Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-3-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SHUHAIRI BIN SALLEH (NO. K/P: 810502-14-5029) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
/akn/my/judgment/high-court/2026/d9bc6063-84d3-48bc-bd3d-7381af303d61
High Court of Malaysia30 Mar 2026CB-45A-3-01/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
“26. Pembelaan pembawa polos telah dijelaskan pemakaiannya oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya v Herlina Purnama Sari [2016] MLJU 1824; [2017] MLRA 499 seperti yang berikut: “[44] Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicio”
“26. Pembelaan pembawa polos telah dijelaskan pemakaiannya oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya v Herlina Purnama Sari [2016] MLJU 1824; [2017] MLRA 499 seperti yang berikut: “[44] Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicio”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-3-01/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SHUHAIRI BIN SALLEH (NO. K/P: 810502-14-5029) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “BAHAWA KAMU PADA 06HB FEBRUARI 2021, JAM LEBIH KURANG 04.45 PETANG, BERTEMPAT DI SEKATAN JALAN RAYA KM 7 JALAN LIPIS-BENTA, 27200 KUALA LIPIS, DI DALAM DAERAH KUALA LIPIS, DI NEGERI PAHANG DARUL S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A MAKMUR, KAMU TELAH DI DAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA BERAT BERSIH 23,516.2 GRAM METHAMPHETAMINE DAN DENGAN ITU KAMU TELAH
Subsection
(1) (a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B(2) AKTA YANG SAMA.”
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan 8 orang saksi sebelum menutup kes pendakwaan. Ia adalah terdiri daripada pegawai serbuan, ahli kimia, dan anggota polis yang berkaitan iaitu jurugambar dan jurustor.
3
Saksi pendakwaan ketujuh iaitu pegawai serbuan (SP7) menyatakan dalam keterangannya bahawa 06.02.2021 ketika berada di pejabatnya di Bukit Aman telah menerima maklumat bahawa seorang lelaki Melayu menaiki kereta Perodua Bezza berwarna merah nombor pendaftaran VDF 541 akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghantar dadah. SP7 menyatakan bahawa suspek akan melalui Kuala Lipis antara jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Setelah menerima maklumat tersebut SP7 telah mengarahkan supaya anggota pasukan polis bergerak ke Sekatan Jalan Raya (SJR) di KM 7 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis, Pahang.
4
Pada 06.02.2021 jam lebih kurang 4.35 petang SP7 telah menerima maklumat daripada anggota polis yang bertugas bahawa kereta Perodua Bezza berwarna merah nombor S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A pendaftaran VDF 541 telah melalui kawasan pasukan serbuan ketiga yang berada 1 km daripada sekatan jalan raya. SP 7 telah menjalankan serbuan ke atas kenderaan tersebut di sekatan jalan raya tersebut dan telah menjumpai dadah-dadah yang terdapat di dalam beberapa beg iaitu beg berwarna coklat corak bunga-bunga, beg berwarna hijau bertulisan Siam, beg berwarna hitam bertulis Vans, dan beg berwarna hitam. Setelah pemeriksaan dijalankan terhadap beg-beg tersebut telah dikatakan mengandungi dadah-dadah yang disahkan oleh ahli kimia (SP2) sebagai dadah-dadah berbahaya. Dadah-dadah tersebut telah terdapat di dalam bungkusan yang bertulis Guanyinwang. Berat keseluruhan dadah-dadah tersebut adalah 23,516.2 gram methamphetamine seperti yang disahkan dalam laporan kimia
5
Mahkamah juga mendapati bahawa kenderaan tersebut telah dicamkan seperti yang terdapat pada gambar P19. Dadah-dadah tersebut juga telah dikemukakan di Mahkamah dan dicamkan oleh pegawai serbuan dan pegawai penyiasat. Ia dapat dilihat dalam eksibit P14 gambar (3 hingga 43).
6
Keterangan juga menunjukkan bahawa terdapat saksi awam yang mengesahkan bahawa kenderaan VDF 541 tersebut telah disewa oleh OKT daripada sebuah syarikat FBI Car Rental yang disahkan oleh SP3. Keterangan juga menunjukkan bahawa semasa kenderaan tersebut ditahan hanya OKT sahaja yang berada dalam kenderaan tersebut. S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A
7
Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes pendakwaan pihak Pendakwa Raya hendaklah menunjukkan satu kes prima facie. Ini dinyatakan dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 seperti yang berikut: “[42] The purpose of s. 180(4) CPC was thus not to exclude the use of presumptions, inferences, or anything other than direct evidence, to establish a prima facie case. On the contrary:
i
(i) the Privy Council in Haw Tua Tau itself expressly envisaged that inferences may be drawn from the primary facts adduced, and the court must presume such inferences to be true at the close of the prosecution's case; and
Subparagraph
(ii) statutory presumptions have often been invoked by the prosecution in order to establish a prima facie case of drug trafficking in previous cases. No concern was raised in Parliament as to the use of presumptions when considering amendments to s. 180 of the CPC (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; and Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456; [1995] 3 MLJ 514). [43] Section 180(4) of the CPC must be read in light of its context and legislative purpose. By so doing, the phrase "credible evidence proving each ingredient of the offence" in s. S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A 180(4) means that the prosecution may prove each ingredient of the offence either:
i
(i) by adducing credible direct evidence of that ingredient;
Subparagraph
(ii) by drawing inferences of fact, ie, adducing credible circumstantial evidence, from which the ingredient can be inferred; or
Subparagraph
(iii) by invoking presumptions of law, ie, adducing credible evidence of the relevant basic facts, to invoke a statutory presumption that the ingredient exists. [44] As to what constitutes 'a prima facie ' case, the judgment of Vincent Ng J (as he then was) in PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209 is instructive. Although Ong Cheng Heong (supra) was decided prior to the amendment in 2006, we respectfully endorse His Lordship's views, at p. 225: What then constitutes a 'prima facie case'? 'Prima facie ' means on the face of it or at first glance.... perhaps the most appropriate definition of 'a prima facie case' could be found in the Oxford Companion of Law (p. 987), which has it as: "A case which is sufficient for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive". It would follow that there should be credible S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon, should be rejected. (emphasis added) At p. 224, His Lordship said: ... to me, maximum evaluation simply means evaluation, on a prima facie basis, of each and every essential ingredient of the charge as tested in cross-examination. In other words, maximum evaluation connotes quantitative rather than qualitative evaluation of the evidence; with focus more on the evidential burden in terms of evidence led, rather than the persuasive burden in terms of qualitative degree of proof. [45] The only basis of learned counsel's contention that the presumption in s. 37(da) cannot be invoked to establish a prima facie case under s. 180 of the CPC, is that presumption is not evidence. Hence, it was argued that in relying on such presumption, it cannot be said that the prosecution has "adduced credible evidence proving each ingredient of the offence" under s. 180(4) of the CPC. The argument is premised purely on semantics.” S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A
8
Keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya menunjukkan bahawa pada masa kejadian tersebut OKT telah memandu kenderaan tersebut. Apabila kenderaan itu ditahan dadah-dadah tersebut dijumpai di dalam boot belakang kereta tersebut. Dadah-dadah tersebut disahkan adalah dadah-dadah berbahaya oleh ahli kimia. Berdasarkan kepada keterangan tersebut Mahkamah ini berpendapat bahawa Pendakwa Raya telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie iaitu dadah-dadah tersebut adalah dadah-dadah berbahaya dan OKT mempunyai kawalan, pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Ini adalah disebabkan OKT yang mengendalikan kenderaan tersebut di mana di dalam boot belakang kenderaan tersebut terdapat dadah-dadah berbahaya.
9
Berdasarkan kepada berat dadah-dadah tersebut, maka Mahkamah ini menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi memutuskan bahawa pihak Pendakwa Raya berjaya menunjukkan terdapat pengedaran dadah oleh OKT.
10
Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah berpuas hati bahawa Pendakwa Raya telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT.
11
Keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya berserta dengan eksibit-eksibit yang dikemukakan telah menunjukkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan. Mahkamah telah menggunakan S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 untuk menunjukkan bahawa OKT telah mengedar dadah. Penelitian Pembelaan OKT
12
Kini Mahkamah perlu meneliti keterangan pembelaan bagi menentukan sama ada pembelaan telah dapat mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 dan adakah pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwa Raya. Ini sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169; [1991] 3 CLJ 2073 yang menyatakan seperti yang berikut: "It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt."
13
Apa yang perlu diberi perhatian dalam kes ini ialah pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah. Apa yang jelas ialah keraguan tersebut adalah keraguan yang bukan sembarangan tetapi ia adalah sesuatu yang munasabah. Ini dinyatakan juga dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob (supra) seperti yang berikut: "To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test." Keterangan Pembelaan OKT
14
OKT semasa pemeriksaan balas telah memperihalkan bagaimana dan di mana pihak polis telah menahannya. OKT telah menunjukkan melalui gambar-gambar tempat kejadian (P24) dan gambar rajah kasar (P25).
15
OKT menyatakan bahawa beliau balik ke Pasir Mas untuk melawat bapanya iaitu saksi pembelaan kedua (SD2) yang sakit. SD2 mengesahkan kepulangan anaknya tersebut.
16
OKT menyatakan bahawa sebelum pulang ke Lembah Klang, kenderaannya iaitu Perodua Bezza VDF 541 yang disewa telah dipinjam oleh seorang yang bernama Abang Man. SD2 mengesahkan pada hari itu ada orang yang mengembalikan kenderaan itu kepada OKT.
17
OKT menyatakan bahawa peminjaman kereta itu oleh Abang Man tiada sebarang bayaran. Abang Man dikatakan “belanja minyak” kepada OKT. OKT menyatakan dia tidak menyemak kereta S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A tersebut termasuk di bahagian tempat isi barang di belakang kereta tersebut. Pada masa yang sama OKT juga tidak membawa sebarang pakaian. Ini menyebabkan tiada keperluan untuk membuka bahagian boot belakang kereta tersebut.
18
OKT ketika ditunjukan dengan barang-barang yang dikatakan ditemui di bahagian simpanan barang di belakang kereta tersebut menafikan hubung kait dia dengan barang-barang tersebut.
19
OKT dalam keterangan menunjukkan bahawa dia hanya mengetahui berkenaan dengan dadah-dadah tersebut pada masa serbuan dan tangkapan itu dilakukan pada 06.02.2021. Dia juga menyatakan tidak tahu bagaimana dadah-dadah itu berada di dalam keretanya.
20
Ini adalah selari dengan keterangan bahawa Abang Man telah mengembalikan kereta tersebut pada malam sebelum OKT bertolak ke Lembah Klang. Keterangan SD2 menyokong naratif yang dinyatakan oleh OKT. Persoalannya, adakah keterangan yang dikemukakan oleh OKT telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB 1952. Berdasarkan keterangan yang ada OKT tidak dapat menafikan atau mencadangkan bahawa pada masa kereta tersebut diserbu hanya OKT seorang sahaja yang memandu kereta tersebut dari Pasir Mas sehingga ke tempat kejadian. Pada masa serbuan dadah-dadah itu ditemui di dalam kereta tersebut. Mahkamah ini berpendapat keterangan yang dikemukakan tidak dapat S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A menyangkal anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 pada tahap perimbangan kebarangkalian. Ini adalah disebabkan adalah tidak munasabah untuk OKT yang melakukan perjalanan yang jauh tidak berkesempatan atau tidak memastikan tiada barang-barang salah terdapat pada kenderaan tersebut.
21
Pada masa yang sama adalah tidak munasabah barang-barang tersebut yang berat kasarnya 23,516.2 gram methamphetamine tidak disedari berada di dalam bahagian simpanan barang kenderaan tersebut. Ia adalah berbeza jika berat barang-barang tersebut kecil sehingga OKT tidak berkemungkinan perasan atau sedar mengenai kewujudan dadah-dadah tersebut. Begitu juga jarak perjalanan itu yang jauh sehingga tidak memungkinkan OKT tidak sempat menyedari bahawa ada barang-barang di bahagian boot belakang kereta tersebut. Ini tidak berlaku dalam kes ini. Oleh itu sukar untuk Mahkamah ini menerima keterangan tersebut untuk mematahkan anggapan pengedaran tersebut pada tahap perimbangan kebarangkalian.
22
Namun, seterusnya Mahkamah ini perlu mempertimbangkan sama ada setelah meneliti keseluruhan keterangan pendakwaan dan pembelaan adakah Pendakwa Raya telah membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 182A KPJ. Seksyen 182A KPJ memperuntukkan seperti yang berikut: S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A “182A Procedure at the conclusion of the trial
Subsection
(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
Subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
Subsection
(3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.”
23
Dalam erti kata lain adakah OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwa Raya?
24
Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya adalah pada hari kejadian, pihak polis bertindak berdasarkan maklumat bahawa sebuah kenderaan Perodua Bezza berwarna merah nombor pendaftaran VDF 541 bergerak dari Kelantan menuju ke Lembah Klang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Kenderaan Perodua Bezza VDF 541 ditahan di kawasan pemeriksaan sekatan jalan raya. Apabila pemeriksaan dijalankan, telah ditemui dadah-dadah seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan. Pada masa itu hanya OKT berseorangan memandu kenderaan VDF 541 tersebut. Barang-S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A barang kes telah dirampas dan dikemukakan ke Jabatan Kimia yang melalui laporan kimia (P16) mengesahkan ianya adalah dadah-dadah berbahaya.
25
Sementara itu keterangan OKT menyatakan bahawa kenderaan itu telah dipinjam dan dipulangkan oleh penama Abang Man pada malam sebelum OKT bergerak ke Lembah Klang. OKT tidak memeriksa kenderaan tersebut sebelum kejadian. Ini bermakna Mahkamah perlu menimbangkan pembelaan pembawa tidak bersalah atau pembawa polos (innocent carrier).
26
Pembelaan pembawa polos telah dijelaskan pemakaiannya oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya v Herlina Purnama Sari [2016] MLJU 1824; [2017] MLRA 499 seperti yang berikut: “[44] Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicious that something is amiss but then embarks on a deliberate decision not to make further inquiries in order to avoid confirming what the actual situation is, then such a decision is necessarily a deliberate one. The key threshold element in the doctrine of wilful blindness itself is that of suspicion followed by (and coupled with) a deliberate decision not to make further investigations. Whether the doctrine of wilful blindness should be applied to any particular case would be dependent on the relevant inferences to be drawn by the trial judge from all the facts and S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A circumstances of the particular case, giving due weight, where necessary, to the credibility of the witnesses. (see PP v Tan Kok An [1995] 4 MLRH 256). [45] The concept of ‘wilful blindness’ had been discussed in a number of local cases but it seems to have had its genesis in the dissenting judgment of Yong Pung How CJ (Singapore) in the case of Public Prosecutor v Hla Win [1995] 2 SLR 424. The doctrine of ‘wilful blindness’ can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of ‘wilful blindness’. In other words he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation. [46] Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know,’ he is taken to know.”
27
Keterangan dalam kes ini menunjukkan perjalanan yang ditempuh oleh OKT adalah lama iaitu dari Pasir Mas ke Lembah Klang. Pada masa yang sama juga kenderaan OKT telah digunakan oleh pihak ketiga sebelum OKT menggunakan kenderaan tersebut untuk pulang ke Lembah Klang. OKT mempunyai masa yang mencukupi dan peluang yang sewajarnya untuk memeriksa kenderaan tersebut namun dia tidak berbuat demikian. Oleh itu Mahkamah berpendapat OKT tidak dapat menunjukkan satu pembelaan pembawa polos.
28
Berdasarkan kepada kesemua keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya dan OKT dalam kes ini Mahkamah mendapati Pendakwa Raya telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. OKT disabitkan dengan pertuduhan.
29
Mahkamah telah meneliti hujahan peringanan dan pemberatan hukuman. Mahkamah juga telah meneliti keseluruhan keterangan dalam kes ini dan berpendapat ia tidak sesuai dijatuhi hukuman S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A mati. Oleh itu Mahkamah berpendapat OKT dikenakan hukuman pemenjaraan 30 tahun dan 12 kali sebatan. Bertarikh: 10 hb. April 2026 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Nur Syafiqah binti Noorinda Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pahang, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT - Rozilan bin Abdul Rahman Tetuan Rozilan & Aribah Ahmad Temerloh, Pahang Darul Makmur S/N mAR242eXykaz906Ueihr0A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.