When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence.” [20] Mahkamah atas dasar itu, mengemukakan alasan dan justifikasi Mahkamah dalam memberikan hukuman serta perintah sedemikian terhadap kenderaan yang terlibat bagi kesemua kes OKS. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI HUKUMAN [21] Menjadi prinsip asas Mahkamah ini, bahawasanya undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman yang bersesuaian serta mengikut undang-undang apabila seseorang pesalah telah didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. [22] Dalam kes Public Prosecutor v. Jafa Bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Hakim Mohamed Azmi (pada ketika itu) telah menyatakan: "A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [23] Terdapat begitu banyak nas-nas undang-undang yang memberikan panduan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang pesalah. Mahkamah antaranya merujuk kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 yang memutuskan seperti berikut: "In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. … "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. [24] Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 276 juga telah menyatakan seperti berikut:- S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg "The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused." [25] Hukuman yang dijatuhkan juga mestilah sepadan ("proportionate") dengan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pesalah. Prinsip "proportionality" ini telah dijelaskan dalam kes Mahkamah Rayuan Mohamad Nasuha Abdul Razak v. PP [2019] 3 CLJ 612; [2020] 3 MLJ 530; di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- "[14] Be that as it may, one of the important factors that we must bear in mind is that the sentence must always satisfy the principle of proportionality - that the severity of the penalty should be proportionate to the gravity of the offence committed and the degree of responsibility of the offender. The principle was articulated by the High Court of Australia in Hoare v. R [1989] 167 CLR 458 at 354 as follows: “a sentence of imprisonment imposed by a court should never exceed that which can be justified as appropriate or proportionate to the gravity of the crime considered in the light of its objective circumstances.” ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [26] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi sepertimana yang dihujahkan oleh peguambela yang bertindak mewakili OKS, namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga memperhalusi faktor-faktor pemberatan serta fakta kes yang berkaitan dalam mempertimbangkan bentuk dan kuantum hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan OKS sepertimana yang dipertuduhkan. Berikut adalah dapatan dan alasan Mahkamah: S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg 1) Kepentingan Awam Melebihi Kepentingan Seseorang Pesalah [27] Mahkamah sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh ("deterrent") dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. [28] Justeru, Mahkamah bersetuju bahawa dalam apa jua pertimbangan faktor yang harus diambil kira, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor kepentingan awam. [29] Di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah melibatkan kesalahan membawa muatan melebihi syarat muatan yang dibenarkan. Bahkan peratusan lebih muatan juga adalah sehingga 90- 130% yang jelas jauh melangkaui had muatan yang dibolehkan bagi menjaga keselamatan sekeliling terutamanya pengguna jalan raya. [30] Di Malaysia, kekerapan berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat seperti kenderaan-kenderaan OKS ini semakin hari, semakin meningkat. Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada pemilik kenderaan mahupun pemandu kenderaan tetapi juga melibatkan orang awam dan pengguna jalan raya lain. [31] Fakta inilah yang membawa kepada pengamatan penting Mahkamah bahawa kepentingan awam harus menjadi tunjang utama dalam Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada OKS. Justeru, hukuman denda sebagaimana jumlah yang dikenakan adalah S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg wajar dan munasabah bagi memberi cerminan kepada OKS dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa, sekaligus dilihat mampu menjaga kepentingan awam. [32] Kuantum denda yang dikenakan ke atas OKS pula dinilai oleh Mahkamah ini sebagai suatu jumlah yang berpadanan bagi memberikan OKS ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar OKS sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas OKS secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua kesalahan yang melanggar undang-undang. 2) Hukuman Masih Dalam Ruang Lingkup Peruntukan Undang-Undang [33] Sebagaimana nas peruntukan hukuman yang dibacakan kepada OKS, kesalahan yang dipertuduhkan ini boleh dikenakan dengan hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak Iebih daripada RM500,000 atau dipenjarakan seIama tempoh tidak meIebihi 2 tahun atau kedua-duanya. [34] Di dalam kes ini, setelah mengambil kira hujahan dan permohonan peguambela yang mewakili OKS agar OKS hanya dikenakan hukuman denda sahaja serta bersandarkan kepada fakta kes kejadian yang dikemukakan, Mahkamah telah memutuskan untuk mengenakan hukuman berbentuk denda sahaja kepada OKS. Bahkan jumlah denda yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada jumlah maksimum S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg yang boleh dikenakan ke atas Tertuduh, sekaligus tiada keadaan 'manifestly wrong being done’ oleh Mahkamah kerana hukuman yang diberikan masih dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan ataupun ‘within ambit of law’. [35] Rujukan kes Chan Sit Hoong v. PP (supra) menjadi panduan Mahkamah dalam mengenakan hukuman sedemikian ke atas Tertuduh. “A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence. [36] Mahkamah berpandangan bahawa hukuman denda adalah wajar dan setimpal untuk dikenakan bagi memberi pengajaran kepada OKS dan jumlah denda yang dikenakan ke atas OKS juga adalah tidak berlebihan, apatah lagi melampaui peruntukan undang-undang dan prinsip hukuman yang ada. [37] Nilai denda tersebut juga adalah suatu jumlah yang munasabah mengambil kira keadaan serta perjalanan perniagaan OKS menggunakan kenderaan-kenderaan berat sebegini yang telah beroperasi selama hampir 40 tahun. Berdasarkan keseluruhan kes, kenderaan yang terlibat adalah sebanyak 7 buah lori dan setiap 1 buah lori tersebut membawa S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg pelbagai muatan yang pastinya bernilai tinggi. Mahkamah berpendapat, dengan status dinamika perniagaan OKS yang dilihat agak menguntungkan, sudah pasti, nilai denda yang dikenakan oleh Mahkamah tidaklah keterlaluan ataupun berlebihan bahkan mungkin jauh lebih rendah daripada jumlah hasil keuntungan yang telah dikecapi oleh syarikat OKS selama ini. Justeru, jumlah denda sedemikian adalah sangat berpadanan pada hemat Mahkamah bagi memberi impak keinsafan kepada OKS agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang. 3) Tahap Kesengajaan Seseorang Pesalah Sewaktu Kesalahan Dilakukan [38] Selain itu, dalam menghakimi kes ini, Mahkamah turut mengambil pendekatan untuk mempertimbangkan tahap kesengajaan OKS sewaktu melakukan kesalahan sebagai panduan dalam memutuskan hukuman yang bersesuaian ke atasnya, di mana pendekatan ini dapat dilihat aplikasinya dalam penghakiman Willan CJ dalam kes MOHAMED JUSOH ABDULLAH & ANOTHER V. PP [1947] 1 LNS 73; [1947] 1 MLJ 130 yang ada menyatakan: “The court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of sentence, his age and character.” S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [39] Setelah meneliti fakta kes dan melakukan proses pertimbangan yang jitu, Mahkamah ini mendapati bahawa tahap kesengajaan yang dilakukan oleh OKS adalah sepadan dengan amaun denda yang dikenakan, sekaligus menatijahkan hukuman sepertimana yang diputuskan Mahkamah ini ke atas OKS tempoh hari. [40] Sekali lagi dengan merujuk kepada pertuduhan dan dapatan fakta kes OKS, didapati peratusan lebih muatan adalah sehingga 90-130% yang jelas jauh melangkaui had muatan yang dibolehkan bagi menjaga keselamatan sekeliling terutamanya pengguna jalan raya. Apatah lagi, kesalahan ini bukan sekadar melibatkan 1 buah kenderaan atau lori sahaja, bahkan 7 buah lori milik syarikat OKS yang mengendalikan kenderaan berat. [41] Perhatian Mahkamah juga cuba dibujuk oleh peguam OKS yang menyatakan ketika 2 tarikh hari kejadian tersebut, adalah merupakan hari hujan lebat yang menyebabkan muatan menjadi lebih berat. Walaubagaimanapun, Mahkamah menilai perkara ini sebagai keadaan yang sepatutnya dapat diramalkan oleh OKS terutamanya ketika musim tengkujuh seperti dihujahkan peguam. Seharusnya tahap kecaknaan dan kewaspadaan OKS adalah lebih tinggi ketika musim tengkujuh dengan tidak membenarkan muatan yang melebihi had dibenarkan untuk dibawa bagi membendung risiko yang lebih besar terhadap pengguna jalanraya. [42] Namun begitu, meskipun wujud risiko sedemikian terutamanya ketika musim tengkujuh dan hari hujan, kenderaan-kenderaan terlibat masih dibenarkan serta dibiarkan oleh OKS untuk berada di jalan raya dengan membawa muatan yang banyak tersebut sehinggalah ditahan oleh pihak JPJ Negeri Kelantan. S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [43] Faktor tersebutlah yang membawa kepada tahap kesengajaan OKS yang tinggi dalam melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan. Fakta inilah yang menjadi indikator Mahkamah bahawa bagi setiap nombor kes, amaun denda sebanyak RM9000.00 dan sekiranya gagal bayar dikenakan 8 bulan penjara itu adalah amat wajar, adil dan setimpal dengan kesalahan OKS. [44] Memetik penghakiman di dalam kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1988] 2 CLJ 370, sebagaimana diputuskan: “An accused person should be given credit or discount for pleading guilty, but the severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea. Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused person to a lesser punishment” [45] Kesalahan OKS yang membawa lebihan muatan dari had yang dibenarkan sudah pasti berisiko besar yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecelakaan kepada pengguna jalanraya yang lain. OKS sepatutnya sebagai pengendali kenderaan berat perlu memastikan keselamatan pemandu serta pengguna jalanraya yang lain terjaga dan tidak sepatutnya membenarkan kesemua lori syarikat OKS yang terlibat membawa lebihan muatan yang sangat banyak sepertimana pertuduhan. OKS juga tidak sepatutnya hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan berganda dengan mengenepikan undang-undang serta keselamatan pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya lain. S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [46] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini bagi setiap nombor kes ke atas OKS adalah adil, wajar dan munasabah. PERINTAH PELUCUTHAKAN ATAU PELEPASAN [47] Berkaitan isu pelucuthakan atau pelepasan kenderaan OKS yang disita dalam kesemua nombor kes ini, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 80(3) APAD 2010 yang jelas memperuntukkan kuasa Mahkamah ini untuk mengeluarkan perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan kenderaan-kenderaan tersebut memandangkan pendakwaan bagi kesalahan kes OKS dilakukan di Mahkamah yang Mulia ini. [48] Seterusnya, dengan merujuk kepada seksyen 80(4) APAD 2010, bagi maksud perintah pelucuthakan kenderaan yang disita di bawah seksyen 80(3) APAD 2010 tersebut, ianya hendaklah dibuat apabila didapati bahawa kenderaan terlibat adalah hal perkara bagi kesalahan tersebut. [49] Memandangkan seksyen 80(4) APAD 2010 adalah rentetan daripada pilihan kuasa Mahkamah untuk mengeluarkan perintah di bawah seksyen 80(3) APAD 2010, keadaan ini pada hemat Mahkamah adalah bermaksud sekiranya Mahkamah memilih untuk memberi perintah pelucuthakan suatu kenderaan, Mahkamah ini hendaklah dibuktikan sehingga berpuas hati bahawa kenderaan terlibat adalah hal perkara bagi kesalahan tersebut. Hanya dalam keadaan Mahkamah telah berpuas hati akan keadaan sedemikian, maka perintah pelucuthakan hendaklah dibuat oleh Mahkamah. S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [50] Ini bermaksud pra-syarat atau indikator utama dalam Mahkamah menggunakan pilihan kuasa untuk melucuthak kenderaan yang disita, intipati bahawa kenderaan tersebut berkait dengan kesalahan hendaklah dibuktikan kepada Mahkamah sehingga Mahkamah berpuas hati kerana ianya bersifat mandatori dengan mengambil kira penggunaan perkataan ‘shall’ dalam nas undang-undang tersebut. [51] Maka, melalui bacaan peruntukan undang-undang di atas iaitu seksyen 80(3) dan 80(4) APAD 2010, adalah tepat bahawa forum yang betul untuk dikeluarkan mana-mana perintah sedemikian di dalam seksyen 80(3) tersebut berkait kesemua kes OKS ini adalah di Mahkamah ini memandangkan pendakwaan bagi kesalahan kes-kes OKS telah dilakukan di Mahkamah yang Mulia ini. [52] Selain itu, perintah pelucuthakan oleh Mahkamah terhadap 3 buah kenderaan OKS adalah dibuat selepas Mahkamah berpuas hati bahawa ketiga-tiganya adalah kenderaan terlibat bagi hal perkara dalam kesalahan di bawah seksyen 57(3) APAD 2010 oleh OKS yang telah diakui salah sendiri oleh OKS. Justeru, perintah pelucuthakan tersebut telah dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub sebagaimana kehendak 80(4) APAD 2010. [53] Bagi 4 lagi baki kenderaan, Mahkamah tetap menggunakan kuasa di bawah seksyen 80(3) APAD 2010 untuk dipulangkan atau dilepaskan semula kepada pemilik iaitu OKS. Keputusan sedemikian menjadikan Mahkamah tidak perlu lagi melihat kepada peruntukan seksyen 80(4) APAD 2010 walaupun kenderaan tersebut juga adalah hal perkara bagi kesalahan OKS. Justeru, perintah pelepasan tersebut juga dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub. S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg [54] Apapun perintah yang telah Mahkamah ini putuskan, ianya pada hemat Mahkamah senantiasa disandar kepada peruntukan undang-undang yang ada dan mengambil kira semua faktor peringanan dan pemberatan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. [55] Perintah Mahkamah untuk 3 buah kenderaan dilucuthak serta 4 lagi baki kenderaan perlu dilepaskan semula kepada pemilik sudah cukup untuk memberikan amaran serta pengajaran buat OKS supaya tidak melakukan kesalahan sama lagi. Apatah lagi, 3 kenderaan yang dilucuthak tersebut semuanya melibatkan jumlah peratusan lebih muatan melebihi dari 100% yang mewajarkan perintah sedemikian. 4 lagi baki kenderaan yang diperintah untuk dilepaskan kepada pemilik diharap juga mampu memberi pengajaran dan peluang kepada OKS untuk menjalankan urusan perniagaan dengan lebih baik dan mengikut undang-undang. [56] Merujuk kepada kes R v. Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, Mahkamah memutuskan bahawa: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [57] Mahkamah ini percaya bahawa hukuman serta perintah yang diberikan adalah wajar dan sesuai kerana dibawah peruntukan undang-undang serta telah mengambil kira semua faktor termasuk hujahan mitigasi pihak pembelaan, hujahan pemberat pihak pendakwaan serta diimbangi dengan faktor kepentingan awam serta latar belakang kes semasa. KESIMPULAN [58] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar dan munasabah bagi sabitan, hukuman dan perintah sepertimana yang telah diberikan kepada OKS bagi kesemua kes. Disediakan oleh AHMAD SYAFIQ AIZAT BIN NAZRI Majistret Mahkamah Majistret (2) Kota Bharu S/N hawnnmhbTE6UdkN4ndFypg