Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 29. SP5 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan tumbuhan dalam kotak bertanda ‘E2’ (eksibit P19) didapati Cannabis seberat 1020.9 gram. Cannabis adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP5 yang telah ditandakan sebagai eksibit P13. 30. Di samping itu juga, pihak Pembelaan dalam hujahannya tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP5. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 31. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 32. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. 33. Dadah yang terlibat telah ditemui di belakang bilik air rumah OKT ditutupi dengan kepingan zink. Berdasarkan keterangan SP6, penemuan dadah tersebut adalah hasil daripada soal siasat yang beliau jalankan ke atas OKT selepas OKT ditangkap. Selanjutnya, dengan dipandu arah oleh OKT sendiri, SP6 dan anggota serbuan telah pergi ke belakang bilik air tersebut dan OKT telah menunjukkan kepada SP6 dengan kedua-dua belah tangan OKT (yang dalam keadaan bergari ke hadapan) ke arah satu kepingan zink di belakang bilik air S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw tersebut. Apabila SP6 mengangkat kepingan zink tersebut, SP6 telah menemui bungkusan plastik hitam di atas tanah dan di dalamnya mengandungi satu ketulan mampat dadah berkaitan. Penemuan barang kes dadah di belakang bilik air rumah OKT ini disokong oleh laporan polis yang dibuat SP6 (eksibit P24) dan juga Senarai Bongkar (eksibit P25). 34. Pembelaan mempertikaikan bahawa barang kes dadah yang ditemui di belakang bilik air tersebut bukan milik OKT kerana kawasan tersebut merupakan kawasan umum, terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Di samping itu juga, Pembelaan turut mempertikaikan keterangan yang dikemukakan oleh SP6 berkenaan kenyataan yang diberikan oleh OKT semasa soalsiasat dilakukan, yang membawa kepada penemuan dadah di belakang bilik air tersebut. Pembelaan menghujahkan bahawa kenyataan OKT tersebut tidak boleh diterima pakai oleh Mahkamah ini kerana kenyataan tersebut diberikan dalam keadaan tiada kata-kata amaran diberikan kepada OKT, lantas bertentangan dengan peruntukan subseksyen 37B(1) ADB 1952. Pihak Pembelaan juga menafikan bahawa OKT ada memberikan kenyataan sebagaimana dinyatakan oleh SP6 tersebut. 35. Berkenaan isu kenyataan yang diberikan oleh OKT kepada SP6 ini, Mahkamah telah meneliti hujahan kedua-dua belah pihak dan juga keterangan yang dikemukakan oleh SP6. SP6 S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw mengakui bahawa semasa soalsiasat tersebut dijalankan ke atas OKT, ianya dilakukan secara spontan dan tiada sebarang kata-kata amaran telah diberikan. SP6 juga mengakui bahawa beliau tidak ada menyatakan apakah kata-kata sebenar yang diungkapkan oleh OKT kepadanya dalam laporan polis eksibit P24. Kata-kata sebenar yang diungkapkan oleh OKT hanya dinyatakan oleh SP6 dalam pernyataan bertulisnya (eksibit P23) seperti yang berikut: “S : Ada dam lagi tak? J : Ada sikit lagi kat belakang bilik ayaq. S : Mana? J : Saya bawak pi.” 36. Selanjutnya, berdasarkan keterangan SP6, setelah memberikan maklumat seperti di atas, OKT telah memandu arah SP6 dan anggota serbuan ke kawasan belakang bilik air dan telah menunjukkan dengan kedua-dua tangannya, satu kepingan zink yang menutupi satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi dadah terbabit di dalamnya. 37. Mahkamah ini mengakui bahawa berdasarkan keterangan SP6 sendiri, maklumat yang diberikan oleh OKT telah diberikan sebelum sebarang kata-kata amaran diberikan kepadanya, malahan SP6 turut mengakui bahawa memang tiada kata-kata amaran diberikan kepada OKT semasa di lokasi kejadian. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw Namun begitu, Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun kenyataan tersebut tidak menepati kehendak subseksyen 37B(1) ADB 1952, namun begitu kenyataan tersebut masih boleh diterimapakai di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. Seksyen 27 Akta 56 memperuntukkan seperti yang berikut: “27. How much of information received from accused may be proved (1) When any fact is deposed to as discovered in consequence of information received from a person accused of any offence in the custody of a police officer, so much of that information, whether the information amounts to a confession or not, as relates distinctly to the fact thereby discovered may be proved.”. 38. Seksyen 27 Akta 56 membenarkan maklumat yang diberikan oleh OKT semasa siasatan dijalankan diterimapakai sebagai keterangan, sekiranya hasil daripada maklumat tersebut membawa kepada penemuan yang dimaksudkan oleh maklumat tersebut. Maklumat yang diberikan di bawah seksyen 27 Akta 56 adalah tidak terikat kepada peruntukan seksyen 113 KTJ (sebelum dipinda) yang merupakan peruntukan yang sama seperti subseksyen 37B(1) ADB 1952 kini (dahulunya seksyen 37A ADB 1952). Maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini juga merupakan pengecualian kepada seksyen 24 Akta 56. Ini S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wai Chan Leong v Public Prosecutor [1989] 3 MLJ 356: “Although we considered that s 37A of the Dangerous Drugs Act, which we found is substantially similar to the amended s 113 of the Criminal Procedure Code, does not override s 27 of the Evidence act 1950, we would take this opportunity to repeat and to add a few words to what has been said about the latter section, in other cases decided previously including those cited to us. Firstly, as s 27 is an exception to the prohibition imposed by the preceding ss 24, 25 and 26 of the Evidence Act, it should be strictly construed and applied. Secondly, it must be borne in mind that for s 27 of the Evidence Act to apply, the information must be such as has caused discovery of a fact. In other words the fact must be the consequence and the information the cause of its discovery. Moreover the information must relate distinctly to the fact discovered. Chong Soon Koy v PP [1977] 2 MLJ 78; Pulukuri Kotayya v King Emperor (1947) 74 IA 65.”. [penekanan ditambah] 39. Berdasarkan keterangan SP6, maklumat yang diberikan oleh OKT hasil soal siasat tersebut telah diberikan setelah OKT ditangkap oleh SP6. Mahkamah ini turut berpendapat bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan, penemuan dadah di belakang bilik air rumah tersebut adalah hasil daripada maklumat atau kenyataan yang telah diberikan oleh OKT S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw kepada SP6. Ini kerana berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi Pendakwaan, sebelum barang kes dadah di belakang bilik air tersebut ditemui, SP6 dan anggota serbuan telahpun selesai membuat pemeriksaan terhadap rumah lokasi kejadian yang telah menemui barang kes dadah bagi kes KA-45-7-05/2019 yang ditemui di atas lantai berdekatan tempat OKT duduk semasa ditangkap di dalam rumah. Pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut tidak lagi menemui apa-apa barang salah. Hanya setelah soalsiasat dijalankan ke atas OKT, barulah dadah ditemui di belakang bilik air rumah tersebut. Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa jika tiada sebarang maklumat diberikan kepada SP6 mengenai kedudukan dadah di belakang bilik air rumah tersebut, berkemungkinan besar anggota serbuan tidak akan menemui dadah tersebut kerana kedudukan bilik air tersebut yang terpisah daripada rumah OKT. 40. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa dadah tersebut hanya ditutupi dengan sekeping zink dan tidak munasabah untuk diletakkan di belakang bilik air rumah tersebut kerana nilai dadah tersebut memakan ribuan ringgit. Pada pendapat Mahkamah ini, adalah lebih munasabah untuk barang kes dadah tersebut diletakkan di tempat di mana ianya ditemui kerana rumah OKT merupakan sebuah rumah yang tidak mempunyai bilik. Bilik dalam rumah tersebut pula hanya dipisahkan dengan tirai kain. Adalah pada pendapat Mahkamah ini, lebih munasabah untuk dadah tersebut diletakkan atau S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw disorokkan di luar rumah kerana tiada ruang bersesuaian yang boleh diletakkan atau disimpan di dalam rumah OKT. Tambahan pula, barang kes dadah tersebut juga telah ditemui di dalam bungkusan plastik hitam yang diletakkan di bawah kepingan zink yang setelah meneliti gambar tempat ianya ditemui (eksibit P1J-M), menunjukkan bahawa orang yang meletakkan barang kes tersebut memang berniat untuk menyorokkannya daripada pandangan ataupun ditemui oleh orang lain (rujuk kes PP v. Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401). Di samping itu juga, pada pendapat Mahkamah ini juga, adalah suatu yang agak mustahil untuk SP6 ataupun anggota serbuan semata-mata sengaja menjalankan pemeriksaan ke seluruh kawasan luar rumah OKT yang agak luas, dan menemui dadah tersebut tanpa dipandu arah oleh OKT. 41. Fakta bahawa maklumat sebenar yang diungkapkan oleh OKT kepada SP6 tidak dicatatkan oleh SP6 dalam laporan polisnya, pada pendapat Mahkamah ini tidaklah menjadikan maklumat tersebut tidak boleh diterimapakai. Mahkamah Persekutuan dalam kes Amathevelli a/p P Ramasamy v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 367 telah memutuskan seperti yang berikut: “[26] Further we agree with the learned DPP that s 27 does not require the question to be recorded before the information may be admitted under the said section. It is true that in Public Prosecutor v Hashim bin Hanafi, Augustine S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw Paul J (as he then was) did make the observation that evidence of the question asked is imperative on the facts of a particular case in order to have a proper appreciation of the answer. He said that in certain circumstances the question asked has to be read with the answer given by the accused as otherwise the answer would not make any sense. However, the learned judge made it clear that it is not in every case that the question needed to be adduced in evidence, it all depends on the facts of each case. In that case the accused was charged with trafficking in 13,767.51g of cannabis. The question asked was whether he had any incriminating articles in his custody and control. The response by the accused was his act of pointing out exhibit P17 to SP4. The learned judge held that the question appeared to give evidentiary value and weight to the answer given. Without the question he held that the evidence of the act of pointing out the drugs by the accused is of little value; at the highest it shows that the accused merely had knowledge of the dangerous drugs but such knowledge in law could not constitute possession.”. [penekanan ditambah] 42. Ketiadaan catatan berkenaan apa sebenarnya yang diungkapkan oleh OKT dalam keadaan ini, perlulah dibuktikan secara keterangan lisan oleh pihak Pendakwaan berdasarkan kepada peruntukan subseksyen 60(b) Akta 56. Dalam hal ini, SP6 merupakan saksi yang telah menyoal dan mendengar sendiri kata-kata atau maklumat tersebut diberikan oleh OKT. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, walaupun kata-kata S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw ataupun maklumat sebenar yang diungkapkan oleh OKT kepada SP6 tidak dicatatkan dalam laporan polis eksibit P24, tetapi kata-kata atau maklumat tersebut telah dibuktikan melalui keterangan lisan SP6 melalui pernyataan bertulisnya (eksibit P23). 43. Selain itu juga, fakta bahawa OKT telah memandu arah SP6 dan anggota serbuan lalu menunjukkan kepada SP6 sekeping zink yang mana dadah kemudiannya ditemui adalah juga ketarangan yang relevan dan boleh diterimapakai selaras dengan seksyen 27 Akta 56 ini. Mahkamah Persekutuan dalam kes Siew Yoke Keong v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630 telah memutuskan seperti yang berikut: “[28] In the light of the authorities referred to, we hold that information admissible under s 27 of the Evidence Act includes accused's statement, or his act or conduct such as pointing out which leads distinctly to the discovery of a fact…”. [penekanan ditambah] 44. Berkenaan isu bahawa tempat di mana dadah ditemui iaitu di belakang bilik air rumah tersebut merupakan tempat umum dan terbuka yang mana berkemungkinan ramai orang mempunyai akses, pada pendapat Mahkamah ini, fakta tersebut semata-mata tidak membuktikan OKT tiada milikan atas barang kes dadah tersebut. Sebagaimana yang telah diperjelaskan S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw sebelum ini, bahawa OKT yang telah memberikan maklumat yang membawa kepada penemuan dadah tersebut di belakang biik air, OKT juga telah memandu arah dan menunjukkan kepada SP6 kepingan zink yang mana dadah ditemui di bawahnya, fakta bahawa barang kes dadah tersebut disorokkan jauh dari rumah tempat OKT ditahan, dan walaupun dadah ditemui di tempat umum dan terbuka, tiada individu lain selain OKT dan ahli keluarganya sahaja yang ditemui di rumah lokasi kejadian, pada pendapat Mahkamah ini, secara keseluruhannya membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut, serta mempunyai pengetahuan mengenainya. 45. Fakta bahawa OKT telah memberikan maklumat dan telah memandu arah serta menunjukkan tempat di mana dadah ditemui juga jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang kandungan plastik hitam tersebut yang merupakan dadah berbahaya. 46. Disamping itu juga, reaksi OKT yang kelihatan panik sedikit dan mengatakan ‘barang sedikit sahaja’ adalah juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw 47. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 48. Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP6 yang merupakan anggota serbuan dan juga SP7 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP6 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. SP6 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 49. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan, kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan elemen pemilikan secara pemilikan sebenar (actual possession). S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut 50. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat minimum 200 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 51. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT bagi kes KA-45A-22-05/2019 ini. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw 52. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. NARATIF KES PEMBELAAN 53. Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan tidak mengemukakan saksi-saksi Pembelaan yang lain. 54. Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa semasa kejadian, OKT sedang tidur di bahagian ruang tamu rumahnya. OKT menafikan bahawa dia ada memberikan sebarang maklumat yang membawa kepada penemuan dadah di belakang bilik air rumahnya. Menurut keterangannya, anggota polis yang telah membuat pemeriksaan ke atas rumah dan kawasan sekitar rumahnya termasuk di kawasan bilik air. OKT menegaskan bahawa seorang anggota serbuan telah menemui barang kes bungkusan hitam tersebut di kawasan bilik air dan bukan ditunjukkan oleh OKT. OKT juga menafikan yang dia mengetahui kandungan bungkusan hitam tersebut dan bungkusan tersebut tidak pernah dibuka di hadapannya. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 55. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 56. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 57. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 58. Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas dan bahawa dadah tersebut sebenarnya telah ditemui oleh anggota polis yang membuat pemeriksaan dan bukannya ditunjukkan oleh OKT. 59. Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa cadangan kemungkinan wujudnya penganiayaan oleh orang lain terhadap OKT sebagaimana diketengahkan oleh Pembelaan telahpun dikemukakan sejak peringkat Pendakwaan lagi. Cadangan Pembelaan ini adalah berdasarkan kepada keterangan SP6 yang menyatakan bahawa serbuan telah dilakukan hasil daripada maklumat yang diterimanya berkaitan aktiviti dadah melibatkan dadah jenis ganja. Namun begitu, tiada sebarang maklumat tentang siapa yang berkemungkinan menganiaya OKT. Malahan, OKT juga tidak mengenali SP6 mahupun SP7 dan anggota-anggota serbuan. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw 60. Di samping itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa versi OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT sendiri. Dalam hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan sebentar tadi, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT sendiri menunjukkan bahawa versi pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah] 61. Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian. 62. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT bagi kes KA-45A-22-05/2019 ini pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan. Hukuman 63. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. 64. Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes. [36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah] 65. Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952. 66. Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan bahawa berat dadah yang terlibat dalam kes ini adalah 1020.9 gram Cannabis dan berdasarkan keseluruhan fakta kes ini, Mahkamah ini S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT. 67. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh ditangkap. Tiada sebatan diperintahkan memandangkan OKT telah berumur lebih daripada 50 tahun pada tarikh sabitan terhadapnya, selaras dengan peruntukan subseksyen 289(c) KTJ. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT ini akan dapat memberikan pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Bertarikh 28 Oktober 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Jayaraj a/l Thurairaj Tetuan T. Jayaraj & Co. S/N G64vIYtf8U6WwpMsLx1euw