Sementara itu OKT 2 dalam keterangannya berkenaan dengan penama Rahim tersebut sehingga diminta membawa kereta tersebut menyatakan seperti yang berikut, ketika pemeriksaan balas: Bila dan sampai dekat apartment Kajang itu macam mana boleh terangkan? Berapa lama tunggu Rahim? Adakah Rahim ajak Encik Afifi dan ayah pergi naik rumah? S/N jWnpmkRvkU6XOKsfnSDoow Tak. Bila sampai apa kita buat? Telefon dia, sampai dekat situ, dia turun. Dia turun itu dia terus bagi ke? Ya kunci kereta. Masa dia bagi kunci kereta itu Encik Afifi dan ayah ada sekali? Berapa lama waktu itu? Lebih kurang 20 minit macam itu. Maksudnya dia turun dan bagi kunci itu 20 minit. Kita ada berborak-borak lagilah? Ada borak-borak? S/N jWnpmkRvkU6XOKsfnSDoow Ada. Dalam 20 minit ya? Masa dia bagi kunci kereta, kan apartment kan, macam mana kita tahu kereta dia itu dekat belah mana? Dia tunjuk. Dia tunjuk kereta itu, dia pergi sekali dekat kereta itu? Dia tunjuk, ya dia pergi sekali dekat kereta. Masa dia bagi kunci kereta itu ada tak dia pesan apa-apa? Ataupun dia cakap apa-apa? Tak ada cakap apa-apa. Tak ada pesan apa-apa? Tak ada, cuma ambil kereta ini pergi ke Pasir Mas. Macam itu je dia cakap? S/N jWnpmkRvkU6XOKsfnSDoow Adakah itu macam satu arahan dia kata ambil kereta ini pergi ke Pasir Mas, macam arahan ke? Ataupun ambillah kereta ini, balilah rumah, macam itu? Ataupun dia memang cakap macam itu, ambil kunci kereta ini pergi ke Pasir Mas? Ya, pergi balik Pasir Mas. Dia bagi kunci kereta, ada bayaran tak? Tak ada. Tadi kata kenal setahun, rapat tak dia dengan kita? Tak rapat sangat tapi kenallah. Tapi kita tak berasa pelik ke, tak berapa rapat tapi bila dia beri kunci kereta, ambil kunci kereta pergi Pasir Mas. Tak rasa macam pelik ke kenapa baik sangat dan bagi pinjam kereta dia tanpa mengharapkan apa-apa balasan? Tak rasa pelikpun. Sebab apa? Sebab saya percaya dekat dia. S/N jWnpmkRvkU6XOKsfnSDoow Walaupun kita tak kenal rapat dengan dia? Sebab jarak itu jauh, antara Shah Alam ke Kelantan. Dalam keadaan apabila kita tak rapat dengan seseorang itu dia bagi kunci kereta. Kita tak rasa syak ke waktu itu? Tak. Berbalik kepada dia bagi kunci kereta apa semua itu, ada tak dia bagi kunci kereta? Tak ada periksa. Bonet kereta tidak ada periksa? Tak ada.