“Bahawa kamu pada 11/5/2022 jam l/kurang 1930hrs, bertempat di KM 1 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai di Dalam Daerah Machang, di dalam negeri Kelantan, sebagai pemandu m/treller no. Pendaftaran NBN7487 telah memandu m/treller itu dengan cara mana yang setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka ada di jalan itu, telah memandu AP-MM-DH-83-19-02/2023 PR Lwn Khairul Hisham bin Mat Yusof Sek 41 (1) APJ 2 dengan merbahaya, sehingga menyebabkan kematian kepada penama Nur Faqihah Nadrah Binti Noorfakrumizi No. K/P: 180422-03-0156. Oleh yang sedemikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”. Hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada (5) tahun dan tidak lebih daripada (10) tahun dan denda tidak kurang daripada RM 20,000 (dalam perkataan: dua puluh ribu ringgit) dan tidak lebih daripada RM 50,000 (dalam perkataan: lima puluh ribu ringgit).