Barang-barang yang dirampas adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB [21] Keterangan oleh SP1 dan Laporan Kimia (P13) membuktikan elemen kedua dan bahawa barang-barang yang dirampas adalah barang yang tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama, ADB. SP1 memberikan keterangan bahawa hasil analisa barangan yang dirampas adalah dua paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal mengandungi 15.12 gram methamphetamine dan dua paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan warna putih mengandungi 2.12 gram heroin dan 1.50 gram monoacetylmorphines. [22] Mahkamah ini juga memutuskan kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PEMBELAAN [23] Pihak pembelaan dalam hujahannya telah membangkitkan beberapa isu pada akhir kes pendakwaan. [24] Pihak pembelaan telah berhujah bahawa ketiadaan kesan cap jari serta tiada ujian nail clipping yang dibuat menyimpulkan bahawa Tertuduh tidak pernah mengendalikan P19 dan barang kes dadah. Bagi isu ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa ketiadaan keterangan tersebut tidak mengugat kes pihak pihak pendakwaan. Tiada peruntukkan undang-undang mahupun nas undang-undang yang mewajibkan pengemukaan keterangan ini yang hanya bersifat keterangan sokongan corroborative Mazlani v PP [2013] 1 LNS 1292, Mahendran Arivalan v PP [2020] 1 LNS 1278; [2020] MLRAU 279 dan kes Mahkamah Rayuan Seyedmohsen Namazivaj Seyedreza v PP & Other Appeals [2024] CLJU 123 dirujuk). Ketiadaan keterangan-keterangan tersebut tidaklah menyebabkan kes pihak pendakwaan tidak dapat ditegakkan. [25] Pihak pembelaan juga berhujah bahawa ibu Tertuduh iaitu individu selain SP4 yang berada di rumah tersebut semasa serbuan tidak dipanggil dan perkara ini telah mengugat kes pihak pihak pendakwaan. Mahkamah ini mendapati ketiadaan keterangan ibu Tertuduh tidak bermaksud bahawa keterangan melalui saksi-saksi lain yang dikemukakan tidak mencukupi untuk pembuktian kes prima facie. Dalam erti kata lain, ibu Tertuduh bukan saksi material dalam kes ini memandangkan saksi-saksi yang telah dipanggil oleh pihak pendakwaan telah memberikan keterangan yang cukup untuk satu penemuan kes prima facie. Semasa serbuan dibuat, Tertuduh berada seorang diri di dalam biliknya dan SP4 telah menyatakan bahawa bilik tersebut merupakan bilik yang dihuni oleh Tertuduh seorang. Tambahan pula, ibu Tertuduh juga telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pembelaan sebagai saksi pada akhir kes pendakwaan. [26] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa satu individu lain telah ditangkap berdasarkan laporan K Krau/001218/22 (D25). Bagi isu ini, Mahkamah ini mendapati keterangan dalam kes ini adalah jelas yang mana tangkapan tersebut berlaku di hadapan rumah di mana Tertuduh ditahan. Keterangan juga telah diberikan yang mana SP3 telah menerangkan bahawa tangkapan D25 tersebut tiada kaitan dengan kes Tertuduh. Walau bagaimanapun, sama ada individu ini ditangkap di dalam atau di luar rumah tersebut tidak mengugat kes pihak pendakwaan kerana Tertuduh telah ditangkap berada di biliknya seorang diri. Masa tangkapan dalam D25 juga adalah berbeza dengan masa Tertuduh ditangkap. [27] Pihak pembelaan juga telah menghujahkan bahawa deskripsi beg Borang Senarai Geledah (P23) dan Borang Serah Terima Barang Kes (P24). Berkenaan isu ini, Mahkamah ini mendapati bahawa SP3 telah mengecam sendiri P19 dan mengesahkan bahawa itulah beg yang telah dirampas, walaupun terdapat perbezaan dari segi cara penulisan pada P23 dan P24. [28] Selain itu, Laporan Polis K Krau/1219/22 (P16) menyatakan bahawa berat kasar P4 dan P5 adalah 21.89 gram; dan berat kasar P8 dan P9 adalah 91.03 gram. Laporan Kimia (P13) pula menyatakan bahawa berat kasar P4 dan P5 adalah 20.98 gram; dan berat kasar P8 dan P9 adalah 88.54 gram. Pihak pembelan telah mengemukakan kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 MLJ 327 yang mana pihak pembelaan menghujahkan bahawa kes ini telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat perbezaan berat barang kes yang dicatat oleh pegawai serbuan dan berat yang dicatatkan oleh ahli kimia, maka pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie. [29] Namun begitu, Mahkamah ini mendapati ini bukanlah gambaran penuh kes ini. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Loh Kah Loon v. PP [2011] 5 CLJ 345 yang membincangkan isu yang lebih kurang sama yang mana dalam kes itu berat bersih dadah yang dianalisa oleh ahli kimia adalah lebih berat daripada berat kasar yang ditimbang oleh Pegawai Penyiasat. Kes ini juga menyentuh kes Yeong Kia Heng v PP (supra). Dalam kes itu, Mahkamah menyatakan: - [20] The case of Yeong Kia Heng is also distinguishable on the facts from the present case. In that case, the investigating officer said the weight of the heroin was 113 grams whilst the chemist said it was 102.85 grams. But that was not the only issue. The then Supreme Court found that there were discrepancies between the evidence given by the police and the evidence given by the chemist with regard to the odour and description of the heroin tendered in court. In the present case, we see no such defects. The exhibits were clearly identified by the witnesses. PW3, PW8 and PW4 were referring to the same exhibits. (penekanan ditambah) [30] Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa barang kes yang dianalisa oleh SP1 jelas merupakan barang kes dadah sama yang dirampas oleh SP3 daripada bilik Tertuduh. Oleh itu, perbezaan catatan berat kasar barang kes oleh SP1 dan SP3 bukanlah satu percanggahan yang boleh memudaratkan kes pihak pendakwaan. Deskripsi P4, P5, P8 dan P8 yang diberikan oleh kedua-dua SP1 dan SP3 juga adalah sama. DAPATAN MAHKAMAH AKHIR KES [31] Setelah mendengar pemeriksaan dan mempertimbangkan kredibiliti semua saksi pendakwaan, mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa milikan barang kes oleh Tertuduh telah dibuktikan serta kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-elemen di bawah subseksyen 12(2) ADB telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan. [32] Dengan itu, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri. [33] Setelah Mahkamah ini memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan tiga pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam subseksyen 173(ha) KTJ iaitu: i. memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; ii. memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau iii. berdiam diri. [34] Tertuduh dalam kes ini telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PERBICARAAN PENUH [35] Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 telah menjelaskan seperti berikut: To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test. [36] Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case. [37] Oleh itu, adalah jelas tugas mahkamah pada tahap ini adalah untuk menentukan sama ada Tertuduh telah berjaya menimbulkan satu keraguan munasabah atau tidak. KES PEMBELAAN [38] Pihak pembelaan telah memanggil 2 saksi iaitu Tertuduh sendiri dan ibu Tertuduh (SD2) yang tinggal serumah dengan Tertuduh dan SP4. [39] Secara ringkasnya, Tertuduh memberikan keterangan bahawa P18 serta kandungannya yang dijumpai di belakang pintu bilik Tertuduh bukan miliknya. [40] Terdapat penegasan daripada Tertuduh juga bahawa pandangannya adalah bahawa rakannya yang bernama Ihsanuddin (penama dalam D25) yang membawa masuk P18 sebelum serbuan dan meletakkannya di situ. [41] SD2 juga memberikan keterangan untuk menyokong keterangan Tertuduh berkenaan kehadiran Ihsanuddin di rumah mereka. Beliau juga menyatakan bahawa semasa mengemas bilik Tertuduh sekitar tengahari pada hari yang sama, P18 tidak kelihatan di belakang pintu bilik Tertuduh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [42] Kali pertama Ihsanuddin datang ke rumah Tertuduh pada hari kejadian adalah sekitar 4 p.m. (seperti yang dinyatakan oleh Tertuduh dan SD2). Sekitar 4.30 p.m. pula, Tertuduh keluar bersama Ihsanuddin menuju ke satu kandang kambing tetapi dengan menaiki motosikal yang berbeza. Tiada keterangan yang menyatakan bahawa Ihsanuddin membawa apa-apa beg seperti P18 pada masa antara 4 p.m. hingga 4.30 p.m. [43] Malah apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan, Tertuduh tidak bersetuju bahawa Ihsanuddin ada membawa beg daripada awal lagi (iaitu 4 p.m.). [44] Tertuduh kemudiannya pulang dari kandang kambing sekitar 6.30 p.m. membawa bungkusan makanan. Tertuduh telah meletakkan bungkusan makanan tersebut di ruang tamu untuk dimakan oleh Ihsanuddin. [45] SD2 pula menyatakan Ihsanuddin tiba tidak lama selepas itu dan duduk bersama-sama SD2 di ruang tamu sambil menjamu makanan yang diletakkan oleh Tertuduh sebelum itu. [46] Demikian, masa yang didakwa Ihsanuddin meletakkan P18 di dalam bilik Tertuduh adalah dalam masa lebih kurang 30 minit iaitu antara masa Ihsanuddin datang dari kandang kambing (tidak lama selepas 6.30 p.m.) dan serbuan dibuat (7 p.m. mengikut versi Tertuduh). [47] Semasa pemeriksaan balas SD2, beliau bertegas bahawa beliau tidak sedar sama ada Ihsanuddin membawa apa-apa beg atau tidak semasa Ihsanuddin tiba dari kandang kambing tidak lama selepas Tertuduh masuk ke bilik beliau. Tiada keterangan daripada beliau juga yang menunjukkan bahawa Ihsanuddin mahupun sesiapa yang lain masuk ke bilik Tertuduh antara tidak lama selepas 6.30 p.m. hingga 7 p.m. [48] Keterangan yang diberikan oleh Tertuduh dalam Penyata Saksi Tertuduh (PSD1) berkenaan kemasukan Ihsanuddin ke dalam bilik Tertuduh adalah dengan hanya menyatakan Saya berpendapat Ihsanuddin yang membawa beg tersebut memandangkan hanya dia sahaja yang masuk ke dalam bilik saya sebelum serbuan, dan meletakkan beg tersebut tanpa pengetahuan saya. [49] Semasa Tertuduh disoal balas berkenaan sama ada Ihsanuddin berada di dalam atau luar bilik semasa Tertuduh berehat antara 6.30 p.m. hingga 7 p.m. ada masuk ke bilik juga tapi saya tak perasan . [50] Boleh disimpulkan di sini, segala yang dinyatakan oleh Tertuduh dan tempat kejadian tidak lama selepas 6.30 p.m. menggantung P18 itu di belakang pintu bilik Tertuduh. Ayat Tertuduh Dia (Ihsanuddin) ada masuk tapi saya tak perasan mengelirukan. Tertuduh sepatutnya boleh dapat menyatakan dengan jelas sekiranya benar Ihsanuddin masuk ke bilik Tertuduh atau tidak semasa Tertuduh berada di dalam bilik tersebut. [51] Dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] CLJU 212; [1980] 1 LNS 212; [1982] 2 MLJ 326, Yusoff Mohamed H telah memutuskan: A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient. [52] Pihak pembelaan tidak mempunyai obligasi untuk memanggil Ihsanuddin sebagai saksi. Namun begitu, berdasarkan kepada keterangan pihak pembelaan yang dikemukakan di Mahkamah ini sahaja, Mahkamah ini sukar untuk mempercayai penjelasan dalam pembelaan ini. Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh secara munasabah menyangkal keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Keterangan daripada SP3 juga telah menyatakan bahawa penama Ihsanuddin telah ditangkap di luar rumah tempat kejadian dan merupakan tangkapan lain yang tidak berkaitan dengan kes Tertuduh. [53] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati keterangan-keterangan pembelaan ini adalah penafian kosong semata-mata. [54] Berdasarkan kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169, Mahkamah ini tidak menerima atau mempercayai penjelasan pembelaan dan penjelasan tersebut tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesalahannya. [55] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Seterusnya, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada penutupan perbicaraan. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan seperti dalam tiga pertuduhan yang dipertuduhkan di Mahkamah ini. MITIGASI, PEMBERATAN DAN HUKUMAN [56] Peruntukan hukuman di bawah subseksyen 12(3) ADB adalah denda tidak melebihi RM100,000.00 atau pemenjaraan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Subseksyen 39A(1) ADB pula memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun, dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak melebihi daripada 9 sebatan. [57] Bagi rayuan hukuman, peguam Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh berumur 45 tahun dan berkerja sendiri menternak kambing. Pendapatan Tertuduh adalah lebih kurang RM500 hingga RM1000 sebulan. Selain diri sendiri, beliau juga menanggung kehidupan ibu beliau. Beliau juga menghidapi penyakit gaut dan memerlukan rawatan berkala. Peguam Tertuduh turut menyatakan bahawa kuantiti dadah yang dimiliki oleh Tertuduh adalah tidak terlalu tinggi. Satu hukuman pemenjaraan yang berjalan secara serentak daripada tarikh sabitan dan sebatan minima juga dimohon. [58] Pihak pendakwaan pula memohon hukuman berat yang sewajarnya dijatuhkan terhadap Tertuduh memandangkan perbicaraan kes ini telah mengambil masa yang panjang. Pihak pendakwaan turut memohon agar mahkamah mengambil pertimbangan bahawa jenayah berkaitan narkotik kini semakin berleluasa di negara ini. [59] Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest [60] Faktor-faktor yang seharusnya dipertimbangkan oleh mahkamah semasa menjatuhkan hukuman telah dirumuskan oleh kes Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958 yang menyatakan: Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: