Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-82D-3-06/2024] PENDAKWA RAYA LAWAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pada 25 September 2024, satu pertuduhan di bawah perenggan 15
CB-82D-3-06/2024
Magistrates Court of Malaysia25 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Hashim Yeop A Sani HMT dalam kes PP v. Loo Choon Fatt (supra) yang menyatakan seperti berikut: - “Needless to say, the court should not simply jump at exercising the powers under section 173A of the Criminal Procedure Code simply because the accused is a youthful offender and he says he regrets what he has done … **Not”
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dang”
“] Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan:- “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-82D-3-06/2024] PENDAKWA RAYA LAWAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pada 25 September 2024, satu pertuduhan di bawah perenggan 15
1
(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) telah dibacakan kepada Tertuduh seperti berikut: -
12
“BAHAWA KAMU PADA 08/05/2024, JAM LEBIH KURANG 10 PAGI, DI PEJABAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD BERA, DALAM DAERAH BERA, NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, TELAH DIDAPATI MENGGUNAKAN DADAH BERBAHAYA IAITU MORPHINE DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 15 (1) (a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 15(1) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA DENGAN SEKSYEN 38B AKTA YANG SAMA. HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 5,000.00 ATAU PENJARA MOHAMAD ZAID BIN RAMLI TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN DAN PENGAWASAN TIDAK KURANG 2 TAHUN DAN TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN.” [2] Tertuduh faham pertuduhan ini dan mengaku salah. Hukuman yang boleh dikenakan terhadap Tertuduh ini juga diterangkan kepada Tertuduh dan Tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah. Sifat dan akibat pengakuan bersalah difahami oleh Tertuduh. [3] Fakta kes (dikemukakan sebagai Eskhibit P1) yang dibacakan kepada Tertuduh yang juga diakui. Ekshibit berikut dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan ditandakan sebagai: - Laporan polis (Temerloh 1499/24) – P2 Laporan patologi bertarikh 21.5.2023 – P3 Gambar-gambar botol urin (diakui oleh Tertuduh) – P4 Laporan pembetulan (Temerloh 1501/24) – P5 [4] Berpuas hati dengan pengakuan bersalah Tertuduh, mahkamah ini mensabitkan Tertuduh seperti dalam pertuduhan. MITIGASI DAN PEMBERATAN [5] Rayuan mitigasi oleh peguambela Tertuduh boleh dirumuskan seperti berikut: -
1
Tertuduh merupakan Pekerja Awam Gred R1 di Majlis Daerah Bera yang telah berkhidmat selama 23 tahun.
2
Ini merupakan kesalahan kali pertama Tertuduh.
3
Satu sabitan akan memberikan kesan kepada status pekerjaan Tertuduh.
4
Kejadian ini berlaku akibat pengaruh rakan-rakan Tertuduh.
5
Pretasi pekerjaan Tertuduh adalah baik dan Tertuduh tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib.
6
Tertuduh memohon satu perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 173A (2) (b) KTJ supaya tiada sabitan direkodkan atas nama Tertuduh.
7
Tertuduh berhadapan dengan kemungkinan dibuang kerja serta merta sekiranya disabitkan atas kesalahan kes penyalahgunaan dadah.
8
Watak dan latar belakang Tertuduh mewajarkan satu perintah bon berkelakuan baik diberikan kepada Tertuduh. [6] Hujahan pemberatan pihak Pendakwaan pula boleh dirumuskan seperti yang berikut: -
1
Mohon hukuman setimpal sebagai pengajaran agar Tertuduh tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mohon mahkamah tidak mempertimbangkan satu perintah bon berkelakuan baik.
2
Penjawat awam harus lebih berhati-hati dan mempunyai fikiran yang waras dalam mempertimbangkan perkara yang baik atau buruk walaupun dipengaruhi oleh rakan-rakan.
3
Sekiranya Tertuduh dalam kes ini diberikan satu perintah bon berkelakuan baik, kes ini akan jadikan contoh kepada penjawat awam yang lain bahawa tidak akan berlakunya apa-apa akibat jika disabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.
4
Fakta bahawa Tertuduh merupakan penjawat awam tidak bermakna Tertuduh mempunyai imuniti terhadap satu hukuman yang wajar diberikan.
5
Kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan Tertuduh.
6
Sebagai penjawat awam, Tertuduh seharusnya memikirkan tentang akibat satu sabitan sebelum melakukan apa-apa kesalahan. PRINSIP UNDANG-UNDANG DAN ANALISIS MAHKAMAH [7] Subseksyen 173 (b) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) menyatakan seperti berikut:- “173. Procedure in summary trials.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law”. [8] Kes PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 juga menerangkan maksud “pass sentence according to law”: - “A “sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.”. [9] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: - “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.” [10] Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan:- “Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc.”. [11] Faktor-faktor yang disenaraikan di atas telah diambil kira oleh mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya hukuman mengikut peruntukan undang-undang, kepentingan awam, keseriusan kesalahan, mitigasi oleh peguam, hujahan pemberatan Timbalan Pendakwa Raya, latar belakang Tertuduh dan faktor pencegahan. [12] Dalam kes di hadapan mahkamah ini, mahkamah ini mendapati bahawa walaupun Tertuduh mempunyai rekod sebagai penjawat awam yang baik dalam perkhidmatan dan tiada rekod kesalahan jenayah lampau, ia tidak boleh dijadikan satu-satunya alasan suatu hukuman yang ringan diberikan kepada Tertuduh. Namun begitu, pada masa yang sama, suatu hukuman yang berlebihan atau terlampau juga adalah tidak memadai. [13] Berkenaan isu ini, mahkamah ini dibimbing oleh kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang mana Hashim Yeop A Sani HMT menyatakan: - “The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.”. [14] Tertuduh dalam kes ini juga memohon untuk diberikan satu perintah bon berkelakuan baik di bawah seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah. Alasan utama Tertuduh membuat permohonan ini adalah kerana risiko dibuang kerja sekiranya disabitkan untuk satu kesalahan penyalahgunaan dadah. [15] Dalam kes PP v. Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686, Abdul Rahman Sebli HMT menyatakan seperti berikut semasa membuat pemerhatian berkenaan hukuman yang wajar diberikan kepada pesalah: - “A sentence to be of any use must have the effect of deterring not only the offender from repeating the same offence but also others from following his footsteps. The sentence must commensurate with the seriousness of the offence and must reflect the degree of public disapproval for that particular type of criminal behaviour”. [16] Kes Mahkamah Rayuan Tia Ah Leng v. PP [2004] 4 CLJ 77 juga membincangkan isu berkenaan hukuman yang memadai untuk kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. Mokhtar Sidin HMR menyatakan seperti berikut: - “It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952. The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. … … the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law.”. (penekanan ditambah) [17] Berdasarkan nas undang-undang di atas, satu kesalahan di bawah ADB tidak boleh dianggap remeh (“trivial”). Mahkamah ini harus memandang serius terhadap kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan memberikan hukuman yang sewajarnya demi memainkan peranannya dalam usaha membanteras gejala penyalahgunaan dadah di negara ini. [18] Apakah mesej yang akan disampaikan kepada orang awam atau penjawat-penjawat awam lain sekiranya Tertuduh diberikan layanan istimewa dan diberikan satu perintah bon berkelakuan baik semata-mata kerana Tertuduh seorang penjawat awam yang ingin mengekalkan statusnya? Mahkamah ini percaya perbuatan dan kesalahan Tertuduh mestilah mencerminkan kesan yang berpadanan. Adalah tidak munasabah untuk kesalahan ini tidak mendatangkan apa-apa akibat kepada Tertuduh. [19] Akibat perbuatan Tertuduh menggunakan dadah berbahaya sepatutnya difikirkan oleh Tertuduh sebelum berbuat demikian dan bukannya merayu kepada mahkamah untuk diberikan satu perintah bon berkelakuan baik demi mengekalkan status pekerjaannya setelah didapati bersalah. [20] Satu perintah bon berkelakuan baik di bawah seksyen 173A KTJ juga tidak haruslah diberikan sewenang-wenangnya oleh mahkamah. Mahkamah ini sekali lagi dibimbing oleh perkataan-perkataan Hashim Yeop A Sani HMT dalam kes PP v. Loo Choon Fatt (supra) yang menyatakan seperti berikut: - “Needless to say, the court should not simply jump at exercising the powers under section 173A of the Criminal Procedure Code simply because the accused is a youthful offender and he says he regrets what he has done … … an exercise of discretion under this section requires a considerable sense of responsibility and courts should not allow themselves to be misled into applying this section by any misplaced sense of leniency or sympathy. That section is not meant to be applied indiscriminately to all first offenders who say they regret what they have done and ask for leniency.”. (penekanan ditambah) [21] Oleh itu, setelah mahkamah ini mempertimbangkan watak, latar belakang dan umur Tertuduh, serta mengambil kira fakta serta segala hal keadaan kes, mahkamah ini berpandangan kes ini bukan satu kes yang mewajarkan satu perintah bon berkelakuan baik di bawah seksyen 173A mahupun 294 KTJ. [22] Namun begitu, mahkamah ini juga tidak berhasrat untuk menjatuhkan satu hukuman penjara terhadap Tertuduh. Hasrat penggubalan undang-undang s. 15 (1) (a) ADB untuk memberikan peluang pemulihan kepada pesalah-pesalah telah diterangkan dengan komprehensif oleh Roslan Mat Nor PK dalam kes Azhar Ibrahim v. PP [2022] 1 LNS 2607. Mahkamah ini berpandangan dengan satu sabitan di bawah perenggan 15 (1) (a) ADB, Tertuduh boleh diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam skim pemulihan ketagihan dadah di bawah seksyen 38B ADB 1952 demi pemulihan dan pencegahan Tertuduh daripada terjerumus ke alam penagih-penagih dadah tegar. [23] Oleh itu, dalam mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh, mahkamah ini mendapati satu hukuman denda RM2000 gagal bayar 6 bulan penjara adalah memadai dan memerintahkan sedemikian. Tertuduh juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bera selama dua tahun seperti mana peruntukan seksyen 38B ADB. TAN CHIEW KING Majistret Mahkamah Majistret (1) Temerloh 19 November 2024 Pihak-pihak: Khairunnisa binti Zaffar (Timbalan Pendakwa Raya) untuk pihak Pendakwaan Varunchelvam Manimuthu (Rama-Rozi & Assoc.) untuk Tertuduh
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.