Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DH-83-151-12/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
DH-83-151-12/2024
Magistrates Court of Malaysia15 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Daud Ismail HMR ada menyatakan berkenaan pemakaian s. 292 KTJ seperti berikut: "[1] The law on the commencement of sentences of prisoners already undergoing imprisonment is provided vides. 292 of the Criminal Procedure Code. Under this section, the courts have the discretion to order the commencement of the sentence on”
“[1966] 2 MLJ 51 dirujuk). Mahkamah juga harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada mitigasi tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH v. PUBLIC PROSECUTOR [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan sebagaimana berikut : “In his grounds of judgment the”
“16. C. ALASAN MAHKAMAH DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah telah merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 bagi menentukan apakah faktor-faktor yang harus dipertimbang oleh mahkamah ini. Mahkamah Rayuan di d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DH-83-151-12/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MOHAMMAD ADIL BUTT BIN MOHAMMAD SHOAIB BUTT 980622036099
2
MOHD RIZWAN BIN MOHAMAD 970318035367
3
MUHAMMAD NUR HAKIMI BIN ABDULLAH 000610031403
4
CHE MUHAMAD AIMAN BIN ISMAIL 980422-03-5809 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh-tertuduh telah dikemukakan di mahkamah ini pada 15hb Disember 2024 bagi menjawab satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.
2
Pertuduhan ke atas responden ialah seperti mana berikut: “BAHAWA KAMU PADA 19 NOVEMBER 2024 JAM LEBIH KURANG 9.15 PAGI DI BILIK 2-12 BLOK BARAKAH PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG, DALAM DAERAH MACHANG, DI DALAM NEGERI KELANTAN, DALAM MENJALANKAN NIAT UMUM BERSAMA TELAH MENDATANGKAN KECEDERAAN TERHADAP MOHD AZRIL BIN NOOR AZMI KP: 800511-11-5447 DENGAN MENGGUNAKAN SENJATA TAJAM. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 324 KANUN KESEKSAAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34
3
KESEKSAAN.” Kesemua tertuduh telah mengaku bersalah pada kali pertama pertuduhan dibacakan ke atas mereka dan mereka memahami sifat dan akibat dari pengakuan salahnya termasuklah hukuman yang bakal dikenakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang serta masih lagi mengaku bersalah.
4
Setelah fakta kes dibaca dan semua ekshibit dikemukakan di mahkamah dan diakui kesemua tertuduh, mahkamah telah membuat dapatan salah ke atas tertuduh-tertuduh bagi pertuduhan yang dikenakan tersebut. Tertuduh-tertuduh seterusnya telah membuat rayuan mitigasi melalui peguam-peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. Setelah mendengar rayuan mitigasi daripada peguambela dan hujah pemberatan daripada pegawai pendakwa, mahkamah telah mendapati tertuduh-tertuduh salah dan sabit di atas pertuduhan dan kesemua mereka telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan yang berjalan berasingan dengan kesemua hukuman penjara yang dijalani oleh tertuduh-tertuduh pada masa ini.
5
Tertuduh-tertuduh tidak berpuas hati terhadap hukuman ini dan telah memfailkan rayuan bagi merayu terhadap hukuman yang dikenakan. Rayuan telah didaftarkan dengan empat nombor kes berbeza iaitu DA-41H-14-12/2024 bagi tertuduh pertama, DA-41H- 15-12/2024 bagi tertuduh kedua, DA-41H-17-12/2024 bagi tertuduh ketiga, dan DA-41H-16-12/2024 bagi tertuduh keempat. Alasan penghakiman ini dibuat bagi kesemua rayuan tersebut memandangkan ianya melibatkan satu nombor kes yang sama di mahkamah ini.
6
B. FAKTA KES Pada 19.11.2024 jam lebih kurang 0915 pagi, pengadu telah dimaklumkan anggota bertugas di Blok Barokah Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang bahawa satu pergaduhan telah berlaku di mana seorang banduan telah ditikam oleh empat orang banduan lain dengan menggunakan besi yang diubahsuai menjadi tajam.
7
Pengadu telah membuat satu laporan polis sebagaimana Machang repot 6285/24 (Ekshibit P2) Pada 3.12.2024, pengadu telah menyerahkan kepada pegawai penyiasat, empat keping besi yang diubahsuai menjadi tajam dan digunakan oleh tertuduh-tertuduh untuk menikam mangsa. Repot rampasan telah dibuat sebagaimana Machang repot 6644/24 (Ekshibit P3) dan gambar barang kes telah dikemukakan sebagaimana ekshibit P5A-E.
8
Hasil siasatan yang dilakukan mendapati keempat-empat tertuduh dengan niat bersama telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa, Mohd Azril bin Nor Azmi, dengan menikam mangsa dengan senjata tajam. Hasil pemeriksaan doctor telah mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian depan di leher, bahagian tepi kepala, dan belakang badan mangsa. Laporan pemeriksaan awal pegawai perubatan telah dikemukakan sebagai ekshibit P7.
9
Berdasarkan laporan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan luka dalam (laceration) sebesar 2cm pada bahagian-bahagian yang ditikam. Tertuduh-tertuduh seterusnya dikemukakan ke mahkamah pada 15.12.2025 bagi menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
10
Setelah pertuduhan dibacakan dalam bahasa yang difahami oleh kesemua tertuduh, serta telah diterangkan, sehingga faham, dengan sifat dan akibat dari pengakuan salahnya, tertuduh-tertuduh telah salah bagi pertuduhan tersebut.
11
Fakta kes seterusnya dibaca dan diakui oleh tertuduh-tertuduh. Pihak pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan ekshibit-ekshibit dan ianya juga turut diakui oleh tertuduh-tertuduh. Mahkamah seterusnya telah membuat dapatan salah ke atas tertuduh-tertuduh.
12
Di dalam rayuan mitigasi, peguam daripada YBGK telah mewakili kesemua tertuduh. Bagi tertuduh pertama, peguam merayu agar hukuman penjara berjalan daripada tarikh tangkap dikenakan dengan mengambil kira tertuduh pertama masih bujang dan baru berumur 26 tahun. Dia hanya bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM 25 sehari. Tertuduh kedua pula berumur 27 tahun. Dia bekerja offshore sebelum ditangkap dan memperolehi pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan. Tertuduh kedua telah berkahwin dan menanggung isteri dan anak. Kedua-dua tertuduh telah Insaf dan menyesal atas perbuatannya dan berjanji ini akan menjadi kesalahan terakhir.
13
Peguambela tertuduh ketiga dan keempat pula memohon agar hukuman dikurangkan ke atas tertuduh ketiga dan keempat. Tertuduh ketiga baru berumur 24 tahun dan masih bujang. Dia hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak RM 50 sehari. Manakala tertuduh keempat pula berumur 26 tahun dan hanya bekerja kampung. Dia memperolehi pendapatan RM 50 sehari dan masih lagi bujang. Peguambela menghujahkan bahawa tertuduh ketiga dan keempat telah insaf dan menyesal denga napa yang berlaku dan berjanji ini akan menjadi kesalahan yang terakhir.
14
Pihak pendakwaan pula memohon agar tertuduh-tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal agar dapat memberikan pengajaran. Pihak pendakwaan memohon hukuman yang membuatkan tertuduh-tertuduh Insaf dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama di masa depan.
15
Setelah mendengar rayuan mitigasi dan hujahan pemberatan, mahkamah telah mendapati tertuduh-tertuduh salah dan sabit atas pertuduhan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan ke atas semua tertuduh-tertuduh yang berjalan berasingan dengan kesemua hukuman penjara yang dijalani oleh tertuduh-tertuduh pada masa ini.
16
C. ALASAN MAHKAMAH DALAM MENJATUHKAN HUKUMAN Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah telah merujuk panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 bagi menentukan apakah faktor-faktor yang harus dipertimbang oleh mahkamah ini. Mahkamah Rayuan di dalam kes di atas telah menyatakan seperti berikut: “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
(a)the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...”
17
Kesemua tertuduh telah mengaku salah sebaik Sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah percaya bahawa pengakuan salah tertuduh-tertuduh ini perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sebagai satu faktor penting peringanan hukuman. Ini kerana pengakuan salah telah mengurangkan kos dan menjimatkan masa semua pihak kerana perbicaraan penuh tidak perlu dijalankan dan saksi-saksi juga tidak perlu dipanggil.
18
Mahkamah merujuk kepada kes SAU SOO KIM V. PUBLIC PROSECUTOR [1975] 2 MLJ 134 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan sepertimana berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness”. Berdasarkan kepada prinsip yang diputuskan di dalam kes di atas, mahkamah percaya pengakuan salah wajar dipertimbangkan oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh-tertuduh. Mahkamah percaya hukuman penjara selama 12 bulan adalah memadai mengambil kira hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan ialah selama 10 tahun. Ia bukanlah satu hukuman yang terlampau tinggi atau terlampau rendah pada pandangan mahkamah ini.
19
Namun memandangkan kesemua tertuduh sedang menjalani hukuman pemenjaraan bagi kesalahan lain pada masa hukuman ini dijatuhkan, maka mahkamah telah memerintahkan agar hukuman penjara ini berjalan berasingan dengan hukuman penjara yang dijalani oleh semua tertuduh. Ini bermakna hukuman penjara 12 bulan ini hanya akan bermula setelah semua tertuduh tamat menjalani hukuman yang dijalani mereka sekarang.
20
Mahkamah merujuk kepada Seksyen 292 (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang diperturunkan seperti berikut: “(1) When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct”.
21
Mahkamah seterusnya merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Public Prosecutor v. Ooi Wang San [1998] 3 CLJ 270 di mana YA Shaik Daud Ismail HMR ada menyatakan berkenaan pemakaian s. 292 KTJ seperti berikut: "[1] The law on the commencement of sentences of prisoners already undergoing imprisonment is provided vides. 292 of the Criminal Procedure Code. Under this section, the courts have the discretion to order the commencement of the sentence on such convicted persons, either immediately or at the expiration of the imprisonment for which he has been previously sentenced. The exercise of this discretion however is based on the facts and circumstances of each case."
22
Mahkamah juga merujuk kepada kes kes TAN LEONG HWA v. PP [2014] 9 CLJ 726 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan sebagaimana berikut: [12] Dalam kes perayu, selain menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara, hakim bicara juga telah memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak dengan hukuman sedia ada di bawah s. 489C Kanun Keseksaan yang sedang dijalani oleh perayu dari perbicaraan lain. [13] Di sini hakim bicara telah tersalah arah apabila memerintahkan hukuman penjara 12 bulan bagi kesalahan di bawah s. 12(2) Akta Dadah Berbahaya ini dengan hukuman lain di bawah s. 489C Kanun Keseksaan yang sedang dijalani oleh perayu. [14] Undang-undang adalah jelas, berhubung hukuman bagi pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara, s. 292(1) Kanun Prosedur Jenayah hanya membolehkan hukuman dimulakan sama ada serta merta atau setelah pesalah selesai menjalani hukuman penjara yang sedia ada. [15] Selain itu, s. 282(d) Kanun Prosedur Jenayah menyatakan sesuatu hukuman tersebut hendaklah berkuat kuasa pada tarikh jatuh hukum kecuali diperintahkan sebaliknya iaitu pada tarikh lain. [16] Isu di sini, perintah hukuman serentak oleh hakim bicara dengan hukuman yang sedang dijalani oleh perayu dalam satu perbicaraan lain merupakan suatu kekhilafan. [17] lni jelas dinyatakan oleh YA Hakim Lee Hun Hoe (pada ketika itu) dalam kes Wong Yuk Ai v. PP [1966] 1 MLRH 396; [1966] 2 MLJ 51: Whether sentences imposed should run consecutively or concurrently is a matter for the discretion of the Court but such discretion must be exercised judicially. It is not unusual for court to direct sentences for two or more offences to run concurrently when the sentences are passed at one and the same trial. In this case the appellant was already undergoing imprisonment and a subsequent sentence could commence only on the date of conviction or on the expiry of his imprisonment. It is not possible for the court to direct the subsequent sentence to run concurrently with the sentence which appellant was already serving, having been convicted at a different trial. [18] Walaupun kes di atas ini menerangkan peruntukan s. 240 Kanun Prosedur Jenayah yang lama, peruntukan ini adalah sama dengan peruntukan s. 292(1) Kanun Prosedur Jenayah. [19] Prinsip undang-undang juga telah menjelaskan hukuman serentak pada amnya dijatuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang serupa atau merupakan kesalahan dari satu transaksi yang sama. Jika sebaliknya hukuman berturutan (consecutive) adalah wajar dijatuhkan. (Lihat kes Mahkamah Rayuan: Tuan Mat Tuan Lonik v. PP [2009] 4 CLJ 638; [2008] 3 MLRA 387; [2009] 4 MLJ 81). [20] Perayu dalam kes ini telah disabitkan dengan kesalahan memiliki dadah berbahaya di bawah s. 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan hukuman sedia ada yang sedang dijalani oleh perayu adalah di bawah s. 489C Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki mata wang palsu. Kedua-dua kesalahan ini amat berbeza dan bukan satu transaksi yang sama, malahan perbicaraannya juga adalah berasingan. Justeru itu, hukuman serentak yang diperintahkan oleh hakim bicara adalah suatu kekhilafan.
23
Berpandukan prinsip yang diputuskan di dalam kes-kes yang dirujuk di atas, mahkamah berpandangan hukuman pemenjaraan ke atas kesemua tertuduh wajar berjalan berasingan dengan hukuman penjara yang dijalani oleh mereka sekarang.
24
Tertuduh pertama semasa dikemukakan di mahkamah ini, sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya. Berdasarkan semakan mahkamah, tertuduh pertama akan tamat menjalani hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas pada 8.4.2027. Tertuduh kedua pula sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya dan akan tamat menjalani hukuman bagi kesalahan di atas pada 23.5.2027.
25
Bagi Tertuduh ketiga pula, dia sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun, Seksyen 12(2) dan Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya dan akan tamat menjalani hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas pada 2.10.2026. Manakala Tertuduh keempat pula sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya dan akan tamat menjalani hukuman bagi kesalahan di atas pada 20.9.2027. Sekiranya hukuman penjara 12 bulan diperintahkan bermula selepas tamat penjara yang dijalani sekarang, tertuduh-tertuduh akan berada di dalam penjara selama 8 bulan lagi setelah ditolak remitan. Ini pada pandangan mahkamah bukanlah satu tempoh yang melampau dan memberikan crushing effect kepada tertuduh-tertuduh.
26
Mahkamah berpandangan hukuman penjara ini wajar berjalan berasingan dengan hukuman yang dijalani oleh kesemua tertuduh sekarang kerana berdasarkan fakta kes kejadian jenayah ini dilakukan ketika kesemua tertuduh berada di dalam penjara. Ini pada pandangan mahkamah menunjukkan tertuduh-tertuduh tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada hukuman yang telah dikenakan ke atas mereka. Sebaliknya mereka telah merancang untuk melakukan kesalahan ini di Penjara yang seharusnya menjadi tempat rehabilitasi mereka. Oleh itu mahkamah berpandangan adalah wajar hukuman penjara yang berasingan diberikan kepada semua tertuduh agar mereka sedar kesan daripada tindakan mereka. Selain itu, daripada gambar barang kes yang dikemukakan (ekshibit P5A-E), mahkamah percaya kesemua tertuduh sudah lama merancang untuk melakukan jenayah ini memandangkan bukan mudah untuk menajamkan besi tersebut di dalam penjara. Mahkamah merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR v. OOI WANG SAN, supra, di mana mahkamah rayuan menyatakan sebagaimana berikut “The law on the commencement of sentences of imprisonment on prisoners already undergoing imprisonment, as in this case, is provided for in s. 292 of the Criminal Procedure Code. This provision gives a discretion to the court, depending on the facts and circumstances of each particular case, whether to order the commencement of the sentence on such convicted persons, either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced. In the case of Ooi Wang San, the court sentenced him to 10 years to take effect from the date of the sentence ie, 4 April 1996. Since he was due to be released in the year 2001, there would be an overlap of several years. This to our mind certainly did not reflect the gravity of the offence. Furthermore, he had some 13 previous convictions dating from 1986 to 1992, most of which were offences involving violence such as armed robbery and gang robbery. The court also accepted that the present offence was serious and that it was pre-planned and that it occurred in prison. The court also accepted that a prison is a place of rehabilitation and not to commit further crimes, and yet the law did not consider or sufficiently consider public interest. In a case of this nature, the first and foremost consideration is the public interest. On the facts and circumstances of this case, public interest demands a custodial sentence to commensurate with the offence. In the light of this we ordered that the sentence of 10 years imprisonment imposed on Ooi Wang San and the other three, to take effect after they had served their present sentences for other offences.” Berdasarkan kepada fakta ini, mahkamah berpandangan bahawa hukuman penjara yang berjalan berasingan adalah satu hukuman yang wajar dan bersesuaian dikenakan kepada kesemua tertuduh.
27
Tambahan daripada itu, jika dilihat kepada kecederaan yang dialami oleh mangsa sebagaimana ekshibit P6A-H jelas menunjukkan bahawa kesemua tertuduh berniat untuk menyebabkan kecederaan yang parah kepada mangsa. Ini kerana bahagian badan yang dicederakan oleh tertuduh-tertuduh merupakan bahagian yang sensitif dan boleh menyebabkan kecederaan parah iaitu di leher, kepala, dada, belakang badan berdekatan rusuk, dan dahi. Bahagian-bahagian yang dicederakan ini jelas menunjukkan niat tertuduh-tertuduh semasa kejadian tersebut. Oleh itu mahkamah ini berpandangan hukuman pemenjaraan yang boleh memberikan iktibar kepada tertuduh ini wajar diberikan. Sekiranya hukuman penjara bermula daripada tarikh jatuh hukum, ia tidak akan memberi reflek kepada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh-tertuduh kerana ianya akan berjalan bersama dengan hukuman yang dijalani sekarang. Mahkamah juga percaya, tindakan kesemua tertuduh memfailkan rayuan agar hukuman penjara berjalan serentak menunjukkan bahawa hukuman yang diberikan mahkamah ini memberikan pengajaran kepada tertuduh-tertuduh.
28
Selain itu kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh-tertuduh ini juga adalah berbeza dan kesalahan yang bukan dari jenis satu transaksi yang sama dengan kesalahan yang telah dijatuhi hukuman. Oleh itu adalah wajar jika ianya berjalan berasingan dengan hukuman yang dijalani sekarang. Mahkamah merujuk kepada dapatan Mahkamah Tinggi di dalam kes TAN LEONG HWA v. PP [2014] 9 CLJ 726: [19] Prinsip undang-undang juga telah menjelaskan hukuman serentak pada amnya dijatuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang serupa atau merupakan kesalahan dari satu transaksi yang sama. Jika sebaliknya hukuman berturutan (consecutive) adalah wajar dijatuhkan. (Lihat kes Mahkamah Rayuan: Tuan Mat Tuan Lonik v. PP [2009] 4 CLJ 638; [2008] 3 MLRA 387; [2009] 4 MLJ 81).
29
Walaupun mahkamah memandang serius jenayah yang dilakukan oleh kesemua tertuduh ini, namun mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berlandaskan undang-undang (Wong Yuk Ai v. PP [1966] 1 MLRH 396; [1966] 2 MLJ 51 dirujuk). Mahkamah juga harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada mitigasi tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH v. PUBLIC PROSECUTOR [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang menyatakan sebagaimana berikut : “In his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counselfor the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.”
30
Mahkamah telah mengambil kira rayuan mitigasi yang diutarakan oleh peguambela tertuduh-tertuduh sebelum mejatuhkan hukuman dan berpandangan hukuman 12 bulan penjara yang dikenakan adalah berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan. Ianya juga tidaklah terlampau tinggi dengan mengambilkira fakta bahawa jenayah ini dilakukan di dalam penjara yang sepatutnya menjadi pusat rehabilitasi tertuduh-tertuduh.
31
Selain itu mahkamah juga mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan terhadap tertuduh-tertuduh di samping mengimbangi faktor mitigasi yang dihujahkan oleh peguambela tertuduh-tertuduh. Ini bersesuaian dengan prinsip yang diputuskan di dalam kes PP v. Md Rashid Harun [2000] 3 CLJ 832; [2000] 3 MLJ 503 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa:- "Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence"...The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence... Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence... Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence... That is not to say though, that "the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives"... Public interest must not be relegated to the background. "The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused"
32
Pada pandangan mahkamah ini, hukuman yang ingin dijatuhkan ke atas tertuduh-tertuduh bukan sahaja harus memberi pengajaran kepada kesemua tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan, malah harus bertindak sebagai pencegah kepada orang awam untuk terlibat dalam kesalahan jenayah seumpama ini. Mahkamah percaya kepentingan awam akan terjaga sekiranya hukuman ini dapat memberi pengajaran dan mencegah orang awam daripada melakukan kesalahan yang sama. Perkara ini telah jelas diputuskan dalam kes R v. Ball 35 Cr. App. R164 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to an honest life."
33
Secara tuntasnya, Mahkamah ini telah mempertimbangkan semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas, dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan yang berjalan berasingan dengan hukuman yang dijalani oleh tertuduh-tertuduh sekarang. Pada pertimbangan mahkamah ini, perintah agar hukuman berjalan berasingan adalah wajar diberikan kepada kesemua tertuduh dengan mengambil kira fakta bahawa perbuatan jenayah ini dilakukan secara terancang oleh kesemua tertuduh di penjara yang sepatutnya menjadi tempat rehabilitasi mereka. Malahan bahagian yang dicederakan juga merupakan bahagian yang boleh menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa dan mahkamah percaya ianya telah dirancang lebih awal berdasarkan kepada senjata yang digunakan. Tambahan lagi kesalahan ini adalah berbeza dengan kesalahan yang telah dijatuhi hukuman.
34
Mahkamah percaya, hukuman yang dikenakan itu telah menunjukkan kepada kesemua tertuduh bahawa mahkamah mengambil serius berkenaan kesalahan yang dilakukan serta mampu untuk mencegah mana-mana orang awam terutamanya penghuni penjara yang lain agar tidak melakukan kesalahan sama di masa hadapan atau mereka juga akan berdepan dengan hukuman sebegini. Mahkamah ingin memetik dapatan YA Datuk Abdul Malik Ishak JCA dalam kes Mahkamah Rayuan Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56 berkaitan dengan isyarat yang akan diberikan oleh mahkamah melalui hukuman yang diberikan, di mana Yang Arif menyatakan bahawa:- “The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused."
35
Berdasarkan alasan-alasan dan prinsip undang-undang ini, mahkamah percaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh-tertuduh adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Memandangkan tertuduh-tertuduh masih lagi tidak berasa kesal dan Insaf walaupun telah berada di dalam penjara, hukuman yang dikenakan terhadap kesemua tertuduh hendaklah memberi signal kepada masyarakat awam bahawa mahkamah akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan sebegini.
36
KESIMPULAN Atas alasan-alasan ini, mahkamah berpandangan hukuman penjara 12 bulan dan berjalan berasingan dengan hukuman yang dijalani oleh tertuduh-tertuduh sekarang adalah memadai dan wajar dikenakan ke atas kesemua tertuduh. Sekian, untuk pertimbangan. Pegawai Pendakwa : Inpektor Khairun Nisa binti Affandi, Inspektor Siasatan dan Perundangan IPD Machang Peguambela : Norhusniza Akmal binti Hussain bagi tertuduh pertama dan kedua (YBGK) Nurul Ain binti Abdullah bagi tertuduh ketiga dan Keempat (YBGK) Disediakan oleh
11
11.
2
2.2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.