Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-77-06/2021 PENDAKWA RAYA
BA-45A-77-06/2021
High Court of Malaysia30 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“d, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [17] Taylor J di dalam kes kes Leow Nghee Lim v. Regina [1955] CLJU 53 Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by neces”
“ion and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [36] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat pen”
“mah dan memberikan keterangan yang palsu atau meragukan. Ini adalah kerana mereka telah memberikan keterangan dalam penugasan mereka sebagai pegawai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) [30] SP7 telah secara pasti memberikan keterangan bahawa beliau telah membuat pemerha”
“ksima dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebe”
“oton Iriz daripadanya. Kelupaan SP5 tentang beberapa perkara yang tidak penting kepadanya tidak mencalarkan kredibiliti SP5. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Pie Bin Chin v. Public Prosecutor [1983] CLJU 70 [1983] 1 LNS 70 yang memutuskan seperti berikut:- Forgetfulness and failure to recall exactly certain even”
“he DDA 1952. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 [26] Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855 yang memutuskan seperti berikut: [37] The second error of the trial judge's finding that”
“facie terhadap tertuduh pertama. Justeru hujahan peguambela bahawa siasatan yang dilakukan adalah tidak lengkap terpaksa saya tolak. Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 memutuskan seperti berikut: [41] With respect, we beg to differ. From the evidence which we have endeavo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-77-06/2021 PENDAKWA RAYA
3
VARATHARAJAH A/L VEERAN LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-tertuduh telah dituduh mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine iaitu suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1)
a
Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Tertuduh kedua dan ketiga telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Tiada rayuan telah difailkan oleh mana-mana pihak terhadap keputusan tersebut. Di akhir kes pembelaan, tertuduh pertama telah disabitkan bersalah atas pertuduhan yang dihadapi olehnya. [2] Pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut:- ` PERTUDUHAN Bahawa kamu bersama-sama, pada 18 Jun 2020, jam lebih kurang 7:50 malam, bertempat di tepi jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Subang Jaya, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, telah mengedar dadah berbahaya seberat 9029.6 GRAM METHAMPHETAMINE, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang dari dua belas (12) sebatan. KES PENDAKWAAN [3] Pihak pendakwaan telah memanggil 9 orang saksi. Ringkasan kepada keterangan tersebut dinyatakan di sini. [4] Pada 18 Jun 2020, jam lebih kurang 7:50 malam, bertindak atas maklumat dadah, Pengadu iaitu DSP Mohd Suffian Bin Hj Saari (SP7) bersama sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, telah membuat pemerhatian di tepi jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Subang Jaya, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor. [5] Lebih kurang 20 minit kemudian, SP7 nampak satu kereta jenis Honda City warna putih no. pendaftaran VBB 6645 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Honda City) sampai dan meletakkan kereta di tepi jalan sambil pemandu kereta tersebut iaitu tertuduh kedua memberikan isyarat tangan kepada Proton Iriz warna hijau no. pendaftaran WC 1372 M (selepas ini dirujuk sebagai kereta Proton Iriz). Kereta Proton Iriz itu kemudiannya telah memotong kereta Honda City dan meletakkan keretanya lebih kurang 10 meter di sebelah kanan hadapan kereta Honda City. SP7 nampak tertuduh pertama keluar dari bahagian pemandu kereta Proton Iriz dan membuka bonet belakang (but) kereta tersebut. SP7 dan pasukannya menghampiri tertuduh pertama dan kenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa dan telah menahan tertuduh pertama. [6] Pada masa yang sama tertuduh kedua dan ketiga yang berada di dalam kereta Honda City telah juga ditahan oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Rashidy Bin Abdul Rahman @ Abdul Rahim (SP8). Tertuduh kedua dan ketiga telah dibawa ke tempat tertuduh pertama ditahan. SP7 telah membuat pemeriksaan tubuh badan terhadap kesemua tertuduh dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. [7] Dengan disaksikan oleh kesemua tertuduh dan saksi polis, SP7 telah membuat pemeriksaan dalam but kereta Proton Iriz dan telah menjumpai satu beg kanvas berzip di dalamnya mengandungi (20) bungkusan di dalamya terdapat (1) bungkusan plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat keseluruhan 21,000 gram. SP7 telah bertindak merampas semua barang kes. SP7 juga telah merampas kunci berserta alat kawalan jauh kereta Proton Iriz dari dalam poket seluar tertuduh pertama. [8] Kesemua barang kes dan tertuduh-tertuduh telah diserahkan oleh SP7 kepada pegawai penyiasat iaitu ASP Lee Kok Hong (SP9) untuk tindakan beliau selanjutnya di pejabat Narkotik, IPD Subang Jaya. [9] SP9 telah menghantar barang kes tersebut ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil analisa ahli kimia Encik Rahman bin Mamat (SP3) mengesahkan barang kes tersebut adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 9029.6 gram. Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap elemen kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh-tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, mereka boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE [11] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut:
1
Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB
2
Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut.
3
Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
4
Tertuduh-tertuduh, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB [12] Di dalam kes ini, tiada keraguan bahawa rampasan dadah yang dibuat telah dibuktikan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. Ini adalah seperti yang disahkan melalui keterangan ahli kimia iaitu SP3 dan laporan kimia yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit P22. [13] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang dalam rantaian keterangan berkenaan identiti barang kes dadah semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti (20) bungkusan teh cina bertulisan an di dalamya terdapat
1
bungkusan plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat setiap satu bungkusan adalah 1050 gram dan anggaran berat keseluruhan adalah 21,000 gram semasa ia dirampas. SP7 telah membuat penandaan terhadap barang kes ini sebagai SS1 hingga SS40 berserta dengan tandatangan dan tarikh 18/06/2020 dan telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes tersebut di Mahkamah. [14] SP9 juga telah mengecamkan kesemua barang kes tersebut melalui penandaan yang dibuat oleh SP7 dan penandaan beliau sendiri iaitu L berserta tandatangan dan tarikh 18/06/2020, sebagai pegawai penyiasat yang menerima barang kes tersebut daripada SP7. SP9 juga telah memasukkan kesemua barang kes ke dalam kotak bertanda dengan sil PDRM dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia. Ahli Kimia, SP3 yang telah menerima dan menganalisa barang kes tersebut telah mengecamkannya melalui penandaan yang terdapat di atasnya serta nombor makmal pada setiap barang kes iaitu 20-FR-B-10727SP3. SP3 juga telah mengesahkan barang kes tersebut adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 9029.6 gram. Setelah dianalisa, barang kes yang sama telah diserahkan kembali kepada phak polis. Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat adalah: ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas dan dibuat penandaan oleh SP7, diterima oleh SP9 dan dibuat penandaan oleh beliau dan diserahkan kepada ahli kimia untuk dianalisa dan dikemukakan di Mahkamah ini. Elemen Kedua: Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Tertuduh Kedua dan Ketiga [15] Bagi tertuduh kedua dan ketiga, amat jelas melalui keterangan SP7 bahawa peranan tertuduh kedua hanyalah membuat isyarat tangan dari tempat dia duduk iaitu tempat pemandu kereta Honda City. Peranan tertuduh ketiga pula adalah duduk bersebelahan dengan tertuduh kedua dalam kereta Honda City. Tiada keterangan prima facie lain yang boleh mengaitkan tertuduh kedua dan ketiga dengan aktiviti pemilikan dan pengedaran dadah seperti pertuduhan yang dihadapi oleh mereka. Justeru, di akhir kes pendakwaan, mahkamah ini tidak teragak-agak melepas dan membebaskan mereka berdua. Tertuduh Pertama [16] Di dalam kes ini saya telah memutuskan anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB adalah beroperasi bagi membuktikan milikan dan pengetahuan tertuduh pertama terhadap dadah tersebut. Terdapat keterangan yang mencukupi bahawa tertuduh pertama mempunyai jagaan atau ada di bawah kawalannya beg kanvas berisi dadah berbahaya yang mana beg kanvas tersebut telah diletakkan dalam but kereta yang dipandu oleh tertuduh pertama. Justeru, peruntukan anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB beroperasi. Peruntukan s. 37(d) ADB menyatakan seperti berikut:- In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder-
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [17] Taylor J di dalam kes kes Leow Nghee Lim v. Regina [1955] CLJU 53 Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. .. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. .. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. [18] SP7 adalah saksi penting pendakwaan telah memberikan keterangan bahawa beliau nampak tertuduh pertama memandu kereta Proton Iriz berseorangan, memberhentikan dan keluar dari kereta serta membuka but kereta tersebut. Apabila serbuan dibuat, but kereta tersebut telah diperiksa dan SP7 mendapati terdapat (1) beg kanvas berzip di dalamnya mengandungi (20) bungkusan teh cina bertulisan "Guanyinwang" yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 9029.6 gram. SP7 juga telah merampas kunci alat kawalan jauh kereta Protom Iriz dari dalam poket seluar tertuduh pertama. Menurut SP7, kereta Proton Iriz itu menggunakan kunci jenis [19] Fakta-fakta ini membuktikan elemen fizikal bahawa tertuduh pertama sememangnya berada dalam kawalan atau jagaannya dadah berbahaya tersebut. Dalam kedudukan tertuduh pertama yang dilihat berseorangan memandu kereta Proton Iriz, kemudian memberhentikan kereta tersebut dan pergi ke belakang lalu membuka but kereta yang mengandungi beg kanvas berzip yang mengandungi dadah, menunjukkan jagaan atau kawalan tertuduh pertama terhadap beg kanvas itu. Apatah lagi kunci kawalan jauh kereta itu berada dalam poket seluarnya. Justeru dalam keadaan ini, anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB adalah beroperasi; bahawa tertuduh pertama, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah memiliki dadah berbahaya tersebut dan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya jua, disifatkan telah mengetahui sifat dadah itu. [20] Dapatan ini dikuatkan lagi dengan faktor bahawa kereta Proton Iriz itu bukanlah asing kepada tertuduh pertama. Di dalam kes ini SP5 iaitu Encik Helmie Tarmizi bin Zainal iaitu jurujual kereta yang menguruskan jualan kereta Proton Iriz tersebut, telah mengecamkan warga Bangladesh yang datang mengambil kereta tersebut daripada syarikatnya, sebagai tertuduh pertama. Beliau mengatakan kereta tesebut telah diserahkan kepada tertuduh pertama lebih kurang 6 bulan sebelum kejadian. Saya tidak meragui keterangan SP5 berkenaan penyerahan kereta itu kepada tertuduh pertama kerana keterangan beliau adalah konsisten dengan keterangan SP7 yang mengatakan tertuduh pertama adalah orang yang memandu kereta tersebut secara berseorangan. Keterangan ini menunjukkan memang kereta Proton Iriz itu ada dalam milikan tertuduh pertama seorang. SP5 juga mengatakan beliau dapat mengecamkan tertuduh pertama adalah kerana, urusan jual beli kereta tersebut mengambil masa selama satu jam. Dalam tempoh tersebut, adalah munasabah untuk beliau dapat mengecamkan tertuduh pertama. [21] Tertuduh pertama melalui peguambelanya telah menghujahkan bahawa tertuduh pertama bukanlah orang yang mengambil kereta Proton Iriz tersebut dan mempertikaikan pengecaman yang dibuat oleh SP5. Namun begitu saya menolak hujahan ini memandangkan tiada penjelasan lain mengapa tertuduh pertama dilihat memandu kereta Proton Iriz secara berseoangan pada hari kejadian. Penjelasan yang ada adalah kerana, 6 bulan sebelum tarikh kejadian, dia telah menerima kereta tersebut dari SP5. Walaupun P23 iaitu Perjanjian Persetujuan Sewa Beli / Sambung Bayar kereta Proton Iriz tersebut, tiada nama tertuduh pertama, tetapi seorang yang bernama Wong Kok Leiong, ia tidak menimbulkan apa-apa keraguan terhadap kes pendakwaan kerana pengecaman SP5 adalah meyakinkan dan SP7 telah secara konsisten mengatakan beliau nampak tertuduh pertama yang memandu kereta tersebut pada hari kejadian dan kunci kereta tersebut telah dirampas dari dalam poket seluarnya. Keterangan SP5 bahawa tertuduh pertama adalah orang yang menerima kereta tersebut, hanyalah keterangan sokongan kepada keterangan SP7. Keterangan utama yang gagal disangkal adalah tertuduh pertama telah dilihat memandu kereta Proton Iriz tersebut secara berseorangan. Justeru, ketidakpanggilan penama Wong Kok Leiong sebagai saksi pendakwaan, saya dapati tidak mencacatkan kes pendakwaan. [22] Peguambela tertuduh pertama juga menghujahkan bahawa terdapat orang lain yang mempunyai akses terhadap kereta Proton Iriz itu. Justeru, pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan atau kawalan tertuduh pertama terhadap beg kanvas dan dadah berbahaya yang ada di dalamnya. Saya menolak hujahan peguambela memandangkan setakat kes pihak pendakwaan, hanya tertuduh pertama sahaja yang dilihat berada dalam kereta Proton Iriz tersebut. Tiada keterangan yang menunjukkan kewujudan orang lain dalam kereta itu. Cadangan oleh pihak peguambela kepada saksi pendakwaan berkenaan 2 orang lelaki yang dikatakan turun dari kereta Proton Iriz tersebut sebelum dari tempat tangkapan, telah dinafikan oleh saksi-saksi tersebut. Tertuduh pertama bukan sahaja dilihat memandu kereta itu, tetapi dia juga telah dilihat membuka but kereta tersebut tempat dimana beg kanvas berisi dadah tersebut dijumpai. Saya juga mendapati keterangan bahawa terdapat 5 telefon bimbit yang dirampas, tidak memberikan inferen yang tidak dapat ditolak (irresistible inference) bahawa wujudnya akses oleh pihak lain. Elemen Ketiga: Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut [23] Saya juga mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ketiga bahawa tertuduh pertama telah mengedar dadah tersebut melalui tafsiran pengedaran di bawah seksyen 2 ADB apabila tertuduh pertama telah didapati menyembunyikan (concealing), membawa (carrying), menyimpan (keeping) dan mengangkut (transporting) dadah berbahaya tersebut. berikut:- "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; [24] Di dalam kes ini tertuduh pertama telah dilihat oleh SP7 memandu kereta Proton Iriz, memotong kereta Honda City dan kemudiannya memberhentikan kereta tersebut. Tertuduh pertama kemudiannya telah bertindak keluar dari kereta, pergi ke belakang dan membuka but kereta tersebut secara penuh. Semasa disoal balas oleh peguam tertuduh pertama, SP7 telah menjelaskan bagaimana tindakan tertuduh pertama membuka but kereta Proton Iriz. Beliau menyatakan seperti berikut:- S: Ketika dibuka tu tuan ada dimana? J: berada 10 meter daripada pemerhatian kenderaan S: Lepas tu tuan pergi ke situ? J: Ya S: Tuan pergi kesitu, bonet dalam keadaan apa? J: Dalam keadaan terbuka S: Terbuka penuh? J: Dalam keadaan terbuka S: Terbuka macam mana? Maksud terbuka tu apa? J: Bonet terbuka YA, seolah-olah OKT1 hendak memeriksa sesuatu di bonet belakang [25] Tindakan tertuduh pertama bukanlah satu tindakan milikan pasif tetapi keterangan menunjukkan dia telah secara aktif membawa dan mengangkut dadah yang telah disimpan dalam beg kanvas dalam but kereta yang dipandunya sampai ke tempat kejadian. Tertuduh pertama juga telah bangun dan keluar dari tempat duduk pemandu kereta Proton Iriz tersebut dan bertindak membuka but kereta tempat beg kanvas berada dimana dadah-dadah tersebut disimpan dan disembunyikan. Di dalam beg kanvas tersebut dadah- dadah itu telah disembunyikan dalam paket-paket plastik dengan Guanyinwang Jumlah dadah yang terdapat dalam beg kenvas tersebut pula adalah dalam jumlah yang besar iaitu 20 bungkusan yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 9029.6 gram. Keterangan ini menunjukkan tertuduh pertama telah mengedar dadah berbahaya tersebut bawah seksyen 2 ADB . Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Johar Mustapha v. PP [2009] 6 CLJ 193 yang memutuskan seperti berikut:- [41] In our respectful view, the act of the appellant in carrying or transporting a large quantity of drugs, ie, 19,152 grams of cannabis, in the boot of his car, amounted to the act of trafficking of the said drugs as defined under s. 2 of the DDA
1952
[43] Therefore, in our judgment, looking at the totality of the evidence before the court, we conclude that there is abundant evidence to support a charge of trafficking, with or without resorting to the presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA 1952. [26] Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855 yang memutuskan seperti berikut: [37] The second error of the trial judge's finding that to constitute trafficking, the mens rea possession must be accompanied by some overt act by the respondent It is unfortunate that the Court of Appeal had also committed similar error in agreeing with the finding of fact of the trial judge by holding "without any evidence that would show an overt act of one or other of the kind specified in the definition of trafficking in s. 2 of Act 234 or specifically of conveying, transporting, carrying, moving or promoting from one place to another in the sense of doing so to promote the distribution of the drug to another", the respondent could not be a trafficker but merely had passive possession of the impugned drugs. [38] With respect, the proposition that there must he in ail cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would he contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act [39] We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s. 2 of the Act is dependent of the facts and circumstances of a given case.. [27] Di dalam kes ini, berdasarkan keterangan saksi-saksi, tindakan tertuduh pertama adalah di bawah seksyen 2 ADB. Justeru, intipati ketiga pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh phak pendakwaan. Elemen Keempat: Tertuduh-tertuduh, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [28] Saya mendapati tiada elemen niat bersama yang telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Tiada keterangan yang menunjukkan terdapat hubungan atau kaitan antara tertuduh-tertuduh untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah. (Rujuk kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241) Tertuduh kedua hanyalah pemandu kereta Honda City dan dikatakan telah memberikan isyarat tangan manakala tertuduh ketiga hanya duduk di tempat penumpang hadapan kereta Honda City. Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen keempat ini, adalah juga alasan untuk saya melepas dan membebaskan tertuduh kedua dan ketiga dari pertuduhan ini di akhir kes pendakwaan. Kredibiliti Keterangan Saksi-Saksi Pendakwaan [29] Saya mendapati kredibiliti SP7 yang bertindak sebagai ketua pasukan serbuan yang telah membuat pemerhatian dan serbuan pada hari kejadian sehingga berjaya merampas dadah berbahaya seperti keterangan yang telah diberikan oleh beliau, adalah kekal kukuh dan tidak tercalar. Begitu juga keterangan yang diberikan oleh SP8 yang turut sama dalam pasukan serbuan tersebut yang menyokong keterangan SP7. Saya mempercayai keterangan mereka sebagai keterangan yang kredibel dan jujur. Tiada sebab untuk saksi-saksi ini berbohong kepada mahkamah dan memberikan keterangan yang palsu atau meragukan. Ini adalah kerana mereka telah memberikan keterangan dalam penugasan mereka sebagai pegawai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) [30] SP7 telah secara pasti memberikan keterangan bahawa beliau telah membuat pemerhatian di tempat kejadian dan nampak kereta Honda City sampai dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan. Ini diikuti oleh kereta Proton Iriz yang dipandu oleh tertuduh pertama secara berseorangan. SP7 juga nampak tertuduh kedua memberikan isyarat tangan. Selanjutnya kereta Proton Iriz telah memotong kereta Honda City dan memberhentikan kereta tersebut. Ini diikuti dengan tindakan tertuduh pertama keluar dari kereta Proton Iriz dan bertindak membuka but keretanya. Jarak antara SP7 dengan kejadian yang dilihat itu adalah dalam lebih kurang 10 meter. Dalam jarak tersebut, adalah munasabah untuk beliau melihat apa yang berlaku. Ini dibuktikan lagi dengan rampasan dadah dalam jumlah yang banyak hasil dari pemerhatian dan serbuan tersebut. Ini juga dibuktikan dengan rampasan kunci berserta alat kawalan jauh dari dalam poket seluar tertuduh pertama. Keterangan SP7 juga konsisten dengan keterangan SP8. [31] Tiada keterangan dari beliau atau saksi-saksi pendakwaan yang lain bahawa kononnya tertuduh pertama berada di luar kereta sedang menghisap rokok sebelum serbuan dilakukan seperti dakwaan oleh pihak peguam. Keterangan SP7 dan SP8 kekal utuh dari mula sehingga selesai mereka memberikan keterangan. Keterangan SP7 dan SP8 juga konsisten dengan keterangan SP9 yang telah menerima hasil rampasan dadah dan seterusnya menjalankan siasatan kes ini. Keterangan SP7 juga konsisten dengan keterangan SP5 yang mengatakan beliau telah menyerahkan kereta Proton Iriz tersebut kepada tertuduh pertama lebih kurang 6 bulan sebelum rampasan ini. [32] Saya juga tidak meragui keterangan SP5 iaitu seorang saksi awam yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai warganegara dengan datang ke mahkamah memberikan keterangan berdasarkan apa yang telah berlaku. Beliau secara pasti dapat mengecamkan tertuduh pertama sebagai orang yang telah diserahkan kereta Proton Iriz tersebut iaitu seorang warganegara asing iaitu Bangladesh. Beliau juga mengatakan semasa berurusan dengan tertuduh pertama, ia berlaku selama lebih kurang 1 jam. Kejadian penyerahan kereta tersebut juga berlaku dalam tempoh lebih kurang 6 bulan dari tarikh kejadian kes ini. Fakta-fakta ini membuatkan beliau dapat mengecamkan tertuduh pertama. Ia bukan suatu perkara yang mustahil seperti yang dihujahkan oleh peguambela. [33] Memang benar terdapat fakta yang tidak diingati oleh SP5 berkenaan kejadian penyerahan kereta Proton Iriz itu. Beliau juga tidak dapat mengecamkan penama Wong Kok Leiong dan tidak ingat sama ada penama ini hadir atau tidak semasa penyerahan tersebut. Namun begitu beliau secara pasti dapat mengecamkan tertuduh pertama memandangkan dia adalah lelaki Bangladesh yang datang mengambil kereta Proton Iriz daripadanya. Kelupaan SP5 tentang beberapa perkara yang tidak penting kepadanya tidak mencalarkan kredibiliti SP5. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Pie Bin Chin v. Public Prosecutor [1983] CLJU 70 [1983] 1 LNS 70 yang memutuskan seperti berikut:- Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions. Saya mendapati keterangan SP5 sebagai benar dan konsisten dengan keterangan SP7 yang nampak tertuduh pertama memandu kereta Proton Iriz itu secara berseorangan 6 bulan selepas ia diserahkan. Ia menjelaskan kaitan tertuduh pertama dengan kereta Proton Iriz tersebut dan bukanlah satu keterangan rekaan seperti hujahan peguambela. Siasatan yang dikatakan tidak lengkap [34] Peguambela menghujahkan bahawa siasatan yang dilakukan oleh SP9 tidak lengkap kerana gagal menyiasat sama ada terdapat lampu dalam but kereta Proton Iriz tersebut bagi menentukan sama ada tertuduh pertama nampak atau tidak beg kanvas berisi dadah pada hari kejadian. Peguambela juga mengatakan ketiadaan DNA dan cap jari pada barang kes tersebut menunjukkan tertuduh pertama tidak mempunyai pengetahuan berkenaan beg kanvas yang berisi dadah tersebut. Saya telah meneliti keterangan saksi-saksi dimana SP7 berulang kali mengatakan pemerhatian beliau pada hari kejadian adalah jelas dan terang memandangkan terdapat lampu-lampu di situ. SP7 langsung tidak disoal balas berkenaan penglihatan beliau berdasarkan lampu dari but kereta tersebut. SP7 adalah saksi yang lebih tepat yang boleh menjelaskan perkara ini. Sebaliknya, peguambela telah bertanya soalan kepada SP9 yang mana telah dijawab oleh beliau dengan jujur bahawa beliau tidak menjalankan siasatan berkenaan lampu but tersebut. [35] Saya mendapati perkara yang cuba ditimbulkan oleh pihak pembelaan adalah isu yang kecil yang tidak menumbulkan apa-apa keraguan munasabah. Tiada keterangan yang disembunyikan oleh pihak pendakwaan dalam siasatan pihak polis. Saya mendapati SP9 telah menjelaskan bahawa beliau telah melakukan proses penimbulan cap jari pada barang kes dadah tetapi tiada cap jari yang berjaya ditimbulkan. Keterangan ini menunjukkan usaha SP9 dalam siasatan ini walau pun keputusannya tidak dapat membantu mana-mana pihak. Keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, saya dapati cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama. Justeru hujahan peguambela bahawa siasatan yang dilakukan adalah tidak lengkap terpaksa saya tolak. Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 memutuskan seperti berikut: [41] With respect, we beg to differ. From the evidence which we have endeavoured, we find that the absence of forensic evidence such as fingerprints and photos not tendered before the court as asserted by the defence were only a minor issue. We find no necessity for us to deliberate at length on this issue raised, safe to say that the direct evidence i.e. testimonies of the material witnesses (PW1, PW2, PW3, PW9 and PW10, DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [36] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksima terhadap semua keterangan yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama bahawa tertuduh pertama telah mengedar dadah berbahaya seperti pertuduhan yang telah dirangka terhadapnya. Saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen bawah seksyen 39B(1) (a) ADB termasuklah bahawa tertuduh pertama, telah ada dalam kawalan atau jagaannya beg kanvas yang mengandungi dadah berbahaya tersebut. Justeru, anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB adalah beroperasi; bahawa tertuduh pertama, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah memiliki dadah berbahaya tersebut dan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah mengetahui sifat dadah itu. Saya juga mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pengedaran seperti mana takrifan di bawah seksyen 2 ADB. Oleh yang demikian tertuduh pertama dipanggil untuk membela diri seperti pertuduhan pindaan berikut:- Bahawa kamu pada 18 Jun 2020, jam lebih kurang 7:50 malam, bertempat di tepi jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, Subang Jaya, di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, telah mengedar dadah berbahaya seberat 9029.6 GRAM METHAMPHETAMINE, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. KES PEMBELAAN [37] Pertuduhan pindaan telah dibacakan terhadap tertuduh pertama dalam Bahasa Bangladesh dan tertuduh pertama tidak mengaku salah. Tertuduh pertama (SD1) dan saksinya Chen Yen Cheong (SD2) yang dipanggil Jo telah memberikan keterangan secara bersumpah. Keterangan saksi-saksi pembelaan secara terperinci adalah seperti yang telah direkodkan oleh Mahkamah ini. Saya nyatakan ringkasan kepada keterangan pembelaan. [38] Tertuduh pertama menyatakan bahawa dia telah masuk ke Malaysia pada Februari 2020 dengan tujuan untuk mencari pekerjaan dan telah bekerja sebagai pekerja membuat bangunan di sekitar kawasan Cheras. Dia telah berkenalan dengan Ng Fah Wai (Ng) dan juga SD2. [39] Pada 18 Jun 2020 iaitu hari kejadian, dia telah dihubungi oleh Ng melalui telefon mengajaknya keluar makan malam bersama. Sekitar jam 7:00 malam, Ng telah menjemputnya di rumahnya di Taman Desa Aman, Kuala Lumpur dengan memandu kereta Proton Iriz. Sebaik kereta Proton Iriz tersebut sampai untuk menjemputnya, tertuduh pertama mendapati Jo juga berada di kerusi penumpang hadapan. Tertuduh pertama telah duduk di kerusi penumpang belakang. Ng memberitahunya bahawa mereka akan pergi ke Sunway Pyramid untuk makan malam. Apabila sampai di Sunway Pyramid, Ng telah memberhentikan kereta Proton Iriz tersebut di sebuah pintu masuk berdekatan dengan Aloha Karaoke dan memberitahunya bahawa dia dan Jo ingin turun untuk pergi ke tandas. [40] Ng juga meminta tertuduh pertama memandu kenderaan tersebut dan menunggu di mana-mana tempat yang sesuai di hadapan memandangkan kereta tidak dibenarkan untuk berhenti dan menunggu di kawasan pintu masuk tersebut. Walaupun tidak mempunyai lesen, tertuduh pertama mengatakan dia boleh memandu kereta itu untuk satu jarak yang dekat. Maka, dia telah mengambil alih tugas untuk memandu kereta tersebut dan meneruskan perjalanan ke hadapan. Dia kemudiannya telah memberhentikan kereta di bahu jalan di sebelah kanan berhadapan dengan Restoran Thai Thai. Tertuduh pertama telah turun daripada kereta tersebut untuk menghisap rokok sementara menunggu Ng dan SD2. [41] Tertuduh pertama menyatakan, pada waktu tersebut enjin kereta dalam keadaan hidup, manakala kereta pula dalam keadaan tidak berkunci dimana dia telah meninggalkan kunci kereta dan telefon bimbitnya dalam kereta memandangkan dia keluar dari kereta hanya untuk menghisap rokok. [42] Tertuduh pertama menyatakan dia hanya memandu kereta ini untuk satu jangka masa yang singkat iaitu daripada pintu masuk Sunway Pyramid berdekatan dengan Aloha Karaoke sehingga ke tempat dia memberhentikan kereta tersebut. Sepanjang waktu kereta ini berada bersamanya, dia langsung tidak pernah memeriksa bahagian dalam kereta ataupun bahagian but kereta Proton Iriz tersebut. [43] Semasa pihak polis menahannya, tiada barang salah yang dijumpai di badannya. Pemeriksaan pihak polis ke atas kereta Proton Iriz pula telah menjumpai lima (5) buah telefon bimbit. Tertuduh pertama menyatakan dia hanya memiliki sebuah telefon jenama Iphone 6S manakala baki empat (4) lagi adalah milik Ng dan SD2. Pemeriksaan pihak polis terhadap but kereta Proton Iriz tersebut telah menjumpai satu bag yang mengandungi dadah. Tertuduh pertama mengatakan bahawa dia tidak tahu berkenaan kewujudan bag ataupun dadah tersebut kerana tidak pernah membuka but kereta tersebut atau melihat ke dalamnya. [44] Tertuduh pertama juga mengatakan bahawa kereta Proton Iriz tersebut bukanlah miliknya dan dia tidak tahu siapakah pemilik sebenar kereta tersebut. Apa yang diketahui olehnya, adalah kereta tersebut telah dipandu oleh Ng semasa menjemputnya di rumah. Tertuduh pertama menyatakan bahawa kesemua maklumat ini telah diberitahu kepada pihak polis. Tertuduh pertama menafikan yang dia telah mengambil kereta Proton Iriz tersebut daripada Syarikat Eko Indrajaya Trading pada bulan Disember 2019 kerana dia hanya masuk ke Malaysia pada bulan Februari 2020 dan mustahil untuknya mengambil kereta tersebut pada bulan Disember 2019. Tertuduh pertama menyatakan bahawa pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya atas kesalahan mengedar dadah adalah palsu. [45] SD2 iaitu Jo juga telah memberikan keterangan bersumpah menyokong keterangan yang dikemukakan oleh tertuduh pertama. Dia juga telah mengecamkan sebuah telefon bimbit Samsung yang dirampas iaitu P15(A)(1) sebagai telefon miliknya manakala telefon jenis Oppo P17(A)(1) sebagai telefon milik Ng. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [46] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksima dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. Menurut kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v. PP (supra) pembuktian melampaui keraguan yang munasabah mempunyai dua aspek iaitu beban undang-undang (legal burden) terhadap pihak pendakwaan yang perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala di pihak tertuduh yang mempunyai beban pembuktian (evidential burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Seperti dalam kes ini, penggantungan kepada anggapan yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk membuktikan elemen penting pertuduhan tersebut adalah dibolehkan. Dalam keadaan ini, beban bukti khusus berbanding dengan beban bukti am, bertukar kepada pihak pembelaan untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian. Rujuk kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311. SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [47] Saya telah meneliti secara maksima pembelaan yang telah dikemukakan oleh tertuduh pertama dan saksinya serta meneliti kesemua keterangan yang dikemukaan secara maksima. Saya mendapati keterangan pembelaan yang dikemukakan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Saya juga mendapati pihak pembelaan gagal untuk mematahkan anggapan bawah seksyen 37(d) ADB. [48] Saya enggan untuk mempercayai keterangan tertuduh pertama bahawa kononnya dia tidak mengetahui berkenaan dadah tersebut. Saya juga enggan mempercayai keterangan tertuduh pertama yang menafikan kaitannya dengan kereta Proton Iriz tersebut. Tertuduh pertama dan saksinya SD2, cuba untuk meletakkan beban kesalahan kepada Ng iaitu orang yang didakwa memandu kereta Proton Iriz berisi beg mengandungi dadah tersebut dan bahawa kononnya dia hanya dijemput oleh Ng untuk pergi makan di tempat kejadian. Apabila ditanya berkenaan kewujudan kedua-dua Ng dan Jo, saksi-saksi pendakwaan dalam pasukan serbuan iaitu SP7 dan SP8 menafikan nampak 2 orang lelaki turun dari kereta Proton Iriz tersebut. Keterangan SP7 berkenaan 2 orang lelaki tersebut adalah seperti berikut:- S : Tadi Tn juga tidak setuju bahawa Tn ada nampak 2 orang lelaki yang diturunkan oleh OKT1, dikatakan diturunkan di Aloha Karaoke, sedangkan pada saya Tn kata pemantauan anggota Tn diletakkan di sepanjang jalan tersebut? Boleh Tn jelaskan tentang perkara tersebut? J : Saya tidak bersetuju dengan kenyataan oleh pihak peguambela kerana di sepanjang jalan, saya telah letakkan ketujuh-tujuh pasukan saya. So, pemerhatian secara terus oleh pasukan bertindak ini, tidak ada satu pun pasukan menyatakan wujudnya 2 entiti yang dinyatakan tu S : Tn juga dicadangkan bahawa yang memandu Iriz adalah Jo dalam kes ini. Boleh Tn jelaskan? J : Saya tak setuju kerana pemandu Iriz pada ketika kejadian ditangkap adalah OKT1, tak ada mana-mana individu lain yang terlibat Keterangan SP8 apabila ditanya berkenaan Ng dan Jo adalah seperti berikut:- S : Cadangkan, ada 2 orang lain yang ada dalam kereta Proton Iriz bernama Chen Yen Cheong juga dikenali sebagai Jo dan Ng Fah Wai yang telah turun semasa kereta Proton Iriz masuk ke kawasan Jalan PJS11/15 di hadapan kawasan masuk ke Sunway Pyramid? J : Tak tahu [49] SP9 pula mengatakan bahawa semasa penyiasatannya nama Ng dan Jo tidak pernah timbul. Berikut adalah keterangan beliau berkenaan watak-watak ini:- S : Cadangkan dalam kes ini, Proton Iriz sebenarnya sebelum serbuan dijalankan ke atas Proton Iriz, ada 2 lelaki Cina telah turun daripada kereta tersebut bernama Chen Yen Cheong ataupun Jo dan Ng Fah Wai? Adakah kamu tahu tentang perkara itu? J : Tak pasti, dalam siasatan saya memang tak muncul kedua-dua penama itu [50] Jika keterangan tertuduh pertama dan SD2 adalah benar, tentulah sebaik sahaja ditangkap atau pun semasa dalam siasatan polis, tertuduh pertama akan memaklumkan butiran Ng dan Jo seperti nombor telefon dan tempat tinggal mereka kepada SP7, SP8 dan SP9 agar siasatan dapat dijalankan. Rujuk kes Alcontara a/l Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705. Namun begitu tiada secebis bukti kredibel yang dikemukakan, yang menunjukkan bahawa perkara ini pernah berlaku. Yang ada, hanyalah kata-kata kosong daripada tertuduh pertama bahawa dia ada memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. Dalam keadaan itu, saya mendapati keterangan tertuduh pertama bahawa kononnya Ng yang memandu kereta Proton Iriz tersebut dan dia datang ke tempat kejadian bersama Ng dan Jo, adalah meragukan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Raman Kunjiraman v. PP [2014] 9 CLJ 915 yang memutuskan seperti berikut:- [52] We appreciate that no adverse inference may be drawn against the appellant for remaining silent upon his arrest. The appellant does not have any duty to disclose his defence and entitled to remain silent after his arrest and when his cautioned statement was recorded. Similarly no adverse inference is to be drawn against the appellant for remaining silent for not disclosing his defence. However, his silence would entitle the learned trial judge to give whatever weight considered appropriate. ... [54] By commenting on the failure of the appellant to provide all relevant information regarding "Noi" to the police at the time of his arrest or when his cautioned statement was recorded four days after his arrest does not mean that the learned trial judge had imposed a duty on the appellant to speak or disclose any information on "Noi". We do not perceive from the grounds of judgment of the learned trial judge that he had drawn any adverse inference against the appellant. To us his comments on the non disclosure of "Noi's" role merely go to show to the weight that was attached to the appellant's defence. (see: Teng Howe Sing v. Public Prosecutor [2009] 3 CLJ 733). [56] Similarly in the instant case, the failure of the appellant to inform the police through his cautioned statement could be taken into account by the learned trial judge in attaching weight to his defence. Obviously "Noi" is a nickname and without giving any particulars of "Noi", it would be impossible for the police to conduct any investigation on her whereabout and indeed her very existence and to her role, if any, in relation to the drugs found on the lap of the appellant. Hence, the learned trial judge was entitled to disbelieve the defence story. Watak Ng dan SD2 semasa kes pendakwaan [51] Saya juga mendapati watak Ng sebagai pemandu dan SD2 sebagai penumpang kereta Proton Iriz tersebut, tidak pernah timbul semasa kes pendakwaan. Ia hanya ditimbulkan semasa kes pembelaan. Semasa kes pendakwaan, pihak pembelaan mencadangkan kepada SP7 dan SP8 bahawa pemandu kereta Proton Iriz itu adalah Jo iaitu SD2. Berikut adalah soalan-soalan tersebut:- S : Cadangkan, yang membawa kereta Proton Iriz sehingga beliau turun adalah Chen Yen Cheong atau Jo? J : Tidak setuju S :Cadangkan sebelum Chen Yen Cheong turun daripada kereta Proton Iriz warna hijau itu dekat Alpha (Aloha) Karaoke Sunway Pyramid, dia telah minta Tertuduh Pertama untuk membawa kereta ke depan dekat Thai & Thai Sunway Pyramid dan tunggu mereka untuk kembali? J : Tidak setuju Begitu juga cadangan pihak pembelaan yang diberikan kepada SP8 adalah seperti berikut:- S: Cadang, Chen Yen Cheong yang membawa kereta Iriz telah turun dan meminta OKT 1 meneruskan membawa kereta ke kawasan dekat tempat kejadian dan menunggu sehingga mereka balik selepas pergi ke tandas? J : Tak setuju [52] Apabila pembelaan dipanggil, watak Ng telah berubah dengan mengatakan dia adalah orang yang memandu kereta Proton Iriz pada hari kejadian dan bukan SD2. Siapa yang memandu kereta Proton Iriz adalah fakta yang sangat ketara yang perlu ada dalam pengetahuan tertuduh pertama sejak awal lagi. Ini adalah kerana, tertuduh pertama terlibat dengan kes yang sangat serius iaitu kesalahan pengedaran dadah dengan dadah tersebut berada dalam but kereta yang didakwa dipandu oleh Ng. Jika tertuduh pertama memberikan pembelaan yang benar, tentulah sejak kes pendakwaan lagi, pembelaannya mengatakan Ng adalah pemandu kereta tersebut. Namun demikian, naratif kes pembelaan berubah semasa tertuduh pertama dan SD2 memberikan keterangannya dengan mengatakan bahawa Ng yang memandu kereta tersebut sementara itu SD2 adalah penumpang di tempat duduk hadapan. Saya mendapati ia adalah keterangan pembelaan yang difikirkan kemudian untuk disesuaikan dengan keterangan pada masa ia diberikan. Ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meletakkan kesalahan terhadap Ng memandangkan Ng tidak dipanggil sebagai saksi pembelaan. Saya juga mendapati kegagalan tertuduh pertama meletakkan pembelaannya semenjak kes pendakwaan dan terdapatnya percanggahan material yang berlaku, telah menjejaskan kredibiliti keterangan pihak pembelaan. Rampasan 5 buah telefon [53] Pihak pembelaan cuba untuk mengatakan 2 atau 4 dari 5 buah telefon yang dirampas dari dalam kereta Proton Iriz adalah kepunyaan Ng dan SD2. Ia dikatakan ditinggalkan dalam kereta Proton Iriz semasa Ng dan SD2 pergi ke tandas. Peguambela menghujahkan adalah mustahil untuk seseorang mempunyai 5 buah telefon bimbit. Saya menolak hujahan peguambela. Tidak ada yang mustahil bagi sesiapa untuk memiliki 5 buah atau lebih telefon bimbit. Apatah lagi ia dirampas dari dalam kereta yang dipandunya secara berseorangan. Kereta tersebut pula terlibat dengan aktiviti dadah dengan dadah yang banyak berada dalam butnya. Sebaliknya, saya mendapati adalah meragukan untuk Ng dan SD2 meninggalkan telefon bimbitnya dalam kereta dan mengarahkan tertuduh pertama memandu pergi kereta tersebut. Telefon bimbit adalah barang peribadi yang harus berada dalam simpanan peribadi pemiliknya dan bukan untuk ditinggalkan begitu sahaja, lebih-lebih lagi untuk pergi ke tandas. Apatah lagi seperti yang diakui oleh SD2, pada masa tersebut Malaysia masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam masa ini, adalah diketahui umum, pergerakan seseorang perlu direkodkan melalui telefon bimbit. Penafian tertuduh pertama bahawa dia telah diserahkan dengan kereta Proton Iriz oleh SP5 pada Disember 2019 [54] Tertuduh pertama mengatakan bahawa dia telah masuk ke Malaysia pada Februari 2020 dan adalah mustahil untuk dia mengambil kereta Proton Iriz itu pada Disember 2019. Saya telah meneliti dokumen Jabatan Imigresen Malaysia berkaitan tertuduh pertama iaitu Pengesahan Maklumat Pelekat Pas Lawatan Sosial (P39) dan Pengesahan Semakan Pergerakan Keluar Masuk Malaysia (P40). Saya mendapati dokumen-dokumen ini tidak dapat membantu kes pembelaan atau menimbulkan apa-apa keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana P40 menyatakan rekod keluar masuk tertuduh pertama adalah tidak wujud. Justeru, maklumat ini tidak mengesahkan bahawa tertuduh pertama hanya masuk ke Malaysia pada Februari 2020. Manakala P39 hanya mengesahkan bahawa tertuduh pertama mempunyai pelekat Pas Lawatan Sosial yang sah mulai 04 Febuari 2020 sehingga 01 Januari 2021. Saya mendapati, kedua-dua dokumen ini tidak mengesahkan yang tertuduh pertama tiada di Malaysia pada Disember 2019. Justeru, pengecaman SP5 terhadap tertuduh pertama sebagai orang yang mengambil kereta Proton Iriz itu kekal utuh. Kesimpulan di Akhir Kes Pembelaan [55] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian maksima terhadap kesemua keterangan, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh pertama memiliki dan mengetahui bahawa dia sedang memiliki beg kanvas berisi dadah berbahaya jenis Methamphetamine melalui anggapan dibawah seksyen 37 (d) ADB. Saya mendapati pihak pembelaan telah gagal untuk mematahkan anggapan ini. Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah dalam kes pendakwaan bahawa tertuduh pertama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Justeru tertuduh pertama disabitkan bersalah atas pertuduhan pindaan yang dihadapinya. HUKUMAN [56] Saya telah mendengar hujahan kesemua pihak sebelum memutuskan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh pertama. Saya telah mengambil kira kepentingan awam sebagai faktor utama dimana dadah adalah musuh utama negara. Saya juga mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh pertama adalah satu kesalahan yang serius yang melibatkan dadah Methamphetamine dalam jumlah yang banyak iaitu seberat 9029.6 gram. Satu isyarat jelas bukan sahaja perlu diberikan kepada tertuduh pertama tetapi juga kepada bakal pesalah yang lain bahawa hukuman berat menanti mereka apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Ia bagi melindungi orang awam dari pengedar dadah seperti tertuduh pertama. [57] Selain dari itu , latar belakang, umur tertuduh pertama dan bahawa tertuduh pertama tiada rekod kesalahan lampau telah saya pertimbangkan sebagai faktor mitigasi. Dalam rayuan mitigasi, tertuduh pertama mengatakan bahawa dia berumur 50 tahun, telah berkahwin dan mempunyai anak berusia 6 tahun di Bangladesh. Dalam keadaan ini, saya enggan untuk menjatuhkan hukuman mati tetapi memutuskan untuk memberikan hukuman alternatif iaitu hukuman pemenjaraan seumur hidup sebagai hukuman yang wajar. Oleh kerana tertuduh pertama telah mencapai usia 50 tahun semasa hukuman dijatuhkan, tertuduh pertama terlepas dari dikenakan hukuman sebatan selaras dengan seksyen 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah. [58] Justeru Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tertuduh pertama ditangkap. BERTARIKH PADA 30 MEI 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Tertuduh Pertama Dat Rajpal Singh bersama Siti Anis Binti Che Ab Wahab Tetuan Rajpal, Firah & Vishnu Peguambela & Peguamcara No.42-1a, Tingkat Satu, Jalan Medan Batu Caves 1, Selangor Darul Ehsan Responden / Pendakwa Raya Maizatul Munirah Binti Abdul Rahman bersama Rosnee Binti Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.