185.9 gram Methamphetamine (P26). DAPATAN DAN PENILAIAN MAHKAMAH [12] Di akhir kes pendakwaan tugas Mahkamah adalah untuk memutuskan di atas penilaian maksimum setiap keterangan yang dikemukakan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie sepertimana peruntukan s. 5 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Suatu kes prima facie akan dibuktikan apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence) bagi membuktikan setiap elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan atau dijelaskan akan 10 membawa kepada sabitan: s.180(4) KTJ. [13] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah bahawa: i. Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah 15 tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; ii. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; dan 20 iii. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [14] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 CLJ 209 telah membincangkan maksud perkataan milikan atau 'possession' dan di antara lain memetik dan menyatakan: 25 "Thompson J. in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 22 MLJ 237, said "possession" for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term "custody" or "control" - and knowledge of the nature of thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Edition, p. 304), in which the exclusive element 30 mentioned by Taylor J appears:- 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the powers to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case need.' Once the elements needed to constitute possession are established, including 5 the element of exclusive power to deal, when what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession." [Penekanan ditambah] [15] Di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor. v PP [2011] 4 CLJ 113, 10 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain, bahawa: “[6] It is trite law that possession is an important ingredient in the charge of trafficking. Unless there is direct evidence of trafficking, the prosecution must prove the ingredient of “possession” and the trial judge must make an 15 affirmative finding of “possession” before the presumption of trafficking under s. 37(da) of the Act can be invoked.” [16] Pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan di bawah s.37(da) ADB 1952 untuk membuktikan kesnya memandangkan 20 jumlah dan jenis dadah yang banyak dirampas daripada bilik tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah perlu membuat dapatan fakta secara positif mengenai elemen pemilikan sebelum anggapan undang-undang adalah terpakai. 25 [17] Sebelum membincangkan elemen pemilikan dengan lebih lanjut, pada tahap ini memadai untuk Mahkamah ini menyatakan bahawa bagi elemen jenis dan berat dadah, pihak pendakwaan telah membuktikannya melalui keterangan SP2 dan semasa perbicaraan berlangsung juga, walaupun pembelaan cuba mempertikaikan 30 identit dadah dalam kedua-dua kes ini: Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221. ISU AKSES DAN PENYEWA RUMAH TERSEBUT [18] Beralih kepada isu pemilikan dan pengetahuan Tertuduh mengenai dadah-dadah berbahaya tersebut, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan SP1, SP4, SP5 dan SP6 untuk membuktikan elemen tersebut. SP1 adalah salah seorang pegawai tangkapan 5 yang hadir semasa Tertuduh dan Muhammad Asyraf (“Asyraf”) ditangkap di rumah No. 34. SP1 telah memberi keterangan seperti dalam pernyataan saksi yang ditandakan sebagai PSP1 dan disoal balas oleh peguam Tertuduh. Walau bagaimanapun, keterangan saksi ini ada juga yang “tidak ingat”. SP1 tidak dapat mengesahkan 10 bahawa serangkai anak kunci P11 telah dirampas daripada poket seluar yang dipakai oleh Tertuduh. Namun perlu diingati fakta bahawa SP1 bukanlah Pengadu yang telah menjalankan soal siasat dan membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua tahanan pada petang kejadian. 15 [19] Semasa pemeriksaan balas ke atas SP1, saksi ditanyakan oleh peguambela Tertuduh seperti berikut: Saya ingin rujuk saksi ini Yang Arif kepada ID10 gambar, ada 6 gambar. Saya ingin rujuk terus kepada gambar 6. Kamu kata gambar DB box. 20 Ini rumah 34, ya? PB: 34 Yang Arif. 25 Jadi soalan dia? Lihat kepada gambar 6 terus ini kamu kata gambar DB box. 30 Bukan kamu yang arahkan gambar ini untuk diambil, bukan? Bukan. Kamu tak tahu kenapa gambar ini diarahkan untuk diambil? Tidak tahu. Selain daripada DB box itu ada juga gambar tempat surat. Benar. 5 Surat itu ada juga kita lihat penyangkut untuk kunci. Benar ada. Arahan saya adalah kunci-kunci kereta tersebut telah diambil kunci kereta dan serangkai kunci itu telah diambil daripada penyangkut kunci 10 ini, sebelum daripada kamu sampai? Setuju tak setuju? Tahu atau tidak tahu? Tidak tahu Yang Arif. Kamu lihat kepada ID11 ini serangkai kunci itu boleh sahaja di masukkan 15 ke dalam gelung kunci kereta? Boleh ulang. Kita ada serangkai kunci ID11 serangkai anak kunci ID11 itu boleh sahaja di masukkan ke dalam gelung keychain kunci kereta? 20 Setuju. Kamu tak tahu sama ada ianya asalnya memang diletakkan bersama ataupun berasingan? Tidak tahu. 25 Semua ini Inspektor Izzuddin boleh beritahu? Benar Yang Arif. Kemudian kamu kata ketika sebelum itu Inspektor tadi yang kamu kata 30 kamu memang sampai lewat. Benar. [20] Pihak pendakwaan tidak dapat memanggil Pengadu untuk memberi keterangan di Mahkamah kerana melalui keterangan SP3 (Pegawai 35 Penyiasat Warisan yang mengambil alih kes daripada SP6), didapati bahawa Pengadu tidak memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan sedangkan dia adalah seorang yang sangat penting peranannya dalam tangkapan ke atas Tertuduh dalam kedua-dua kes ini. SP3 juga memberitahu Mahkamah bahawa Pengadu telah 40 dibuang kerja daripada PDRM. Pengadu adalah pegawai yang telah mengendalikan dadah-dadah yang dirampas sedangkan SP1 semasa memberi keterangan memaklumkan beliau tidak ada mengendalikan dadah-dadah tersebut. SP1 hanya mengecamkan barang-barang kes berdasarkan penandaan yang dibuat secara 5 umum oleh Pengadu iaitu semua peket dadah ditandakan dengan tandaan “MIZ” sahaja oleh Pengadu selain tarikh dan tandatangan. [21] Berdasarkan keterangan SP1, Mahkamah mendapati SP1 tiba di rumah No. 34 pada jam 5.30 petang setelah tangkapan dibuat oleh 10 Pengadu terhadap kedua-dua saspek (rujuk pernyataan saksi PSP1 di perenggan 5). SP1 tidak ada di lokasi kejadian semasa pemantauan dibuat dan juga tidak dapat mengesahkan sama ada berlaku pergelutan seperti yang dinyatakan dalam P9. Adalah penting untuk melihat keterangan saksi ini bahawa dia juga 15 mengatakan ada kunci pintu rumah No. 36 dirampas di mana dia memberi keterangan “Yang dapat saya ingat serangkai kunci ini ada mengandungi kunci rumah yang beralamat nombor 36.” Sedangkan TIADA kunci pintu rumah No. 36 dirampas daripada Tertuduh dan pintu tersebut telah dibuka oleh anak lelaki SP4. Mahkamah 20 mendapati SP1 sendiri tiada membuat apa-apa penandaan ke atas barang-barang yang dirampas pada hari kejadian termasuk serangkai anak kunci tersebut. [22] Seterusnya terdapat percanggahan material dalam keterangan SP1 25 mengenai keberadaan Asyraf semasa pemeriksaan dibuat oleh pasukan Pengadu di rumah No. 36 kerana menurut SP4 pula terdapat 2 orang tahanan turut hadir pada waktu itu. SP1 disoal balas: So kedua-dua tertuduh ataupun YDS ketika itu ada semasa di nombor 36? Tidak. Hanya OKT bernama Shahrul sahaja yang dibawa ke rumah bernombor 36. 5 Saya katakan perkara tersebut tak benar. OKT kedua ataupun B2 juga ada di situ, Muhammad Asyraf? Tidak setuju Yang Arif. Saya katakan ini semua telah ditunjukkan di dalam borang selongkar. 10 Saya ingin rujuk saksi ini kepada ID17. Sila lihat kepada ID17 Inspektor. Siapakah nama penghuni atau yang hadir di perenggan 3 di sini? Shahrul dan Muhammad Asyraf. [23] Mahkamah juga diberitahu oleh SP1 bahawa ada seorang lagi yang 15 bernama “Iqbal” telah ditangkap pada petang itu dan SP1 bersetuju dengan peguam yang Asyraf dan Iqbal adalah saksi yang boleh memberitahu Mahkamah mengenai kejadian tangkapan Tertuduh. Iqbal dan Asyraf tidak ditawarkan oleh pihak pendakwaan selepas kes pendakwaan ditutup. Setelah menilai keterangan oleh SP1, 20 Mahkamah mendapati keterangan yang diharapkan oleh pihak pendakwaan untuk “mengikat” Tertuduh dengan dadah-dadah dalam pertuduhan adalah agak goyah dalam ketiadaan Pengadu untuk membantu Mahkamah merungkaikan persoalan-persoalan yang timbul kerana yang jelasnya, SP1 tiada semasa pemantauan oleh 25 Pengadu dan semasa Tertuduh dan Asyraf mula-mula ditahan. [24] Seterusnya, Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 yang dipanggil untuk menjelaskan mengenai sewaan bilik hadapan di tingkat atas rumah No. 36 tersebut. SP4 adalah kakak kepada 30 pemilik rumah No. 36 dan beliau tinggal di sebelahnya iaitu di rumah No. 38 bersama-sama anak-anaknya yang sudah dewasa. SP4 memberitahu Mahkamah bahawa memandangkan beliau hanya menggunakan bahagian bawah rumah No. 36 untuk membasuh pakaian, bilik-bilik di atas rumah disewakan kepada orang lain dan wang sewaan dikutip bagi pihak adiknya. Bilik atas di bahagian belakang disewakan kepada SP5. Bilik atas di bahagian hadapan disewakan kepada seorang lelaki Melayu yang tinggal di rumah 5 bersebelahan dengan rumah No. 36. Walaubagaimanapun, SP4 tidak ingat nama lelaki Melayu tersebut. Keterangan SP4 adalah seperti berikut: Puan Chew sebelum dia sewa bilik dengan Puan Chew, Puan tahu sejak bila dia duduk di rumah nombor 34? Berapa lama dia dah duduk di 10 rumah nombor 34? Saya ingat ada dua tahun macam. Jadi Puan, sebab dua tahun dia duduk di rumah nombor 34, Puan masih lagi boleh ingat dia? 15 Tak ingat lagi. Kenapa tak ingat? Sebab dah lama tak tengok, tak ingat. 20 Sebab dah lama tak tengok dia? Tak ingat. Tak, dia kata tak ingat sebab dah lama. I think DPP, you patut tanya tadi sebab dia kata dia sewakan rumah nombor 36 dia ada ambil bilik kan? 25 Jadi soalan dia, adakah dia ambil sewa tu dia bayar duit sewa ke Puan ke? Ada. Jadi dia bayar sewa dekat Puan, berapa kerap macam tiap-tiap bulan 30 ke? Tiap-tiap bulan. Puan, berapa nilai sewaan? Berapa sewa yang dia bayar? RM500. 35 Sebulan? RM500. Dia bagi kepada Puan sendiri ke? Cash lah? Cash. 5 Tak ada transfer? Tak. TPR: Kalau saya tunjukkan… 10 Berapa lama sewa yang bayar RM500 sebulan? Dia sewa 2020 punya sewa pada Februari. Februari 2020?