Content
AA-45A-19-11/2021 Kand. 348 31/07/2026 09:03:57 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: AA-45A-19-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA PENDAKWAAN
AA-45A-19-11/2021
High Court of Malaysia18 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not. [12] The law in respect of break in chain of evidence is not specifically anchored in the Evidence Act or Criminal Procedure Code. The law has been developed as a cautionary approach to ensure exhibits are not tampered with in c”
“, there would be a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not. [12] The law in respect of break in chain of evidence is not specifically anchored in the Evidence Act or Criminal Procedure Code. The law has been developed as a cautionary approach to ensure exhibits are not t”
“daan baik dan analisis yang dijalankan memberikan keputusan profil yang lengkap dan konklusif.". [90] Saya mengakhiri penghakiman ini dengan petikan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Soon Suan v.PP [1965] CLJU 165; [1966] 1 MLJ 116 yang menyatakan: "...the requirements of strict proof in a criminal case cannot be rela”
“de the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case. (Teoh Hoe Chye & Yap Teong Tean v. Public Prosecutor [1987] 1 CLJ (Rep) 386)." [18] Dalam kes PP v. Lee Yau Ket [2008] CLJU 172, Mahkamah telah menyatakan bahawa: "The gap brings into question too many possibilities as to what happen”
“ni akan bergantung kepada keterangan kontemporari, iaitu gambar barang kes yang mencatatkan tarikh pengambilannya (lihat: kes Gooi Loo Seng v. PP [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137, PP v. Kua Tiong Ann [2009] CLJU 195 dan PP v. Nadarajan Munian [2017] CLJU 2045). Keterangan lisan boleh diubah oleh SP1 dan SP11 atau mungk”
“porari, iaitu gambar barang kes yang mencatatkan tarikh pengambilannya (lihat: kes Gooi Loo Seng v. PP [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137, PP v. Kua Tiong Ann [2009] CLJU 195 dan PP v. Nadarajan Munian [2017] CLJU 2045). Keterangan lisan boleh diubah oleh SP1 dan SP11 atau mungkin mereka terlupa atau terkeliru dengan tar”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AA-45A-19-11/2021 Kand. 348 31/07/2026 09:03:57 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: AA-45A-19-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA PENDAKWAAN
6
RATHISWARAN A/L SARAVANAN ... TERTUDUH-TERTUDUH PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pertuduhan terhadap keenam-enam tertuduh adalah seperti yang berikut: "Bahawa kamu pada 4 November 2020, di antara jam lebih kurang 9.15 pagi hingga 9.20 pagi di Lot 11878 Mukim Chenderiang, di dalam Daerah Batang Padang, Negeri Perak Darul Ridzuan kerana mengedar dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat 14,199.1 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. [2] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 11 orang saksi untuk memberi keterangan dalam kes ini. Di akhir kes pendakwaan bagi menentukan sama ada terdapatnya kes prima facie, Mahkamah telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan kes pendakwaan atas prinsip penilaian maksimum sebagaimana yang diputuskan dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85. Panduan mengenai kes prima facie juga telah diterangkan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 dan PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. [3] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa terdapatnya kes prima facie terhadap tertuduh tertuduh bagi pertuduhan yang dituduh. Oleh itu, keenam-enam tertuduh dibebaskan dan dilepaskan bagi pertuduhan yang dituduh tanpa dipanggil untuk membela diri. Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap tertuduh pertama hingga tertuduh ketiga. Tiada rayuan difailkan terhadap tertuduh keempat hingga tertuduh keenam. Faktakes [4] Pada 4 November 2020, setelah menerima maklumat mengenai pemprosesan dadah di Lot 11878, Mukim Chenderiang, 35300 Chenderiang, Tapah, Perak, Inspektor Devendran a/l Muthukrishnan (SP4) telah mengadakan taklimat dan mengatur pengagihan tugas kepada anggotanya. Pasukan serbuan pertama telah diketuai oleh SP4 dengan tiga orang anggota, pasukan kedua diketuai oleh Detektif Sarjan Zulkiffle bin Abd. Wahab dengan empat orang anggota dan pasukan ketiga pula diketuai oleh ASP Mohd Idzahar bin Mohamed (SP5) bersama tujuh orang anggotanya. [5] Pada lebih kurang jam 8.30 pagi, SP4 bersama semua pasukan telah sampai di kawasan kebun kelapa sawit di Lot 11878 Mukim Chenderiang, Perak dan pasukan kedua telah menyertai pasukan pertama yang diketuai oleh SP4. Pasukan SP4 dan SP5 kemudiannya telah berpecah dan meneruskan perjalanan ke dalam kebun sawit tersebut. [6] Apabila pasukan SP4 sampai berhampiran tempat kejadian, SP4 telah nampak sebuah bangsal dengan canvas berwarna hijau kira-kira 40 kaki di hadapan mereka (bangsal hijau). SP4 telah mengambil kedudukan dengan menyorok dalam semak, membuat pemerhatian dan mendapati terdapatbaubahankimiayangkuat.Diajuga mendapatiterdapat tiga oranglelaki di bangsal hijauitu,iaituduaorangyangsedangduduk bercangkungdihadapansesuatuseperti dapur(tertuduhpertama dan kedua)danseoranglagilelakiyangsedangberdiribersebelahanpapan bangsal hijau(tertuduhketiga). [7] Kemudiannya, SP4 memperkenalkan diri sebagai polis dan ketiga-tiga tertuduh cuba melarikan diri, namun tangkapan berjaya dibuat oleh SP4 dan anggotanya selepas berlaku sedikit pergelutan. SP4 telah menjalankan pemeriksaan badan terhadap ketiga-tiga tertuduh tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah pada tubuh badan mereka. SP4 seterusnya telah membuat pemeriksaan di bangsal hijau dengan disaksikan oleh ketiga-tiga tertuduh. SP4 mendapati terdapat lima set dapur besi yang di atasnya terdapat periuk besi berwarna biru yang mengandungi bikar kaca berisi cecair warna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine dalam keadaan mendidih. Selepas itu, SP4 telah mengarahkan tertuduh pertama untuk menutup semua set dapur yang sedang menyala. [8] Seterusnya, SP4 telah merampas semua barang kes dan telah membuat penandaan pada semua barang kes. SP4 juga telah menimbang barang kes yang disyaki dadah berbahaya dengan menggunakan mesin timbang elektronik. Antara barang kes yang dirampas dan ditandakan adalah seperti yang berikut:
a
satu bikar kaca 10 liter ditandakan A1 (P13) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 6500 gram;
b
satu bikar kaca 10 liter ditandakan A2 (P14) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 5400 gram;
c
satu bikar kaca 10 liter ditandakan A3 (P15) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 5700 gram;
d
satu bikar kaca 10 liter ditandakan A4 (P16) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 5600 gram;
e
satu bikar kaca 10 liter ditandakan A5 (P17) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 5900 gram; dan
f
satu bekas plastik berwarna putih ditandakan A6 (P18) yang berisi cecair berwarna keperang-perangan disyaki dadah jenis Methamphetamine yang mempunyai anggaran berat 8100 gram. Semua anggaran berat telah dikira bersama bikar kaca dan bekas plastik oleh SP4. [9] Sementara itu, pasukan SP5 telah sampai ke satu kawasan di dalam kebun kelapa sawit dan SP5 nampak sebuah bangsal dengan kanvas berwarna biru (bangsal biru). Pasukan SP5 telah mengambil kedudukan di sebalik semak dan pokok sawit yang ada berhampiran bangsal biru, membuat pemerhatian dan mendapati ada tiga orang lelaki India (tertuduh keempat hingga keenam) sedang duduk di bangsal tersebut dan sedang bersembang. Kemudian, SP5 dan anggotanya menghampiri bangsal biru sambil memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Pasukan SP5 telah menahan tertuduh keempat dan kelima di bawah bangsal itu, manakala tertuduh keenam telah cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap. Pemeriksaan pada tubuh badan tertuduh keempat hingga keenam dan di kawasan bangsal biru oleh SP5 tidak menjumpai apa-apa barang salah. Tertuduh keempat hingga keenam seterusnya dibawa ke kawasan bangsal hijau dan diserahkan kepada ASP Nooreffendy bin Mokhtarudin (SP11), pegawai penyiasat kes. [10] Pada hari yang sama, lebih kurang jam 5 petang, SP4 telah menyerahkan semua barang kes yang telah ditandakan kepada SP11 di bangsal hijau. SP4 bersama anggota serbuan telah membawa keenam-enam tertuduh ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah (IPD Tapah) untuk tindakan seterusnya. Pada 9 November 2020, SP11 telah menghantar barang kes yang disyaki dadah untuk dianalisis oleh ahli kimia, Faznur-Azilah binti Mahmud (SP2). Hasil analisis oleh SP2 mendapati bahawa bikar kaca bertanda A1 hingga A5 dan bekas plastik bertanda F1 (penandaan oleh SP4 ialah A6 - P18) mengandungi sejumlah 14,199.1 gram Methamphetamine (P9). Dapatan Mahkamah Rantaian keterangan ekshibit dadah terputus dan keraguan mengenai identiti dadah Usikan dan gangguan terhadap barang kes dadah sebelum dihantar ke Jabatan Kimia [11] Serbuan telah dibuat pada 4 November 2020 di bangsal hijau oleh pasukan SP4. Keadaan barang kes yang mengandungi dadah (selepas serbuan) iaitu bikar kaca bertanda A1 hingga A5 (P13 hingga P17) dan bekas plastik bertanda A6 (P18) dapat dilihat dalam gambar P3(1) dan D72(1) hingga (3), (6) hingga (7) dan (11) hingga (12). Adalah jelas bahawa bikar kaca bertanda A1 hingga A5 (selepas ini dirujuk sebagai A1-A5) ditutup dengan plastik lut sinar berserta pita penutup (masking tape) dan bekas plastik bertanda A6 (selepas ini dirujuk sebagai A6) ditutup dengan plastik merah dan pita penutup. Perkara ini juga disahkan oleh jurugambar, Mohd Khairuddin bin Mad Arizan (SP1). SP4 telah menyerahkan A1-A5 dan A6 dalam keadaan begini kepada SP11. [12] SP4 telah menerangkan mengapa dia menutup A1-A5 dan A6 dengan pita penutup sebelum gambar diambil dan barang kes ini diserahkan kepada SP11, iaitu kerana: "PEG2: Inspektor, adakah amalan biasa bagi Inspektor untuk mengusik barang kes sebelum gambar-gambar oleh pegawai penyiasat diambil? SP4: Ini adalah praktik yang saya buat agar barang kes tidak tertumpah sebelum diserahkan kepada IO, langkah keselamatan saya. PEG2: Inspektor, barang-barang kes dalam P3, gambar satu ini, saya cadangkan tiada kemungkinan barang-barang kes ini tumpah, setuju atau pun tidak? SP4: Tidak setuju." Semasa pemeriksaan semula "TPR1: Dan kemudian peguam ada soal kepada kamu, tindakan kamu ini telah mengusik barang kes yang mana sebelum gambar diambil... Jadi, boleh jelaskan kepada mahkamah kenapa tindakan tersebut diambil dan mengapa kamu tidak setuju bahawa tindakan tersebut tidak mengganggu dan mengusik barang kes? SP4: Saya tidak setuju dengan pernyataan tersebut kerana niat ataupun praktik saya untuk menjaga integriti dan ketulenan barang kes agar tidak tercemar. Pengendalian saya terhadap barang kes pun secara cermat untuk menjaga ketulenan dan integriti barang kes agar tiada sebarang gangguan ataupun benda lain berlaku pada barang kes tersebut seperti tumpah, tercampur dengan benda-benda lain, itu yang saya buat penutup agar ianya tidak berlaku contamination dan agar saya serah barang kes itu seperti mana yang ada pada IO agar tidak berlaku apa-apa yang tidak baik pada barang kes.” [penekanan ditambah] [13] Gambar D72(88) hingga (151) telah diambil pada 5 November 2020. Gambar D72(88) hingga (99) mendedahkan perkara yang sama bagi A1- A5 (iaitu masih tertutup dengan pita penutup), tetapi A6 ditutup dengan besin plastik berwarna merah. Gambar D72(100) menunjukkan A6 dalam keadaan terbuka dan terdedah tanpa plastik merah berserta pita penutup (berbeza dengan keadaannya pada 4 November 2020). Gambar D72(104) hingga (112) menunjukkan A1-A5 dalam keadaan terbuka dan terdedah (bukan dalam keadaan asal seperti yang diterima pada 4 November 2020, iaitu ditutup dengan plastik lut sinar berserta pita penutup). Kandungan A1 hingga A6 dapat dilihat dengan jelas. Terdapat bikar kaca yang kandungannya berbentuk separa pepejal dan juga kelihatan hablur putih. Hanya A1 dan A6 sahaja masih dalam keadaan cecair. Semasa serbuan pada 4 November 2020, keadaan A1-A5 adalah dalam bentuk cecair kerana, menurut SP4, kandungan A1-A5 sedang mendidih. [14] SP1 telah mengesahkan dia telah mengambil semua gambar yang dikemukakan dalam kes ini. SP1 memberitahu bahawa dia mengambil 49 keping gambar barang kes (P3 (37) hingga (85)) pada 6 November 2020. Keadaan A1-A5 dan A6 dapat dilihat dalam gambar P3(40), (44), (48), (52), (56) dan (57). Ternyata keadaan A1 hingga A6 sekarang telah ditutup semula dengan plastik lut sinar tanpa pita penutup yang asal. Gambar yang sama boleh juga dilihat dalam D74(7) dan (8) bagi A1 yang diambil pada 6 November 2020, D74(15) dan (16) bagi A2, D74(23) dan (24) bagi A3, D74(31) dan (32) bagi A4 dan D74(39) dan (40) bagi A5 dan D74(41) dan (42) bagi A6, masing-masing diambil pada 7 November 2020. SP11 memberitahu bahawa dia telah mengarahkan SP1 untuk mengambil gambar barang kes pada 6 dan 7 November 2020. [15] Persoalan yang timbul ialah siapakah yang membuka penutup plastik dan pita penutup A1 hingga A6 pada 5 November 2020 kerana tiada keterangan daripada mana-mana saksi pendakwaan mengenai perkara ini. Bilakah A1 hingga A6 dibuka dan berapa lama ia dibiarkan terbuka juga tidak diketahui? Mengapakah penutup A1 hingga A6 dibuka setelah A1 hingga A6 ditutup dengan pita penutup oleh SP4? SP4 telah menutup A1-A5 dan A6 sebagai langkah keselamatan bagi menjaga keselamatan barang kes ini. Tiada penjelasan diberikan oleh pihak pendakwaan mengenai perkara ini. Berdasarkan gambar-gambar, jelas bahawa A1 didapati ditutup semula dengan plastik lut sinar tanpa pita penutup pada 6 November 2020 dan A2 hingga A6 pada 7 November 2020. Tiada keterangan mengenai apa yang berlaku kepada A1 hingga A6 setelah dibuka dari 5 November 2020 hingga 6 November 2020 bagi A1 dan hingga 7 November 2020 bagi A2 hingga A6. [16] Rantaian keterangan mengenai barang kes dadah yang dirampas adalah penting dari masa rampasan dadah tersebut sehingga ia dihantar untuk dianalisis oleh ahli kimia. Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah Rayuan menerangkan: what is important is that it must be proved that it is the substance that was recovered that was sent to the chemist for analysis and it is that same substance that is found to be heroin or cannabis etc. and it is in respect of that substance that an accused is charged with trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact." [penekanan ditambah] [17] Mahkamah Agung dalam kes Mohd. Osman Pawan v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 388; [1989] 2 MLJ 110 telah memutuskan: "It is also observed that the law is clear that it is unnecessary to call every witness to ensure that there is no break in the chain of evidence (see Su Ah Ping v. Public Prosecutor [1979]1LNS100). But when there is doubt as to the identity of the exhibits, as in this case, failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case. (Teoh Hoe Chye & Yap Teong Tean v. Public Prosecutor [1987] 1 CLJ (Rep) 386)." [18] Dalam kes PP v. Lee Yau Ket [2008] CLJU 172, Mahkamah telah menyatakan bahawa: "The gap brings into question too many possibilities as to what happened to the exhibits during that lacuna in the chain of custody, such that it cannot be definitively concluded, without any doubt, that the remaining exhibits were left untampered or unaltered." [19] SP11 memaklumkan bahawa dia hadir ke sidang media pada 5 November 2020 pada jam 3.00 petang dan pada masa itu barang kes berada di bawah kawalannya. Seterusnya, SP11 dan SP1 telah pergi ke tempat kejadian pada jam 4.35 petang. Tiada keterangan mengenai apa yang berlaku kepada barang kes selepas sidang media tersebut dan siapakah yang bertanggungjawab terhadap barang kes, terutamanya A1 hingga A6, kerana SP11 dan SP1 tidak berada di pejabat pada ketika itu. Tidak terdapat juga keterangan tentang siapa yang menghantar semula barang kes ke stor barang kes. SP11 hanya menyatakan bahawa “Pada 6.11.2020 jam lebih kurang 11.50 malam, saya bersama D/L/Kpl Muhammad Khairudin (SP1) dan juga L/Kpl Faiz bertempat di stor barang kes IPD Tapah telah membuat tandaan dan mengambil gambar barang kes yang dirampas oleh pengadu.” [20] Oleh itu, tidak diketahui apa yang berlaku terhadap A1 hingga A6 selepas sidang media dari 5 November 2020 hingga jam 11.50 malam pada 6 November 2020. Lebih-lebih lagi memandangkan A1-A5 dan A6 telah dibuka plastik lut sinar dan pita penutupnya pada 5 November 2020. Selain itu, A2 hingga A6 dalam gambar D74 berada dalam keadaan tertutup hanya pada 7 November 2020 dan bukannya pada 6 November 2020 (lihat perenggan 15 di atas). [21] Dalam kes Chai Tee Keiong v. Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 246, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: [24] A break or a gap in the chain of evidence is a perennial problem for the prosecution. While it shows that the prosecution's witnesses are telling the truth, the defence takes advantage of it and uses it in their favour. The only way to overcome this undue advantage is for the prosecution to advance a reasonable explanation for the break or the gap in the chain of evidence. But the non-explanation by the prosecution as to the doubts or discrepancies as to the exhibits be it in regard to their weights, description, packagings or markings must be construed as fatal." [penekanan ditambah] [22] Abdul Rahman Sebli HMR (beliau pada ketika itu) dalam kes PP v. Khoo Chong Ban [2015] 2 CLJ 36 telah dengan jelasnya menerangkan bahawa: [9] No break in the movement of exhibits must not be equated with no break in the chain of evidence. They are two different propositions altogether. There may be no break in the movement of the exhibits but if there was tampering of the exhibits at any stage of the movement, the integrity of the exhibits would have been compromised. That will constitute a break in the chain of evidence affecting the identity of the exhibits. [10] Evidence of tampering whenever detected must be held against the prosecution unless satisfactorily explained. There are no two ways about it as the accused person leaves it entirely in the hands of the investigating authority to ensure that his case is fairly investigated. This realisation must be foremost in the mind of the investigating officer when investigating the case. It demands from him the highest degree of integrity, honesty and professionalism. Lest it be forgotten it is a person's life that is at stake. [13] The courts have time and again emphasised the need for the prosecution to ensure no break in the chain of evidence in drug trafficking cases. The law reports are replete with authorities on the consequences of such break which in some cases had resulted in outright acquittals as it led to doubts on the identity of the exhibits. There is therefore no excuse for lapses on the part of the investigating authority, be it the police, the customs or any other agency tasked with enforcing the drug laws. The stakes are too high for the court to ignore such shortcomings in the prosecution's case." [penekanan ditambah] [23] Dalam kes PP v. Sim, Odita, Muhammad Architects Sdn Bhd [2008] 3 CLJ 623 Mahkamah telah memutuskan: [10] It was also the contention of the defence case that there is break in chain of evidence, as during the testimonies of the prosecution and the defence witnesses, evidence tends to show that there is opportunity for tampering to exist. If the opportunity of tampering existed, there would be a break in the chain of evidence, irrespective of whether the opportunity was taken or not. [12] The law in respect of break in chain of evidence is not specifically anchored in the Evidence Act or Criminal Procedure Code. The law has been developed as a cautionary approach to ensure exhibits are not tampered with in cases where physical tampering is possible such as in cases of drug offences and alike... Any doubt as to the possibility of tampering ought to be made in favour of the accused, as usually done in drug cases. ...
i
The law on break in chain of evidence is an area of law which has a close connection with the law of evidence in particular and also the general principles of criminal law and procedure, to meet out substantive justice on the basis of beyond reasonable doubt." [penekanan ditambah] [24] Integriti barang kes dadah A1 hingga A6 telah terjejas kerana A1 hingga A6 telah diusik dan diganggu selepas ia ditutup dengan plastik lut sinar dan pita penutup oleh SP4. Perkara yang cuba dielakkan oleh SP4 agar sesuatu yang tidak baik berlaku kepada barang kes telah terjejas dengan pembukaan semula A1-A5 dan A6. A1 hingga A6 telah dibuka oleh seseorang yang tidak diketahui. Keadaan ini menyebabkan keselamatan kandungan A1-A5 dan A6 telah terjejas (compromised). Tiada juga keterangan tentang siapakah yang menutup semula A1 hingga A6. Keraguan juga wujud mengenai bilakah perkara ini berlaku kerana tiada keterangan yang menunjukkan di mana A1 hingga A6 disimpan selepas sidang media pada 5 November 2020. [25] Jika dilihat kandungan cecair dalam gambar D74(7), (15), (23), (31), dan (39) bagi A1-A5 setelah ditutup semula, ia kelihatan seperti cecair keperang-perangan lebih banyak berbanding kandungan cecair A1-A5 dalam gambar D72(104) hingga (112), semasa dalam keadaan terbuka dan terdedah. SP11 hanya membuat timbangan A1-A5 pada 4 November 2020 apabila menerima barang kes ini daripada SP4. Timbangan tidak dibuat semula oleh SP11 selepas itu, terutamanya selepas 5 November 2020 dan semasa penandaan dibuat pada A1-A5 pada 6 November 2020. Oleh itu, berat kandungan A1-A5 selepas 5 November 2020 tidak dapat disahkan. [26] Pihak pendakwaan tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai mana-mana perkara yang dinyatakan di atas. Perlu ditekankan bahawa sememangnya menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan identiti dan rantaian keterangan ekshibit dadah tanpa keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). Apabila keseluruhan keterangan diambil kira, kegagalan menjelaskan gangguan serta pergerakan A1-A5 dan A6 menyebabkan terdapatnya lompang dalam kes pendakwaan dan rantaian keterangan A1-A5 dan A6 telah terputus. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai identiti dan pergerakan A1-A5 dan A6 sebelum barang kes dadah ini dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 November 2020. [27] Mahkamah Persekutuan dalam kes Lew Wai Loon v. PP [2014] 2 CLJ 649 telah menyatakan bahawa: "[27] Accordingly in the present case, we would say that discrepancies in weight alone of an exhibit such as drug should not ipso facto cast doubt on its identity. There are other primary factors to consider such as the facts and/or events that form the foundation for its admission as a piece of evidence. One fact and/or event to consider is whether there is any break in the handling or custody, which tantamount to a break in the chain of evidence. If such event occurred then that should cast a doubt in the exhibit as a reliable and trustworthy piece of evidence." [penekanan ditambah] [28] Perbezaan cara pembungkusan A1-A5 telah dicabar oleh pihak pembelaan semasa menyoal SP1 dan SP11. Keterangan SP1 adalah seperti yang berikut: "PEG1: Tetapi kamu sahkan dari gambar ini kita boleh lihat daripada bikar-bikar yang ada dalam bikar biru ini ada cellophane tape dilekatkan berwarna kuning? (P3(1) dan pita penutup dirujuk) PEG1: Dan kamu tidak tahu siapa yang meletakkan cellophane tape ini? PEG1: Kita bandingkan gambar 1 dengan gambar 40, 44, 48, 52 dan 56. Tadi Encik sahkan bahawa di dalam gambar 1 ada cellophane tape kelihatan warna kuning diletakkan. Setuju dengan saya daripada gambar-gambar lain tidak menunjukkan terdapat cellophane tape sedemikian di situ? SP1: Ya. ... PEG1: Juga gambar-gambar yang lain ia seakan-akan sama tetapi cellophane tape warna kuning tidak ada untuk gambar lain? SP1: Ya." [penekanan ditambah] [29] Semasa pemeriksaan balas SP11, persoalan mengenai keadaan ekshibit A1-A5 telah dikemukakan kepada SP11, iaitu: "PEG1: Yang Arif, saya pohon rujuk kepada D72, gambar 1 hingga 354. ASP, sila lihat gambar satu dan dua, gambar ini diambil pada tarikh 4hb 11? SP11: Betul, Yang Arif. PEG1: Semasa kamu sampai adakah keadaan barang-barang kes ini seperti dalam gambar? SP11: Tidak. PEG1: Ya? SP11: Tidak. PEG1: Boleh beri keterangan macam mana keadaan gambar, keadaan barang kes semasa sampai? SP11: Keadaan barang kes ketika saya sampai sama seperti di ekshibit P3, nombor satu." [30] Dalam kes Kumaraguru a/l N Muniandy & Ors v. PP [1994] 2 CLJ 53; [1994] 1 MLJ 254, Mahkamah telah memutuskan: "It is also settled law that on matters concerning the identity of drug exhibits the proof of which (on the beyond reasonable doubt basis) lay with the prosecution throughout the case, no requirement rests on the defence to register any challenge on the issue. And as there is no need for the defence to do so, I hold that in this case and upon the evidence, the prosecution has failed to establish the identity of the drug exhibits in the Court below." [penekanan ditambah] [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Pang Liong v. PP [2012] 9 CLJ 848 telah menjelaskan bahawa: [11] Thus, the identity of the drug exhibits was being challenged by the appellant. Once there is such a challenge, the prosecution bears the burden of proving beyond reasonable doubt that there are no gaps in the chain of evidence. It is the burden of the prosecution to adduce evidence that the drug exhibits that were recovered from the appellant and that were sent to the chemist for analysis were the same drug exhibits that the appellant was charged with." [penekanan ditambah] SP1 dan SP11 telah diperiksa balas mengenai perbezaan dalam keadaan A1-A5 tetapi pihak pendakwaan tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang usikan, pembukaan dan penutupan semula A1-A5. Perkara ini mengakibatkan pihak pendakwaan gagal membuktikan rantaian keterangan ekshibit dadah tanpa keraguan yang munasabah. Kedudukan barang kes dadah pada 5 November 2020 [32] Jika dilihat gambar barang kes yang diambil di dalam stor, jelas menunjukkan bahawa barang kes berada di atas lantai simen (lihat P3(37) hingga (85) dan D74(1) hingga (90)) terutamanya bagi A1 hingga A6. [33] Tetapi gambar yang diambil pada 5 November 2020 mendedahkan barang kes (terutamanya A1 hingga A6) telah dibawa ke lokasi yang lain. Gambar D72(88) hingga (114) menunjukkan barang kes diletakkan di atas lantai yang mempunyai jubin putih dan kelabu. Di manakah barang kes dibawa tidak diketahui? Dapat dilihat dalam gambar-gambar ini bahawa A1 hingga A6 dalam keadaan asal seperti pada 4 November 2020 dan keadaan penutupnya dibuka sepenuhnya. Jelas, A1 hingga A6 telah diusik dan diganggu berbanding keadaan asal semasa berada di lokasi ini. [34] Dalam gambar D72(91) dan (92) terdapat pintu bilik, papan putih, fail-fail, kerusi dan meja. Ternyata dalam gambar D72(95) dapat dilihat satu pintu dan dua pintu lagi dengan separuh badan seorang di hadapan satu pintu dan kaki seorang lagi di hadapan pintu kedua. Identiti kedua-dua orang yang kelihatan dalam gambar ini tidak diketahui, tetapi mereka berdiri di hadapan barang kes yang juga meliputi A1 hingga A6. [35] Lokasi ini sememangnya berbeza dari stor IPD Tapah. Gambaran daripada gambar-gambar ini adalah bahawa barang kes dadah sekarang berada di pejabat tertentu kerana terdapat fail, meja, kerusi dan almari. Siapakah dua orang ini dan apakah yang mereka lakukan dengan barang kes, terutamanya A1-A5 dan A6, tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan? Penerangan mengenai mereka adalah penting kerana barang kes dadah telah dibuka di tempat ini (lihat gambar D72(100) dan (104) hingga (112)). Bagaimanakah semua barang kes boleh berada dalam milikan mereka juga tidak dijelaskan? Apakah yang terjadi kepada barang kes, terutamanya A1 hingga A6, dari 5 November 2020 hingga lewat malam 6 November 2020 tetap menjadi suatu misteri. Memandangkan barang kes telah dibawa ke lokasi yang tidak diterangkan dan tidak diketahui siapa yang mengendalikan barang kes tersebut, maka rantaian keterangan mengenai barang kes telah terputus dan mengakibatkan wujudnya keraguan terhadap identiti serta pengendalian barang kes. [36] Dalam kes Public Prosecutor v. Saw Kok Leong [1993] 4 CLJ 83 Mahkamah telah memutuskan: "It is this Court's finding, after careful consideration of PW11's evidence, that though the exhibits P4A and P5A were kept in an envelope (P3) and placed in a locked cabinet, the same in P3 remained unsealed for about 4 1/2 days that is until 2.00 p.m. on 11 February 1987. Though PW11 had said that the cabinet was locked, yet on 8 February 1987 (time not stated) he took the drug exhibits to enable PW2 to take the photographs P6A to E. Though the witness further stated that he was present when the photos were taken, no evidence was led from him as to what he did with P4A and P5A after they were photographed by PW2 and whether same were promptly or immediately put back into the cabinet and locked. This Court is thus left to presume that this was done. Even in his re-examination, this gap in his evidence was not corrected, as he only said that he did not make any markings on P4A and P5A because he forgot to do so. I am not unmindful of the evidence of PW3 who said that he had appended his signature on the newspaper wrapper P4 and P5 and he also identified same when he gave evidence in Court. From this piece of evidence it is, at the very most, only by linkage and close association of P4 and P5 with P4A and P5A that the identity of P4A and P5A could probably be established. However, I hold that in a capital charge such as this, it is unsafe to allow the identity of the drug exhibits to be established through a process of linkage or by close association or juxtaposition; rather the drug exhibits themselves ought to be marked and sealed, unless such default is negated when it is shown to the Court's satisfaction that strict conditions as to their handling at every stage (supra) has been fulfilled. Again, in a capital charge it is not permissible for this Court to presume that PW11 replaced P4A and P5A back into his cabinet and locked them soon or immediately after the photography session by PW2. Such presumptions are no substitute for clear, direct and positive evidence of [its] safe custody, a fortiori in a capital charge." [penekanan ditambah] [37] Berdasarkan nas di atas, Mahkamah ini tidak boleh mengandaikan bahawa SP11 telah membawa barang kes dadah selepas sidang media ke lokasi seperti dalam gambar D72(91) dan (92) pada 5 November 2020, dan kemudiannya dia telah membawa barang kes tersebut ke stor barang kes. Mahkamah juga tidak boleh menggunakan andaian demi andaian bahawa tiada apa yang berlaku kepada barang kes dadah selepas ia dibuka pada 5 November 2020 hingga lewat malam pada 6 November 2020. Kesemua tertuduh telah dituduh bagi kesalahan yang boleh membawa hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup. la merupakan kesalahan yang sangat serius. [38] Mahkamah tidak boleh menggunakan pelbagai andaian bagi menggantikan keterangan yang jelas dan positif daripada pihak pendakwaan. Beban untuk membuktikan bahawa identiti dan rantaian keterangan barang kes dadah tidak terjejas adalah terletak pada bahu pihak pendakwaan. Jika terdapat usikan atau gangguan terhadap barang kes dadah dan lompang dalam rantaian keterangan barang kes dadah yang menggugat integritinya, maka natijahnya ialah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh. Kegagalan memanggil penjaga stor dan pengemukaan buku pendaftaran barang kes [39] Pada 4 November 2020, menurut SP11 penjaga stor ialah SM Aziz. Pada 5 November 2020, barang kes telah dikeluarkan untuk sidang media di perkarangan IPD Tapah dan kemudiannya dibawa ke lokasi lain dan pita penutup A1-A5 dan A6 telah dibuka seperti yang diterangkan sebelum ini. Tiada keterangan tentang siapakah yang bertugas sebagai penjaga stor dan sama ada barang kes disimpan semula di dalam stor pada 5 November 2020. Perkara ini hanya dapat dijelaskan sekiranya buku pendaftaran barang kes dikemukakan atau penjaga stor yang bertugas pada 5 November 2020 dipanggil sebagai saksi, tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh pihak pendakwaan. [40] SP11 semasa pemeriksaan balas telah memaklumkan bahawa: "PEG1: Dan untuk simpan barang-barang ini dalam stor kita ada rekod? SP11: Betul Yang Arif. PEG1: Ada bila-bila masa rekod ini dikemukakan di mahkamah? SP11: Saya tidak pasti. PEG1: So pergerakan ini barang-barang ini hanya diketahui oleh kamu dan Jurustor? SP11: Betul, Yang Arif." SP11 apabila diperiksa semula telah memberi keterangan yang bercanggah dan memberitahu bahawa dari waktu barang kes diterima sehingga 9 November 2020 sebelum dihantar ke Jabatan Kimia barang kes tidak direkodkan dalam stor barang kes. [41] Menurut SP11, pada 6 November 2020 dan 9 November 2020, penjaga stor ialah L/Kpl Faiz dan pada 7 November 2020 SM Aziz bertugas sebagai penjaga stor. Barang kes dadah diterima semula oleh SP11 dari Jabatan Kimia pada 10 Mei 2021 dan disimpan serta dikunci di dalam biliknya. [42] Tiada bukti penyerahan barang kes pada 4 November 2020 kerana tiada borang serah menyerah atau catatan mengenai simpanan barang kes di dalam stor. Pergerakan barang kes terutamanya A1-A5 dan A6 dari 4 hingga 9 November 2020, terutamanya pada 5 hingga 6 November 2020, tidak dapat dipastikan kerana tiada rekod dicatatkan mengenai pergerakan barang kes tersebut. Buku pendaftaran barang kes tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan. L/Kpl Faiz tidak dipanggil atau ditawarkan sebagai saksi. Hanya SM Aziz ditawarkan kepada pihak pembelaan. Kedua-dua saksi ini amat penting untuk melengkapkan natatif kes pendakwaan yang tidak sempurna dan diragukan. [43] Setelah barang kes A1-A5 dan A6 diterima semula dari Jabatan Kimia pada 10 Mei 2021, terdapat borang pengakuan serah terima bertarikh 12 Mei 2021 bagi simpanan barang kes di stor dengan SM Aziz (P181). Jika SP11 boleh menyediakan pengakuan serah terima barang kes pada 12 Mei 2021 dengan SM Aziz, mengapakah barang kes tidak didaftarkan dengan stor pada 4 November 2020 dan setiap pergerakan dari 4 hingga 9 November 2020 dicatatkan dalam buku pendaftaran. Sekurang-kurangnya SP11 boleh menyediakan pengakuan serah terima, seperti yang dilakukan pada 12 Mei 2021, bagi menunjukkan sebenarnya barang kes telah diterima oleh penjaga stor. Anehnya, tindakan ini tidak dilakukan oleh SP11 dan hanya dibuat setelah barang kes dadah diterima kembali dari Jabatan Kimia. Mahkamah mendapati perkara ini telah menyebabkan lompang dalam kes pendakwaan dan kegagalan memanggil penjaga stor telah memudaratkan kes pendakwaan. [44] Dalam kes PP v. Hatib Gumbali Imam Bakiri [2002] 8 CLJ 787 Mahkamah telah menyatakan bahawa: "Further doubt came about when PW9 said that he gave the drug exhibit to the Police Exhibit Store Keeper before taking it to the Chemist. Unfortunately for the prosecution no effort was made to call the Store Keeper to clarify on the accessibility of the store by others. Neither was PW9 asked as to who took out the drug exhibit for him to bring to the Chemistry Department or whether the item was found in good order at that time. Although it is settled law that there is no necessity to call each and every person that might have handled an exhibit in this case the evidence of the Store Keeper would have been crucial in view of the evidence of PW9. All that was said by PW9 was that he gave the drug exhibit to the Store Keeper. What happened then to the exhibit is anyone's guess. The least that should have been done was to inquire from PW9 as to the condition of the exhibit when he took possession of it later on and as to the reliability of the Store. To make the matters worse the prosecution failed to offer the Store Keeper as a witness to the defence at the end of the prosecution's case." [penekanan ditambah] Berbalik kepada kes ini, apa yang berlaku kepada A1-A5 dan A6 selepas sidang media pada 5 November 2020 hingga lewat malam 6 November 2020 tidak diketahui dan menjadi persoalan. Jawapannya boleh diberikan oleh penjaga stor tetapi malangnya tiada maklumat mengenai siapakah yang menjaga stor pada 5 November 2020 dan L/Kpl Faiz tidak ditawarkan kepada pembelaan. [45] Keperluan memanggil kedua-dua penjaga stor, iaitu SM Aziz dan L/Kpl Faiz, adalah penting setelah meneliti keterangan SP11 mengenai penyimpanan barang kes. SP11 dalam keterangannya menyatakan: "20. Pada 04/11/2020 jam lebih kurang 2145hrs saya dibantu Insp Sudirman, Insp Rozaimy, Sjn Muhammad Saad dan 4 anggota BSJND Tapah telah simpan barang kes di stor IPD Tapah seperti berikut: 1) (1) set dapur besi bertanda A1b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-berserta (1) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS yang bersama (1) tong gas petronas bertanda A1c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di atasnya terdapat (1) periuk besi berwarna biru A1a bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di dalamnya terdapat (1) bikar kaca 10 liter A1 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-jenama SCHOTT DURAN yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 6500 gram (ditimbang bersama bikar). 2) (1) set dapur besi bertanda A2b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-berserta (1) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS bersama (1) tong gas PETRONAS bertanda A2c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan Dev-di atasnya terdapat (1) periuk besi berwarna biru A2a bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di dalamnya terdapat (1) bikar kaca 10 liter bertanda A2 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-jenama SCHOTT DURAN yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 5400 gram (ditimbang bersama bikar). 3) (1) set dapur besi bertanda A3b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-dev-berserta (1) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS bersama (1) tong gas PETRONAS bertanda A3c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan Dev-di atasnya terdapat (1) periuk besi berwarna biru A3a bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di dalamnya terdapat (1) bikar kaca 10 liter A3 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Devjenama SCHOTT DURAN yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 5700 gram (ditimbang bersama bikar). 4) (1) set dapur besi bertanda A4b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-berserta (1) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS bersama (1) tong gas petronas bertanda A4c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan Dev-di atasnya terdapat (1) periuk besi berwarna biru A4a bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di dalamnya terdapat (1) bikar kaca 10 liter A4 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Devjenama SCHOTT DURAN yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 5600 gram (ditimbang bersama bikar). 5) (1) set dapur besi bertanda A5b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-berserta (1) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS bersama (1) tong gas petronas bertanda A5c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan Dev-di atasnya terdapat (1) periuk besi berwarna biru A5a bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-di dalamnya terdapat (1) bikar kaca 10 liter A5 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Devjenama SCHOTT DURAN yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 5900 gram (ditimbang bersama bikar). 6) (1) bekas plastik berwarna putih bertanda A6 bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine. a/b: 8100 gram (ditimbang bersama bekas). Jumlah keseluruhan anggaran berat kasar dadah jenis methamphetamine (para 20(1)-20(6)) adalah 37200 gram." [penekanan ditambah] Selain barang kes di atas turut disimpan di stor IPD Tapah, barang kes lain dengan penandaan A7, B1 hingga B26a, seperti yang terdapat dalam perenggan 20(7) hingga (26) pernyataan saksi SP11. [46] Seterusnya SP11 memberitahu bahawa: "29. Pada 09/11/2020 jam lebih kurang 1.15 petang, saya dibantu Insp Rozaimy, Sjn Saad dan penjaga stor barang kes L/Kpl Faiz keluarkan barang kes dari stor barang kes dan labelkan serta seal bekas barang kes seperti berikut: 1) (5) bikar kaca 10 liter jenama SCHOTT DURAN tandaan pengadu A1 hingga A5 bertarikh 4/11/2020 dan juga tandaan saya 4, 8, 12, 16 dan 20 bertarikh 4/11/2020 serta bertandatangan saya, masing-masing berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine dimasukkan dalam (1) bekas plastik berwarna merah bertutup warna kelabu dilabel F disebelah luar dan diseal PDRM 679. 2) (1) bekas plastik berwarna putih yang berisi cecair warna keperangan disyaki dadah jenis methamphetamine tandaan pengadu A6 bertarikh 4/11/2020 dan juga tandaan saya 21 bertarikh 4/11/2020 serta bertandatangan saya, dilabel F1 disebelah luar plastik lutsinar dan diseal PDRM 679.” [penekanan ditambah] Selain barang kes di atas juga dikeluarkan dari stor barang kes, barang kes lain dengan penandaan B1 hingga B15, seperti yang terdapat dalam perenggan 29(3) hingga (5)(a) hingga (e) pernyataan saksi SP11. Kesemua barang kes ini telah dimasukkan dalam bekas plastik bertanda F, F1 hingga F5 dan dihantar untuk analisis dadah ke Jabatan Kimia. Oleh sebab hanya A1-A5 dan A6 serta barang kes bertanda B1 hingga B15 dikeluarkan, bermakna bahawa semua set dapur besi, hos paip berserta kepala tong gas, tong gas Petronas dan periuk besi berwarna biru serta barang kes bertanda A7, B16 hingga B26a masih berada di stor barang kes. [47] Rentetan peristiwa selanjutnya oleh SP11 mendedahkan: "45. Pada 12/5/2021 jam lebih kurang 5.00 petang saya telah bawa barang kes: a. (5) periuk besi berwarna biru masing-masing bertanda A1a-A5a bertandatangan-Dev-bertarikh 4/11/2020 b. (5) set dapur besi bertanda berserta (5) hos paip berwarna merah berserta kepala tong gas jenama SANGGAS masing-masing bertanda A1b-A5b bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-c. (5) tong gas PETRONAS masing-masing bertanda A1c-A5c bertarikh 4/11/2020 dan bertandatangan-Dev-ke Stor Barang Kes BSJND Tapah dan serahkan kepada penjaga stor, SM 89520 Aziz Jaafar Bin Ali dalam keadaan baik. Saya telah tandatangani pada buku Pol 260 dan terima ER: 105/2021(N) - Lampiran D.” [penekanan ditambah] [48] Dalam Lampiran D (P183) yang dikemukakan oleh SP11, selain 20 barang kes di atas, tercatat juga barang kes bertanda A7, B16 hingga B26a. SP1 dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa hanya terdapat satu stor narkotik sahaja di IPD Tapah. Perkara ini juga disahkan oleh SP11 apabila dia menyatakan "Pada 4.11.2020, pada jam 9.45 malam, saya memang ada menyimpan semua barang kes yang saya terima daripada pengadu Inspektor Devendran (SP4) dalam stor BSJND Tapah...Semua barang kes telah dikeluarkan dari stor narkotik IPD Tapah dan kemudian barang kes tersebut dibawa ke perkarangan IPD Tapah untuk persediaan sidang media.". Oleh itu, ternyata bahawa pada setiap masa SP11 hanya merujuk kepada stor yang sama iaitu stor narkotik di IPD Tapah. Menurut SP11 "Untuk stor barang kes IPD Tapah ada 2 penjaga stor iaitu SM Aziz dan juga L/KpI Faiz.". [49] Oleh itu, sekiranya barang kes di atas sudah berada di dalam stor barang kes sejak 4 November 2020 (yang dikatakan diserahkan oleh SP11 kepada SM Aziz) dan tidak dikeluarkan pada 9 November 2020, tiada keperluan bagi SP11 untuk membuat pengakuan serah terima barang kes ini dengan SM Aziz pada 12 Mei 2021, lebih kurang enam bulan setelah barang kes disimpan di dalam stor barang kes. Memadai bagi SP11 untuk membuat pengesahan dengan SM Aziz bahawa barang kes ini telah berada di stor barang kes sejak 4 November 2020. [50] Persoalan yang timbul ialah jika semua barang kes ini dibawa oleh SP11 ke stor barang kes dan dibuat pengakuan serah terima pada 12 Mei 2021, bermakna sememangnya kesemua barang kes ini tidak disimpan di dalam stor barang kes, seperti yang diberitahu oleh SP11 sebelum ini. Dari mana SP11 membawa semua barang kes ini juga tidak diketahui. Perkara ini menimbulkan keraguan dalam pengendalian barang kes yang dirampas. Apa yang jelas ialah keterangan kontemporari dan keterangan lisan SP11 membuktikan semua barang kes di atas hanya diserahkan kepada SM Aziz pada 12 Mei 2021. Percanggahan di atas dan keterangan SP11 tentang adanya rekod simpanan barang kes serta penjaga stor mengetahui pergerakan barang kes, yang kemudiannya dinafikan, mengakibatkan kebolehpercayaan SP11 tergugat. Percanggahan dalam keterangan SP1 dan SP11 [51] SP11 menyatakan bahawa pada 4 November 2020 dia meletakkan barang kes dalam bilik khas di dalam stor itu dan kunci dipegang oleh SP11. SP11 menerangkan "Pintu luar, satu pintu gril, lepas itu pintu utama stor, dalam stor itu ada 2 pintu, satu pintu di sebelah kiri untuk kes-kes yang sudah jatuh hukum, satu ruang untuk kes-kes yang aktif dan ketiga ini memang stor khusus untuk kes-kes berprofil tinggi.". Kunci pintu gril hadapan dan pintu stor dipegang oleh SM Aziz. [52] Walau bagaimanapun SP1 dalam keterangannya tidak menyatakan terdapat pintu-pintu di dalam stor. Keterangan SP1 adalah seperti yang berikut: "PEG2: Lihat soalan nombor 7 sekarang, pernyataan WSP1 dirujuk. Saya bacakan sedikit, Selain itu, saya juga ada mengambil gambar barang kes. Pada tarikh 06/11/2020 jam lebih kurang 11.55 malam, saya telah mengambil sebanyak 49 keping gambar barang kes. Saya masih boleh camkan gambar-gambar tersebut iaitu gambar nombor 37 hingga 85, betul? PEG2: Koperal tahu atau tidak tahu di mana tempat Koperal ambil gambar-gambar ini? SP1: Di IPD Tapah. PEG2: Di mana? SP1: Di stor barang kes. PEG2: Semasa Koperal sampai di stor barang kes untuk ambil gambar ini, masa itu ASP Nooreffendy telah pun berada tempat itu atau pun bergerak bersama-sama? SP1: Bergerak bersama-sama. PEG2: Siapa buka stor ini untuk susun barang kes ini? SP1: Buka stor, Koperal Faiz. PEG2: Koperal Faiz, dia buka? PEG2: Dia buka stor barang kes bagi ASP Nooreffendy susun barang-barang kes? PEG2: Terdapat berapa stor di IPD Tapah ini? SP1: Stor untuk narkotik, ada satu sahaja." [penekanan ditambah] SP1 tidak menyatakan yang barang kes disimpan dalam ruangan khas dan ia dibuka oleh SP11. SP1 telah bersetuju bahawa terdapat banyak barang kes selain barang kes yang diambil gambar. Jika keterangan SP11 benar, maka sepatutnya tiada barang kes lain di dalam bilik khas yang dikatakan olehnya. Terdapat percanggahan ketara dalam keterangan SP1 dan SP11. Oleh itu, keadaan bilik stor di IPD Tapah dan di mana barang kes ini disimpan hanya boleh diterangkan oleh SM Aziz atau L/Kpl Faiz. [53] SP1 dalam keterangannya memberitahu dia mengambil gambar barang kes sebanyak 49 keping iaitu P3(37) hingga (85) pada 6 November 2020. Tetapi SP11 memberitahu gambar barang kes diambil pada 7 November 2020. SP11 kemudiannya meminda pernyataan saksinya dan menyatakan gambar barang kes ada diambil pada 6 November 2020 apabila dia membuat penandaan kepada barang kes. [54] Jika dilihat pada D74(1) hingga (12), adalah jelas hanya 12 keping gambar barang kes diambil pada 6 November 2020 dan bukannya 49 keping seperti yang diterangkan oleh SP1. Gambar barang kes lain D74(13) hingga (101) diambil pada 7 November 2020. Mengikut keterangan SP1 tiada gambar barang kes diambil olehnya pada 5 dan 7 November 2020. Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas, SP1 mengaku telah mengambil semua gambar D72, D74 dan D75. SP1 memaklumkan P3(84) dan (85) diambil pada 6 November 2020, tetapi gambar yang sama dalam D72(301) dan (303) menunjukkan bahawa gambar ini diambil pada 9 November 2020. [55] SP11 dalam keterangannya menyatakan D72(88) hingga (112) diambil pada 4 November 2020 iaitu barang kes dadah termasuk A1-A5 dan A6. Perkara ini juga bertentangan dengan keterangan SP1 yang menyatakan pada 4 November 2020 dia hanya mengambil 7 keping gambar forensik iaitu P3(86) hingga (92). Tarikh pada gambar D72(88) hingga (112) ialah 5 November 2020. Jelas, keterangan SP11 bercanggah dengan gambar yang dikemukakan dan ia menimbulkan keraguan terhadap penjagaan, pengendalian dan keselamatan barang kes terutamanya A1-A5 dan A6. [56] Walaupun terdapat percanggahan di atas, Mahkamah ini akan bergantung kepada keterangan kontemporari, iaitu gambar barang kes yang mencatatkan tarikh pengambilannya (lihat: kes Gooi Loo Seng v. PP [1993] 3 CLJ 1; [1993] 2 MLJ 137, PP v. Kua Tiong Ann [2009] CLJU 195 dan PP v. Nadarajan Munian [2017] CLJU 2045). Keterangan lisan boleh diubah oleh SP1 dan SP11 atau mungkin mereka terlupa atau terkeliru dengan tarikh pengambilan gambar tersebut, tetapi D72, D74 dan D75 yang dicetak daripada CD yang dibekalkan oleh pihak pendakwaan mengandungi semua gambar yang diambil dan dicetak berdasarkan tarikh pengambilannya membuktikan tarikh sebenar pengambilan gambar-gambar tersebut. [57] Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran (supra) telah menekankan bahawa: "The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case." [penekanan ditambah] Berdasarkan alasan-alasan dan keraguan yang didedahkan di atas sahaja, Mahkamah ini dapat memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal menunjukkan kes prima facie terhadap keenam-enam tertuduh. Keraguan dalam keterangan terhadap tertuduh-tertuduh Ketiadaan kesan dadah pada badan kesemua tertuduh [58] Pada 4 November 2020, kira-kira jam 8.30 malam di Pejabat Narkotik IPD Tapah, Inspektor Simon a/l Vadivelu (SP3) dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Perak, telah mengesat tangan kiri dan kanan setiap tertuduh dengan putik kapas untuk mengesan dadah. Putik-putik kapas ini telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengesan kehadiran sisa dadah pada tangan kesemua tertuduh. [59] Menurut keterangan SP2, terdapat kemungkinan serpihan dadah atau haba daripada dadah boleh terkena pada badan atau pakaian apabila memproses dadah tersebut. SP4 menyatakan semasa serbuan di bangsal hijau tertuduh pertama dan kedua duduk bercangkuk di hadapan dapur yang menyala dan dadah dalam bikar mendidih serta terdapatbau yang kuat. SP3 telah bersetuju bahawa dadah dalam keadaan mendidih akan mengeluarkan wap daripada bikar tersebut dan orang yang mengendalikan dadah ini akan tercemar dengan kehadiran wap dadah tersebut. SP3 juga bersetuju bahawa "di kawasan kejadian, ... jika mereka menggunakan atau mengendalikan dadah dan balang-balang tersebut, sudah mesti ada kesan dadah pada kuku dan jari mereka.". [60] SP11 memberi keterangan yang berikut semasa pemeriksaan balas: "PEG1: Apa tujuan swabbing ini dibuat? SP11: Tujuan swabbing itu untuk mengesan mengesan dadah pada tubuh badan suspek-suspek. PEG1: Di bahagian mana swabbing ini terhadap OKT-OKT ini dibuat? SP11: Di bahagian tangan. PEG1: Di bahagian tangan. Kenapa tangan? SP11: Tangan digunakan untuk memegang. PEG1: Memegang dadah-dadah, ya? SP11: Betul, Yang Arif. PEG1: Jadi tangan atau kuku ini senang untuk lekat dengan habuk-habuk dadah? SP11: Betul, Yang Arif. PEG1: Betul? SP11: Betul. PEG1: Dan hasil keputusan ini adalah penting untuk kaitkan mereka dengan tempat kejadian untuk menunjukkan mereka terlibat dalam proses dadah ini, betul? SP11: Petul” SP11: Betul." [61] Hasil analisis SP2 terhadap putik-putik kapas daripada kesemua tertuduh menunjukkan bahawa putik-putik kapas daripada tertuduh pertama hingga keenam tidak mengandungi sebarang kesan dadah berbahaya (lihat: laporan kimia P11). [62] Mahkamah Persekutuan dalam kes Chan Wei Loon v. PP & [90] ...While in the instant appeal, there were no traces of drugs found on the persons of the appellant at the material time when they were caught. There were also no traces of drugs on their nails or clothes they were wearing then. There was also no evidence of the processing of the drugs found then, not even by the chemist. Therefore, we could not find any nexus between the appellants and the act of manufacturing. [94]... Not only that, the appellants were "clean" at the time of the arrest. No drugs or traces of drugs were found on their person." Tertuduh keempat hingga keenam tidak berada di bangsal hijau. Mereka berada di bangsal biru yang terletak sekitar 50 hingga 100 meter dari bangsal hijau. Maka jelas bahawa tertuduh keempat hingga keenam tidak terlibat dalam pemprosesan dadah di bangsal hijau. Sekiranya tertuduh pertama hingga ketiga terlibat dalam aktiviti memproses dadah di bangsal hijau, sudah tentu terdapat kesan dadah pada tangan mereka memandangkan A1-A5 berada dalam keadaan mendidih. Ketiadaan sebarang kesan dadah pada tangan tertuduh-tertuduh menimbulkan keraguan terhadap milikan dadah tersebut dan penglibatan mereka dengan pemprosesan dadah di bangsal hijau. Pakaian kesemua tertuduh tidak dihantar bagi pengesanan dadah [63] Pakaian yang dipakai oleh tertuduh pertama hingga ketiga telah dirampas oleh SP4. SP5 turut merampas pakaian tertuduh keempat hingga keenam. Semua pakaian tertuduh pertama hingga keenam telah diserahkan kepada SP11. SP11 telah bersetuju bahawa pakaian tertuduh-tertuduh adalah penting untuk mengaitkan mereka dengan tempat memproses dadah di bangsal hijau. Walau bagaimanapun pakaian kesemua tertuduh tidak dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengesan kehadiran dadah. Keadaan dadah mendidih dalam A1-A5 yang mengeluarkan wap panas dengan mudah akan melekat pada pakaian tertuduh-tertuduh. Sebaliknya, SP11 telah menghantar pakaian kesemua tertuduh untuk analisis tanah bagi membandingkan dengan tanah yang diambil di bangsal hijau. [64] Mengenai pengambilan sampel tanah, SP3 telah menyatakan: "PEG1: Dalam kes ini kamu juga ada merampas tanah di kawasan tersebut? SP3: Betul. PEG1: Boleh kamu beritahu mahkamah tujuan tanah tersebut diambil di tempat tersebut? SP3: Tujuan tanah tersebut diambil untuk perbandingan kasut subjek yang ditangkap dan tanah itu. Kita membuat persamaan kehadiran subjek di kawasan itu. PEG1: Perbandingan dibuat dengan apa? SP3: Perbandingan dibuat antara kasut atau pun selipar subjek. PEG1: Itu adalah arahan kamu kepada pegawai penyiasat? SP3: Betul. PEG1: Sama ada pegawai penyiasat ada mematuhi arahan kamu ataupun tidak, kamu tidak tahu? SP3: Saya tidak pasti." [penekanan ditambah] [65] Hasil analisis ahli kimia mengenai sampel tanah adalah "There was insufficient soil on the t-shirts 'B1', 'B2', 'B3' and 'B6', jeans 'B1A', 'B4A', 'B5A' and 'B6A' and track pants 'B3A' for further analysis. No further analysis was carried out on the soil 'No.10'." (lihat: ID177). Kesimpulannya, pengambilan sampel tanah dari bangsal hijau tidak dapat mengaitkan kesemua tertuduh dengan tempat tersebut. Bukti penting iaitu pakaian tertuduh-tertuduh yang semestinya mempunyai kesan dadah sekiranya mereka terlibat dengan pemprosesan dadah di bangsal hijau, tidak dihantar untuk analisis pengesanan dadah. Cadangan pembelaan, rampasan telefon bimbit dan tangkapan lain [66] Cadangan pembelaan adalah bahawa tertuduh pertama dan kedua telah pergi ke bangsal hijau untuk meminta pakcik mereka, GP Arun (Arun), membeli sarapan bagi mereka. Manakala tertuduh ketiga pula pergi ke bangsal hijau untuk berjumpa dengan pakciknya yang bernama Ngeh-Ngeh. Arun dan Ngeh-Ngeh dikatakan berada di kawasan bangsal hijau sebelum serbuan dibuat dan telah melarikan diri. [67] Telefon bimbit kesemua tertuduh telah dirampas dan diserahkan kepada SP11. SP11 memberitahu dia ada membuat semakan fizikal terhadap telefon-telefon bimbit tersebut tetapi ia tidak membantu penyiasatan. Dia juga telah menghantar semua telefon bimbit yang dirampas kepada Bahagian Forensik untuk mengetahui butiran dan kandungannya. Laporan forensik analisis telefon-telefon bimbit tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah kerana menurut SP11, dia tidak menerima laporan itu daripada pegawai penyiasat warisan, Inspektor Rozaimi. Mengikut SP11 pegawai penyiasat warisan ada menerima laporan tersebut. Mahkamah ini mendapati alasan yang diberikan oleh SP11 bukan merupakan alasan yang munasabah untuk tidak mengemukakan laporan forensik telefon-telefon bimbit yang dirampas. [68] Tujuan pihak polis merampas semua telefon bimbit adalah untuk mengetahui kandungan telefon-telefon bimbit tersebut. la termasuk panggilan yang telah dibuat, pesanan yang telah dihantar termasuk pesanan suara atau bertulis melalui WhatsApp dan gambar-gambar yang terdapat dalam telefon-telefon bimbit tersebut. Kandungan sesuatu telefon bimbit yang dirampas boleh memihak kepada pihak pendakwaan sebagai bukti sokongan ataupun membantu mendedahkan pembelaan seseorang tertuduh. Dalam kes ini, jika semakan oleh SP11 tidak membantu penyiasatan, adalah wajar bagi pihak pendakwaan untuk mengemukakan laporan kesemua telefon bimbit tersebut. Kegagalan mengemukakan laporan tersebut menambah keraguan dalam kes pendakwaan. [69] Sewaktu tertuduh pertama hingga ketiga ditangkap di bangsal hijau (laporan tangkapan - P76), G.P. Arasu a/l Packirisamy (Arasu) juga ditangkap pada masa yang sama bersabit P76 di sebuah rumah di Kampar, Perak (laporan tangkapan - D188). P76 dibuat pada jam 7.22 malam dan D188 dibuat pada jam 7.42 malam. Berdasarkan D186, Arasu telah ditahan di bawah s. 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 selama dua tahun bermula dari 14 Januari 2021. Dalam pengataan-pengataan fakta D186 dinyatakan:
1
"Bahawa kamu didapati terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine sejak pertengahan bulan September 2020 hingga 13 November 2020 secara tidak berterusan di sekitar kawasan kolam ikan beralamat Lot 11878, Mukim Chenderiang, Temoh, Perak.
2
Bahawa kamu didapati menguruskan makmal haram yang dijadikan sebagai tempat memproses bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine.
3
Bahawa kamu didapati terlibat dalam menguruskan pembelian dan penghantaran bekalan bahan kimia jenis Ephedrine yang digunakan bagi tujuan memproses bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine." Keterangan dalam D186 menunjukkan bahawa Arasu mempunyai akses dan mengurus makmal haram di bangsal hijau serta terlibat dengan pengedaran dadah tersebut. Dia merupakan orang yang sebenarnya bertanggungjawab dalam pemprosesan dan pengedaran dadah di bangsal hijau. [70] Selain itu, terdapat beberapa orang lain yang ditangkap pada 4 November 2020 kira-kira pukul 9.20 hingga 9.45 pagi, di tempat yang berlainan. Mereka ialah Sivakumar a/l Sathianathan (Sivakumar), Muralitaran a/l Rengasamy (Muralitaran) dan Yatish a/l Perumal (Yatish). Mengikut penyiasatan SP11, Sivakumar menyalurkan dana untuk membeli barang-barang memproses dadah dan memasarkan dadah. Dadah yang telah diproses diserahkan kepadanya oleh Arun untuk tujuan pemasaran. Muralitaran juga terlibat dalam pemasaran dadah yang telah diproses. Yatish pula berperanan mengimport bahan mentah Ephedrine dari India untuk diserahkan kepada Arasu. [71] SP11 semasa pemeriksaan balas menjelaskan bahawa: "PEG1: Semalam kamu beri keterangan menyatakan empat orang tangkapan itu adalah sindiket dan kamu telah memberi keterangan apa penglibatan mereka. Dalam keterangan kamu, kamu tidak menyatakan bahawa empat saksi ini ada menyebutkan nama-nama OKT? Ini yang semalam keterangan kamu, mereka tidak sebutkan nama-nama OKT, betul? SP11: Betul, Yang Arif. PEG1: Tidak pasti. Dan inilah A1 hingga A28 adalah saksi-saksi yang penting di mana kamu telah rakam percakapan? SP11: Betul, Yang Arif. PEG1: Dan langsung tidak ada kecuali Devendran dan juga Idzahar menyatakan di tempat kejadian ada melihat mereka, betul? SP11: Betul, Yang Arif." [72] Tertuduh keenam dalam pernyataannya (D187) telah menyatakan pakciknya Arun menyuruhnya memberitahu dia sekiranya ada kenderaan melalui kolam ikan (di bangsal biru) melalui telefon. SP11 turut memberitahu bahawa tertuduh-tertuduh ada menyebut nama Arun dan "Seingat saya mereka beritahu di mana dia tinggal.". Seterusnya, SP11 menyatakan "Tujuan repot-repot ini (D199 hingga D205) dibuat untuk mengesan penama yang dinyatakan oleh tertuduh, iaitu GP Arun dan juga Uncle (merujuk kepada Ngeh-Ngeh)." . [73] Arun dan Ngeh-Ngeh tidak dapat dikesan dan rumusan yang dibuat oleh SP11 ialah: “Melalui hasil siasatan, saya dapati nama-nama ini ada ditimbulkan. Jadi sebagai peguam penyiasat, saya telah mengambil tindakan untuk menyiasat nama-nama yang ditimbulkan ini iaitu G.P Arun dan juga Uncle ataupun Ngeh Ngeh. Memandangkan maklumat yang saya perolehi adalah terhad, usaha untuk mengesan kedua-dua nama juga terbatas, terbatas daripada pihak saya.” [74] Selain itu, terdapat notis mengenai penyitaan harta tak alih sebuah rumah kediaman di Kampar, Perak bertarikh 12 November 2020, atas nama Arun a/l Mohammad Sidek (D197). Berdasarkan keterangan di atas, Arun mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah di bangsal hijau. [75] SP4 telah memberitahu bahawa: "Untuk laluan masuk hanya ada satu manakala terdapat juga laluan ke belakang, laluan ke belakang menghala ke dalam bangsal itu terdapat satu lagi laluan ke belakang. Terdapat 2 laluan masuk dan laluan ke belakang satu lagi, situ pun boleh masuk ke dalam juga. Saya buat pemerhatian di laluan masuk utama, yang depan bangsal canvas hijau, bukan di bahagian belakang. Yang belakang itu boleh dikatakan laluan ke belakang, masuk pun boleh, keluar pun boleh, belakang canvas itu.” [penekanan ditambah] Daripada keterangan SP4 didapati dia tidak membuat pemerhatian di bahagian belakang bangsal hijau. Tempat kejadian merupakan kawasan kelapa sawit yang terbuka. Maka ia tidak menghalang mana-mana orang yang berada di sekitar atau berhampiran bahagian belakang bangsal hijau daripada melarikan diri dari tempat tersebut. [76] Berkenaan dengan gas mask dan putik kapas bertanda 1(1), tidak dinafikan bahawa ia mempunyai DNA tertuduh pertama. Inferens yang boleh dibuat ialah tertuduh pertama mungkin memakainya kerana tidak tahanbau bahan kimia yang kuat. Perkara mengenaibau yang kuat telah dinyatakan oleh SP4. SP4 juga memberitahu tertuduh pertama hanya memakai gas mask tersebut selama 2 hingga 3 minit sahaja. SP2 telah menerangkan "Dalam bentuk kristal ia mempunyaibau yang kurang tetapi dalam bentuk cecair ia mempunyaibau yang lebih kuat sepertibau bahan kimia, campuran bahan kimia yang mana menyebabkan hidung boleh rasa seperti dicucuk-cucuk.". [77] Dalam P172, keputusan analisis ahli kimia Siti Hajar binti Hussin (SP10) mengenai gas mask ini menunjukkan terdapat DNA campuran daripada sekurang-kurangnya tiga individu dan dua individu tidak dapat ditentukan secara konklusif. Oleh itu, terdapat dua orang lain yang telah menggunakan gas mask ini sebelum ia dipakai selama 2 hingga 3 minit oleh tertuduh pertama. [78] Satu cawan plastik yang dikesat dengan putik kapas bertanda 9(3) didapati mengandungi profil DNA campuran daripada sekurangkurangnya dua individu dan tertuduh ketiga ialah seorang penyumbang kepada DNA tersebut. Ini hanya menunjukkan tertuduh ketiga ada menggunakan cawan tersebut. P172 juga, antara lain, mendedahkanujian DNA terhadap gas mask bertanda 2(1) dan cawan plastik bertanda 9(2) terdapat profil DNA “Lelaki 1”. Profil DNA Lelaki 1 juga terdapat pada sarung tangan bertanda 7(1) dan tuala “N1”. Tiada apa-apa profil DNA diperoleh untuk Arasu, Sivakumar, Muralitaran dan Yatish daripada sampel forensik yang diambil. Oleh itu, jelas bahawa terdapat lebih daripada seorang individu lain di bangsal hijau yang mempunyai profil Lelaki 1 dan profil DNA campuran yang tidak dapat ditentukan. [79] SP11 semasa pemeriksaan balas menyatakan bahawa dia dimaklumkan: "PEG1: Dan beliau naik ke atas tempat kejadian? SP11: Naik di tempat kejadian lebih kurang dalam sembilan lebih. PEG1: Sembilan lebih. Okey, apa yang beliau lakukan apabila sampai di bahagian atas? SP11: Apabila sampai dia maklumkan kepada saya dia telah bersama pasukan dia, telah buat pemerhatian. PEG1: Berapa lama pemerhatian dibuat? SP11: Kurang daripada lima minit. PEG1: Kurang daripada lima minit, okey. SP11: Telah nampak ada tiga suspek. PEG1: Nampak ada tiga suspek, okey. SP11: Kemudian dia telah buat tangkapan terhadap suspek. PEG1: Dia hanya maklumkan kamu jelas, dia dapat maklumkan dia pergi ke atas, dia buat pemerhatian kurang daripada tiga minit. SP11: Kurang daripada lima minit." [penekanan ditambah] [80] SP4 menyatakan dia telah membuat pemerhatian selama 20 minit, tetapi menurut SP11, pemerhatian hanya dibuat oleh SP4 kurang daripada lima minit. Hanya SP4 sahaja yang memberi keterangan mengenai serbuan di bangsal hijau, walaupun terdapat lapan orang anggota bersamanya. Tidak dinafikan bahawa pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk menentukan jumlah saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan, tetapi dalam hal keadaan apabila pembelaan mengemukakan pelbagai cadangan dan mencabar keterangan SP4, sepatutnya pihak pendakwaan memanggil seorang saksi lain yang turut berada bersama SP4 bagi menyokong keterangannya. [81] Berdasarkan keterangan yang ada, saya berpendapat ia tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa tertuduh pertama hingga ketiga mempunyai milikan terhadap A1-A5 dan A6 ataupun terlibat dalam pemprosesan dadah di bangsal hijau. Terdapat kemungkinan mereka hanya berada di bangsal hijau sementara sahaja. Tempat tersebut sebenarnya dikendalikan oleh Arasu. Arun yang membekalkan dadah kepada Sivakumar bagi pemasaran turut mempunyai kaitan dengan tempat tersebut. Milikan dadah oleh tertuduh keempat hingga keenam [82] Tertuduh keempat hingga keenam telah ditangkap oleh pasukan serbuan SP5 di bangsal biru yang terletak kira-kira 50 hingga 100 meter daripada bangsal hijau. Bangsal hijau juga tidak kelihatan dari bangsal biru. Semua barang kes hanya dirampas daripada bangsal hijau. Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan milikan barang kes termasuk A1 hingga A6 oleh tertuduh keempat hingga keenam. SP11 juga dengan jelas telah menyatakan bahawa tertuduh keempat hingga keenam tidak menandatangani borang geledah kerana mereka tidak berada di bangsal hijau ketika serbuan. Tiada kaitan antara bangsal biru dengan bangsal hijau dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan tiada dadah dirampas daripada milikan mereka di bangsal biru. [83] Selain itu, terdapat lima kolam ikan di tempat mereka dan pekerjaan mereka dalam laporan tangkapan (P148) dinyatakan sebagai penjaga kolam ikan. Di bangsal biru terdapat guni makanan ikan untuk ikan-ikan yang dibela di dalam kolam-kolam tersebut. SP11 juga menyatakan bahawa tertuduh keempat dan kelima telah bekerja untuk Arasu di bangsal biru selama enam bulan. [84] Mahkamah ini mendapati tiada keterangan konklusif yang mengaitkan tertuduh keempat hingga keenam dengan dadah yang dirampas di bangsal hijau. Keterangan saksi-saksi pendakwaan tidak menunjukkan terdapat niat bersama tertuduh keempat hingga keenam dengan tertuduh pertama hingga ketiga terhadap dadah yang ditemui di bangsal hijau. Pihak pendakwaan juga telah gagal untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan mengenai barang kes dadah tersebut (lihat: Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17). Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pembelaan [85] Mahkamah mendapati isu berhubung dengan isi padu dadah yang diterima dan analisis yang dibuat oleh SP2 tidak bermerit. Walaupun SP2 menjalankan analisis empat bulan selepas menerima barang kes, ia tidak menjejaskan kandungan A1-A5 dan A6. Ini adalah kerana A1-A5 dan A6 ditutup dengan penutup plastik. Tambahan pula kesemua barang kes yang diterima oleh SP2 telah disimpan di dalam kabinet berkunci miliknya di bilik kebal. [86] SP2 juga telah menerangkan bahawa: “Methamphetamine boleh hadir dalam bentuk cecair atau pun dalam bentuk pepejal. Jadi, walaupun cecair berubah menjadi pepejal, berat atau pun kandungan Methamphetaminenya tidak berubah. Saya beri contoh, katakan saya ada satu cawan air dan saya isi satu sudu gula dan saya kacau-kacau, bermaksud dalam satu cawan ada satu sudu gula. Kemudian saya masukkan ke dalam freezer untuk dijadikan ais, kandungan gulanya tetap sama, satu sudu juga. Kalau saya cairkan dia balik ia tetap sama, satu gula juga. Walaupun Methampetamine telah berubah bentuk, berat Methamphetamine tetap sama. Ini bermakna jumlah Methamphetamine dalam isipadu dan dalam pepejal akan total up balik.” [87] Berkenaan dengan analisis yang dijalankan oleh SP2, hasil analisisnya mendapati A1-A5 dan A6 mengandungi sejumlah 14,199.1 gram Methamphetamine, yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (lihat: Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250). [88] Isu yang dibangkitkan mengenai ketiadaan persetujuan daripada tertuduh-tertuduh bagi pengambilan sampel darah, mengenai botol yang digunakan dan borang yang tidak lengkap juga tidak memudaratkan kes pendakwaan. Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim v. Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293 telah memutuskan: [98] Now, even if those exhibits recovered from the lock up were indeed illegally obtained, which we say were not, in law they remain admissible if found to be relevant to the case (s 5 of the Evidence Act). [99] Lord Goddard CJ in the landmark case of Kuruma Son of Kaniu v Reginam [1955] 1 All ER 236, held that so long as the evidence is relevant, it is immaterial how and in what manner it was obtained. ...” [89] Selain itu, setiap botol darah yang dilabelkan telah dicamkan dengan sewajarnya oleh saksi-saksi pendakwaan. SP10 turut mengesahkan bahawa "Spesimen darah yang tidak memerlukan bahan pengawet atau preservative memandangkan spesimen darah yang diterima bagi kes ini dalam keadaan baik dan analisis yang dijalankan memberikan keputusan profil yang lengkap dan konklusif.". [90] Saya mengakhiri penghakiman ini dengan petikan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sia Soon Suan v.PP [1965] CLJU 165; [1966] 1 MLJ 116 yang menyatakan: "...the requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether this Court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else." Berdasarkan alasan-alasan di atas, didapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pertama hingga keenam. Oleh itu, tertuduh pertama hingga keenam dibebaskan dan dilepaskan. Bertarikh: 30 Julai 2026 (BHUPINDAR SINGH A/L GURCHARAN SINGH PREET) Mahkamah Tinggi Malaya Ipoh Pihak-pihak: Bagi pihak pendakwaan: Khazrin Hafiz bin Khalil dan Nasrul Hadi bin Abdul Ghani; Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak Bagi pihak pembelaan: Charan Singh s/o Kartar Singh, Baldip Singh s/o Santokh Singh dan Rajit Singh a/l Tara Singh; Tetuan Baldip, Dil & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.