Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-83-351-07/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA V NURUL SYAFIQAH BINTI ABDULLAH SANI (NO. K/P: 961219-10-5900)
BF-83-351-07/2020
Magistrates Court of Malaysia22 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the burden of proving its case beyond reasonable doubt remains always upon the prosecution, and the rebuttal or explanation by the defence therefore need only raise a reasonable doubt. See Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82 per Sufian J; Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ Rep 311. The def”
“n oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 MR bilamana Idrus Harun HMR (sekarang HMP) merujuk kepada kes Jaafar Ali dan membuat pengamatan berikut: “Under s. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and it shall decide”
“(iv) (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.””
“8.7 Mahkamah ini merujuk kepada keputusan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115 di mana telah menjelaskan tentang keraguan yang munasabah seperti berikut; "It has been said that reasonable doubt is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the”
“4.3 Selanjutnya mahkamah ini merujuk kes Mahkamah Tinggi Mohd Hafeez Sulong lwn. PP [2024] CLJU 3019 yang memutuskan bahawa: “[21] Berbalik kepada kes ini, ujian pemanduan secara berbahaya bermaksud sama ada seseorang yang biasa atau munasabah akan berpendapat bahawa Tertuduh telah memandu secara be”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-83-351-07/2020 ANTARA PENDAKWA RAYA V NURUL SYAFIQAH BINTI ABDULLAH SANI (NO. K/P: 961219-10-5900)
1
1.1 Orang yang kena tuduh (“OKT”) di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan 1 pertuduhan di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi 1 kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Penangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum dibawah AKTA yang sama. Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Malaysia dan OKT telah minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
1
1.2 Pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadapa OKT ini.
2
2.1 OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 17.9.2015 jam lebih kurang 1155hrs bertempat di KM 67 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh dalam daerah Hulu Selangor, di dalam Negeri Selangor sebagai pemandu m/kar no. pendaftaran WKT 6174 telah memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan cara merbahaya kepada orang ramai sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang penumpang sebuah m/kar no. pendaftaran BFC 5205 jenis Proton Wira nama Nurqisya Zahra Binti Hanizam no k/p: 141023-08-0170 umur (1) tahun. Oleh demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.” Hukuman: jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000.00 dan tidak melebihi RM20,000.00.
2
2.2 Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987 memperuntukkan seperti berikut: “(1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.”
3
3.1 Pada 17.9.2015 jam lebih kurang 12:30 tengah hari, SP5 (pegawai penyiasat Trafik di IPD Hulu Selangor) telah dimaklumkan mengenai satu kemalangan jalanraya yang berlaku di KM 67 Jalan Kuala Lumpur – Ipoh melibatkan dua buah kenderaan.
3
3.2 Kenderaan yang terlibat ialah sebuah kereta jenis Proton wira dengan no. pendaftaran BFC5205 yang dipandu oleh SP1 dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz no. pendaftaran WKT 6174 yang dipandu oleh OKT.
3
3.3 Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang kanak-kanak berusia 1 tahun (simati) yang merupakan anak SP1 (bapa simati) dan SP2 (ibu simati) telah meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Slim River pada 23 September 2015.
3
3.4 SP5 telah ke tempat kemalangan untuk menjalankan siasatan. Setelah tiba di tempat kejadian SP5 mendapati kedua-dua buah kenderaan masih berada di lorong dari arah Ipoh ke Kuala Lumpur dalam keadaan rosak di bahagian hadapan. Siasatan awal SP5 mendapati tiada saksi mata dan tiada CCTV di tempat kejadian.
3
3.5 Hasil siasatan selanjutnya, SP5 mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu OKT bergerak dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh telah memasuki lorong bertentangan ke laluan kanan dan melanggar kereta yang dipandu SP1. Akibat dari perlanggaran tersebut, si mati telah tercampak ke hadapan kereta yang dipandu SP1 dan meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian.
3
3.6 Menurut keterangan SP1, kemalangan berlaku disebabkan OKT telah memandu dengan merbahaya apabila telah gagal mengawal keretanya sehingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dipandu SP1 sehingga mengakibatkan simati meninggal dunia. SP1 juga menyatakan bahawa semasa kejadian lalu lintas tidak sibuk dan cuaca baik.
3
3.7 SP1 tidak nampak no. plat kenderaan OKT dan juga tidak tahu siapa pemandu kereta Mercedes benz tersebut. Namun, SP1 dapat mengecamkan tempat kejadian dan gambar kenderaan yang terlibat selepas siasatan dijalankan oleh SP5 bagi kes ini.
3
3.8 SP4 (pegawai perubatan forensik) telah menjalankan bedah siasat ke atas simati dan mengesahkan punca kematian ialah severe head injury disebabkan kemalangan jalanraya. SP4 mendapati ada kecederaan pada otak simati dan ada darah beku pada bahagian atas otak serta kesan lebam pada bahagian otak. Juga terdapat otak pecah di bahagian kiri dan kanan (bahagian temporal) di tepi atas telinga. SP4 nampak otak ada keluar di telinga, ada banyak patah pada tulang tengkorak di kesemuanya, tepi belakang, atas kepala.
3
3.9 SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa simati berada tempat duduk penumpang hadapan bersama isterinya SP2 dalam keadaan sedang menyusu badan semasa SP1 memandu. Manakala anak-anak SP1 yang lain pula berada di tempat duduk belakang. SP2 juga mengesahkan semasa pemaduan SP1, SP2 sedang memangku simati sambil menyusukan simati.
3
3.10 SP2 semasa kejadian tidak nampak kejadian disebabkan SP2 hanya pandang simati dan hanya mendengar SP1 menjerit. SP2 dan SP5 mengesahkan bahawa simati yang dipangku terlepas dan kepalanya terhantuk ke dashboard kereta. SP2 kemudian tersedar setelah berada di klinik Kalumpang selepas kejadian kemalangan itu dan melihat anak-anaknya dalam keadaan berdarah dan cedera. SP2 dimaklumkan bahawa simati ada ketika itu dalam keadaan kritikal. SP1 juga mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.
3
3.11 SP3 yang merupakan pegawai Puspakom mengesahkan bahawa kenderaan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. Kerosakan-kerosakan kenderaan yang terlibat telah dijelaskan dalam laporan puspakom di ekshibit P6 dan P7. Kereta Mercedes Benz mengalami kerosakan pada tayarnya yang telah pecah dan bukan dalam keadaan yang baik iaitu pada gandar 2 kiri tayar belakang.
4
4.1 Seksyen 41(1) APJ menghendaki pendakwaan membuktikan elemen-elemen yang berikut:
4
4.1.1 OKT telah memandu kenderaan semasa kemalangan; Mahkamah ini berpuas hati melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan bahawa OKT telah memandu kenderaan Mercedes Benz pada masa kejadian itu sehingga menyebabkan kemalangan ke atas SP1 dan seluruh ahli keluarganya
4
4.1.2 OKT telah memandu dengan cara merbahaya kepada orang awam; Mahkamah ini juga berpuashati bahawa OKT telah memandu dalam keadaan atau dengan cara yang berbahaya sehingga memasuki laluan pemanduan SP1 semasa kejadian tersebut yang mana cara pemanduan tersebut merupakan suatu cara pemanduan yang merbahaya kepada SP1 dan keluarganya; dan
4
4.1.3 OKT telah menyebabkan kematian. Mahkamah ini berpuashati melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan bahawa akibat tindakan OKT tersebut telah menyebabkan kematian ke atas anak SP1 iaitu simati dalam kes ini.
4
4.2 Di dalam kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut: “[37] There is no legal definition of driving which is dangerous to public. The plain question in proving an offence under the third limbs. 41(1) of the RTA is of simply this: Was the appellant driving a motor vehicle on a road dangerously, ie, dangerous towards other persons who might reasonably expected to be on or near the road having regard to all circumstances (including the nature, condition and size of the road, and the amount of traffic which or might be expected to be on the road). And, if he was, did he thereby caused the death of another person.”
4
4.3 Selanjutnya mahkamah ini merujuk kes Mahkamah Tinggi Mohd Hafeez Sulong lwn. PP [2024] CLJU 3019 yang memutuskan bahawa: “[21] Berbalik kepada kes ini, ujian pemanduan secara berbahaya bermaksud sama ada seseorang yang biasa atau munasabah akan berpendapat bahawa Tertuduh telah memandu secara berbahaya mengambil kira keadaan kes termasuk sifat, keadaan dan penggunaan jalan dan keadaan kesesakan lalu lintas pada waktu tersebut atau yang mungkin dijangka munasabah, atas jalan yang dipertikaikan. Memandu secara berbahaya harus melibatkan kesilapan Tertuduh yang menyebabkan keadaan berbahaya.”
4
4.4 Berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan pembuktian yang telah dikemukakan serta undang-undang yang berkaitan, mahkamah ini berpuashati telah menilai bahawa elemen-elemen pertuduhan dan/atau prima facie kes telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan terhadap OKT.
5
5.1 Seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah [TAB A]:
c
If the accused refuses to plead or does not plead or claims to be tried, the Court shall proceed to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution. …
f
(f)
i
When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
h
(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
5
5.2 Mahkamah ini setelah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan selaras dengan seksyen 173 (h) (i) KTJ hendaklah mahkamah ini menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu prima facie kes terhadap tertuduh. Walaupun maksud perkataan prima facie tidak ditakrifkan di dalam KTJ, kes-kes berikut telah menjelaskan maksud prima facie sebagaimana di dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 302, Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734, dan PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar (2005) 6 MLJ 393 menyatakan yang berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263.”
5
5.3 Menggunapakai prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, mahkamah ini berpuashati bahawa setelah menilai keseluruhan keterangan dan pembuktian yang ada, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT. Oleh yang demikian itu OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan ini.
6
6.1 OKT telah kemukakan 2 saksi iaitu dirinya sendiri, SD1 dan anak saudaranya SD2.
6
6.2 SD1 dalam keterangannya menyatakan pada masa kejadian telah memandu motorkar jenis Mercedes Benz no. pendaftaran WKT6174 bersama anak saudaranya SD2 yang ketika itu berumur 9 tahun dari Kuala Kubu Bharu ke Tanjung Malim, melalui jalan KL-Ipoh. Pada jam lebih kurang 12 tengahari apabila sampai di KM SD1 ternampak seekor binatang secara tiba-tiba melintas di tengah jalanraya. SD1 telah cuba menekan brek dan mengawal motorkar supaya tidak berlanggar dengan binatang tersebut. Namun motorkar yang dipandu tidak dapat dikawal dan terus masuk ke lorong sebelah kanan lalu terlanggar dengan sebuah motorkar jenis Wira yang dipandu SP1.
6
6.3 Akibat daripada kemalangan tersebut OKT mengalami kecederaan di mana lutut kiri luka, perut lebam, sakit dada dan sakit badan dan SD2 juga cedera di mana tangan kanannya telah patah. Kereta yang dipandu SD1 mengalami kerosakan teruk di bahagian depan seperti bumper depan pecah, bonet depan kemek, lampu besar kiri serta kanan pecah. Airbag pecah, tangki air pecah, tayar belakang sebelah kiri pecah radiator pecah dan lain-lain.
6
6.4 Menurut SD1 keadaan tayar kereta mercedes yang pecah hanya sebelah belakang kiri. Semasa pemanduan tersebut keadaan cuaca cerah tidak hujan dan keadaan lalulintas juga baik sebelum kemalangan berlaku tidak banyak kereta dan keadaan trafik lancar.
6
6.5 SD1 menafikan dakwaan SP1 yang mengatakan SD1 cuba memotong kenderaan di hadapannya sehingga memasuki ke laluan SP1. Pembelaan SD1 hanyalah berkenaan seekor binatang yang dikatakan telah melintas di hadapan kenderaannya semasa pemanduan di tempat kejadian. SD1 mengatakan jarak kereta yang dipandu dengan binatang itu lebih kurang 6 ke 10 meter. Pemaduan SD1 pada ketika itu dalam kelajuan lebih kurang 90KMJ.
6
6.6 SD1 telah cuba untuk elak dari terlanggar binatang dihadapan, SD1 telah tekan brek dan memegang stereng sahaja namun sebaik sahaja tekan brek kereta terus membelok ke kanan dan masuk ke laluan bertentangan dikanan diluar kawalan SD1.
6
6.7 Selepas kemalangan pada 17/09/2015 SD1 telah buat laporan polis di Balai Trafik Hulu Selangor pada 20/09/2015 iaitu No report TRAFIK HULU SELANGOR/005123/15. Laporan dibuat selepas 3 hari kemalangan kerana SD1 tidak sihat selepas kemalangan kerana badan sakit-sakit. Hanya pada hari ketiga selepas kemalangan SD1 beransur pulih dan telah datang ke balai polis trafik untuk buat laporan.
7
7.1 Seksyen 173 KTJ memperuntukkan seperti berikut: “(m) (i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
II
(ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before the Court passes sentence, the Court shall, upon the request of the victim of the offence or the victim's family, call upon the victim or a member of the victim's family to make a statement on the impact of the offence on the victim or his family; and where the victim or a member of the victim's family is for any reason unable to attend the proceedings after being called by the Court, the Court may at its discretion admit a written statement of the victim or a member of the victim's family.
III
(iii) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.”
7
7.2 Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: “(1) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.
2
If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal.”
8
8.1 Di peringkat pembelaan, keterangan OKT yang mengatakan semasa kejadian terdapat seekor binatang melintasi laluannya dan bagi tujuan mengelak binatang tersebut OKT telah membrek kereta yang dipandunya namun telah memasuki laluan kanan sehingga menyebabkan perlanggaran dengan kenderaan yang dipandu oleh SP1.
8
8.2 Fakta yang tidak dinafikan adalah OKT sememangnya telah melanggar kereta yang dipandu SP1 di laluan SP1 semasa kejadian tersebut. Tiada saksi mata atau saksi bebas yang melihat kejadian berlaku melainkan keterangan SP1 dan SD1 masing-masing. Walaupun SP1 memandu keretanya dengan ditemani oleh isterinya SP2, namun SP2 tidak nampak bagaimana kejadian berlaku.
8
8.3 OKT mengatakan semasa kejadian OKT telah memandu kereta dengan ditemani SD2 namun SD2 ketika kejadian itu berusia sembilan tahun juga tidak melihat bagaimana kejadian kemalangan yang terjadi. SD2 juga tidak melihat binatang melintas sebagaimana yang dikatakan oleh SD1 sebelum kemalangan itu. Namun SD1 dalam semua pembelaannya meletakkan bahawa terdapat seekor binatang yang telah melintasi laluannya dan demi untuk mengelakkan haiwan itu menyebabkan kenderaan dipandu SD1 masuk ke laluan SP1 dan melanggar kereta SP1. Ditambah pula dengan versi tayar keretanya yang dikatakan pecah sehingga kenderaan SD1 hilang kawalan dan memasuki laluan kanan dimana laluan SP1. SP5 pula tidak menyiasat berkenaan tayar kereta SD1 yang dikatakan pecah dan kesan brek atas jalan tersebut. Keterangan saksi pendakwaan dan saksi pembelaan mempunyai 2 versi yang berbeza. Di dalam kes Loo See Lee v. PP [2018] 5 CLJ 385 MR, Mahkamah Rayuan membuat pengamatan berikut: “Where the Prosecution has led two (2) sets of evidence, and each one contradicts the other, thus showing it to be unreliable, the result would necessarily be that the court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the Accused might be based. Inevitably, the Accused would have to be given the benefit of the doubt in such a situation.”
8
8.4 Kematian simati di dalam kes ini akibat kemalangan yang berlaku. Walaupun pemanduan OKT telah menyebabkan kemalangan dan pelanggaran kepada kereta SP1, keadaan kedudukan simati tersebut juga perlu diambil kira. Samada ianya mati atas tindakan OKT secara terus atau disumbang oleh keadaan kedudukannya yang berada di atas pangku SP2 sambil menyusu badan semasa pemanduan oleh SP1 di situ. SP4 semasa disoal balas telah menyatakan bahawa ada kemungkinan kecederaan pada simati itu boleh disebabkan oleh terhantuk ke dinding dan terjatuh dari tempat tinggi. Selanjutnya semasa di soal semula, SP4 menyatakan keadaan kecederaan pada bayi itu (simati) boleh berlaku disebabkan high impact dan keadaan high impact boleh berlaku samada ada dari jatuh, pukul, atau accident. Selanjutnya, simati telah meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian kemalangan tersebut.
8
8.5 Mahkamah ini mendapati, kemalangan akibat pemanduan OKT yang cuba mengelak seekor haiwan melintas disitu secara dasarnya tidak mengakibatkan kematian kepada pemandu SP1 dan ahli keluarga SP1 yang lain. Namun kedudukan simati dalam keadaan dipangku oleh ibunya sehingga tercampak ke hadapan akibat kemalangan ini telah menyebabkan kematiannya. Mahkamah ini mendapati kedudukan simati dalam pangkuan bersama SP2 tersebut tidak selamat dalam pemanduan SP1 tersebut.
8
8.6 Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan beserta ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan, mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan tidak sama sekali gagal mencabar keterangan OKT berkenaan kewujudan seekor binatang yang telah melintasi dan cuba dielak oleh OKT sebelum kejadian kemalangan berlaku. Pihak pendakwaan tidak juga mencabar keterangan OKT berkenaan kerosakan tayar kereta OKT sebelum kejadian perlanggaran kereta dengan SP1. Keadaan tayar OKT yang pecah sehingga menyebabkannya hilang kawalan juga tidak disangkal oleh SP4. Keterangan ini menimbulkan suatu keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan sekaligus memberi manfaat kepada pihak pembelaan.
8
8.7 Mahkamah ini merujuk kepada keputusan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115 di mana telah menjelaskan tentang keraguan yang munasabah seperti berikut; "It has been said that reasonable doubt is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself, I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence."
8
8.8 SP5 tidak menafikan kawasan tempat kejadian di kiri kanannya merupakan kawasan belukar dan ada haiwan keluar dan kemungkinan ada haiwan melintasi dan melalui di jalan itu. SP5 juga tidak menolak kemungkinan adanya haiwan yang melintasi laluan OKT semasa kejadian tersebut. Mahkamah ini mendapati pembelaan OKT berkenaan seekor binatang yang dikatakan melintasi laluannya telah dibangkitkan sejak awal kes pendakwaan dan laporan polis OKT juga menyokong pembelaan ini.
8
8.9 Selanjutnya mahkamah ini merujuk kes Muhammad Rasid Hashim v. PP [2013] 1 CLJ 333, Abdul Wahab Patail Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan yang berikut: “It is trite that the burden of proving its case beyond reasonable doubt remains always upon the prosecution, and the rebuttal or explanation by the defence therefore need only raise a reasonable doubt. See Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82 per Sufian J; Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ Rep 311. The defence ought not to be brushed aside simply because it looks weak or because it is not believed. It is the Court's duty to consider that defence raised, and to decide whether it raises a reasonable doubt. See Ganapathy Rengasamy v. PP [1998] 2 CLJ 1. The question could well be asked that if the version is not believed, how could it raise a reasonable doubt. The answer is that the direct question that the Court is required to address is not whether it believes the accused's version or not, but whether it raises a reasonable doubt. The best explanation of what is a reasonable doubt consistent with this approach is that given by Denning J in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372: [The degree of cogency] ... need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence "of course it is possible, but not in the least probable", the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice. [40] It means that one is to take the version of the accused person and bring it alongside the evidence adduced by the prosecution. If the accused's person's version is merely possible, then it is not enough to raise a reasonable doubt. But if, brought to condescend to the evidence before the Court, there is the least probability to it, then it is a reasonable doubt, and the accused must be acquitted. (emphasis added).”
8
8.10 Dari keseluruhan keterangan yang ada serta otoriti yang telah dirujuk, mahkamah ini mendapati pembelaan OKT telah membangkitkan suatu keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan ini.
9
9.1 Ringkasnya, di akhir kes pembelaan, mahkamah ini hendaklah menyemak semula semua keterangan yang telah dikemukakan berhubung dengan elemen-elemen pertuduhan dan kemudiannya memutuskan samada kes pendakwaan berjaya dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah. Ini adalah pendekatan kehakiman ini telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Tan Chai Hing [2018] 6 CLJ 436 MR bilamana Idrus Harun HMR (sekarang HMP) merujuk kepada kes Jaafar Ali dan membuat pengamatan berikut: “Under s. 182A of the Criminal Procedure Code, it is clearly the duty of the court to consider all the evidence before it and it shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. This is a mandatory requirement as evident by the use of the word 'shall' in that section. What it entails is that, at the end of the defence, it is incumbent on the court to evaluate the entire evidence placed before it including the prosecution evidence.
9
9.2 Oleh itu, selaras dengan seksyen 182A (3) KTJ mahkamah ini memutuskan di akhir kes pembelaan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan pembelaan OKT telah berjaya menimbulkan suatu keraguan yang munasabah, OKT dengan ini diperintah untuk dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan dan wang jaminan serta lesen memandu dikembalikan kepada OKT. …………..fatimah………… (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 4 Ogos 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.