Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45A-6-01/2022 PENDAKWA RAYA 5
WA-45A-6-01/2022
High Court of Malaysia6 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the 5 close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“nganiaya kedua-dua OKT. Apa yang diceritakan oleh saksi-saksi polis adalah konsisten, logik dan boleh dipercayai, dan tiada sebab kenapa Mahkamah ini perlu menolak keterangan mereka: PP v Mohamad Ali [1962] MLRH 79; 20 Mohamed Alias v PP [1983] 2 MLJ 172). Jika pun ada percanggahan dalam keterangan mereka, Mahkamah men”
“ourt is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court’s duty to consider the defence, the age-old decision in Mat v. PP 10 [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This is followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-45A-6-01/2022 PENDAKWA RAYA 5
1
IBRAHIM BIN YAAKOB [NO. K/P: 790706-08-5173] 10
2
MOHD RASHIDI BIN MOHD ROSDI [NO. K/P:780526-14-5205] ALASAN PENGHAKIMAN 15 PENGENALAN [1] Alasan Penghakiman ini disediakan bagi rayuan yang difailkan oleh Pendakwa Raya terhadap Tertuduh Kedua, Mohd. Rashidi Bin Mohd Rosdi (OKT2) setelah Mahkamah ini pada 6.2.2026 mendapatinya tidak bersalah lalu melepaskan dan 20 membebaskannya daripada pertuduhan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“Akta 234”) yang dibaca bersama-sama s.34 Kanun Keseksaan. OKT2 dituduh dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya bersama-sama Ibrahim Bin Yaakob (OKT1) yang telah didapati bersalah dan disabitkan dengan 25 kesalahan tersebut di atas serta satu kesalahan lain di bawah s.39B(1)(a) Akta 234 juga (OKT1 dituduh secara bersendirian dalam kes No. WA-45A-9-01/2022) dan dijatuhi hukuman pemenjaraan maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Tiada hukuman sebatan disebabkan faktor usia. 30 [2] Rayuan Pendakwa Raya juga adalah terhadap OKT2 yang telah dilepaskan dan dibebaskan dalam kes No. WA-45-29-09/2023 daripada tuduhan memiliki dadah berbahaya di bawah s.6 Akta 234 semasa Mahkamah memberi keputusan di akhir kes pendakwaan pada 6.10.2025. Bagi kemudahan rujukan, pertuduhan terhadap 5 OKT2 akan dirujuk sebagai Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua seperti berikut: “PERTUDUHAN PERTAMA 10 “Bahawa kamu bersama-sama pada 25/6/2021, jam lebih kurang 9.25 malam di tepi perhentian bas Taman Batu Muda Tengah, Jalan Taman Batu Muda, Jinjang, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu dadah Cannabis (berat bersih: 24,943.9 gram) oleh yang demikian kamu bersama-sama telah melakukan satu 15 kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” PERTUDUHAN KEDUA 20 “Bahawa kamu pada 25/6/2021, jam lebih kurang 8.40 malam bertempat di tepi rumah No. 10, Jalan Taman Batu Muda Jinjang, dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati di dalam milik kamu dadah berbahaya iaitu dadah jenis Cannabis (berat bersih 9.29 gram). Oleh yang 25 demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.” [3] Setakat hari ini, semakan saya mendapati OKT1 tidak memfailkan 30 sebarang rayuan terhadap kedua-dua sabitan dan dua hukuman penjara seumur hidup (berjalan serentak dari tarikh tangkap). Oleh itu, Alasan Penghakiman ini disediakan dengan lebih fokus kepada rayuan oleh pihak Pendakwa Raya terhadap perintah pelepasan dan pembebasan OKT2 di akhir perbicaraan penuh bagi kedua-dua 35 kes tersebut. [4] Perbicaraan dimulakan di hadapan saya pada 25.8.2025 dengan pihak pendakwaan memanggil seramai 6 orang saksi seperti berikut: SP1 - DSP Ryza Mazlan bin Mat Zin, Pegawai Serbuan bagi 5 tangkapan keatas OKT1; SP2 - Zulhilmi bin Husni, Ahli Kimia (DNA); SP3 - Insp Hasbul Hadi bin Abd Rahman, Pegawai Serbuan bagi tangkapan ke atas OKT1 dan OKT2; SP4 - Zarifah Radhiah binti Zainal Aalam, Ahli Kimia; 10 SP5 - Dr. Nur Nazihah binti Md Shahari, Ahli Kimia; dan SP6 - ASP Muhamad Nazif bin Wahab, Pegawai Penyiasat. [5] Semasa kes pendakwaan berlangsung, pihak pendakwaan cuba memasukkan keterangan di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950 15 iaitu maklumat yang dikatakan diberikan oleh OKT1 dan OKT2 yang membawa kepada penjumpaan dadah berbahaya tersebut. Walaubagaimanapun, pihak pembelaan membantah kemasukan maklumat tersebut yang bersifat pengakuan atas alasan tiada kerelaan di pihak kedua-dua tertuduh dan tidak diberikan amaran di 20 bawah s. 37B Akta 234. Mahkamah tidak menerima keterangan tersebut sebagai pengakuan, tetapi menerima masuk perbuatan kedua-dua OKT di bawah s.8 Akta Keterangan 1950 sebagai evidence of conduct. 25 [6] Setelah berpuas hati atas penilaian maksimum bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh atas Pertuduhan Pertama sahaja pembelaan telah dipanggil dan bagi OKT1 pula pembelaan juga dipanggil bagi pertuduhan dalam kes No. WA-45A-9-01/2022. Kes pihak pembelaan dijalankan pada 8-9.12.2025 dengan 4 orang saksi. KES PENDAKWAAN [7] Fakta ringkasnya adalah bahawa, bertindak atas maklumat pada 5 24.6.2021 jam lebih kurang 8.40 malam, Pengadu iaitu ASP Ryza Mazlan Bin Mat Zin (SP1) telah menahan OKT1 di hadapan Dobi Bubble Laundry di Jalan Batu Muda Kuala Lumpur. Pemeriksaan pada raga motosikal No. Pendaftaran VER 4280 yang ditunggang oleh OKT1 menjumpai 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis 10 Cannabis di dalam 2 beg plastik nipis berwarna hitam (setiap satu mengandungi 5 ketulan mampat). Soal siasat awal terhadap OKT1 telah membawa pihak polis pergi ke alamat rumah No. 10 Jalan Taman Batu Muda, Kuala Lumpur di mana SP3 telah menahan OKT2 di hadapan rumahnya. Pemeriksaan oleh SP3 di atas meja 15 yang terletak di luar hadapan rumah OKT2 telah menjumpai 1 sampul kecil disyaki mengandungi dadah jenis Cannabis. [8] Hasil soal siasat ke atas OKT2, dia telah memandu arah polis ke sebuah kereta jenis Naza (Peugeot) No. Pendaftaran BJD 9166 20 (yang merupakan kereta OKT1) yang diletakkan tidak jauh dari rumah OKT2 berhampiran sebuah perhentian bas. Hasil pemeriksaan oleh SP3 menjumpai 26 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis Cannabis di dalam kereta tersebut di tempat duduk penumpang sebelah belakang. 25 [9] Barang kes dan kedua-dua OKT telah dibawa balik ke balai polis dan dokumentasi dibuat. Serahan semua rampasan dan tangkapan telah dibuat kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu SP6. Barang kes telah disimpan selamat oleh SP6 dan kemudian dihantar kepada Ahli Kimia (SP4 dan SP5). Barang kes telah disahkan mengandungi berat bersih dadah Cannabis seberat 24,943.9 gram (iaitu dadah dalam Pertuduhan Pertama) dan 9.1 gram Cannabis (iaitu dadah 5 dalam Pertuduhan Kedua). Pertuduhan yang dihadapi oleh OKT1 dalam kes No. WA-45A-9-01/2022 ialah bagi dadah Cannabis seberat 9,648.6 gram. [10] SP2 mengesahkan bahawa sampel DNA “swabbing” yang diambil 10 daripada bahagian dalaman kereta menunjukkan khususnya profil OKT1 dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada profil bercampur yang dikesan di bahagian steering kereta. Sampel “swabbing” daripada bahagian hand brake dan tombol gear kereta menghasilkan profil DNA bercampur-kompleks yang terdiri daripada 15 sekurang-kurangnya 3 individu yang tidak dapat diinterpretasikan secara konklusif. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [11] Di akhir kes pendakwaan tugas Mahkamah adalah untuk 20 memutuskan di atas penilaian maksimum setiap keterangan yang dikemukakan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie sepertimana peruntukan s. 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Suatu kes prima facie akan dibuktikan apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan 25 keterangan-keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence) bagi membuktikan setiap elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan atau dijelaskan akan membawa kepada sabitan: s.180(4) KTJ. [12] Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 AMR 321, Hakim Augustine Paul menyatakan: “A prima facie case is one that is sufficient for the accused to answer, and the evidence adduced must be such that it can only be surmounted by evidence in rebuttal. The force of that evidence must, if unrebutted, be 5 sufficient to induce a state of belief that the facts as they stand are a stated in the charge. In order to make a finding the court must, at the close of the prosecution’s case, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced to determine whether all the elements of the offence have been established. If the evidence is 10 unrebutted, and the accused remain silent, he must be convicted. Therefore, the test to be applied at the end of the prosecution’s case is whether there is sufficient evidence to convict the accused if he chooses to remain silent, which if answered in the affirmative means that a prima facie case has been made out. This requires a 15 consideration of the existence of any reasonable doubt in the prosecution’s case, which if it exists, cannot lead to the finding of guilt of a prima facie case having been made out.”. [Penekanan ditambah] 20 [13] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi Pertuduhan Pertama adalah bahawa: i. OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan atau kawalan ke atas dadah di dalam kereta tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah 25 berbahaya; ii. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; dan iii. OKT1 dan OKT2 telah mengedar dadah berbahaya tersebut. 30 [14] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi Pertuduhan Kedua terhadap OKT ialah bahawa: i. OKT2 mempunyai milikan ke atas dadah di atas meja tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; ii. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam 5 pertuduhan; dan iii. OKT2 tiada kuasa untuk memiliki dadah berbahaya tersebut. [15] Setelah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan atas standard penilaian maksimum di bawah s.180(1) KTJ, Mahkamah 10 ini berpuas hati bahawa tiada pecahan rantai keterangan barang kes daripada mula dirampas sehinggalah semua dadah tersebut diterima semula daripada Ahli Kimia dan disimpan selamat di dalam Setor Barang Kes. Semua saksi pendakwaan yang berkenaan telah mengecam dengan positif barang-barang kes dadah berbahaya 15 tersebut. Mahkamah mendapati barang kes adalah yang sama semasa tangkapan dan seterusnya dianalisa oleh Ahli Kimia dan dikemukakan semasa perbicaraan. Mahkamah mendapati tiada pecahan rantaian keterangan barang kes di peringkat Jabatan Kimia Malaysia mahupun semasa dalam simpanan pihak polis. 20 Oleh itu satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap kedua-dua tertuduh bagi dadah Cannabis yang dijumpai dalam kereta Naza tersebut yang mewajarkan mereka dipanggil untuk membela diri atas Pertuduhan Pertama. 25 [16] Mahkamah juga berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dalam kes No. No. WA-45A- 9-01/2022 bahawa OKT1 mempunyai kawalan sebenar dan pengetahuan ke atas dadah Cannabis yang dirampas daripadanya (dalam plastik bertanda P13(1-10)) di hadapan kedai dobi Bubbles Laundry sehingga membangkitkan anggapan statutori pengedaran dadah berbahaya di bawah s.37(da) Akta 234 bagi dadah seberat 9,648.6 gram tersebut. OKT1 telah dipanggil membela dirinya atas pertuduhan tersebut. Alasan Penghakiman ini tidak memfokuskan 5 kepada Pertuduhan Pertama kerana ia tidak berkaitan dengan OKT2. [17] Bagi isu jenis dan identiti dadah-dadah yang dirampas, Mahkamah berpuas hati elemen ini telah dibuktikan. Keterangan SP4 dan SP5 10 diterima oleh Mahkamah ini bahawa berat dadah dan jenis dadah adalah seperti dalam ketiga-tiga pertuduhan. Di dalam kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa “…the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently 15 incredible of the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step.” Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan hasil analisa 20 yang dibuat oleh SP4 (dadah dalam Pertuduhan Kedua) dan SP5 (dadah dalam Pertuduhan Pertama) berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah-dadah berbahaya tersebut dan mendapati elemen kedua dalam semua pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan di peringkat prima facie. 25 A. Pertuduhan Kedua [18] Berkenaan dadah yang dijumpai di atas meja di luar rumah OKT2, berdasarkan keterangan pihak pendakwaan sendiri, anak kepada OKT2 turut berada di rumah semasa tangkapan ke atas ayahnya dibuat. Pembelaan OKT2 juga mencadangkan dia tiada kawalan dan milikan ke atas dadah yang tersembunyi dalam P33(b) kerana ia adalah tempat yang terbuka dan ahli keluarganya turut berada di rumah semasa itu. Atas penilaian maksimum keterangan pihak 5 pendakwaan, dapatan Mahkamah ini adalah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan melalui keterangan yang boleh dipercayai bahawa sememangnya OKT2 memiliki dan ada pengetahuan tentang dadah dalam Pertuduhan Kedua tersebut. 10 [19] Namun Mahkamah mendapati tiada keterangan kukuh yang dapat mengaitkan OKT2 dengan dadah Cannabis seberat 4.02 gram dalam Pertuduhan Kedua kerana ia hanya berdasarkan proximity OKT2 sahaja dengan dadah yang dijumpai dalam sampul duit raya (P33(b)) di atas meja di luar rumah OKT2 semasa serbuan. Mahkamah 15 merujuk kepada kes Low Thiam Teck v PP [2015] 3 MLJ 134 yang memutuskan bahawa proximity kepada dadah tanpa keterangan lain yang menunjukkan pengetahuan tertuduh adalah tidak memadai. Oleh itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKT2 daripada Pertuduhan Kedua tanpa pembelaannya dipanggil. 20 B. Pertuduhan Pertama AKSES KEPADA KUNCI KERETA DAN KERETA TERSEBUT [20] Bagi isu pemilikan dan pengetahuan oleh kedua-dua tertuduh 25 mengenai 26 ketulan mampat dadah Cannabis tersebut (dalam peket plastik lutsinar bertanda P10(1-26)), pihak pembelaan mempertikaikan keterangan SP1 dan SP3 mengenai cara dadah dijumpai dan menafikan mereka adalah tuan punya dadah tersebut, tetapi sebenarnya kepunyaan seorang yang bernama “Mohd Zaini Bin Mat Aris” yang memiliki kereta Naza tersebut. Keterangan SP6 bahawa berdasarkan siasatannya, kereta Naza BJD 9166 didaftarkan atas nama Mohd Zaini tetapi SP6 telah mengambil percakapan individu ini pada 26.6.2021 semasa kes sedang 5 disiasat dan mendapati Mohd Zaini telah menjual keretanya kepada OKT1 secara lisan dan tiada perjanjian bertulis dibuat. Mohd Zaini telah menyerahkan 1 kunci kereta, 1 kunci untuk buka tempat minyak dan 1 alat kawalan jauh (remote) kepada OKT1. Pertukaran nama belum dibuat kerana Mohd Zaini sibuk ketika itu (rujuk PSP6 10 di perenggan 22). [21] Pertuduhan kedua terhadap OKT1 adalah berdasarkan fakta bahawa dia sedang menaiki motorsikal bernombor pendaftaran VER 4280 yang didaftarkan atas namanya sendiri apabila dia 15 diserbu oleh pasukan yang diketuai oleh SP1 ketika tiba di hadapan kedai dobi Bubbles Laundry sebelum serbuan di hadapan rumah OKT2 di Taman Batu Muda pada malam kejadian. SP1 telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 10 minit apabila pada jam 8.30 malam OKT1 tiba di hadapan kedai dobi tersebut dan 20 dilihat seolah-olah meninjau keadaan sekeliling dengan berhati-hati. Setelah mengenalkan diri polis, SP1 dan anggota membuat serbuan sehingga menyebabkan OKT1 kelam kabut dan cuba melarikan diri tetapi motorsikalnya terjatuh dan dia dapat ditangkap oleh polis. SP1 membuat pemeriksaan ke atas raga motorsikal 25 tersebut dan menjumpai 10 ketulan dadah dalam 2 beg plastik hitam berasingan. Tiada orang lain selain OKT1 di tempat kejadian tersebut. OKT1 dituduh mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 9,648.6 gram. [22] Dalam versi pembelaan, OKT1 pula mencadangkan kepada saksi polis bahawa Mohd Zaini turut menaiki motorsikal itu dengan membonceng di belakangnya dan Mohd Zaini juga yang telah meletakkan 2 beg plastik hitam di kawasan antara bahagian tempat duduk penunggang dan pembonceng motorsikal tersebut. 5 Kononnya plastik hitam itu telah diambil oleh Mohd Zaini dari tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta Naza BJD 9166 dan meminta OKT1 menghantarnya ke kedai dobi tersebut. OKT1 menafikan versi pihak pendakwaan atas alasan tidak logik dadah seberat hampir 10 kilogram boleh muat di dalam raga motorsikalnya 10 dan sudah tentu akan terkeluar apabila motorsikalnya jatuh terbalik. Pihak pembelaan turut mencadangkan kepada saksi SP1 bahawa motorsikal itu jatuh terbalik semasa diserbu polis kerana Mohd Zaini yang berada di belakangnya telah meloncat turun dari atas motorsikal dan melarikan diri ke dalam kegelapan malam. 15 Walaubagaimanapun, SP1 dan SP3 menafikan ada orang lain selain OKT1 di tempat kejadian tersebut. [23] Walaupun OKT1 tidak ada memfailkan rayuan atas 2 sabitan oleh Mahkamah ini terhadapnya, saya akan menjelaskan secara ringkas 20 dahulu dapatan Mahkamah ini bahawa OKT1 mempunyai milikan sebenar dan pengetahuan tentang dadah dalam 10 bungkusan plastik P13(1-10) tersebut. Atas penilaian maksimum keterangan saksi pendakwaan khususnya SP1, SP3 dan SP6, Mahkamah ini berpuas hati bahawa hanya OKT1 sahaja yang dilihat datang ke 25 lokasi kejadian pertama dan ditangkap oleh SP1 dan pasukannya. Tiada sebab kenapa SP3 dan SP6 hendak menganiayai OKT1 dengan mengatakan terdapat 10 ketulan mampat Cannabis dalam bakul motorsikalnya. Mahkamah juga mendapati keterangan OKT1 mengenai Mohd Zaini yang dikatakan berada di atas motorsikal dengannya adalah rekaan semata-mata. Oleh itu, OKT1 dipanggil membela dirinya atas Pertuduhan Ketiga. [24] Soal siasat awal terhadap OKT1 dijalankan di lokasi tersebut dan 5 OKT1 kemudiannya telah membawa pihak polis pergi ke alamat rumah No. 10 Jalan Taman Batu Muda, Kuala Lumpur di mana SP3 telah menahan OKT2 di hadapan rumahnya pada jam 9.00 malam. SP3 menjalankan pemeriksaan di terhadap OKT2 dan menjumpai 1 sampul Salam Aidilfitri yang mengandungi dadah Cannabis (berat 10 bersih 4.02 gram) di atas meja berhadapan OKT2. Barang itu dirampas oleh SP3 dan seterusnya menjalankan soal siasat ke atas OKT2. Hasil soal siasat ringkas, OKT2 telah menunjukkan satu kunci kereta yang disembunyikan di kawasan parkir kereta di rumahnya. OKT2 sendiri telah mengambil serangkai kunci kereta 15 (P39) tersebut dan mereka berjalan ke tepi hentian bas Jalan Taman Batu Muda yang terletak di seberang rumah OKT2. Kedua-dua tertuduh disoal siasat lagi di belakang kereta Naza BJD 9166 oleh SP3. 20 [25] Seterusnya, SP3 membuka pintu kereta dengan menggunakan P39 disaksikan oleh kedua-dua tertuduh dan membuat pemeriksaan di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta tersebut. SP3 menjumpai 1 plastik hitam yang di dalamnya terdapat 1 guni berwarna putih. Di dalam guni putih tersebut SP3 menjumpai 25 sebanyak 26 ketulan mampat berbalut plastik disyaki dadah Cannabis (berat bersih seperti di Pertuduhan Pertama). SP3 memaklumkan mengenai tangkapan dan rampasan kepada SP1 yang menyuruhnya kembali ke IPD dengan segera dan mengawal barang kes dengan baik. SP3 merampas dadah dalam kereta Naza tersebut dan dibawa balik dengan kedua-dua tangkapan tersebut ke balai polis IPD Sentul. [26] Pihak pembelaan mendakwa bahawa ramai orang yang ada akses 5 terhadap kereta Naza tersebut kerana pada malam kejadian, rakan OKT1 bernama Zambri Bin Mohd. Zelah dan Mohd Zaini turut berada bersama OKT1 datang ke rumah OKT2 dengan menaiki kereta tersebut. Tujuannya adalah untuk menghantar kereta Naza untuk dibaiki oleh ipar OKT2 (SD4) yang mempunyai sebuah 10 bengkel membaiki kereta di sebelah rumahnya. Cadangan-cadangan ini kepada saksi pihak pendakwaan dijawab tidak tahu. [27] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa terdapat pecahan rantaian keterangan barang kes kerana Buku Daftar Stor Barang 15 Kes dan Jurustor tidak dikemukakan. Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati tiada pecahan rantaian barang kes kerana SP1 dan SP3 telah mengecamkan dengan positif barang kes dadah serta disahkan oleh SP4, SP5 dan SP6 sebagai dadah rampasan yang sama dikemukakan kepada Jabatan Kimia Malaysia. Oleh itu 20 Mahkamah mendapati tiada merit dalam isu ini. [28] Pihak pembelaan iaitu OKT1 juga mempertikaikan keterangan pihak pendakwaan kenapa dia perlu menghantar kereta Naza tersebut ke rumah OKT2 dan pada masa yang sama dia juga 25 membawa motorsikalnya ke kedai dobi pada malam yang sama maka versi pihak pendakwaan dikatakan tidak masuk akal. Mengenai isu ini, Mahkamah mendapati tempoh masa di antara kereta Naza dihantar ke rumah OKT2 dan motorsikal ditunggang oleh OKT1 ke kedai dobi tersebut adalah munasabah kerana jarak kedua-dua tempat itu adalah tidak jauh. Ini adalah berdasarkan keterangan SP3 di mana jarak masa adalah 30 minit. Pada tahap prima facie, hanya perlu ada keterangan yang credible sahaja. 5 [29] Seperkara lagi ialah mengenai isu maklumat yang membawa kepada discovery di bawah s. 27 Akta Keterangan 1950 yang mana dibantah oleh peguam-peguam kedua-dua tertuduh. Seperti dinyatakan sebelum ini Mahkamah menerima masuk keterangan setakat perbuatan OKT1 dan OKT2 menunjukkan sesuatu fakta di 10 bawah s. 8 Akta Keterangan 1950 kerana Mahkamah mendapati maklumat yang diberikan dicatat dalam kertas ID1 sahaja tetapi tidak ada sebarang amaran dicatatkan. Oleh itu peruntukan s.37B Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dipenuhi. Namun pada masa itu, hanya OKT1 dan OKT2 yang ada akses kepada kereta itu kerana 15 telah diletakkan di tempat yang bukan di rumah OKT1 tetapi di hadapan rumah OKT2. Penemuan kunci kereta Naza adalah sebab ia ditunjukkan oleh OKT2. Penemuan dadah cannabis di dalam kereta Naza menimbulkan persoalan kenapa kereta itu perlu diletakkan di tempat yang bukan merupakan rumah Mohd Zaini atau 20 OKT1 tetapi berhampiran rumah OKT2? [30] Di dalam kes Said Ghavam v PP [2013] 5 MLJ 510, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu bahawa: “(1) Perlakuan perayu yang menunjuk ke papan siling dengan muncungnya 25 dan berikutan itu tiga bungkusan plastik dijumpai dalam siling itu adalah relevan dan diterima sebagai keterangan di bawah s 27 Akta tersebut dan sebagai bukti perlakuan di bawah s 8 Akta tersebut. Jika bukan kerana perlakuan perayu, SP3 tidak mungkin mengetahui kewujudan dadah itu. Oleh demikian, perayu hendaklah diberi inferens kerana 30 mempunyai pengetahuan bahawa dadah itu disimpan dalam siling itu. Perlakuan perayu tidak patut dianggap berasingan tetapi bersama dengan semua fakta dan keadaan lain kes itu (lihat perenggan 22 & 32).” [31] Mengapplikasikan s. 8 Akta Keterangan 1950, dan Mahkamah mendapati bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan di 5 mana dadah itu berada dalam kereta tersebut dan perbuatan meletakkan kereta itu di tempat tersebut membawa inference bahawa OKT2 hendak menjarakkan kereta yang mengandungi dadah tersebut dari rumahnya. Oleh itu, OKT1 dan OKT2 mempunyai kawalan dan jagaan atas kereta Naza tersebut dan 10 pengetahuan mengenai dadah berbahaya yang disimpan di dalamnya semasa tangkapan. Mahkamah menggunakan anggapan di bawah s.37(d) untuk elemen pengetahuan dan direct trafficking iaitu menyimpan bagi Pertuduhan Pertama. Bagi Pertuduhan Kedua terhadap OKT1, anggapan s.37(da) adalah terpakai bahawa dia 15 dianggap telah mengedar dadah berbahaya tersebut oleh sebab berat dadah yang terlampau banyak di dalam jagaan dan kawalannya. [32] Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish a/l Madhavan 20 [2009] 2 CLJ 209 telah membincangkan maksud perkataan milikan atau 'possession' dan di antara lain memetik dan menyatakan: "Thompson J. in Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] 22 MLJ 237, said "possession" for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term "custody" or "control" - and knowledge of the nature of 25 thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Edition, p. 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears:- 'A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the powers to deal 30 with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case need.' Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, when what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession." [Penekanan ditambah] [33] Di dalam kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 Mahkamah 5 Rayuan menyatakan: “It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other 10 offences, to be established by circumstantial evidence. In other words it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case.” [34] Mengenai credibility saksi-saksi polis, setelah meneliti keterangan 15 SP1 dan SP3, Mahkamah mendapati saksi-saksi tersebut bercakap benar dan tiada sebab hendak menganiaya kedua-dua OKT. Apa yang diceritakan oleh saksi-saksi polis adalah konsisten, logik dan boleh dipercayai, dan tiada sebab kenapa Mahkamah ini perlu menolak keterangan mereka: PP v Mohamad Ali [1962] MLRH 79; 20 Mohamed Alias v PP [1983] 2 MLJ 172). Jika pun ada percanggahan dalam keterangan mereka, Mahkamah mendapati ia tidak material sehingga merosakkan kes pihak pendakwaan. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertama iaitu kedua-dua Tertuduh 25 mempunyai kawalan dan pengetahuan sebenar terhadap dadah-dadah yang dirampas dari kereta Naza tersebut. [35] Setelah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan bukan in isolation serta menjalankan penilaian maksimum atas 30 semua keterangan tersebut dan berpandukan case laws, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bahawa pada masa material OKT1 dan OKT2 mempunyai kawalan eksklusif ke atas kereta Naza tersebut dan telah mengedar iaitu dengan menyimpan dadah jenis Cannabis seberat 24,943.9 gram. Mahkamah juga mendapati pihak 5 pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie bahawa pada masa material OKT1 telah mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 9,648.6 gram. OKT1 dan OKT2 diterangkan 3 pilihan untuk membela diri dan memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. 10 KES PEMBELAAN [36] Dalam hal ini, anggapan statutori di bawah s. 37(d) Akta 234 adalah terpakai secara automatik dan beban pembuktian (evidential burden) berpindah kepada pihak pembelaan di mana ia perlu 15 dipanggil untuk kedua-dua tertuduh mematahkan kes pendakwaan atas anggapan kebarangkalian dan bukan sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah sahaja. [37] Tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan adalah sepertimana 20 diperuntukkan di bawah s.182A KTJ. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mohamad Radhi B Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 di mana Mahkamah Agung menyatakan: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond 25 reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available 30 statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the 5 close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution 10 case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.”. [Penekanan ditambah] [38] Mahkamah juga merujuk kepada prinsip dalam kes PP v 15 Somasundram Rajasegran & Anor [2016] 1 LNS 1067 di mana YA Hakim merujuk kes PP v Iskandar Bin Mohamad Yusof [2006] 5 MLJ 559 seperti berikut: “[105] Apart from the duty imposed by a trial court at the conclusion of the whole case as described already, a trial court must carry out a maximum re-evaluation 20 of the prosecution's case but this time considered and tested as against the sworn evidence given by the accused. This was of course, something that was not possible to do at the close of the prosecution case. [106] In Public Prosecutor v. Iskandar bin Mohamad Yusof [2006] 1 LNS 34; [2006] 5 MLJ 559, it was held by Suriyadi J (as he then was): 25 [11] At the defence stage, a different scenario expressed itself. The prosecution's story had to be re-evaluated maximum-like, but this time padded by the additional defence's version, which was given under oath. At the end of the accused person's case, unless the prosecution succeeded at convincing me beyond reasonable doubt, he must be 30 acquitted. All the latter needed to do was to weaken the prosecution's case on a balance of probability." (emphasis added)”. [39] Seterusnya dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 mahkamah membincangkan prinsip dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 di mana Mahkamah Persekutuan dalam 35 perbincangannya turut menyentuh isu kredibiliti saksi-saksi dan menyatakan: “In this connection, counsel for the appellant had referred to us the case of PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 where Sharma J held that the falsity of the defence does not relieve the prosecution from proving the prosecution’s 5 case beyond reasonable doubt. We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to 10 why the defence story, though could not be believed, did not raise a reasonable doubt in the prosecution case. Thus, even though a judge does not accept or believe the accused’s explanation, the accused must not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt in the prosecution case. To 15 satisfy this test it is not so much the words used by the judge, but rather the actual application of the test to the facts of the case that matters. In this case, we found that the learned trial judge offered practically no reason why the defence, notwithstanding its falsity and unconvincing nature, had failed to cast reasonable doubt in the prosecution case, other than to state by way of lip 20 service the duty placed by the law on the defence to earn an acquittal.” [Penekanan ditambah] [40] Apabila bergantung kepada anggapan statutori s.37(d), pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa seorang tertuduh 25 mengetahui keberadaan dadah berbahaya tersebut dan mempunyai kuasa untuk melupuskannya. Jika elemen-elemen tersebut tidak dapat dibuktikan, tiada mens rea boleh dikaitkan dengan tertuduh dan milikan tersebut kekal sebagai milikan sahaja melainkan anggapan statutori adalah terpakai: Saad Ibrahim v. PP 30 [1967] 1 LNS 154. Dalam kes ini OKT1 dan OKT2 perlu melepasi beban pembuktian di tahap imbangan kebarangkalian, iaitu versi pihak mana yang lebih probable dengan mengemukakan keterangan yang lebih tinggi kemungkinannya. [41] Mahkamah merujuk kepada kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 577 di mana mahkamah memutuskan bahawa: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the 5 defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court’s duty to consider the defence, the age-old decision in Mat v. PP 10 [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This is followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 3 MLJ 169”. [Penekanan ditambah] [42] Seterusnya, dalam kes Ali Tan Bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676, mahkamah yang mendengar rayuan tersebut memutuskan: 15 “[25] Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such as in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubt. The court's acceptance of the explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality 20 of the evidence and on an examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation. In the present case, the learned JC in his judgment had very meticulously considered the defence of the appellant….”. [Penekanan ditambah] 25 [43] Oleh yang demikian, berdasarkan nas-nas tersebut di atas, tugas Mahkamah di tahap ini adalah meneliti keterangan pihak pembelaan dan mengujinya dengan keterangan pihak pendakwaan sama ada penjelasan mereka berjaya mematahkan anggapan yang 30 mereka mengetahui keberadaan dadah dalam kereta Naza tersebut pada masa serbuan, yang jika tidak disangkal akan mengakibatkan anggapan pengetahuan menjadi fakta sebenar yang kedua-dua tertuduh telah mengedar (menyimpan) dadah berbahaya. [44] Pihak pembelaan memanggil saksi-saksi berikut untuk menyokong kes mereka dan kesemuanya memberi keterangan secara bersumpah dengan menggunakan pernyataan saksi: i. OKT1 (SD1); ii. OKT2 (SD2); 5 iii. Noorshuhada binti Mohd Radzi, isteri OKT2 (SD3); dan iv. Nadzrul Hisham bin Mohd Radzi, ipar OKT2. [45] Keterangan OKT1 adalah bahawa dia merupakan tuanpunya motorsikal VER 4280 dan dia tidak memiliki kenderaan lain selain 10 itu. OKT1 menafikan ada membeli kereta Naza tersebut. Pada malam kejadian, dia telah ke rumah OKT2 dengan menaiki motorsikalnya dengan tujuan untuk menolong tuanpunya kenderaan Naza tersebut iaitu Mohd Zaini kerana kereta itu mempunyai masalah enjin di mana meter suhu air naik mendadak 15 dan lampu amaran berwarna merah. Di sebelah rumah OKT2 ialah bengkel membaiki kereta kepunyaan SD4. OKT1 mengatakan dia sampai dahulu ke rumah OKT2 dan menunggu Mohd Zaini tiba dengan kereta Naza yang dinaiki bersama Zambri. Kereta diletakkan oleh OKT1 sendiri di bahagian hadapan jalan di rumah 20 OKT2 dan bengkel SD4 di tepi hentian bas kerana Mohd Zaini tidak memarkirnya dengan baik. Pada masa itu SD4 berada di balai polis trafik dan bengkel telah ditutup. Oleh itu, cadangannya adalah untuk meninggalkan kereta Naza itu dengan OKT2 supaya dia boleh memberikan kunci kereta kepada SD4 untuk dibaiki pada keesokan 25 hari. Penjelasan OKT1 bahawa dia memang ada memegang steering kereta Naza dan oleh itu profil DNA OKT1 telah tertinggal dalam kereta tersebut adalah untuk mematahkan anggapan yang dia adalah tuanpunya kenderaan tersebut. [46] Setelah itu, OKT1 memperkenalkan Mohd Zaini dan Zambri kepada OKT2. Isteri OKT2 iaitu SD3 berada di dalam rumah dan telah menyaksikan perkara itu. SD3 mengenali OKT1 sebagai rakan suaminya. Tetapi 2 lagi orang yang datang dengan OKT1 dia tidak kenal dan nama mereka juga tidak disebut. SD3 bersetuju dengan 5 TPR bahawa OKT1 sahaja yang berjumpa dengan suaminya. Walau bagaimanapun, dalam pernyataan saksi SD3 dia tidak ada menyebut langsung tentang kedatangan orang lain selaian OKT1 ke rumahnya. Oleh itu, terdapat percanggahan ketara antara keterangan OKT1 dan SD3 mengenai perkara Mohd Zaini dan 10 Zambri kerana daripada pernyataan saksinya kelihatan seolah-olah kedua-dua lelaki tersebut tidak pernah berada di luar rumahnya. [47] Berbalik kepada keterangan OKT1, dia memberitahu Mahkamah bahawa Mohd Zaini memintanya menghantar dia ke kedai dobi 15 berhampiran untuk mencuci pakaian. Sebelum memaiki motorsikal, OKT1 melihat Mohd Zaini mengambil 2 bungkusan plastik hitam dari bahagian penumpang belakang kereta Naza dan meletakkannya di antara tempat duduk mereka berdua di atas motorsikal itu. OKT1 tidak melihat apakah kandungan 2 beg plastik 20 hitam tersebut. Setiba mereka di hadapan kedai dobi, OKT1 terdengar jeritan “Polis!” dan dia merasa ditolak dengan kuat dari arah belakang oleh Mohd Zaini yang menyebabkan motorsikal itu terjatuh. Mohd Zaini berjaya melarikan diri manakala OKT1 ditangkap oleh polis. Setelah itu, OKT1 memberitahu dia datang 25 dari rumah OKT2 lalu polis membawanya ke rumah OKT2. Sampai di situ, dia dan OKT2 memberitahu kereta Naza itu milik Mohd Zaini dan menunjukkan kunci kereta tersebut. Semasa pemeriksaan, dia dan OKT2 hanya duduk di luar rumah sahaja. [48] Kedua-dua tertuduh mengatakan mereka masing-masing telah tercedera dalam dua (2) serbuan polis pada malam itu dan menafikan ada memberikan sebarang maklumat secara sukarela sehingga menyebabkan dadah-dadah dijumpai. OKT1 mengatakan adalah mustahil dia boleh memandu kereta Naza dan pada masa 5 yang sama menunggang motorsikal ke rumah OKT2. Versi pihak pendakwaan pula adalah bahawa kereta Naza telah dihantar lebih awal ke rumah OKT2 (masa sebenar tidak diketahui) dan kereta Naza itu sememangnya telah lama digunakan oleh OKT1 sahaja selepas dijual oleh Mohd. Zaini. 10 [49] Seperkara lagi, pihak pembelaan bergantung kepada fakta bahawa Zambri turut dituduh di bawah s.39B(1)(a) ADB 1952 bersama-sama dengan OKT1 dan OKT2 bagi dadah yang dijumpai dalam kereta Naza (rujuk kertas pertuduhan Mahkamah Majistret 15 ditandakan D1 dengan nombor report Jinjang 10205/21) yang menyebut mereka bertiga telah dituduh dengan seorang lagi yang dikuarantin kerana Covid 19 kerana mengedar dadah seberat 25,700 gram (anggaran) tetapi namanya tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan tersebut. Walaubagaimanapun, hanya OKT1 dan 20 OKT2 dituduh untuk kesalahan dalam pertuduhan 1 apabila kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Jinjang Report 10205/21 telah dikemukakan dan ditandakan sebagai P50. Ia hanya menyebut nama OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang ditahan polis pada masa kejadian di Taman Batu Muda. Mengenai Zambri pula, 25 namanya terus hilang setelah kononnya OKT1 membawa Mohd Zaini ke kedai dobi untuk mencuci kain selepas mereka beredar dari kawasan rumah OKT2 pada malam itu. Tidak ada penjelasan oleh OKT1 mengenai apa yang berlaku kepada Zambri. [50] Mahkamah ini berpandangan D1 tidak mengagalkan kes pihak pendakwaan kerana adalah prerogative pihak Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan polis siapakah yang sewajarnya dituduh untuk sesuatu kesalahan. Tambahan pula, menurut rekod Mahkamah ini Zambri dipertuduhkan untuk 5 kesalahan yang lain pada tahun 2023 (di hadapan Mahkamah ini) dan telah meninggal dunia semasa dalam tahanan dan pertuduhan terhadapnya telah ditarik balik pada 27.1.2026 oleh pihak pendakwaan. Nama Mohd Zaini pula tidak langsung disebut dalam mana-mana kertas pertuduhan mahupun laporan polis yang 10 dikemukakan semasa kes pendakwaan.Oleh itu, Mahkamah mendapati pembelaan OKT1 tentang Mohd Zaini dan Zambri adalah keterangan yang direka setelah OKT1 “memilih setakat keterangan yang selamat” daripada versi pendakwaan untuk menyokong pembelaannya. 15 [51] Melihat kepada pembelaan OKT1 ini, Mahkamah mendapati dia juga hanya menafikan penglibatannya dengan dadah-dadah yang dirampas daripada kawalannya sedangkan suatu kes prima facie telah dibuktikan dan anggapan s.37(d) bagi pertuduhan 1 telah 20 diguna pakai, manakala untuk pertuduhan 2 pula adalah anggapan di bawah s.37(da). Oleh itu, evidentiary burden telah berpindah kepada OKT1 untuk mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian dan bukan dengan hanya penafian semata-mata. Jika tidak dipatahkan, maka anggapan tersebut 25 menjadi fakta sebenar bahawa OKT1 telah mengedar dadah-dadah tersebut. Rampasan dibuat di 2 tempat yang berbeza dalam jarak anggaran 30 minit setiap pertuduhan dan oleh itu, 2 keadaan yang berbeza timbul dalam hal pengedaran dadah-dadah tersebut. [52] Keterangan OKT2 pula dalam pernyataan saksinya adalah bahawa pada malam itu, OKT1 datang ke rumahnya untuk menghantar kereta milik kawannya yang bernama Zaini yang mempunyai masalah suhu enjin. Keterangannya adalah seperti berikut: “7. Namun, bengkel abang ipar saya telah tutup semasa Ibrahim tiba di 5 rumah saya. Memandangkan bengkel kereta abang ipar saya telah tutup, Ibrahim telah memberikan kunci kereta milik rakannya tersebut kepada saya dan meminta saya untuk memberikan kunci kereta tersebut kepada abang ipar saya. Ibrahim memaklumkan kepada saya juga bahawa beliau akan datang kembali bersama dengan Zaini, iaitu 10 rakannya tersebut untuk mengambil kereta tersebut setelah dibaiki di bengkel kereta abang ipar saya. Saya juga ada memberikan nombor telefon abang ipar saya kepada Ibrahim.
8
Pertemuan saya dengan Ibrahim boleh disahkan oleh isteri saya.
9
Memandangkan saya ingin keluar semula pada malam tersebut untuk makan malam dengan isteri dan anak saya di restoran berdekatan, saya telah mengambil kunci kereta yang diserahkan oleh Ibrahim dan terus meletakkan kunci kereta tersebut di dalam satu kotak di garaj kereta di 20 hadapan rumah saya. Kotak tersebut bukan dalam keadaan tersorok dan berada di kawasan parkir hadapan rumah saya. Saya juga telah memaklumkan kepada abang ipar saya untuk mengambil kunci kereta tersebut di dalam kotak tersebut. Abang ipar saya memaklumkan bahawa beliau akan ambil kunci berkenaan pada malam yang sama.
10
Saya tidak tahu dimana lokasi kereta tersebut berada pada ketika itu dan saya tidak pernah lihat kereta tersebut pada malam berkenaan. Saya juga tidak boleh sahkan siapa yang memandu kereta tersebut ke rumah saya.
11
Selepas Ibrahim meninggalkan rumah saya, saya telah keluar makan malam dengan isteri dan anak saya. Isteri saya boleh mengesahkan bahawa selepas saya bertemu dengan Ibrahim, saya tidak pernah sama sekali pergi melihat apatah lagi menggunakan atau mengakses kereta 35 tersebut. Saya juga tidak tahu dimana kereta tersebut diletakkan.
12
Pada jam lebih kurang 9.00 malam, ketika saya baru pulang dari makan malam, saya melihat terdapat sekumpulan orang yang tidak saya kenali datang ke rumah saya bersama-sama dengan Ibrahim. Mereka 40 kemudiannya telah memperkenalkan diri kepada saya bahawa mereka merupakan anggota polis. Mereka kemudiannya telah melakukan tangkapan keatas saya di hadapan rumah saya. Semasa tangkapan oleh pihak polis dilakukan keatas saya, saya tidak sama sekali cuba untuk melawan, melarikan diri mahupun menghalang pihak polis daripada melakukan pemeriksaan dan soal siasat. Saya telah 5 memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis sepanjang tangkapan dilakukan keatas saya. ...
14
Semasa serbuan dan tangkapan dilakukan keatas saya oleh pihak polis di hadapan rumah saya, pihak polis telah bertanya kepada berkenaan 10 dengan kunci kereta yang diberikan oleh Ibrahim kepada saya. Pihak polis tidak pernah sama sekali membacakan kata-kata amaran kepada saya. Saya kemudiannya telah mengambil kunci kereta tersebut yang saya letakkan dan menyerahkannya kepada pihak polis.
15
Selepas saya berikan kunci kereta tersebut kepada pihak polis, pihak polis telah membawa saya dan lbrahim ke lokasi kereta tersebut diparkir iaitu di tempat perhentian bas. Saya tidak pernah sama sekali menunjukkan lokasi kereta tersebut diparkir memandangkan saya sendiri tidak pernah melihat dimana kereta tersebut diparkirkan. lanya 20 boleh disahkan oleh isteri saya.”. [53] Selanjutnya merupakan penafian OKT2 bahawa dia pernah mengakui bahawa dia tahu kandungan dalam kereta Naza yang diletakkan di hadapan rumahnya. Mahkamah mendapati 25 keterangan OKT2 juga tidak menyokong dakwaan OKT1 bahawa ada 2 orang lain di situ pada malam tersebut. Selepas pulang jam 9.00 malam, dia mengatakan telah ditangkap oleh polis yang datang ke rumahnya dengan OKT1. Mungkin OKT2 tidak menyatakan hal sebenar apabila disoal balas dia menyatakan keberadaan Mohd 30 Zaini dan Zambri bersama-sama OKT1 pada malam itu tetapi ini tidak bermakna Mahkamah harus menolak keseluruhan keterangan OKT2: Khoon Chye Hin v PP [1961] 1 MLJ 105. [54] Dalam hal ini, pihak pendakwaan cuba memasukkan keterangan di 35 bawah s.27 Akta Keterangan 1950 bahawa OKT2 mengetahui ada dadah disimpan di dalam kereta Naza yang diletakkan di luar kawasan rumahnya tersebut melalui laporan polis Jinjang Report 10203/21 (ID37) dan catatan maklumat oleh OKT2 tentang kunci kereta Naza tersebut (ID38). Sepertimana dalam hal “pengakuan” oleh OKT1 sebelum ini, Mahkamah juga tidak membenarkan 5 kemasukan dokumen-dokumen tersebut kerana tiada catatan amaran atau bentuk amaran telah diberikan sedangkan pada masa itu, OKT1 dan OKT2 telah pun berada dalam tahanan dan kawalan pihak polis. 10 [55] Berkenaan dengan kemasukan pengakuan atau maklumat di bawah s.37B Akta 234, ia memperuntukkan: “Where any person is charged with any offence against this Act any statement, whether such statement amounts to a confession or not or is oral or in writing , made at any time, whether before or after such person 15 is charged and whether in the course of a police investigation or not and whether or not wholly or partly in answer to questions, by such person to or in the hearing of any police officer of or above the rank of Inspector or any senior officer of customs and whether or not interpreted to him by any other police officer or senior officer of customs or any other person 20 concerned or not in the arrest, shall notwithstanding anything to the contrary contained in any written law, be admissible at his trial in evidence and, if such person tenders himself as a witness, any such statement may be used in cross-examination and for the purpose of impeaching his credit: 25 Provided that no such statement shall be admissible or used as aforesaid:
a
if the making of the statement appears to the Court to have been 30 caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against such person, proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the Court to give such person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or 35 avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him; or
b
in the case of a statement made by such person after his arrest, unless the court is satisfied that a caution was administered to him in the following words or words to the like effect- 5 “It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not, may be given in evidence”. 10 [56] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam Goi Ching Ang v Public Prosecutor [1999] 1 MLJ 507 yang memutuskan bahawa hakim bicara mempunyai budi bicara untuk mengecualikan keterangan yang memudaratkan tertuduh walaupun 15 keterangan tersebut mungkin boleh diterima secara teknikal. YA Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “(3) There is a vested discretion in a trial judge to exclude evidence which is prejudicial to an accused even though the said evidence may be technically 20 admissible. Evidence obtained in an oppressive manner by force or against the wishes of an accused person or by trick or by conduct of which the police ought not to take advantage, would operate unfairly against the accused and should in the discretion of the court be rejected for admission. The court should ensure that the standards of propriety in 25 obtaining s 27 information are scrupulously followed…”. [Penekanan ditambah] [57] Walaubagaimanapun, Mahkamah merujuk kepada s.8 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan: 30 Motive, preparation and previous or subsequent conduct
8
8.(1) Any fact is relevant which shows or constitutes a motive or preparation for any fact in issue or relevant fact.
2
The conduct of any party, or of any agent to any party, to any suit or proceeding in reference to that suit or proceeding, or in reference to any fact in issue therein or relevant thereto, and the conduct of any person an offence against whom is the subject of any proceeding, is relevant if the conduct influences or is influenced by any fact in issue or relevant fact, and whether it was previous or subsequent thereto. 5 [58] Keterangan yang tidak dipertikaikan adalah bahawa mereka pergi ke kereta Naza yang diparkir di tepi jalan. Kunci pintu kereta dibuka dan pemeriksaan dibuat oleh SP3 di mana semua pihak persetuju dadah dijumpai di atas kerusi penumpang bahagian belakang kereta. Ini adalah relevant conduct di bawah s.8 Akta Keterangan 10 1950 dan pendakwaan tidak perlu bergantung kepada s.37B ADB.
Preamble
Mengikut pertimbangan Mahkamah ini, ia adalah relevant conduct oleh OKT1 yang mengetahui di mana dadah dalam pertuduhan 1 disimpan. Fakta bahawa dadah berbahaya jenis yang sama dalam pertuduhan 2 dijumpai dengan OKT1 juga telah menyokong kes 15 pihak pendakwaan bahawa OKT1 adalah seorang pengedar dadah yang mempunyai kuasa untuk melupuskan dadah dalam kawalnnya. Tetapi untuk OKT2, ia hanya menunjukkan dia tahu di mana kereta disimpan tetapi tiada keterangan lain untuk mengaitkannya dengan kegiatan pengedaran dadah dalam kereta 20 Naza tersebut. [59] Seperkara lagi ialah penjelasan OKT1 bahawa kereta Naza yang mempunyai sejumlah dadah Cannabis yang banyak disimpan dalam kereta itu yang akan ditinggalkan untuk dibaiki oleh SD4, 25 seorang yang dia tidak kenali, pada pandangan Mahkamah ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati keterangan pihak pendakwaan lebih boleh dipercayai berbanding keterangan OKT1 mengenai penjelasannya ini: Mat v PP (supra). 30 [60] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dan dibandingkan atau dinilai semula dengan keterangan kes pihak pendakwaan, Mahkamah mendapati penjelasan yang diberikan oleh OKT2 adalah lebih probable berbanding keterangan dalam kes pihak pendakwaan. Mahkamah ini mendapati bahawa atas 5 imbangan kebarangkalian, pembelaan OKT2 telah berjaya mematahkan anggapan pengetahuan s.937(d) dan bahawa dia dengan niat bersama telah mengedar dadah dengan cara menyimpannya dalam kereta Naza milik OKT1. Milikan kereta tidak perlu eksklusif seperti dinyatakan dalam kes Denish Madhavan 10 (supra) tetapi siapa yang mempunyai kawalan ke atas kereta itu pada masa material serta mempunyai kuasa untuk melupuskannya. [61] Atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, Mahkamah mendapati OKT1 telah gagal untuk mematahkan 15 anggapan undang-undang yang terpakai di atas imbangan kebarangkalian bahawa dia mengetahui terdapat dadah dalam kuantiti yang banyak di dalam kereta Naza tersebut. Oleh itu, anggapan pengedaran dadah menjadi fakta sebenar bahawa dia telah mengedar dadah berbahaya seperti dalam pertuduhan 1. 20 [62] Dengan ini Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap OKT1. Oleh itu, OKT1 didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan-pertuduhan 1 dan 2 bagi kesalahan-kesalahan di 25 bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT2 lalu melepaskan dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi. HUKUMAN [63] Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B(2) Akta 5 tersebut ialah hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan seperti Akta Pindaan A 1558. TPR memohon hukuman yang setimpal berdasarkan berat dadah yang besar serta supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat umum bermula dari tarikh tangkap dan secara berasingan. OKT1 pula 10 memohon hukuman penjara sahaja dikenakan memandangkan umurnya kini 53 tahun dan mempunyai tanggungan serta telah menyesal atas perbuatannya. [64] Mahkamah ini memandang serius kesalahan-kesalahan yang telah 15 dilakukan oleh Tertuduh. Di dalam kes PP v Abdul Halim Ishak & satu lagi [2013] 9 CLJ 559, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yanq berkaitan denqan 20 dadah adalah merupakan satu kesalahan yanq serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun
1983
Justeru, jika Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu 25 perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: The severity of sentence can only be to reflect Parliament’s intention that conviction for being in possession of a large 30 amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case. [Penekanan ditambah] [65] Mahkamah mendapati daripada fakta kes tidak menunjukkan bahawa hukuman mati wajar diberikan dalam kes ini. Tertuduh juga tiada rekod kesalahan lampau. Namun, kesalahan mengedar dadah membawa hukuman yang berat untuk menjadi deterrent kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan kegiatan ini. Oleh itu, 5 Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap 24.6.2021 berjalan serentak bagi setiap pertuduhan, dan tiada sebatan rotan atas faktor umur. KESIMPULAN 10 [66] Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati OKT1 bersalah dan disabitkan atas pertuduhan-pertuduhan 1 dan 2 bagi kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menjatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup bagi setiap pertuduhan bermula dari 15 tarikh tangkap 24.6.2021 dan tiada sebatan rotan. Namun, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT2 lalu melepaskan dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi. 20 Bertarikh pada 26 April 2026 25 t.t. NOOR RUWENA BINTI MD. NURDIN Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur 30 (Bahagian Jenayah) Bagi pihak pendakwaan: TPR Mohamad Shahrizzat Bin Amadan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 5 Bagi pihak Tertuduh 1: En. Mak Kah Keong Tetuan Nazri Aziz Masura Mak & Tan, Kuala Lumpur 10 Bagi pihak Tertuduh 2: En. Afifuddin Bin Hafifi En. Muhammad Amirrul Bin Jamaluddin Cik Aina Melina Binti Johan Ariff 15 Tetuan Salehuddin Saidin & Associates, Shah Alam. 20
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.