Content
Page 1 of 30 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO.: (PA-45A-18-08/2020) ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SIVACHANDRAN A/L SUBRAMANIAM
PA-45A-18-08/2020
High Court of Malaysia22 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“nder s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction Munusamy v. PP [1936] CLJU 32. If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case”
“tersebut. [31] Untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan, Mahkamah ini berpandukan keputusan di dalam kes yang sering kali dirujuk iaitu kes Chan Pean Leong vs PP [1956] MLJ 237 yang mana secara ringkasnya menyatakan— “..a person is said to be in possession of a thing if he has the p”
“witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed. (See the cases of PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129 and PP v. Teh Cheng Poh [1979] CLJU S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA **Note : Serial number wi”
“gan kebarangkalian (balance of probabilities). [73] Tahap pembuktian ini lebih tinggi daripada sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah. Prinsip ini disokong oleh keputusan dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116 dan di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Ra”
“an setiap peringkat rantaian milikan, dari masa ekshibit tersebut dirampas oleh polis sehingga ia dikemukakan di mahkamah.”. [42] Selain itu, Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes Su Ah Ping v. PP [1979] CLJU 100; [1979] 1 LNS 100) yang memutuskan— “In our judgment, if the officer who picked up an object at the scen”
“T dan SD2 bertentangan dengan keterangan saksi pendakwaan. Dalam menilai keterangan pendakwaan, Mahkamah ini berpandukan kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu Wong Swee Chin v. PP [1980] CLJU 138, di mana Zulkefli Makinuddin, HMP (pada ketika itu) memutuskan di muka surat 884 - “SP2 was not an inter”
“lebih tinggi daripada sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah. Prinsip ini disokong oleh keputusan dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116 dan di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “So the appellant had to rebut the operativ”
“l be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 23 of 30 (Rujuk kes Balachandran (supra) di 99, & Md Zairudin bin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 MLJ 773 di 793; [2012] MLJU 314; [2013] 3 AMR 480). Beban untuk Menangkis Anggapan Pengedaran – Seksyen 37(da) Akta 234 [71] Mahkamah ini”
“ng. Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan dan kredibiliti mereka adalah utuh dan tiada sebab untuk meragui keterangan mereka (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] CLJU 377; (2013) 1 LNS 377 S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA **Note : Serial number will be used to verify the originality”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 30 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO.: (PA-45A-18-08/2020) ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SIVACHANDRAN A/L SUBRAMANIAM
a
(A) PENDAHULUAN [1] Sivachandran a/l Subramaniam (“OKT”) telah dihadapkan ke Mahkamah ini atas satu (1) pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. [2] Di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan OKT telah dipanggil membela diri. Di peringkat pembelaan, OKT telah memberi keterangan secara bersumpah dan seorang saksi pembelaan (SD2) telah dipanggil memberi keterangan bagi menyokong kes pembelaan. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 2 of 30 [3] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. Bagi elemen pengedaran dadah pula, Mahkamah ini juga mendapati pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB. Selanjutnya, OKT telah didapati bersalah dan disabitkan kesalahannya sepertimana pertuduhan yang dihadapinya. [4] Setelah mendengar rayuan OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini telah menjatuhi ke atas OKT hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh tangkapan (iaitu 26.9.2019) dan 13 kali sebatan rotan. [5] OKT yang tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman telah memfailkan dua Notis Rayuan yang didaftarkan dengan nombor P-05(H)-252-06/2025 (difailkan oleh pihak penjara bagi pihak OKT) dan satu lagi Notis Rayuan yang didaftarkan dengan nombor P-05(SH)-247-05/2025 yang difailkan oleh Peguambela OKT. Alasan Penghakiman ini disediakan bagi kedua-dua rayuan. Pertuduhan [6] OKT dihadapkan dengan pertuduhan yang berikut - “Bahawa kamu pada 26.9.2019 jam lebih kurang 7.20 malam di tepi jalan besar, Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Dalam Daerah Seberang Perai Tengah, dalam Negeri Pulau Pinang, S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 3 of 30 telah mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 209.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
b
(B) FAKTA KES PENDAKWAAN [7] OKT mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mereka ialah:
i
SP1: Siti Aishah binti Che Ani (Ahli Kimia)
II
(ii) SP2: Inspektor Mohd Izamrie bin Bahadun (Anggota Serbuan)
III
(iii) SP3: Inspektor Zamri bin Mohamed Shariff (Pegawai Serbuan)
IV
(iv) SP4: Inspektor Bahtiyar bin Bacho - Pegawai Penyiasat [8] SP3 ialah Pegawai Serbuan dan merupakan saksi utama di dalam kes ini. Keterangan beliau bahawa pada 26.9.2019 jam 6.30 petang, telah menerima satu maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah oleh satu Lelaki India yang menaiki kereta Proton Wira nombor pendaftaran PDT 4321 di jalan Permatang Rawa Bukit Mertajam (tempat kejadian). Selanjutnya satu taklimat telah diadakan bersama anggota pasukannya mengenai serbuan yang akan dijalankan. [9] Setelah taklimat selesai, SP3 dan pasukannya bergerak ke tempat kejadian pada sekitar jam 7.00 malam dengan S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 4 of 30 menggunakan 3 buah kenderaan pasukan yang tidak berlambang. Kesemua mereka berpakaian preman dan bersenjata api. [10] Apabila sampai di kawasan tempat kejadian, pemerhatian selama 15 – 20 minit telah dilakukan. Kemudiannya OKT dilihat sedang berdiri di tempat kejadian berhampiran kereta Proton Wira No. PDT 4321. [11] SP3 telah mengarahkan anggota pasukannya untuk melakukan serbuan dan kemudiannya menahan OKT. [12] Setelah ditahan, OKT digari dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah. Pemeriksaan ke atas bag silang (ekshibit P20) yang sedang digalas oleh OKT telah menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar yang berisi ketulan-ketulan kristal. [13] OKT ditangkap dan dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT). Di pejabat, SP3 telah menimbang barang kes, membuat penandaan dan membuat Laporan Polis Bukit Mertajam 10761/19 (ekshibit P3) berkaitan tangkapan ke atas OKT. SP3 juga telah menyediakan Senarai Pemeriksaan (ekshibit P4). [14] Pada 26.9.2019, jam lebih kurang 11.40 malam, SP3 telah menyerahkan barang kes dan OKT kepada pegawai penyiasat (SP4). SP4 telah membuat penandaan ke atas barang kes. SP4 kemudian mengambil gambar dan menyimpan barang kes di dalam biliknya yang berkunci. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 5 of 30 [15] Pada 27.9.2019 jam 2.53 petang, SP4 telah menghantar barang kes iaitu sampul bertanda “TR” (ekshibit P17) dan sesalinan Borang Pol. 31 (ekshibit P11) ke Jabatan Kimia Malaysia dan diterima oleh ahli kimia (SP1). SP4 menerima resit kimia dengan nombor makmal 19-FR-P-08221 (ekshibit P12) daripada SP1. [16] Pada 9.12.2019 jam lebih kurang 3.20 petang, SP1 telah menyerahkan semula barang kes yang telah dianalisis kepada Inspektor Mohd Shawal bin Hamad berserta satu laporan kimia (ekshibit P13). [17] Hasil analisis oleh SP1 ke atas bahan kristal jernih yang terdapat di dalam satu paket plastik bertanda “TR1” mendapati bahan tersebut adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 209.7gram dan merupakan sejenis dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
c
(C) PEMBUKTIAN KES PRIMA FACIE [18] Adalah merupakan undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. [19] Untuk menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan, maka adalah menjadi tugas Mahkamah untuk membuat satu penilaian yang maksimum ke atas keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan seperti S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 6 of 30 mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Selanjutnya Mahkamah hendaklah meneliti sama ada semua elemen kesalahan di bawah seksyen 39B ADB telah berjaya dipenuhi. [20] Prinsip ini telah dijelaskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, yang dipetik seperti berikut: “[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case whilst Section 182(A) (1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof of the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase ‘prima facie’ in section
180
Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out, the accused shall be called to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turns means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal...”. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 7 of 30 Elemen-Elemen Kesalahan [21] Untuk membuktikan satu kes prima facie, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut:
i
Dadah tersebut termasuk dalam takrifan “dadah berbahaya” di bawah Jadual Pertama ADB;
II
(ii) Dadah itu di dalam milikan dan kawalan OKT serta OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut; dan
III
(iii) OKT mengedar dadah tersebut.
d
(D) PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Elemen (i): Dadah tersebut termasuk dalam takrifan “dadah berbahaya” di bawah Jadual Pertama ADB [22] Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP1, seorang Ahli Kimia yang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia dan bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, Negeri Pulau Pinang. [23] Beliau telah menganalisis barang kes yang diterima daripada SP4 dan hasil analisisnya mengesahkan bahawa bahan tersebut adalah Methamphetamine dengan berat bersih 209.7 gram. SP1 telah mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam
Schedule
Jadual Pertama ADB. [24] Semasa pemeriksaan balas, keterangan SP1 telah dicabar mengenai analisis yang telah dijalankan. Berdasarkan penjelasan SP1, Mahkamah mendapati tiada keraguan di S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 8 of 30 dalam analisis yang telah dijalankan dan tiada keraguan mengenai identiti dadah tersebut. [25] Walaupun pihak pembelaan mencabar keterangan SP1, namun di dalam hujahannya pihak pembelaan tidak mempertikaikan bahawa dadah yang ditemui adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan dalam ADB dan yang dikemukakan di Mahkamah. [26] Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP1 merupakan seorang ahli kimia yang berkelayakan berdasarkan kelulusan dan pengalamannya untuk menjalankan analisis kimia ke atas dadah tersebut. Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat olehnya berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah tersebut. [27] Berhubung penilaian keterangan Ahli Kimia, Mahkamah ini menerima pakai panduan yang diberikan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 MLJ 492 di muka surat 496, menyatakan seperti berikut – “The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine their identity and to confirm what other witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copy right or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that is this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the court is S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 9 of 30 entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.”. [28] Manakala di dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah menyatakan – “The court is entitled to accept the opinion of the chemist at its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert”. [29] Pendapat ini juga telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Tarmizi bin Yaacob & Satu Lagi v. PP [2006] 6 MLJ 197, [2006] 4 CLJ 472 yang memutuskan seperti berikut: "[25] Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmal...." [30] Berpandukan prinsip yang dinyatakan di dalam kes-kes di atas, Mahkamah ini menerima keterangan SP1 sebagai keterangan yang boleh dipercayai. Tiada keterangan lain untuk menyangkal atau mencabar hasil analisis SP1 tersebut. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 10 of 30 Elemen (ii): Tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. [31] Untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan, Mahkamah ini berpandukan keputusan di dalam kes yang sering kali dirujuk iaitu kes Chan Pean Leong vs PP [1956] MLJ 237 yang mana secara ringkasnya menyatakan— “..a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons.” [32] Keputusan di dalam kes Chan Peng Leong (supra) telah diterima pakai oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes-kes PP v. Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1, PP v. Denish Madhavan [2009] 2 MLJ 194, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 3 MLJ 630, Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2019] 6 MLJ 231 & Chan Wei Loon v. PP and another appeal [2021] 4 MLJ 660. [33] Mengenai maksud “custody”, “control” dan “possession”, ianya telah dibincangkan dengan jelas di dalam kes Leow Nghee Lim v Red [1956]1 MLJ 28 di mana dinyatakan seperti berikut: “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them, Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession… S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 11 of 30 Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband… Probably the most helpful definition of possession is:- “The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons.” This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [34] Mengenai elemen pengetahuan dan pembuktiannya, Mahkamah ini berpandukan kepada kes yang juga seringkali dirujuk iaitu kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.”. [35] Berdasarkan keputusan di atas dapatlah difahami bahawa istilah “pemilikan” merujuk kepada keupayaan pemiliknya untuk berurusan dengan dadah tersebut dengan mengecualikan akses orang lain dan dia ada pengetahuan mengenai dadah yang menjadi sabjek di dalam pertuduhan. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 12 of 30 [36] Di dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa fakta-fakta berikut dapat membuktikan OKT memiliki dadah tersebut iaitu: (a) Pada masa serbuan OKT sedang berdiri berhampiran kereta Proton Wira No. PDT 4321 di tepi jalan Permatang Rawa Bukit Mertajam. SP3 dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT kelihatan terkejut dan telah berlaku pergelutan antara OKT dan anggota serbuan dan OKT cuba melarikan diri. (b) Keterangan SP2 dan SP3 bahawa semasa serbuan ke atas OKT, dia memakai beg silang di badannya. Hasil pemeriksaan ke atas beg silang tersebut telah membawa kepada penemuan dadah yang menjadi subjek kepada pertuduhan. (c) Dalam pemeriksaan balas, SP2 dan SP3 menafikan naratif yang dikemukakan oleh pihak pembelaan bahawa beg silang tersebut ditemui oleh pihak polis di dalam kereta Proton Wira bernombor pendaftaran PDT 4321 dan OKT tidak menggalas beg silang yang mengandungi dadah ketika ditangkap. (d) Selanjutnya cadangan bahawa beg silang berkenaan adalah milik individu bernama Ashok — yang didakwa meninggalkannya di dalam kereta sebelum melarikan diri ketika serbuan polis — turut dinafikan oleh SP2 dan SP3. Mereka secara konsisten mengesahkan bahawa S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 13 of 30 beg silang tersebut sememangnya disilang di badan (e) Mahkamah ini mendapati keterangan SP2 dan SP3 adalah tidak tercabar walaupun diperiksa balas berulang kali mengenai serbuan dan rampasan yang dibuat terhadap OKT. Keterangan mereka adalah jelas dan konsisten. (f) Mahkamah berpuas hati bahawa beg silang tersebut berada dalam kedudukan yang sangat hampir dengan badan OKT, iaitu digalas melintang di bahu dan dada OKT. Berdasarkan kedudukan beg silang tersebut yang sangat rapat atau dekat dengan OKT, maka dadah yang terdapat di dalam beg silang tersebut adalah berada dalam kawalan dan jagaan OKT serta OKT mengetahui bahawa terdapat dadah di dalam beg silang tersebut. (g) Mahkamah ini mendapati bahawa milikan dan pengetahuan berkenaan dadah adalah jelas dari keterangan langsung yang dikemukakan oleh SP2 dan SP3 bahawa OKT sedang menggalas beg silang (ekshibit P20) ketika dia dihampiri dan ditangkap oleh pasukan serbuan. [37] Berdasarkan keterangan yang ada, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas kandungan beg tersebut secara langsung tanpa perlu bergantung kepada anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) ADB. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 14 of 30 Elemen (iii) – OKT mengedar dadah berbahaya [38] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpendapat bahawa satu keterangan langsung (direct evidence) berkenaan pemilikan dadah oleh OKT telah berjaya dibuktikan kerana beg silang yang berisi dadah di dalamnya berada sangat dekat dengan OKT dan sudah pastilah OKT mempunyai pemilikan dan pengetahuan mengenai kandungan beg silang tersebut. [39] Memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan tanpa perlu bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB, maka anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) Akta yang sama boleh diaktifkan berdasarkan kepada kuantiti dadah yang besar dan secara munasabah adalah mustahil untuk kegunaan sendiri. Tambahan pula, pihak pembelaan tidak mencadangkan bahawa dadah tersebut adalah untuk kegunaan peribadi OKT. Isu-isu lain yang dipertimbangkan Rantaian Keterangan [40] Dalam isu rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan di dalam kes Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 yang menyatakan bahawa- “..the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist.” S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 15 of 30 [41] Prinsip ini selaras dengan dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 sebagaimana yang berikut— “(4) Ekshibit yang dirampas atau disita oleh pihak polis adalah ekshibit yang sama yang dihantar dan diperiksa oleh si mati dan kemudiannya dikemukakan di mahkamah sebagai keterangan. Pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang secukupnya berkaitan dengan setiap peringkat rantaian milikan, dari masa ekshibit tersebut dirampas oleh polis sehingga ia dikemukakan di mahkamah.”. [42] Selain itu, Mahkamah ini juga berpandukan kepada kes Su Ah Ping v. PP [1979] CLJU 100; [1979] 1 LNS 100) yang memutuskan— “In our judgment, if the officer who picked up an object at the scene produced it and identified it as that very object, that is enough, and there is no need to call every other officer who handled it.”. [43] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa rampasan ke atas barang kes dadah tersebut telah dibuat oleh SP3. Dadah tersebut terkandung dalam 1 bungkusan plastik lutsinar yang ditemui dalam beg silang yang disandang di tubuh OKT. [44] Seterusnya OKT berserta barang kes yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (“IPD”) Seberang Perai Tengah bagi tujuan dokumentasi. SP3 telah membuat timbangan dan tandaan pada barang kes. Setelah selesai urusan dokumentasi, SP3 telah menyerahkan barang kes kepada SP4. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 16 of 30 [45] SP4 juga ada membuat tandaan pada barang kes. Selanjutnya SP4 menyerahkan barang kes dadah tersebut kepada SP1 untuk analisis kimia. [46] Setelah selesai analisis, barang kes telah dikembalikan oleh SP1 kepada SP4 dan kemudiannya telah disimpan di stor penyimpanan barang kes sehingga dikemukakan ke Mahkamah pada hari perbicaraan. [47] Berdasarkan keterangan, Mahkamah mendapati dadah tersebut dijaga dan dikawal dengan baik bermula daripada masa dadah tersebut dirampas oleh SP3 sehingga SP1 selesai menjalankan analisis ke atas dadah tersebut dan seterusnya dikemukakan ke Mahkamah pada hari perbicaraan. [48] Maka dengan ini Mahkamah berpuas hati dan mendapati bahawa rantaian keterangan barang kes tidak terputus dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan. Kebolehpercayaan saksi-saksi pendakwaan [49] Mahkamah ini telah meneliti keterangan SP2, SP3 dan SP4 dan mendapati bahawa mereka merupakan saksi-saksi yang boleh dipercayai dan keterangan mereka masih “intact” dan tidak terjejas walaupun dicabar oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan balas. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 17 of 30 [50] Sepanjang perbicaraan berlangsung, Mahkamah ini telah melihat, mendengar dan menyemak keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan untuk memastikan keterangan mereka jelas dan tepat. [51] Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan mereka adalah konsisten dan bukanlah satu keterangan yang “inherently improbable”. Keterangan mereka juga tidak menunjukkan saksi-saksi pendakwaan mereka-reka keterangan mengenai tangkapan OKT dan penemuan serta rampasan barang kes dadah darinya. Maka adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini menolak keterangan mereka. [52] Mahkamah ini mendapati SP2, SP3 dan SP4 adalah saksi yang kredibel dan konsisten. Jika pun terdapat percanggahan, Mahkamah ini berpendapat ianya tidak menjejaskan kredibiliti mereka dan tiada kemungkinan (in the absence of any inherent improbability) untuk menjadikan keterangannya tidak boleh diterima. Di dalam perkara ini Mahkamah berpandukan keputusan di dalam kes PP v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15). [53] Mahkamah mendapati tiada keterangan yang menunjukkan saksi-saksi polis tersebut mempunyai motif tertentu terhadap OKT dan tiada keterangan yang memungkinkan saksi-saksi polis ini berbohong. Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan dan kredibiliti mereka adalah utuh dan tiada sebab untuk meragui keterangan mereka (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] CLJU 377; (2013) 1 LNS 377 S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 18 of 30 (E) KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [54] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pendakwaaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bagi Pertuduhan tersebut, sepertimana yang dinyatakan di dalam seksyen 180(4) KTJ. Selanjutnya anggapan pengedaran bawah seksyen 37(da) ADB dapat diaktifkan. [55] Sehubungan itu, Mahkamah memerintahkan OKT dipanggil untuk membela diri. (F) KES PEMBELAAN [56] Mahkamah ini telah menerangkan kepada OKT bahawa terdapat tiga pilihan untuknya memberi keterangan dalam pembelaannya. OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Pihak pembelaan juga telah memanggil seorang saksi iaitu SD2 untuk menyokong pembelaannya. [57] Keterangan OKT bahawa dia dan SD2 bekerja di tempat yang sama sebagai tukang pasang mozek. Pada hari kejadian jam lebih kurang 10.00 pagi, OKT bersama SD2 telah pergi ke rumah abang iparnya untuk meminjam sebuah kereta bagi tujuan membawa mozek ke lokasi kerja mereka. OKT menyatakan bahawa pada masa itu, SD2 ada membawa bersamanya satu beg silang. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 19 of 30 [58] Menurut OKT, selepas selesai bekerja, pada kira-kira jam 6.30 petang, dia bersama SD2 menaiki kereta tersebut untuk memulangkannya kepada abang iparnya. Dalam perjalanan pulang, SD2 telah menerima satu panggilan telefon, namun OKT tidak mengetahui dengan siapa SD2 berkomunikasi. SD2 kemudiannya meminta OKT membawanya ke Bukit Mertajam untuk bertemu dengan rakannya. [59] Semasa dalam perjalanan ke Bukit Mertajam, SD2 sekali lagi menerima panggilan telefon dan memaklumkan bahawa mereka perlu menunggu di kawasan Permatang Rawa kerana rakannya akan datang berjumpa di situ. [60] OKT menyatakan bahawa ketika mereka sedang menunggu di lokasi yang dijanjikan, secara tiba-tiba mereka telah diserbu oleh beberapa individu. OKT menggambarkan keadaan serbuan tersebut sebagai mengejutkan dan dia menyangka dirinya bakal diserang atau dirompak. Dia cuba melarikan diri, namun telah ditolak ke bawah dan kedua-dua tangannya digari dari belakang. [61] OKT melihat SD2 membuka pintu kereta dan melarikan diri dari tempat kejadian. Dua orang anggota polis dilihat mengejar SD2, namun gagal menahannya. Pihak polis telah membantu OKT untuk bangun dan kemudiannya pihak polis memeriksa badan OKT. [62] Menurut OKT, dia kemudiannya dibawa berdekatan kereta tersebut, dan pihak polis menjalankan pemeriksaan ke atas kereta dan beg silang yang ditinggalkan oleh SD2 di dalam kereta tersebut. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 20 of 30 [63] OKT kemudiannya dibawa ke Balai Polis Perda dan dia ada memberikan maklumat SD2 dan nombor telefon SD2 kepada pihak polis. [64] Selepas lebih kurang tiga (3) bulan berada dalam tahanan reman, OKT telah bertemu dengan SD2 di penjara. Dalam pertemuan tersebut, OKT telah bertanya kepada SD2 mengapa meletakkan beg berisi dadah di dalam kereta, dan SD2 memohon maaf kepadanya. [65] Manakala keterangan SD2 bahawa pada hari kejadian, SD2 bersama OKT telah pergi ke Permatang Rawa untuk berjumpa rakan SD2. OKT telah memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar untuk menghisap rokok manakala SD2 hanya duduk di dalam kereta. SD2 kemudiannya nampak 5 hingga 6 orang telah datang dan memukul OKT. [66] Melihat OKT dipukul, maka SD2 melarikan diri kerana menyangka mereka sedang menyamun membiarkan beg silang tersebut di dalam kereta dan mengesahkan bahawa dia membawa beg yang berisi dadah tersebut. [67] SD2 ada berjumpa OKT di dalam penjara dan meminta maaf kepada menyatakan bahawa OKT ada memberitahu isteri OKT tentang beg silang tersebut kepunyaan SD2. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 21 of 30 (G) PENILAIAN MAHKAMAH KE ATAS KES PEMBELAAN Peruntukan Undang-undang [68] Seksyen 182 KTJ memperuntukkan prosedur di akhir kes seperti berikut – "Procedure at the conclusion of the trial (1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal." [69] Mohd Azmi HMA dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169 memberikan panduan mengenai pemakaian seksyen ini seperti berikut - "It is a well established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 22 of 30 such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the Court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction Munusamy v. PP [1936] CLJU 32. If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the Court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the Court to be convinced that the defence version is true, in which case the Court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the Court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the Court must not convict until it asks a further question that even if the Court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless, raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of Judges rightly prefer to adopt straight away the legally established "reasonable doubt" test, rather than to delve in the "believable and convincing" test before applying the "reasonable doubt" test." [70] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk meneliti serta menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 23 of 30 (Rujuk kes Balachandran (supra) di 99, & Md Zairudin bin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21; [2013] 3 MLJ 773 di 793; [2012] MLJU 314; [2013] 3 AMR 480). Beban untuk Menangkis Anggapan Pengedaran – Seksyen 37(da) Akta 234 [71] Mahkamah ini sedar bahawa tanggungjawab OKT bukan sahaja untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan tetapi juga mematahkan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB. [72] Apabila anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai, beban pembuktian akan beralih kepada OKT untuk menangkis anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). [73] Tahap pembuktian ini lebih tinggi daripada sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah. Prinsip ini disokong oleh keputusan dalam kes PP v. Yuvaraj [1968] CLJU 116; [1968] 1 LNS 116 dan di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] CLJU 1455; [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “So the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” [74] Anggapan di bawah Seksyen 37(da) hanya digunakan bagi tujuan membuktikan elemen pengedaran, iaitu setelah pihak S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 24 of 30 pendakwaan berjaya membuktikan elemen milikan terhadap dadah berkenaan. [75] Apabila anggapan di bawah Seksyen 37(da) diaktifkan, Mahkamah menganggap elemen pengedaran telah wujud, dan OKT hendaklah membuktikan sebaliknya melalui keterangan yang mencukupi dan meyakinkan. Penilaian Keterangan OKT [76] Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT dalam konteks keseluruhan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. Untuk membuktikan elemen milikan dan pengetahuan berkenaan dadah, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2, SP3 dan SP4. Manakala OKT pula menafikan sebarang pengetahuan berkenaan kandungan Eksibit P20. [77] Ternyata di sini bahawa keterangan OKT dan SD2 bertentangan dengan keterangan saksi pendakwaan. Dalam menilai keterangan pendakwaan, Mahkamah ini berpandukan kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu Wong Swee Chin v. PP [1980] CLJU 138, di mana Zulkefli Makinuddin, HMP (pada ketika itu) memutuskan di muka surat 884 - “SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed. (See the cases of PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129 and PP v. Teh Cheng Poh [1979] CLJU S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 25 of 30 82; [1979] 1 LNS 82). ... It is also to be noted that there is no challenge by the defence on the evidence of SP2 of any ulterior motive that he might have to concoct evidence against the appellant. On this point there is a principle of law which states that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness' testimony.”. [78] Keterangan OKT bahawa dia tidak mengetahui kewujudan dadah dalam beg silang tersebut, dan bahawa beg silang itu milik SD2. Mahkamah mendapati OKT tidak pernah membuat laporan polis untuk menyatakan penglibatan SD2. OKT juga tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mendedahkan maklumat mengenai penglibatan SD2 kepada pihak berkuasa pada peringkat yang awal walaupun dia berpeluang untuk melakukannya. [79] OKT juga tidak mengemukakan rakaman percakapannya kepada pihak polis sebagai bukti bahawa dia ada menyebut tentang SD2. Dakwaan SD2 bahawa isteri OKT ada dimaklumkan mengenai penglibatan juga tidak dibuktikan, memandangkan isteri OKT tidak dipanggil sebagai saksi pembelaan. Kegagalan untuk mengemukakan saksi atau dokumen sokongan ini menjejaskan kredibiliti OKT. Penilaian Terhadap Keterangan SD2 [80] Keterangan SD2 bahawa dia melarikan diri dari lokasi kejadian dengan membawa telefon bimbit dan meninggalkan beg silang yang mengandungi dadah yang bernilai tinggi. Mahkamah berpandangan bahawa perlakuan SD2 yang S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 26 of 30 sedemikian tidak munasabah dan menimbulkan keraguan dari sudut kewajarannya. [81] Mahkamah meneliti keterangan SD2 bahawa dia telah melarikan diri apabila melihat OKT diserbu oleh sekumpulan orang yang disangkakannya perompak. Tindakan SD2 yang melarikan diri kerana hendak menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rompakan. Dalam keadaan itu, SD2 telah meninggalkan OKT dan sebuah beg galas di dalam kereta yang kemudiannya didapati mengandungi dadah. [82] Walau bagaimanapun, Mahkamah berpandangan bahawa alasan yang diberikan oleh SD2 adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tingkah laku manusia yang lazim. Sekiranya benar menyangka terdapat kejadian rompakan, adalah tidak munasabah bagi seseorang untuk melarikan diri dengan meninggalkan barang yang dianggap berharga di dalam kenderaan, tanpa sebarang usaha untuk membawanya bersama bagi melindungi kepentingannya. Tambahan pula, tindakan SD2 yang meninggalkan OKT dalam keadaan yang dikatakan sedang diserbu oleh sekumpulan orang adalah bercanggah dengan kebiasaan tingkah laku manusia yang waras, khususnya apabila mempertimbangkan hubungan mereka sebagai rakan. Keterangan SD2 tersebut, pada hemat Mahkamah, adalah bersifat rekaan dan sebenarnya SD2 tiada di tempat kejadian pada tarikh dan masa tersebut. Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan telah menjejaskan kredibiliti keseluruhan keterangannya di hadapan Mahkamah ini. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 27 of 30 Mahkamah mendapati rakaman percakapan OKT yang didakwa mengandungi nama SD2 tidak dikemukakan sebagai bukti. Begitu juga, tiada pihak ketiga yang dipanggil untuk menyokong dakwaan OKT bahawa SD2 adalah pemilik sebenar beg silang tersebut. [83] Keterangan yang dikemukakan oleh OKT dan SD2 hanya bersifat sebelah pihak, tidak disokong dan tidak menjejaskan kesahihan kes pendakwaan. [84] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh SD1 dan SD2, Mahkamah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa dia tidak mempunyai milikan terhadap dadah yang dirampas. OKT juga gagal untuk menangkis anggapan pengedaran tersebut atas imbangan kebarangkalian. [85] Kesimpulannya, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan di dalam kes pembelaan bukan sekadar satu penafian tetapi juga tidak meyakinkan (not convincing). (H) KEPUTUSAN DI AKHIR KES [86] Setelah meneliti keseluruhan keterangan pembelaan secara maksimum, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB atas imbangan kebarangkalian. S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 28 of 30 [87] Mahkamah menerima hujahan pihak pendakwaan yang antara lain merujuk prinsip-prinsip yang telah digariskan dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, iaitu bahawa penafian kosong dan keterangan rekaan yang tidak disokong oleh bukti kukuh tidak memadai untuk menggugat kes pendakwaan. [88] Akhirnya Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. (I) HUKUMAN [89] Dalam rayuan mitigasi yang dikemukakan oleh Peguam Bela terpelajar, beliau telah berhujah dan memohon Mahkamah ini mempertimbangkan hukuman alternatif pemenjaraan seumur hidup berikutan dengan pindaan yang dibuat kepada seksyen 39B ADB. [90] Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh ditangkap dan tiga belas (13) kali sebatan terhadap OKT. [91] Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman ini adalah memadai dan setimpal ke atas OKT yang merupakan pesalah pertama. Peluang haruslah diberikan kepada OKT untuk S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 29 of 30 berubah dan kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat menjalani hukumannya kelak. [92] Hasrat Parlimen memansuhkan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati bagi kes di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 adalah untuk memberi budi bicara kepada Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan rotan kepada OKT yang disabit salah untuk kesalahan mengedar dadah. Hukuman alternatif itu juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka berubah menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan dapat kembali ke pangkuan masyarakat selepas menjalani hukuman penjara. Mahkamah berharap OKT dapat menggunakan peluang yang diberikan kepadanya dengan sebaiknya. Bertarikh: 20 Julai 2025 ……………………………… (FATHIYAH BINTI IDRIS) Hakim Mahkamah Tinggi Butterworth Pulau Pinang S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA Page 30 of 30 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Pendakwaan: Lokman bin Kasim Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Bagi pihak OKT: Hussaini bin Abdul Rashid Hussaini & Co Peguam Bela dan Peguam Cara Pulau Pinang S/N wk1ygmt/EkwNoiculNBRA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.