Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-23-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
/akn/my/judgment/high-court/2026/f6c2079d-ae35-425d-badc-31c1147ecc8f
High Court of Malaysia29 Apr 2026CB-45A-23-11/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“bt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebut”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: CB-45A-23-11/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
SYED URFAN AL-KHAIDIR BIN SYED ZAINAL ABIDIN
2
KHATIJAH BINTI IBRAHIM
3
MUHAMMAD AIZAT BIN ABD. KARIM (NO. K/P: 960128-06-5515) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT) dikemukakan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 4 APRIL 2022, JAM LEBIH KURANG 2200 HRS DI DALAM MOTOKAR JENIS PROTON WIRA WARNA BIRU GELAP BERNOMBOR PENDAFTARAN WJN 3919, DI HADAPAN PASAR MINI NOR SYAZLIN BINTI MOHD SABRI MR 13 BATU 3, PAYA PULAI JALAN MARAN, 28000 TEMERLOH, DALAM DAERAH TEMERLOH, DALAM NEGERI PAHANG, KAMU TELAH DIDAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA JENIS HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES BERAT BERSIH 72.10 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B (2) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN.”
2
Pendakwa Raya telah mengemukakan tujuh orang saksi di akhir kes pendakwaan. Ia terdiri daripada saksi-saksi awam, ahli kimia dan para pegawai polis.
3
Keterangan saksi Pendakwa Raya menunjukkan bahawa pada 04.04.2022, Pegawai Serbuan (SP6) telah menjalankan serbuan di tempat kejadian. Ia berdasarkan kepada maklumat pengedaran dadah. SP6 menyatakan maklumat itu menyatakan bahawa ia melibatkan dua orang iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. SP6 di dalam keterangan semasa pemeriksaan utama menyatakan pada hari kejadian terdapat tiga orang. SP6 memperihalkan kejadian seperti yang berikut: Kemudian selepas itu? SP6 : Kemudian saya bersama pasukan masih membuat pemerhatian. Lebih kurang dalam 10 minit, kemudian telah tiba satu motosikal yang mana dia parking di bahagian sebelah pemandu kenderaan tertuduh, Proton Wira. Yang mana penunggang tersebut merupakan seorang lelaki dan lelaki tersebut telah turun daripada motor dengan mematikan enjin motosikal. Kemudian lelaki tersebut telah masuk ke dalam Proton Wira.
4
Seterusnya SP6 menyatakan: Kemudian tadi lelaki tersebut masuk ke dalam kereta Proton Wira. Di bahagian mana? Masuk dari arah mana? Daripada bahagian penumpang belakang sebelah kanan, sebelah pemandulah. Lepas itu? Untuk makluman Yang Arif, pada pemerhatian yang kami buat pada waktu itu juga sewaktu seorang lelaki daripada motosikal itu hendak masuk ke dalam kenderaan, telah lihat lelaki tersebut ada memegang satu objek di tangan kiri bersama-sama masuk ke dalam kenderaan Proton Wira tersebut. Memegang satu objek menggunakan tangan kiri. Objek apa? Objek nampak warna hitamlah pada waktu tersebut. Waktu pemerhatian dibuat. … Seterusnya tadi Encik Taufiq kata beg hitam dijumpai di bahagian mana? Di bahagian belakang sebelah kiri di atas kerusi penumpang.
5
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam OKT 3 menyatakan seperti yang berikut: Peguam OKT 3 : Saya katakan semasa serbuan ataupun semasa tangkapan terhadap OKT 3 ini tiada barang kes dijumpai dengan OKT 3 yang dikatakan barang kes tersebut di dalam sebuah beg warna hitam? Tiada barang kes dijumpai dengan OKT 3 semasa serbuan dijalankan? SP 6 : Setuju.
6
SP6 juga menyatakan bahawa semasa serbuan itu dilakukan beg hitam telah ditemui di dalamnya terdapat bungkusan plastik yang mengandungi dadah. Apa yang jelas daripada keterangan saksi pendakwaan bahawa semasa serbuan dilakukan tiga orang ditemui berada di dalam kereta tersebut. Analisa
7
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata pada akhir kes pendakwaan, Pendakwa Raya hendaklah menunjukkan bahawa terdapat satu kes prima facie. Seksyen 180 (4) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah mentakrifkan prima facie seperti berikut: “180 Procedure after conclusion of case for prosecution
Subsection
(1) When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
Subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
Subsection
(3) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
Subsection
(4) For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.”
8
Mahkamah ini berpendapat Pendakwa Raya melalui keterangan saksi-saksi menunjukkan bahawa dadah yang dirampas dari beg di dalam kereta itu adalah dadah berbahaya. Adalah tidak syak lagi dadah-dadah itu telah disahkan oleh Ahli Kimia (SP5) yang mengeluarkan laporan kimia (P13).
9
Mahkamah juga telah meneliti pemeriksaan balas terhadap SP5 berkenaan dengan ujian yang dilakukan SP5 berkaitan dengan persampelan yang diambil untuk ujian dadah tersebut. Begitu juga berkenaan dengan alat radas yang digunakan. Penelitian kepada keterangan SP5 tidak dapat menunjukkan bahawa ujian dan laporan kimia (P13) yang disediakan oleh SP5 tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Mahkamah ini berpuas hati ujian kimia yang dilakukan oleh SP5 adalah teratur dan tiada keraguan terhadap ketepatan hasil ujian tersebut. Mahkamah ini berpendapat SP5 telah memberikan penjelasan yang memuaskan berkenaan dengan ujian kimia tersebut. Ini bermakna elemen pertama pertuduhan adalah berjaya ditunjukkan oleh Pendakwa Raya. Adakah OKT1, OKT2 dan OKT3 mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut
10
Keterangan saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pada hari kejadian ketika serbuan dibuat oleh SP6, OKT1, OKT2 dan OKT3 dikatakan berada di dalam kereta tersebut. Dadah-dadah itu ditemui dalam kereta tersebut. Pemilik kereta tersebut telah dipanggil sebagai saksi pendakwaan (SP2) dan mengesahkan bahawa kereta tersebut adalah milik SP2 iaitu abang kepada OKT1. SP2 mengatakan kereta itu digunakan oleh ibu bapa OKT1 dan SP2 sendiri. Kunci kereta diletakkan di kawasan yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Berdasarkan kepada keterangan SP2 menunjukkan bahawa pada masa kejadian SP2 tidak menggunakan kenderaan tersebut. Begitu juga tiada keterangan yang menunjukkan ia digunakan oleh ibu bapa mereka. Apa yang jelas kenderaan tersebut adalah dikendalikan oleh OKT1 pada masa kejadian. Ia adalah konsisten dengan keterangan bahawa OKT1 boleh membawa kenderaan tersebut.
11
Berdasarkan kepada keterangan SP6 dan SP7 dikatakan dadah-dadah itu dibawa oleh seorang lelaki melayu (OKT3) ke dalam kereta sebelum serbuan dibuat. Adakah ini menyebabkan dadah-dadah itu tiada kaitan dengan OKT1 dan OKT2? Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil kira keterangan SP6 yang menyatakan penelitian dibuat lebih kurang 5 minit selepas lelaki itu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang sebelah kanan di sebelah bahagian pemandu. SP6 juga menyatakan lelaki itu membawa satu objek berwarna hitam.
12
Adakah dalam tempoh 5 minit tersebut boleh dikatakan OKT1, OKT2 dan OKT3 telah mempunyai niat bersama untuk memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan dalam pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi maksud niat bersama ia boleh berlaku secara spontan. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Namasiyiam Doraisamy v PP & Other Cases [1987] 2 MLJ 336, [1987] CLJ Rep 241. Ia adalah bergantung kepada keadaan fakta dan kelakuan pihak-pihak yang dikatakan mempunyai niat bersama tersebut. Ini dapat dilihat melalui penganalisaan fakta di dalam kes Namasiyiam Doraisamy (supra) oleh Mahkamah Persekutuan seperti yang berikut: “In our considered judgment, the facts and circumstances of the case including the conduct of the fourth appellant which raise the inference of common intention may be summed up as follows. First, after the arrival of the fourth appellant at Butterworth on February 20, 1981, all the appellants including P.W.1 and Francis gathered together at the meeting place at Butterworth. Then the third appellant informed P.W.1 that the fourth appellant wanted P.W.1 to move his car to the front of the coffee house because they had decided that the exchange of drugs and money was to be made from car to car. P.W.1 accordingly complied with the request and parked his car at the place as requested. Secondly, on their request, P.W.1 took the third and fourth appellants to see the money in the boot of his car. The fourth appellant counted the money in the briefcase and appeared to be satisfied with it. Thirdly, it was rather strange that the fourth appellant, who had just been introduced to Francis on that day by the third appellant, acted on the instruction of Francis to drive the first appellant's Volvo to fetch the third appellant's father instead of the third appellant himself doing it. The fourth appellant had to walk to the main road to stop the first appellant who was then driving the Volvo back to the meeting place. Fourthly, the fourth appellant was alone driving the car for some time until he came back to inform the rest that the car had broken down. According to the defence evidence, the first appellant went to repair the gear and thereafter drove the fourth appellant to the pier to meet someone but returned subsequently to the meeting place where the first appellant remained in the car. It would have been more appropriate for the fourth appellant to ask the first appellant to drive him to the pier instead of taking over the car on his own, if at all the story of fetching the third appellant's father was true. Fifthly, when both P.W.1's car and the first appellant's Volvo had been parked in their respective places, the fourth appellant took up position where he could see the two stationary vehicles and give a signal for the exchange of the heroin which was then in the boot of the first appellant's Volvo with the cash which was in the briefcase in the boot of P.W.1's car. Lastly, what transpired after that has already been dealt with earlier showing that all the four appellants were caught red-handed in a police trap in broad daylight after the police had made observation of their movements until they approached the two stationary cars to complete their transaction. The action of the second appellant in accompanying P.W.1 to the Volvo to enable P.W.1 to take possession of the heroin in the boot, the action of the first appellant who was seated at the driver's seat in coming out to open the boot for them, the part played by the third appellant and Francis in going to P.W.1's car and opening the boot for the purpose of taking delivery of the money and, last but not least, the participation of the fourth appellant in giving a signal to him to finalise the transaction, lead to one and only one inference viz. that there was a common intention to commit the very offence with which the appellants are convicted of and the commission of the intended offence was done in furtherance of that common intention.”
13
Penilaian keterangan pendakwaan mendapati bahawa keberadaan OKT1, OKT2 dan OKT3 di dalam kenderaan tersebut di mana dadah itu ditemui adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Namun adakah keberadaan tersebut semata-mata boleh menyebabkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menunjukkan mereka mempunyai niat bersama memiliki, mengawal dan mempunyai pengetahuan dadah-dadah tersebut? Dalam erti kata lain adakah mereka telah ditunjukkan oleh pendakwaan mempunyai niat bersama untuk melakukan pengedaran dadah-dadah tersebut?
14
Pada hemat Mahkamah fakta dan keadaan di dalam kes ini serta ketiadaan keterangan-keterangan yang mencukupi oleh pihak pendakwaan yang boleh menjadi asas kepada Mahkamah ini untuk membuat dapatan bahawa terdapatnya niat bersama OKT1, OKT2 dan OKT3 maka Mahkamah berpendapat ia tidak mewajarkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap OKT1, OKT2 dan OKT3. Tempoh masa yang singkat ketiga-tiga mereka berada dalam kereta tidak dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat bersama bagi maksud seksyen 34 Kanun Keseksaan tersebut.
15
Keterangan saksi-saksi pendakwaan yang ringkas berkenaan dengan keberadaan mereka dalam kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat pada hemat Mahkamah menjadikan pihak pendakwaan tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dalam kes ini.
16
Namun demikian keterangan saksi pendakwaan terutamanya pegawai serbuan mengesahkan bahawa pada masa itu OKT3 telah dilihat membawa satu beg hitam memasuki kereta tersebut. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat dadah-dadah tersebut tidak dapat dikaitkan dengan OKT1 dan OKT2 melainkan hanya keterangan menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan OKT3 sahaja.
17
Ini ditambah pula dengan tiada keterangan yang menunjukkan cap jari OKT1 dan OKT2 berada pada mana-mana barang kes bagi menyokong hubung kait OKT1 dan OKT2 dengan dadah-dadah tersebut. Begitu juga tiada kesan DNA ditemui daripada dadah-dadah tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan keterangan kesan cap jari dan DNA adalah hanya merupakan keterangan sokongan. Ketiadaan keterangan tersebut tidak akan menjejaskan kes pendakwaan sekiranya keterangan-keterangan langsung telah dapat menunjukkan elemen-elemen kesalahan yang dipertuduhkan kepada OKT1 dan OKT2. Namun dengan ketiadaan keterangan langsung tersebut, keterangan sokongan daripada laporan cap jari dan DNA adalah diperlukan. Ianya tiada dalam kes ini. Ini menjejaskan kes pendakwaan terhadap OKT1 dan OKT2.
18
Mahkamah ini juga berpendapat disebabkan Mahkamah memutuskan OKT1 dan OKT2 tidak dapat ditunjukkan mempunyai kawalan, pengetahuan dan milikan dadah-dadah tersebut maka OKT1 dan OKT2 tidak boleh digunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952. Begitu juga tiada keterangan yang dapat menunjukkan OKT1 dan OKT2 melakukan pengedaran dadah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta yang sama.
19
Mahkamah ini berpendapat dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan berkaitan dengan OKT1 dan OKT2 adalah tidak mencukupi untuk Mahkamah ini mensabitkan OKT1 dan OKT2 sekiranya OKT1 dan OKT2 berdiam diri semasa pembelaan kelak. Oleh itu Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah tidak berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2.
20
Sebaliknya, Mahkamah ini berpendapat keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya telah berjaya menunjukkan satu kes prima facie terhadap OKT3. OKT3 dipanggil membela diri.
21
Mahkamah ini setelah memutuskan memanggil OKT3 membela diri telah membacakan pertuduhan pindaan seperti berikut: “BAHAWA KAMU PADA 4 APRIL 2022, JAM LEBIH KURANG 2200 HRS DI DALAM MOTOKAR JENIS PROTON WIRA WARNA BIRU GELAP BERNOMBOR PENDAFTARAN WJN 3919, DI HADAPAN PASAR MINI NOR SYAZLIN BINTI MOHD SABRI MR 13 BATU 3, PAYA PULAI JALAN MARAN, 28000 TEMERLOH, DALAM DAERAH TEMERLOH, DALAM NEGERI PAHANG, KAMU TELAH DIDAPATI MENGEDAR DADAH BERBAHAYA JENIS HEROIN DAN MONOACETYLMORPHINES BERAT BERSIH 72.10 GRAM. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B (2) AKTA YANG SAMA.” Pembelaan OKT 3
22
OKT 3 telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. OKT 3 menyatakan bahawa pada hari kejadian dia telah diminta oleh OKT 1 untuk datang berjumpanya untuk menolong OKT 1 memasukkan sejumlah wang ke dalam bank. OKT 3 juga telah memperihalkan berkenaan dengan beg hitam yang dijumpai dalam kereta tersebut. Ini telah dinyatakan oleh saksi pendakwaan semasa kes pendakwaan. OKT 3 menjelaskan seperti yang berikut di dalam keterangannya: “Peguam : Aizat tahu masa kes ini di peringkat pendakwaan ada disebut berkenaan dengan beg yang dijumpai di dalam kereta Wira di tempat belakang. Boleh jelaskan berkenaan dengan fakta ini? SD 1 : Saya tidak tahu pasal beg yang ada dalam kereta Wira itu dan saya tidak pernah melihat. Saya cuma datang ke tempat kejadian untuk ambil duit dan tolong bank ini. Sebab saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, saya baru dibebaskan dan saya memerlukan duit dan Syed Urfan ini boleh bagi saya tiket upahlah mungkin. Sebab saya baru bebas sebulan jadi saya ada kelapangan. Saya tolong dia, dia kata tolong bank in, saya kata boleh tolong dan saya pergi ke kereta itu saya tak sempat melihat apa-apa sebarang deal ataupun melihat apa-apa beg sebab saya tak masuk dalam kereta. Saya cuma parking di sebelah pemandu, sebelah belakang. Bukan di kereta Wira, di kereta Subaru kuning.”
23
OKT3 juga menyatakan bahawa dia kenal OKT1 semenjak 10 tahun yang lalu. Dia kerap berjumpa dengan OKT1. Namun berkenaan dengan OKT2, OKT3 tidak mempunyai apa-apa urusan dengannya sebelum kejadian. dalam keterangannya juga mengakui bahawa sebelum kejadian beliau telah dibebaskan daripada hukuman bagi kesalahan di bawah sekseyen 39C ADB 1952 dan seksyen 376 Kanun Keseksaan. OKT3 dibebaskan pada 09.02.2022. Kejadian kes ini berlaku pada 04.04.2022.
24
OKT3 dalam keterangannya juga menyatakan berkenaan dengan kedudukan kes yang melibatkan OKT3 dan kedudukan serbuan serta beg yang dijumpai dalam kereta tersebut dengan menyatakan seperti yang berikut: “SD 1 : Saya nak buat permohonan daripada Yang Arif untuk betulkan keadaan yang berlaku. Maksudnya bukan saya yang bawa beg itu. Jika saya yang bawa beg itu dan saya masuk dalam kereta sebagaimana dituduh dalam Mahkamah, juga apabila saya dah masuk dalam kereta 10 orang anggota telah mengepung. Saya juga, Yang Arif juga dengan apa yang saya cakap ini adalah logik. Tak perlu saya keluarkan diri daripada kereta untuk melarikan diri. Maksudnya bila saya ada dalam kereta ada orang serbu di kawasan kereta itu perlu daripada kereta, keluar daripada kereta ataupun saya terus lari apabila dalam kawalan saya. Tapi bila saya tak tahu apa-apa dan dia letakkan kepada saya beg ini dan juga kepada barang kes ini saya rasa tak adil bagi saya kerana tempoh saya datang itu dengan kejadian yang berlaku ini singkat. Lagi satu terdapat satu kereta lagi dan juga saya percaya di dalam Mahkamah tidak menyebut oleh I/O tangkapan.”
25
Ketika pemeriksaan balas OKT3 menyatakan bahawa rumah OKT1 adalah di Kampung Paya Jejawi. Ia terletak di sebelah lebuh raya, kira-kira 10 minit perjalanan. OKT3 juga menyatakan dia tidak biasa dengan tempat kejadian yang berada dekat dengan Pasaraya Mini Nor Syazlin. Ini adalah kali pertama OKT3 pergi ke tempat kejadian dengan berpandukan panggilan telefon OKT1. Pada masa yang sama OKT3 juga mendakwa terdapat sebuah kereta Subaru yang dia tidak ingat nombornya berada di tempat kejadian. OKT3 menyatakan kewujudan kereta itu telah dimaklumkan kepada pihak polis semasa siasatan. Namun tiada laporan polis dibuat oleh oleh OKT3.
26
OKT3 juga menjelaskan bahawa tiada pergelutan yang berlaku dengan pihak polis atas alasan OKT3 cuba lari. Ia berlaku disebabkan salah seorang anggota polis dalam serbuan tersebut telah mengeluarkan senjata. Tindak balas OKT3 adalah untuk menjaga keselamatannya sahaja. juga semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa dia telah diberitahu oleh polis terdapatnya beg hitam dijumpai dalam kereta Proton Wira tersebut. Ia hanya ditunjukkan di ibu pejabat polis daerah selepas tangkapan. OKT3 menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan beg hitam tersebut. OKT3 juga menyatakan bahawa keterangan berkenaan dengan OKT1 memintanya memasukkan wang bukanlah satu rekaan. Begitu juga tentang keterangan bahawa beg hitam itu hanya ditunjukkan di IPD selepas tangkapan juga bukan suatu rekaan oleh OKT3. Ia juga bukan suatu rekaan OKT3 berkenaan dengan kewujudan kereta Subaru tersebut.
27
Apa yang menarik dalam keterangan OKT3 semasa pembelaan ialah tiada sebarang keterangan yang cuba mengaitkan beg hitam yang dijumpai dadah di dalamnya itu adalah berkaitan dengan OKT1 atau OKT2. Begitu juga tiada keterangan yang menyatakan bahawa beg hitam tersebut dibawa masuk oleh anggota serbuan ke dalam kereta tersebut. Apa yang jelas ialah OKT3 menyatakan dia tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan beg hitam tersebut dan menafikan dia ada membawa beg hitam tersebut ke dalam kenderaan tersebut. Apa yang dinyatakan oleh OKT3 ialah setelah meneliti keterangan saksi-saksi semasa kes pendakwaan dia mendapati bahawa terdapat maklumat berkenaan dengan pengedaran dadah yang melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun OKT3 tidak menyatakan bahawa barang kes tersebut adalah mempunyai kaitan dengan OKT1 dan OKT2.
28
Mahkamah ini perlu meneliti keterangan pembelaan bagi menentukan sama ada pihak pembelaan telah dapat mematahkan anggapan pengedaran dadah di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952 dan adakah pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwa Raya. Ini sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169; [1991] 3 CLJ 2073 yang menyatakan seperti yang berikut: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.”
29
Apa yang perlu diberi perhatian dalam kes ini ialah pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah. Apa yang jelas ialah keraguan tersebut adalah keraguan yang bukan sembarangan tetapi ia adalah sesuatu yang munasabah. Ini dinyatakan juga dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob (supra) seperti yang berikut: “To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.”
30
Pada masa yang sama adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes, Mahkamah perlu meneliti semua keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan untuk menentukan sama ada pihak Pendakwa Raya telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Ini seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 182A KPJ seperti yang berikut: “182A Procedure at the conclusion of the trial
Subsection
(1) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
Subsection
(2) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
Subsection
(3) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.”
31
Mahkamah ini perlu menimbangkan keterangan-keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT 3. Penilaian perlu dibuat terhadap keterangan-keterangan tersebut walaupun ia keterangan lemah atau pemikiran kemudian. Ini dinyatakan dalam Mahkamah Persekutuan dalam kes Ganapathy Rengasamy v PP [1998] 2 MLJ 577; [1998] 2 CLJ 1. Ia turut dinyatakan dalam kes Santoshkumar Sukumaran v PP [2026] 4 CLJ 529 seperti yang berikut: “[28] Thus, based on those decisions, it is clear that the unassailable duty to consider all evidence rests with the court and it is not up to the prosecution to determine whether or not any evidence will actually be useful to the defence before deciding whether any arrestees can be offered as witnesses. Whilst the prosecution may form its own opinion on the relevance or materiality of any witness to its case, the same cannot be done towards the defence case. That is the right of the accused person. Only he can determine if any witness will be material to his case and if he requires such witness in discharging his burden of proof to raise a reasonable doubt. Ultimately, it is the court who decides if the defence is truly unbelievable and even then, the court must still satisfy itself that there remains no lingering doubt on the culpability of the accused.”
32
Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh OKT3 semasa pembelaan tidak dapat menunjukkan bahawa OKT3 tidak berada di dalam kereta tersebut di mana dadah-dadah telah ditemui di dalam beg hitam yang dikatakan telah dilihat oleh saksi Pendakwa Raya dibawa oleh OKT3. Ini ditambah pula dengan terjumpanya beg hitam dalam kenderaan tersebut. Mahkamah juga mendapati dalam keterangan yang dikemukakan tiada sebarang beg hitam lain yang ditemui. Ini bermakna keterangan OKT3 tidak dapat menggoyahkan keterangan saksi Pendakwa Raya berkenaan dengan kewujudan beg hitam tersebut yang dikatakan dibawa oleh OKT3.
33
Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu mengambil perhatian bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa terdapatnya kesan cap jari atau kesan DNA OKT3 pada beg hitam tersebut. Ini menyebabkan timbul persoalan sama ada keterangan OKT3 bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan dan kawalan kepada beg hitam tersebut adalah sesuatu yang telah berjaya menyanggah anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB
1952
Ia adalah sama dengan kedudukan OKT1 dan OKT2 sebelum ini di mana juga tidak ditemui DNA dan kesan cap jari mereka pada barang kes tersebut. Hal ini dapat difahami kerana terdapat keterangan SP6 yang menyatakan bahawa tiada arahan dibuat untuk ujian DNA dibuat terhadap beg hitam tersebut. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa ketiadaan kesan DNA tersebut dapat difahami tidak akan ditemui di beg hitam tersebut kerana tiada sebarang spesimen diambil bagi tujuan DNA.
34
Namun dalam kes ini keterangan bahawa OKT3 telah dilihat oleh SP6 seperti yang dinyatakan dalam keterangan seperti yang berikut: “TPR : Kemudian tadi lelaki tersebut masuk ke dalam kereta Proton Wira. Di bahagian mana? Masuk dari arah mana? Daripada bahagian penumpang belakang sebelah kanan, sebelah pemandulah. Lepas itu? Untuk makluman Yang Arif, pada pemerhatian yang kami buat pada waktu itu juga sewaktu seorang lelaki daripada motosikal itu hendak masuk ke dalam kenderaan, telah lihat lelaki tersebut ada memegang satu objek di tangan kiri bersama-sama masuk ke dalam kenderaan Proton Wira tersebut. Memegang satu objek menggunakan tangan kiri. Objek apa? Objek nampak warna hitamlah pada waktu tersebut. Waktu pemerhatian dibuat. Motosikal tersebut pada masa itu arah kedudukan parking dia tu sama dengan Proton Wira ke? Saya tak ingat. Kedudukan motor saya tak ingat sama ada menghadap arah hadapan atau sebelah belakang. Tapi motor itu dia datang dari arah mana? Seingat saya dia datang daripada arah belakang ini, yang merujuk kepada gambar 6 ini arah yang sama dengan Proton Wira. Lepas itu? Lepas itu dia berhenti di tepi Proton Wira tersebut. Maksudnya lepas masuk tadi? Selepas lelaki yang menaiki motosikal tersebut masuk ke dalam Proton Wira, pemerhatian lanjut lebih kurang 5 minit dibuat ke atas kenderaan Proton Wira tersebut yang mana sepanjang tempoh 5 minit tersebut tiada pergerakan keluar masuk daripada kenderaan Proton Wira tersebut. Setelah 5 minit pemerhatian dibuat, saya telah mengarahkan anggota serbuan iaitu kereta yang dinaiki oleh saya, iaitu kereta Toyota Altis dan kereta Proton Persona untuk strike kereta Proton Wira tersebut.”
35
Keterangan ini tidak dapat disanggah oleh OKT3 dengan hanya menafikan bahawa dia membawa sebarang objek semasa masuk ke dalam kenderaan tersebut. Begitu juga Mahkamah mendapati keterangan berkenaan dengan kenderaan Subaru juga tidak dapat disokong oleh keterangan-keterangan lain melainkan semata-mata keterangan lisan OKT3 sahaja. Ini bermakna Mahkamah ini berpendapat OKT3 tidak dapat menyanggah anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB 1952.
36
Seterusnya Mahkamah ini juga perlu meneliti keterangan-keterangan OKT3 bagi meneliti sama ada pihak Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Keterangan OKT3 bahawa dia telah dipanggil oleh OKT1 untuk memasukkan wang ke dalam akaun OKT1 perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah. Mahkamah perlu meneliti bahawa semasa OKT1 dikatakan memanggil OKT3 adalah pada waktu malam. Pada masa yang sama dakwaan OKT3 bahawa dia telah menerima mesej melalui whatsapp untuk datang kepada OKT1 tidak dapat dikemukakan di Mahkamah. Alasan yang diberikan oleh OKT3 ialah telefon tersebut telah dirampas oleh pihak polis. Namun penelitian kepada senarai borang bongkar (P17) tidak menyenaraikan apa-apa telefon yang dirampas dari OKT3. Begitu juga keterangan saksi-saksi Pendakwa Raya juga tidak menyentuh berkenaan dengan sebarang telefon yang dirampas daripada OKT3. Ini menyebabkan Mahkamah tidak dapat menerima keterangan OKT3 bahawa dia telah dipanggil oleh OKT1 untuk memasukkan wang ke dalam akaun OKT1.
37
Adalah tidak munasabah untuk OKT1 meminta memasukkan wang ke dalam akaunnya. Ini adalah disebabkan Mahkamah perlu mengambil perhatian sekiranya benar wang hendak dimasukkan ke dalam akaun OKT1, transaksi tersebut boleh dilakukan secara dalam talian ke dalam akaun OKT1 tanpa memerlukan bantuan OKT3. Adalah tidak dapat dinafikan OKT1 boleh untuk meminta OKT3 untuk memasukkan wang ke dalam akaun banknya namun tiada keterangan yang dikemukakan untuk Mahkamah ini meneliti adakah munasabah untuk OKT1 meminta OKT3 memasukkan wang ke dalam akaun OKT1. Ini boleh diterima oleh Mahkamah sekiranya terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa OKT1 tidak mempunyai akaun online bagi membolehkan pemindahan secara dalam talian dibuat olehnya. Namun keterangan tersebut tiada di hadapan Mahkamah ini.
38
Pada masa yang sama Mahkamah juga mendapati OKT3 telah mengemukakan permohonan sepina untuk memanggil OKT1 dan OKT2 sebagai saksi pembelaan. Namun sepina tersebut tidak dapat diserahkan kepada OKT1 dan OKT2 kerana mereka tidak boleh dikesan. Kegagalan pihak OKT3 untuk memanggil OKT1 dan OKT2 sebagai saksi tidak boleh dijadikan alasan untuk memutuskan bahawa pihak OKT3 telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes Pendakwa Raya. Ini adalah disebabkan tugas untuk membuktikan kes adalah terletak di bawah tanggungjawab Pendakwa Raya daripada awal kes sehinggalah akhir kes ini. Ini sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli bin Yusof v PP [2021] 7 CLJ 681 yang menyatakan seperti yang berikut: “[44] We agree with the submission of the learned counsel for the appellant that the learned trial judge and the Court of Appeal had committed serious misdirection in placing the burden on the appellant to call these witnesses to establish his defence that Kamarul Hisham was the actual trafficker and the failure to do so was a decisive factor in the assessment of the defence case. [45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v Public Prosecutor [1967] 2 MLJ 19; Sandra Margaret Birch v Public Prosecutor [1978] 1 MLJ 72). The law places upon the prosecution the burden to prove guilt of the appellant beyond reasonable doubt and not on the appellant to prove his innocence. Well-entrenched in jurisprudence is the rule that the conviction of the appellant must rest not on the weakness of the defence but on the strength of the prosecution. This principle is the corner stone of our criminal law. [46] Before parting, we consider it apposite to emphasise that a person’s right to defend himself or herself against a criminal charge includes the right to obtain and adduce other evidence in support of his or her defence. It is desirable in the interest of justice for the defence to obtain the fullest possible access to the facts relevant to the issue in the case. In this regard, the prosecution has a duty to make available to the defence witnesses who had been investigated by the police and from whom the statements have been recorded. This is, as we alluded to earlier, an important or vital corollary or element of an accused’s right to a fair trial.”
39
Akhirnya setelah meneliti keterangan Pendakwa Raya, pembelaan OKT3 dan eksibit-eksibit yang dikemukakan serta meneliti keseluruhan keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam kes ini Mahkamah berpendapat OKT3 tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwa Raya. Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT3 melampaui keraguan yang munasabah. OKT3 disabitkan dengan pertuduhan pindaan tersebut. Hukuman
40
Peguam bela OKT3 di dalam rayuan peringanan hukuman telah memperihalkan latar belakang OKT3, tanggungannya serta menzahirkan keinsafannya setelah berada di dalam penjara sementara menunggu tamatnya perbicaraan ini. Mahkamah menurut peguam bela yang bijaksana perlu menimbangkannya untuk hukuman yang ringan.
41
Sebaliknya, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana memohon agar OKT3 dijatuhi hukuman mati seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 39B ADB 1952. Keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh OKT3 serta hakikat penyalahgunaan dadah itu adalah menjadi punca utama kesalahan-kesalahan jenayah yang lain sepatutnya menjadi asbab hukuman mati adalah sesuai dalam kes ini.
42
Adalah tidak dapat dinafikan kini hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952 bukan lagi sesuatu yang mandatori. Mahkamah ini sekiranya tidak menjatuhkan hukuman mati boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan.
43
Mahkamah ini setelah meneliti kepada keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwa Raya, pembelaan yang dikemukakan oleh OKT3 dan keadaan bagaimana kesalahan ini dilakukan serta pertimbangan kepada kepentingan awam, Mahkamah ini berpendapat hukuman mati adalah tidak sesuai dikenakan dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap dan 12 kali sebatan terhadap OKT3. Bertarikh: 05 hb. Mei 2026 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Bagi Pihak Pendakwa Raya - TPR Intan Nor Hilwani binti Mat Rifin Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak OKT3 - Ahmad Zahid bin Abu Hashim dan Haris Salleh bin Hamzah Tetuan Haris Salleh & Co. Jerantut, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.