Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45SOM-116-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAMSUDIN BIN ISMAIL [NO. KP: 740805-03-5715] ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah.
DA-45SOM-116-10/2023
High Court of Malaysia6 Oct 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“19. Prinsip pemberian diskaun yang dinyatakan dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang ini telah digunapakai dalam kes Pendakwa Raya lwn. Yuvandran Vijayaindran [2025] MLRHU 1453 di mana Noorin Badaruddin (Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu) telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan denda RM3,000.00 ke atas tertudu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM PERBICARAAN JENAYAH NO: DA-45SOM-116-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SHAMSUDIN BIN ISMAIL [NO. KP: 740805-03-5715] ALASAN PENGHAKIMAN Mukadimah.
1
Tertuduh, Shamsudin Bin Ismail [No. KP:740805-03-5715] yang telah ditangkap pada 2 April 2023 telah dituduh di Mahkamah ini kerana menyeludup migran seramai 14 orang di bawah s. 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) seperti berikut: Pertuduhan Pindaan. “Bahawa kamu pada 2/4/2023, jam lebih kurang 4.00 pagi, bertempat di tepi jalan Kg. Batu Karang, Pasir Mas, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah didapati S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ menjalankan penyeludupan (14) orang migran Warganegara Myanmar seperti di Lampiran A dan dengan demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang mana ia merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
2012
2012.” HUKUMAN: Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007: Jika disabitkan, hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak melebihi 20 tahun, boleh juga dikenakan denda atau dengan kedua-duanya. Seksyen 36(1) Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007: Semua pengangkut, harta alih, buku rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang disita boleh dilucuthakkan. Latar belakang.
2
Pada 25.11.2025 pertuduhan pindaan di atas telah dibaca dan diterangkan semula kepada tertuduh. Tertuduh yang diwakili oleh peguam bela pada masa itu mengakui bahawa dia memahami pertuduhan pindaan yang dibacakan dan diterangkan kepadanya dan tertuduh telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut tanpa syarat.
3
Selepas sifat dan akibat pengakuan bersalah telah dijelaskan kepada tertuduh, tertuduh mengakui bahawa dia memahami sifat dan kesan pengakuan bersalahnya dan masih mengekalkan pengakuan bersalahnya terhadap pertuduhan tersebut.
4
Hakim perbicaraan telah menerangkan kepada tertuduh bahawa apabila tertuduh telah mengaku bersalah, perbicaraan penuh tidak akan dijalankan dan saksi-saksi tidak akan dipanggil untuk memberi kererangan. Tertuduh boleh disabitkan bersalah atas pengakuan salah tertuduh sendiri. Hakim perbicaraan juga telah menerangkan kepada tertuduh bahawa apabila tertuduh telah mengaku bersalah, tertuduh tidak boleh lagi merayu terhadap sabitan salah tetapi tertuduh masih boleh merayu terhadap hukuman yang akan dijatuhkan sekiranya tertuduh tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut. Tertuduh telah mengaku memahami penerangan hakim perbicaran tersebut dan masih ingin mengekalkan pengakuan bersalahnya terhadap pertuduhan tersebut.
5
Berikutan daripada pengakuan bersalah tertuduh tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta kes (P5). Fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh dan tertuduh telah mengakuinya benar.
6
Pihak pendakwaan selanjutnya telah mengemukakan ekshibit-ekshibit berikut:- i) Laporan Polis Pasir Mas 3306/23 (P6); ii) Laporan Polis Pasir Mas 3316/23 (P7); S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ iii) Borang Pemeriksaan Barang Kes (Senarai Geledah) (P8); iv) Borang Serah/Terima Barang Kes (P9); v) 5 keping gambar tempat kejadian (P10 A-E); vi) 8 keping gambar kenderaan Proton Persona No. PHY 4771 (P11 A-H); vii) 5 keping gambar telefon bimbit (P12 A-E); viii) Sijil Pemilikan Kenderaan (P13); ix) Rekod pergerakan keluar masuk migran dari Jabatan Imigresen Malaysia (P14); x) Salinan deposisi 10 orang migran (P15); dan xi) Sebuah kereta Proton Persona No. PHY 4771(dikemukakan melalui gambar) (P16)
7
Kesemua ekshibit barang kes dokumentar ditunjukkan kepada tertuduh dan tertuduh mengakui kebenarannya.
8
Peguam bela tertuduh telah membuat rayuan mitigasi yang mana antara lainnya seperti berikut:
i
Tertuduh telah berusia 51 tahun dan mempunyai 3 orang anak berusia antara 24 - 29 tahun.
II
(ii) Tertuduh bekerja sebagai penoreh getah dan lain-lain kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM1,000.00 hingga RM2,000.00 sebulan.
III
(iii) Tertuduh telah menghidap penyakit kencing manis sejak 10 tahun lalu. Keadaan dalam tahanan telah menyebabkan keadaan kesihatan tertuduh menjadi semakin teruk dan kronik serta memerlukan suntikan insulin berkala. S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ
IV
(iv) Pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos perbicaraan.
v
Ini adalah kesalahan kali pertama tertuduh.
VI
(vi) Tertuduh telah insaf dan telah muhasabah diri.
VII
(vii) Tertuduh adalah seorang ahli jawatankuasa surau serta aktif dalam kerja-kerja pengurusan jenazah di kampungnya.
9
Berdasarkan faktor-faktor mitigasi tersebut, peguam bela tertuduh merayu untuk suatu hukuman pemenjaraan yang paling minima dan memohon agar hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.
10
Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana pula telah membuat hujahan pemberat yang mana antara lainnya seperti berikut:
i
Jumlah migran yang terlibat seramai 14 orang boleh memberi kesan besar kepada keselamatan negara;
II
(ii) Tertuduh telah bertindak memecut dan melarikan diri dengan membawa 14 nyawa migran dengan kereta Proton Persona yang biasanya hanya boleh memuatkan 4 orang sahaja hingga terbabas dan telah membahayakan 14 nyawa tersebut.
III
(iii) Mahkamah patut mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan individu tertuduh dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh. S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ
IV
(iv) Kedudukan geografi Negeri Kelantan yang bersempadan dengan Negara Thailand telah menyumbang kepada berleluasanya kes-kes penyeludupan migran seperti ini.
v
Pihak pembelaan gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang menyokong keadaan kesihatan tertuduh.
VI
(vi) Hukuman yang akan dijatuhkan haruslah memberi mesej kepada tertuduh dan masyarakat umum tentang keseriusan kesalahan ini.
VII
(vii) Mohon hukuman yang berat dikenakan untuk menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat awam yang lain agar tidak turut terlibat dengan kes seperti ini.
VIII
(viii) Mohon ekshibit P16 (kereta Proton Persona) yang telah digunakan dalam menjalankan kesalahan tersebut dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia dan ekshibit-ekshibit lain dilupuskan oleh pihak pendakwaan.
11
Mahkamah ini, setelah berpuas hati bahawa pengakuan bersalah tertuduh telah dibuat secara rela hati dan tanpa syarat setelah tertuduh benar-benar memahami pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya serta memahami sifat, kesan dan akibat daripada pengakuan salahnya, telah menerima dan merekodkan pengakuan bersalah tertuduh dan telah mensabitkan tertuduh bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang telah dikemukakan terhadapnya seperti di atas.
12
Dari segi hukuman pula, setelah mahkamah ini menimbangkan faktor-faktor mitigasi oleh peguam bela tertuduh dan hujahan pemberat pihak pendakwaan seperti di atas, Mahkamah telah menjatuhi tertuduh hukuman pemenjaraan selama 7 tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap. Mahkamah ini juga memerintahkan agar kereta Proton Persona PHY 4771 (P16) yang digunakan dalam perbuatan jenayah tersebut dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.
13
Dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Mahkamah ini mengaplikasikan prinsip bahawa kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tertuduh yang telah disabitkan bersalah adalah kuasa budibicara mahkamah perbicaraan dan menurut peruntukan Seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah, kuasa tersebut haruslah dilaksanakan menurut undang-undang.
14
Undang-undang yang berkenaan dalam kes ini khususnya yang memperuntukkan tentang hukuman yang harus dijatuhkan adalah Seksyen 26A ATIPSOM yang memperuntukkan seperti berikut: “Mana-mana orang yang menjalankan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.”
15
Seksyen 26A ATIPSOM ini memberikan kuasa budibicara kepada mahkamah perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya. Seksyen ini hanya menetapkan kadar S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ maksimum hukuman pemenjaraan tetapi tidak menetapkan sebarang kadar minimum tempoh pemenjaraan.
16
Mahkamah ini mempertimbangkan dan mengambil kira faktor mitigasi tertuduh terutamanya berkenaan bahawa kesalahan ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan yang paling utama adalah faktor pengakuan bersalah tertuduh yang telah dapat menjimatkan banyak masa dan kos perbicaraan.
17
Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada kes yang sering dirujuk apabila membicarakan pertimbangan yang harus diberikan kepada tertuduh yang telah mengaku bersalah iaitu kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 MLRA 176 dimana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Lee Hun Hoe (Hakim Besar Borneo pada ketika itu) menyatakan: “Whether a person is a hardened criminal or not I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expenses of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many particularly the witnesses.”
18
Dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] 1 MLRA 43, Mohamed Azmi HMP dalam keputusannya telah mengatakan: “[15] … For determining the length of custodial sentence in pleading guilty cases, the test to be adopted could be found in R.V. Boyd [1980] 2 Cr. App. R(S) 234 where Cumming-Bruce LJ said: S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ The policy of the Courts is that where a man does plead guilty, which does give rise to public advantage and avoids the expense and nuisance of a trial, which may sometimes be a long one, the court encourages plea of guilty by knocking something off the sentence which would have been imposed if there had not been a plea of guilty. So one asks oneself, if there ad been a plea of not guilty, and whenhe had been convicted, what would have been the appropriate sentence? The answer to that is that the appropriate sentence in these circumstances would not have been more than three years. That points to the fact that this sentence was rather on the heavy side, because it did not give sufficient allowance for plea of guilty.” [16] … It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence.”
19
Prinsip pemberian diskaun yang dinyatakan dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang ini telah digunapakai dalam kes Pendakwa Raya lwn. Yuvandran Vijayaindran [2025] MLRHU 1453 di mana Noorin Badaruddin (Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu) telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan denda RM3,000.00 ke atas tertuduh bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan sehingga 30 tahun dan denda.
20
Dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 MLRH 23 mahkamah mengatakan: “[3] In respect of sentencing there can be only general guidelines. No two cases can have exactly the same facts to the minutest detail. Facts do differ from case to case and ultimately each case has to be decided on its own merits. In practice sentences do differ not only from case to case but also from court to court. All things being equal the variations are inevitable if only because of the human element involved. But, of course, there must be limits to permissible variations.”
21
Walaupun Mahkamah ini menyedari bahawa kes penyeludupan migran adalah berleluasa khususnya di Negeri Kelantan ini yang bersempadan dengan Negara Thailand seperti yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan, namun Mahkamah ini berpendapat bahawa tertuduh harus diadili dan dihukum atas kesalahannya sendiri dan atas merit kesnya sendiri.
22
Adalah tidak adil untuk menidakkan faktor-faktor peringanan tertuduh dan menghukum tertuduh dengan hukuman yang lebih berat semata-mata kerana mengambil kira kesalahan orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan yang sama terdahulu yang telah menyumbang kepada berleluasanya kes penyeludupan migran ini.
23
Pada masa yang sama, Mahkamah ini juga perlu menimbangkan faktor pemberat yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan terutamanya berkenaan dengan kepentingan awam. Mahkamah ini merujuk kepada dan mengambil panduan daripada S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ kes PP v Teh Ah Cheng [1976] 1 MLRH 76 yang mengatakan bahawa dalam menjatuhkan hukuman, secara umumnya kepentingan awam mestilah menjadi pertimbangan utama.
24
Dalam menjaga kepentingan awam khususnya soal keselamatan negara dari kebanjiran pendatang asing tanpa izin, Mahkamah ini perlu memberi gambaran kepada umum akan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh ini melalui hukuman yang dijatuhkan. Atas dasar menjaga kepentingan awam tersebut, walau pun tertuduh telah mengaku bersalah dan memohon satu hukuman yang ringan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan ke atas tertuduh untuk suatu tempoh yang tidak kurang dari 7 tahun walaupun tiada sebarang tempoh minimum telah dihadkan oleh undang-undang.
25
Dalam kes ini, sekiranya tertuduh memohon untuk dibicarakan dan tertuduh didapati bersalah diakhir kes pembelaan, Mahkamah ini berpendapat hukuman yang wajar dan munasabah dikenakan ke atas tertuduh sebagai pesalah kali pertama adalah hukuman pemenjaraan selama tempoh lebih kurang 10 tahun. Oleh itu, atas pengakuan bersalah tertuduh, dia boleh diberikan diskaun antara 1/3 atau 1/4 daripada hukuman yang dia boleh dikenakan sekiranya dia mohon dibicarakan dan didapati bersalah. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat hukuman pemenjaraan selama tempoh 7 tahun ke atas tertuduh adalah wajar, adil dan setimpal bagi tertuduh. S/N EnUdsFhAsUup8bhti3h6hQ
26
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman sebagaimana yang telah dinyatakan di atas ke atas tertuduh. Alasan Penghakiman ini disediakan pada 05-02-2026. ……………………………….. MOHD ROSLI BIN YUSOFF Hakim, Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bagi pihak Pendakwa Raya: TPR Nur Kamilah Binti Che Ibrahim, Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Pendakwaan Negeri Kelantan, AG-3-03-06, Al-Waqah @ Tunjong, Tingkat 3, Bangunan H Elite Design, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Tertuduh: Mohamad Afiq Farhan Bin Mohd Hanipha, Tetuan Afiq Farhan & Co, PT 842, Tingkat 2, Jalan Hospital, Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.