Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: D1-82JS-1-06/2022 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMMAD FAIZ BIN MOHD NASIR ALASAN PENGHAKIMAN 10
DI-82JS-1-06/2022
Magistrates Court of Malaysia21 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“4] Generally, in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of 15 practice which requires evidence to be corro”
“32. Pembelaan bersifat penafian adalah apabila OKT tidak memberi 5 penerangan lanjut tentang penafiannya. Kes Mahkamah Rayuan sebagaimana Amran Senin V PP [2013] MLRAU 53 adalah dirujuk,”
“47. Begitu juga di dalam kes Ahmad Zaini Bakar v PP [2019] MLRHU 1360 Ab Karim Ab Rahman H di dalam penghakimannya :- “[11] Dalam kes seksual sebegini adalah amat dituntut keterangan mangsa disokong dengan keterangan lain dan Hakim Bicara haruslah secara berhati hati d”
“46. Merujuk kes Azmi Mahmood v PP [2020] MLRHU 1122 mahkamah telah memutuskan:- “[12] Isu utama dalam rayuan pihak perayu adalah bersekitar isu independent corroboration yang mana 10 perayu berhujah bahawa Puan Majistret yang bijaksana telah menerima”
“supaya prinsip keadilan (justice and fairness) dapat diberikan kepada semua pihak. 10 44. Prinsip ini telahpun digunapakai di dalam Penghakiman oleh Noorin Badaruddin J di dalam kes Kee Kuo Wen v PP [2020] MLRHU 1194, yang mana memetik prinsip daripada satu kes di Singapura iaitu Neville v. Public Prosecutor [1992] 1 S”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: D1-82JS-1-06/2022 ANTARA 5 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMMAD FAIZ BIN MOHD NASIR ALASAN PENGHAKIMAN 10
1
Orang kena tuduh (OKT), Mohammad Faiz bin Nasir merupakan seorang penjawat awam telah dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.
2
Pertuduhan adalah seperti berikut: 15 “Bahawa kamu pada tarikh 20/12/2021, jam lebih kurang 1530 hrs bertempat di bilik stor pakaian Pejabat RELA dalam jajahan Gua Musang di dalam negeri Kelantan telah menggunakan kekerasan jenayah kepada Noraniza bte Yusoff KPT: 891023035276 dengan maksud untuk mencabul 20 kehormatannya dengan menyentuh di bawah dada penama dengan tangan kamu. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. ” Hukuman: Penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau mana mana dua dari hukuman tersebut”
3
4 orang saksi pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan. 5 Pada 15 Jun 2025, diakhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mengarahkan OKT membela diri setelah berpuashati satu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap OKT dan OKT telah memilih memberikan keterangan secara bersumpah di kandang tertuduh.
4
Pihak pembelaan memanggil seorang saksi iaitu OKT sendiri. 10 Seterusnya pada 21 Ogos 2025 di akhir kes pembelaan, setelah menimbang dan meneliti keseluruhan kes keterangan sedia ada dan hujahan kedua dua pihak, mahkamah ini telah berpuashati bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
5
Oleh yang demikian, mahkamah ini tiada pilihan lain selain melepaskan dan membebaskan OKT daripada pertuduhan 6. Terkilan dengan keputusan tersebut pihak pendakwaan telah menfailkan rayuan pada 27.8.2025 20
7
Pada 20.12.2021 Noraniza bte Yusoff iaitu mangsa (SP1) telah tiba di Wisma Persekutuan Gua Musang jam lebih kurang 3.30 petang untuk melaporkan diri di Pejabat Rela Gua Musang sebagai Pembantu Pertahanan yang baru dan telah disambut oleh 5 Pembantu Tadbir Puan Norhayati (SP2) sebelum bertemu dengan
8
OKT adalah Pegawai Rela Daerah dan merupakan Ketua Jabatan kepada mangsa. Setelah menerima taklimat dan diperkenalkan dengan anggota yang lain, mangsa telah dibawa oleh OKT ke dalam 10 Stor Pejabat RELA bagi mengambil uniform Pod RELA. Kedua duanya telah memasuk Stor berkenaan tanpa lampu di buka kerana pencahayaan adalah memadai.
9
Sewaktu memilih uniform yang sesuai OKT telah menyerahkan satu pasang untuk dicuba oleh mangsa. Setelah mangsa menyarung 15 uniform tersebut OKT telah bertindak mengancing butang baju yang dipakai mangsa. Sewaktu tindakan tersebut berlaku kedua dua tangan OKT telah menyentuh buah dada mangsa.
10
SP2 yang ketika itu berada diluar stor telah mendengar suara dari dalam stor bertindak membuka pintu dan memasang lampu stor 20 serta melihat mangsa dan OKT berada di dalam bilik stor yang tidak dibuka lampu. Setelah menegur mereka berdua yang berada di dalam gelap dan OKT dan mangsa kemudiannaya meninggalkan stor berkenaan setelah mangsa selesai mengambil uniform. 25
11
Sepanjang minggu tersebut dikatakan terdapat juga gangguan gangguan oleh OKT terhadap mangsa dan mangsa telah bertindak menceritakan gangguan gangguan tersebut kepada SP2 sebelum membuat laporan polis 11 hari selepas kejadian yang berlaku di dalam bilik Stor berkenaan ketika pulang dirumah keluarganya di 5 Kota Bharu.
12
Kesemua elemen seksyen 354 Kanun Keseksaan sebagaimanapertuduhan adalah penting bagi membolehkan 10 sesuatu kes dibuktikan: - i. OKT telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap SP1; dan ii. OKT berniat untuk mencabul kehormatan SP1 atau ada pengetahuan bahawa tindakan yang dilakukan akan mencabul kehormatan SP1. 15
13
Beban pembuktian adalah ke atas pihak Pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 173(f)(i), (ii) dan seksyen 180 Kanun Tatacara 20 Jenayah. Kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 adalah dirujuk. KES PENDAKWAAN ELEMEN (i) KEKERASAN JENAYAH TERHADAP MANGSA
14
Mangsa menyatakan semasa beliau berada di dalam bilik stor 5 bersama OKT, Mangsa telah menyarung baju uniform di badan beliau. Selepas itu, OKT telah bertindak mengancingkan butang baju uniform yang telah dipakai oleh mangsa.
15
Semasa OKT melakukan perbuatan ini, kedua-dua belah tangan 10 OKT telah menyentuh bahagian dada mangsa. adalah amat jelas bahawa OKT melalui ‘bodily power’ sendiri telah menggunakan kekerasan ketika mengancingkan butang baju uniform pada badan mangsa dan menyentuh dada mangsa. 15 ELEMEN (i) NIAT MENCABUL KEHORMATAN MANGSA ATAU ADA PENGETAHUAN TINDAKAN DILAKUKAN AKAN MENCABUL
16
Tindakan OKT menyentuh bahagian dada mangsa amatlah tidak sopan dan menganggu kesantunan mangsa sebagai seorang perempuan. Ia merupakan kekerasan jenayah yang dilakukan oleh OKT adalah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.
17
Tindakan OKT yang mengancingkan butang baju uniform mangsa juga adalah diluar kebiasaan bagi seseorang Pegawai lelaki melakukannya terhadap subordinate beliau yang juga merupakan seorang perempuan. Tiada sebarang alasan bagi membolehkan OKT bertindak sedemikian terhadap mangsa. Perbuatan OKT ini 5 dilakukan adalah bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan mencabul kehormatan beliau.
18
Pihak Pendakwaan menghujahkan mereka telah berjaya 10 membuktikan semua elemen di bawah s. 354 Kanun tersebut dan satu kes Prima Facie telah berjaya dibuktikan dan pihak pendakwaan memohon OKT dipanggil membela diri
19
Satu satunya keterangan secara langsung (direct evidence) adalah daripada SP1 iaitu mangsa yang menyatakan bahawa OKT telah menyentuh bahagian bawah dadanya semasa berada di dalam stor sewaktu proses acu coba saiz pakaian seragam. Tiada keterangan lain secara langsung atau tidak langsung yang boleh menyokong 20 keterangan mangsa kerana tiadanya saksi yang melihat dan juga bukti lain seperti keratan litar tertutup (CCTV).
20
Juga terdapat perbezaan dan percanggahan keterangan oleh mangsa dengan repot polis beliau. Semasa memberikan keterangan di mahkamah mangsa telah memberikan keterangan telah 25 menyarung sendiri baju dan tindakan OKT semasa cuba kancing baju yang dipakai mangsa, mangsa telah menyatakan rasanya ada
21
OKT telah menyentuh buah dada mangsa Manakala di dalam P1 repot polis mangsa menyatakan OKT sendiri mengambil baju untuk diukur di badan mangsa dengan menyentuh 5 di bawah dada dengan kedua dua belah tangan bagi tujuan untuk memastikan baju tersebut sesuai.
22
Percanggahan ini menggugat kredibiliti mangsa dan menimbulkan persoalan adakah perbuatan sentuhan oleh OKT ke atas mangsa benar benar berlaku.
23
Tiadanya bukti sokongan bagi menyokong dakwaan mangsa dan SP2 adalah saksi paling hampir sendiri tidak nampak kejadian OKT menyentuh badan mangsa.
24
Selain mangsa juga bersetuju semasa disoalbalas tiada tepisan atau elakkan yang dilakukan olehnya serta tingkahlaku mangsa semasa 15 kejadian yang tidak menjerit dan meminta tolong serta mangsa juga tidak melarikan diri. Begitu juga selepas kejadian tersebut mangsa sendiri telah mengikuti OKT turun untuk bertemu dan bersuaikenal dengan anggota RELA yang lain. 20
25
Pada 25 Jun 2025 setelah meneliti keseluruhan kes menilai keterangan saksi saksi pendakwaan, keterangan sedia ada dan hujahan kedua dua pihak, mahkamah ini berpuashati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap 25 OKt sebagaimana pertuduhan. Oleh yang demikian OKT telah diarahkan membela diri dan memiilih memberikan keterangan secara bersumpah di kendang saksi. KES PEMBELAAN 5
26
Pihak pembelaan telah memanggil seorang saksi pembelaan iaitu OKT sendiri. Halatuju pihak pembelaan, sama ada pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan satu keraguan yang munasabah yang tidak memungkinkan satu sabitan diputuskan oleh Mahkamah ini.
27
OKT semasa memberi keterangan di kandang saksi secara konsisten telah menyatakan bahawa beliau tidak sesekali menyentuh mana mana bahagian badan mangsa semasa mangsa mencuba pakaian uniform pada hari kejadian.
28
OKT menafikan ada menyentuh dada mangsa semasa proses 15 mencuba uniform tersebut. Malahan semasa pemeriksaan balas juga, OKT dengan tegas menafikan ada menyentuh mangsa. Apa yang dinyatakan oleh OKT adalah hanya proses mencuba pakaian tanpa beliau menyentuh mangsa.
29
OKT memberi keterangan yang panjang lebar menerangkan setiap 20 kejadian yang berlaku semasa di dalam stor pakaian tersebut. Satu satunya keterangan OKT yang tidak selari dengan keterangan mangsa adalah berlakunya sentuhan ke atas mangsa.
30
Kesimpulan pembelaan OKT adalah sebagaimana berikut: i. Pada hari kejadian, OKT telah menerima panggilan daripada SP1 yang menyatakan telah sampai di Pejabat RELA Gua Musang untuk melaporkan diri; ii. Pada jam lebih kurang 3.30 petang, OKT telah sampai 5 ke Pejabat dan telah berjumpa dengan mangsa; iii. Setelah selesai melaporkan diri kepada OKT, mangsa dan OKT telah turun ke bahagian lobi untuk berjumpa dengan anggota-anggota RELA yang lain bagi sesi perkenalan; 10 iv. Selepas itu, mangsa dan OKT telah naik semula ke Pejabat di tingkat atas di mana mangsa dan OKT telah masuk ke dalam stor bagi mangsa mencuba pakaian uniform RELA; v. OKT telah mengambil beberapa helai uniform pelbagai 15 saiz untuk diberikan kepada mangsa untuk dicuba pakai; OKT telah menyuruh mangsa untuk mengemaskan butang baju sendiri; vi. OKT menafikan telah membutangkan baju yang dipakai oleh mangsa dan menyentuh buah dada mangsa; 20 vii. Selepas itu, SP2 telah datang membuka lampu di bilik stor; viii. Dan selepas itu, mangsa dan OKT telah turun ke bawah untuk berjumpa dengan anggota RELA bagi tujuan “alter” baju. 25
31
Pembelaan berhujah bahawa keterangan oleh OKT bukanlah satu penafian semata mata kerana di dalam keterangannya OKT memperakui semua kejadian sepertimana keterangan mangsa berkait tarikh, masa, tempat dan urutan kejadian.
32
Pembelaan bersifat penafian adalah apabila OKT tidak memberi 5 penerangan lanjut tentang penafiannya. Kes Mahkamah Rayuan sebagaimana Amran Senin V PP [2013] MLRAU 53 adalah dirujuk,
33
OKT juga mengesahkan keterangan mangsa bahawa keadaan mangsa semasa kononnya kejadian sentuhan berlaku itu dalam keadaan tidak terkejut, menjerit atau meminta pertolongan.
34
Pihak pembelaan berhujah bahawa satu keraguan yang munasabah telah berjaya diwujudkan dan seharusnyalah faedah keraguan diberikan kepada OKT. Oleh itu pihak pembelaan memohon supaya OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu membela diri.
35
Beban pembuktian Pihak Pendakwaan diperingkat kes pembelaan adalah pada tahap melampaui keraguan munasabah (“beyond reasonable doubt”).
36
Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan OKT di peringkat pembelaan merupakan keterangan yang berbentuk rekaan semata-mata tanpa asas yang kukuh, penafian semata-mata dan bersifat fikiran terkemudian.
37
Dengan itu adalah dihujahkan bahawa Pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes pendakwaan melalui keterangan OKT. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pada peringkat ini kes pendakwaan masih lagi kukuh dan seterusnya berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah dan 5 dengan ini OKT disabitkan sebagaimana pertuduhan.
38
Di peringkat kes pembelaan, menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap dimana sekiranya terdapat sebarang keraguan, faedah keraguan (“benefit of the doubt”) seharusnya diberikan kepada OKT.
39
Mahkamah ini juga perlu membezakan dan meneliti keterangan pembelaan sama ada ianya adalah bersifat penafian semata mata atau suatu keterangan yang memberikan penjelasan.
40
Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk menilai keterangan pembelaan berasaskan kepada prinsip keadilan (justice and 15 fairness), dan menentukan sama ada keterangan pembelaan tersebut boleh diterima atau tidak 41. Atau sebagai alternatifnya adakah pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan satu atau beberapa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan? 20 42. Sebagaimana dalam kes di mahkamah rayuan, Siti Aishah Sheikh Abd Kadir v PP [2013] 1 MLRA 496 dinyatakan sebagaimana berikut:- “it is crystal clear that the Sessions Court Judge failed to appreciate the difference between a bare denial and an explanation coupled with a challenge”
43
Memandangkan kes ini warisan daripada Hakim terdahulu dan mahkamah ini tidak berpeluang mendengar keterangan pengadu di 5 mahkamah terbuka secara “real live”. Oleh yang demikian, Mahkamah ini secara berpendapat dan berpandangan bahawa penilaian kes secara menyeluruh adalah perlu dilakukan, bermula dari kes pendakwaan sehinggalah kes pembelaan supaya prinsip keadilan (justice and fairness) dapat diberikan kepada semua pihak.
44
Prinsip ini telahpun digunapakai di dalam Penghakiman oleh Noorin Badaruddin J di dalam kes Kee Kuo Wen v PP [2020] MLRHU 1194, yang mana memetik prinsip daripada satu kes di Singapura iaitu Neville v. Public Prosecutor [1992] 1 SLR 153 ada dinyatakan sebagaimana berikut:- 15 “[50] In view of SP9's evidence which is found to be in contrast, uncorroborated by the evidence of the other prosecution witnesses and the failure of the learned magistrate in assessing the appellant's defence by comparing it with the evidence adduced by the 20 prosecution, this court finds that there is a serious misdirection in law on the part of the learned magistrate leading inevitably to a miscarriage of justice in the appellant's conviction” 25
45
KETERANGAN TUNGGAL vs KETERANGAN DISOKONG Berbalik kepada kes diperingkat pendakwaan mahkamah ini berpendapat keterangan oleh mangsa adalah keterangan tunggal (independent) dan tidak disokong oleh mana mana keterangan lain. Ini menjadikan keterangan mangsa satu bentuk keterangan tanpa 5 sokongan.
46
Merujuk kes Azmi Mahmood v PP [2020] MLRHU 1122 mahkamah telah memutuskan:- “[12] Isu utama dalam rayuan pihak perayu adalah bersekitar isu independent corroboration yang mana 10 perayu berhujah bahawa Puan Majistret yang bijaksana telah menerima keterangan SP1 tanpa mana mana independent collaboration. [13] Bagi kes-kes yang melibatkan jenayah seksual, seringkali kesalahan melibatkan dua orang sahaja, yakni 15 mangsa dan tertuduh. Jenayah berbentuk seksual dilakukan tanpa adanya saksi mata. Kebenaran tentang apa yang berlaku hanya diketahui oleh kedua orang tersebut sahaja. Sehubungan itu, bagi jenayah seksual seringkali ianya melibatkan dua versi kejadian. 20 [14] Memandangkan jenayah seksual selalunya melibatkan mangsa dan tertuduh sahaja, maka adalah penting untuk mendapatkan corroboration berkaitan apa yang berlaku.”
47
Begitu juga di dalam kes Ahmad Zaini Bakar v PP [2019] MLRHU 1360 Ab Karim Ab Rahman H di dalam penghakimannya :- “[11] Dalam kes seksual sebegini adalah amat dituntut keterangan mangsa disokong dengan keterangan lain dan Hakim Bicara haruslah secara berhati hati dengan 5 mengingatkan dirinya akan bahayanya mensabitkan seseorang Tertuduh jika tanpa ada keterangan yang menyokongnya. Dalam kes Aziz Muhamad Din v. Public Prosecutor [1996] 1 MLRH 674; [1996] 5 MLJ 473; [1997] 1 CLJ 523 Augustine Paul (beliau semasa itu) memutuskan: 10 [4] Generally, in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of 15 practice which requires evidence to be corroborated. This includes the evidence of a complainant in a case involving a sexual offence. Even in such cases a conviction based on uncorroborated evidence is not illegal. But the rule of practice regulates the manner in 20 which uncorroborated evidence is to be treated, that is to say, the Judge must warn himself of the dangers of convicting on such evidence. This warning must appear in the judgment or grounds of decision of the trial Court although no particular form of words need be used. 25 KETERANGAN MANGSA UNUSUALLY CONVINCING?
48
Bagi membolehkan sesuatu sabitan tanpa keterangan yang disokong, mahkamah ini percaya keterangan tersebut hendaklah begitu kukuh dan boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan lain. Oleh yang demikian, mahkamah perlu menilai penjelasan OKT di 5 dalam pembelaan dengan merujuk kembali kepada keterangan yang diberikan mangsa mangsa sebagaimana dalam prinsip di dalam kes Neville v Public Prosecutor [1992] 1 SLR 153.
49
Mahkamah berpandangan keterangan yang diberikan mangsa adalah tidak konsisten dan sentiasa berubah ubah jika dibandingkan 10 dengan penjelasan yang diberikan oleh OKT yang mana lebih konsisten.
50
Ini jelas dilihat keterangan yang diberikan mangsa dengan repot polis beliau. Semasa memberikan keterangan di mahkamah mangsa telah memberikan keterangan sebagaimana berikut:- 15 SP1 ; Kami masuk ke dalam stor untuk cuba saiz uniform. Saya menyarung baju dan dia cuba untuk kancing baju uniform saya. Saya rasa tangan dia menyentuh buah dada saya.
51
Manakala dalam repot polis (P1) beliau, mangsa menyatakan 20 sebagaimana berikut:- “Beliau sendiri mengambil baju untuk diukur di badan saya dengan menyentuh di bawah dada saya dengan kedua dua belah tangan bagi tujuan untuk memastikan baju tersebut sesuai” 25
52
Memandangkan tiada keterangan sokongan daripada saksi lain bagi menyokong dakwaan mangsa berkenaan dengan apa yang berlaku di dalam bilik stor, perlakuan dan tindakan mangsa semasa kejadian adalah penting bagi menguatkan kes pendakwaan yang kejadian 5 yang didakwa benar benar berlaku.
53
Setelah meneliti penjelasan oleh OKT sewaktu kes pembelaan dan juga keterangan mangsa ianya saling menyokong dan konsisten iaitu tingkahlaku mangsa semasa kejadian seperti tidak menjerit atau meminta tolong serta mangsa juga tidak melarikan diri daripada 10 tempat kejadian menujukkan mangsa tidak memberikan satu tindakbalas bahawa terdapat kekerasan jenayah telah berlaku kepada dirinya.
54
Begitu juga semasa SP2 membuka pintu bilik stor berkenaan, SP2 juga bersetuju mangsa tidak menjerit dan meminta tolong semasa 15 kehadiran SP2 melihat keduanya di dalam bilik stor dan keduanya telah keluar seperti biasa seolah olah tiada apa yang berlaku dalam bilik stor berkenaan. Ianya telah mewujudkan inference sama ada kejadian sentuhan itu benar benar berlaku atau tidak sebenarnya. 20
55
Sebagaimana yang dinyatakan oleh SP4 terdapat banyak kesalahan dan gangguan seksual di dalam repot yang dibuat oleh mangsa walaubagaimanapun mahkamah ini kembali kepada “basic rules” 25 bahawa kuasa mendakwa adalah kuasa mutlak pihak pendakwaan sama ada mahu kes dituduh ataupun ditarik balik. Mahkamah ini kembali kepada pertuduhan asal yang dihadapkan kepada OKT dan mengapa tiada pertuduhan dilakukan terhadap pertuduhan lain, mahkamah ini meletakkan beban kepada pendakwaan yang lebih 5 arif sebabnya.
56
Adalah menjadi satu prinsip undang-undang yang mantap dimana 10 sekiranya terdapat sebarang keraguan, faedah keraguan (“benefit of the doubt”) seharusnya diberikan kepada OKT dan adalah tidak selamat bagi mahkamah untuk mensabitkan OKT apabila pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 15
57
Mahkamah ini setelah meneliti dan membuat penilaian terhadap keseluruhan kes, keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, 20 keterangan sedia ada, hujahan kedua dua pihak dengan ini mahkamah ini berpuashati bahawa pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
58
Oleh yang demikian Mahkamah ini tiada pilihan lain selain melepaskan dan membebaskan OKT daripada pertuduhan diakhir kes pembelaan.
59
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat 5 sebarang keputusan terhadap rayuan ini. Bertarikh: 30 November 2025 10 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen & Majistret Gua Musang Pihak-pihak 15 Pendakwaan : Tuan Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Encik Shaharuddin bin Mohamed ; Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz 20
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.