Content
Page 1 of 20 14.03.2024 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JAJAHAN PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AMIN BIN MOHD ROSLI ALASAN PENGHAKIMAN [KEPUTUSAN PENUH DI AKHIR KES PIHAK PEMBELAAN]
DJ-82D-11-12/2020
Magistrates Court of Malaysia16 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 dimana Mahkamah Rayuan menjelaskan:- “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgmen”
“old they are perfectly entitled to so even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. It therefore follows that there is only one exercise that a ju”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 20 14.03.2024 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JAJAHAN PASIR MAS DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AMIN BIN MOHD ROSLI ALASAN PENGHAKIMAN [KEPUTUSAN PENUH DI AKHIR KES PIHAK PEMBELAAN]
1
Ini adalah Alasan Penghakiman Mahkamah ini berkenaan keputusan di akhir bicara keseluruhan kes ini. Sebelum ini, dalam mencapai keputusan di akhir setiap bicara kes ini, Mahkamah ini telah mengambil kira keterangan yang telah direkodkan oleh Tuan Majistret terdahulu yang terpelajar, rakaman yang direkodkan. Oleh itu, Mahkamah ini sedia maklum dan atas budibicara Mahkamah ini, menyambung bicara ini seolah-olah ianya didengar di hadapa saya. Di dalam kes ini, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT di atas pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya. Tertuduh terkilan dan memfailkan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah ini. Justeru ini adalah dasar Mahkamah ini dalam mendapati OKT bersalah mensabitkanya bagi setiap pertuduhan terhadap OKT. PERTUDUHAN PERTUDUHAN PERTAMA “Bahawa kamu pada 4/5/2020 jam lebih kurang 1.00 pagi bertempat di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis di dalam daerah Pasir Mas, di dalam negeri Kelantan, telah ada dalam milikan kamu satu peket plastik mengandungi bahan Kristal jernih mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine, berat bersih 2.85 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama” S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 2 of 20 14.03.2024 PERTUDUHAN KEDUA “Bahawa kamu pada 4/5/2020 jam lebih kurang 1.00 pagi bertempat di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis di dalam daerah Pasir Mas, di dalam negeri Kelantan, telah ada dalam milikan kamu (30) biji pil kemerahan dan kehijauan mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine, berat bersih 0.42 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama”
2
OKT tidak mengaku salah dan telah mohon dibicarakan dengan diwakili peguambela bagi kedua dua pertuduhan di atas. Di dalam kes ini, pihak Pendakwa Raya telah memanggil seramai 8 orang saksi yang telah selesai memberikan keterangan iaitu: -
1
SP 1 - Nor Ermi Yasmin Binti Abdul Momen (Pegawai SPRM/
2
SP 2 - ASP Ishak Bin Mahmud Insp. Yuslihazlan Bin Mohd Yusup (Ketua Trafik Daerah Pasir Mas)
3
SP 3 – PPIS Khairul Hafizul (Pegawai Penyiasat SPRM)
4
SP 4 - L/Kpl Muhammad Shukor Bin Drani (Jurufoto)
5
SP 5 - ASP Yuslihazlan Bin Mohd Yusup (Pegawai Tangkap Semula)
6
SP 6 - Koperal Nazrul (Saksi Polis)
7
SP 7 - Noor Azlina Binti Awang (Ahli Kimia)
8
SP 8 - Insp Hafis Bin Nazarah (Pegawai Penyiasat) S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 3 of 20 14.03.2024
3
Fakta kes yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah sebagaimana berikut: Berkait dengan suatu aduan kes permintaan rasuah melibatkan anggota polis Bahagian Trafik Pasir Mas Kelantan, pada 4.5.2020 jam lebih kurang 12.00 malam, SP1 telah mengetuai sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan terdiri daripada: i. Ketua Penyelaras Operasi (KSN) Mohd Saufi bin Ab Halim ii. Penolong Penguasa Mohd Ridhwan Mohamad Husin iii. Penolong Penguasa Normurni Salleh iv. Penolong Penguasa Che Izwan Che Azi telah pergi ke pejabat Bahagian Trafik IPD lama Pasir Mas, Pasir Mas di dalam Negeri Kelantan 4 Sewaktu SP1 dan pegawai SPRM yang lain sampai ke tempat kejadian, SP1 dan pegawai SPRM yang lain telah pergi ke bangunan belakang balai dan memasuki satu ruangan pejabat, dan mendapati terdapat sebuah bilik di ruangan tersebut. SP1 masuk ke dalam bilik yang berada dalam keadaan terbuka tersebut dan mendapati OKT berada seorang diri sahaja di dalam bilik Pejabat Bahagian Trafik IPD Pasir Mas sedang makan. SP1 dan pegawai SPRM yang lain telah perkenalkan diri dan maklumkan OKT ditahan untuk siasatan kes rasuah.
5
SP1 dan pegawai SPRM telah membuat tangkapan ke atas OKT dan membuat pengeledahan dilakukan, reaksi OKT adalah terkejut namun masih memberikan kerjasama. Pemeriksaan badan OKT dapati tiada barang salah dan penggeledahan dilakukan di dalam bilik tersebut untuk mencari barang kes berkait kes rasuah
6
Hasil penggeledahan dan pemeriksaan, telah menjumpai barang kes dadah yang berada di dalam (1) beg Michelin warna biru berzip yang berada berada dalam keadaan terdedah di atas meja pejabat dan berdekatan sahaja dengan OKT pada ketika itu. Apabila beg Michelin tersebut dibuka, telah didapati di dalamnya terdapat[ selepas ini akan dirujuk sebagai barang kes tersebut]: •
2
kotak rokok jenama SAAT;
1
lampu suluh warna oren hitam;
1
pas pekerja tertulis AMIN RF18651 no pass F4 no 0559; •
1
beg uncang bertulisan FKR warna coklat bertali coklat di dalamnya mengandungi: i. alat disyaki peralatan menghisap dadah; ii. botol plastik berpenutup warna merah yang mengandungi cecair; iii. kotak rokok jenama MARLBORO putih yang mengandungi: • (1) plastik cerah berisi ketulan kristal disyaki dadah; dan, • (1) bungkusan plastik cerah berpelekat Hak Milik Kerajaan Malaysia Polis Diraja Malaysia berisi (1) plastik berangkai (3), di mana 1 rangkai mengandungi (9) biji pil kemerahan dan (1) biji pil kehijauan, manakala 2 lagi rangkai masing-masing mengandungi (10) biji pil kemerahan. (Jumlah keseluruhan adalah (29) biji pil kemerahan & (1) biji pil kehijauan [ selepas ini akan dirujuk sebagai Barang kes dadah tersebut]). •
1
beg jenama NIKE GOLF di dalamnya mengandungi: i.
2
sapu tangan warna hijau & merah; ii.
2
buku nota; iii.
1
buku panduan ringkas Pilihanraya; S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 5 of 20 14.03.2024 iv.
1
buku panduan petugas trafik PRK N.25 Kajang; dan, v.
2
sampul angpau warna merah.
7
Sewaktu penggeledahan dilakukan, OKT dilihat cemas, takut dan kerap kali memohon maaf kepada pengadu. SP1 rampas semua barang kes dan bawa balik bersama OKT ke Pejabat SPRM Kelantan untuk tindakan lanjut.
8
SP1 telah rampas kesemua barang kes dadah dan juga item rampasan lain yang berkaitan di premis tempat kejadian dan tahan OKT untuk dibawa ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan. Barang kes yang dirampas dari OKT dalam kes ini pada setiap masa adalah dalam kawalan dan jagaan SP1. Kemudian, setelah sampai di pejabat SPRM Kota Bharu, SP1 telah serahkan rampasan barang kes kepada Pegawai Penyiasat kes SPRM iaitu SP3. Barang kes tersebut diserahkan kepada SP3 memandangkan SP3 adalah pegawai penyiasat bagi kes rasuah membabitkan OKT.
9
SP3 telah menerima barang kes tersebut bersama-sama rampasan wang berkait kes rasuah SPRM. SP3 kemudian telah simpan barang kes dadah tersebut di dalam biliknya di dalam laci yang berkunci. Pada waktu kejadian, hanya SP3 sahaja yang mempunyai akses terhadap barang kes tersebut.
10
Kemudian, pada pagi harinya 4/5/2020 jam lebih kurang 9.00 pagi sehingga 9.30 pagi, SP1 telah memohon barang kes dadah daripada SP3 untuk diserahkan kepada pihak pihak polis selepas menerima arahan daripada pegawai atasan SPRM. Bertempat di pejabat SPRM Kota Bharu, SP3 telah serahkan barang kes yang dirampas oleh SP1 daripada OKT kepada SP1 semula dan barang kes adalah dalam keadaan yang sama seperti mana diserahkan oleh SP1. S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 6 of 20 14.03.2024 11. Setelah menerima barang kes daripada SP3, SP1 telah membuat Akuan Penerimaan/Penyerahan Barang-Barang Kes SPRM yang telah ditandatangani oleh OKT (P2). Selain itu, SP1 juga telah menyediakan Borang Aduan SPRM (P5) dan menyatakan berkenaan tangkapan dan rampasan barang kes ke atas OKT.
12
Pada hari yang sama jam 3.00 petang, SP1 telah pergi ke pejabat Narkotik IPD Pasir Mas untuk berjumpa SP5 dan membuat laporan polis berserta penyerahan barang kes kepada SP5. Sewaktu di pejabat Narkotik IPD Pasir Mas, SP1 telah membuat laporan polis sebagaimana repot Pasir Mas/1985/2020 (P6) dan menyerahkan barang kes berkait kes narkotik yang dirampas oleh SP2 sewaktu kejadian serbuan dan penggeledahan terhadap OKT dibuat. Barang kes yang dirampas dan diserahkan kepada SP5.
13
Setelah menerima barang kes tersebut daripada SP1, SP5 telah membuat laporan polis penerimaan barang kes sebagaimana repot Pasir Mas/1986/2020 (P32) untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat. SP5 kemudian telah membuat semakan semula terhadap barang kes dan laporan polis yang dibuat dan dapati terdapat beberapa pembetulan. SP5 kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada SP1 dan membuat laporan polis pembetulan sebagaimana repot Pasir Mas/1989/2020 (P33).
14
SP5 juga telah menandatangani Borang Akuan Penerimaan/ Penyerahan Barang (P4) kes SPRM yang disediakan oleh SP1 bagi tujuan rekod pihak SPRM dan SP5 juga telah meminta SP1 untuk menandatangani Borang Penyerahan Barang Kes PDRM (P7) untuk tujuan rekod dan siasatan pegawai penyiasat narkotik.
15
Kesemua barang kes yang SP5 terima daripada SP1 berada dalam simpanan selamat SP5 sehingga diserahkan kepada pegawai penyiasat iaitu Insp Hafis S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 7 of 20 14.03.2024 Nazarah, SP8 pada jam lebih kurang 6.30 petang. Semasa penyerahan barang kes, SP5 telah serahkan borang penyerahan barang kes (P17) yang SP5 sediakan kepada SP8 untuk ditandatanganinya.
16
Pada hari yang sama, jam lebih kurang 1.30 petang, SP8 telah membawa kesemua barang kes yang diserahkan sebelum ini ke pejabat BSJND IPD Pasir Mas untuk dibuat pemeriksaan semula barang kes yang dirampas bersama OKT dan SP5. Setelah dilakukan pemeriksaan semula barang kes secara fizikal dan gambar barang kes bersama OKT dan dapati kesemuanya betul, SP8 telah lihat SP5 keluarkan borang senarai geledah (P35) yang kemudian diakui dan ditandatangani oleh OKT dan SP5.
17
Barang kes tersebut kemudian SP8 telah ambil untuk disimpan semula dan sekali lagi SP8 telah tandatangan borang penyerahan barang kes(P36) yang disediakan SP5 bagi tujuan rekod pengesahan pergerakan barang kes. 19. Pada hari yang sama, jam lebih kurang 8.30 malam, SP8 bersama SP5 dan jurugambar, L/Kpl Shukor(SP4) telah pergi ke tempat kejadian iaitu di pejabat Bahagian Trafik IPD Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan. SP8 telah minta bantuan SP4 untuk mengambil gambar tempat kejadian iaitu sebanyak 7 keping (P7 A-G).
18
Pada 6/5/2020 jam lebih kurang 9.00 pagi, SP8 telah pergi ke Jabatan Kimia Malaysia di Kota Bharu untuk menghantar barang kes. Bertempat di Jabatan Kimia Malaysia, SP8 telah serahkan sampul surat bertanda ‘N’ (P24) dan barang kes di dalamnya bersama borang POL 31 (P43) kepada Noor Azlina Awang [SP7] untuk tujuan analisa. SP8 telah terima resit kimia dengan nombor makmal iaitu 20-FR-D02036 (P38). S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 8 of 20 14.03.2024 19. Pada 8/5/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di perkarangan pejabat SPRM Kelantan, SP5 bersama beberapa orang anggota polis BSJND IPD Pasir Mas telah membuat tangkapan semula ke atas OKT dan membawa balik OKT ke IPD Pasir Mas untuk tindakan siasatan berkait kesalahan narkotik.
20
Semakan terhadap Ketua Bahagian Siasatan & Peguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas iaitu ASP Ishak Bin Mahmud (SP2) dan penyelia SJR Tendong pada tarikh 3/5/2020 untuk shift 1600Hrs sehingga 2400Hrs iaitu Kpl Mohd Nazrul Bin Mohd Raub (SP6) telah mengesahkan tiada sebarang makluman atau laporan (P37) mengenai rampasan kes dadah dibuat oleh OKT kepada mereka.
21
Hasil analisa kimia oleh SP4 mendapati barang kes dadah yang dirampas oleh SP1 merupakan dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 2.85 gram dan 0.42 gram seperti dinyatakan di dalam laporan kimia (P42).
22
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya di atas prima facie sebelum memanggil OKT untuk memasukkan pembelaannya. Lihat seksyen 173 (h) Kanun Tatacara Jenayah. Rujukan juga dibuat kepada kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 447 di m/s 465 dan 466 perenggan
12
Mahkamah Persekutuan memutuskan: - [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 9 of 20 14.03.2024 is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favorable to the accused. [My own emphasis is added] [See also Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734 and Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85].
23
Maksud Prima Facie pula dijelaskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734 dimana Mahkamah Rayuan menjelaskan:- “In our respectful view the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the Criminal Procedure Code (and this would apply to a trial under s. 173 of the Code) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138; ([1983] CLJ (Rep) 721) HC p. 152 (p. 752 g): To summarise, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to so even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”
24
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 1 AMR 321 (m/s 338) menyatakan (Augustine Paul, JCA): S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 10 of 20 14.03.2024 " .... A prima-facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal."
25
Undang-undang adalah mantap bahawa untuk membuktikan kes prima facie, Mahkamah ini tertakluk kepada ujian penilaian maksima selepas mengambil kira keseluruhan kes pendakwaan termasuklah kredibiliti dan reliability and pemenuhan elemen elemen dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh pihak pendakwaan. ELEMEN
26
Pihak pendakwaan telah memanggil SP4. Mahkamah ini memperakui keterangan SP4 berdasarkan face value usai SP4 menyatakan beliau merupakan ahli kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia dan melalui keterangannya. Berdasarkan keterangan SP4 dalam mahkamah tidak terdapat apa apa keraguan munasabah yang dibangkitkan mahupun keterangnnya adalah tidak memuaskan. Oleh itu, Mahkamah ini menerima keterangan yang telah direkodkan terhadap SP4 ini. Dalam kes ini, hasil analisa kimia oleh SP4 mendapati barang kes dadah yang dirampas oleh SP1 merupakan dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 2.85 gram dan 0.42 gram seperti dinyatakan di dalam laporan kimia (P42).
27
Dalam kes ini, menurut keterangan saksi pendakwaan barang kes yang material dijumpai dalam beg milik OKT yang mana dalam pengawasan OKT. Pada waktu yang material,tidak ada orang lain berada dengan OKT selain daripada pihak berkuasa SPRM yang membuat serbuan. Dapatan mahkamah ini, barang-barang S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 11 of 20 14.03.2024 peribadi yang diletakkan bersekali juga menunjukan sokongan terhadap barang dadah tersebut adalah milik OKT. Selain itu, Mahkamah dalam menilai keterangan SP1 yang menjalankan penggeledahan dengan jelas menerangkan bahawa barang kes ditemui dalam beg milik OKT. SP1 dengan jelas menceritakan bahawa hanya terdapat OKT sahaja di dalam bilik berkenaan. Hanya anggota serbuan SPRM sahaja yang berada Bersama SP1 semasa tangkapan terhadap OKT dibuat. Pihak pembelaan mencadangkan bahawa bilik tempat kejadian boleh diakses oleh orang lain, contohnya, Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat.
28
Namun berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah direkodkan, Mahkamah ini mendapati hanya OKT yang sedang memakan nasi yang berada di tempat kejadian sebelum kedatangan anggota tangkapan SPRM. Keterangan SP1 ini adalah jelas dan memuaskan. Oleh itu, Mahkamah menerima keterangan SP1 ini.
Preamble
Menurut keterangan Beg barang kes yang ditemui hanya berdekatan dengan OKT disamping barangan peribadi OKT dalam beg tersebut jelas menunjukan pemilikan oleh OKT.
29
Pihak Pembelaan pula telah mencadangkan kepada saksi pendakwaan terutamanya SP5 dan SP8 bahawa barang kes yang material ini dijumpai oleh OKT semasa bertugas di SJR Tendong. Melalui keterangan, pembelaan mencadangkan bahawa ketika OKT bertugas, terdapat situasi di mana tertuduh melihat beberapa orang menunggang motorsikal dalam keadaan mencurigakan ketika tertuduh bertugas yang mana salah seorang individu tersebut telah mencampakkan sesuatu.
30
Kemudian, dicadangkan juga bahawa individu-individu tersebut melarikan diri. Tertuduh kemudian telah memeriksa bungkusan yang dicampakkan dan mendapati ia sebuah beg uncang berwarna coklat iaitu ekshibit P10 dan S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 12 of 20 14.03.2024 mendapati sebuah kotak rokok putih dan terdapat barang disyaki dadah di dalam bungkusan tersebut. Versi dicadangkan oleh pembelaan ini jelas menyatakan bahawa disebabkan tertuduh sedang bertugas di SJR Tendong dan tiada tangkapan saspek dilakukan, tertuduh menunda untuk membuat laporan polis sehingga tugasan di SJR Tendong selesai.
31
Pendapat Mahkamah ini, berdasarkan keterangan di dalam Mahkamah semakan terhadap Ketua Bahagian Siasatan & Peguatkuasaan Trafik IPD Pasir Mas iaitu ASP Ishak Bin Mahmud (SP2) dan penyelia SJR Tendong pada tarikh 3/5/2020 untuk shift 1600Hrs sehingga 2400Hrs iaitu Kpl Mohd Nazrul Bin Mohd Raub (SP6) telah mengesahkan tiada sebarang makluman atau laporan (P37) mengenai rampasan kes dadah dibuat oleh OKT kepada mereka. Oleh itu, memandangkan keterangan mereka adalah jelas dan munasabah mahkamah ini menerima keterangan SP2 dan SP6. Jelas disini, sekiranya benar terdapat rampasan barang kes dadah, pastinya SP2 dan SP6 perlu dimaklumkan memandangkan barang kes yang material bukanlah barang kes biasa, namun adalah dadah berbahaya.
32
Beban Pihak Pendakwaan adalah untuk menunjukan bahawa OKT dalam kes ini mempunyai pengetahuan, jagaan dan milikan ke atas dadah berkenaan dan bukannya untuk menunjukan “ownership” ke atasnya. Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP v Klong K’djoanh & Anor Appeal [2016] 5 CLJ 533: “[33] Di bawah s. 39B(1), apa yang perlu dibuktikan ialah milikan dan kawalan dengan pengetahuan dan bukannya kepunyaan (ownership). Walaupun diandaikan dadah itu kepunyaan Brave, tetapi tertuduh dengan penuh pengetahuan membawanya ke Malaysia dari India, itu sudah cukup untuk memenuhi kehendak s. 39B(1) ADB. Isu sama ada Brave atau adik Brave adalah pemilik beg P24, tidak relevan sama sekali bagi pertuduhan di bawah s. 39B(1) ADB.” S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 13 of 20 14.03.2024 33. Berkenaan mengenai rantaian barang kes, Mahkamah ini mendapati bahawa setiap pergerakan barang kes yang dipertuduhkan di sini adalah utuh dan tidak mempunyai pemecahan. Barang kes seperti mana dijelaskan oleh SP1 adalah barang kes seperti mana yang dirampas. Perkara ini telah direkodkan oleh SP1. Barang kes juga ditunjukkan kepada OKT di pejabat SPRM adalah sama seperti dirampas. SP1 pula menyerahkan barang kes tersebut kepada SP3. SP3 adalah seorang Pegawai Penyiasat bagi kes SPRM OKT. SP3 jelas menyatakan bahawa barang kes yang diterima adalah seperti mana di atas. Sepanjang dalam kawalannya, SP3 jelas menyatakan menyimpan barang tersebut dengan baik dan hanya dia sahaja yang mempunyai kawalan terhadap biliknya.
34
Selapas itu, keesokan harinya, SP1 menerangkan pula dia telah mendapat arahan daripada pegawai atasan berkenaan barang kes dadah, SP1 mengambil semula barang kes tersebut daripada SP3. Barang kes masih sama seperti yang diberitahu. Arahan yang diterima oleh SP1 adalah untuk menyerahkan barang kes tersebut kepada SP7. Terdapat beberapa pembetulan yang direkodkan di antara saksi saksi ini, namun ini Mahkamah tidaklah melablekan sebagai terputusnya rantaian barang kes. Rekod serah menyerah adalah sama dan tidak terputus daripada rampasan dari OKT. Rekod serahan antara SP7 dan SP8 juga sama seperti yang diserahkan oleh SP1 sehinggalah penyerahan kepada Ahli Kimia.
35
Oleh itu, setelah menilai keterangan, Mahkamah ini mendapati bahawa barang kes yang dipertuduhkan ini dalam milikan OKT.
36
Berdasarkan keterangan daripada saksi pihak pendakwaan, sewaktu penggeledahan dilakukan, OKT dilihat tenang namun selepas barang kes dadah ditemui OKT dilihat cemas, takut dan kerap kali memohon maaf kepada SP1. SP1 rampas semua barang kes dan bawa balik bersama OKT ke Pejabat SPRM S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 14 of 20 14.03.2024 Kelantan untuk tindakan lanjut. Berkenaan reaksi OKT ini, jelas di sini, perkara yang dapat disimpulkan adalah OKT mengetahui bahawa barang dadah ini adalah salah dengan reaksi OKT sewaktu barang kes ditemui. Mahkamah merujuk kepada kes Abdullah Zawawi Bin Yusoff v PP [1993] 3 MLJ 1, SC dirujuk di mana Hakim Edgar Joseph Jr di dalam penghakimannya menyatakan kelakuan perayu melarikan diri dari rumah apabila diberitahu bahawa dadah telah dijumpai adalah konsisten dengan pengetahuan beliau tentang dadah di dalam kotak itu dan dengan demikian menunjukkan perasaan bersalah. Sebaliknya pula kelakuan tersebut juga konsisten dengan perayu yang berada dalam keadaan cemas. Seseorang yang tidak bersalah mungkin akan bertindak dengan bodoh apabila berhadapan dengan kemungkinan ditahan untuk suatu tuduhan yang membawa hukuman mati.
37
Berdasarkan fakta keterangan juga, barang kes telah ditemui dalam beg milik beliau. Apa yang jelas, siapa yang meletakkan barang tersebut dalam milik OKT jika bukan OKT sendiri. Hal ini jelas menunjukkan barang kes tersebut adalah dalam milikan OKT dan pasti dia mengetahuinya. Semasa saksi pendakwaan memberikan keterangan juga, soalan versi pembelaan yang dicadangkan kepada saksi pendakwaan juga tidak menafikan barang kes tersebut dalam milikan OKT yang mana isu kepunyaan ini menjadi asas pembelaan OKT.
38
Oleh itu, berdasarkan keterangan, dengan mengambil keterangan bahawa OKT memohon maaf juga apabila barang kes ditemui dalam beg beliau adalah material dalam menunjukkan pengetahuan berkenaan milikan dadah dan pengetahuan. [Mahkamah merujuk kepada kes PP v Mohd Farid bin Mohd Sukis & Anor [2002] 3 MLJ 401. S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 15 of 20 14.03.2024
39
Di akhir kes pihak pendakwaan mahkamah ini telah menilai keterangan pihak pendakwaan. Ujian yang digunakan adalah penilaian maksima. Mahkamah menerima keterangan yang disampaikan oleh SP1,SP2,SP3,SP4,SP5,SP6,SP7 dan SP8. Percanggahan walaupun ada dalam kes ini, tidak menggoyahkan kes pendakwaan. Dan dalam hal ini, setelah menilai kesemua keterangan dan menguji terhadap elemen-elemen yang diperlukan dalam kes ini, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu, Mahkamah ini memanggil OKT untuk memasukkan pembelaannya.
40
Mahkamah dalam mendengar kes pembelaan OKT telah merujuk kepada peruntukan dibawah seksyen 173m Kanun Tatacara Jenayah dan juga kes Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 yang mana Mahkamah menyatakan; “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:–
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt-Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation-Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation-Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt-Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt-Acquit. S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 16 of 20 14.03.2024 41. Di dalam kes ini, pihak Pembelaan telah memangil OKT. OKT dalam kes ini telah memilih keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi [SD1]. Sebelum ini 3 pilihan bela diri telah dibacakan kepada OKT. OKT dalam keterangannya menceritakan seperimana berikut. Menurut keterangan SD1, beliau pada Tarikh yang dipertuduhkan menerangkan bahawa dia bertugas di SJR berhadapan Balai Polis Tendong dari jam 4 petang sehingga 12 malam. SD1 menceritakan permulaannya adalah pada ketika tersebut jam lebih kurang 6.30 petang beliau melihat 2 hingga 3 biji motosikal sebelum SJR dimana mereka telah berpatah balik dalam keadaan gesa-gesa dan campakkan sesuatu atas jalan. SD1 menyatakan tidak dapat memastikan identifikasi individu-individu tersebut. Selepas itu, SD1 menceritakan telah pergi ke tempat individu-individu tersebut yang mencampakkan sesuatu, mendapati 1 uncang dan SD1 kemudiannya membuka uncang tersebut mendapati ia adalah dadah [barang kes tersebut]. SD1 kemudiannya mengambil barang tersebut dan memasukkan ke dalam beg kerja. Kemudiannya SD1 sambung semula bertugas di SJR tersebut.
42
SD1 menceritakan bahawa akan membuat report polis usai dari tugasan di SJR. SD1 menyatakan yakin dengan kuasa dia untuk simpan barang kes tersebut. Selesai SJR lebih kurang jam 12 malam hari yang sama. Sampai di pejabat trafik Pasir Mas SD1 ingin menjamah nasi terlebih dahulu, namun tergendala kerana kehadiran pegawai SPRM. Kes SPRM berkait report lain. Oleh itu, SD1 menceritakan terpaksa melayan pegawai SPRM terlebih dahulu.
43
Di dalam keterangannya, SD1 menceritakan bahawa mengikut kefahaman beliau, barang kes tersebut perlulah direkodkan secepat yang boleh. SD1 juga secara tegasnya menyatakan yakin ketika tu kuasa polis ada padanya untuk menyimpan barang kes tersebut sebelum buat laporan polis. S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 17 of 20 14.03.2024 44. SD1 menyatakan bahawa barang kes tersebut bukanlah milik beliau, namun milik individu-individu yang menunggang motosikal yang mencapakkan semasa di SJR. SD1 kemudiannya menyatakan kesilapan beliau apabila tidak memaklumkan kepada penyelia beliau berkenaan penemuan barang kes dadah ini sini hanyalah bersifat kecuaian. Dan kecuaian di sini SD1 menyatakan tidak menghalangnya untuk merampas barang kes dadah.
45
Tugas pembelaan di akhir kes pihak pembelaan berpandukan kes Mat hanyalah untuk menunjukkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Di dalam kes ini, mahkamah ini telah menilai keseluruhan keterangan yang dibentangkan di hadapan mahkamah ini.
46
Di dalam kes ini oleh kerana OKT tidak menafikan mempunyai barang kes dadah tersebut namun menafikan milikannya Mahkamah ini mendapati kes pembelaan di sini hanyalah penafian semata-mata. Berdasarkan keterangan yang ada, tidak terdapat keraguan munasabah berkenaan keterangan yang disampaikan oleh SD1. SD1 sebagai seorang anggota polis memahami tugasan dan kuasa yang ada. Sebagai seorang anggota polis, jika benar apabila terdapat apa-apa penemuan barang salah seperti dalam kes pada hari ini, barang kes dadah, yang disyaki dadah perlulah secepat mungkin menyerahkan kepada Bahagian Narkotik secepat yang mungkin. Ini bukan sahaja sebagai satu perkara yang wajib, namun jelas untuk menolak segala tohmahan dan memelihara intergriti barang kes.
47
SD1 sendiri dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau perlulah menyerahkan barang kes secepat mungkin kepada Bahagian Narkotik. Masa yang diambil dari 6.30 petang sehingga 12.30 tengah malam Mahkamah ini berpendapat perkara ini tidaklah mencakupi ungkapan secepat yang mungkin sepertimana diungkapkan oleh OKT. Tambahan lagi, dalam hal ini, jika sebagai S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 18 of 20 14.03.2024 anggota polis, SD1 juga mengetahui bahawa rantaian barang kes dan kerosakan barang kes perlulah dititikberatkan.
48
Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa versi bahawa barang kes ditemui di SJR hanyalah penafian semata mata oleh OKT. Berdasarkan penceritaan OKT yang mengatakan beliau melihat beberapa buah motosikal yang mencampakkan uncang/barang di tepi jalan di SJR tersebut juga hanyalah rekaan semata mata. Jika benar terdapat individu yang mencampakkan barang tersebut di tepi jalan, apakah usaha OKT yang selepas melihat individu tersebut mencampakkan barang? Menurut keterangan yang ada, versi ini adalah rekaan dan penafian OKT terhadap milikan barang kes tersebut. Ini adalah memandangkan jika menurut keterangan OKT, hanya mengambil barang dan berdiam diri sehinggalah selesai tugasan. Tambahan lagi, barang kes yang dirampas diletakkan bersekali dengan barang peribadi OKT yang lain. Hal ini hanya diketahui hanya dengan tangkapan OKT oleh anggota SPRM. Ini jelas menunjukkan dadah tersebut adalah milik SD1.
49
Apatah lagi tidak terdapat sebarang usaha oleh SD1 dalam kes ini untuk menunjukkan barang kes tersebut jika benar dijumpai semasa di SJR apabila tidak memaklumkan kepada penyelia beliau. Seorang anggota yang bertugas memahami bahawa tingkat kawalan kuasa, tiap-tiap perkara yang terjadi di sesuatu tempat perlu dimaklumkan kepada penyelia. Keterangan daripada SP2 dan SP6 jelas menyokong lagi kes pendakwaan yang masih kukuh sehingga kini. Namun hal ini tidak dilakukan oleh SD1. SD1 juga di dalam Mahkamah mengakui barang kes dadah adalah sangat penting dan perlu dimaklumkan kepada penyelia. Sewaktu disoal balas oleh Puan TPR, Puan TPR Terpelajar telah bertanyakan samada jika benar barang kes tersebut benar dijumpai, perlu dimaklumkan kepada penyelia dan SD1 menjawab setuju. Bahawa hal ini hanyalah terjumlah kepada kecuaian seperti mana dakwaan OKT, mahkamah ini mendapati bahawa ia adalah penafian semata-mata OKT. S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 19 of 20 14.03.2024
49
Berdasarkan keseluruhan kes baik dari segi pendakwaan dan pembelaan, adalah jelas SP8 selaku IO telah membuat penyiasatan yang baik dan memberikan keterangan yang memuaskan. Keterangan SP8 masih kukuh. Tambahan lagi, mengenai versi di atas oleh OKT, keterangan SP2 dan SP6 di dalam mahkamah juga jelas menerangkan bahawa mereka juga tidak dimaklumkan berkenaan rampasan barang kes dadah adalah cukup untuk menafikan versi SD1. Sememangnya berdasarkan keseluruhan keterangan di dalam Mahkamah ini, barang kes dadah tersebut adalah dalam milikan OKT dan di bawah pengetahuannya. Ini adalah cukup bagi pihak pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
50
Selepas menilai keterangan SD1, dan meletakkan keteranggan beliau menongkah keterangan pendakwaan Mahkamah ini mendapati keterangan OKT hanyalah penafian semata-mata dan tidak pula menimbulkan sebarang keraguan munasabah di minda Mahkamah ini.
51
Memandangkan OKT mengakui bahawa barang dadah tersebut dalam beg beliau, namun menafikan bahawa ia miliknya, berdasarkan keseluruhan keterangan mahkamah ini mendapati bahawa pembelaannya di sini adalah penafian semata-mata.
52
Dengan mengambil kira kesemua keterangan di pihak pendakwaan secara penilaian maksima dan juga kes pembelaan di hadapan mahkamah ini, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dalam hal yang sama, berdasarkan keseluruhan keterangan dari pihak Pendakwaan dan juga pembelaan, pihak S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw Page 20 of 20 14.03.2024 Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
53
Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati OKT bersalah atas setiap pertuduhan dan mensabitkannya. Mahkamah telah mempertimbangkan rayuan mitigasi OKT dan juga pemberatan yang disampaikan oleh pihak pihak dalam kes ini. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, mengambil kira rayuan mitigasi dan pemberatan, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara selama [18 Bulan] bulan bermula dari tarikh sabitan bagi setiap pertuduhan. Kedua hukuman penjara ini berjalan secara serntak memandangkan ianya adalah 1 transaksi yang sama. Mahkamah ini memerintahkan. Bertarikh 14 Mac 2024 ………………………………………… MOHD IZDHAM NAIM BIN CHE ANI Majistret Mahkamah Majistret Pasir Mas Kelantan Darul Naim Pihak-Pihak: Timbalan Pendakwaraya, Kelantan Darul Naim: Pn. Mahfuzah Hamizah Mohd Arif Peguambela & Peguamcara: En. Muhammad Hasif Bin Hasan Keputusan: 16 Januari 2024 UNDANG-UNDANG: Akta Dadah Berbahaya 1952- Milikan-Seksyen 12(2) Akta yang sama-Kes Prima Facie-Elemen Milikan dan juga pengetahuan-Kes Pihak Pembelaan-Sama ada pihak pembelaan Berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan-Pembelaan Penafian Semata Mata-S/N GvjvzV71PESXybuutgx0jw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.