Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-72-12/2023 PENDAKWA RAYA
WA-45A-72-12/2023
High Court of Malaysia13 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [53] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
“an eksibit dadah yang ditemui. Keterangan ini adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan/kawalan terhadap eksibit dadah yang ditemui. Rujuk kes PP lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (keputusan Mahkamah Rayuan). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-72-12/2023 PENDAKWA RAYA
1
Bahawa kamu bersama-sama pada 17.9.2022 jam lebih kurang 1.30 petang di alamat no. 39, Prima Pelangi, Jalan Prima Pelangi 2, Segambut Dalam, dalam Daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu 172,609.6 gram Methamphetamine, dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Bagi membuktikan kesnya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. OKT mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut; dan iii. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
3
Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas daripada OKT di tempat kejadian dan disahkan adalah dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis.
4
Bagi membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan bergantung penuh kepada keterangan Ahli Kimia (SP1) yang mengesahkan bahawa selepas analisis yang beliau jalankan, kesemua 26 bungkusan plastik (P8, P11, P14, P17, P20, P23, P26, P29, P32, P35, P38, P41, P44, P47, P50, P53, P56, P59, P62, P65, P68 dan P71) yang diterima dari SP6, yang mana setiap satu mengandungi paket plastik berisi bahan kristal jernih mengandungi 172,609.6 gram Methamphetamine.
5
SP1 juga ada menyediakan laporan kimia (P6) sebagai pengesahan hasil analisis yang dijalankan.
6
Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
7
Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 telah memutuskan: “Ït has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 429, Lam San [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Chiang v PP [1994 1 MLJ 265 that the court is entitled to accept the evidence on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert.”
8
Mahkamah ini mendapati keterangan ini bukanlah sesuatu yang “inherently incredible” dan di peringkat ini, tiada sebarang keterangan rebuttal oleh saksi pakar lain dikemukakan. Maka, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan jenis dan berat dadah berbahaya yang merupakan perkara pokok (subject matter) dalam pertuduhan terhadap OKT."
9
Berdasarkan kepada kombinasi keterangan SP6, SP8 dan SP1 yang telah membuat pengecaman pada tanda-tanda yang dibuat pada setiap bungkusan barang kes dadah serta keterangan dokumentar yang dikemukakan, menunjukkan penjagaan dan perjalanan eksibit-eksibit ini dari masa dirampas sehinggalah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini tidak pernah terputus. Keterangan ini juga tidak dicabar oleh pihak pembelaan.
10
Mahkamah dengan ini mendapati bahawa dadah yang dirampas ketika serbuan adalah merupakan dadah yang telah dianalisis oleh SP1, dan sama seperti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah ini bagi kes ini. Oleh itu, rantaian keterangan berkaitan dadah yang dirampas tidak terputus. (there was no break in the chain of exhibits). Lihat kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489.
11
Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain daripada jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan.
12
Berdasarkan petikan-petikan kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 dan Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain.
13
Selain daripada itu, YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 turut memperkenalkan pendekatan common-sense approach, di mana dinyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common-sense approach.”
14
Menurut Pengadu (SP4), serbuan telah dibuat di alamat seperti dalam pertuduhan selepas pemerhatian selama 15 minit yang telah dibuat dan mengesahkan tiada pergerakan keluar/masuk di premis ini. SP4 dan pasukan telah memanjat masuk pintu pagar premis ini yang didapati berkunci.
15
Pintu kayu utama premis telah dibuka oleh OKT selepas diketuk beberapa kali oleh SP4. Menurut SP4, ketika ini OKT kelihatan terkejut dan takut melihat kehadiran SP4 dan pasukan. Setelah memperkenalkan diri sebagai polis, OKT telah membuka pintu jeriji premis ini apabila diminta oleh SP4. Pintu jeriji ini dibuka dengan menggunakan salah satu kunci daripada rangkaian 7 batang anak kunci (P114) yang dikeluarkan oleh OKT dari poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh OKT.
16
Tangkapan dibuat sebaik sahaja SP4 dan pasukan masuk ke dalam premis dan ketika ini OKT berpeluh serta menggigil.
17
Hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu tingkat bawah premis ini, SP4 telah menjumpai 10 guni (P90, 93, 94, 96, 98, 100, 102, 104, 106, & 108) yang masing-masing mengandungi 20 bungkusan hijau muda bertulisan guanyinwang yang di dalamnya terdapat bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah. Selain daripada itu, sebanyak 26 bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah turut ditemui di tempat yang sama.
18
SP4 seterusnya telah membuat penandaan pada semua barang rampasan ini di premis tersebut dan Borang Senarai Geledah (P110) telah diserahkan kepada OKT di situ.
19
Agen rumah (SP3) mengesahkan bahawa OKT adalah penyewa premis tersebut melalui perjanjian sewa rumah (P89) yang dia tandatangani bersama OKT. Saksi ini juga mengesahkan bahawa sebelum kunci diserahkan kepada OKT, mereka iaitu SP3, OKT dan seorang lagi rakan agen bernama Lilian Yap Siew telah sama-sama masuk ke dalam premis ini dan mengesahkan premis ini kosong.
20
Keterangan Ahli Kimia Forensik (SP5) mengesahkan yang puntung rokok (P86) dan kesan surih pada berus gigi (P83) yang dihantar kepadanya untuk dibuat analisis DNA telah menemui padanan dengan profi darah (P128) yang diambil daripada OKT. Satu laporan kimia (P126) turut disediakan oleh saksi ini. Barangan yang dihantar untuk dianalisis oleh SP5 telah dirampas oleh Pegawai Forensik D10 (SP2) di tempat kejadian sepertimana laporan pemeriksaan tempat kejadian (P74).
21
Hasil daripada keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, jelas terbukti bahawa OKT adalah penyewa premis tersebut. Ketika SP4 mengarahkan OKT untuk membuka pintu jeriji premis ini, OKT telah menggunakan kunci yang dikeluarkan dari poket seluar yang dipakainya untuk membuka pintu jeriji ini. Profil DNA OKT turut ditemui pada puntung rokok dan berus gigi yang dirampas oleh SP2 di premis ini dan disahkan melalui keterangan SP5 bahawa tiada percampuran dengan profil DNA individu lain. Maka dengan itu, tiada sebarang kebarangkalian wujud DNA lain.
22
Keterangan ini menunjukkan yang OKT tinggal di premis tersebut dan eksibit dadah ditemui dalam plain view ataupun jelas dapat dilihat di ruang tamu premis tersebut.
23
Isu berkaitan penama Ashwini yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan telah disangkal melalui keterangan SP3 dan SP4 yang jelas megatakan bahawa penama ini hanya sekadar menghubungi SP3 bertanyakan tentang rumah kerana dia fasih berbahasa Cina. Manakala proses seterusnya berkaitan viewing, bayaran deposit, perjanjian sewaan dan penyerahan kunci dibuat sendiri oleh OKT dan SP3 tanpa apa-apa peranan dari Ashaini.
24
Dalam keadaan ini, jelas wujudnya hubung kait antara OKT dan eksibit dadah yang ditemui. Keterangan ini adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan/kawalan terhadap eksibit dadah yang ditemui. Rujuk kes PP lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (keputusan Mahkamah Rayuan).
25
Bagi elemen pengetahuan pula, eksibit dadah ditemui dalam kedaan terbuka dan jelas dapat dilihat serta ianya dalam kuantiti yang besar dan berada di ruang tamu, bukannya dalam keadaan tersorok. Selain daripada itu, reaksi OKT sendiri sepertimana yang digambarkan oleh SP4 adalah mencukupi untuk mewujudkan satu inferen yang OKT sememangnya mempunyai pengetahuan tentang eksibit dadah ini. Tambahan pula ketika serbuan, menurut SP4, beliau memakai jaket kalis peluru dengan perkataan POLIS tertera dengan jelas.
26
Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpuas hati yang elemen milikan telah berjaya dibuktikan melalui keterangan langsung.
27
Berdasarkan kepada berat dadah berbahaya yang telah disahkan oleh SP1, maka andaian statutori pengedaran dadah bagi pertuduhan ini adalah terpakai. Rujuk seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952.
28
Di peringkat ini, seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. (Kes Ahmad Najib Bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393, adalah dirujuk).
29
Hasil daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Mahkamah ini memutuskan bahawa semua elemen bagi pertuduhan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
30
Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan.
31
OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah setelah hak untuk membela diri diterangkan dan telah mengemukakan 2 orang saksi pembelaan.
32
Sebelum pergi kepada pembelaan OKT, ketika kedua pembelaan SD2, disoal balas, pihak pendakwaan telah memohon untuk menjalankan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi ini. Mahkamah telah dirujuk dengan bahagian-bahagian di dalam percakapan SD2 yang dirakam di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang dikatakan terdapatnya percanggahan dengan keterangan lisannya.
33
Mahkamah ini telah meneliti percakapan di bawah seksyen 112 KTJ (P146) tersebut dan berpuas hati bahawa sememangnya wujud percanggahan yang material yang memerlukan penjelasan daripada SD2. Berpandukan kepada kes PP v Datuk Hj Sahar Arpan [1999] 3 CLJ 421, Dato‘ Mokhtar Hashim v PP [1983] 2 MLJ 232 7 dan Yusof Omar v PP [2001] 2 MLJ 209, permohonan ini telah dibenarkan.
34
SD2 ketika ditanya telah mengakui yang dia hadir sendiri tanpa paksaan memberi keterangan kepada SP6 dan mengakui percakapan yang dirujuk dalam P146 adalah percakapannya sendiri yang diberikan tanpa paksaan.
35
Ketika diminta untuk memberikan penjelasan tentang percanggahan ini iaitu: i. Dalam keterangan lisan mendakwa mengenali OKT yang dianggap sebagai abang tetapi dalam P146 mendakwa tidak pernah berjumpa OKT; ii. Dalam keterangan lisan mendakwa telah menemani OKT ketika viewing rumah, mengambil kunci rumah dan menandatangani perjanjian sewaan tetapi dalam P146 menyatakan hanya sekadar membantu mencarikan rumah untuk disewa dan urusan seterusnya telah diuruskan sendiri oleh OKT sendiri; dan iii. Dalam keterangan lisan mengaku kerap hadir ke rumah tersebut tetapi dalam P146 mandakwa tidak pernah hadir.
36
Ketika diminta untuk memberikan penjelasan tentang perkara-perkara di atas, SD2 mendakwa bahawa percanggahan ini berlaku kerana dia berada dalam keadaan takut dan mental yang tidak stabil ketika dirakam percakapan oleh SP6.
37
Di akhir perbicaraan, setelah Mahkamah ini memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan melihat sendiri demeanour SD2 sewaktu memberi keterangan di Mahkamah, telah menerima penjelasan yang diberikan oleh SD2.
38
Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal mencabar kebolehpercayaan SD2 dan dengan itu, keterangan lisan SD2 adalah diterima.
39
Secara ringkasnya, OKT mendakwa kesemua guni yang mengandungi eksibit dadah adalah kepunyaan seorang bernama Karthik yang menumpangkan guni-guni tersebut sebelum memulakan perniagaan runcit di Sentul. OKT dan juga penama ini serta SD2 kerap bermalam di premis ini di bilik no. 1. Kadang-kala pekerja Karthik bernama Man/Imran juga ada bermalam di sini, menggunakan bilik no. 3. Menurut OKT lagi, ketiga-tiga mereka ada meninggalkan barangan peribadi mereka dalam kedua-dua bilik berkenaan.
40
Menurut OKT, dia telah berkahwin pada 6.4.2022 dan tinggal bersama keluarga isterinya di Pandamaran, Klang. Oleh kerana tidak selesa dengan keadaan itu, dia telah berusaha untuk mendapatkan rumah sewa di Kuala Lumpur.
41
Pada sekitar Jun 2022, OKT telah berjaya mendapatkan rumah sewa dengan bantuan SD2 dan pada 1.7.2022 dia telah menandatangani perjanjian sewaan. Namun begitu, sebelum sempat mereka berpindah, OKT dan isterinya telah bergaduh dan memutuskan untuk bercerai. OKT seterusnya mendakwa telah menghubungi SP3 untuk membatalkan sewaan ini.
42
Pada akhir Julai 2022, Karthik telah meminta OKT untuk meneruskan sewaan ini dan berjanji akan berkongsi membayar sewa untuk membolehkan Karthik menyimpan stok barangan kedai runcitnya kerana dia akan membuka kedai runcit tersebut pada penghujung bulan Disember tahun yang sama.
43
Pada penghujung Julai 2022, OKT mendakwa telah berjumpa dengan Karthik dan SD2 di Ipoh di mana Karthik telah membuat salinan kunci rumah sewa tersebut.
44
Pada 16.9.2022, OKT mendakwa telah dipangil oleh keluarga isterinya untuk berbincang mengenai penceraian mereka. OKT telah menaiki bas dari Ipoh dan sampai di TBS Kuala Lumpur pada malam yang sama dan dijemput oleh Karthik dengan menaiki kereta Ford Ranger warna hitam. OKT bermalam di premis tempat kejadian bersama Karthik dan Man, pemilik kereta Axia yang diletakkan di premis tersebut.
45
Pada malam tersebut, Karthik dikatakan telah memberitahu OKT yang dia bersama Man akan ke Ipoh untuk mengalihkan barangan runcit daripada sana ke kedai barunya di Sentul. OKT meminta untuk meminjam kereta Axia kepunyaan Man bagi keggunaannnya ke Klang.
46
Pada pagi 17.9.2022, OKT telah pergi ke Klang dan hanya kembali ke premis ini pada tengah hari, hari yang sama dan mendapati kereta Ford Ranger hitam milik Karthik telah tiada.
47
Apabila masuk ke dalam premis ini, OKT mendakwa nampak beberapa guni yang berikat di ruang tamu rumah. Ketika ini, OKT telah mendengar nama Karthik dipanggil dengan kuat dari luar rumah. Apabila pintu dibuka, OKT mendapati SP4 dan pasukan yang berpakaian preman ada di luar dan SP4 telah mengacukan pistol ke mukanya.
48
Di dalam premis tempat kejadian, OKT mendakwa SP4 telah bertanya di mana Karthik.
49
Seterusnya, SD3 yang dipanggil telah memberi keterangan yang dia adalah pekerja syarikat yang membekalkan pengawal keselamatan di kawasan perumahan di mana premis tempat kejadian berada. Antara skop tugasannya adalah menjaga disiplin pengawal keselamatan dan menggantikan pengawal keselamatan sekiranya tiada pengganti.
50
SD3 mendakwa pada hari kejadian, dia nampak sebuah kereta Axia warna pink masuk melalui pondok pengawal tempat dia bertugas. Kemudian, dia juga ingat sebuah Alphard yang dinaiki 2 lelaki melayu dan sebuah Ford Ranger warna hitam yang dinaiki oleh seorang lelaki India yang mempunyai tatoo di leher.
51
Adalah menjadi tugas Mahkamah, selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberikan pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773).
52
Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814).
53
Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka OKT bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (On the balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89.
54
Dari keterangan OKT berkaitan dengan premis tempat kejadian, adalah jelas dalam keterangan SP3 yang menegaskan yang di sepanjang masa proses viewing rumah, penyerahan kunci dan tanda tangan perjanjian, hanya OKT seorang yang hadir. Namun begitu, meneliti gambar premis ini (P78), jelas kelihatan botol air minuman dan tilam yang menunjukkan bilik ini ada didiami oleh individu lain.
55
Manakala ,dakwaan OKT yang dia telah menghubungi SP3 untuk membatalkan perjanjian sewaan premis ini juga tidak dapat disahkan oleh SP3 yang mengatakan bahawa dia tidak ingat jika ada menerima panggilan telefon berkaitan perkara ini. Namun, ini tidak bermakna ia tidak terjadi.
56
Keterangan SD2 pula secara umumnya menyokong keterangan OKT berkaitan kewujudan Karthik dan dakwaan yang mereka berdua sering bermalam di premis tersebut dan mempunyai kunci premis tersebut.
57
Penama Karthik yang disebut oleh OKT pula walaupun tidak ada memberi keterangan, namun, kewujudannya telah disokong oleh SD2 dan keterangan SP6 sendiri ketika kes di peringkat pendakwaan.
58
Begitu juga dengan dakwaan OKT berkaitan penama bernama Man/Imran yang didakwa sebagai pekerja Karthik yang ada meninggalkan barangan peribadinya di premis ini. Keberadaan kereta Axia (IDD144: Pemilik Nor Imran bin Che Me) yang turut dirampas oleh SP4 ketika serbuan membuktikan kewujudan penama ini.
59
Oleh itu, dakwaan OKT tentang penama ini bukanlah merupakan penafian dan dakwaan kosong semata-mata. Keterangan yang ada juga menunjukkan bahawa premis ini boleh diekses oleh individu lain selain daripada OKT.
60
Meneliti keterangan SD3, pengecaman yang didakwa oleh saksi ini tidak berjaya disangkal oleh pihak pendakwaan dan keterangan ini diterima oleh Mahkamah.
61
Keterangan SD3 mengenai pengecaman yang didakwa adalah munasabah kerana tempoh masa dari tempoh kejadian sebelum kes ini dibicarakan tidaklah terlalu lama.
62
Dalam keadaan ini, Mahkamah ini menerima keterangan pengecaman oleh saksi ini.
63
Hasil daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa pembelaan yang dikemukakan bukanlah suatu penafian semata-mata ataupun merupakan rekaan yang tidak berasas.
64
Secara keseluruhannya, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT telah berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah bahawa dadah yang ditemui di ruang tamu premis tempat kejadian adalah dalam milikannya kerana wujud kemungkinan yang benar (real possibility) eksibit tersebut sebenarnya milik Karthik dan OKT hanya tidak bernasib baik kerana berada di situ ketika serbuan dibuat.
65
Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan oleh Suffian H (pada ketika itu) dalam kes Mat v PP [1963] 263, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam isu milikan dan dengan itu telah berjaya menyangkal andaian pengedaran statutori yang digunapakai. Pihak pendakwaan dengan ini telah gagal untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt).
66
OKT dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan. Bertarikh : 18 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwaan : Wan Ahmad Hijrah bin Wan Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Sean Dudley & Aiswarya Dewi Tetuan Sean Dudley & associate
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.