Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-82D-3-04/2023] PENDAKWA RAYA DAN SHARIMAN BIN MOHAMED NO. K/P: 730101-06-7357 ALASAN PENGHAKIMAN
CB-82D-3-04/2023
Magistrates Court of Malaysia13 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an:- “… Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the acc”
“l balas berkenaan dengan perbezaan hasil ujian semasa saringan awal dan hasil ujian yang dilakukan oleh SP3. 32. Bagi isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Azahari bin Abdul Wahab [2009] MLJU 898, Zamani A Rahim PK telah menyatakan seperti berikut: - **Note : Serial number will be used to verify the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [CB-82D-3-04/2023] PENDAKWA RAYA DAN SHARIMAN BIN MOHAMED NO. K/P: 730101-06-7357 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) kerana air kencing Tertuduh didapati mengandungi dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Pertuduhan pindaan terhadap OKT adalah seperti yang berikut:- “BAHAWA KAMU, PADA 05/04/2023 JAM LEBIH KURANG 2000 HRS TANDAS PEJABAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DAERAH TEMERLOH, DALAM DAERAH TEMERLOH, DI DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, TELAH DIDAPATI MENGGUNAKAN DADAH JENIS AMPHETAMINE DAN METHAMPHETAMINE KE DALAM TUBUH BADAN KAMU DENGAN CARA MENYALAHI UNDANG-UNDANG. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN BAWAH SEKSYEN 15(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 15(1) AKTA YANG SAMA DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 38B AKTA YANG SAMA.”
2
Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan telah mohon untuk dibicarakan.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memanggil Tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan tersebut. Pada tahap ini, Tertuduh memilih untuk berdiam diri. Mahkamah tiada pilihan lain selain mensabitkan Tertuduh seperti pertuduhan pindaan dan menjatuhkan hukuman denda terhadap Tertuduh.
4
Berdasarkan perenggan 173(h)(i) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”), mahkamah seharusnya memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Perenggan 173(h)(i) KTJ juga memperuntukkan bahawa beban pembuktian pihak pendakwfaan di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie. Perenggan 173(h)(iii) KTJ selanjutnya menjelaskan bahawa satu kes prima facie wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mewajarkan satu sabitan kes atas Tertuduh sekiranya tidak disangkal oleh Tertuduh. Sekiranya kes prima facie dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Tertuduh akan dipanggil untuk membela diri.
5
Mahkamah ini juga sedia maklum dengan prinsip-prinsip di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 1 CLJ 138 berkenaan tugas Mahkamah ini pada akhir kes pendakwaan.
6
Oleh itu, Mahkamah ini akan menimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atau tidak dengan menilai keterangan pihak pendakwaan secara maksimum dan bertanya kepada dirinya sendiri: sekiranya Mahkamah ini memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkannya berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung dalam kes pendakwaan?
7
Pihak pendakwaan telah memanggil sebanyak 4 orang saksi dalam kes ini iaitu:- SP1: Sjn Zulkifli bin Hashim – Pembawa Specimen/Sampel SP2: Insp Khairi Muzhafar bin Kamal – Pegawai Polis yang memungut dan menjalankan saringan awal air kencing Tertuduh SP3: Kamarulzaman bin Hussin – Pegawai Sains (Kimia Hayat) SP4: Insp Afifa binti Anuar – Pegawai Penyiasat
8
SP2 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa pada 5 April 2023 jam lebih kurang 8.00 p.m., beliau telah mengarahkan Tertuduh untuk membuat ujian saringan awal air kencing di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Nakrotik IPD Temerloh.
9
SP1 telah menyediakan botol-botol air kencing yang dibungkus plastik yang dibekalkan oleh Polis Diraja Malaysia (“PDRM”) di dalam sebuah kotak dan SP2 telah mengarahkan Tertuduh untuk memilih satu botol. Tertuduh mematuhi arahan tersebut dan memilih satu bungkusan botol air kencing bernombor siri C0255183 (“P12”).
10
P12 telah dibuka oleh Tertuduh di hadapan SP2. Di dalam P12 terkandung satu botol plastik lutsinar kosong berpenutup kuning bernombor siri C0255183 (“P18”), satu meterai PDRM berwarna biru bernombor siri C0255183 dan satu pelekat berwarna putih tertera nombor siri C0255183.
11
SP2 kemudiannya telah mengiring Tertuduh ke tandas di Pejabat Nakrotik IPD Temerloh untuk mengambil sampel air kencing Tertuduh ke dalam botol P18. Setelah itu, SP2 telah melakukan ujian saringan awal air kencing Tertuduh dengan menggunakan enam (6) test strip iaitu METH, AMP, KET, MOP THC dan BEN dengan meletakkan test strip tersebut ke dalam P18 yang berisi air kencing Tertuduh. Hasil ujian saringan awal mendapati air kencing Tertuduh adalah positif dadah methamphetamine (test strip METH positif).
12
SP2 kemudiannya telah mengisi tiga (3) Borang Permintaan Ujian Pengesahan Dadah di Dalam Air Kencing untuk P18 dan meminta Tertuduh menandatanganinya.
13
Laporan Polis Temerloh: 1893/23 dibuat bagi bacaan positif methamphetamine pada botol P18.
14
Kesemua barang kes dan Tertuduh kemudiannya telah diserahkan kepada SP4 sebagai Pegawai Penyiasat di mana sesalinan Borang Serah Terima telah ditandatangani antara SP2 dan SP4 (“P9”). Hanya test strip yang positif iaitu test strip METH (“P11”) diserahkan oleh SP2 kepada SP4.
15
Pada 6 April 2023, SP4 telah meminta bantuan SP1 untuk menghantar P18 ke Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur (“HKL”) untuk dianalisa. SP3 telah menjalankan analisa ke atas P18 pada 16 Mei 2025 dan mendapati air kencing Tertuduh mengandungi dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine seperti laporan patologi di ekshibit P4.
16
Untuk satu pertuduhan di bawah perenggan 15(1)(a) ADB, elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah:- a. Tertuduh telah menggunakan atau memberikan dirinya dadah berbahaya; b. Dadah tersebut adalah dadah berbahaya menurut Bahagian III dan IV Jadual Pertama ADB 1952. a. OKT telah mengambil atau memasukkan sendiri dadah ke dalam tubuhnya dengan sengaja
17
Keterangan saksi-saksi dan dapatan fakta mengesahkan bahawa prosedur di bawah seksyen 31A ADB telah dipatuhi yang mana pengambilan sampel air kencing Tertuduh oleh SP1 tanpa mendapatkan mahupun membuktikan usaha mendapatkan Pegawai Perubatan adalah masih dalam ruang lingkup seksyen 31A ADB berdasarkan kes Mahkamah Rayuan PP v Samsul Arifin Bakar [2020] 7 CLJ.
18
Seterusnya, anggapan subseksyen 37(k) ADB adalah terpakai yang mana terdapat anggapan bahawa Tertuduh mengambil atau memasukkan sendiri dadah berbahaya ke dalam badannya dengan sengaja tanpa kebenaran yang sah jika air kencingnya didapati mengandungi dadah berbahaya. b.
Part
Bahagian III Jadual Pertama ADB
19
Keterangan oleh SP3 dan Laporan Patologi P4 bagi membuktikan elemen kedua dan bahawa OKT telah menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine sepertimana disenaraikan di Bahagian III
Schedule
Jadual Pertama ADB. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PEMBELAAN 20. Mahkamah mendapati terdapat 2 isu utama yang telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan di peringkat akhir kes pendakwaan. a. Sama ada pertuduhan adalah cacat. 21. Isu pertama yang dikemukakan oleh pihak pembelaan adalah bahawa pertuduhan yang dikemukan oleh pihak pendakawaan adalah cacat. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa tangfdikapan yang dibuat terhadap Tertuduh adalah di sebuah rumah beralamat No.96 Taman Sri Kerinau Paya Pulai, 28000 Temerloh, Pahang, manakala pemungutan sampel air kencing Tertuduh serta ujian saringan awal polis dibuat di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh. 22. Namun demikian, pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan bahawa Tertuduh menggunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh. 23. Pihak pembelaan menegaskan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Tertuduh menggunakan dadah di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh. Oleh kerana itu, pertuduhan yang dipertuduhkan oleh pihak pendakwaan adalah tidak tepat, cacat, mengelirukan serta memprejudiskan. 24. Pihak pembelaan mengujahkan bahawa pertuduhan yang dikemukakan tidak mematuhi seksyen 152 dan 153 KTJ. 25. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh memenuhi kehendak seksyen 152 dan 153 KTJ. Ini adalah kerana pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bahawa Tertuduh didapati menggunakan dadah berbahaya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh dan bukannya menggunakan dadah berbahaya di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh. 26. Mahkamah ini juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa anggapan di bawah subseksyen 37(k) ADB juga digunapakai iaitu seorang Tertuduh yang dituduh di bawah perenggan 15(1)(a) ADB dan suatu dadah berbahaya dijumpai di dalam air kencingnya, maka Tertuduh tersebut dianggap memberikan dadah berbahaya tersebut kepada dirinya. 27. Mahkamah ini berpandangan sekiranya pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh sendiri yang memberikan dirinya dadah berbahaya melalui keterangan langsung seperti terdapat saksi yang menyatakan dia nampak sendiri Tertuduh memberikan dirinya dadah berbahaya, maka sabitan untuk suatu kesalahan perenggan 15(1)(a) ADB hampir mustahil. Lazimnya, seseorang pengguna dadah berbahaya tidak akan secara terbuka mendedahkan pemberian dadah berbahaya kepada dirinya di tempat awam, apatah lagi apabila perbuatan tersebut disaksikan oleh pegawai/anggota polis. b. Sama ada ketiadaan pengemukaan test strip dan jangka masa yang panjang antara tempoh penerimaan dan analisa air kencing Tertuduh menyebabkan terputusnya rangkaian keterangan 28. Ujian saringan awal terhadap air kencing Tertuduh yang dibuat oleh SP2 menggunakan 6 jenis test strip menunjukkan bahawa test strip P11 sahaja yang positif. Oleh itu hanya P11 yang positif tersebut disimpan oleh SP2 dan diserahkan kepada SP4 bersama P18. 29. Setelah itu, P18 telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan telah diuji oleh SP3 dengan menggunakan kaedah Gas Chromatography Mass Spectrometry (“GC/MS”) dan telah didapati positif dadah amphetamine dan methamphetamine seperti mana terkandung di P4. 30. Oleh itu, terdapat perbezaan antara bacaan saringan awal test strip yang mengesan methamphetamine sahaja dengan hasil analisa SP3 di P18 yang mana mengesan 2 jenis dadah berbahaya iaitu amphetamine dan methamphetamine. 31. Pihak pembelaan menghujahkan bahawa disebabkan oleh perbezaan ini, test strip AMP juga harus diserahkan kepada kepada SP4 oleh SP2 dan kegagalan penyerahan test strip ini menyebabkan Tertuduh terlepas peluang untuk menyoal balas berkenaan dengan perbezaan hasil ujian semasa saringan awal dan hasil ujian yang dilakukan oleh SP3. 32. Bagi isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Azahari bin Abdul Wahab [2009] MLJU 898, Zamani A Rahim PK telah menyatakan seperti berikut: - “ … When SP1 carried out preliminary screening, the accused urine was positive for Methamphetamine, whilst P4 stated that it was positive for Amphetamine. … … The competent person to explain most probably the IMR (Institute For Medical Research) officer who carried out the examination and analysis of the accused urine sample.”. 33. Kes Azahari bin Abdul Wahab telah memberi bimbingan kepada Mahkamah ini berkenaan dengan individu yang paling kompeten untuk memberikan penjelasan berkenaan perbezaan keputusan saringan awal dan keputusan analisa makmal adalah individu atau pegawai yang menjalankan analisa terhadap sampel air kencing Tertuduh di makmal. Dalam kes ini, SP3 merupakan individu yang menjalankan analisa tersebut. 34. Semasa memberikan keterangan di mahkamah, SP3 telah menjelaskan bahawa jika seseorang mengambil dadah, dadah tersebut akan melalui satu proses di dalam badan yang dipanggil metabolisma. Proses ini akan menukarkan sebahagian bentuk asal dadah kepada bentuk yang lain. Amphethamine adalah metabolit kepada methamphetamine. Oleh itu, seandainya seseorang mengambil dadah methamphetamine, amphetamine juga akan dikesan dalam analisa makmal memandangkan methamphetamine akan menjalani proses metabolisma di dalam badan dan menghasilkan amphetamine yang merupakan metabolit kepada methamphetamine. 35. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa perbezaan hasil saringan antara ujian saringan awal menggunakan test strip dan analisa makmal yang menggunakan analisa kaedah GC/MS telah dijelaskan dengan memuaskan (satisfactorily explained) oleh SP3 yang menjalankan analisa terhadap botol P18. 36. Mahkamah ini berpandangan bahawa kegagalan SP2 menyerahkan test strip AMP kepada SP4 bukan merupakan suatu isu yang material. Ujian test strip hanya satu saringan awal sahaja dan ia bukanlah satu ujian yang konklusif. Ujian yang konklusif adalah ujian yang dibuat oleh SP3. SP3 juga hadir di mahkamah untuk memberikan keterangan dan Tertuduh mempunyai peluang untuk menyoal balas SP3 berkenaan isu ini. 37. Selain daripada isu di atas, pihak peguambela menghujahkan bahawa P18 mungkin tercemar, diusik dan ditukar kerana P18 telah diterima oleh HKL pada 6 April 2023 tetapi hanya dianalisa pada 16 Mei 2023. 38. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini mendapati botol yang mana Tertuduh menurunkan air kencingnya ke dalamnya merupakan botol yang sama seperti yang dianalisa oleh SP3 dan botol yang sama akhirnya dikemukakan di mahkamah yang telah ditandakan sebagai P18. Botol P18 juga dihantar kepada HKL dalam keadaan bermeterai dan tidak diusik. SP3 mengesahkan keadaan P18 adalah dalam keadaan baik serta meterai tidak pecah atau koyak semasa beliau menerimanya. SP3 juga menyatakan beliau menyimpan P18 di dalam peti simpanan yang bekunci. Peti simpanan tersebut sentiasa dalam keadaan sejuk (2°C hingga 8°C) dan kunci peti simpanan tersebut hanya dalam kawalan SP3. Walaupun dalam peti simpanan terdapat botol-botol spesimen lain, semua botol tersebut berlabel dengan nombor makmal yang berbeza antara satu sama lain. 39. Gambar P18 (“P1”) juga dicamkan oleh SP2, SP4, SP1 dan SP3. Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa selagi botol yang mengandungi sampel air kencing Tertuduh adalah botol yang sama yang dianalisa oleh SP3, maka tempoh masa antara tarikh penerimaan sampel dan tarikh analisa 41 hari bukan merupakan satu tempoh yang terlampau panjang dan bukan merupakan isu material. Kesinambingan barang kes dalam kes ini tidak terjejas memandangkan keterangan menunjukkan botol yang mana Tertuduh menurunkan air kencingnya merupakan botol yang sama seperti yang dianalisa oleh SP3. Botol tersebut juga sentiasa disimpan dalam keadaan yang baik. KES PRIMA FACIE 40. Setelah mendengar pemeriksaan saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan serta mempertimbangkan kredibiliti mereka, mendengar dan membaca hujahan-hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini bersetuju dengan pihak pendakwaan dan mendapati kesinambungan rantaian barang kes di dalam kes ini adalah tidak terputus berdasarkan keterangan-keterangan SP1 sehingga SP4. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen-elemen di bawah perenggan 15(1)(a) ADB telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan setelah membuat penilaian secara maksima terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan. 41. Dengan itu, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri. SABITAN APABILA OKT MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI 42. Setelah Mahkamah memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah membaca dan menerangkan kepada Tertuduh berkenaan 3 pilihan yang boleh dibuat oleh Tertuduh sepertimana yang terkandung dalam subseksyen 173(ha) KTJ iaitu:- i. memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi; ii. memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau iii. berdiam diri. 43. Tertuduh dalam kes ini faham telah memilih untuk berdiam diri dan juga tidak mengemukakan apa-apa keterangan mahupun memanggil mana-mana saksi sama ada saksi sendiri atau yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan. 44. Kes Balachandran (supra) sekali lagi dirujuk yang mana Augustine Paul HMR menyatakan:- “… Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” (penekanan ditambah) 45. Oleh itu, berdepan dengan situasi ini, Mahkamah ini berpendapat pada tahap ini, Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan-keterangan prima facie yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa kes pihak pendakwaan yang berupaya menyokong satu sabitan melampaui keraguan munasabah telah membentuk bukti melampaui keraguan munasabah. MITIGASI, PEMBERATAN DAN HUKUMAN 46. Peruntukan hukuman di bawah perenggan 15(1)(a) ADB adalah denda tidak melebihi lima ribu Ringgit (RM5,000.00) atau penjara boleh sampai dua (2) tahun. Seksyen 38B ADB menetapkan Tertuduh yang didapati bersalah di bawah Seksyen 15 ADB dikenakan perintah pengawasan selama tempoh tidak kurang dua (2) tahun dan tidak melebihi tiga (3) tahun. 47. Bagi rayuan hukuman, peguambela Tertuduh memohon satu hukuman denda yang serendah-rendahnya serta setimpal dengan kesalahan. Peguambela Tertuduh menyatakan Tertuduh berumur 52 tahun, sedang berkhidmat di Jabatan Agama Daerah Temerloh dengan gaji sebanyak RM3000 dan merupakan seorang kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 30 tahun. Tertuduh seorang duda dan menjaga ibu uzurnya yang berumur 68 tahun. Peguambela Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh insaf dan kejadian ini telah menyebabkan tekanan emosi kepada seluruh keluarga beliau. Peguambela Tertuduh juga menyatakan bahawa Tertuduh berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan lagi dan memohon agar diberikan peluang untuk berubah. 48. Pihak Pendakwaan memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada Tertuduh serta masyarakat umum, dan menghujahkan bahawa perbicaraan kes ini telah berlanjutan sejak tahun 2023. Kesalahan penyalahgunaan dadah merupakan suatu kesalahan yang serius dan berleluasa. Niat Parlimen dalam menangani kesalahan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui penggubalan Seksyen 39C ADB yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan minimum selama lima (5) tahun. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah hendaklah turut menjadi petunjuk kepada masyarakat serta berfungsi sebagai pencegah kepada bakal-bakal pesalah daripada melakukan kesalahan ini. Mahkamah juga tidak seharusnya berkompromi dengan status Tertuduh sebagai seorang penjawat awam dan menjatuhkan hukuman yang ringan. 49. Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kes Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperi berikut: “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.” 50. Oleh itu, dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang, kepentingan awam, keseriusan kesalahan, hujahan mitigasi oleh peguambela Tertuduh, hujahan pemberatan Timbalan Pendakwa Raya, latar belakang Tertuduh dan faktor pencegahan sebelum menjatuhkan hukuman. 51. Selanjutnya, Mahkamah ini juga mengambil kira dan ingin menekankan faktor pemulihan untuk kesalahan di bawah perenggan 15(1)(a) ADB yang mana hasrat penggubalan undang-undang perenggan 15(1)(a) ADB dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 telah diterangkan dengan komprehensif oleh Mahkamah Tinggi di Temerloh dalam kes Azhar Ibrahim V. PP [2022] 1 LNS 2607. Roslan Mat Nor PK menyatakan seperti berikut ketika mengulas berkenaan hubungkait perenggan 15(1)(a) ADB dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983:- “[36] … Di samping itu Mahkamah juga harus memahami jenis kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan juga kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya agar dapat memahami jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang diperuntukkan. Apa yang jelas daripada peruntukan di bawah s. 15 ADB 1952 tersebut ialah ia memberikan hukuman denda sehingga RM5,000.00 dan pemenjaraan sehingga tidak melebihi dua tahun penjara dan memperuntukkan peruntukan di bawah s. 38B ADB 1952 iaitu perintah pengawasan. Ini bermakna kesalahan di bawah s. 15 ADB 1952 ini mempunyai serampang dua mata iaitu hukuman kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan di samping memberi peluang kepada pesalah tersebut untuk dimasukkan ke dalam skim pemulihan ketagihan dadah di bawah s. 38B ADB 1952 tersebut. Ia adalah peruntukan undang-undang yang memperkuatkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mewujudkan skim rawatan dan pemulihan di bawah s. 6, 8, dan 9 Akta tersebut. …. Pemahaman kepada peruntukan s. 15 (1) (a) ADB 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta keupayaan untuk menghubungkaitkan kedua-dua undang-undang tersebut dapat membantu mahkamah memahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan rawatan kepada penagih dadah. Ia tidak boleh ditafsirkan secara berasingan dalam menentukan hukuman yang diberikan. Jika itu dilakukan seseorang yang dituduh di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 akan dianggap sebagai penjenayah tegar seperti kesalahan-kesalahan jenayah yang serius yang lain sehingga tidak memberikan peluang untuk pesalah tersebut melalui proses pemulihan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang. Kegagalan memahami peruntukan-peruntukan tersebut akan menyebabkan hukuman yang dijatuhkan akan tersasar dan tidak membolehkan matlamat untuk memulihkan pesalah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh undang-undang. [40] Selain daripada itu peruntukan-peruntukan di bawah s. 39C ADB 1952 adalah suatu gambaran bahawa sekiranya pesalah yang melakukan kesalahan di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 telah diberikan peluang pengawasan di bawah s. 38B ADB 1952 dan masih melakukan kesalahan yang sama seperti yang dinyatakan di bawah s. 39C (a) hingga (e) ADB 1952 maka ketika itu mahkamah boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan minima tidak kurang daripada lima tahun. Ia mencadangkan bawah setelah peluang diberikan kepada pesalah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 di atas kesalahan pertama tetapi masih juga terlibat di dalam penyalahgunaaan dadah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 maka ketika itu mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang wajarnya disebabkan pesalah tersebut tidak menggunakan kesempatan untuk memulihkan dirinya daripada ketagihan dadah seperti yang di bawah s. 38B ADB 1952. Ia menyebabkan beliau wajar diberikan hukuman pemenjaraan di bawah s. 39C (i) ADB 1952.” 52. Dalam kes di atas, Roslan Mat Nor PK telah mengakaskan hukuman pemenjaraan yang diberikan oleh Majistret dalam kes itu dan menggantikannya dengan hukuman denda RM4,000.00 gagal bayar enam bulan penjara. 53. Oleh itu, Mahkamah ini juga dipandu oleh penghakiman Mahkamah Tinggi di Temerloh berkenaan dengan jenis hukuman yang sesuai bagi kes yang dituduh di bawah perenggan 15(1)(a) ADB. Tertuduh dalam kes ini haruslah diberi kesempatan dan peluang untuk memulihkan dirinya daripada ketagihan dadah. 54. Mengambil kira semua faktor-faktor di atas dan juga pemerhatian terhadap trend-trend hukuman, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda RM3,400 gagal bayar 9 bulan penjara dan juga diletakkan untuk pengawasan selama dua tahun di bawah seksyen 38B ADB dan berharap Tertuduh mengambil peluang ini untuk mengubah diri dan menjalani proses rehabilitasi. Bertarikh 11hb Disember 2025 TAN CHIEW KING MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (1) TEMERLOH PAHANG Pihak-pihak: Pihak Pendakwaan: Adriana binti Azrin (Timbalan Pendakwa Raya) Peguambela bagi Richard Bong Chong Fook & Tertuduh: Bong Hongjie, Ivan (Bong & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.