a
(a) Dompet berwarna coklat berjenama "Kickers";
/akn/my/judgment/high-court/2026/e6c1e8d9-8128-47df-bea5-db33d54d687e
High Court of Malaysia14 Jan 2026WA-45SO-2-08/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; 10 [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence c”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH: WA-45SO-2-08/2024 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN MUHAMMAD SANI MAHDI BIN SAHAR (NO. KP:930221-01-6951) 10 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Tertuduh dalam kes ini, Muhammad Sani Mahdi Bin Sahar, pada 15 5.9.2024 telah dituduh atas 3 kesalahan keselamatan di bawah s.130J(1)(a) dan s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan pada mulanya memohon untuk dibicarakan. Walaubagaimanapun, pada tarikh perbicaraan 14.1.2026, tertuduh telah mengaku salah atas semua pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 20 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 4 tahun penjara untuk pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing. Kesemua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap 17.5.2024 dan barang kes dirampas seperti peruntukan Akta 574. 25 [2] Walaubagaimanapun, pada 27.1.2026, Tertuduh telah memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini supaya hukuman penjara tersebut dapat diringankan. Alasan Penghakiman ini disediakan bagi tujuan tersebut di atas. 07/02/2026 18:51:37 WA-45SO-2-08/2024 Kand. 50 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 [3] Pertuduhan-pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan pertama (P1A) “Bahawa kamu pada 19 Disember 2023 jam lebih kurang 9.00 pagi di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5 dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS) dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Facebook atas nama Abu Ibrahim (dalam Bahasa Arab) yang kemudiannya ditukar ke nama "Oyen Ucuk" dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh 10 dihukum di bawah peruntukan yang sama. HUKUMAN: Jika disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan tidak melebihi 40 tahun atau dengan denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan 15 dalam melakukan kesalahan itu. Pertuduhan kedua (P2A) Bahawa kamu pada 26 Mac 2024 jam lebih kurang 8.00 malam di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis 20 Diraja Malaysia Bukit Aman, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memiliki item iaitu tiga (3) gambar yang dikaburkan dengan keterangan gambar yang menyatakan individu dalam gambar-gambar tersebut berbai'ah kepada Abu Hafsah Al-Hasimi Al-Quroshi yang merupakan pemimpin lslamic State (IS) kelima dalam akaun Facebook milik kamu atas nama Abu lbrahim (dalam 25 Bahasa Arab) yang kemudiannya ditukar ke nama “Oyen Ucuk” dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. HUKUMAN: Jika disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan 30 pemenjaraan tidak melebihi 7 tahun atau dengan denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu. Pertuduhan ketiga (P3A) 35 Bahawa kamu pada 30 April 2024 jam lebih kurang 9.16 malam di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Tingkat 24 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memiliki item iaitu gambar program memperingati insiden militan yang berkait dengan lslamic State (IS) telah menawan suatu kawasan di Mozambique pada 40 tahun 2020 dalam akaun Facebook milik kamu atas nama Abu Ibrahim (dalam **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Bahasa Arab) yang kemudiannya ditukar ke nama “Oyen Ucuk” dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. HUKUMAN: Jika disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan 5 pemenjaraan tidak melebihi 7 tahun atau dengan denda, dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu. PENGAKUAN BERSALAH 10 [4] Tertuduh diwakili peguam pilihannya sendiri semasa prosiding di Mahkamah ini tempoh hari. Sebelum perbicaraan dimulakan pada 14.1.2026, Mahkamah dimaklumkan bahawa Tertuduh mahu menukar pengakuannya kepada bersalah dan oleh itu pertuduhan P1A, P2A dan P3A telah dibacakan semula kepadanya. Setelah 15 jurubahasa Mahkamah membacakan dan menerangkan tentang pertuduhan dan hukuman yang boleh dikenakan terhadap Tertuduh, dia telah mengaku bersalah tanpa syarat dan faham sifat dan akibat pengakuannya tersebut. 20 [5] Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bijaksana telah membacakan Fakta Kes (P4) kepada Tertuduh yang mana telah diakui sebagai benar. Kemudian, TPR mengemukakan barang-barang kes berbentuk dokumen sahaja yang turut diakui semuanya benar oleh Tertuduh. Senarai barang kes adalah seperti berikut: 25 i. Fakta Kes - P4 ii. Laporan polis Muar Rpt 8456/24 - P5 iii. Laporan polis Muar Rpt 8458/24 - P6 iv. Laporan polis Muar Rpt 8464/24 - P7 v. Sijil di bawah s.90 Akta Keterangan - P8 30 vi. 1 dokumen preservation Facebook profile atas akaun Oyen Ucuk (126 mukasurat) - P9 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 vii. 1 dokumen subscriber information (untuk akaun Facebook Oyen Ucuk) - P10 viii. Laporan Analisis Risikan Media Sosial daripada SKMM - P11 ix. Laporan Analisis Pakar Criminology - P12 5 FAKTA KES [6] Untuk kemudahan rujukan, saya telah mengambil fakta kes daripada P4 yang dikemukakan oleh TPR (dengan modifikasi bahasa di mana berpatutan). Fakta kes adalah seperti berikut: “2. Pada 17.5.2024 jam lebih kurang 11.50 malam, satu laporan tangkapan 10 polis (Muar/8456/24) terhadap Muhammad Sani Mahdi Bin Sahar (No. KP: 930221- 01-6951) telah dibuat oleh Insp lan Leondy (Pengadu) di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor. Tangkapan dilakukan oleh Pasukan Cawangan Khas Bukit Aman, bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Tertuduh di 15 bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] (SOSMA) kerana Tertuduh dipercayai terlibat dengan kesalahan keselamatan.
section
3. Insp lan Leondy kemudiannya telah membuat pemeriksaan badan terhadap Tertuduh dan telah merampas barangan seperti berikut:
a
(a) Dompet berwarna coklat berjenama "Kickers";
b
(b) Kad Nikah Jabatan Agama Islam Pahang;
c
(c) Kad Lesen Vokasional Malaysia; dan
d
(d) Telefon bimbit berwarna kelabu berjenama Nokia model TA-1557.
section
4. Kemudiannya pada 18.5.2024 jam lebih kurang 2.15 pagi, Tertuduh 25 telah memandu arah Pengadu dan sepasukan pegawai polis untuk membuat pemeriksaan di alamat No 180, Kampung Parit Besar, Jalan Temenggong Ahmad, 84000, Muar, Johor. Apabila berada di rumah tersebut, terdapat beberapa orang anggota keluarga Tertuduh, iaitu:
a
(a) Sahar bin Atan (bapa Tertuduh);
b
(b) Aminah binti Ahmad (ibu Tertuduh);
c
(c) Nurul Shahida binti Mt Isa (isteri Tertuduh); dan
d
(d) Ibrahim bin Muhammad Sani Mahdi (anak Tertuduh). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5
section
5. Turut dibuat oleh Pengadu di rumah beralamat No 180, Kampung Parit Besar, Jalan Temenggong Ahmad, 84000, Muar, Johor adalah rampasan buku SIM kad Prabayar Celcom Xpax bernombor :
section
0138599981.
section
6. Seterusnya, pada 18.5.2024 jam lebih kurang 3.30 pagi pula, Tertuduh 5 memandu arah Pengadu dan sepasukan pegawai polis ke sebuah rumah tidak bernombor di Taman Nilam Sari, 84000, Muar, Johor dengan dihadiri oleh Tertuduh. Di dalam rumah tersebut, pasukan polis telah menggeledah dan menjumpai: (a) Sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A10S berwarna biru gelap; dan (b) Kad SIM Celcom 10 Xpax.
section
7. Sewaktu rakaman percakapan Tertuduh di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 18A Akta SOSMA, Tertuduh telah mendedahkan satu akaun Facebook yang digunakan oleh Tertuduh. Facebook tersebut dibuat oleh Tertuduh dengan menggunakan nama 15 "Abu Ibrahim" (dalam tulisan Arab) dan kemudiannya digantikan dengan nama "Oyen Ucuk".
section
8. Hasil siasatan awal oleh Pegawai Penyiasat, Insp Chandran a/l Selvarajoo mendapati akaun media sosial (Facebook berprofil "Oyen Ucuk") milik Tertuduh telah digunakan bagi mempromosikan kumpulan 20 pengganas Islamic State (IS) dengan membuat hantaran, berkongsi gambar-gambar dan video berkaitan kumpulan pengganas IS.
section
9. Pada 12.6.2024, Pegawai Penyiasat telah membuat permohonan preservation akaun Facebook Tertuduh kepada Jabatan Forensik Digital, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke 25 atas akaun Facebook yang dinamakan "Oyen Ucuk" melalui pemeriksaan Url yang berkenaan. Surat maklumbalas dari SKMM telah diterima pada dan telah menerima pengesahan maklum balas pada 24.6.2024 yang disertakan dengan satu laporan berkaitan akaun Facebook "Oyen Ucuk". 30 11. Laporan analisis media sosial dapati pemilik akaun Facebook yang digunakan adalah milik Tertuduh dan menunjukkan maklumat nombor telefon +60138599981 yang diperoleh dari pihak META berkaitan akaun Facebook "Oyen Ucuk".
section
12. Berkenaan nombor telefon tersebut pula, maklumat yang diperolehi 35 daripada Syarikat Telekomunikasi Celcom mengesahkan pemilik nombor telefon bimbit 013-8599981 adalah didaftarkan di atas nama "SAHAR BIN ATAN” iaitu bapa kepada Tertuduh. Namun, menerusi rakaman percakapan ke atas penama Sahar bin Atan, didapati nombor tersebut telah diserahkan untuk kegunaan Tertuduh. 40 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
section
13. Pada 6.6.2024 pula, Pegawai Penyiasat telah membuat permohonan laporan saksi pakar Ideologi kepada Dr. Haezreena Begum binti Abdul Hamid iaitu Timbalan Dekan (ljazah Tinggi), Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya bagi tujuan mendapatan ulasan berkaitan video, artikel dan gambar berunsur propaganda kumpulan pengganas Islamic State 5 (IS) yang dipaparkan dalam akaun media sosial Facebook berprofil "Oyen Ucuk” iaitu akaun facebook milik Tertuduh.
section
14. Laporan Saksi Pakar mengenai paparan video, artikel dan gambar telah diterima pada 6.6.2024 daripada Pakar Ideologi dan hasil analisis yang dibuat terhadap semua video, artikel dan gambar yang di paparkan 10 melalui media sosial akaun Facebook berprofil "Oyen Ucuk" adalah amat jelas ianya bertujuan mempromosikan serta memberikan sokongan penuh kepada perjuangan kumpulan Islamic State (IS).
section
15. Secara keseluruhan, penilaian Pakar Ideologi daripada pemilik Facebook "Oyen Ucuk" tersebut mendapati pemilik cenderung ke arah 15 bahan-bahan yang agak subversif dan ganas serta banyak memuji tindakan keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh individu-individu tertentu atas alasan menegakkan syiar Islam. Dilihat wujud elemen menggalakkan perbuatan keganasan dalam Facebook "Oyen Ucuk" tersebut. Tindakan pengendali akaun ini juga cenderung dan 20 mendorong kearah tindakan ekstrimis yang boleh mengancam keselamatan negara.
section
16. Kumpulan Pengganas Islamic State telah diwartakan sebagai Kumpulan Pengganas menurut di bawah seksyen 66B dan 66D Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan 25 Hasil dari Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] melalui Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (A)3011/2014 рada 12.11.2014.
section
17. Hasil siasatan juga mendapati Tertuduh melalui rakaman percakapan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah telah mendedahkan dan mengakui bahawa: 30 i) Semasa rakaman percakapan Tertuduh diambil pada 26.5.2024, Tertuduh telah mendedahkan bahawa pemilikan akaun Facebook berprofil "Oyen Ucuk" adalah akaun yang didaftarkan olehnya untuk tujuan menyebarkan perjuangan Dakyah kumpulan pengganas IS. Akaun tersebut telah didaftarkan sejak April 2024. 35 Tertuduh juga mendedahkan bahawa paparan video, artikel dan gambar berkaitan perjuangan serta dalil-dalil seruan jihad dipaparkan dalam akaun media sosial Facebook bermula pada bulan April 2024 sehingga ditangkap. ii) Semasa rakaman percakapan yang diambil pada hari yang sama, 40 Tertuduh mendedahkan juga bahawa menjadi ahli kumpulan di **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 dalam kumpulan telegram yang dianggotai oleh Muhammad Aabid bin Zarkasi, Hasbullah Bin Hassan, Azmi Bin Mohd Asari, Nik Mohamad Shalahuddin Bin Zakaria, Mohd Firdaus Bin Kamal Intdzam, Suhaini Binti Salwan, Feesol Bin Harun, dan Radin (bekas ahli Jemaah Islamiah) yang bertujuan menyebarkan 5 ideologi serta pemahaman yang menjurus kepada perjuangan kumpulan IS. Namun kumpulan tersebut telah dipadamkan.”. [7] Mahkamah ini telah menerima pengakuan salah tanpa syarat oleh Tertuduh dan mendapatinya bersalah dan seterusnya mensabitkan 10 Tertuduh atas kesalahan-kesalahan tersebut. [8] Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah memberi peluang kepada pihak Tertuduh untuk mengemukakan rayuan mitigasi atas dan kepada pihak pendakwaan untuk berhujah 15 mengenai hukuman yang wajar dikenakan dalam kes ini. Tertuduh berusia 33 tahun dan telah berkahwin. Isterinya adalah seorang OKU penglihatan (buta sebelah mata kiri) dan kini mempunyai seorang anak yang berumur 2 tahun. Daripada perkahwinan terdahulu, dia mempunyai seorang lagi anak yang kini berumur 8 20 tahun. Tertuduh mempunyai 2 sabitan lampau pada tahun 2015 (18 bulan penjara) dan pada 2018 (3 pertuduhan di mana dia dikenakan 3 tahun penjara bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak dan berasingan, jumlah 6 tahun). Setiap kali dia telah mengaku bersalah pada kali pertama dipertuduhkan. 25 [9] Peguamnya turut berhujah bahawa item-item tersebut telah dimuat turun dalam telefon bimbitnya sahaja dan tidak disebarkan. pengakuan salah Tertuduh telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah dan ini menunjukkan penyesalan dan keinsafan 30 anakguamnya atas kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Tertuduh memohon diberikan peluang untuk memperbaiki dirinya kerana dia telah menyesal serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. [10] Tertuduh mempunyai Diploma Pendidikan Islam pada tahun 2012 5 daripada International Teaching Training College, Jawa Timur sambil menghabiskan pengajian di Pondok Pesantren Darussalam di Jawa Timur. Dia berminat dengan isu-isu agama. Ayahnya bekas pesara RISDA berumur 66 tahun yang mengusahakan kebun dan ibunya berumur 65 tahun merupakan bekas pembantu makmal di 10 sekolah. Setelah keluar penjara dia bekerja dengan bapanya di kebun secara sepenuh masa dengan pendapatan RM1,500.00 sebulan untuk menyara keluarganya. Peguam berhujah kesalahan hanya melibatkan perkongsian posting lain dari pihak ketiga. Tangkapan ke atas Tertuduh dibuat selepas insiden tangkapan 15 anggota lain (dalam kumpulan yang sama) tetapi ia tidak melibatkan senjata atau bahaya kepada masyarakat. [11] Mahkamah diminta untuk mengimbangkan kepentingan masyarakat dan Tertuduh kerana dikatakan Tertuduh tersalah tafsir 20 sokongan kepada kumpulan tersebut. Walaubagaimanapun, dia tidak memberikan apa-apa dana sumbangan kepada mereka. Peguam Tertuduh memohon hukuman 8 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 3.5 tahun masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga dan supaya semua hukuman penjara berjalan 25 serentak memandangkan sentencing trends oleh mahkamah bagi kesalaha seperti ini. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 [12] TPR pula memohon hukuman penjara yang panjang yang sesuai dengan fakta dan keadaan kes ini dan berhujah bahawa pengakuan salah bukanlah faktor utama untuk memberikan hukuman yang bertempoh pendek. Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam yang melebihi kepentingan dan supaya hukuman berbentuk 5 deterrence supaya menjadi contoh kepada masyarakat umum. Mahkamah juga dimohon untuk mengambil judicial notice mengenai insiden keganasan di negara ini yang semakin meningkat. Tertuduh juga mempunyai rekod kesalahan lampau untuk kesalahan jenis yang sama. TPR juga berhujah bahawa kes-kes yang dirujuk oleh 10 peguam Tertuduh adalah case laws yang lama sebelum pindaan kepada hukuman (life not exceeding 30 years). [13] Setelah meneliti fakta kes yang diakui dan semua barang kes serta pengakuan bersalah Tertuduh, rayuan untuk peringanan hukuman 15 serta hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah berpandangan bahawa Tertuduh wajar diberikan diskaun sebagai faktor peringanan hukuman pemenjaraan yang akan dikenakan. Dalam hal ini Mahkamah turut menimbangkan latarbelakang Tertuduh, rekod kesalahan lampau, keadaan fakta kes dan 20 membandingkan prinsip kepentingan awam. Bagi pertuduhan pertama, hukuman yang boleh dikenakan ialah antara 1 hari sehingga 40 tahun atau denda dan bagi pertuduhan kedua dan ketiga maksimum 7 tahun penjara atau denda. Oleh yang demikian, Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh 25 tangkap bagi pertuduhan pertama dan 4 tahun penjara dari tarikh tangkap untuk pertuduhan kedua dan ketiga di mana semua hukuman penjara diperintahkan untuk berjalan serentak. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [14] Hukuman pemenjaraan tersebut adalah wajar dan Mahkamah berharap hukuman ini akan memberikan pengajaran kepada Tertuduh dan dia akan menggunakan masa dalam penjara kelak untuk menilai kesilapan yang dilakukan, menginsafi kesalahan serta memperbaiki diri. Di samping itu hukuman ini bertujuan sebagai 5 deteren untuk orang awam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan ancaman kepada keselamatan negara sama ada pada skala besar mahu pun skala kecil. [15] Bagi maksud rayuan ini yang merupakan rayuan untuk peringanan 10 hukuman sahaja, Mahkamah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini mengenai prinsip dalam menjatuhkan hukuman. Merujuk kepada kes Inggeris yang selalu dan masih diguna pakai mengenai prinsip penghukuman R v. Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, Hilbery J menyatakan: 15 "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in 20 public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn 25 from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each 30 crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." [16] Seterusnya kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v PP [1988] 1 MLJ 167, Mahkamah Agung telah memutuskan yang berikut: 35 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 “In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to 5 determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. As stated by James L.J. in R 10 v Ladd & Tristam [1975] Cr LR 50; Thomas Encyclopaedia of Current Sentencing Practice p 1058 : "We have to look at the overall picture of what is the right sentence for the total involvement, the total degree of criminality involved, and we have to keep the sentences in perspective with the sentences 15 that have been passed on other occasions for offences involving criminal activity of this kind, though of course varying in their gravity. Clearly a deterrent element has to be involved, but because the offences are very serious, it does not necessarily follow that on the particular facts very long sentences are justified." 20 A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentencer not exercising his or her discretion judicially 25 in assessing the level of custodial sentence.”. [17] Di dalam kes Public Prosecutor v Ali bin Ahmad [2019] 11 MLJ 485, mahkamah telah memutuskan: “[16] In Tan Lay Chen v Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135; [2000] 4 CLJ 30 492, Augustine Paul J (as His Lordship then was) made the following observation: The phrase ‘pass sentence according to law’ in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed 35 in accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 2 MLJ 252; Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 107). The assessment of a sentence in accordance **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 5 MLJ 134; Public Prosecutor v Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74; Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; 10 [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence committed may outweigh the mitigating affect of a guilty plea (see Loh Hock Seng v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v Oo Leng Swee & Ors [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent 15 sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537; R v Costen (1989) 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see Public 20 Prosecutor v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181). Be that as it may, as I said earlier it must not be overlooked that the general rule is that an accused should be given a lesser punishment for pleading guilty. There can, as I have said, be a departure from this general rule. However, there must be good 25 reasons for doing so. In that event the reasons for such departure must be kept in mind. If, therefore, a sentence is imposed without taking into consideration a guilty plea then the reasons for doing so must be explained by the sentencer. This is because an accused person expects the general rule to operate in his favour when he 30 pleads guilty. The grounds of judgment must therefore show why the guilty plea cannot, on the facts of the case, be considered as a mitigating factor. Failure to do so will lead to the criticism, as in this case, that the plea has not been taken into account in imposing sentence. In this case the learned 35 sessions court judge had not explained why he had disregarded the guilty plea, and, by the same process of reasoning, the clean record of the accused. This is a misdirection in law.” [Penekanan ditambah] 40 [18] Di dalam kes Letitia Bosman v Public Prosecutor & other appeals (No 1) [2020] 5 MLJ 277 pula mahkamah menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 “[124] … Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then makes a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient 5 sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of the CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a 10 matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. [125] In passing sentence, the court takes into consideration the 15 mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed 20 Azmi J).” [19] Berdasarkan prinsip dalam kes-kes tersebut di atas yang telah menjadi undang-undang mantap, Mahkamah perlu bertindak secara adil dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuaian dengan segala 25 fakta dan keadaan kes. [20] Sebarang kemaslahatan kepada Tertuduh ekoran pemenjaraannya adalah akibat daripada kesilapannya sendiri apabila Tertuduh memilih untuk melakukan kesalahan ini pada masa kejadian. 30 Mahkamah berpandangan Tertuduh ini cenderung untuk melakukan kesalahan yang sama jenis. TPR tidak mengemukakan salinan Borang RJ2B tetapi beberapa perintah Mahkamah atasan untuk rujukan Mahkamah ini seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 i. Perintah Mahkamah Rayuan (W-05(H)-142-04/2016) bertarikh 22.9.2016 – hukuman penjara 18 bulan dari tarikh tangkap (9.11.2015) bagi sabitan di bawah s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan; ii. Perintah Mahkamah Tinggi (WA-45SO-14-05/2018) bertarikh 5 13.7.2018 – hukuman penjara 3 tahun dari tarikh tangkap (23.12.2017) bagi sabitan di bawah s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan; iii. Perintah Mahkamah Tinggi (WA-45SO-15-05/2018) bertarikh 13.7.2018 – hukuman penjara 3 tahun selepas menjalani 10 hukuman kes WA-45SO-14-05/2018 dan WA-45SO-16- 05/2018 bagi sabitan di bawah s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan; dan iv. Perintah Mahkamah Tinggi (WA-45SO-16-05/2018) bertarikh 13.7.2018 – hukuman penjara 3 tahun dari tarikh tangkap 15 (23.12.2017) bagi sabitan di bawah s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. [21] Dalam kes ini pula, selain 2 pertuduhan di bawah s.130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, buat pertama kalinya Tertuduh juga dihadapkan 20 atas kesalahan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, iaitu akaunnya sendiri, Facebook atas nama Abu Ibrahim (dalam Bahasa Arab) yang kemudiannya ditukar ke nama "Oyen Ucuk" iaitu suatu kesalahan yang lebih serius di bawah perenggan 130J(1)(a) Kanun 25 Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 40 tahun. [22] Berdasarkan hujahan bertulis TPR, sentencing trends bagi kesalahan di bawah s.130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 diputuskan oleh beberapa Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur seperti ini, saya dapati range hukuman adalah antara 10 ke 15 tahun penjara. Saya juga merujuk kepada kes PP v Muhammad Sani Mahdi Bin Sahar [2016] 1 LNS 1150 iaitu kes pertama di perenggan 20 di atas, Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada 5 kes PP v Ummi Kalsom Bahak [2015] 7 CLJ 503 di mana ia adalah kesalahan yang sama di bawah s. s.130J(1)(a) Kanun Keseksaan tetapi dibaca bersama s.511 Kanun Keseksaan. Responden telah dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan rayuan pihak pendakwaan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan telah ditolak. 10 [23] Di dalam kes Mohamad Nasuha Abdul Razak v PP [2019] 3 CLJ 612, bagi kesalahan s.130J(1)(a) perayu telah mengaku salah dan dihukum 13 tahun penjara. Setelah rayuan didengar, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuannya dan menggantikan 15 hukuman tersebut dengan 10 tahun penjara. Di dalam kes PP v Wan Mohamad Nur Firdaus Abd Wahab [2017] 1 LNS 1786, bagi kesalahan yang sama, tertuduh tersebut juga mengaku salah dan dikenakan hukuman penjara 8 tahun. Berdasarkan umurnya 22 tahun pada masa jatuh hukum, saya berpandangan tertuduh adalah 20 pesalah kali pertama (tidak dinyatakan dalam alasan penghakiman) manakala Tertuduh dalam kes di hadapan Mahkamah ini pula bukan pesalah kali pertama. Malahan, kesalahan pertama dilakukan pada tahun 2015 dan setelah keluar penjara, Tertuduh masih terlibat dengan kesalahan yang sama di bawah s.130JB(1)(a) 25 Kanun Keseksaan dan dihukum pada tahun 2018 bagi 3 pertuduhan yang berlainan. Seolah-olah Tertuduh tidak serik dengan hukuman penjara 6 tahun pada masa tersebut, kini terlibat lagi dengan jenis **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 kesalahan yang sama juga dan ditambah dengan kesalahan yang lebih serius di bawah s.130J(1)(a) Kanun Keseksaan. [24] Mahkamah bersetuju dengan hujahan TPR bahawa kes-kes yang dirujuk oleh pihak Tertuduh melibatkan kesalahan di bawah 5 s.130J(1)(a) Kanun Keseksaan sebelum penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang mana hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) bagi seksyen tersebut telah digantikan dan dinaikkan ke pemenjaraan sehingga 40 tahun. Ini mencerminkan hasrat Parlimen untuk menambah tempoh hukuman 10 pemenjaraan maksimum bagi kesalahan s. 130J(1)(a) Kanun Keseksaan kerana keseriusannya dan kekerapan berlakunya kesalahan tersebut. Oleh itu, mengambil kira faktor bahawa Tertuduh bukanlah seorang pesalah kali pertama, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman penjara yang lebih berat tetapi 15 masih dalam range of the sentencing trends bagi s.130J(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu antara 10 tahun sehingga 15 tahun wajar dikenakan kepada Tertuduh. 10 tahun penjara tersebut hanyalah satu per empat (1/4) daripada tempoh maksimum yang boleh diperintahkan oleh Mahkamah dan kesemua hukuman penjara 20 berjalan serentak dari tarikh tangkap. Oleh itu, tempoh 10 tahun penjara amatlah wajar pada pandangan Mahkamah ini setelah mengambil kira segala hal keadaan. Mahkamah turut mengambil kira bahawa Tertuduh juga layak diberikan remitan satu pertiga daripada hukuman yang dikenakan dan ini akan memendekkan 25 tempoh pemenjaraan yang dilaluinya kelak dan menggalakkan Tertuduh untuk berkelakuan baik semasa di dalam penjara supaya dapat dibebaskan lebih awal. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 KESIMPULAN [25] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara, 4 tahun penjara dan 4 tahun penjara dari tarikh tangkap 17.5.2024 masing-masing bagi ketiga-tiga pertuduhan yang disabitkan ke atas Tertuduh setelah mengambil kira prinsip-prinsip 5 penghukuman, keseriusan kesalahan-kesalahan yang melibatkan keselamatan awam, faktor mitigasi oleh Tertuduh dan mengimbangkannya dengan kepentingan awam. 10 Bertarikh pada 6 Februari 2026 t.t. 15 NOOR RUWENA BINTI MD. NURDIN Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Jenayah) 20 Pihak-pihak: 25 TPR Shafiq Bin Hasim TPR Aftal Mariz Bin Mohamed Jabatan Peguam Negara, Putrajaya 30 Puan Asiah Binti Abd Jalil Tetuan Asiah Abd Jalil Law Chambers, Kuantan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.