman. 86. Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor v. PP [2001] 4 CLJ 9; [2001] 3 AMR 3253 telah membincangkan kepentingan menimbangkan kepentingan awam di dalam menjatuhkan hukuman dan memutuskan: “It cannot be gainsaid that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal case. In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course forgetting that the interest of the public should be the uppermost consideration.” 87. Manakala kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102 yang sering dirujuk oleh mahkamah-mahkamah yang menjatuhkan hukuman, telah merujuk kepada kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 berkaitan kepentingan awam seperti berikut: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgement of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life.” 88. Apa yang dimaksudkan sebagai kepentingan awam, mahkamah merujuk kepada tafsiran yang diberikan oleh Stroud's Judicial Dictionary seperti berikut: "A matter of public or general interest does not mean that which is interesting as gratifying curiosity or a love of information or amusement; but that in which a class of community have a pecuniary interest or some interest by which their legal rights or liabilities are affected." 89. Jelas, pertimbangan mahkamah hendaklah terarah kepada kesan jenayah yang dilakukan oleh tertuduh ke atas masyarakat keseluruhannya. Pertimbangan pertama mahkamah sudah semestinya adalah terarah ke atas jumlah dadah yang terlibat di dalam kes ini yang melibatkan dadah Cannabis seberat 507,965.60 gram. Ia merupakan satu berat yang sangat tinggi. 90. Dadah-dadah Cannabis tersebut telah diangkut menggunakan kenderaan tersebut di dalam 13 guni dan di dalam setiap guni terdapat 41 ketulan mampat yang secara keseluruhannya sebanyak 533 ketulan. Berdasarkan kepada keterangan tertuduh, ia akan diangkut ke Sungai Buluh yang pada pandangan mahkamah berkemungkinan untuk diedarkan di kawasan Lembah Klang. 91. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Puan TPR bahawa dadah sebanyak ini jika terlepas di pasaran akan memberi kesan serius kepada masyarakat keseluruhannya. Ia pastinya akan membawa kepada jenayah sekunder seperti perlakuan jenayah curi, ragut, mencederakan dan pecah rumah. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga turut memberikan kesan kepada sosio ekonomi penduduk dan juga memecah belahkan institusi keluarga. 92. Jumlah dadah merupakan satu faktor utama dalam penentuan sama ada wajar hukuman mati dijatuhkan atau tidak. Apatah lagi di dalam kes ini, ia melibatkan 2500 kali ganda dari berat minima bagi andaian pengedaran. 93. Dalam kes Public Prosecutor v. Mahir Affandi bin Mohamad [2024] CLJU 1416; [2024] MLJU 1445, Mahkamah Rayuan telah menekankan berkaitan kepentingan menimbangkan berat dadah sebelum menjatuhkan hukuman seperti yang berikut: "[63] After considering the plea of mitigation and the submissions by the learned deputy public prosecutor, and after taking into account the recent cases emanating from the Court of Appeal after the coming into force of the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 Act 846 which in the vast majority of cases steer away from imposing the death penalty unless the amount involved is large, I sentence the accused to a sentence of imprisonment for life and whipping of 15 strokes. The additional three strokes above the statutory minimum of 12 strokes is because of the large amount of dangerous drugs of 2,828.6 grams of Methamphetamine in this case. This amount is 56.5 times more than the minimum amount of 50 grams of Methamphetamine sufficient for the statutory presumption of trafficking to be invoked with the accused facing the possibility of a death penalty." 94. Dalam menimbangkan faktor kepentingan awam, mahkamah turut memberi pertimbangan ke atas faktor kepentingan tertuduh. Mahkamah mengambil maklum bahawa tertuduh adalah seorang OKU namun bagi mahkamah ini bukanlah satu lesen kepada tertuduh untuk melakukan jenayah sebegini. 95. Semasa mahkamah mendengar keterangan tertuduh, tiada sebarang alasan yang diketengahkan kenapa tertuduh sanggup melakukan jenayah ini. Tertuduh sebaliknya telah mempunyai sumber pendapatan yang baik iaitu menjalankan perniagaan kedai runcit dan membawa teksi secara separuh masa. 96. Selain itu, mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak langsung menunjukkan sebarang sikap insaf. Di dalam hujahan mitigasi oleh peguamnya, tiada sebarang rasa insaf diungkapkan. Ini bagi mahkamah menunjukkan bahawa tertuduh merasakan perbuatannya tidak memberi apa-apa kesan ke atas dirinya serta masyarakat. Kesimpulan 97. Sehubungan itu, mahkamah berpandangan bahawa adalah adil tertuduh dihukum gantung sampai mati. Bertarikh: 7hb. Ogos 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzzaman Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Bernard a/l Francis Tetuan Law Offices of Bernard Francis & Asso Peguambela & Peguamcara M2-13-05, Menara 2, 8 Trium Jalan Cempaka Sd 12/5 Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur Tarikh Keputusan : 3hb. Jun, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Kanun Tatacara Jenayah Akta Keterangan 1950 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 Kes-Kes Yang Dirujuk: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Muhammad Lukman Mohamad v. PP [2021] 7 CLJ 524 Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 PP v Bazleh Saeid Saleh & anor [2014] 6 CLJ 979 Abdul Rahman bin Mohd v. PP [2021] CLJU 804; [2021] 1 LNS 804 Helmi Bassi v PP [2016] 1 LNS 763 Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] MLJ 237 Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 Romi Amora Amir v. PP [2011] 1 CLJ 870 Rosli bin Yusof v PP [2020] MLRAU 218 Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 PP v. Lim Chsung Meng & Anor [2015] CLJU 1226; [2015] MLJU 2234 Konradt Prosch v Public Prosecutor [2021] 2 MLJ 451
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.