Kanun Tatacara Jenayah. [48] Faktor bahawa Perayu menyatakan bahawa beliau telah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahn ini lagi pada masa yang akan datang selepas beliau dipertuduhkan atas pertuduhan ini juga telah diambil kira oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Perayu. B) KEPENTINGAN AWAM [49] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi seperti mana yang dihujahkan oleh Perayu namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga memperhalusi faktor-faktor pemberatan yang berkaitan dalam kes ini dalam mempertimbangkan kuantum hukuman yang berseusaian dengan kesalahan Perayu seperti mana dipertuduhkan. [50] Mahkamah juga sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada Perayu ("deterrent") dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. [51] Mahkamah ini turut menilai bahawa sekiranya benar Perayu berhasrat untuk insaf dan bertaubat daripada kesalahan yang dia lakukan maka kuantum hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu mampu memainkan peranan dalam membantu Perayu mencapai hasrat tersebut dengan menghalang pengedaran racun terjadual daripada tersebar dalam kalangan masyarakat umum. [52] Ini kerana, Mahkamah ini percaya dengan kuantum denda yang dijatuhkan, Perayu mahupun orang lain akan berfikir banyak kali sebelum mengulangi kesalahan tersebut memandang sekalipun besar Perayu terdetik untuk mendapatkan ketenangan palsu yang sementara dengan memasukkan dadah terlarang dalam tubuhnya, pastinya prospek tersebut tidak sepadan dengan hukuman yang bakal menimpa para pelaku jenayah ini apabila tertangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Bak kata pepatah melayu “sudah terhantuk barulah terngadah”. [53] Dalam pada itu, Mahkamah bersetuju bahawa dalam menjalankan proses perimbangan antara pelbagai kepentingan yang seharusnya diambil pertimbangan oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan suatu hukuman, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah ialah faktor kepentingan awam. [54] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes ABU BAKAR BIN ALIF V. R [1953] 1 MLJ 19 oleh Spenser Wilkinson J yang memetik penghakiman dalam kes REX V. BALL (supra): "In deciding the appropriate sentence a Court should always be guidedby certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. … "It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person. [Penekanan ditambah] [55] Selain itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman yang bersesuaian untuk dikenakan keatas Perayu, Mahkamah perlu mengambil kira tunjang penggubalan sesuatu peruntukan undang-undang seperti dasar-dasar awam yang diamalkan sebagai contoh kepentingan menjaga kesihatan awam melalui pengiktirafan terhadap betapa bahayanya kesalahan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan. [56] Pertimbangan dasar awam dalam menjatuhkan hukuman keatas Perayu ada dinyatakan dalam kes PP v LOO CHOON FATT (supra) oleh Hashim Yeop Sani J: It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problemof drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse ofdangerous drugs and the attendant dangers it has posed to societyitself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. [Penekanan ditambah] [57] Selain daripada itu juga, dalam mempertimbangkan apa hukuman yang bersesuaian untuk dikenakan keatas Perayu, Mahkamah perlujuga tidak boleh terlalu bersimpati dengan mitigasi seperti kesusahan keluarga, kerjaya tamat dan lain-lain. [58] Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes PP v LOO CHOON FATT (supra) oleh Hashim Yeop Sani J: Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted bya convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard L.C.J. in Rex v Grondkowski [1946] 1 All ER 560 561 offered some good advice when he said:– "The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." [Penekanan ditambah] [59] Mahkamah berpendapat bahawa hukuman denda yang dikenakan terhadap Perayu dalam kes ini merupakan satu bentuk hukuman yang mampu menjaga kepentingan awam. Hal ini kerana, Perayu dalam kes ini tidak terlepas begitu sahaja dengan suatu hukuman yang terlampau rendah yang tidak mencerminkan graviti kesalahan yang dilakukan / “a mere slap at the wrist”. [60] Bahkan Mahkamah berpandangan hukuman yang diberikan keatas Perayu ini atas sabitan bagi kesalahan yang dilakukannya adalah suatu hukuman yang berpatutan dengan gravity kesalahan itu disisi undang-undang iaitu dengan sengaja memasukkan dadah berbahaya dalam badan yang mana mempunyai kesan negatif yang besar bukan sahaja keatas Perayu namun juga kepada masyarakat secara umumnya. [61] Mahkamah ini berpandangan, kuantum denda yang dikenakan keatas Perayu dinilai oleh Mahkamah ini sebagai suatu kuantum yang berpadanan bagi memberikan Perayu ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar Perayu sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas Perayu secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua perbuatan jenayah yang dipandang hina oleh masyarakat. [62] Mahkamah berpendapat bahawa dimensi kepentingan awam dalam kes ini akan terjaga melalui hukuman denda yang dikenakan keatas Perayu memandangkan hukuman tersebut dilihat bersesuaian dengan kepentingan agar episod jenayah yang dilakukan oleh Perayu ini dijadikan iktibar kepada Perayu secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar menginsafi kepentingan mematuhi undang – undang dengan mengelakkan diri daripada terjebak dengan kesalahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak ini. [63] Mitigasi Perayu bahawa dia mempunyai keluarga dan tidak ditahan gaji telah saya ambil maklum dan pertimbangkan sebaik-baiknya bersama-sama faktor-faktor yang telah saya huraikan sebelum ini. Apatah lagi dalam kes ini sewaktu didapati bersalah, Perayu sendiri yang memohon hukuman denda. [64] Walaubagaimanapun Perayu seharusnya menghayati kebijaksanaan dalam pepatah melayu lama; “sudah terhantuk barulah tengadah”. Perayu seharusnya sedar daripada awal SEBELUM dan bukanlah hanya SELEPAS kesalahan itu dilakukan bahawa kesusahan peribadi dan beban bakal menimpa Perayu sekiranya Perayu masih dengan sengaja melanggar undang-undang. [65] Dalam perkara ini saya merujuk keputusan Hakim Eusoffe Abdoolcader HMT di dalam kes PP V. TEH AH CHENG [1976] 1 LNS 116; [1976] 2 MLJ 186 yang menjelaskan: The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offences and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any sympathy on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan. [Penekanan ditambah] [66] Mengambil maklum perkembangan tersebut dan perkaitannya dengan kes yang dipertuduhkan keatas Perayu kali ini, Mahkamah mengambil pendekatan untuk mengangkat kepentingan awam melalui hukuman yang bersesuaian sepertimana yang dijatuhkan keatas Perayu. Mahkamah menilai bahawa hukuman tersebut dapat menghantar mesej yang jelas bahawa jenayah memasukkan dadah berbahaya dalam badan hendaklah diperangi dengan serius memandangkan iainya mana mempunyai kesan negatif yang besar bukan sahaja keatas Perayu namun juga kepada masyarakat secara umumnya. [67] Dalam perkara ini Mahkamah bersetuju dengan hujahan Responden yang memohon supaya suatu hukuman setimpal dikenakan keatas Perayu adengan mengambil kira faktor kepentingan awam iaitu Perayu merupakan seorang guru yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda dan tidak seharusnya mencabuli kemuliaan profesion perguruan dengan dilihat terlibat dengan apa jua jenayah apatah lagi jenayah penyalahgunaan dadah yang semakin pesat merebak dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar dan golongan belia. [68] Apatah lagi kes perbiocaraan terjhadap Perayu ini telah berjalan sejak tahun 2020 dan hanya berjaya diselesaikan melalui suatu perbicaraan penuh. [69] Mahkamah mendasarkan pendapat ini kepada penghakiman Hakim Abdul Malik Ishak HMR di dalam kes SINNATHURAI SUBRAMANIAM V. PP [2011] 5 CLJ 56: The public interest element is a bare shell. It is shaped and colouredby the facts of the case, by the surrounding circumstances that compelled the Court to take into account before sentencingand, more importantly, by the mores of a particular society. [Penekanan ditambah] [70] Mahkamah juga berpendapat bahawa dalam isu berkepentingan awam seperti soal menyemai kepatuhan kepada undang-undang, Mahkamah mempunyai peranan untuk mengetuai pandangan umumseperti dinukil dalam kes R V. SARGEANT [1974] 60 Cr App R yang saya jadikan sebagai dasar dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuaian dalam kes Perayu kali ini. Penghakiman itu ada menyebut: ... it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime, and the only way in which the courts can show this is by the sentences they pass.The courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion. [Penekanan ditambah] C) TREND HUKUMAN [71] Trend penghukuman turut memainkan peranan kira dalam proses penentuan hukuman oleh Mahkamah. Prinsip ini ada dinyatakan dalam kes NARAYANAN THIRUVENGADA RAMANUJAM V. PP [2018] 1 LNS 1924; [2018] MLJU 1836 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “[19] Kami turut bersetuju dengan Puan TPR bahawa trend hukuman dalam kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah sebelum ini turut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini.” [72] Dalam memutuskan kuantum hukuman yang besesuaian bagi kes ini, Mahkamah ini telahpun membuat rujukan terhadap trend hukuman dalam kes – kes tersebut sebagai perbandingan, antaranya: BUTIRAN KES HUKUMAN Public Prosecutor v Mohd Zulizzat bin Mohamad Noh [2023] MLJU 1682 (kes bicara penuh) Denda RM 3000 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun dibawah Seksyen 38B ADB Public Prosecutor v Mohamad Ridzuan bin Roslee [2023] MLJU 1068 (kes bicara penuh) Denda RM 5000 gagal bayar 10 bulan penjara dan pengawasan 3 tahun dibawah Seksyen 38B ADB Pendakwa Raya lwn Saiful Bahari bin Mohamad (No 2) [2022] MLJU 135(kes bicara penuh) Denda RM 3500 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun dibawah Seksyen 38B ADB Pendakwa Raya lwn Mohd Jamel bin Awang @ Zakaria [2023] MLJU 1109 (kes bicara penuh) Denda RM 3500 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun dibawah Seksyen 38B ADB Noorismail bin Abu Bakar v Public Prosecutor and another appeal [2021] 7 MLJ 306 (kes pejawat awam)(kes bicara penuh) Denda RM 5000 gagal bayar 12 bulan penjara dan pengawasan 3 tahun dibawah Seksyen 38B ADB [73] Sekiranya dibandingkan kuantum hukuman bagi kes – kes diatas dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini dalam kes ini iaitu Denda RM 4000 gagal bayar 6 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun dibawah Seksyen 38B ADB, bertempat di Balai Polis Bunut Susu, Pasir Mas, Jelas ini adalah hukuman yang munasabah, tidak berlebih – lebihan bersesuaian dengan trend hukuman semasa bagi kesalahan yang sama melibatkan pejawat awam yang dibicarakan sehingga akhir kes pembelaan. KESIMPULAN [74] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar dan munasabah bagi sabitan dan hukuman sepertimana yang telah diberikan kepada Perayu. Disediakan oleh, ………………………………… (RAIS IMRAN BIN HAMID) Majistret Mahkamah Majistret Kota Bharu Kelantan Bagi Perayu: Nik Saiful Adli bin Burhan @ Jaohari (Irmohizam Rosley & Nik Adli) Bagi Responden: Syazalia binti Che Suhaimin (Timbalan Pendakwaraya,Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri