Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-1-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
CB-45A-1-01/2021
High Court of Malaysia22 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e supreme law has committed to the hands of the Attorney-General the sole power, exercisable at his discretion, to institute, conduct and discontinue criminal proceedings. Sections 376 and 380 of the Criminal Procedure Code, likewise, make it clear that the only authority that is constitutionally entitled to conduct pr”
“PP [1997] 3 MLRH 304; [1997] 3 MLJ 681; [1997] 4 CLJ 740; [1997] 4 AMR 3938. Gopal Sri Ram J, sitting as a High Court Judge (as he then was) held: [1] Reading the plain language of art 145(3) of the Federal Constitution, it is clear that the supreme law has committed to the hands of the Attorney-General the sole power,”
“n di bawah seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah dibaca bersama-sama dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Sreesanthan Eliathamby v. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia [2025] MLJU 2690; [2025] CLJU 2112; [2025] 6 MLRA 558. YAA Hasnah Mohammed Hashim Hakim Besar Malaya memberikan kedudukan peruntukan seksye”
“aya yang dinyatakan di bawah seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah dibaca bersama-sama dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Sreesanthan Eliathamby v. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia [2025] MLJU 2690; [2025] CLJU 2112; [2025] 6 MLRA 558. YAA Hasnah Mohammed Hashim Hakim Besar Malaya memberikan kedudukan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-1-01/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
CASEY ADRIAN A/L NAGASVARAN
2
NORHAYA BINTI ISHAK (NO. K/P: 800813-04-5464)
1
Orang Kena Tuduh Pertama (OKT 1) dalam kes ini telah dikemukakan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama, pada 04 Jun 2020 jam lebih kurang 03.45 petang bertempat di alamat AЗА-ЗА-6 Blok Dante The Quintet, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan PMCJ 9, Jalan Tengkolok, Tanah Rata, dalam Daerah Cameron Highlands, dalam Negeri Pahang, kamu telah didapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 1473.7 gram Heroin dan Monoacetylmorphines (89.8 gram Heroin dan 53.9 gram Monoacetylmorphines. Oleh itu, kamu bersama-sama telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
2
Pada mulanya OKT 1 telah dituduh bersama-sama dengan Norhaya binti Ishak (SP6). Pendakwa Raya dengan budi bicara dan wewenangnya telah menarik balik pertuduhan terhadap Norhaya binti Ishak namun mengekalkan pertuduhan di bawah seksyen 12 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39(A)(1) Akta yang sama. SP6 telah membuat pengakuan salah dan dijatuhi hukuman mengikut undang-undang.
3
Keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya ialah pada hari kejadian serbuan telah dilakukan di sebuah rumah pangsapuri di alamat AЗА-ЗА-6 Blok Dante The Quintet, Cameron Highlands. Satu bungkusan J&T telah ditemui di kawasan ruang tamu di atas lantai, di dalamnya mengandungi satu kotak bertulis Pensonic. Ia kemudiannya ditemui dadah di dalam kotak tersebut. Pada bungkusan J&T tersebut terdapat nama penerima yang tidak dapat dibaca kerana telah dihitamkan. Kendatipun begitu, tiada siapa dapat mengesahkan siapakah pengirim dan penerima bungkusan J&T tersebut.
4
Keterangan SP6 menyatakan bahawa OKT 1 yang membawa bungkusan J&T tersebut. Adapun tujuan SP6 dan OKT 1 ke rumah tersebut adalah untuk berehat dan mengambil dadah. Keterangan juga menunjukkan bahawa SP6 telah keluar dari rumah tersebut sebelum pihak polis melakukan serbuan. SP6 telah ditangkap di kawasan tangga bahagian ruang bawah apartment tersebut dan dituduh atas kesalahan memiliki dadah di situ.
5
Pegawai penyiasat (SP9) dan pegawai serbuan (SP8) dalam keterangan mereka tidak pasti siapakah yang membawa dadah tersebut ke dalam rumah tersebut. Walaupun begitu, pegawai serbuan menyatakan bahawa OKT 1 ada memberitahu berkenaan dengan SP6 yang kemudiannya berjaya ditangkap oleh pihak polis.
6
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata bahawa pada akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan hendaklah menunjukkan terdapatnya satu kes prima facie. Frasa prima facie telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
II
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
by adducing credible direct evidence of that ingredient;
II
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
III
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof.”
7
Bagi kes ini elemen-elemen kesalahan yang perlu ditunjukkan di akhir kes pendakwaan ialah adakah dadah-dadah yang dirampas itu adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952, adakah OKT 1 mempunyai milikan, pengetahuan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut dan adakah OKT 1 mengedar dadah-dadah tersebut.
8
Bagi maksud pengedaran dadah Mahkamah perlu menentukan sama ada ia boleh ditunjukkan sebagai pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952 atau penggunaan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952.
9
Keterangan ahli kimia (SP1) mengesahkan bahawa dia telah menerima eksibit-eksibit daripada pegawai penyiasat (SP9) dan melakukan pemeriksaan terhadap barang kes tersebut serta ujian yang sewajarnya dan telah mengeluarkan laporan kimia (P6) mengesahkan bahawa dadah-dadah tersebut adalah dadah berbahaya di bawah ADB 1952. Mahkamah juga mendapati bahawa barang kes yang dirampas di tempat kejadian telah dikendalikan dengan sewajarnya sehingga ia diperiksa oleh SP 1 dan mengeluarkan laporan kimia P6 tersebut. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat adalah tidak syak lagi bahawa dadah-dadah yang ditemui di dalam kes ini adalah dadah berbahaya seperti yang dinyatakan di bawah ADB 1952. Ia membawa maksud elemen pertama kesalahan telah dapat ditunjukkan oleh pihak pendakwaan.
10
Seterusnya keterangan menunjukkan bahawa semasa pegawai serbuan (SP8) menyerbu ke rumah No. AЗА-ЗА-6 Blok Dante The Quintet telah mendapati bahawa pintu grill dan pintu hadapan rumah tidak berkunci. Semasa pemeriksaan dijalankan di rumah tempat kejadian telah dijumpai di bahagian ruang tamu rumah satu bungkusan plastik bertulis J&T Express, di dalamnya mengandungi satu kotak putih merah bertulis Pensonic. Setelah pemeriksaan dilakukan, SP8 menemui dadah yang menjadi isu dalam kes ini.
11
Semasa memberikan keterangan lisan di Mahkamah, SP8 ketika pemeriksaan balas menyatakan bahawa di antara barang-barang lain yang turut dirampas di tempat kejadian adalah 2 alat penghisap, satu penimbang, 5 batang kunci dan 1 kad akses dijumpai di ruang tamu. Berkenaan dengan perkara ini SP8 menyatakan seperti yang berikut: : Selain daripada tandaan MIZ apa lagi? : Tarikh kejadian dan juga tandatangan. Mahkamah: P7(A1-A10) dicamkan. : Rujuk saksi kepada satu alat penimbang digital. Boleh DSP sahkan? : Ada tandaan MIZ B1 tarikh kejadian dan juga tandatangan. Pohon ditandakan satu alat penimbang digital sebagai eksibit. Mahkamah: Satu alat penimbang digital bertulis - P30 COMANCHE tandaan MIZ B1 : Seterusnya saya rujuk dua botol alat menghisap dadah. Boleh DSP sahkan kedua-dua botol ini dan apa tandaan yang boleh sahkan? : Botol yang pertama adalah tandaan MIZ B2, tarikh kejadian dan juga tandatangan. Botol yang kedua adalah MIZ B3, tarikh kejadian dan tandatangan. Pohon ditandakan kedua-dua botol yang mempunyai tandaan MIZ B2 dan B3 sebagai eksibit. Mahkamah: 1 botol alat menghisap dadah tandaan MIZ B2 - P31A 1 botol alat menghisap dadah tandaan MIZ B3 - P31B : Seterusnya rujuk satu rangkai kunci yang mengandungi 5 anak kunci berserta dengan satu kad akses. Telahpun ditandakan ID9A dan ID9A1. Kad akses ID9A boleh DSP sahkan? : Tandaan MIZ B4, tarikh kejadian dan tandatangan. : Pada? : Pada kad akses Fika Lot Dante. Pohon untuk ditandakan. Mahkamah: ID9A dijadikan P9A : Pada perenggan 5 di muka surat 2 pernyataan saksi ini DSP ada nyatakan berkait dengan tangkapan terhadap Tertuduh Casey Adrian ini. Pada hari yang sama DSP juga telahpun menahan penama Norhaya binti Ishak dan DSP telahpun membuat satu report berkait dengan penahanan tersebut? : Betul. : Jika ditunjukkan dengan report tersebut, DSP boleh sahkan? : Boleh.
12
SP8 juga menyatakan bahawa pada hari kejadian terdapat seorang perempuan melayu turut ditangkap. Namun dia tidak ditangkap di dalam rumah tersebut. Individu yang ditahan itu ialah penama Norhaya binti Ishak. Tangkapan itu telah dilaporkan melalui laporan polis P19. Penelitian kepada P19 menunjukkan bahawa perempuan melayu tersebut ditangkap di kawasan tangga kawasan bawah Blok Dante The Quintet. Pada masa itu telah dijumpai suatu barang yang menyalahi undang-undang di bahagian poket hadapan sebelah kanan jaket bernama High Culture.
13
Ini bermakna semasa tangkapan terhadap OKT 1 dalam kes ini dibuat, hanya OKT 1 bersama-sama dengan bungkusan J&T di mana dadah-dadah itu ditemui di atas lantai rumah tersebut. Perempuan melayu tersebut tidak berada dalam rumah tersebut.
14
Pada masa yang sama Mahkamah juga meneliti keterangan perempuan melayu tersebut iaitu SP6. SP6 dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama telah memperihalkan berkenaan dengan bungkusan J&T dan kotak yang ditemui dalam rumah tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: : Semasa Tertuduh masuk ke dalam rumah itu ada puan nampak apa-apa yang Tertuduh bawa? Apa yang Casey bawa? : Kotak. Satu kotak. : Kotak apa? : Kotak J&T. : Kotak J&T, boleh beri gambaran bentuk macam mana, warna apa? : Kotak dia sedang-sedang lepas itu plastik dia warna merah putih. : Kemudian apa yang puan nampak, ada yang berlaku ke atas kotak tersebut? : Saya tak faham. Macam mana. : Puan katakan dia bawa satu kotak J&T yang saiznya sedang saja warna merah putih ini. Kemudian kotak itu di mana diletakkan? : Atas meja ruang tamu. : Bila kali pertama puan nampak kotak itu? : Masa dalam rumah itu. : Puan kata kotak itu diletak di atas meja di ruang tamu. Kemudian apa berlaku? : Kami hisap barang lepas itu saya terus balik. : Bila puan nampak kotak itu puan ada bertanya apa-apa berkenaan dengan kotak itu? : Saya tanya itu kotak apa. Casey cakap tak payah tahu. : Kemudian puan ada tanya lanjut lagi? : Tak ada. : Jadi selepas itu puan kata kemudiannya puan tadi tertidur kemudian puan turun ke bawahlah? : Balik rumah.
15
Mahkamah juga mendapati keterangan pegawai penyiasat (SP9) berkenaan dengan bungkusan J&T dan kotak tersebut juga adalah berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh Norhaya. SP9 tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan mengenai siapakah yang membawa masuk bungkusan J&T dan kotak tersebut ke dalam rumah tersebut. Ini menunjukkan bahawa SP9 hanya bersandarkan kepada keterangan SP6 berkenaan dengan kotak tersebut dibawa oleh Tertuduh ke dalam rumah tersebut.
16
Begitu juga sekiranya ditinjau keterangan SP8 juga tidak dapat mengesahkan sama ada OKT 1 yang membawa bungkusan J&T ke dalam rumah tersebut melainkan menyatakan semasa bungkusan J&T itu ditemui ia berada di satu kedudukan yang terbuka dan merupakan kawasan umum. Ia tidak tersorok di mana-mana. SP8 juga mengesahkan bahawa tangkapan terhadap SP6 dilakukan selepas dadah di dalam bungkusan J&T itu ditemui. Malahan selepas Norhaya ditangkap, Norhaya dibawa ke rumah tersebut kerana disyaki SP6 mempunyai kaitan dengan bungkusan J&T tersebut. SP8 juga mengesahkan dalam keterangannya dia tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan dengan siapakah yang membawa masuk bungkusan J&T tersebut.
17
Keterangan juga menunjukkan bahawa semasa bungkusan J&T tersebut dijumpai ia adalah keadaan tertutup. Apabila kotak yang berada di dalam bungkusan tersebut dibuka barulah dikenalpasti kandungan di dalam kotak tersebut adalah dadah.
18
Apa yang lebih menarik dalam kes ini adalah keterangan SP9 apabila menyatakan bahawa Norhaya adalah terlibat dengan dadah berbahaya yang dijumpai dalam unit tersebut. SP9 menyatakan seperti yang berikut: : Saya cadangkan jika berdasarkan siasatan tuan sebelum Norhaya dilepaskan oleh pihak pendakwaan Norhaya adalah terlibat dengan dadah berbahaya yang dijumpai dalam unit tersebut setuju? : Setuju.
19
SP9 juga dalam keterangannya menyatakan tiada barang-barang peribadi OKT 1 dijumpai di dalam bungkusan J&T tersebut. Ujian cap jari telah dibuat dan tiada kesan cap jari dapat ditimbulkan. Ini disokong oleh laporan cap jari (P17). Tiada penimbulan cap jari ke atas plastik J&T mahupun kotak Pensonic tersebut. Walaupun SP 9 bersetuju bahawa jika ia dijalankan ujian tersebut maka cap jari individu yang mengendalikan plastik dan kotak itu dapat ditemui.
20
Pada mulanya OKT 1 dan Norhaya telah dituduh bersama-sama di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB 1952 berkenaan dengan dadah-dadah yang dijumpai di rumah tempat kejadian.
21
Namun demikian di atas wewenang dan budi bicara Pendakwa Raya pada 05.09.2022 pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB 1952 terhadap Norhaya telah ditarik balik setelah Norhaya mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama bagi dadah yang ditemui di tangga tingkat bawah (basement) Blok Dante, The Quintet. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan 27 bulan dari tarikh tangkap setelah berpuas hati pengakuan salah Norhaya.
22
Pada peringkat ini Mahkamah perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan keputusan Pendakwa Raya untuk menarik balik pertuduhan kepada Norhaya. Ini adalah disebabkan keputusan tersebut adalah di bawah budi bicara Pendakwa Raya yang dinyatakan di bawah seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah dibaca bersama-sama dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Sreesanthan Eliathamby v. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia [2025] MLJU 2690; [2025] CLJU 2112; [2025] 6 MLRA 558. YAA Hasnah Mohammed Hashim Hakim Besar Malaya memberikan kedudukan peruntukan seksyen 376 KPJ dan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut: [36] In Long Samat & Ors v. PP [1974] 1 MLRA 412; [1974] 2 MLJ 152, the Federal Court, through the judgment of Suffian LP, explained: In our view, this clause from the supreme law clearly gives the Attorney-General very wide discretion over the control and direction of all criminal prosecutions. Not only may he institute and conduct any proceedings for an offence, he may also discontinue criminal proceedings which he has instituted, and the courts cannot compel him to institute any criminal proceedings which he does not wish to institute or to go on with any criminal proceedings which he has decided to discontinue. (For the position in England, please see Viscount Dilhorne's speech at pp 32-33 in Smedleys Ltd v. Breed [1974] 2 All ER 21). Still less then would the court have power to compel him to enhance a charge when he is content to go on with a charge of a less serious nature. Anyone who is dissatisfied with the Attorney-General's decision not to prosecute, or not to go on with a prosecution or his decision to prefer a charge for a less serious offence when there is evidence of a more serious offence which should be tried in a higher court, should seek his remedy elsewhere, but not in the courts. [37] The powers of the AG were again raised and argued in Repco Holdings Bhd v. PP [1997] 3 MLRH 304; [1997] 3 MLJ 681; [1997] 4 CLJ 740; [1997] 4 AMR 3938. Gopal Sri Ram J, sitting as a High Court Judge (as he then was) held: [1] Reading the plain language of art 145(3) of the Federal Constitution, it is clear that the supreme law has committed to the hands of the Attorney-General the sole power, exercisable at his discretion, to institute, conduct and discontinue criminal proceedings. Sections 376 and 380 of the Criminal Procedure Code, likewise, make it clear that the only authority that is constitutionally entitled to conduct prosecutions is the Attorney-General as Public Prosecutor. [1a] The expression 'conduct' in art 145(3) of the Federal Constitution cannot but refer to the conduct of prosecutions in court. So also, the expression 'control and direction' in s 376(i) of the Criminal Procedure Code which must refer to all criminal prosecutions and proceedings. The word 'conduct' appearing in art 145(3) and in sub-sections 39(2) of the SCA and 126(2) of the SIA, however, carries the same meaning. [2] Since the Federal Constitution exclusively authorises the Attorney-General to conduct prosecutions, it must follow that no other authority may be lawfully empowered to exercise that function. [38] As articulately explained by Gopal Sri Ram, J in Repco, that the supreme law, namely the FC, has committed to the hands of the Attorney-General the sole power, exercisable at his discretion, to institute, conduct and discontinue criminal proceedings. [39] Abdoolcader J (as he then was) in PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 MLRH 611; [1976] 2 MLJ 116 further articulated that the word 'conduct' in art 145(3) refers: "....to the conduct of prosecutions in court, as it indeed appears ipsissimis verbis in s 377 of the Code. And "control and direction" in s 376(i) of the Code is in respect of all criminal prosecutions and proceedings, and not of criminal procedure or the jurisdiction of the courts.
23
Mahkamah berpendapat dalam kes ini Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan terhadap OKT 1 bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan tidak sekali-kali prejudis dengan keputusan Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan di bawah seksyen 39B terhadap Norhaya. Jika ini dilakukan ia akan menjejaskan dan memprejudiskan Pendakwa Raya. Ia tidak wajar dilakukan dalam kes ini.
24
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta hujahan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya dan peguambela OKT 1 adalah jelas dan nyata pada masa kejadian tersebut OKT 1 telah ditemui bersama-sama dengan bungkusan J&T dan di dalam bungkusan tersebut terdapat kotak yang kemudiannya ditemui dadah-dadah tersebut. Persoalannya adakah ini sudah mencukupi bagi melunaskan tanggungjawab Pendakwa Raya menunjukkan satu kes prima facie.
25
Peguambela OKT 1 di dalam hujahannya telah mempertikaikan kredibiliti dan kebolehterimaan keterangan SP6. Ini adalah disebabkan terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa SP6 telah memberikan pernyataan yang tidak benar kepada rakannya iaitu pemilik rumah tersebut berkenaan dengan penyewaan rumah tersebut. SP6 telah memberitahu rakannya iaitu SP7 bahawa rumah itu ingin disewakan untuk didiami oleh keluarga bekas suaminya. Padahal rumah tersebut disewa oleh SP 6 untuk mengundang OKT 1 ke rumah tersebut. Apakah ini sudah menyebabkan keterangan SP6 telah menjadikan ianya saksi yang tidak kredibel.
26
Selain daripada itu Peguambela OKT 1 juga menyatakan tatacara bagaimana SP6 ditangkap oleh pihak polis semasa kejadian tersebut perlu diambilkira oleh Mahkamah. Pada hemat Mahkamah bagaimana SP6 ditangkap dan diperlakukan bagi pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) ADB 1952 adalah tidak wajar dipertimbangkan dalam kes ini bagi menentukan sama ada pihak Pendakwa Raya telah menunjukkan satu kes prima facie. Ini adalah disebabkan tangkapan tersebut dibuat selepas tangkapan OKT 1 di rumah tersebut. Oleh itu Mahkamah berpendapat ia tidak sewajarnya diambilkira dalam menentukan kebolehterimaan dan kredibiliti SP6.
27
Malahan sekiranya terdapat isu kredibiliti SP6 Mahkamah perlu melihatnya dengan berhati-hati dan tidak menolak kesemua keterangan SP6 semata-mata disebabkan SP6 telah dikatakan memberikan maklumat tidak tepat kepada SP7 dan tatacara penangkapannya di kawasan tangga tingkat bawah apartment tersebut. Dalam kes ini Mahkamah merujuk kepada kes PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215.
28
Kredibiliti seorang saksi perlu dinilai dengan keterangan-keterangan lain yang dikemukakan oleh saksi-saksi lain. Sekiranya didapati bahawa terdapatnya percanggahan yang jelas di antara keterangan-keterangan tersebut maka ia boleh diputuskan seseorang itu sebagai saksi yang tidak kredible. Penelitian Mahkamah dalam kes ini mendapati bahawa keterangan berkenaan dengan OKT 1 yang membawa bungkusan J&T tersebut adalah hanya keterangan SP6. Ia tidak dikemukakan atau dinyatakan oleh saksi-saksi yang lain. Oleh yang demikian bagaimanakah Mahkamah boleh menyatakan bahawa keterangan SP6 adalah tidak kredibel berkaitan dengan bungkusan J&T tersebut. Walaupun terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa SP6 telah memberi maklumat palsu kepada SP7 berkenaan dengan penyewaan rumah tersebut Mahkamah berpendapat ia tidak boleh menjadikan keterangan SP6 tidak kredibel dan ditolak sepenuhnya oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini perlu meneliti keterangan SP6 secara berhati-hati tanpa menjejaskan kredibiliti keterangan SP6. Apa yang jelas ialah keterangan berkenaan dengan OKT 1 yang membawa bungkusan J&T tersebut hanyalah keterangan SP6 semata-mata.
29
Mahkamah mendapati tiada keterangan lain yang dapat menyokong keterangan SP6 berkenaan dengan bungkusan plastik J&T tersebut. Apa yang ada ialah plastik J&T tersebut ditemui bersama-sama dengan OKT 1 di dalam rumah tersebut. Namun ia masih perlu menjawab persoalan adakah OKT 1 adalah individu yang mengawal, memiliki dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan plastik J&T yang mana dadah ditemui di dalamnya.
30
Ini bermakna keterangan berkenaan dengan bungkusan J&T dan kotak itu dibawa oleh OKT 1 ke dalam rumah tersebut hanyalah berdasarkan kepada keterangan SP6. Mahkamah ini mendapati tiada keterangan bebas lain yang dapat menunjukkan bahawa OKT 1 adalah individu yang membawa masuk bungkusan J&T dan kotak ke dalam rumah tersebut dan mempunyai pengetahuan bahawa kotak tersebut mengandungi dadah yang ditemui oleh SP8 semasa serbuan dilakukan.
31
SP8 dan SP9 seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat mengesahkan secara bebas berdasarkan keterangan yang lain bahawa OKT 1 adalah individu yang membawa bungkusan J&T dan kotak tersebut ke dalam rumah tempat kejadian dengan pengetahuan bahawa ianya mengandungi dadah-dadah tersebut.
32
Mahkamah ini perlu menimbangkan bahawa disebabkan hanya keterangan SP6 sahaja yang boleh disandarkan berkenaan dengan individu yang membawa bungkusan J&T dan kotak tersebut ke dalam rumah tersebut tanpa keterangan berkenaan dengan cap jari pada bungkusan J&T dan kotak tersebut serta keterangan-keterangan saintifik yang lain menyebabkan adakah wajar Mahkamah ini bergantung semata-mata kepada keterangan SP6 berkenaan dengan bungkusan J&T dan kotak yang ditemui dalam rumah tersebut.
33
Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak boleh menolak keterangan bahawa semasa bungkusan J&T dan kotak itu ditemui dalam rumah tersebut ia berada di atas lantai dan hanya OKT 1 seorang sahaja yang berada di dalam rumah tersebut.
34
Walau bagaimanapun Mahkamah juga perlu tidak melupakan keterangan bahawa bungkusan J&T dan kotak tersebut dijumpai di atas lantai, ia tidak tersorok, malahan pintu dan grill rumah tersebut juga tidak berkunci. Ini ditambah pula dengan tiada sebarang dokumen peribadi OKT 1 ditemui di dalam bungkusan J&T dan kotak tersebut.
35
Apa yang lebih menarik dalam kes ini terdapatnya kesan contengan pada alamat yang tertera di atas bungkusan J&T tersebut yang tidak dapat ditampakkan oleh saksi-saksi pendakwaan iaitu SP8 dan SP9 yang tidak dapat mengesahkan nama siapakah dan alamat yang tertera pada bungkusan J&T tersebut.
36
Ini ditambah pula dengan keterangan SP8 dan SP9 yang menyatakan bahawa SP6 memang sebelum ditangkap di kawasan tangga tingkat bawah apartment tersebut berada bersama-sama dengan OKT 1. Ia juga tidak disangkal oleh SP6. Malahan dalam keterangannya ada menyatakan dia bersama-sama dengan OKT 1 berada di dalam rumah tersebut dan sejurus sebelum pihak polis sampai ke tempat kejadian SP6 telah keluar daripada rumah tersebut.
37
Persoalannya ialah adakah berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini boleh dikatakan bahawa pihak pendakwaan telah menunjukkan suatu kes prima facie terhadap OKT 1. Ia membawa maksud adakah Mahkamah sekiranya OKT 1 dipanggil membela diri dan membuat pilihan untuk berdiam diri maka adakah berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang ada di peringkat kes pendakwaan ini Mahkamah boleh mensabitkan OKT 1 dalam kes ini.
38
Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan OKT 1 ditahan dengan dadah-dadah yang berada berhampiran dengannya tanpa ada orang lain ketika itu walaupun SP6 berada bersama OKT 1 sejurus sebelum tangkapan tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 mempunyai kawalan, pemilikan dan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut. Ianya berbeza sekiranya terdapat keterangan Pendakwa Raya yang menunjukkan bahawa SP 6 tidak berada dengan OKT 1 sebelum penahanan dilakukan atau terdapat kesan cap jari atau kesan DNA pada dadah tersebut atau plastik J&T yang berada di tempat kejadian. Jika terdapat keterangan sedemikian maka dadah-dadah tersebut boleh dikaitkan dengan OKT 1.
39
Berdasarkan kepada penelitian keterangan pendakwa raya Mahkamah ini berpendapat Pendakwa Raya tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 mempunyai pengetahuan, kawalan dan milikan dadah-dadah tersebut.
40
Oleh itu Mahkamah juga berpendapat disebabkan Pendakwa Raya tidak dapat menunjukkan bahawa OKT 1 memiliki, mempunyai pengetahuan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut maka ia tidak membolehkan Mahkamah ini menggunakan anggapan pengedaran dadah-dadah di bawah seksyen 37(da) ADB 1952.
41
Akhirnya, Mahkamah ini berpendapat Pendakwa Raya gagal menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT 1. Oleh itu OKT 1 dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Bertarikh: 22 hb. September 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Unit Pendakwaan, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT 1 - Jayarubbiny Jayaraj dan Puteri Batrisya binti Abdul Latif Tetuan Jay & Jay Petaling Jaya, Selangor Peguam Bagi Pihak OKT 2 - Aedi bin Tajudin Tetuan Aedi & Ooi Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.