Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45B-34-09/2019 PENDAKWA RAYA …PENDAKWAAN lawan
WA-45-5-05/2021
High Court of Malaysia22 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45B-34-09/2019 PENDAKWA RAYA …PENDAKWAAN lawan
1
VICKESWARAN A/L SELVACH SANTHIRAN
2
RAVINDRAN A/L MANIMURASU
3
SUGU A/L THANARAJOO
4
KOGILAN A/L PANNISELVAM (NO. K/P: 970502-14-5937) …TERTUDUH DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45-5-05/2021 PENDAKWA RAYA …PENDAKWAAN lawan
1
VICKESWARAN A/L SELVACH SANTHIRAN
2
RAVINDRAN A/L MANIMURASU
3
SUGU A/L THANARAJOO
4
KOGILAN A/L PANNISELVAM (NO. K/P: 970502-14-5937) …TERTUDUH ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan. [1] Kesemua tertuduh 1, 2, 3 dan 4 masing-masing dihadapkan dengan pertuduhan dengan niat bersama melakukan pembunuhan, juga dengan niat bersama melakukan rompakan bersenjata ke atas pasangan suami isteri manakala tertuduh 2 juga dituduh melakukan cedera ke atas isteri kepada pasangan ini. Kejadian berlaku di alamat di No. 9, Jalan Mambu, Bukit Bandaraya. [2] Keempat-empat mereka juga dituduh melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata pada tarikh yang sama sejurus selepas rompakan di alamat No.9 Jalan Mambu, Bukit Bandaraya tersebut, melibatkan penghuni-penghuni rumah di alamat Lot 442, Jalan Tiara Titiwangsa 1, Taman Tiara Titiwangsa, daerah Wanga Maju. Pertuduhan telah menamakan mangsa MOHD MUZAFFAR BIN ZULKIFLI MARTIN iaitu salah seorang ahli keluarga. Mangsa-mangsa lain turut dipanggil memberi keterangan. [3] Kes telah berjalan dengan keterangan saksi-saksi mangsa bunuh, cedera dan rompakan melibatkan alamat kediaman sebagaimana kedua-dua pertuduhan, sebelum kedua-dua pihak Pendakwa Raya dan Pembelaan bersetuju untuk representasi baru terhadap pertuduhan dibuat. Mahkamah telah membenarkan kes ditangguhkan untuk representasi dibuat. Representasi telah mendapat persetujuan pihak Pendakwa Raya dan pertuduhan-pertuduhan pilihan dan pindaan telah dikemukakan seperti berikut: Pertuduhan Pilihan (ditanda sebagai “P60”) seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan pindaan (ditanda sebagai “P5C”) seksyen 302 dalam WA-45B-6-05/2021 terhadap tertuduh (1) Vickeswaran, tertuduh kedua Ravindan dan 2 lagi. “Bahawa kamu pada 29 November 2020 jam lebih kurang 3.35 pagi hingga 4 pagi, di No.9 Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bersama-sama melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ke atas WAN HASSAN BIN WAN EMBONG NO. KP: 470309-11-5065 dengan niat hendak menyebabkan kematian, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan pindaan seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (ditanda sebagai “P62”) kepada pertuduhan tambahan asal “P5D” seksyen 395/397 Kanun dalam WA-45B-6-05/2021 terhadap tertuduh (1) Vickeswaran, tertuduh (2) Ravindran dan 2 lagi: “Bahawa kamu bersama-masa pada 29 November 2020, antara jam lebih kurang 3.35 pagi hingga 4.00 pagi di No. 9, Jalan Mambu Bukit Bandaraya, dalam daerah Brickfileds, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, didapati telah melakukan rompak berkumpulan dengan bersenjatakan parang terhadap WAN HASSAN BIN WAN EMBONG NO. KP:470309-11-5065 dan SARIPAH BINTI HJ YUSOF. NO KP: 500421-11-5166 yang mana kamu telah mengambil: -(1) telefon Iphone -(1) tablet Ipad -(1) komputer riba Macbook -(1) dompet di mana di dalamnya ada kad pengenalan lama atas penama Wan Hassan bin Embong (No. KP: 470309-11-5065), (1) kad pesara Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia atas penama Wan Hassan bin Embong (No. KP: 470309-11-5065), (1) kad pesara Kerajaan Malaysia atas penama Wan Hassan bin Embong (No. KP: 470309-11-5065), (1) lesen memandu Kerajaan Malaysia Kelas B2 dan D atas penama Wan Hassan bin Embong (No. KP:470309-11- 5065). Jumlah anggaran kerugian sebanyak RM10,000.00. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan pindaan terhadap tertuduh
2
Ravindran a/l Manimurasu dalam kes WA-45-3-05/2021 (dikemukakan sebagai “P5A”) di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan: “Bahawa kamu pada 29 November 2020 jam lebih kurang 3.35 pagi hingga 4 pagi, No.9 Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, dalam daerah Brickfields, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap SARIPAH BINTI HJ YUSOF No. KP: 500421-11-5166 dengan menggunakan senjata parang. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 324 Kanun”. Pertuduhan pindaan seksyen 395/397 dalam kes WA-45-5-05/2021 (ditandakan sebagai “P61”) kepada pertuduhan asal “P5B” terhadap tertuduh (1), tertuduh (2) dan 2 lagi: “Bahawa kamu bersama-sama pada 29 November 2020, jam antara 4.12 pagi hingga 5.30 pagi, di alamat Lot 442, Jalan Tiara Titiwangsa 1, Taman Tiara Titiwangsa, Setapak dalam daerah Wangsa Maju, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah parang dan sebatang tukul besi ke atas MOHD MUZAFFAR BIN ZULKIFLI MARTIN NO. KP: 870125-14-5705 yang mana kamu telah mengambil: -(2) buah tabung duit yang mempunyai duit -(1) set televisyen jenis Phillip -(1) set televisyen jenama LG -(2) buah telefon bimbit pelbagai jenis -(1) rantai leher emas -(1) gelang tangan emas -(1) pouch bag-wang tunai lebih kurang RM3,500 yang mana jumlah anggaran kerugian adalah sebanyak RM38,000. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. [4] Pihak pendakwaan di dalam bersetuju dengan representasi yang dikemukakan, bahawa dengan pengakuan salah tertuduh (1) dan (2), pertuduhan terhadap tertuduh (3) dan (4) ditarik balik. Pertuduhan pilihan dan pindaan telah dikemukakan dan dibacakan kepada keempat-empat tertuduh. Tertuduh (1) dan (2) mengaku salah atas pertuduhan pilihan dan pertuduhan pindaan P60, P62, P61 manakala tertuduh (2) juga mengaku salah terhadap pertuduhan P5A. Tertuduh (3) dan (4) minta dibicarakan atas pertuduhan P60, P62 dan P61. [5] Atas pengakuan salah tertuduh (1) dan (2) pada pertuduhan, Mahkamah telah menjelaskan kepada tertuduh bahawa dengan pengakuan salah tertuduh, kes tidak lagi diteruskan untuk bicara. Mahkamah akan menjatuhkan hukuman selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak tertuduh dan pendakwaan. Tertuduh (1) dan (2) faham sifat dan akibat pengakuan salahnya. [6] Setelah fakta kes dan eskibit-eksibit yang dikemukakan diakui oleh tertuduh (1) dan (2), Mahkamah mendapati tertuduh salah dan disabitkan dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan mitigasi dan pemberatan oleh pembelaan dan pendakwaan, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas kedua-dua tertuduh. [7] Bagi pertuduhan ke atas tertuduh 3 dan 4, atas permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan terhadap tertuduh 3 dan 4 ditarik balik, Mahkamah telah membatalkan pertuduhan terhadap tertuduh 3 dan
4
Mahkamah telah perintahkan untuk mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. [8] Mahkamah telah meneliti tren penghukuman yang dikemukakan kedua-dua pihak dan fakta kes. Mahkamah menetapkan hukuman yang sesuai dan wajar untuk dijatuhkan ke atas tertuduh (1) dan (2) adalah seperti berikut: a. Bagi kesalahan di alamat No. 9 Jalan Mambu, Bukit Bandaraya: i. Pertuduhan P62 atas tertuduh (1) dan (2): rompak berkumpulan bersenjatakan parang ke atas pasangan Wan Hassan Wan Embong dan Saripah Hj Yusof-dihukum 12 tahun penjara dari tarikh tangkap 1.12.2020 dan 2 sebatan; ii. Pertuduhan P60 atas tertuduh (1) dan (2): melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh terhadap Wan Hassan Wan Embong-dihukum 12 tahun penjara dari tarikh tangkap 1.12.2020; iii. Pertuduhan P5A terhadap tertuduh (2): menyebabkan cedera ke atas Saripah Hj Yusof-dihukum 3 tahun penjara dari tarikh tangkap Mahkamah perintahkan ketiga-tiga hukuman berjalan serentak. b. Bagi kesalahan di alamat Lot 442, Jalan Tiara Titiwangsa 1, Taman Tiara Titiwangsa, Setapak: Pertuduhan P62 atas tertuduh (1) dan (2): rompak berkumpulan bersenjatakan parang dan tukul ke atas Mohd Muzaffar Bin Zulkifli Martin-dihukum 15 tahun penjara dan 3 sebatan Mahkamah perintahkan hukuman ini berjalan berasingan, setelah selesai hukuman bagi P60, P61 dan P5A. [9] Fakta kes yang diakui oleh kedua-dua tertuduh menunjukkan anak kedua-dua mangsa pasangan suami isteri ini bernama Wan Azri telah dimaklumkan oleh adiknya Wan Azrina berhubung kejadian pecah rumah dan kematian bapanya Wan Hassan dalam kejadian ini. Wan Azri telah pergi ke rumah ibubapanya dan mendapati mayat bapanya masih di situ dan ibunya pula cedera di tangan kanan. [10] Kejadian berlaku apabila mangsa iaitu isteri simati SP5 bangun pada lebih kurang jam 3.45 pagi untuk beribadah apabila mendapati pintu biliknya sedang dibuka dan SP5 nampak dengan bantuan lampu dari luar bilik, 2 lelaki (dicamkan sebagai OKT1 dan 2) yang bersenjatakan parang. OKT2 telah meluru ke arah SP1 dan menetak tangan kanan SP5 sekali. [11] Simati pula telah ditetak oleh OKT 1 di kepala dan ketika itu simati bertindak menjerit “keluar” sambil menghalau dengan menolak kedua-dua OKT keluar daripada bilik tersebut. Simati turut keluar daripada bilik tersebut semasa menghalau kedua-dua OKT tersebut. SP5 menutup pintu bilik dengan menguncinya sebagai perlindungan. [12] SP5 telah menghubungi anak dan menantunya memaklumkan kejadian dan meminta mereka menghubungi polis. Menantunya Zambri kemudian tiba di tempat kejadian bersama polis. SP5 pula ketika keluar dari biliknya telah mendapati simati terlantar di luar pintu tandas. Pemeriksaan juga mendapati barang-barang yang hilang iaitu Iphone, tablet Ipad, computer riba Macbook dan beg duit simati yang mengandungi kad pengenalannya, kad pesara serta lesen memandu. SP5 turut mengesahkan kehilangan ini. [13] Pada tarikh yang sama, jam lebih kurang 5.00 pagi, sewaktu Mohd Muzaffar sedang tidur di Tingkat 1 di rumah No. Lot 442, Jalan Tiara Titiwangsa 1, Taman Tiara Titiwangsa, Setapak, beliau dikejutkan dengan bunyi ketukan yang kuat pada pintu biliknya dan apabila lampu bilik dibuka, Mohd Muzaffar (SP7) telah nampak kedua-dua OKT 1 dan 2 bersama adiknya Nur Zuliana (SP6). Kedua-dua OKT meluru masuk dengan seorang memegang tukul besi manakala seorang lagi memegang parang. [14] OKT yang memegang parang meluru ke arah Mohd Muzaffar dan meletakkan parang ke lehernya dan mengugut supaya berdiam diri jika tidak mahu dipukul. OKT ini juga memberitahu bahawa dia telah membunuh orang. OKT juga telah menolak Nur Zuliana ke dalam bilik dan mengugut akan memukulnya jika dia melawan. OKT yang memegang parang ini kemudian telah menggeledah bilik manakala OKT yang memegang tukul besi menjaga kedua-dua Mohd Muzaffar dan Nur Zuliana. [15] OKT bersenjatakan parang telah mengambil duit dari dalam dompet mangsa, 2 tabung syiling berisi wang dan 1 pouch bag coklat. Kedua-dua mangsa diikat tangan dan Nur Zuliana telah disumbat kain pada mulutnya. Kedua-dua OKT kemudian mengarahkan mangsa Mohd Muzaffar untuk menunjukkan bilik adiknya yang lain. [16] Muzaffar telah membawa kedua-dua OKT ke bilik Mohd Mubashyir. Bilik Mubashyir turut didiami oleh isterinya dan 2 anak mereka. Kedua-dua OKT telah menggeledah bilik Mubashyir dan mengambil laptop, wang tunai berjumlah lebih kurang RM3,500 dan telefon bimbit. [17] Kedua-dua OKT pada awalnya sebelum ke bilik Mohd Muzaffar, telah memasuki bilik Nur Zuliana (SP6). Nur Zuliana SP6 sedar apabila mendapati 2 OKT masing-masing bersenjatakan penukul dan parang. OKT bersenjatakan parang telah menarik gelang tangan dan rantai leher yang dipakainya. Duit simpanan Nur Zuliana juga telah diserahkan kepada OKT setelah diminta selain mereka turut mengambil computer riba miliknya jenis ASUS. [18] OKT yang memegang tukul bertanya siapa lagi mendiami rumah dan Nur Zuliana menjawab abangnya. OKT yang memegang parang pula bertanya kepada Nur Zuliana jika pernah dirogol. Ini membawa kepada Nur Zuliana meminta dilepaskan dan membawa kedua-dua OKT ke bilik Muzaffar. Setelah selesai menggeledah bilik Muzaffar dan Mubashyir, kedua-dua OKT mengikat tangan Muzaffar dan Mubashyir. [19] Arahan yang diberi kepada isteri Mubashyir ialah ikatan hanya boleh dibuka selepas 15 minit. Ikatan akhirnya dibuka oleh isteri Mubashyir dan Muzaffar telah berlari turun ke bawah dan mendapati barang-barang lain yang hilang berupa 2 buah televisyen jenama LG dan Philip. [20] Muzaffar telah keluar dari rumahnya dan nampak sebuah kereta Perodua Axia VAT7432 ditinggalkan di tepi jalan. Kereta didapati tidak berkunci dan pemeriksaan oleh Muzaffar menemui antaranya beg duit mengandungi kad pengenalan, kad pesara, lesen milik Wan Hassan. Barang ini telah diambil dan kemudiannya diserah kepada polis. Kereta Axia ini kemudian didapati telah tiada beberapa minit kemudian setelah Muzaffar meninggalkan tempat tersebut. [21] Hasil pemantauan oleh pasukan PDRM, telah membawa kepada penemuan kereta Axia ini ditinggalkan di satu stesyen minyak. Tindakan seterusnya membawa kepada suatu alamat Regalai Suites Jalan Anjung Putra di mana tangkapan terhadap OKT1 dan OKT4 dibuat. Daripada soalsiasat OKT1, telah membawa kepada OKT1 menunjukkan tempat di mana OKT1 menyimpan barang yang disamun. [22] OKT1 telah memandu arah ASP Looi dan pasukan ke alamat A-18- 12 Perumahan Awam Desa Rejang, Taman Setapak Jaya. Dengan menggunakan kunci yang dibawa OKT1, OKT1 telah membuka pintu rumah dan menunjukkan barang-barang yang disimpan dalam bilik antaranya: • Laptop model Samsung • Laptop model Asus Vivo • TV model LG • TV jenama Philip [23] Hasil pandu arah oleh OKT1 membawa kepada penemuan tukul besi dan parang di tepi jalan kawasan semak. OKT1 dan OKT2 juga membawa kepada rampasan pakaian yang dipakai oleh OKT1 dan OKT2 semasa kejadian. DNA OKT1 dan OKT2 ditemui pada beg duit milik Wan Hassan yang ditemui Muzaffar dalam kereta VAT. DNA OKT1 dan DNA simati Wan Hassan juga ditemui pada seluar yang ditunjukkan OKT1 dipakainya. DNA simati juga ditemui di senjata parang yang ditunjukkan OKT1. DNA OKT2 juga ditemui pada sebuah tin minuman yang dirampas berhampiran tempat kejadian. [24] Siasatan ke atas kereta VAT menunjukkan ia disewa daripada syarikat SOCAR, atas akaun penama Thamendran Nair a/l Sugumaran. Penama tidak mengetahui mengenai penyewaan ini tetapi pernah memberi maklumat lesennya kepada OKT1. Identiti kedua-dua tertuduh ini telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. [25] Laporan post-mortem simati menunjukkan terdapatnya “incised wounds to head with fractures of skull and trauma to brain”. Sebab kematian ialah “direct-cause Cranio Cerebral injuries” dan “antecedent causes multiple incised wounds”. Kecederaan ini konsisten diakibatkan oleh senjata parang. Isteri simati pula mengalami “right elbow laceration wound” di mana terdapatnya “right upper limb revealed an incisional wound over the right elbow measuring 4x0.5cm”. Faktor mitigasi dan factor memberatkan [26] Pengakuan salah kedua-dua OKT timbul setelah saksi pendakwaan ke 7 memberi keterangan. Saksi-saksi utama berupa mangsa-mangsa di 2 lokasi kejadian ini merupakan antara saksi-saksi pendakwaan yang telah dipanggil memberi keterangan. Daripada fakta kes P63 dan keterangan lisan mangsa-mangsa ini di Mahkamah, dapat disimpulkan secara ringkas sebagai trauma dan ketakutan melihat suspek-suspek bersenjatakan senjata tajam berada dalam rumah kediaman mereka pada waktu semua penghuni sedang tidur. [27] Malahan, mangsa yang berusia warga emas juga melihat tertuduh bersenjatakan parang menetak mangsa sendiri dan pasangan. Tertuduh juga mengancam dengan meletakkan senjata pada Bahagian badan mangsa dan akan bertindak menggunakan senjata tajam tersebut jika kehendak mereka tidak dipatuhi. Terhadap mangsa wanita pula, soalan yang pastinya menggerunkan mangsa bila ditanya OKT sama ada pernah dirogol, yang pada pandangan Mahkamah ia berbentuk ancaman. [28] Rayuan yang difailkan oleh OKT1 menyatakan merayu terhadap keseluruhan keputusan. Adalah tidak jelas jika ia membawa maksud rayuan juga dibuat terhadap sabitan sedangkan dapatan sabit dan salah terhadap kedua-dua OKT oleh Mahkamah ini, adalah berbangkit daripada pengakuan salah apabila pertuduhan pindaan dan pertuduhan pilihan dibacakan dan kedua-dua OKT mengaku salah. [29] Seksyen 305 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) sendiri menghadkan rayuan OKT terhadap hukuman sahaja dan tidak membenarkan rayuan terhadap sabitan. Seksyen 305 KTJ memperuntukkan: Section 305. When plea of guilty limited right of appeal. When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence. [30] Dari segi pertuduhan pula, kejadian di lokasi pertama membawa kepada 3 pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya melibatkan perlakuan jenayah berbeza ke atas 2 mangsa berbeza iaitu merompak kedua-dua mangsa suami isteri ini. Dalam mencapai hasrat untuk melaksanakan perbuatan rompak ini, kedua-dua OKT telah membunuh pasangan suaminya dan mencederakan mangsa isteri. [31] Kejadian di lokasi kedua pula yang didiami oleh beberapa bilangan ahli keluarga dan rompakan berlaku terhadap beberapa anggota keluarga, namun pertuduhan menamakan mangsa Mohd Muzaffar kerana fakta jelas menunjukkan perbuatan tertuduh mengancam dan mengugut mangsa Mohd Muzaffar dengan meletakkan parang di lehernya. Meskipun begitu, barang yang dirompak telah disenaraikan dalam pertuduhan dan ia termasuklah barang kemas milik mangsa Mohd Muzaffar, Mubashyir dan mangsa Nur Zuliana. Ini berdasarkan keterangan lisan dan fakta kes P63 yang dikemukakan. [32] Mahkamah ini berpendapat pertuduhan dan fakta kes jelas mencerminkan kejadian rompakan dengan senjata pada mangsa Mohd Muzaffar dan ahli keluarganya berlaku. Kecurian berlaku melibatkan harta milik mangsa-mangsa Muzaffar, Mubashyir dan Nur Zulaikha. Seksyen 390 memperuntukkan seperti berikut: Section 390. Robbery.
1
In all robbery there is either theft or extortion.
2
Theft is "robbery", if, in order to commit theft, or in committing the theft, or in carrying away or attempting to carry away property obtained by the theft, the offender, for that end, voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint.
3
Extortion is "robbery", if the offender, at the time of committing the extortion, is in the presence of the person put in fear and commits the extortion by putting that person in fear of instant death, of instant hurt, or of instant wrongful restraint to that person or to some other person, and, by so putting in fear, induces the person so put in fear then and there to deliver up the thing extorted. Explanation-The offender is said to be present is he is sufficiently near to put the other person in fear of instant death of instant hurt, or of instant wrongful restraint. ILLUSTRATIONS
a
A holds Z down, and fraudulently takes Z's money and jewels from Z s clothes, without Z's consent. Here A has committed theft, and, in order to commit that theft, has voluntarily caused wrongful restraint to Z. A has therefore committed robbery.
b
A meets Z on the high road, shows a pistol, and demands Z's purse. Z in consequence surrenders his purse. Here A has extorted the purse from Z by putting him in rear or instant hurt, and being at the time of committing the extortion in his presence, A has therefore committed robbery.
c
A meets Z and Z's child on the high road. A takes the child, and threatens to fling it down a precipice, unless Z delivers his purse. Z, in consequence, delivers his purse. Here A has extorted the purse from Z, by causing Z to be in fear of instant hurt to the child, who is there present. A has therefore committed robbery on Z.
d
A obtains properly from Z by saying-"Your child is in the hands of my gang, and will be put to death unless you send us one thousand ringgit". This is extortion, and punishable as such; but it is not robbery, unless Z is put in fear of the instant death of his child. [33] Mahkamah telah meneliti pertuduhan dan peruntukan seksyen 390. Mahkamah mendapati pertuduhan memenuhi elemen rompakan berkumpulan kerana melibatkan 2 tertuduh yang masing-masing bersenjatakan parang dan tukul. Fakta kes menunjukkan kedua-dua tertuduh sentiasa membawa senjata ini bersama mereka. Mangsa Mohd Muzaffar diletakkan parang di lehernya. Mangsa-mangsa lain juga diugut dan berada hamper dengan tertuduh. Malahan, mangsa-mangsa sentiasa dalam perhatian dan kawalan tertuduh yang sentiasa memegang senjata ini. Kesemua mangsa dirompak harta milik mereka sama ada computer riba, wang tunai atau barang kemas. [34] Kesemua mangsa melalui situasi sebagaimana yang disyaratkan untuk “theft is robbery” bila berlakunya perbuatan tertuduh yang mengakibatkan “voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint”. Ini dapat dilihat apabila di lokasi pertama, kedua-dua tertuduh mendatangi kedua-dua mangsa warga emas dengan meluru ke arah mereka dengan memegang senjata. Mangsa isteri telah dicederakan manakala kematian berlaku terhadap suami mangsa. [35] Di lokasi kedua, mangsa-mangsa telah dikawal dengan senjata yang sama iaitu parang dan tukul. Kedudukan tertuduh yang berdekatan atau sangat hampir dengan mangsa termasuk mangsa yang tidak dinamakan dalam pertuduhan memenuhi penjelasan pada seksyen 390. Pertuduhan dan fakta kes juga memenuhi ilustrasi pada seksyen 390 ini apabila ketakutan dan kekangan secara halangan (“restraint”) juga wujud terhadap mangsa-mangsa lain. Tempoh hukuman dan sama ada berjalan secara serentak atau berasingan [36] Di dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa meskipun kejadian rompak berlaku pada tarikh yang sama, namun melibatkan 2 lokasi kejadian yang berbeza terhadap keluarga yang berlainan. Ini dengan sendirinya menjadikan kedua-dua pertuduhan ini adalah berbeza “distinct”. [37] Perhatian Mahkamah juga telah dibawa kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan Rayuan Jenayah No: B-05(L)-47-03/2024(B) berbangkit daripada keputusan Mahkamah Rayuan Rayuan Jenayah No: B-05(M)-307-08/2023 Usuf Matli v PP. Fakta kes ini dapat dilihat dengan lebih teliti dengan membaca alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang dikemukakan oleh peguam. [38] Pertuduhan di Mahkamah Tinggi melibatkan tertuduh yang telah membunuh 4 orang mangsa, kedua-duanya merupakan ibu dan anak. pertuduhan yang telah dikemukakan pihak Pendakwaan yang berlaku di lokasi yang sama namun tarikh kejadian antara 6.9.2015 dan 7.9.2015 dengan waktu yang juga berbeza. Secara ringkasnya adalah seperti berikut: 45B-18-06/2016: • pertuduhan pertama membunuh seorang kanak-kanak; • pertuduhan kedua membunuh ibu kanak-kanak 45B-19-06/2016: • pertuduhan pertama membunuh ibu kanak-kanak lain • pertuduhan kedua membunuh seorang kanak-kanak lain [39] Tertuduh telah disabitkan dengan pertuduhan pertama membunuh kanak-kanak tetapi tidak dipanggil membela diri untuk pertuduhan pertama membunuh ibu kanak-kanak serta pertuduhan kedua membunuh kedua-dua ibu dan kanak-kanak. Rayuan pihak Pendakwaan ke Mahkamah Rayuan dibenarkan dan tertuduh akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas kesemua pertuduhan. Di peringkat Mahkamah Rayuan kali kedua, pihak Pendakwa Raya telah bersetuju sabitan seksyen 302 digantikan dengan seksyen 304(a). [40] Isu yang timbul ialah apakah hukuman yang sesuai dan wajar. Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara bagi setiap pertuduhan dengan setiap pertuduhan berjalan berasingan menjadikan jumlah hukuman 60 tahun penjara dari tarikh tangkap. [41] Di peringkat Mahkamah Persekutuan, keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan. Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan dengan memerintahkan hukuman penjara berjalan berasingan diubah menjadi berjalan serentak. Hukuman penjara 15 tahun diubah kepada penjara 20 tahun bagi rayuan 05(L)-47-03/2024(B) dan ia mula berjalan setelah selesai Perayu menjalani hukuman pemenjaraan bagi rayuan 05(M)-45-03/2024(B) dan 05(M)-46-03/2024(B). [42] Rayuan di hadapan Mahkamah Rayuan melibatkan empat pertuduhan dengan jumlah hukuman penjara ialah 60 tahun (15 tahun setiap satu pertuduhan). Oleh itu, rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan semestinya melibatkan 3 pertuduhan yang lain ini untuk mendapatkan perintah ketiga-tiga hukuman berjalan serentak dengan hukuman yang satu lagi. [43] Mahkamah ini, dengan berbekalkan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan dan surat lampiran serta Perintah Mahkamah Persekutuan, merumuskan kes di Mahkamah Persekutuan ialah kes No. Rayuan 05(L)-47-03/2024(B) bagi pertuduhan No. 45B-19-06/2016 di Mahkamah Tinggi. Perintah Mahkamah Persekutuan menyatakan hukuman penjara 15 tahun berjalan berasingan bagi setiap pertuduhan adalah diketepikan. Ia diganti dengan hukuman pemenjaraan selama 20 tahun berjalan secara serentak dari tarikh Perayu selesai menjalani hukuman pemenjaraan bagi rayuan 05(M)-45-03/2024(B) dan 05(M)-46- 03/2024(B). [44] Ini bermaksud hukuman 20 tahun penjara berjalan serentak bagi pertuduhan pertama dan kedua hanya akan bermula setelah Perayu selesai menjalani hukuman 20 tahun penjara bagi pertuduhan ketiga dan keempat. Dalam erti kata lain, meskipun melibatkan mangsa berbeza bagi pertuduhan pertama dan kedua, namun Mahkamah Persekutuan memerintahkan hukuman berjalan serentak. [45] Hukuman 20 tahun penjara berikut bagi pertuduhan ketiga dan keempat akan bermula hanya setelah Perayu selesai menjalani hukuman 20 tahun bagi pertuduhan 1 dan 2. Dalam erti kata lain, ia berjalan berasingan setelah Perayu selesai menjalani hukuman pertuduhan awal. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kes di hadapan Mahkamah ini mematuhi prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Usuf Matli. [46] Penjara 12 tahun bagi pertuduhan P60 dan P62 termasuk 2 sebatan adalah memadai mengambil kira perlakuan salah yang bersifat kejam yang telah dilakukan ke atas 2 warga emas di lokasi pertama. Dengan sabitan dan hukuman ini, ia bermaksud telah ada sabitan terdahulu. Hukuman 15 tahun penjara dan 3 sebatan adalah berdasarkan telah wujudnya rekod sabitan lampau kedua-dua tertuduh. [47] Mahkamah, dalam menjatuhkan tempoh hukuman ini mengambil kira kepentingan umum untuk diberi keutamaan, dengan prinsip penghukuman “retribution, deterrent, rehabilitation” sebagai aspek yang perlu dipenuhi dalam kes-kes jenayah yang melibatkan perlakuan kejam seperti ini. Hukuman 12 tahun untuk seksyen 304(a) adalah suatu hukuman yang munasabah dengan hukuman minima ialah 11 tahun, mengambil kira hukuman maksima bagi seksyen 304(b) ialah 10 tahun. [48] Bagi hukuman di bawah seksyen 395/397 juga, hukuman 12 tahun bagi rompakan berkumpulan adalah wajar dengan hukuman minima bagi rompakan seksyen 392 ialah 14 tahun. Mahkamah menjatuhkan hukuman ini dengan membuat perbandingan dengan peruntukan seksyen 39A(1) dan 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memberi had minima dan had maksima, berbeza dengan seksyen 392 dan 395, yang tiada had minima. [49] Ini juga mengambil kira dari segi takrifan, sama ada rompakan berkumpulan atau tidak, perbuatan rompakan melibatkan mendatangkan “voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint”. Begitu juga seksyen 379 Kanun Keseksaan, bagi kesalahan mencuri, tiada had minima bagi kesalahan pertama tetapi tidak melebihi 7 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya. Namun bagi kesalahan kedua, seksyen 379 mensyaratkan hendaklah dijatuhkan hukuman penjara, walau bagaimanapun tiada had minima bagi hukuman penjara yang ditetapkan. [50] Dalam erti kata lain, Mahkamah diberi budi bicara dalam menjatuhkan hukuman dengan berdasarkan fakta kes. Mahkamah telah meneliti keadaan dan fakta yang membawa kepada pengakuan salah tertuduh. Mengambil kira pengakuan salah kedua-dua tertuduh atas representasi yang dikemukakan semasa kes masih di peringkat kes pendakwaan dan dipersetujui oleh Pendakwa Raya, maka Mahkamah tidak boleh lari daripada fakta bahawa masa dan tempoh bicara di hadapan Mahkamah telah disingkatkan. [51] Dari segi mitigasi tertuduh, Mahkamah telah pun memberi pertimbangan dengan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap dan tidak menjatuhkan hukuman maksima yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini boleh dianggap sebagai satu bentuk diskaun atas pengakuan salah tertuduh-tertuduh. Bertarikh pada 23hb Julai 2026 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) HAKIM Mahkamah Tinggi Malaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi pihak Pendakwaan
1
Bagi pihak Tertuduh 1
2
Revin Kumar Nabihah
1
Bagi pihak Tertuduh 2
2
M. Visvanathann
3
V. Sanjay Nathan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.