Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-28-11/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD ELYAS BIN SULAIMAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
JA-45A-28-11/2020
High Court of Malaysia30 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pembuktian elemen pemilikan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai (lihat kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Mahkamah dalam kes Chan Pean Leon juga telah memutuskan bahawa “..a person is said to be in possession”
“via eFILING portal 24 meragui keterangan mereka. Berbanding dengan keterangan tertuduh, dia tentunya akan memberikan versi bertujuan untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] MLJ 257).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-28-11/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD ELYAS BIN SULAIMAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Tertuduh telah dituduh mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 325.12 gram di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).
2
Pertuduhan terhadapnya adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 17 Julai 2020, jam lebih kurang 3.33 pagi, bertempat di dalam sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran, di kedudukan Garis Lintang 01 Darjah 13.716 minit Utara, Garis Bujur 103 Darjah 33.767 minit Timur, pada jarak 3.7 batu nautika daripada Tanjung Piai, dalam daerah Pontian, di dalam negeri Johor Darul Takzim telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 325.12 gram. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta sama”
3
Di akhir kes pendakwaan, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh telah dipanggil untuk membela diri.
4
Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Di akhir kes pembelaan, saya mendapati tertuduh gagal mengakas anggapan di bawah s.37(da) dan seterusnya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maka diputuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
5
Tertuduh telah disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan dua belas (12) kali sebatan.
6
Tertuduh kini merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan tersebut, maka berikut adalah alasan saya. Naratif kes Pendakwaan 7. Pada 17.7.2020, jam lebih kurang 3.25 pagi, Bintara Kanan (Maritim) Mohamad Zulhi bin Baharudin, SP7 telah melakukan rondaan Ops Jaksa/Ops Benteng 01/2020 di sekitar perairan Johor Barat, Johor bersama beberapa anggota yang lain. SP7 adalah Ketua Bot Kilat 12 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). MTJB JA-45A-28-11/2020 8. Semasa rondaan dibuat, SP7 dan ahli pasukan telah terserempak dengan sebuah bot fiber berwarna biru dan kelabu tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan yang mencurigakan.
9
Pada jam lebih kurang 3.30 pagi, SP7 mengarahkan juragan bot iaitu Laskar Kanan (Maritim) Mohd Isyraf bin Md Nor untuk merapat ke arah bot fiber tersebut. Kelihatan seorang lelaki dewasa berada di dalam bot fiber dan SP7 memperkenalkan dirinya sebagai pegawai APMM untuk lelaki tersebut memberikan kerjasama.
10
SP7 kemudiannya mengarahkan Laskar Kanan (Maritim) Kanyan Anak Antin (SP5) dan Laskar Kelas 1 (Maritim) Tusa a/l Bah Libah (SP6) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut atas bot fiber tersebut.
11
Hasil pemeriksaan, pasukan menjumpai tiga (3) buah tong berwarna merah, putih dan biru yang diletakkan di bahagian bawah tempat duduk tekong. SP7 mengarahkan lelaki tersebut mengeluarkan tong-tong itu dari bahagian bawah tempat duduknya namun semasa hendak mengeluarkan tong biru (P5), lelaki tersebut telah bertindak agresif dan bertindak mencampakkan tong P5 ke dalam laut, pada sebelah kiri bot fiber.
12
Dalam keterangan SP7, beliau mengatakan bahawa lelaki tersebut terus bertindak agresif walaupun telah mencampakkan P5 ke dalam laut tetapi berjaya diamankan oleh SP5 dan SP6. Tindakan agresif lelaki tersebut turut disaksikan oleh Laskar Kanan (Maritim) Muhammad Shukrizal Shah bin Yamat (SP4).
13
SP7 kemudiannya mengarahkan SP4 untuk memerhatikan P5 yang terapung di dalam laut sehingga ia tersangkut pada bahagian belakang engin Bot Kilat 12 (kerana dihanyutkan arus laut dan alun kapal).
14
SP4 mengambil P5 dan menyerahkannya kepada SP7. Setelah diperiksa, SP7 mendapati terdapat kesan torehan di bahagian bawah P5 dan setelah dibuka torehan itu, SP7 menjumpai bungkusan-bungkusan berisi bahan disyaki dadah jenis syabu.
15
Lelaki tersebut ditahan dan kemudiannya dikenal pasti sebagai tertuduh yang dinamakan.
16
Setelah usai rampasan dibuat, termasuk beberapa barang peribadi dan wang tunai, bot fiber beserta enjin dan tertuduh dibawa balik ke jeti APMM Sungai Pulai untuk tindakan lanjut.
17
Tertuduh dan barang kes dadah dibawa balik menaiki Bot Kilat 12 bersama SP7 manakala bot fiber dikawal oleh SP5 dan SP6 sepanjang perjalanan dari lokasi kejadian hingga tiba di jeti APMM. MTJB JA-45A-28-11/2020 18. Tertuduh dan dadah yang dirampas diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, Leftenan (Maritim) Mohd Izwan Bin Masri
19
SP9 kemudiannya menghantar barang kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh pegawai sains, Puan Liew Chyi (SP2).
20
Analisa yang dijalankan oleh SP2 mengesahkan dadah yang dirampas oleh SP7 merupakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 325.12 gram yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB sepertimana dinyatakan di dalam Laporan Kimia, P11. Dapatan Di akhir kes Pendakwaan 21. Di peringkat akhir kes pendakwaan, satu kes prima facie sebagaimana diperuntukkan dalam s.180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dari keterangan bukti yang boleh dipercayai dan kredibel yang mana jika tidak disangkal akan membolehkan sabitan dibuat (rujuk s.180 (4) KTJ dan kes Abdullah Atan lwn PP (2020) 9
22
Ungkapan "mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan” dalam s. 180(4) bermaksud bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen kesalahan sama ada dengan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai, membuat inferen terhadap fakta atau mengguna pakai anggapan undang-undang (lihat kes Abdullah Atan di muka surat 166).
23
Kes prima facie ialah kes yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan keatasnya dan keterangan yang dikemukakan mencukupi melainkan ia disangkal atau diakas melalui keterangan lain (lihat kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam kes Ong Cheng Heong lwn PP (1998) 4 CLJ 209, pandangan Vincent Ng, J telah dirujuk dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan mengenai apa yang terjumlah sebagai satu kes prima facie seperti berikut: “..prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary but is not conclusive. I would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected.”
24
Begitu juga sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, yang mengatakan seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out, and the accused would be entitled to an acquittal.”
25
Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran Mohan v. Public Prosecutor [2011] 1 CLJ 805 juga memutuskan mengenai pembuktian kes prima facie seperti berikut: “[44] The test at the end of the prosecution's case is 'prima facie case' based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts."
26
Maka, dalam menentukan pembuktian kes prima facie, satu penilaian secara maksima perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan bukti yang dikemukakan termasuk menilai kredibiliti saksi-saksi dan melihat inferen yang boleh dibuat dari keterangan bukti kes pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kesalahan (rujuk kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). Kes Prima Facie 27. Keterangan bukti yang perlu dikemukakan untuk kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah s. 39B (1) (a) ADB adalah bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB, ia adalah dalam pemilikan tertuduh apabila dibuktikan dadah adalah di bawah jagaan, kawalan dan pengetahuannya dan seterusnya, tertuduh mengedar dadah tersebut. Pengedaran boleh dibuktikan dengan keterangan langsung berdasarkan tafsiran pengedaran di bawah s. 2 ADB atau anggapan di bawah s. 37 (da). Intipati Kesalahan Dadah adalah yang tersenarai di Jadual Pertama dan sepertimana yang didefinasikan dibawah ADB.
28
Jenis dan berat dadah telah disahkan dan dibuktikan dari keterangan SP2 dan Laporan Kimia yang disediakan, P11 sebagaimana dalam pertuduhan.
29
Mengenai hasil analisa SP2, saya merujuk kepada kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221 and Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 dan memetik bahawa mahkamah ini “entitled to accept the opinion of the chemist at its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. Pendapat ini juga telah diikuti dalam kes Tarmizi bin Yaacob v PP (2006) 6 MLJ 197 dan seterusnya dalam Mazlan bin Mustafa v PP Rayuan Jenayah 05-212- 08-2012 oleh Mahkamah Rayuan.
30
Rantaian pergerakan barang kes tidak terputus di mana dadah yang dirampas oleh SP7 telah diserahkan kepada SP9, selanjutnya kepada SP2 untuk dianalisa. Barang kes telah disimpan di stor penyimpanan barang kes sehingga dikemukakan ke mahkamah pada hari perbicaraan (rujuk kes Gunalan Ramachandran v PP (2004) 4 CLJ 551 – “..the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist..”)
31
Maka dengan itu, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan (rujukan juga dibuat mengikut kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 dan Su Ah Ping v. PP [1979] 1 LNS 100). Pemilikan terhadap dadah 32. Berkait pembuktian elemen pemilikan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai (lihat kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Mahkamah dalam kes Chan Pean Leon juga telah memutuskan bahawa “..a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons.”
33
Maksud "custody", "control" dan "possession" telah dibincangkan dalam kes Leow Nghee Lim v Red [1956] 1 MLJ, yang mana dipetik seperti berikut: “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- “The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons.” This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.”
34
Mengenai pembuktian pengetahuan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dilihat dari inferen atau kesimpulan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.”
35
Adalah juga berdasarkan nas kes-kes duluan bahawa dua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan ialah kawalan fizikal dan pengetahuan. Untuk memenuhi unsur fizikal, ia mesti ditunjukkan bahawa tertuduh berada berhampiran dengan dadah dan dia boleh mengendalikannya seolah-olah ia adalah miliknya. Bagi unsur mental atau mens rea pula, perlu dibuktikan bahawa tertuduh berniat atau berhasrat untuk berurusan dengan dadah tersebut (intended to deal with the drugs) (rujuk kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 237 (FC), Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 (HC)). Dalam erti kata lain, keperluan unsur fizikal dan mental tersebut perlu wujud dan dibuktikan sebelum pemilikan dapat dibuktikan. MTJB JA-45A-28-11/2020 36. Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta dan inferen berikut untuk membuktikan pemilikan tertuduh terhadap dadah:
1
SP7, bersama anggota Maritim yang mengikuti rondaan pada malam tersebut telah melalui lokasi keberadaan bot fiber tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan bersendirian.
2
SP7 juga mengatakan tong biru P5 berada di bahagian bawah tempat duduk dan tertuduh telah diminta untuk mengeluarkannya.
3
Dalam masa yang sama, tertuduh telah bertindak mencampakkan P5 ke arah laut dan terus bertindak agresif terhadap pasukan Maritim.
4
P5 telah diperhatikan oleh SP4 sehingga ia tersangkut pada Bot Kilat 12.
5
Rantaian keterangan barang kes tidak terputus.
6
Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai keberadaan dadah dalam P5 yang diletakkan dibawah tempat duduknya.
7
Tertuduh berseorangan atas bot fiber semasa ditangkap.
8
Tertuduh mempunyai kawalan sepenuhnya tong P5 tersebut.
9
Tertuduh telah dianggap mengedar dadah yang dirampas dengan pemakaian anggapan dibawah s. 37(da)(xvi)
10
ADB (pemilikan 50 gram atau lebih Methamphetamine) Jumlah dadah yang dirampas menunjukkan dadah tidak bertujuan untuk kegunaan sendiri.
11
Saksi-saksi pendakwaan adalah kredibel dan boleh dipercayai.
37
Pada peringkat ini, pihak pembelaan berhujah seperti berikut:
1
Tiada pemerhatian dibuat oleh SP7 sebelum melakukan tangkapan.
2
Pergelutan yang dikatakan tertuduh bertindak agresif adalah disebabkan keadaan laut yang bergelora dan tindak balas normal seseorang apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
3
Tong P5 telah tercampak akibat pergelutan tersebut dan bukan dicampak oleh tertuduh sepertimana keterangan saksi pendakwaan.
4
Tindakan bergelut dan mencampakkan P5 ke arah laut adalah reaksi spontan tertuduh tatkala diserbu.
5
Pendakwaan gagal buktikan pemunyaan bot fiber, kunci dan tiga tong plastik berwarna merah, putih dan biru.
6
Terdapat akses orang lain terhadap bot fiber semasa di jeti.
7
Tiada cap jari tertuduh pada barang kes dadah.
8
Siasatan pegawai penyiasat tidak lengkap.
9
Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
38
Di akhir kes pendakwaan, saya mendapati bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai maka ianya adalah dalam milikan beliau semasa ditangkap.
39
Pada peringkat tersebut saya menerima keterangan SP7 mengenai kejadian pada hari serbuan dibuat. Saya juga dapati SP4, SP5 dan SP6 juga adalah saksi yang kredibel, konsisten dan tiada sebab untuk meragui keterangan mereka.
40
Lokasi kejadian adalah di perairan laut. Pemerhatian tidak diperlukan kerana hanya bot fiber yang dikawal oleh tertuduh kelihatan. Tambahan lagi, tertuduh sedang bersendirian di koordinat yang dinyatakan. Ini bukan kes yang melibatkan maklumat risikan. Saya berpandangan rondaan yang dibuat di kawasan perairan memadai sebagai satu pemerhatian yang wajar setelah pihak APMM terserempak dengan bot fiber tertuduh dalam keadaan mencurigakan.
41
Fakta bahawa ada pergelutan tidak dicadangkan sebaliknya (dinafikan) oleh peguam tertuduh dalam pemeriksaan terhadap saksi-saksi pendakwaan. Maka, saya menerima keterangan SP7 bahawa tertuduh telah bertindak agresif semasa mencampakkan tong P5 ke dalam laut.
42
Saya juga berpendapat, cadangan peguam bahawa tindakan tertuduh bergelut dengan pihak berkuasa sebagai tindak balas normal tidak munasabah kerana jika benar tertuduh tidak melakukan apa-apa kesalahan, beliau sewajarnya lebih tenang kerana tertuduh mengetahui bahawa yang mendekatinya adalah pihak berkuasa dan bukan lanun. Tambahan lagi, Bot Kilat 12 APMM yang mendekati bot tertuduh mempunyai lampu beacon, logo dan siren serta peralatan yang menampakkan ianya dari agensi penguatkuasaan.
43
Begitu juga dengan cadangan bahawa laut sedang bergelora sehingga menyebabkan tong P5 terlepas ke dalam laut, saya berpandangan, keterangan positif dari semua saksi anggota serbuan menafikan keadaan ini dan saya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan saksi-saksi pendakwaaan. Oleh itu, saya dapati tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah dalam kawalan beliau semasa anggota Maritim melakukan pemeriksaan, atas sebab itu dia bertindak untuk cuba melupuskan dadah tersebut.
44
Pada tahap ini, tiada keterangan atau motif dicadangkan kepada saksi-saksi pendakwaan yang memungkinkan SP7 dan anggotanya tidak bercakap benar, maka tiada alasan untuk saya meragui keterangan mereka. (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] 1 LNS 377).
45
Mengenai ketiadaan bukti cap jari, dari dapatan kes nas duluan, keterangan mengenai DNA atau cap jari hanya sebagai keterangan sokongan yang mana tanpanya, jika kes pendakwaan cukup untuk melepaskan dari beban pembuktiannya, maka ianya tidak fatal (rujuk kes Francis Abuchi Odike v PP (2015) 1 LNS 928).
46
Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan dan dapatan fakta diatas, elemen pemilikan dadah tersebut telah dibuktikan secara afirmatif. Tertuduh telah mengedar dadah 47. Bagi elemen pengedaran, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka saya membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ, dengan pemakaian anggapan bawah seksyen 37(da) ADB (rujuk kes Abdullah Atan) berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minima 50 gram (s 37(da)(xvi)).
48
Oleh yang demikian, tertuduh telah dipanggil untuk membela diri dan beliau memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Kes Pembelaan 49. Pembelaan tertuduh adalah bahawa sejak dua (2) tahun sebelum ditangkap, dia menjadi nelayan tidak berdaftar dan meminjam atau menyewa bot untuk ke laut setakat jarak 20 minit (secara rawai – iaitu ke laut mengikut masa air pasang atau surut pada jarak pantai ke tempat tangkap ikan lebih kurang 30 minit).
50
Pada hari kejadian, tertuduh menggunakan bot fiber tersebut untuk mencari ikan dan dia pergi berseorangan. Bot ini dikatakan milik seorang bernama “Jai”. Mengikut tertuduh, bot ini ramai orang lain juga telah gunakan sebelumnya.
51
Tertuduh juga menjelaskan bahawa dia menggunakan minyak sendiri dan bukan minyak subsidi kerana dia nelayan yang tidak berdaftar. Jika berdaftar akan dapat minyak subsidi yang mana minyak diisi dalam tong biru. Tertuduh mengatakan tong merah dia guna untuk isi minyak petrolnya sendiri, manakala tong putih untuk minyak petrol stem.
52
Tertuduh mengatakan, pada hari kejadian, dia hanya membawa tong merah dan putih naik ke dalam bot dan satu tong oren untuk isi air batu dan ikan. Manakala tong biru itu sudah sedia ada dibawah tempat duduk dalam bot. Tempat duduk tekong itu juga tidak berkunci.
53
Semasa botnya didekati oleh APMM, tertuduh sedang memotong anak ikan untuk dibuat umpan. Oleh itu, tangannya sedikit berlendir. Tertuduh juga mengatakan, semasa anggota APMM naik ke botnya, mereka buat pemeriksaan dan mengeluarkan tong biru P5 dan menyerahkannya kepada tertuduh. Oleh kerana tangannya berlendir dan licin, tertuduh terlepas pegangan tong biru tersebut. Tong itu kemudiannya diambil oleh anggota APMM. Tertuduh mengatakan tidak mengetahui keberadaan apa-apa bahan dadah dalam tong tersebut.
54
Tertuduh menafikan telah mencampakkan tong P5 ke dalam laut dan menafikan telah bertindak agresif terhadap anggota
55
Tertuduh juga memanggil salah seorang rakan nelayannya untuk memberikan keterangan. Sarizan bin Shamsudin, SD2 hanya mengesahkan dia mengenali tertuduh sudah lima (5) tahun dan sahkan tertuduh juga seorang nelayan. SD2 juga mengesahkan bahawa tong biru adalah untuk mengisi minyak subsidi yang hanya layak kepada nelayan berdaftar dan tertuduh bukan nelayan berdaftar. Analisa dan Dapatan di akhir Kes Pembelaan 56. Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, jika pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311)
57
Mengenai anggapan pengedaran dibawah s.37(da), beban akan berpindah kepada tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian yang mana bebannya adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan yang munasabah (rujuk kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116).
58
58.
Preamble
Mengikut kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan memutuskan: “.. the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.”
59
Dengan pemakaian anggapan di bawah s.37(da) ini juga, elemen pegedaran telah dianggap maka tertuduh dikatakan mengedar dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya (until the contrary is proved). Tertuduh dengan ini perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (rujuk Ng Chai Kem v PP (1994) 2 CLJ 593 dan Mohamad Radhi v PP (1992) 2 SCR 145).
60
Dalam pembelaan tertuduh, telah dihujahkan oleh peguam seperti berikut sebagai bukti sanggahan (rebuttal evidence):
1
Tertuduh menimbulkan isu keesahan tong berwarna merah yang dirampas tidak menyamai tong milik tertuduh. Dihujahkan bahawa tong merah milik tertuduh mempunyai perkataan “Yamaha” sedangkan tong merah yang dikemukakan di P26 tiada catitan tersebut. Oleh itu ada keraguan mengenai tong berwarna merah ini.
2
Tertuduh juga menimbulkan isu hose (caplin) yang disambung pada enjin bot juga berlainan dan tidak sama kerana ia tidak boleh disambung pada enjin bot jenis Yamaha.
3
Tong berwarna biru (P5) dan bot fiber bukan milik tertuduh. Tong biru sudah sedia ada dalam bot dan ianya diluar pengetahuan tertuduh. Manakala bot fiber adalah milik “Jai”.
4
Tong biru adalah untuk minyak subsidi sedangkan tertuduh tidak layak untuk minyak subsidi kerana bukan nelayan yang berdaftar.
5
Bot fiber ini bukan sahaja digunakan oleh tertuduh, tetapi juga orang lain iaitu penama Menthol, Rahmat dan Ya. Malah bot ini juga telah digunakan oleh ramai orang lain yang membayarnya untuk pergi memancing di laut.
6
Pegawai penyiasat gagal menyiasat siapakan tuan punya sebenar bot fiber.
7
Lokar/box dibawah tempat duduk dalam bot fiber tidak berkunci. Maka sesiapa sahaja yang menggunakan bot boleh meletakkan barang dalam lokar tersebut.
8
Semasa tertuduh menaiki bot itu, tong biru sudah sedia ada dalam lokar.
9
Tertuduh tidak tahu tong biru ada kesan torehan dibawahnya. Tertuduh juga tiada pengetahuan mengenai tong biru dan mengatakan tong biru itu ditinggalkan oleh orang yang menggunakan bot sebelum tertuduh. MTJB JA-45A-28-11/2020 10. Senarai bongkar yang disediakan oleh SP7 tidak dicatitkan tempat tong biru dijumpai dan dibiarkan kosong. Oleh itu tidak dipastikan tong biru itu sebenarnya dijumpai dalam lokar atau dalam laut.
11
Semasa anggota APMM mendekati bot tertuduh, dia sedang memotong ikan kecil untuk umpan dan tangannya berlendir dan dalam keadaan licin. Pegawai APMM telah mengambil tong biru dan menyuruh tertuduh memegangnya. Oleh kerana bot bersaiz kecil, ianya bergoyang-goyang dan dengan tangan tertuduh yang licin, tong biru telah terlepas dari tangannya lalu jatuh ke laut.
12
Tertuduh tiada niat untuk melarikan diri kerana berada di tengah laut dan tiada ruang atau peluang untuk lari.
13
Tertuduh juga tidak cuba untuk bergelut kerana mengatakan dia tidak bersalah.
14
Tertuduh mengatakan keterangan dia betul dan keterangan pegawai APMM tidak benar.
15
Tiada barangan peribadi tertuduh dijumpai atau dirampas dari atas bot.
16
Tiada analisa kesan cap jari dibuat pada dadah yang dijumpai.
17
Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.
61
Sebagai hujah balas, pendakwaan mengatakan seperti berikut: MTJB JA-45A-28-11/2020 1. Pendakwaan berhujah bahawa pembelaan tertuduh adalah superficial dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.
2
Keterangan tertuduh dan saksi SD2 hanya bersifat penafian semata-mata dan afterthought.
3
Pada hari kejadian, hanya tertuduh berada dalam bot dan dia adalah orang yang menguruskan bot, tiada orang lain.
4
Siasatan telah dilakukan terhadap bot dan mendapati bahawa bot tidak didaftar di jabatan laut. Walau bagaimanapun, bukanlah satu keperluan mandatori bagi nelayan untuk mendaftarkan bot mereka dan bukan satu kesalahan jika ianya tidak didaftarkan.
5
Tertuduh sebenarnya tahu ada dadah dalam tong biru yang dalam kawalannya. Atas sebab itu, dia telah bertindak untuk cuba membuang tong biru tersebut sepertimana keterangan pegawai Maritim.
6
Alasan tangan tertuduh licin hanya bersifat penafian semata-mata.
7
Nama-nama yang disebut iaitu Jai, Menthol, Rahmat dan Ya hanya rekaan tertuduh.
8
Isu tong merah, tuan punya bot dan jenis enjin yang ditimbulkan tidak relevan.
9
SP4, SP5, SP6 dan SP7 adalah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai dan tiada sebab untuk tidak diterima keterangannya. (Rujuk kes PP v Shaaban b Abd Rahman (1989) 2 MLJ 313 dan PP v David Ackowuah Bonsu (1999) 2 CLJ 677). MTJB JA-45A-28-11/2020 10. Pembelaan gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) ADB dan juga gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan.
62
Di akhir kes pembelaan, saya berpendapat bahawa tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan pengedaran di bawah s.37 (da) (xvi) atas imbangan kebarangkalian dan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
63
Keterangan utama di tempat kejadian untuk kes pendakwaan bergantung hampir keseluruhannya dari testimoni pegawai serbuan yang membuat tangkapan iatu SP7, SP4, SP5 dan
64
Pembelaan memberikan versi yang berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan terutama fakta bahawa tong biru telah diambil keluar oleh pegawai Maritim dan menyerahkannya kepada tertuduh dan tong biru telah terlepas dari pegangan tangan tertuduh kerana licin. Tindakan agresif dinafikan dan tertuduh mengatakan bahawa keterangan pegawai Maritim, tidak benar.
65
Telah diputuskan oleh kes-kes terdahulu mengenai nilai keterangan pihak berkuasa jika dibandingkan dengan keterangan tertuduh yang mana, tanpa wujud keterangan atau motif yang memungkinkan SP7 (dan saksi serbuan yang lain) untuk tidak bercakap benar maka tiada alasan untuk saya meragui keterangan mereka. Berbanding dengan keterangan tertuduh, dia tentunya akan memberikan versi bertujuan untuk melepaskan dirinya dari pertuduhan (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] MLJ 257).
66
Pengataan tertuduh bahawa SP7 tidak bercakap benar adalah alegasi yang serius. Namun, tidak dibuktikan bahawa SP7 dan anggota yang lain mempunyai niat untuk menganiaya tertuduh, terutamanya keterangan pihak Maritim disokong antara mereka yang turut berada di tempat kejadian.
67
Oleh itu, saya dapati keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten dan lebih kredibel dari keterangan tertuduh.
68
Pembelaan berhujah bahawa tertuduh tiada pengetahuan mengenai keberadaan dadah yang tidak dapat dilihat dalam tong biru. Saya merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada keputusan kes Ramis a/l Muniady v PP
2001
3 SLR 534, saya petik: “In Ramis a/l Muniandy v PP (2001) 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at page 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycle when he entered the vaccinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs.” -penekanan ditambah 69. Mahkamah Persekutuan juga dalam kes yang sama telah merujuk satu kes daripada Singapura iaitu Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49 yang mana Ketua Hakim Wee Chong Jin di muka surat 9 menyatakan seperti berikut: “In Tan Ah Tee, Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979]) SLR 211 at pp 217 – 218; [1980] 1 MLJ 49 at p 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.”
70
Dari keputusan kes-kes di atas, saya berpendapat, melainkan tertuduh mengemukakan penjelasan munasabah, dengan terbuktinya fakta fizikal keberadaan dadah dalam tong biru di bawah tempat duduk, dalam bot yang hanya dikawal oleh tertuduh, maka pemilikan telah dibuktikan. MTJB JA-45A-28-11/2020 71. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa pembelaan tertuduh adalah penafian semata-mata dan bersifat pemikiran terkemudian yang mana tidak harus diterima dan juga tidak menyakinkan (not convincing).
Preamble
Mengikut kes Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1980] 1 MLRH 593, saya petik: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” (Rujuk juga kes Losali v PP (2011) 4 MLJ 694, PP v Ling Tee Huah (1982) 2 MLJ 324 dan PP v Ho Sek Kong (2006) 5 CLJ 49).
72
Mengenai ketiadaan bukti forensik (kesan cap jari) dikemukakan, saya berpendapat ianya tidak semestinya bermaksud tertuduh tidak memiliki dadah yang dirampas (rujuk Gunalan a/l Ramachandran v PP (2004) 2 MLJ 489). Keterangan foresik adalah keterangan yang membentuk satu keterangan sokongan sahaja yang mana tidak akan menyebabkan lompang dalam kes pendakwaan jika ia tidak dikemukakan. Jika elemen pemilikan dan pengedaran telah dibuktikan, dari keterangan sedia ada, maka ianya tidak menjejaskan kes pendakwaan (rujuk Francis Abuchi Odike v PP (2015) 1 LNS 928).
73
Saya telah menilai dengan teliti kes pembelaan dan telah membuat dapatan selaras dengan seksyen 182A KTJ. Saya juga merujuk kepada panduan Radhi di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v PP (1991) 1 CLJ 311 seperti berikut: “It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt.
74
Sehubungan dengan itu, saya berpendapat keseluruhan kes pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan juga gagal mematahkan anggapan dibawah s.37(da) atas imbangan kebarangkalian.
75
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa keterangan bukti kes pembelaan tidak menyakinkan (not convincing) dan tidak benar (false). Rayuan Mitigasi dan Hukuman 76. Dalam rayuan mitigasi peguam, beliau telah berhujah dan memohon saya mempertimbangkan hukuman alternatif pemenjaraan seumur hidup berikutan dengan pindaan yang baru dibuat kepada s.39B.
77
Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua (2) orang anak dan ini adalah kesalahan pertama beliau.
78
Dalam hujah pemberatan, Timbalan Pendakwaraya memohon agar hukuman mati dijatuhkan ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi tertuduh.
79
Setelah mempertimbangkan hujahan mitigasi dan pemberatan pendakwaan, saya cenderung kepada hukuman alternatif atas sebab ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan kesalahan pengedaran dadah ini tidak melibatkan kekerasan atau kecederaan kepada mana-mana pihak, maka hukuman pemenjaraan boleh dipertimbang agar tertuduh boleh menginsafi dirinya dan diberi peluang untuk kembali kepada keluarganya setelah selesai menjalani hukuman.
80
Oleh yang demikian, tertuduh dengan ini disabit salah atas kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan dua belas (12) kali sebatan bagi pertuduhan terhadapnya dari tarikh beliau ditangkap. MTJB JA-45A-28-11/2020 81. Tempoh pemenjaraan dan jumlah sebatan yang dikenakan adalah yang paling minima boleh dikenakan terhadap tertuduh. Oleh itu, pada pandangan saya, ianya adalah wajar, setimpal dan mengikut kehendak serta peruntukan undang-undang semasa. Bertarikh : 1 Ogos 2025 (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Perwakilan:- Bagi pihak Pendakwaan: Tuan Ahmad Farid bin Ahmad Kamal Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bagi pihak Tertuduh: Encik Hussin bin Othman Tetuan Hussin Othman & Co. 48, Jalan Padi Mahsuri 1 Bandar Baru Uda 81200 Johor Bahru Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.