Rayuan ini hanya dibawa oleh tertuduh Radin Imran (bapa) dan tertuduh Radin Romyullah (anak). Pertuduhan ke atas tertuduh (bapa) ialah seperti berikut: WA-45SO-8-09/2024: (eksibit P2) Bahawa kamu di antara penghujung tahun 2014 sehingga 17 Mei 2024, bertempat di sebuah rumah di alamat No. 15 Lot 1288, Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, dengan pengetahuan, telah menggalakkan berlakunya perbuatan pengganas dengan cara menanamkan fahaman ideologi keganasan yang berkait kumpulan pengganas Islamic State kepada ahli keluarga kamu iaitu Radin Luqman bin Radin Imran (No. K/P: 031116-01-1361), Radin Romyullah bin Radin Imran (No. K/P: 900104-01-6159), Rosna Binti Jantan (No. Paspot Singapura: K2416823B/ No. K/P Singapura: S1729848H), Farhah Sobrina binti Radin Imran (No. K/P: 010621-01-1044) dan Mariah binti Radin Imran (No. K/P: 050407-01-1664) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”. Hendaklah dihukum penjara sehingga tiga puluh (30) tahun dan hendaklah juga dikenakan denda. WA-45SO-8-09/2024: (eksibit P4) Bahawa kamu pada 17 Mei 2024 jam lebih kurang 10.45, bertempat di sebuah rumah di alamat No. 15 Lot 1288, Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, dengan pengetahuan, telah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas dengan cara menyimpan empat (4) pucuk senjata api jenis senapang angin (buatan sendiri) untuk menjalankan aktiviti kumpulan pengganas Islamic State, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”. Hendaklah dihukum pemenjaraan seumur hidup atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat puluh (40) tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu. WA-45SO-8-09/2024: (eksibit P6) Bahawa kamu pada penghujung tahun 2014 bertempat di sebuah rumah di alamat No. 15 Lot 1288, Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, dengan pengetahuan, telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State dengan cara berbaiah kepada pemimpin kumpulan pengganas tersebut iaitu Abu Bakar Al-Baghdadi, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama” . Hendaklah dihukum pemenjaraan seumur hidup atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi empat puluh (40) tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu. WA-45SO-10-09/2024: (eksibit P12) Bahawa kamu di antara 17 Mei 2024 jam lebih kurang 10.45 pagi dan 19 Mei 2024 jam lebih kurang 2.30 petang, bertempat di sebuah rumah di alamat No. 15 Lot 1288, Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, di dalam daerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Takzim, telah didapati ada dalam milikan kamu sebuah buku bertajuk ‘HAKIKAT ISLAM & HAKIKAT SYIRIK OLEH ABU SULAIMAN AMAN ABDURRAHMAN’ yang berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama”. Sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucuthakan mana-mana bahan tersebut.