Tertuduh-tertuduh (OKT-OKT) di dalam kes ini telah dituduh dan dibicarakan bersama berkenaan 3 kes (enam pertuduhan) seperti berikut:- DA-45A-31-10/2021 (Exh. P6) Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, bertempat di sebuah rumah di PT3253, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 104.1 gram HEROIN dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, bertempat di sebuah rumah di PT3253, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah memiliki racun iaitu 16 liter PROMETHAZINE dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N 9ZW33ebjW0mi0vTq9/rnUw DA-45-12-10/2021 (Exh. P12) Pertuduhan Pindaan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, dalam sebuah kereta Nissan Fair Lady No. Plat CCE 31, di hadapan sebuah rumah bertempat di PT3251, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah memiliki dadah berbahaya iaitu 14.25 gram METHAMPHETAMINE dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, dalam sebuah kereta Nissan Fair Lady No. Plat CCE 31, di hadapan sebuah rumah bertempat di PT3251, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan didapati telah ada dalam kawalan kamu racun iaitu 33.88 gram ETIZOLAM dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N 9ZW33ebjW0mi0vTq9/rnUw DA-45D-1-10/2021 (Exh. P15) Pertuduhan Pindaan Pertama: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, dalam sebuah kereta Nissan Fair Lady No. Plat CCE 31, di hadapan sebuah rumah bertempat di PT3251, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu senjata api iaitu sepucuk revolver bertulis S&W 357 MAGNUM No. Siri: CNE4845686-6 yang menyalahi undang-undang, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Pindaan Kedua: Bahawa kamu bersama-sama pada 3/1/2021, jam lebih kurang 1.00 pagi, dalam sebuah kereta Nissan Fair Lady No. Plat CCE 31, di hadapan sebuah rumah bertempat di PT3251, Taman Bej Puncak Nering, Kg. Gual Nering, Gual Sitok, Rantau Panjang, di dalam Jajahan Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan telah ada dalam milikan kamu 3 butir peluru bewarna silver A USA 38 SPL tanpa permit yang sah. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N 9ZW33ebjW0mi0vTq9/rnUw Kes Pendakwaan.