Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-56-04/2022 & WA-45-28-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-45A-56-04/2022
High Court of Malaysia7 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [49] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-56-04/2022 & WA-45-28-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
KARTHIK A/L KANNATHASAN
2
PRAVEEN A/L CHANDRASEGARAN
3
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ALI (NO. K/P : 990508-03-6529) ALASAN PENGHAKIMAN S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og PENGENALAN [1] Pada 14.12.2021 jam lebih kurang 10.00 pagi, pengadu telah menahan Karthik a/l Kannathasan (OKT1) di tempat letak kereta Secoya Residence, Jalan Pantai Murni 7, Pantai Sentral, 59200 Kuala Lumpur. Kemudian, dengan dipandu arah oleh OKT1, Pengadu dan pasukan polis telah pergi ke rumah beralamat No. 38-8, Secoya Residence, Jalan Pantai Murni 7, Pantai Sentral, 59200 Kuala Lumpur. Sampai di hadapan rumah tersebut, Pengadu telah mengarahkan OKT untuk membuka pintu menggunakan kunci yang telah dirampas. Setelah pintu berjaya dibuka, OKT1, Pengadu dan pasukan polis telah masuk ke dalam rumah dan telah menahan Praveen a/l Chandrasegaran (OKT2) yang berada di bahagian ruang tamu rumah. [2] Seterusnya, dengan disaksikan oleh OKT 1 dan 2 serta saksi polis yang hadir, Pengadu telah menjalankan pemeriksaan ke atas rumah tersebut dan telah menjumpai pelbagai barang kes yang telah dikemukakan sebagai eksibit dalam kes ini. Pengadu kemudiannya merampas kesemua barang kes dan membuat tangkapan ke atas OKT1 dan OKT2 untuk tindakan lanjut. [3] Lanjutan daripada tangkapan dan rampasan barang kes di rumah tersebut, pada 14.12.2021, jam lebih kurang 2.30 petang, pihak polis telah menahan Muhammad Afiq bin Mohd Ali (OKT3) di Pasaraya H&M KL Gateway, Ground & Upper Level, KL Gateway, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og PERTUDUHAN [4] Karthik a/l Kannathasan (OKT1), Praveen a/l Chandrasegaran (OKT2) dan Muhammad Afiq bin Mohd Ali (OKT3) telah dituduh bersama-sama dengan dua pertuduhan iaitu menanam tumbuhan jenis Cannabis dan Ganja bagi kes WA-45-28-04/2022 dan pengedaran dadah berbahaya iaitu 707.05 gram Cannabis bagi kes WA-45A-56-04/2022. [5] Bagi kes WA-45A-56-04/2022, OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai satu pertuduhan seperti berikut :- (tuduhan pertama) "Bahawa kamu bersama-sama pada 14 Disember 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi, di no. 38-8, Secoya Residences, Jalan Pantai Murni 7, Pantai Sentral, dalam Daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 707.05 gram Cannabis. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." [6] Bagi kes WA-45-28-04/2022, OKT1, OKT2, dan OKT3 mempunyai satu pertuduhan seperti berikut :- (tuduhan kedua) "Bahawa kamu bersama-sama pada 14 Disember 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi, di no. 38-8, Secoya Residences, Jalan Pantai Murni 7, Pantai Sentral, dalam Daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menanam S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og tumbuhan jenis Cannabis dari Ganja. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) Akta yang sama dibacа bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." [7] Bagi membuktikan tuduhan pertama pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen berikut: i. bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. ketiga-tiga OKT mempunyai milikan dadah berbahaya tersebut; dan iii. ketiga-tiga dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya tersebut. [8] Manakala bagi tuduhan kedua pula, elemen berikut perlu dibuktikan, iaitu: i. pokok/tumbuhan yang ditemui merupakan pokok/tumbuhan cannabis; dan ii. ketiga-tiga OKT dengan niat Bersama mempunyai milikan terhadap tumbuhan/pokok tersebut. [9] Selain dari itu pihak pendakwaan juga perlu membuktikan yang bahan yang dirampas pada hari kejadia juga merupakan bahan yang dikemukakan di Mahkamah pada hari perbicaraan. [10] Menerusi keterangan SP2 pengadu yang melakukan tangkapan dan rampasan, SP1 ahli kimia yang menjalankan analisis dan SP9 S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og pegawai penyiasat yang menerima bahan-bahan tersebut dari SP2 dan menyerahkan kepada SP1 untuk tujuan analisis serta keterangan dokumentar iaitu senarai bongkar yang disediakan olah SP2 dan borang serah menyerah antara SP2 dan SP9, saya berpuas hati bahawa ketiga-tiga saksi in telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang mereka buat pada kesemua bahan berkaitan. [11] SP2 mengesahkan yang bahan-bahan yang dikemukakan di Mahkamah adalah bahan-bahan yang ditemui dan dirampas dari tempat kejadian. [12] Dalam keadaan in saya memutuskan bahawa rantaian keterangan berkenaan identiti bahan-bahan yang dikemukakan tidak terputu Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489.s. Bahan yang dikemukakan adalah Cannabis bagi tuduhan pertama dan tumbuhan/pokok cannabis bagi tuduhan kedua. [13] Bagi membuktikan elemen ini pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP1 iaitu ahli kimia yang menjalankan analisis. Melalui keterangan lisan beliau dan laporan kimia yang disediakan (P9) SP1 mengesahkan yang yang 8 plastik berisi tanah dan 8 batang pokok (P11-P42) adalah pokok cannabis. [14] Manakala eksibit bertanda D1, D2, E1, E2 dan F1 (P63, 64, 67, 69, dan P71) mengandungi cannabis seberat 707.05 gram. Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan dan seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [15] Keterangan ini tidak dicabar oleh mana-mana OKT. [16] Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.” [17] Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan jenis dan berat dadah berbahaya iaitu cannabis bagi tuduhan pertama dan pokok yang dirampas adalah pokok cannabis bagi tuduhan kedua, yang merupakan perkara pokok (subject matter) dalam kedua-dua pertuduhan terhadap krtiga-tiga OKT. Ketiga-tiga OKT mempunyai milikan dadah berbahaya dan tumbuhan/pokok cannabis tersebut [18] Keterangan SP2 menunjukkan yang OKT1 telah ditahan di tempat letak kereta Secoya Residence, Jalan Pantai Murni 7, Pantai sentral sewaktu OKT1 keluar dari kereka Mercedes nombor pendaftaran W190C. pemeriksaan badan OKT1 menghasilkan penemuan 1 kad akses (P112) dan serangkai kunci rumah (P113). S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [19] Dengan dipandu arah oleh OKT1, SP2 dan pasukan telah dibawa ke premis sepertimana tuduhan pertama. Ketika sampai di situ pintu premis dalam keadaan bertutup dan berkunci. OKT1 kemudiannya telah membuka pintu rumah dengan menggunakan P113. [20] OKT2 yang ketika itu berada di ruang tamu premis tersebut telah ditahan. [21] Pemeriksaan di dalam premis tersebut membuahkan penemuan 8 pokok cannabis di bilik ketiga sebelah kanan berserta PP63, P64 dan P67, P69 di atas meja bahagian tengah premis tersebt. Manakala P71 ditemui dalam bilik stor di sebelah kiri premis. [22] Selain dari itu P103 perjanjian sewaan rumah atas nama OKT1 turut ditemui dalam premis tersebut. Seterusnya, laporan DNA (P162 mengesahkan profil DNA OKT1 ditemui pada sebatang berus gigi (P162) yang ditemui. Barangan peribadi OKT1 iaitu paspot atas nama OKT1 (P107), 1 kad Republic of Singapore (P105) dan 1 lesan memandu (P106) atas nama OKT1 juga turut ditemui. [23] Profil DNA OKT2 juga turut diemui pada sebatang berus gigi (P166) yang dirampas di premis ini. Selain dari itu 2 paspot Malaysia atas nama OKt2 (P108 & 109) dan 1 resit Imigresen Singapore (P144) juga atas nama OKT2 turt ditemui di situ. [24] Seterusnya, OKT3 walaupun ditangkap di tempat yang berasingan iaitu di Pasaraya H&M KL Gateway Jalan Keinchi pada hari yang sama berdasarkan penemuan 1 fail yang mengandungi sijil-sijil atas namanya (P110) di premis tersebut. Juga ditemui profil DNAnya pada pisau cukur S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og (P158) dan bertus gigi (P160). Selain dari itu OKT3 juga adalah penyumbang major kepada profil DNA yang ditemui dapat 1 tuala yang dirampas (P164). [25] Dakwaan pihak pembelaan yang pokok cannabis ditemui dalam bilik yang didiami oleh seorang individu bernama Jitendran telah dinafikan oleh saksi-saksi pendakwaan. SP9 dalam keterangannya jelas menyatakan kedudukan khemah kanvas yang menempatkan kesemua 8 pokok cannabis telah memenuhi ruang bilik ketiga tersebut. Rujukan kepada gambar P99A-E jelas menunjukkan bilik tersebut dipenuhi dengan khemah, botol-botol yang mengandungi cecair serta barangan eksibit lain. Ini tidak memungkinkan kehadiran individu lain untuk mendiami bilik tersebut. [26] Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain dari jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan. [27] Menggunapakai prinsip yang dinyatakan dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 dan PR lwn Chsung Meng dan Chen Hui [2015] 2234, saya berpuas hati dengan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai kawalan/jagaan dan pengetahuan tentang cannabis dan pokok cannabis yang ditemui dalam premis ini. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [28] Penemuan profil DNA kesemua OKT, pejanjian sewaaan atas nama OKT1, dokumen-dokumen peribadi atas nama ketiga-tiga OKT menunjukkan yang mereka adalah penghuni dan tinggal di premis tersebut. Rujuk “common sense approach” yang dinyatakan oleh YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP. [29] Berdasarkan keterangan sepertimana yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen milikan bagi kedua-dua pertuduhan telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung. Ketiga-tiga mengedar dadah berbahaya tersebut. (tuduhan pertama) [30] Memandangkan berat cannabis yang ditemui adalah melebihi dari 200 gram, andaian statutory pengedaran di bawah seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah terpakai bagi tuduhan pertama terhadap ketiga-tiga OKT. [31] Ketiga-tiga OKT juga dituduh menggunakan seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tuduhan pertama dan seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. [32] Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa elemen seksyen 34 Kanun Keseksaan telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Keterangan pihak pendakwaan sepertimana yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan yang ketiga-tiga OKT tinggal dan mendiami premis tersebut dan keadaan di mana cannabis dan pokok-pokok cannabis ditemui jelas menunjukkan mereka bersama-sama mempunyai kawalan/jagaan dan S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og pengetahuan tentang kewujudan cannabis dan pokok-pokok cannabis berkenaan. [33] Kesemua keterangan ini pada hemat Mahkamah menunjukkan yang ketiga-tiga OKT mempunyai niat bersama dalam melakukan kesalahan ini. Rujuk kes Sabarudin bin Non & Ors v PP [2005] 1 CLJ 466 dan Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 6 MLJ 227. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [34] Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib Bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk). KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [35] Dengan dapatan ini, Mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap ketiga-tiga OKT bagi kedua-dua pertuduhan dan memerintahkan ketiga-tiga OKT untuk membela diri bagi tuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (tuduhan S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og pertama) dan seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (tuduhan kedua). PEMBELAAN KETIGA-TIGA OKT [36] Ketiga-tiga OKT memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. [37] Secara ringkasnya, OKT1 mendakwa yang dia tidak tinggal di premis tempat kejadian dan hanya berada di situ untuk berjumpa dengan Jitendran yang mengajaknya ke sana bagi tujuan perbincangan untuk ke Singapura. Ketika ke premis tersebut, OKT1 membawa bersama beg gim yang mengandungi paspot dan kad penduduk tetap kerana akan ke gim. Kad akses dan rangkaian kunci tidak pernah dirampas darinya sebaliknya telah sedia ada pada SP6. Menurutnya lagi, paspot dan kad penduduk tetapnya telah dirampas di tempat parkir ketika mula-mula ditahan polis. [38] Selain dari itu, OKT1 turut mendakwa yang Jitendran telah dibawa ke premis tersebut oleh pihak polis selepas dia dan OKT2 serta OKT3 ditangkap pada kira-kira jam 10.45 pagi hari kejadian. [39] OKT2 juga mendakwa yang dia tidak tinggal di premis tersebut dan sepertimana OKT1, dia dihubungi oleh Jitendran untuk datang bagi berbincang berkaitan perjalanan ke Singapura. [40] Ketika datang, OKT2 mendakwa ada membawa beg galas bersama pakaian dan alat mandian. Menurut OKT2 lagi, dia telah mandi ketika di premis tersebut dengan menggunakan tuala di situ. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [41] OKT2 turut mendakwa yang Jitendran telah dibawa ke premis tersebut oleh pihak polis selepas dia dan OKT1 dan OKT3 ditangkap pada kira-kira jam 10.45 pagi hari kejadian. [42] Manakala OKT3 pula memberi keterangan yang hampir serupa dengan OKT1 dan OKT2 iaitu dia tidak tinggal di premis tersebut sebaliknya hanya datang selepas dihubungi oleh Jitendran untuk berbincang tentang perjalanan ke Singapura. [43] OKT3 juga mendakwa ada membawa beg berisi pakaian dan alat mandian dan telah menggunakan bilik air dan tuala di situ. OKT3 mengesahkan dia ditangkap di tempat kerjanya dan bukan di premis tempat kejadian. [44] Dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086 Mahkamah Agung dengan jelas menyatakan pembelaan oleh OKT sewajarnya diketengahkan seawal mungkin dan sekiranya hanya ditimbulkan ketika pembelaan OKT, ia akan dianggap sebagai ‘recent invention’. [45] Begitu juga dalam kes PP v Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ 49 dan Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154 perkara yang sama dinyatakan. [46] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 memutuskan: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the Plaintiff S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross-examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed by the defence it becomes the defence’s duty to, in whatever way, to put the Plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the Plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross-examination of those facts statements made by the Plaintiff’s or prosecution’s witnesses must be accepted as true. Even if the Plaintiff’s or prosecution’s does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during the Plaintiff’s or prosecution’s case.” TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [47] Menjadi tugas Mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt). (rujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [48] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [49] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. DAPATAN MAHKAMAH [50] Terdapat percanggahan dalam keterangan antara ketiga-tiga OKT tentang bagaimana mereka mengenali antara satu sama lain. OKT1 mendakwa hanya mengenali OKT2 dan OKT3 pada hari kejadian selepas pertemuan yang diatur oleh Jitendran. [51] OKT2 pula mendakwa mengenali OKT1 dan OKT3 melalui kumpulan whatsapp yang sama sejak dari Januari 2021, dalam perbincangan untuk ke Singapura. [52] OKT3 pula menyatakan hanya mengenali OKT1 antara bulan Ogos/September 2021 dan hanya mengenali OKT2 pada 13.12.2021 iaitu sehari sebelum kejadian. OKT3 juga dalam keterangannya mengesahkan tidak pernah berada dalam kumpulan whatsapp bersama OKT2 pada Januari 2021. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [53] Selain dari itu, wujud juga percanggahan antara keterangan OKT2 dan OKT3 di mana OKT2 mendakwa yang OKT3 telah keluar dari premis itu pada jam 10.00 malam 13.12.2021 sedangkan OKT3 dalam keterangannya mengatakan yang dia ada di premis tersebut pada waktu itu dan telah meminta kebenaran dari Jiterandran untuk menggunakan bilik air di ruang tamu bagi tujuan membersihkan diri. [54] Versi pembelaan oleh ketiga-tiga OKT ini tidak pernah dibangkitkan pada mana-mana saksi pendakwaan semasa pericaraan di peringkat pendakwaan. [55] Ketiga-tiga OKT juga mendakwa yang tiada sebarang dokumen peribadi yang dirampas di premis tersebut, bertentangan dengan keterangan SP6 dan SP9. Saya sebelum ini, di peringkat kes pendakwaan telah menimbang keterangan kedua-dua saksi ini dan mendapati mereka adalah saksi yang tidak berkepentingan memandangkan mereka ini adalah pegawai polis yang menjalankan tugas rasmi mereka. Tiada sebab dan alasan untuk mereka sengaja mengada-adakan ataupun mereka-reka keterangan. Oleh itu, saya telah menerima keterangan mereka sebagai benar. [56] Kewujudan perjanjian sewaan atas nama juga tidak dapat dijelaskan oleh OKT1 selain dari mendakwa yang penyewa sebenar premis tersebut adalah Jitendran. [57] Dalam keadaan ini, berdasarkan kepada keterangan yang ada, saya mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh ketiga-tiga OKT adalah merupakan suatu pembelaan yang bersifat rekaan dan penafian semata-mata dan merupakan satu pemikiran terkemudian. S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og [58] Oleh yang demikian, setelah memberikan pertimbangan di tahap maksimum terhadap keseluruhan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah, saya memutuskan bahawa ketiga-tiga OKT gagal untuk menyangkal andaian statutori pengedaran bagi tuduhan pertama dan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan.
para
[59] Saya dengan ini memutuskan yang pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui batasan kemungkinan yang munasabah terhadap ketiga-tiga OKT ke atas kedua-dua tuduhan yang dikenakan terhadap mereka. [60] Ketiga-tiga OKT dengan ini didapati bersalah dan disabitkan kesalahan bagi kedua-dua tuduhan yang dikenakan. HUKUMAN [61] Setelah memberikan pertimbangan kepada mitigasi dari ketiga-tiga OKT iaitu: OKT1: Ini merupakan kesalahan pertama, berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pramugara di Singapore Airlines dengan pendapatan SGD7000 sebulan; OKT2: berusia 35 tahun dan bekerja sebagai Pengurus kilang, juga merupakan kesalahan pertama dan mempunyai ibu berusia 73 tahun yang merupakan tanggungannya; dan S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og OKT3: juga merupakan kesalahan pertama dan berusia 22 tahun ketika kejadian. [62] Bagi tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi kes WA- 45A-56-04/2022 (tuduhan pertama): Setiap OKT dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh ditangkap iaitu 14.12.2021. [63] Bagi tuduhan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi kes WA- 45-28-04/2022 (tuduhan kedua): Setiap OKT dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 6 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa dari tarikh ditangkap iaitu 14.12.2021. Bertarikh : 30 Mac 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwa Raya : Syajaratudur binti Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh 1 : Mathavan a/l Manikam Tetuan Mathavan & Partners Bagi pihak Tertuduh 2 : Manoharan Malayalam & Nur Syamimi Adriana binti Shaharim Tetuan Manoharan & Co Bagi pihak Tertuduh 3 : Mohd Yusof bin Awang Lah Tetuan Riza Yusof & Partners S/N ke4H0VrYTEi/S/tcrfr/og
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.