Content
Page 1 of 22 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PB-45B-4-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
PB-45B-4-09/2021
High Court of Malaysia21 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“duced only by a deterrent sentence of a long term of imprisonment. Another may well profit by being given a second chance. As the Court of Appeal had said in Ho Kim Luan and Anor v. Public Prosecutor [1959] MLJ 159 at page 162: "Each case, of necessity, must depend upon its own facts and upon the character and antecede”
“forms and will have to depend to a greater extent on the attitude of the offender and his suitability for any particular type of reformation" [68] Manakala dalam kes Lim Yoon Fah v. Public Prosecutor [1970] CLJU 66; [1970] 1 LNS 66; [1971] 1 MLJ 37 telah diputuskan: - "A particular criminal may be so induced only by a”
“(a) Pengakuan Salah OKT-OKT [45] Pengakuan bersalah OKT-OKT merupakan suatu faktor mitigasi yang tidak boleh dikesampingkan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 yang memutuskan: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel tha”
“onsideration in light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in this case " [43] Prinsip yang sama juga dinyatakan dalam kes Raja Izzuddin Shah v. PP [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 sebagaimana yang berikut: "No plea in mitigation should be thrown as”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 22 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: PB-45B-4-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
THAPA MAGAR LILA DHAR (NO. PASPORT: 05706089) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Pihak pendakwaan telah memfailkan dua Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang telah saya perintahkan pada 21 Julai 2025 ke atas Gharti Magar Aaditya, No. Pasport: 10116350 (“OKT1”) dan Thapa Magar Lila Dhar, No. Pasport: 05706089 (“OKT2”) bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (“KK”) dan dibacakan bersama seksyen 34 KK. Hukuman yang telah saya perintahkan ke atas kedua-dua OKT ialah penjara selama 8 tahun bermula dari tarikh tangkap (4 Oktober 2020). Page 2 of 22 [2] Kandungan 221 adalah Notis Rayuan bertarikh 29 Julai 2025 yang difailkan oleh pihak pendakwaan pada jam 14:43:06, manakala Kandungan 224 adalah Notis Rayuan bertarikh 29 Julai 2025 yang difailkan pada jam 17:06:10. Kedua-dua Notis Rayuan ini adalah terhadap hukuman tersebut. Pihak pendakwaan merayu untuk hukuman yang lebih berat. Alasan Penghakiman ini disediakan bagi kedua-dua rayuan tersebut. Latar Belakang Kes [3] Kedua-dua OKT pada mulanya dituduh dengan pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagaimana berikut: Pertuduhan Asal (Ekshibit P1) “Bahawa kamu bersama-sama pada 4 Oktober 2020 jam lebih kurang 12.00 pagi di alamat hadapan Lee Boon Seah Farm, No. 170, Jalan Kampung Valdor 17, Sungai Bakap, di dalam Daerah Seberang Perai Selatan, di dalam Negeri Pulau Pinang, bagi mencapai niat bersama kamu semua telah melakukan bunuh ke atas Giri Mohan (No. Pasport: 06208367), dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. Hukuman Hendaklah dihukum dengan hukuman gantung sampai mati.”. Kronologi Perbicaraan [4] Kedua-dua OKT mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan asal tersebut. Tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 4 hingga 7 Disember 2023. Page 3 of 22 [5] Pada 4 Disember 2023, pihak pembelaan memohon tarikh-tarikh perbicaraan pada 4 hingga 7 Disember 2023 dilapangkan kerana mereka akan mengemukakan surat representasi yang kedua untuk pertimbangan pihak pendakwaan. Atas permohonan tersebut, Mahkamah ini telah melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan dan menetapkan tarikh sebutan pada 19 Januari 2024 untuk mengemaskini status representasi. [6] Pada 19 Januari 2024, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa surat representasi telah ditolak. [7] Pada 1 Februari 2024 perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan pertama (SP1) bernama Mohan Khadka seorang warganegara Nepal. [8] Perbicaraan diteruskan pada 7 Mac 2024 dengan saksi pendakwaan kedua (SP2) bernama Giri Ajaya, juga seorang warganegara Nepal. Semasa SP2 memberi keterangan, pihak pendakwaan mendapati wujudnya percanggahan keterangan lisan SP2 dengan Percakapan Beramaran (P56), seterusnya pihak pendakwaan memohon untuk menjalankan prosiding impeachment terhadap SP2. [9] Mahkamah telah melihat Percakapan Beramaran (P56) tersebut di bahagian yang dikatakan bercanggah dan Mahkamah bersetuju terdapat “material contradiction”. Maka Mahkamah telah membenarkan untuk prosiding impeachment dijalankan terhadap SP2 dan keputusan akan diberikan di akhir kes pendakwaan. [10] Pihak pembelaan kemudiannya memaklumkan kepada Mahkamah bahawa mereka akan memasukkan representasi yang baharu (Representasi Ketiga) setelah mendengar keterangan SP1 dan SP2. Page 4 of 22 [11] Pada 11 Mac 2024 perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan ketiga (SP3) bernama Ramesh BK seorang saksi awam dan pada 2 Julai 2024 perbicaraan disambung dengan saksi pendakwaan yang keempat (SP4) iaitu Kpl. Muhammad Aliff Bilkhairi bin Mohd Hassan. Pihak pembelaan juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa mereka telah memasukkan representasi ketiga untuk pertimbangan pihak pendakwaan. [12] Pada 11 September 2024 perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan yang kelima, Kpl. Wan Ahmad Nor Firman bin Abdul Hamed dan saksi keenam, Jurufoto L/Kpl Noor Syamil Izlan bin Noor Izlan (SP5 dan SP6). Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa keputusan representasi belum diterima dan Kertas Siasatan telah dirujuk ke Ibu Pejabat. [13] Pada 28 dan 29 Oktober 2024 perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan yang ketujuh, Pegawai Tangkapan Insp Assan bin Alimudin dan saksi kelapan, Insp Mohamad Ehsan bin Abu Bakar (SP7 dan SP8). Mahkamah juga dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa keputusan representasi belum diterima. [14] Pada 19 Februari 2025 perbicaraan diteruskan dengan saksi pendakwaan kesembilan (SP9) iaitu Pembantu Perubatan bernama Muhammad Azman bin Salim. Pihak Pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa satu barang kes tidak dapat dikemukakan ke Mahkamah kerana barang kes tersebut masih belum dapat dikesan oleh Pegawai Penyiasat. [15] Pihak pembelaan memohon pemeriksaan balas ditangguhkan sehingga barang kes tersebut dikemukakan ke Mahkamah melalui SP9. [16] Pada 13 Mac 2025 pihak pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa keputusan representasi telah diterima dan Page 5 of 22 satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(a) KK akan ditawarkan. [17] Pihak pembelaan memohon masa untuk menasihati anak guam berkaitan pertuduhan pilihan yang ditawarkan kerana melalui surat representasi yang dikemukakan, pihak pembelaan memohon pertimbangan untuk ditawarkan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(b) KK. [18] Mahkamah telah menetapkan tarikh untuk sambung bicara pada 16 dan 17 Jun 2025. Sekiranya pertuduhan pilihan tidak diterima oleh pihak pembelaan, maka perbicaraan akan diteruskan. Pada 16 Jun 2025, perbicaraan terpaksa dilapangkan oleh Mahkamah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. [19] Selanjutnya pada 17 Jun 2025 pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kedua-dua OKT bersedia untuk menerima tawaran pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(a) KK. Pihak pembelaan memohon tarikh yang lain ditetapkan untuk membolehkan pertuduhan pilihan dikemukakan dan pihak pembelaan menyediakan mitigasi bagi kedua-dua OKT. [20] Pada 21 Julai 2025, pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pilihan (Ekshibit P1A) di bawah seksyen 304(a) KK seperti di bawah: “Bahawa kamu bersama-sama, pada 4 Oktober 2020. lebih kurang jam 12.00 pagi, di hadapan Lee Boon Seah Farm, No. 170, Jalan Kampung Valdor 17, Sungai Bakap, dalam Daerah Seberang Perai Selatan, dalam Negeri Pulau Pinang, dalam melanjutkan niat bersama kamu, telah melakukan perbuatan menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki bernama Giri Mohan (No. Pasport: 06208367), dengan niat untuk menyebabkan kecederaan tubuh yang boleh menyebabkan kematian, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu Page 6 of 22 kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman Penjara selama tempoh yang boteh sampai tiga puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kematian, atau untuk menyebabkan kecederaan tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.”. [21] Pertuduhan ini telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua OKT dalam Bahasa Nepal oleh Jurubahasa Nepal, En. Amar Muhaimin bin Eyamo (No. K/P: 780123-04-5349). Kedua-dua OKT faham dan mengaku bersalah, mereka faham sifat dan akibat pengakuan tersebut setelah diterangkan oleh Jurubahasa dalam bahasa ibunda mereka, iaitu Bahasa Nepal. FAKTA KES [22] Pihak pendakwaan telah mengemukakan Fakta Kes dan ditandakan sebagai Ekshibit H. [23] Fakta Kes tersebut mendedahkan bahawa—
a
pada 4 Oktober 2020, kira-kira jam 12.00 pagi, OKT1 dan OKT2 telah berjumpa dengan Si Mati, Giri Mohan (No. Pasport: 06208367), di hadapan Lee Boon Seah Farm, No. 170, Jalan Kampung Valdor 17, Sungai Bakap, dalam Daerah Seberang Perai Selatan, negeri Pulau Pinang;
b
satu pertengkaran mulut telah berlaku antara Si Mati dengan OKT1 dan OKT2 yang berlanjutan menjadi pergaduhan fizikal. Si Mati kemudian telah menyerang OKT2 menggunakan sebatang tukul besi yang ada bersamanya, menyebabkan Page 7 of 22 OKT2 mengalami kecederaan di bahagian kepala. OKT1 kemudian telah bertindak mengambil sebatang besi yang berada di atas tanah lalu memukul Si Mati beberapa kali di kepala. Selepas kejadian pukul memukul tersebut, OKT1 dan OKT2 beredar dari situ;
c
Khadka Mohan (SP1), seorang penghuni asrama yang berdekatan tempat kejadian telah nampak OKT1 dan OKT2 dan beliau melihat kepala OKT2 berdarah. OKT1 dan OKT2 memaklumkan kepada SP1 bahawa mereka baru sahaja bergaduh dengan Si Mati dan OKT1 telah memukul Si Mati menggunakan besi;
d
SP1 kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Giri Ajaya (SP2). SP2 segera pergi ke tempat kejadian dan mendapati Si Mati terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius di kepala, SP2 terus menghubungi talian kecemasan 999, dan Si Mati kemudiannya dibawa ke hospital. Namun, Si Mati disahkan telah meninggal dunia. Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah akibat trauma tumpul di bahagian kepala; dan
e
siasatan oleh Pegawai Penyiasat mendapati kecederaan maut dialami Si Mati berpunca daripada tindakan OKT1 yang memukul Si Mati menggunakan besi di bahagian kepala dan badan secara berulang kali. Siasatan juga mendapati OKT1 dan OKT2 dengan niat bersama telah memukul Si Mati dan tindakan tersebut jelas menunjukkan niat untuk mendatangkan kecederaan kepada Si Mati. OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan bahawa tindakan itu boleh menyebabkan kematian Si Mati. Page 8 of 22 [24] Kedua-dua OKT faham dan mengakui fakta-fakta yang dinyatakan dalam Fakta Kes yang telah dibacakan kepada mereka. Kedua-dua OKT juga mengakui semua ekshibit yang telah dikemukakan di Mahkamah sepanjang berlangsungnya perbicaraan. Semua ekshibit telah ditandakan sebagai P2 sehingga P80. [25] Mahkamah ini menerima pengakuan salah oleh kedua-dua OKT ini setelah mereka mendengar dan mengakui fakta kes yang telah dibacakan. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Agung iaitu Lee Weng Tuck & Anor v. Public Prosecutor [1989] 1 CLJ Rep 75; [1989] 2 MLJ 14 yang telah memutuskan bahawa: "As regards the third safeguard, it is an established practice that on a plea of guilty, the prosecuting officer would supply to the court the statement of facts constituting the offence with which the accused is charged. The statement is then read out and explained to the accused. Unless the accused admits the facts without qualification, the practice is to treat the plea as a plea of not guilty. This safeguard is of the utmost importance in serious cases." RAYUAN MITIGASI [26] Semasa kejadian, OKT1 berumur 23 tahun. OKT1 datang ke Malaysia dari Nepal untuk bekerja dan memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM1500. OKT1 datang ke Malaysia untuk menanggung keluarga yang miskin di Nepal. Selama 4 tahun berada dan bekerja di Malaysia OKT1, tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan jenayah. [27] OKT 2 berumur 46 tahun semasa kejadian. Dia telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. OKT2 datang ke Malaysia untuk bekerja dan tanggung keluarganya yang miskin di Nepal. OKT2 juga tidak pernah terlibat dengan apa-apa kesalahan jenayah, dan ini merupakan kesalahan pertama. Page 9 of 22 [28] Kejadian tersebut telah berlaku pada 3.10.2020 dan kedua-dua OKT telah ditahan reman sejak 4 Oktober 2020. Mereka telah berada dalam tahanan selama 4 tahun 9 bulan. Kedua-dua OKT kesal dan insaf atas kesalahan yang tersebut dan memohon satu hukuman pemenjaraan yang minimum. [29] Pihak pembelaan telah kemukakan empat surat representasi untuk pertimbangan pihak pendakwaan dan kedua-dua OKT bersedia untuk menukar pengakuan kepada mengaku salah. [30] Kejadian tersebut berpunca dari pergaduhan mulut. Pihak pembelaan memohon Mahkamah ini merujuk kepada keterangan saksi-saksi yang mengesahkan telah berlaku pertengkaran mulut antara semua pihak. [31] Pada masa kejadian, kedua-dua OKT dan Si Mati dalam keadaan mabuk. Si Mati telah mengeluarkan kata-kata makian terhadap kedua-dua OKT. Si Mati kemudiannya telah menyerang OKT2. Di perenggan 2, Fakta Kes jelas menyatakan— “Si mati kemudian telah menyerang OKT2 menggunakan sebatang tukul besi yang ada bersamanya, menyebabkan OKT2 mengalami kecederaan di bahagian kepala” [32] Lanjutan daripada itu, kedua-dua OKT telah bertindak untuk melindungi diri mereka. [33] Laporan Perubatan OKT2 (Ekshibit P35) menyatakan bahawa OKT2 mengalami kecederaan di kepala (“alleged hit by hammer over head”). Tiada keterangan bahawa OKT2 menyerang Si Mati, sebaliknya Si Mati yang telah menyerang OKT2. [34] Dalam kejadian tersebut, tiada senjata tajam atau pisau digunakan. Kecederaan adalah akibat trauma tumpul dan ianya berlaku dalam keadaan Si Mati dan kedua-dua OKT sedang mabuk atau berada di bawah pengaruh alkohol. Page 10 of 22 [35] Pihak Pembelaan telah merujuk Mahkamah kepada kes PP v. Selvi Sundrum [2006] 7 CLJ 130 yang dipetik seperti berikut: “[10] I am inclined to believe all that was stated by the accused in her mitigation, as true. She appeared to be at the mercy of the deceased in this country and with no one to turn to for any help. Her travel documents had been retained by the deceased. The accused was provoked and her reaction is understandable, but nevertheless, she has committed a serious offence, quite unintentionally, for which she totally regrets. She has shown her remorse by pleading guilty immediately and without hesitation to the alternative charge. In such circumstances, a sentence of four years imprisonment is appropriate to ensure a speedy return to her native land. She will not be a danger to the Malaysian public upon her release. An unnecessarily lengthy imprisonment is an unwarranted financial burden for the Government, which is not justified in the particular circumstances of this case, and is not in the public interest.”. [36] Selanjutnya, pihak pembelaan juga merujuk Mahkamah ini kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shrestha Sujan v. PP [2021] 5 CLJ 162 yang dipetik di perenggan kedua seperti berikut: “Held (reducing sentence of imprisonment):
1
…………………………..
2
The appellant was a foreigner. He was not only a young offender but he was also a first offender. The incident happened as a result of a fight amongst the Nepalist workers, who were arguing about their own race and culture. The appellant and the deceased were drinking alcohol before the incident. The appellant was not a hardcore criminal that posed a danger or threat to our society. Putting the appellant behind bars for too long a time would only burden the Government with costs to feed a foreign prisoner. The appellant could be deported back to Nepal early if the imprisonment term was shorter and this saved the Government's money. Considering the nature of the offence, how it Page 11 of 22 was committed and the circumstances, s. 293 of the CPC ought to be applied. Therefore, the sentence of 22 years imprisonment ought to be reduced to six years, which was just and fair. (paras 19 & 20).”. [37] Berpandukan kedua-dua nas yang dirujuk di atas, pihak pembelaan mohon Mahkamah ini mempertimbangkan hukuman pemenjaraan yang minimum iaitu 7 tahun penjara dari tarikh tangkapan atas faktor kedua-dua OKT bukanlah individu yang berbahaya kepada orang ramai. HUJAHAN PEMBERATAN [38] Pihak pendakwaan semasa membentangkan Hujahan Pemberatan telah memohon Mahkamah ini mempertimbangkan satu hukuman yang berat dijatuhi ke atas kedua-dua OKT kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan kehilangan nyawa manusia. [39] Hukuman yang berat akan dapat menjadi pengajaran kepada kedua-dua OKT khususnya dan memberi mesej yang jelas kepada masyarakat amnya. Pengakuan salah oleh kedua-dua OKT bukanlah secara automatik melayakkan mereka mendapat hukuman yang ringan. Pengakuan salah bukanlah tiket untuk hukuman ringan. [40] Selanjutnya, pihak pendakwaan mengesahkan bahawa kedua-dua OKT tiada sabitan lampau. Page 12 of 22 FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA OLEH MAHKAMAH INI DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN [41] Mahkamah ini merujuk dan berpandukan penjelasan atau penerangan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Letitia Bosman v. PP & Other Appeals [2020] 8 CLJ 147 mengenai prinsip penghukuman yang perlu diambil kira di dalam menjatuhi hukuman. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: "[124] Sentencing is the final process in a criminal trial. A sentence is a final order disposing of a criminal case in court. It involves punishment, which is meted out by court to punish offenders. Those who are guilty will receive the prescribed punishment for their crime. Before the court passes sentence, a few steps are usually taken. Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then makes a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. [125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law Page 13 of 22 means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and. passed according to established judicial principles (see Jafa Daud at p. 316 of the judgment of Mohamed Azmi J).". [42] Walaupun tiada peruntukan khusus berkenaan dengan rayuan mitigasi, namun secara amalannya rayuan mitigasi adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman. Hakim YA Augustine Paul di dalam kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441 menyatakan— "A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of the sentencing process. It merits due consideration in light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in this case " [43] Prinsip yang sama juga dinyatakan dalam kes Raja Izzuddin Shah v. PP [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 sebagaimana yang berikut: "No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice." [44] Berpandukan nas-nas duluan yang tersebut di atas, Mahkamah ini sewajarnya meneliti dan mempertimbangkan setiap isu yang dinyatakan dalam rayuan mitigasi oleh kedua-dua OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan dalam menjatuhi hukuman ke atas OKT-OKT. Page 14 of 22
a
Pengakuan Salah OKT-OKT [45] Pengakuan bersalah OKT-OKT merupakan suatu faktor mitigasi yang tidak boleh dikesampingkan. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 yang memutuskan: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.". [46] Banyak nas duluan yang menyatakan bahawa bagi membolehkan pengakuan bersalah menjadi faktor mitigasi yang kuat, pengakuan bersalah hendaklah dibuat pada peringkat awal. Mahkamah ini merujuk kepada satu kes iaitu Public Prosecutor v. Kammoon Wannga & Anor [2008] 9 CLJ 479; [2009] 8 MLJ 430 yang mana telah diputuskan: "[19] It is, therefore, desirous that the plea of guilty be entered at an earliest reasonable opportunity before the witnesses give evidence in the trial. Only then such a plea may be considered as a meaningful mitigating factor.”. [47] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, pihak pembelaan seawal kes disebut telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan surat representasi kepada pihak pendakwaan, kesemuanya sebanyak empat surat representasi dikemukakan untuk pertimbangan. Ini menunjukkan bahawa pihak pembelaan sedia untuk mengaku bersalah jika pertuduhan yang lebih rendah ditawarkan. [48] Jawapan daripada pihak pendakwaan bahawa representasi diterima dan pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(a) KK Page 15 of 22 ditawarkan kepada pihak OKT-OKT hanya diterima pada 13 Mac 2025, iaitu setelah perbicaraan dijalankan dengan seramai 9 orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan. [49] Pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah bahawa melalui surat-surat representasi yang dikemukakan, pihak pembelaan memohon pertimbangan untuk pertuduhan pilihan di bawah seksyen 304(b) KK. Walaupun begitu, kedua-dua OKT bersedia untuk mengaku salah di bawah seksyen 304(a) KK. [50] Mahkamah ini setuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa pengakuan salah bukanlah secara automatik melayakkan OKT-OKT mendapat hukuman yang ringan. Namun adalah nyata daripada keterangan saksi pendakwaan dan Fakta Kes yang dikemukakan bahawa punca kejadian adalah dari pergaduhan mulut di antara OKT-OKT dan Si Mati sehingga tercetusnya suatu perkelahian secara tiba-tiba. [51] Mahkamah mendapati kedua-dua OKT tidak mempunyai niat untuk membunuh si mati. Malah, keterangan juga menunjukkan bahawa OKT2 telah cedera di kepala dan tindakan OKT1 yang memukul Si Mati adalah satu tindakan untuk mempertahankan diri. [52] Kesediaan kedua-dua OKT untuk mengaku salah di bawah seksyen 304(a) KK menunjukkan keinsafan mereka atas apa yang telah terjadi tambahan pula Si Mati ini merupakan rakan sekampung mereka. Pengakuan salah mereka juga telah mempercepatkan pelupusan kes ini dan menjimatkan masa dan kos semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan.
b
Pesalah Pertama [53] Adalah tidak dipertikaikan bahawa kedua-dua OKT merupakan pesalah kali pertama. Pihak pendakwaan mengesahkan bahawa kedua-dua OKT tiada rekod sabitan lampau. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Chew Chee Wah [1996] 1 CLJ 94; [1995] 4 MLJ 26 : "A first offender should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it was committed." [54] Berdasarkan nas tersebut, Mahkamah ini sewajarnya memberi pertimbangan kepada status kedua-dua OKT bahawa mereka adalah pesalah pertama dan hukuman pemenjaraan bagi tempoh yang tidak terlalu lama dikenakan ke atas mereka.
c
Latar Belakang OKT [55] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman perlu mengambil kira latar belakang OKT-OKT sebelum menjatuhkan hukuman. Dalam kes klasik Rex v. Ball 35 Cr App R 164 telah dengan panjang lebar menggariskan prinsip-prinsip penghukuman yang sewajarnya diberi perhatian oleh Mahkamah, dan salah satunya adalah latar belakang OKT. Petikan penghakiman tersebut menyatakan seperti berikut: "It is for these reasons, and with these purposes in view. that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of the event convicted person. It follows that when two persons are convicted together of a crime or series of crimes in which Page 17 of 22 they have been acting in concert, it may be right, and very often is right, to discriminate between the two and to be lenient to the one and not to the other. The background, antecedents and character of the one and his whole bearing in Court may indicate a chance of reform if leniency is extended, whereas it may seem that only a harsh lesson is likely to make the other stop in his criminal career. I desire to emphasise the importance of Magistrates calling for evidence or information regarding the background, antecedents and character before passing sentence on a convicted person and of the prosecution making available as much information thereon as possible. A Magistrate should not hesitate to adjourn the case, it necessary, so as to ensure that he is fully informed on these matters.”. [56] Mahkamah telah meneliti dan mengambil kira latar belakang kedua-dua OKT sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak pembelaan bahawa kedua-dua OKT datang ke Malaysia untuk bekerja dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 bagi menanggung keluarga mereka yang hidup dalam kemiskinan di Nepal. Selama empat tahun bekerja di negara ini, kedua-dua OKT tidak pernah terlibat dengan apa-apa kesalahan jenayah. [57] Mahkamah juga mengambil maklum bahawa kedua-dua OKT telah ditahan reman sejak 4 Oktober 2020 dan sehingga kini telah berada dalam tahanan hampir 4 tahun 9 bulan. Mereka melalui tempoh penahanan yang panjang dengan penuh penyesalan dan keinsafan, malah telah memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman yang minimum. [58] Pihak pembelaan menegaskan bahawa kejadian ini berpunca daripada pergaduhan mulut dalam keadaan semua pihak, termasuk Si Mati, yang berada di bawah pengaruh alkohol. SP1, SP2 dan SP3 mengesahkan wujud pertengkaran mulut sebelum insiden tercetus. Malah, fakta kes menunjukkan Si Mati sendiri Page 18 of 22 yang mula menyerang OKT2 dengan sebatang tukul besi, mengakibatkan OKT2 mengalami kecederaan di kepala sebagaimana direkodkan dalam laporan perubatan (Ekshibit P35). [59] Di dalam kejadian ini tiada senjata tajam atau pisau digunakan. Kecederaan yang dialami oleh Si Mati adalah akibat trauma tumpul dan berlaku dalam keadaan mereka semua sedang mabuk. [60] Mahkamah ini juga tidak mengabaikan bahawa sepanjang perbicaraan berlangsung, pihak pembelaan telah mengemukakan empat (4) surat representasi kepada pihak pendakwaan. Setelah keputusan representasi dimuktamadkan, kedua-dua OKT dengan penuh penyesalan telah memilih untuk menukar pengakuan mereka kepada mengaku salah. Tindakan ini menunjukkan tahap keinsafan mereka dan kesediaan untuk menanggung akibat daripada perbuatan tersebut. [61] Dengan mengambil kira keseluruhan faktor peribadi ini — umur, latar belakang keluarga, keadaan hidup yang serba kekurangan, tempoh tahanan yang sudah dilalui, serta rekod bersih kedua-dua OKT sebelum kejadian — Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua OKT adalah mangsa keadaan yang wajar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan mereka.
d
Keseimbangan Kepentingan Awam dan Peribadi [62] Dalam menjatuhkan sesuatu hukuman, Mahkamah bertanggungjawab untuk menegakkan prinsip bahawa hukuman itu bukan sahaja perlu mengambil kira kepentingan awam, tetapi juga keadaan dan kepentingan peribadi tertuduh. [63] Dalam kes ini, Mahkamah sedar bahawa kepentingan awam menuntut agar hukuman yang dikenakan dapat mencerminkan Page 19 of 22 tahap keseriusan jenayah yang berlaku, memberi pengajaran kepada masyarakat bahawa perbuatan keganasan dan mengambil nyawa orang lain tidak boleh dipandang ringan. Hukuman yang setimpal juga penting untuk menegakkan keadilan kepada keluarga Si Mati. [64] Namun demikian, Mahkamah tidak boleh mengabaikan faktor-faktor peribadi kedua-dua OKT sebagaimana dihujahkan oleh pihak pembelaan. Kedua-dua OKT adalah warga asing yang datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari rezeki demi keluarga masing-masing yang miskin di Nepal. Mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan kejadian ini berlaku dalam keadaan provokasi serta pengaruh alkohol. Malah, serangan awal berpunca daripada tindakan Si Mati yang mencederakan OKT2 dengan menggunakan tukul besi. [65] Mahkamah juga mengambil kira bahawa kedua-dua OKT telah melalui tempoh tahanan reman yang amat panjang iaitu hampir 4 tahun 9 bulan, satu tempoh yang sudah cukup memberikan kesedaran, penyesalan dan keinsafan kepada mereka. [66] Justeru, setelah menimbang secara menyeluruh antara tuntutan kepentingan awam dengan latar belakang peribadi OKT-OKT, Mahkamah berpendapat bahawa ini adalah kes di mana faktor mitigasi amat signifikan. Hukuman yang panjang dan berpanjangan bukan sahaja akan menjejaskan peluang OKT-OKT untuk memulakan hidup baharu, bahkan tidak semestinya memberi manfaat yang lebih besar kepada kepentingan awam. Apa yang lebih sesuai dalam keadaan ini adalah hukuman yang adil, seimbang, serta mencerminkan bahawa kedua-dua OKT adalah mangsa keadaan yang bertindak balas dalam suasana yang diprovokasi dan tertekan. Page 20 of 22 [67] Mahkamah ini turut mengambil kira bahawa prinsip pemulihan atau reformatif di dalam menjatuhkan hukuman adalah bergantung kesesuaian sesuatu hukuman dengan OKT. Dalam kes New Tuck Shen v. Public Prosecutor [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27 adalah diputuskan: "Similarly, inducement to turn from criminal ways into honest living can take several forms and will have to depend to a greater extent on the attitude of the offender and his suitability for any particular type of reformation" [68] Manakala dalam kes Lim Yoon Fah v. Public Prosecutor [1970] CLJU 66; [1970] 1 LNS 66; [1971] 1 MLJ 37 telah diputuskan: - "A particular criminal may be so induced only by a deterrent sentence of a long term of imprisonment. Another may well profit by being given a second chance. As the Court of Appeal had said in Ho Kim Luan and Anor v. Public Prosecutor [1959] MLJ 159 at page 162: "Each case, of necessity, must depend upon its own facts and upon the character and antecedents of the offender. It is by reason of the character and antecedents of the offender and in the particular circumstances of this case that I propose to allow this appeal, as I feel from reading the probation report and after hearing his counsel and receiving an assurance from his parents, that the appellant will in all probability turn over a new leaf." KESIMPULAN [69] Mahkamah ini percaya bahawa mitigasi yang telah dikemukakan oleh kedua-dua OKT adalah benar. Kejadian berlaku dalam keadaan semuanya berada di bawah pengaruh alkohol. Mahkamah memahami tindakan OKT1 yang memukul Si Mati adalah untuk mempertahankan diri selepas Si Mati telah memukul Page 21 of 22 kepala OKT2 hingga cedera dan berdarah. Namun begitu kedua-dua OKT tetap telah melakukan suatu kesalahan yang serius, walaupun tanpa niat. [70] Kedua-dua OKT telah menunjukkan keinsafannya dengan membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan. Dalam keadaan sedemikian, hukuman pemenjaraan selama lapan
8
tahun adalah wajar bagi memastikan mereka dapat dihantar pulang ke negara asalnya dengan segera selepas selesai menjalani hukuman. Kedua-dua OKT bukanlah ancaman kepada orang awam di Malaysia selepas dibebaskan nanti. [71] Mahkamah berpendapat hukuman pemenjaraan yang terlalu lama pula akan menjadi suatu beban kewangan yang tidak perlu kepada Kerajaan, iaitu menanggung banduan warganegara asing yang sewajarnya dielakkan, dan ianya juga tidak selaras dengan kepentingan awam. [72] Setelah Mahkamah ini menilai dan mempertimbangkan semua faktor seperti yang dinyatakan di atas Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman 8 tahun penjara bermula dari tarikh tangkapan adalah wajar dan memadai. Bertarikh: 12 September 2025 ……………………………… (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang Page 22 of 22 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pendakwaan: Lokman bin Kasim Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak OKT-OKT: Noorfarihah binti Arshad Tetuan Nurul, Charan & Shabnam Peguam Bela dan Peguam Cara Perak Darul Ridzuan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.