Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45A-44-08/2023 PENDAKWA RAYA 5
/akn/my/judgment/high-court/2026/2dcfe6ec-c78e-40d9-8421-9064c3ce257e
High Court of Malaysia17 Apr 2026WA-45A-44-08/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45A-44-08/2023 PENDAKWA RAYA 5
1
SURESH A/L NADARAJAH [NO. K.P.:891012105195] 10
2
NAGARAJAN A/L RAJOO [NO. K.P.:771003146001] 15 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Alasan Penghakiman ini disediakan bagi Notis Rayuan yang 20 difailkan pada 24.4.2026 pihak Pendakwa Raya terhadap perintah pelepasan dan pembebasan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah ini yang diberikan pada 17.4.2026 ke atas Tertuduh-tertuduh yang bernama Suresh A/L Nadarajah (OKT2) dan Nagarajan A/L Rajoo (OKT3) yang dituduh bagi kesalahan- 25 kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 324] dan s.30(3) Akta Racun 1952 kesemuanya dibaca bersama-sama s.34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan asalnya difailkan terhadap mereka dan seorang yang bernama Krishnan A/L Arumugam (OKT1) bagi kesalahan mengedar dadah tersebut. 30 [2] Walau bagaimanapun, pertuduhan ditarik balik pada 9.2.2026 di hari pertama perbicaraan terhadap OKT1 yang telah meninggal dunia pada 2.6.2025 semasa di dalam tahanan reman akibat “Septic Shock Secondary to Gram Negative Sepsis with Multiple Organ Failure”. Pihak TPR juga mengemukakan pertuduhan- 5 pertuduhan pindaan yang ditandakan masing-masing sebagai P6, P7, P8 dan P9 terhadap pertuduhan asal yang pertama, kedua, keempat dan kelima. Pertuduhan asal ketiga ditarik balik kerana berat dadah dalam pertuduhan tersebut telah dimasukkan ke dalam pertuduhan pindaan kedua bagi dadah jenis campuran heroin dan 10 monoacetylmorphines. [3] Pertuduhan-pertuduhan pindaan dibacakan kepada OKT2 dan OKT3 dan mereka masih tidak mengaku bersalah. Pertuduhan-pertuduhan pindaan terhadap OKT2 dan OKT3 adalah seperti 15 berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu bersama-sama tertuduh yang telah meninggal dunia iaitu Krisnan a/l Arumugam (No. K/P: 710726-10-6581), telah pada 31 Ogos 2022 jam lebih kurang 2.30 pagi, di Tapak Rizab Lebuhraya Duke Unit 4B, Plot 2B, 20 Off Jalan Udang Harimau 1, Segambut, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 313.58 gram Methamphetamine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama 25 seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu bersama-sama tertuduh yang telah meninggal dunia iaitu Krisnan a/l Arumugam (No. K/P: 710726-10-6581), telah pada 31 Ogos 2022 30 jam lebih kurang 2.30 pagi, di Tapak Rizab Lebuhraya Duke Unit 4B, Plot 2B, Off Jalan Udang Harimau 1, Segambut, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 22.5 gram Heroin dan 47.41 gram Monoacetylmorphines dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah 35 Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Pindaan Keempat Bahawa kamu bersama-sama tertuduh yang telah meninggal dunia iaitu 5 Krisnan a/l Arumugam (No. K/P: 710726-10-6581), telah pada 31 Ogos 2022 jam lebih kurang 2.30 pagi di Tapak Rizab Lebuhraya Duke Unit 4B, Plot 2B, Off Jalan Udang Harimau 1, Segambut, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati dalam milikan kamu 26,125.27 gram Caffeine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah 10 seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Pindaan Kelima Bahawa kamu bersama-sama tertuduh yang telah meninggal dunia iaitu 15 Krisnan a/l Arumugam (No. K/P: 710726-10-6581), telah pada 31 Ogos 2022 jam lebih kurang 2.30 pagi di Tapak Rizab Lebuhraya Duke Unit 4B, Plot 2B, Off Jalan Udang Harimau 1, Segambut, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati dalam milikan kamu 942.7 gram Choloquine dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah 20 seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [4] Kemudian pada 26.3.2026 sebelum hujahan di akhir kes pendakwaan bermula, Timbalan Pendakwa Raya yang 25 mengendalikan kes ini memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan pindaan keempat dan pertuduhan pindaan kelima. Oleh itu, Mahkamah telah melepaskan kedua-dua OKT2 dan OKT3 daripada pertuduhan-pertuduhan P8 dan P9 tersebut. 30 KES PIHAK PENDAKWAAN [5] Perbicaraan dimulakan di hadapan saya pada 9.2.2026 sehingga selesai kes pendakwaan pada 25.2.2026. Pihak pendakwaan 35 memanggil seramai 3 orang saksi untuk membuktikan kesnya seperti berikut: i. Dr. Saravana Kumar A/L Jayaram, Ahli Kimia – SP1; ii. Insp. Efendy Bin Usman, Pegawai Serbuan – SP2; dan iii. DSP Muhammad Ridhuan Bin Zaini, Pegawai Penyiasat – SP3. 5 [6] Naratif kes pihak pendakwaan secara ringkasnya adalah bahawa SP2 yang merupakan pengadu dalam kes ini dan beberapa anggota pasukannya telah membuat serbuan pada masa dan di alamat seperti dalam pertuduhan-pertuduhan pindaan selepas mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti pengedaran dadah di 10 kawasan Segambut. Pada 31.8.2022 jam lebih kurang 2.30 pagi, SP2 dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Sentul telah mengetuai sepasukan anggota polis telah pergi ke sebuah rumah kecil tidak bernombor di tepi Jalan Segambut berhampiran lebuh raya DUKE Kuala Lumpur yang terletak di Tapak 15 Rizab Lebuhraya DUKE, Unit 4B, Plot 2B, Off Jalan Udang Harimau 1, Segambut, Kuala Lumpur. Sebelum masuk ke dalam rumah tersebut, SP2 telah membuat pemantauan selama 30 minit dengan menjenguk ke dalam kawasan tapak rizab tersebut yang dihadang dengan pagar jenis zink (rujuk gambar tempat kejadian P55(1-14). 20 Kemudian, SP2 telah memecahkan rantai kunci pada pagar tersebut dan polis berjaya memasuki kawasan itu. [7] SP2 mendapati pintu rumah kecil berkunci dari dalam. SP2 telah mengetuk pintu beberapa kali dan memperkenalkan diri sebagai 25 pegawai polis tetapi pintu masih tidak dibuka. SP2 kemudiannya telah mengarahkan anggota D/Kpl 145988 Zairi untuk memecahkan pintu utama tersebut dengan cara menendang pintu. Setelah pintu berjaya dipecahkan, SP2 masuk ke dalam dan mendapati seorang lelaki India (ОKТ1) berada di ruang tamu rumah tersebut. SP2 dan pasukan terus menahan OKT1. SP2 telah pergi ke bahagian dapur dan melihat 2 orang lelaki India (OKT 2 dan OKT 3) berada di hadapan tandas yang berada di bahagian belakang rumah kecil tersebut. OKT2 dan OKT3 berjaya ditahan oleh pihak polis. Hasil 5 pemeriksaan fizikal ke atas tubuh ketiga-tiga lelaki tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah. Di dalam rumah kecil tersebut hanya terdapat 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan 1 bilik air. [8] SP2 seterusnya telah membuat pemeriksaan di dalam bilik pertama 10 rumah tersebut tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP2 kemudian membuat pemeriksaan di bilik kedua dan telah menjumpai pelbagai barang-barang dan peralatan-peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah dan juga bahan-bahan disyaki dadah di atas lantai di dalam bilik tersebut. 15 Pemeriksaan seterusnya di bahagian dapur rumah telah menjumpai bahan-bahan dan peralatan-peralatan untuk memproses dadah dan bahan-bahan disyaki dadah (Senarai rampasan dinyatakan dalam laporan polis Jinjang 014480/22 yang ditandakan sebagai P138). SP2 tidak menjumpai apa-apa barang salah di kawasan lain dalam 20 rumah kecil tersebut. [9] SP2 turut merampas beberapa helai pakaian sebagai barang kes. Seterusnya SP2 telah menangkap ketiga-tiga tahanan dan merampas barang-barang yang dijumpai seperti di P138 dan 25 dibawa balik ke IPD Sentul. Laporan polis Jinjang Report 14480/22 (P138) dan dokumentasi lain dibuat oleh SP2 lalu ketiga-tiga OKT serta barang-barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP3) untuk tindakan selanjutnya. [10] Bahan-bahan yang disyaki mengandungi dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya pada 8.9.2022. Hasil analisa oleh Ahli Kimia, Dr. Saravana Kumar A/L Jayaram (SP1), mengesahkan bahan-bahan yang dianalisis mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 313.58 gram, 5 dadah berbahaya jenis Heroin berat bersih 22.5 gram dan Monoacetylmorphines berat bersih 47.41 gram (rujuk Laporan Kimia di P54). [11] Hasil siasatan oleh SP3 mendapati rumah kecil tersebut yang 10 didirikan di atas sebahagian tapak rizab Lebuhraya DUKE Unit 4B, Plot 2B telah disewakan kepada OKT1 oleh Pannirselvan A/L Munosamy (tidak dinyatakan berapa sewa bulanan). Pannirselvan A/L Munosamy (“Pannirselvan”) pula menyewa sebahagian tapak rizab Lebuhraya DUKE Unit 4B, Plot 2B tersebut daripada pihak 15 One Sunrise City Sdn Bhd dengan kadar sewa sebanyak RM200.00 sebulan untuk tujuan menduduki sahaja (rujuk surat bertarikh 14.7.2021 di P153A) manakala pihak One Sunrise Management Sdn Bhd telah menyewa sebahagian tapak rizab Lebuhraya DUKE tersebut daripada pemegang konsesi iaitu pihak Konsortium 20 Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (rujuk P153). [12] SP3 telah ke tempat kejadian pada 2.9.2021 untuk mengambil gambar dan pihak Forensik PDRM juga telah merampas beberapa barangan peribadi seperti pakaian, berus gigi dan pisau cukur yang 25 berada di dalam rumah tersebut untuk ujian DNA. Hasil ujian DNA di dalam laporan kimia P147 mendapati kesan DNA surih pada pisau cukur (P129A), berus gigi (P130A) dan sarung tangan “Q9” bertanda E78 (P134A) yang berpadanan dengan profil DNA yang didapati daripada spesimen darah kepunyaan OKT1. Juga terdapat profil DNA bercampur daripada sekurang-kurangnya 2 orang individu daripada kesan DNA surih pada seluar boxer hitam (P131A) yang dirampas di mana salah satu profil dipunyai oleh OKT1 sebagai penyumbang kepada profil DNA yang bercampur 5 manakala penyumbang lain adalah terlalu lemah untuk ditentukan secara konklusif. Analisis DNA juga mendapati 1 profil DNA bercampur yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 individu telah diperoleh daripada kesan DNA surih pada sarung tangan "Q8" bertanda E77 (P133A) dan respirator mask "Q10" (P135A) yang 10 tidak dapat ditentukan secara konklusif. Akhir sekali, 1 profil DNA bercampur yang terdiri daripada lebih tiga individu telah diperoleh daripada kesan DNA surih pada sarung tangan "Q7" bertanda E38 (P132A) yang tidak dapat ditentukan secara konklusif. 15 PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [13] Di akhir kes pendakwaan tugas Mahkamah adalah untuk memutuskan di atas penilaian maksimum setiap keterangan yang dikemukakan samada pihak pendakwaan telah berjaya 20 membuktikan suatu kes prima facie sepertimana peruntukan s. 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Suatu kes prima facie akan dibuktikan apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence) bagi membuktikan setiap elemen kesalahan yang dipertuduhkan 25 yang mana sekiranya gagal dipatahkan atau dijelaskan akan membawa kepada sabitan: s.180(4) KTJ. Mahkamah merujuk juga prinsip prima facie yang dijelaskan oleh Augustine Paul HMR di dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 AMR 321. [14] Di dalam kes di bawah s.39B(1)(a) ADB 1952 dibaca dengan s.34 Kanun Keseksaan, elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya adalah bahawa: i. Semua tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas 5 dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; ii. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; dan 10 iii. Semua tertuduh dalam mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [15] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah membincangkan maksud perkataan milikan 15 atau 'possession' dan di antara lain memetik dan menyatakan: "Thompson J. in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 22 MLJ 237, said "possession" for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term "custody" or "control" - and knowledge of the nature of thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in 20 Stephen's Digest (9th Edition, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears:- 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the powers to deal with it as 25 owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case need.' ... Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, when what is established is possession, 30 not exclusive possession. So much for exclusive possession." [Penekanan ditambah] [16] Di dalam kes PP v Ouseng Sama-Ae [2008] 1 CLJ 337 di muka surat 342, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) telah menggariskan elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan jika ia bergantung kepada anggapan statutori di bawah s.37(da) di mana YA Hakim menyatakan: 5 "Now, in order to establish a prima facie case against the accused by reliance on the presumption under s. 37(da) of the Act, the prosecution had to prove: (i) that the accused was in actual possession of the drug in question; and (ii) that the accused at the material time had knowledge of the drug found to be in his 10 possession, that is to say that he had 'mens rea possession'.”. [17] Sebelum membincangkan mengenai isu milikan dan pengetahuan, Mahkamah ini menyentuh elemen kedua dahulu iaitu identiti dadah berbahaya yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan. 15 Setelah meneliti keterangan Ahli Kimia (SP1), atas penilaian maksimum, Mahkamah boleh memutuskan bahawa elemen kedua bagi pertuduhan-pertuduhan iaitu identiti dadah telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. Keterangan SP1 diterima oleh Mahkamah ini bahawa berat dadah 20 dan jenis dadah seperti dalam kedua-dua pertuduhan pindaan. Mahkamah menerima keterangan SP1 iaitu: a. satu peket plastik bertanda "R12" yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis SP1 mendapati berat bersih bahan tersebut ialah 6.23 gram yang mengandungi 4.78 gram methamphetamine. 25 b. satu bekas plastik bertanda "R40" yang mengandungi cecair berwarna perang. Setelah dianalisis SP1 mendapati isipadu cecair tersebut adalah 750 mililiter yang mengandungi 308.8 gram methamphetamine. c. satu bungkusan plastik bertanda "R94" yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis SP1 mendapati 30 berat bersih bahan tersebut ialah 99.74 gram yang mengandungi 12.16 gram heroin dan 0.19 gram monoacetylmorphines. d. satu bekas besi bertanda "R66" yang mengandungi bahan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis SP1 mendapati berat bersih bahan tersebut adalah 45.14 gram yang mengandungi 0.90 gram heroin dan 0.22 gram monoacetylmorphines. e. "MR7": satu besen berisi bahan serbuk berwarna putih. Setelah dianalisis SP1 mendapati berat bersih bahan tersebut ialah 701.5 gram yang mengandungi 9 gram heroin dan 47 gram monoacetylmorphines. 5 [18] Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible of the defence calls evidence in 10 rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan hasil analisa yang dibuat oleh SP1 berkaitan 15 dengan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut dan mendapati elemen kedua dalam pertuduhan-pertuduhan pindaan P6 dan P7 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [19] Berkenaan rantaian keterangan barang-barang kes, Mahkamah 20 juga mendapati barang-barang kes adalah yang sama semasa tangkapan dan seterusnya dianalisa oleh SP1 dan tiada pecahan rantaian keterangan apabila telah diperjelaskan oleh SP1 mengenai pengasingan dan penyimpanannya daripada barang-barang kes bagi kes-kes yang lain. Oleh itu, walaupun dibangkitkan oleh 25 peguam mengenai isu senarai barang rampasan tidak lengkap kerana di dalam Borang Serah Terima (P137) hanya menyenaraikan 86 item, Mahkamah mendapati semua barang rampasan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan seperti disenaraikan di dalam P138 iaitu sebanyak 108 item. 30 A. ISU AKSES RUMAH [20] Beralih kepada isu pemilikan dan pengetahuan oleh kedua-dua OKT mengenai dadah berbahaya tersebut, Mahkamah perlu meneliti siapakah yang mempunyai akses ke atas rumah kecil tersebut di mana sejumlah dadah berbahaya telah dijumpai. Selain 5 OKT2 dan OKT3, terdapat seorang yang lain iaitu OKT1 yang ditangkap dan dituduh bersama-sama dengan mereka. Melalui keterangan SP3, didapati bahawa Panirselvan telah menyewakan rumah kecil tersebut kepada OKT1 tetapi jumlah sewaan bulanan tidak dimaklumkan. Dokumen P153A pula menunjukkan tapak rizab 10 Plot 2B tersebut disewakan kepada Pannirselvan oleh One Sunrise City Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan tidak memanggil Panirselvam untuk memberi keterangan di Mahkamah sedangkan Pannirselvan ini juga telah ditangkap pada malam kejadian pada jam 2.00 pagi di kawasan tapak rizab yang sama 15 seperti dinyatakan oleh SP2 dalam Jinjang Report 14477/22 (ditandakan sebagai IDD1). Kesemua OKT pula ditangkap pada jam 2.30 pagi. [21] Menurut keterangan SP2, apabila dia meninggalkan tempat 20 kejadian dengan semua tangkapan dan rampasan, pintu rumah tidak dikunci kerana pintu tersebut telah dipecahkan (ditendang) oleh anggotanya sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Namun, Mahkamah mendapati di dalam gambar-gambar tempat kejadian P55 (1-14), kelihatan keadaan bilik-bilik di dalam rumah kecil 25 tersebut adalah bersih dan SP2 juga mengakui keadaannya tidak sama seperti semasa serbuan dibuat. Oleh itu, adalah jelas bahawa seseorang telah masuk dan membersihkan rumah kecil tersebut selepas semua OKT ditangkap dan sebelum SP3 datang ke tempat kejadian untuk membuat siasatan lanjut di situ. [22] Dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v PP [2011] 4 CLJ 113, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain, seperti 5 berikut: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under 10 s. 37(da) of the Act can be invoked.” [23] Untuk membuktikan elemen milikan, 2 unsur utama yang perlu wujud adalah actus reus iaitu perbuatan milikan yang merujuk kepada jagaan atau kawalan fizikal (physical custody or control) ke 15 atas dadah berbahaya tersebut dan elemen mens rea iaitu pengetahuan (mens rea possession): rujuk kes Chan Pean Leon (supra). Oleh itu, semua OKT hendaklah mempunyai kawalan atau jagaan ke atas barang kes dadah berbahaya tersebut dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa 20 penglibatan orang lain (power of disposal to the exclusion of others) serta pada masa yang sama mempunyai pengetahuan ke atas barang kes dadah berbahaya tersebut. Elemen pengetahuan bukan selalunya dapat dibuktikan secara langsung tetapi ia dicerap daripada keseluruhan fakta dan hal keadaan sesuatu kes. Di dalam 25 kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 Mahkamah Rayuan menyatakan: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly 30 admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” [24] Berdasarkan jenis barang-barang rampasan, Mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa rumah kecil tersebut digunakan 5 sebagai makmal memproses dadah. Walau bagaimanapun, semasa serbuan dibuat tiada operasi pemprosesan dadah sedang dijalankan oleh mana-mana orang di dalam rumah kecil tersebut. Daripada peringkat kes pendakwaan lagi pihak pembelaan telah bergantung kepada fakta bahawa OKT1 adalah penyewa rumah 10 kecil tersebut dan OKT2 serta OKT3 hanyalah tetamu apabila pada malam kejadian mereka menumpang menggunakan tandas di rumah kecil tersebut. [25] Menurut keterangan SP2, kedua-dua mereka telah ditangkap di 15 hadapan tandas yang berada di bahagian belakang rumah kecil tersebut manakala OKT1 yang berada di ruang tamu semasa polis memecah masuk ke tempat itu. Dadah-dadah berbahaya dijumpai di dalam bilik kedua yang pintunya bertutup (semasa serbuan) manakala sebahagian peralatan yang digunakan untuk memproses 20 dadah dijumpai di bahagian dapur rumah. Oleh itu, tiada keterangan yang kukuh untuk mengatakan OKT2 dan OKT3 mempunyai kawalan dan jagaan ke atas premis tersebut. Tiada sebarang kunci rumah diperolehi daripada kedua-dua OKT2 dan OKT3. SP2 bersetuju tiada mana-mana OKT yang telah cuba melarikan diri 25 tetapi mereka bekerjasama dengan pihak polis. SP2 juga tidak tahu berapa lama OKT2 dan OKT3 sudah berada di tempat kejadian manakala cadangan pihak pembelaan mereka baru berada di situ selama 5 minit. Semasa pemeriksaan balas SP2 tidak dapat mengesahkan siapa masuk atau keluar dari rumah tersebut kerana kedudukannya agak ke belakang dari pintu pagar zink di hadapan kawasan tapak rizab tersebut. [26] Berdasarkan keputusan ujian DNA pula (rujuk P147), Mahkamah 5 mendapati sarung tangan P132A dan P133A yang berkemungkinan besar digunakan dalam kerja-kerja memproses dadah berbahaya di rumah kecil tersebut mempunyai kesan surih DNA yang tidak dapat dipastikan profil penyumbangnya dan terdapat lebih dari seorang penyumbang. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak dapat 10 mengaitkan keterangan tersebut dengan OKT2 dan OKT3. Tetapi terdapat keterangan bahawa sarung tangan P134A mempunyai profil DNA OKT1 (yang telah meninggal dunia). Selain itu, terdapat profil DNA bercampur daripada sekurang-kurangnya 2 orang individu daripada kesan DNA surih pada seluar boxer hitam P131A 15 yang dirampas di mana salah satu profil dipunyai oleh OKT1 sebagai penyumbang kepada profil DNA yang bercampur manakala penyumbang lain adalah terlalu lemah untuk ditentukan secara konklusif. Akhir sekali, profil DNA campuran pada respirator mask P135A tidak dapat ditentukan secara konklusif. 20 [27] Pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP3 mengenai ujian pengesanan capjari yang telah dimasukkan seperti di dalam gambar-gambar P143 (1-12) dan P144 (keputusan perbandingan) di mana di dalam P144 menyatakan di perenggan 2.3 iaitu item 25 sebuah dapur gas bertanda E90 (P115) mempunyai kesan capjari OKT2. Walaubagaimanapun, SP3 bersetuju bahawa usia capjari tersebut tidak dapat dianggarkan berapa lama ia sudah wujud pada P115 tersebut. Selain daripada itu tiada capjari OKT2 dan OKT3 dikesan pada eksibit dadah berbahaya yang dirampas polis. [28] Terdapat juga keterangan SP2 yang mengakui bahawa tangkapan telah diarahkan untuk memegang/membawa barang-barang kes 5 untuk dimasukkan ke dalam kenderaan pasukan kerana terlalu banyak. Hal ini boleh memprejudiskan kedua-dua OKT kerana cap jari mereka boleh terlekat pada barang-barang kes tersebut dan mencemarkan pengendaliannya. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan SP2 tersebut, Mahkamah tidak menerima keterangan 10 capjari OKT2 tersebut kerana tangkapan tidak sepatutnya disuruh mengangkat barang-barang kes masuk ke dalam kenderaan yang akan digunakan untuk membawa balik barang-barang tersebut ke balai polis. SP2 mengakui ini pertama kali mengendalikan tangkapan kes makmal dadah dan Mahkamah ini berpandangan 15 sepatutnya pasukan forensik PDRM dipanggil untuk menguruskan pembungkusan dan pengendalian barang-barang rampasan dalam kes serbuan makmal dadah berbahaya supaya tidak berlaku pencemaran barang-barang tersebut. 20 [29] Beralih kepada keterangan mengenai siasatan oleh SP3, saksi ini memberitahu Mahkamah bahawa: i. dia tidak tahu itu kali pertama OKT2 dan OKT3 hadir di tempat kejadian; ii. dia tidak tahu OKT2 diajak oleh Pannir ke kawasan tempat 25 kejadian dan OKT3 hanya mengikutnya; iii. dia tidak tahu OKT2 dan OKT3 berada di pondok kurang dari 5 minit; iv. dia tidak tahu OKT2 dan OKT3 masuk untuk guna tandas sahaja; v. dia bersetuju Pannirselvan tinggal di salah sebuah pondok tersebut; vi. dia bersetuju tidak ada menyiasat jiran-jiran lain yang tinggal 5 di kawasan tapak rizab tersebut; vii. dia bersetuju jika dia ada membuat pertanyaan dengan jiran-jiran sekeliling, mereka boleh mengesahkan berapa lama kehadiran OKT2 dan OKT3 di kawasan tapak rizab tersebut; viii. dia bersetuju tidak menyiasat siapakah individu lain yang 10 memegang kunci rumah tersebut; ix. dia bersetuju tombol pintu rumah yang dipecahkan kelihatan telah dibaiki/digantikan; dan x. dia tidak tahu siapa yang telah membaiki/menggantikan tombol pintu rumah tersebut. 15 [30] Di dalam kes Bunya Jalong v PP [2015] 5 CLJ 893 mahkamah menyatakan: “[9] The duty of the investigators is to investigate the facts and to collect all the evidence. The police as investigators are public officers. Their concern must 20 be to investigate the facts without fear or favour, so that all wrongdoers may be brought to justice. …A completed investigation is one that includes investigation of the defences that emerged from the investigation… Such investigation may eliminate the gaps or weaknesses, and provide substance to be tested against the defences when raised. This is important as it ensures that if charges are to 25 be preferred, there are no gaps or weak links in the prosecution case in the way of a successful prosecution.”. [31] Berdasarkan keterangan SP3 tersebut, Mahkamah mendapati siasatan oleh SP3 adalah tidak begitu lengkap bagi membantu kes 30 pihak pendakwaan. SP3 tidak menyiasat khususnya berkenaan kunci rumah yang merupakan perkara yang penting bagi isu akses. [32] Bagi membuktikan pengetahuan mengenai dadah-dadah berbahaya tersebut, Mahkamah boleh merumuskan bahawa OKT1 sememangnya ada mengendalikan dadah-dadah berbahaya di premis tersebut dengan adanya profil DNA OKT1 yang dikesan pada sarung tangan P134A. Jika Mahkamah hendak menggunakan 5 anggapan di bawah s.37(a) dan/atau s.37(b) ADB 1952, Mahkamah ini berpandangan ia hanya boleh digunakan terhadap OKT1 sahaja berdasarkan keterangan yang ada setakat ini. Tidak ada keterangan positif yang boleh dikaitkan dengan OKT2 dan OKT3 sebagai pemilik atau pengedar dadah-dadah berbahaya yang 10 dirampas dalam serbuan tersebut. Anggapan undang-undang yang berkaitan adalah seperti berikut:
a
(a) any premises shall be deemed to be used for a purpose if they are used for that purpose even on one occasion only;
b
(b) a person, until the contrary is proved, shall be deemed to be the occupier of any premises, if he has, or appears to have, the care or management of such premises; 20 [33] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini tidak dapat membuat dapatan sebenar pemilikan dan pengetahuan oleh OKT2 dan OKT3 terhadap dadah-dadah berbahaya yang dirampas dalam serbuan tersebut untuk menggunakan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah s.37(da) ADB 1952. Jika Mahkamah hendak 25 menggunakan anggapan di bawah s.37(d) dan direct trafficking, tiada keterangan langsung aktiviti memproses dadah sedang berlaku pada masa kejadian ataupun OKT2 dan OKT3 sedang menyimpan atau menyorokkan dadah-dadah berbahaya tersebut. Kes di hadapan Mahkamah ini bersifat circumstantial in nature dan 30 beban pembuktian adalah sangat berat di pihak pendakwaan. [34] Dalam kes Balachandran (supra) Hakim Augustine Paul menyatakan: “A prima facie case is one that is sufficient for the accused to answer, and the evidence adduced must be such that it can only be surmounted by evidence in rebuttal. The force of that evidence must, if unrebutted, be sufficient to 5 induce a state of belief that the facts as they stand are a stated in the charge. In order to make a finding the court must, at the close of the prosecution’s case, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced to determine whether all the elements of the offence have been established. If the evidence is unrebutted, and the accused remain silent, 10 he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution’s case is whether there is sufficient evidence to convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the affirmative means that a prima facie case has been made out. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the 15 prosecution’s case, which if it exists, cannot lead to the finding of guilt of a prima facie case having been made out.”. [Penekanan ditambah] [35] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak 20 pendakwaan dan nas-nas undang-undang, Mahkamah mendapati tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan kedua-dua OKT2 dan OKT3 dengan aktiviti memproses dadah-dadah berbahaya di dalam rumah kecil tersebut. Mahkamah mendapati bahawa elemen pemilikan dan pengetahuan mengenai dadah berbahaya dalam 25 pertuduhan-pertuduhan pindaan P6 dan P7 tidak dapat dibuktikan terhadap kedua-dua OKT2 dan OKT3. Mahkamah ini berpandangan juga bahawa kawalan dan jagaan terhadap rumah tersebut adalah hanya terdapat pada OKT1 berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, 30 namun OKT1 telah meninggal dunia dan pertuduhan-pertuduhan tidak dapat diteruskan oleh pihak pendakwaan terhadapnya. KESIMPULAN [36] Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, Mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie bahawa OKT2 dan OKT3 telah mengedar dadah berbahaya seperti dalam kedua-dua pertuduhan pindaan. 5 Bertarikh pada 16 Jun 2026 T.t. 10 NOOR RUWENA BINTI MD. NURDIN Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur 15 (Bahagian Jenayah) 20 25 Bagi pihak Pendakwa Raya: TPR Faridah Nurdinie Bte Bahrum Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 30 Bagi pihak Tertuduh-tertuduh: En. Revin Kumar Tetuan Revin Kumar & Bolkin, Petaling Jaya 35
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.